Monday, 15 July 2013

ANI - KISAH IBU DAN ANAK MANGSA HIV YANG MENYAYAT HATI

Kelantan BACHOK – Dalam kemeriahan menyambut Ramadan, masih ada segelintir golongan disisihkan akibat beberapa faktor yang mungkin tidak diterima sesetengah pihak seperti penghidap HIV/ Aids.

Dihalau mentua selepas suami meninggal

Akibat HIV, seorang wanita bukan sahaja kehilangan suaminya yang meninggal dunai akibat penyakit itu, malah turut dihalau dari rumah keluarganya dan terpaksa menjadikan pondok sebagai kediamannya di Pasir Puteh. 

Dia yang hanya dikenali Ani, 34, berkata, selepas kematian suaminya tujuh tahun lalu, keluarga mentua terus menghalaunya dan menuduh dia pembawa HIV kepada arwah suaminya. Sedangkan, menurut arwah suaminya, dia mendapat penyakit itu selepas melanggan seorang pelacur di negara jiran selepas diperkenalkan abang iparnya.

“Mulanya arwah sakit kayap (herpes zoster). Bila buat pemeriksaan di hospital, doktor kata arwah ada HIV. “Di saat akhir hayatnya baru dia beritahu punca dia dapat penyakit itu akibat pelacur di negara jiran.

“Saya tertekan selepas diasingkan keluarga sendiri. Kini saya bersama anak bongsu berusia 11 tahun tinggal dalam pondok kecil yang dibina keluarga selepas kami berdua turut disahkan HIV positif,” katanya ketika ditemui di PMP Nur City Centre dekat sini.

Difahamkan, anak sulung dan anak keduanya, masing-masing berusia 14 dan 12 tahun ditempatkan di rumah anak-anak yatim di Pasir Puteh. 

Diejek dan dihina masyarakat setempat 

Ani berkata, dia reda terpaksa berpisah dengan dua anaknya untuk mengelakkan mereka menerima penghinaan akibat mempunyai ahli keluarga penghidap HIV.

“Saya terpaksa terima kenyataan ini dan sanggup buat kerja dan beli barang dapur di kawasan yang lebih jauh untuk mengelak cemuhan penduduk setempat.

“Anak bongsu saya yang masih bersekolah juga terpaksa menerima ejekan yang sama. Di sekolah, dia diejek dan dipulaukan. Tetapi dia tetap nak ke sekolah sebab dia memang minat belajar,” katanya. 

Tak tahu suami ambil dadah 

Seorang lagi penghidap HIV, Su, 38, dari Bachok berkata, dia hanya mengetahui suaminya menghidap HIV selepas mengalami sakit usus yang teruk. Pemeriksaan awal di hospital tidak dapat mengesan penyakit suaminya sehingga berbulan-bulan lamanya sehingga dia meninggal dunia pada 2007.

“Suami seorang nelayan, saya tak tahu dia ambil dadah hingga dia sakit dan bila dah nazak baru doktor beritahu punca penyakitnya.

“Saya pasrah tetapi bersyukur kerana anak-anak bebas dari penyakit ini. Hanya saya yang dijangkiti daripada suami,” katanya yang mempunyai tujuh anak berusia di antara tujuh hingga 22 tahun. 

Kemiskinan membelenggu kehidupan keluarga 

“Upah bekerja harian tidak cukup untuk menanggung anak-anak, walaupun kami dapat RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Apa lagi bila Ramadan menjelma, kami tak mampu makan sedap seperti orang lain. Kami sering berkongsi sebiji kurma untuk tiga orang sebab tak mampu beli banyak. Nak makan ayam pun mungkin tiga empat bulan sekali baru boleh beli,” katanya yang turut mengalami masalah penglihatan akibat dirempuh kerbau pada 1996. 

PMP alu- alukan sumbangan orang ramai 


Sumbangan kepada mangsa HIV Perkongsian Kisah Hidup Mangsa HIV Yang Menyayat Hati Zahrain menyampaikan sumbangan daripada pihak luar kepada warga PMP. 

Manakala, Pengurus Besar PMP, Zahrain Zulkifly berkata, sehingga kini seramai 487 ibu tunggal dan 1,600 kanak-kanak (300 positif HIV) telah berdaftar di bawah pertubuhan itu yang dibina sejak 2004.

“Seramai 30 orang termasuk enam ibu tunggal tinggal di sini kerana tidak mempunyai tempat tinggal atau dibuang keluarga.

“Kami mengalu-alukan pihak luar yang ingin menjalankan program bersama penghuni PMP atau hulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka yang kebanyakannya adalah miskin tegar,” katanya. 


Sumber - Disini 
Laporan Sinar Harian yang menyedihkan
dan patut disebarkan bagi tujuan bantuan sumbangan. MRM




2 comments:

  1. Hidup ini penuh dengan cabaran dan ujian. Tetapi, itulah tanda sayang Allah terhadap hambaNya yang terpilih. Harungi dengan sabar,redha dan tawaddak, pasti ada hadiah yang terbaik dariNya.

    ReplyDelete
  2. Cabaran hidup yang sentiasa mencemuh dan mencerca insan yang tidak bersalah. Allahuakbar, siapa pun di dunia ini tidak pernah melakukan kesilapan melainkan Nabi Muhammad saw. Moga kita menjadi masyarakat yang lebih prihatin..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST