Monday, 8 July 2013

ALHAMDULILLAH BENGKAK PUTING TETEK SAYA SUDAH SEMBUH


Hampir 5 bulan yang lalu pada awal bulan Febuari 2013 dalam entry saya yang bertajuk "PUTING TETEK 3 PLHIV LELAKI TERMASUK SAYA BENGKAK" saya ada ceritakan kisah mengenai dua PLHIV lelaki yang mengadu kepada saya tentang masalah yang mereka hadapi - bengkak di bahagian tetek. Bengkak tersebut sekiranya ditekan akan terasa sakit dan ngilu. Terasa sakit bila memeluk bantal peluk atau ketika menirap di katil.

Teringat ketika tetek saya bengkak sebelah kiri beberapa bulan lalu, anak saudara perempuan saya yang bersekolah tadika nampak dan dia perasa, sambil tunjuk kearah dada saya dan ketawa apabila melihat jelas bengkak disebalik t-shirt yang saya sarung ketika itu dan berkata.......@#$#@$%^^.

Tidak lama selepas itu saya menerima lagi dua email dari dua PLHIV lelaki yang berbeza, memberitahu bahawa mereka juga mengalami masalah yang sama. 

Bengkak dibahagian tetek itu kemungkinan disebabkan oleh kesan akibat pengambilan ubatan HAART (stocrin) yang kami telan. 

Ya, pada mulanya memang timbul sedikit kebimbangan dan risau, manalah tahu kemungkinan ianya tanda-tanda "kanser payu dara" dikalangan kaum lelaki tetapi apabila kakitangan di hospital dengan yakin menerangkan ianya akibat kesan ubatan HAART yang ditelan, maka hati menjadi sedikit lega, apatah lagi apabila terdapat beberapa kes seumpama ini juga berlaku dikalangan beberapa PLHIV lelaki yang lain (juga mengambil ubatan yang sama).

Dua PLHIV lelaki yang saya ceritakan didalam entry sebelum ini (disini) telah pun sembuh sepenuhnya. Dalam pengiraan kasar, kedua-dua mereka mengalami bengkak tersebut selama 3 bulan. 

Alhamdulillah, mungkin kerana mereka masih muda mempunyai sistem imun yang masih kuat dan kiraan CD4 yang masih tinggi maka bengkak diputing tetek mereka kembali pulih dalam masa lebih kurang 3 bulan sahaja.

Berlainan pun dengan apa yang saya sendiri alami, maybe sebab faktor usia dan CD4 rendah maka bengkak diputing tetek sebelah kiri saya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh sepenuhnya. Dalam pengiraan saya ianya mengambil masa selama hampir 6 bulan. Walaupun agak lama saya tetap bersyukur kerana telah kembali sembuh. 

Ketika saya menaip entry ini, saya tekan dibahagian tetek kiri saya yang bengkak itu, alhamdulillah tidak ada rasa sakit dan tidak ada rasa ngilu langsung, bengkak yang tinggal hanya saki baki yang semakin susut. Saya tekan dan bandingkan pada kedua-dua belah, alhamdulillah sudah hampir-hampir tidak ada perbezaan dengan yang dibelah kanan.

Alhamdulillah kami bertiga (merujuk kepada 3 PLHIV dalam entry
"PUTING TETEK 3 PLHIV LELAKI TERMASUK SAYA BENGKAK" ) telah sembuh sepenuhnya TETAPI sehingga kini saya masih belum menerima berita dari dua lagi rakan PLHIV lelaki (mengadu kemudian) yang juga mengalami masalah yang sama, saya juga ada minta mereka untuk memberitahu saya sekiranya bengkak yang mereka alami telah kembali sembuh (mungkin mereka lupa kut....)

Walau bagaimana pun saya harap dan berdoa agar bengkak yang mereka alami telah pun sembuh atau setidak-tidaknya semakin surut dan akan beransur-ansur sembuh.....

Minggu lalu seorang kawan beritahu melalui FB bahawa kawannya juga ada mengalami bengkak sebelah bahagian tetek....ya ianya hanya kesan ubatan, dan ya ianya hanya sementara sahaja.





2 comments:

  1. Saya mengalami keguguran rambut yg terukdan kulit yg bertambah gelap. Mungkinkah disebabkan alahan Haart yg diambil lebih kurang 1 1/2 bulan?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Keguguran rambut...saya pun alami pekara yang sama tak kira bila rambut pendek atau pun sedikit panjang...sebab selalu perasan rambut kat lantai...

      Tapi kalau saya bandingkan dengan kakak dan adik lelaki saya (non PLHIV) yang berambut panjang, kat lantai bilik mereka pun sama banyak rambut yang gugur...

      Maybe kita baru perasan dan kita terlampau perhatikan kut...kulit gelap saya rasa saya juga alami...sebab tu saya kurang keluar rumah disebelah siang.....

      Tak mengapa yang penting kesihatan kita baik dan dpt hidup sempurna walaupun tak sesempurna seperti sebelum dpt HIV kan...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST