Friday, 12 July 2013

BISEKSUAL - PENGAKUAN DUA GADIS "TEMAN LELAKI KAMI SONGSANG"

Dua wanita meninggalkan komen didalam entry bertajuk "SAYA ADA “GAY GENE” TETAPI SAYA TETAP LAWAN"



Salam,

Saya seorang perempuan yang mngalami nasib di mana teman lelaki saya biseksual. Saya dapat tahu bila ternampak gambar di HP dia sedang berpelukan dan mencium seorang lelaki., hancur luluh hati saya. Saya berhubungan dengannya selama 7-8 tahun, sekarang saya memutuskan untuk berpisah dengannya, dulu sebelum mengenali saya, dia juga pernah bercinta dengan seorang lelaki, saya memberinya peluang tapi dia tetap melakukan aktiviti songsang tersebut. 

Dia tidak pernah liwat tetapi just ringan-ringan alangkah sedihnya hati saya. Allah sahaja yang tahu. Semoga saya dapat meneruskan kehidupan saya yang baru. Dia meminta putus atas alasan tidak mampu membahagiakan saya dan saya takkan bahagia dengannya, dia pun memberikan green lite untuk saya bertunang dan berkahwin dengan orang lain yang sempurna dari dirinya yang dia anggap cacat. Saya sedih tapi saya tak mampu nak membantu and menjadi tabah.

Memandangkan saya tahu saya boleh mencari laki yang sempurna (saya mempunyai rupa paras yang agak cantik dan berkerjaya hebat), tetapi semua itu tidak mendatangkan bahagia. Bahagia saya hanya dengannya, saya tahu salah saya mengatakan demikian kerana kekasih abadi hanya kepada Allah. Saya sangat lemah sekarang, pergi kerja pun on off on off, bantulah saya kawan-kawan adakah saya perlu di sampingnya atau meninggalkannya sahaja.


Anonymous said...

Saya pun pernah ada pengalaman macam awak, memiliki seorang teman lelaki yang kacak membuatkan saya bangga dan gembira tetapi semua itu sementara apabila teman lelaki saya mengaku dia seorang gay dan mempunyai teman lelaki yang tampan. saya sanagat kecewa dan marah . Tetapi, saya berharap sangat-sangat dia akan berubah dan kembali kepada saya. Kami dh berpisah tetapi saya masih tak dapat lupakan dia.


 

JAWAPAN NASIHAT DARI MAK WARDAH DAN SYUKRAN JAZILLAN

Anonymous, salam. 

Anda merasakan anda tidak boleh mencapai bahagia dengan orang lain kerana masa anda bersama dia sangat lama iaitu 7-8 tahun. Anda perlu sedar bahawa naluri gay tidak boleh diberhentikan tetapi boleh ditahan dengan keinginan yang sgt tinggi maknanya dia perlu benar2 bersedia untuk meninggalkan aktiviti gay dan menahan diri dari melakukannya. Seandainya dia sendiri tiada keyakinan diri untuk membahagiakan diri anda bermakna dia tidak bersedia untuk berubah. 

Maknanya inilah tarikh akhir anda bersama dengannya dan mulakan hidup baru. Anda cuba berkenalan dan bergaul dengan lebih ramai kenalan, sibukkan diri anda dan mohon pada Allah kekuatan. 

Mungkin ada seribu rahmat disebalik perpisahan ini, anda ada rupa dan kerjaya, anda pasti punya ramai kenalan, seandainya anda berjumpa dengan lelaki yang sekufu, setaraf, baik agamanya dan tingkah lakunya, lebih baik anda menumpukan perhatian kepada kehidupan yang lebih baik, pasti anda berjumpa kebahagian yang sebenarnya - MAK WARDAH

  

Salam Anonymous,

Redhakan saja....
Tidak semua takdir mampu ditafsir oleh akal, dapat diterima oleh perasaan, biarpun sayang dan bercinta selama mana,suatu masa jika telah ditetap masanya oleh Allah..tetap juga akan kehilangan..kerana kita hanyalah hamba, DIA boleh memberi dan DIA juga mampu mengambil semula... 


Saudari perlu belajar kuat dan terus tabah...kerana Allah sedang menguji iman saudari sekarang...saudari perlu merentang jalan keluar dengan yakin hanya meminta bersungguh2 bantuan Allah, Sila jawab soalan ini dengan sejujurnya dihati..pasti jawapannya juga hanya hati saudari juga yang tahu.. 

- setelah sekian lama bercinta kenapa dari awal lagi ia tidak mampu berterus terang,dan setelah saudari boleh memaafkannya semula, dia mengulangi semula nafsu songsangnya, adakah itu bererti dia boleh terus dipercayai setelah berkahwin dengannya nanti..? 

- Andaikan setelah dia menjadi suami saudari,sanggupkah saudari berkongsi kasih dengan isterinya yang bernama 'lelaki'..atau paling tidak simpanannya yang bernama 'lelaki simpanan'...? 

- Bolehkah saudari padamkan semua perasaan sendiri dan melayannya dikamar tidur,bila setelah menjadi isterinya nanti sedangkan baru sebentar tadi dia melayan isteri lelakinya itu...? 

- Bayangkan, bolehkah hati saudari rasa tenang menyambutnya didepan pintu waktu dia pulang kerumah, sedangkan selama waktu saudari menunggunya...dia sedang membuat projek dengan kekasih lelakinya ditempat lain..? 

- Sanggupkah saudari mengatakan bahawa akan tetap bersama dgnnya hidup dalam susah dan senang sedangkan dibelakang saudari dia juga sanggup ' bersusah dan bersenang ' dengan kekasih lelakinya...? 

Bawalah hati utk berfikir diluar kotak fikiran dengan kritik, kritis lagi realistik...dengan tenang dan sabar...memang pahit menerima ujian ini awalnya..tetapi pasti bertukar manis akhirnya kerana janji Allah, setiap jalan yang sukar, pasti disertai juga dengan jalan yang mudah...Insyaallah 

Lepaskan dan bina hidup baru saudari..tidak dapat berkahwin dengannya tidak bermakna terus membiarkannya sesat dalam dosa..saudari mampu menyelamatkannya dgn banyak berdoa pada Allah setiap masa moga dia diberi petunjuk dan hidayah, dgn banyak2 berdoa itulah sebenarnya tanda cinta saudari,letak kan segalanya terus pada ALLAH..moga dia kembali sedar akhirnya....

Amin Amin ya Rabbi. Wallahualam - SYUKRAN JAZILLAN


11 comments:

  1. Bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor.carilah suami
    Yg boleh membimbing kita berjaya dunia yang penting lagi berjaya di akhirat.

    ReplyDelete
  2. Erkkk... Tiada kata kata yang boleh dikatakan sekarang. Nak tanya pendapat, adakah patut saya suruh member atau seseorang untuk forward post kali ni iaitu jawapan daripada Mak Wardah dan Syukran Jazillan, kepada ex-gf saya yang masih menunggu saya?

    Saya kasihan dekat dia, dia tu cantik, kerja pun bagus, ramai jejaka kacak suka dekat dia. Sehinggakan, ramai lelaki datang meminang, tapi, dia tetap menolak pinangan lelaki lain. Emak dia mencari calon pun, dia tolak jugak calon yang mak dia beri. Huhu~jadi, apa perlu saya buat??

    ReplyDelete
  3. Nasib mu sm dg pacar qu, Hatinya sangat hancur saat dia tau klu aq nie seorg gay dan mmpunyai seorg bf,

    Dia sangat mencintai aq dg sepunuh hatinya, Namun aq jg sngt sulit tuk melupakan bf aq, Tp aq tk sepenuh nya seorg gay, aq msh mmpunyai rasa cinta dg seorg wanita,

    Dan jauh di dlm hati qu, aq jg tk ingin hidup sprt ini trs, aq ingin jg hidup dg normal, punya keluarga dan anak,

    Percayalah, andai bf mu itu seorg bisexual, dia pasti akn merindukan km jg, dia pasti berfikir tuk masa depan dia, Dia pasti kmbali dg mu...

    ReplyDelete
  4. Tak faham dengan org2 homosexual~dah tahu diri tu homo please dont accept someone yang kononnya boleh accept how u r~~oh come on~ if u r homo then hiduplah mcm tu~jgn bagi harapan palsu~konon nak mnutup malu..tell ur parents "yo dad or mom~sorry 2 say this actually im homo" the end~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elsie coolzzzz

      Haha...nak berterus terang kepada parents yang diri kita homo...agak mustahil sebab ya lah kita ni Islam lain lah kalau bangsa asing, tapi kalau yang lembut2 tu tak kahwin orang pasti boleh agak so mereka secara tak langsung akan faham kalau dia tak kahwin..

      Masaalahnya pada lelaki homo yang memang nampak jantan tapi songsang, nak tak nak kena tutup malu sebab bernaluri songsang...mereka ni lah yang ramai terpaksa kahwin sebab nak jaga hati orang sekeliling...akhirnya mengainaya isteri.

      Dalam kes entry ini, nasib baik dua gadis tu tahu naluri sebenar BF mereka..kalau tak, kan lagi merana..insyaallah nanti saya akan share kisah pengalaman seorang gadis yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki gay...saya dapat kisah tu dari blog seorang rakan, pastinya ada pengajaan nya nanti....

      Selamat berpuasa Elsie...:)

      Delete
    2. HAHA~ OK BRO NAJ MI~
      Mayb sy ni non muslim well..btol juga bro Naj ckp ni nak jaga ati org sekeliling..kalo saya gtahu my parents dgn confidentnya kene kejar pakai cangkul tlebih dahulu haha~ but thank God im normal so far :D anyway Entry Bro Naj tak penah bosan~U R COOL BRO :)

      Delete
    3. Elsie coolzzz

      Ya ker awak non muslim??? Huhu..dah terlajak abg ucapkan selamat berposa heee...Tank mengapa selagi ada orang yang nak berkongsi kisah, abg akan sharekan lah nanti...:)

      Delete
  5. Masyaallah...Terima ksh Najmi krn shout out kiriman nasihat yg tak seberapa pd.gadis2 di luar sana yg ditakdirkan mempunysi bf yg begitu...
    Ya Allah...semuanya sgt subjektif utk membuat kata putus...hanya Allah shj yg tahu.hikmah.disebalik nya kan...
    for.both of.Girls ....sekiranya ia memang milik kamu..Allah.akan kembalikan semula...tp jika andainya bukan utk kamu..REDHA kan sahaja ia pergi...
    Wallahualam.dears...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      ....:) Selamat Berpuasa...

      Delete
  6. bagus lg dia..menyedari bfnya gay dan memutuskan hbgn tu..sy ucap tahniah! bukan pa, lebih baik tau sebelum kwin... tgok mcm sy ni, tinggal sebulan nk kwin..baru tau siapa sebenarnya, x nk dgr nasihat org... mahu juga kwin kerana cinta. Harapan, suami akan berubah jadi lelaki yg sejati..tp pa kan daya dah setahun 2 bulan, sy yg terseksa,marah meluap2..terjmp blogger Naj Mi, dpt juga ketenangan sedikit...stp hari sy berdoa agar suami insaf atas perbuatannya terutama seks songsang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mag lensmac

      Itu namanya jodoh...sebab sudah tertulis yang Puan akan berkahwin dg seorang suami gay. Itu juga dugaan namanya, alhamdulillah puan sudah tahu mengenai suami gay, mudah-mudahan suami puan akan berubah sekurang-kurangnya dia tidak main dg lelaki lagi.

      Nasihat saya puan juga kena hati2 sebab bilangan isteri mendapat HIV dari suami semakin meningkat, saya bimbang kiranya suami puan main luar nanti tidak mustahil dia akan bawa penyakit berpindah kepada puan.

      Ikut gerak hati, tanya kepada mereka yang pakar dalam perkahwinan...sekiranya suami masih jelas meneruskan aktiviti gaynya maka puan kena buat keputusan....jangan seksakan kehidupan puan, semoga Allah beri petunjuk jalan yang terbaik buat puan....amin.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST