Thursday, 25 July 2013

KELVIN CHONG - ISLAM DALAM ROH CINA, TAPI SAYA YANG TERLALU LEMAH

photo hiaasan

“Xifu, saya susah bernafas ….” Kelvin Chong (nama samaran) bercakap thru telefon hari ini 3hb july (2013)

“Kelvin, Allahu yashfiik! Saya datang sekarang! JUST REMEMBER YOU ARE A MUSLIM! Serah pada Allah swt segalanya.” 

Saya baru terima berita sejak 17 june 2013 bahawa HIV sahabat baik saya ini dah sampai stage terakhir iaitu AIDS. Sepanjang perjalanan saya ke hospital, air mata saya tak berhenti-henti. Saya tidak boleh menangis depan Kelvin. Saya perlu kuat untuk buktikan pada Kelvin bahawa KITA ORANG ISLAM yakin Allah swt sayang kita. Tetapi mengapa air mata saya tak henti. Saya wajib hentikan tetapi hati saya terlalu pedih. 

Dulu saya fikir perceraian paling menyakitkan. Tetapi melihat sahabat yang kita sayang menderita kesakitan adalah yang PALING menyakitkan. Sesampai di hospital, saya terus ke tandas dan cuci muka saya habis-habisan. Saya kena TUNJUK kuat. 

“Xifu, tadi heart beat saya sampai 140. My heart was burning. Doktor kata dia tak dapat buat apa-apa kerana bacteria dah serang my lungs. Tetapi bila saya memanggil-manggil Allah, tiba-tiba heart beat turun ke 95. 

Allah swt is GREAT. 

Dia dah banyak kali selamatkan saya. Tetapi mengapa saya masih takut menghadapi maut? Adakah saya tidak ada iman?” 

“Kelvin, fear is part of being human. Tapi Allah amat sayang you kerana Dia tau you takut dan lemah and you show that you need Him through your fear. Allah masih bagi you masa yang cukup untuk say goodbye to all your loved ones. 

Ramai yang sihat diluar, tiba-tiba accident and gone! Tak sempat nak bershahadah pun. All your dosa homosexual sebelum you peluk Islam TAKKAN DIHISAB langsung. You are a new born baby sejak you peluk Islam walaupun you dah dijangkiti HIV sebelum you peluk Islam. 

Kelvin, think of apa you boleh buat sekarang supaya pahala you tetap mengalir walaupun you tiada lagi di dunia ini. Think of setiap saat you dengar pahala-pahala you masuk tabung syurga you nanti semasa di alam ghaib tanpa you kerja!” 

Dengan suara mengeletar susah bernafas, Kelvin bisik, 

“Xifu, saya adalah anak yang paling ibu saya sayang. Saya tak boleh bagitau ibu saya bahaww saya sakit AIDS. Saya tak boleh bagitahu ibu bahawa saya ada di hospital sekarang. Dia akan panik, mungkin diserang jantung atau bunuh diri. 

"Bila dia call saya setiap hari, saya akan kumpulkan semua tenaga saya utk kuatkan suara saya seolah-olah saya sihat dan sedang sibuk kerja. Saya sanggup hadapi sakit saya ini seorang diri tanpa ibu saya. Cukuplah Allah swt bagi saya". 

"Tetapi jika saya tiada lagi, saya nak kamu bagitau keluarga saya terutama ibu saya bahawa ISLAM IS THE ONLY TRUE RELIGION. Tell her that Allah swt is full of love. Tell her that anaknya jumpa kebahagiaan dalam Islam. Kalau bukan kerana Islam, anaknya dah lama bunuh diri."

"Tell her that kalau dia benar-benar sayang dan trust anaknya ini, peluklah Islam. There is only ONE WAY to heaven. Dia akan jumpa kebahagiaan sejati. Saya akan tunggu dia di syurga nanti. Saya akan tuliskan nota terakhir utk ibu saya tp saya nak kamu keep in contact dgn ibu saya selalu demi dakwah.” 

“Kelvin, ini adalah amanah yang amat berat bagi saya tapi insha Allah saya akan pikul no matter what,” air mata saya dah mengalir sedikit. Saya tahan kuat-kuat supaya Kelvin tak nampak airmata saya. Saya pura-pura naikkan mask saya dan batuk untuk kurangkan tekanan sebak yang teramat sangat di dada saya.

 “Xifu, are you alright? Your eyes ….” 

“Takde apalah Kelvin. Saya terharu sangat dengan semangat dakwah you. YOU NEVER GIVE UP DAKWAH selama ini walaupun keadaan cam ni. Berapa pesakit dalam wad HIV ini atau yang sihat kat luar wad ini yang fikir tentang dakwah walaupun yang pakai kopiah atau yang tidak pakai! 

Biasanya kita akan fikir tentang diri kita sendiri dulu dari dakwah kepada orang lain walaupun kita sihat, apatah lagi bila kita sakit tenat. Tapi your iman raises you above the level of pain and still think passionately about dakwah. Allah swt takkan aniaya hambanya yang istiqamah berjuang untuk agamanya bila dia senang maupun susah! You terlalu KIASU dan rajin dalam dakwah. Your spirit gives me strength to move on in dakwah! Be strong!” 

Kelvin meminta kertas, pen dan menulis nota terakhir untuk ibunya dengan tangannya. Saya terduduk menahan air mata. Selepas 30 minit, Kelvin memberi nota itu untuk saya. Saya membaca doa untuknya dan minta diri untuk pulang. Saya dah tak mampu dapat tahan air mata saya lagi. Sakit amat dada saya. Tapi I wajib tunjuk kuat. Saya adalah gurunya. Saya adalah XIFUnya. 

“Xifu, in case I tak sempat jumpa you lagi. Terimakasih kerana mendengar rintihan saya selama ini, didik saya tentang Islam dan terima saya sebagai sahabat rapat walaupun saya adalah pesakit HIV.” 

“Kelvin, biar lah the whole world meninggalkan you tetapi Allah swt tetap bersama dengan you. You have become a true soldier of Allah. I am jealous of you. You yang really inspire and motivate me selama ini. BE STRONG COZ WE LIVE, WE WALK AND WE DIE AS SOLDIERS OF ALLAH swt.” 

“Xifu, you mesti terus bagitau dunia tentang Islam. DON’T EVER GIVE UP. Salam.” 

Mendengar kata-katanya ini, saya terus melangkah keluar wad tanpa memandang ke Kelvin lagi dan rush ke tandas sekali lagi. Saya menangis sepuas-puasnya dalam tandas. Kelvin, kalaulah you tau betapa lemahnya saya ini sebenarnya …..Ya Allah, I need him untuk terus motivate saya yang lemah ini. Plz save him.

Tiba-tiba bila saya keluar toilet sambil urut-urut dada saya yang sakit, seorang nurse tegur saya. “Saya nampak kawan you tu bersolat. Kawan you tu Muslim ke? Muallaf ke? Saya ingat dia Cina.”
 
Saya terkelu. “Cik, dia bukan lagi muallaf. Sebenarnya dia tetap Cina dan dia bangga menjadi Muslim!”




Sumber FB : Xifu Naser II
(Saya sudah lama tidak menulis kerana menghadapi tragedi-tragedi kehidupan yang begitu banyak. Kelvin telah menegur saya supaya saya teruskan menulis demi dakwah. Walau apapun yang bakal terjadi pada Kelvin, dialah yang selama ini banyak memotivasikan saya. Beliau sedang menulis nota-nota untuk dunia dan jika beliau tidak ada lagi, saya diberi amanah utk sampaikan pesanan-pesanan beliau satu hari nanti. Tetapi saya berdoa bahawa SAYA TAK PERLU PIKUL AMANAH ini kerana saya berdoa beliau cepat sembuh! In Shaa Allah.)

Lagi entri mengenai pengalaman Xifu Naser disini
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2015/01/chee-keong-jihad-seorang-gay-melawan.html



15 comments:

  1. kagum dgn semangat kevin nak sebarkan dakwah islam...malu plak sy yg islam baka ni yg tak menjalankan syahadatul haq...by the wway ade tak cite macam mane die revert islam???

    ReplyDelete
  2. Syaz Wani

    Maaf..saya tak aada kisah bagaimana dia masuk Islam, maybe awak boleh tanya sendiri pada empunya kisah dalam Facebook beliau, Xifu Naser II...:)

    ReplyDelete
  3. Hebatnya Kevin, itu sahaja yg dapat diungkapkan. Seorang yg faham kebenaran Islam. Begitu juga Najmi yg hebat menghimpunkan kisah2 yg menjadi teladan dan pedoman kepada setiap insan. Teruskan pejuangan anda.

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah. Sy tertanya-tanya mengapa kita yang dilahirkan Islam ni pun tak mempunyai iman dan taqwa macam Kelvin. My prayer is with him. Jazskallah

    ReplyDelete
  5. hismaghfirah

    Saya suka baca kisah "orang-orang" dibarat yang memeluk Islam seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan dulu pada setiap minggu. Seorang rakan saya dulu pernah berkata, selalunya mereka yang diberi hidayah masuk Islam ketika usia dewasa, kebiasaannya iman dan taqwa mereka begitu hebat jika dibandingkan dg kita yang sememangnya telah dilahirkan Islam, kisah Kelvin ini antara contohnya kan..

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah.. Hebatnya Kevin. Semoga Najmi terus mjadi pendorong buat beliau dn pdakwah kpd ramai lg org2 yg memerlukan dorongan dn nikmat Islam. Kevin, semoga anda berjumpa ibu anda nanti di syurga. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  7. Dapat juga menulis cerita beliau ya.. dapat juga berhubung dengannya dan xifu..

    ReplyDelete
  8. HQ.online

    Saya didalam entry diatas bukannya "saya" (Najmi) TETAPI "saya" ialah Xifu Naser, saya hanya copy dan paste kisah yang ditulis Xifu Naser dalam facebook beliau...


    AO

    Niat saya baik hanya nak berkongsi kisah, mudah-mudahan pembaca yang membaca akan turut mendoakan kesejahteraan Kelvin serta mendoakan agar beliau sembuh.

    Saya tunggu kebenaran dari Xifu Naser tetapi beliau tidak membalas message saya, maybe beliau tidak perasan message yang saya sebab kirim kerana saya bukan rakan beliau dalan fb tersebut.

    Insyaallah sekiranya Xifu tak benarkan saya berkongsi kisah yang beliau tulis, saya akan padam kan nanti entry ini...Mudah-mudahan saya harap Xifu benarkan lah...:)

    ReplyDelete
  9. AO

    Kenapa blog AO tak leh buka, FB pun dah tiada??? Maybe cuti sepanjang dalam bulan Ramadhan ni aje kut...

    ReplyDelete
  10. saya delete kedua-duanya hehehehe... kedua-duanya. ya add jer xifu naj mi.. tu acc dia aprove semua orang rasanya.

    saya juga teringin nak tahu keadaan Kelvin tapi saya takut nak minta no telifon semua.. bukan apa.. takut menggangu peribadi seseorang.. hehe..saya sgt takut org xselesa dgn saya :D

    apapun sempena ramadhan ini kita doakan Kelvin sembuh amin..

    ReplyDelete
  11. AO

    Sudah delete??? Tak mengapa lah kalau itu yang boleh menenangkan rasa dihati, yang penting jaga hati dan perasaan diri kita dulu kan....:) Insyallah nanti saya cuba add FB Xifu ya semoga Kelvin semakin sembuh pada ketika ini.

    Selamat berbuka, selamat memperbanyakkan amalan 10 akhir ramadhan ini dan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari saya...:)

    ReplyDelete
  12. saya delete bukan kerana sedih hati atau apa
    cuma saya rasa saya tiada apa yg boleh di kongsi

    saya masih berhubung dgn kawan2 komuniti di real fb saya :)

    jangan la sedih sgt atas sesuatu pekara

    wallahualam

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST