Monday, 1 July 2013

3 - AIDS DAN TANDA-TANDA JANGKITAN KLINIKAL, UJIAN MAKMAL (CD4 DAN VIRAL LOAD) DAN RAWATAN

Setelah 5 hingga 7 tahun, virus HIV akan mengurangkan keupayaan sistem pertahanan badan pembawa HIV tersebut. 

Pesakit akan mula mengalami tanda-tanda antaranya seperti,
- demam
- ulser mulut
- berpeluh yang banyak di waktu malam
- susut berat badan
- kelesuan 
- dan kebas-kebas di tangan dan kaki. 


Apabila sistem pertahanan badan menjadi lumpuh, tanda-tanda jangkitan akan menjadi lebih teruk. Fasa ini terjadi setelah 8 hingga 9 tahun dari jangkitan awal dan dipanggil AIDS. 

Secara purata jangka hayat seseorang pesakit AIDS tidak lebih dari 2 tahun. 

Keadaan-keadaan yang berkait rapat dengan AIDS termasuklah, 
- pneumonia
- meningitis
- pening dan sawan
- susut berat badan
- kelesuan dan keletihan badan
- hilang ingatan
- barah kelenjar
- kebutaan 
- dan jangkitan otak. 

Akhirnya, fungsi pertahanan badan gagal dan ini membawa kepada maut.

Tanpa rawatan pesakit AIDS boleh maut dalam masa dua tahun. 

Walaubagaimanapun jangka hayatnya akan lebih panjang jika mendapat rawatan sewajarnya dan mengamalkan cara hidup yang sihat.



 UJIAN MAKMAL (CD4 DAN VIRAL LOAD)

1. UJIAN CD4

Ia dilakukan untuk mengenalpasti tahap jangkitan HIV dan menentukan bila rawatan ‘Highly Active Anti-retroviral Treatment’ (HAART) boleh dimulakan. 


Sistem pertahanan badan manusia mempunyai beberapa jenis sel yang digunakan bagi mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Salah satu sel ini dipanggil CD4 atau Sel-T. 

Virus HIV akan menyerang sel-sel ini dan menggunakannya untuk menambah bilangan virus HIV, menyebabkan lebih banyak sel CD4 dimusnahkan dan tidak berupaya berfungsi lagi bagi mempertahankan badan dari jangkitan. 

Individu yang sihat mempunyai bilangan CD4 antara 600-1200 sel/mm3 darah. 

Pesakit HIV akan dianggap mempunyai bilangan CD4 yang “normal” jika ianya melebihi 500 sel/mm3.

Jika bilangan CD4 ini jatuh di bawah 200 sel/mm3, pesakit dikategorikan berada dalam keadaan-keadaan yang berkait rapat dengan AIDS dan rawatan HAART akan dimulakan oleh doktor.




2. UJIAN ‘VIRAL LOAD’


Ujian ‘Viral load’ adalah untuk mengukur jumlah virus di dalam darah. 

Pesakit HIV yang mempunyai ‘viral load’ yang tinggi adalah lebih terdedah mendapat jangkitan oportunistik dan AIDS berbanding mereka yang mempunyai ‘viral load’ yang rendah. 


Doktor akan menggunakan paras ‘viral load’ pesakit untuk membuat keputusan bila terapi akan dimulakan dan jenis ubat yang harus digunakan serta memantau.



RAWATAN DAN KAUNSELING


A. RAWATAN ANTI-RETROVIRAL

Kombinasi ubat anti-retroviral bila digunakan dapat merencat pembiakan virus HIV di bawah paras 50 copies/ ml, (iaitu di bawah paras yang boleh dikesan oleh ujian HIV).

Kombinasi yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan adalah : 2 jenis,
- Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NRTI) + 1 Protease Inhibitor (PI) 
- atau Non-Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NNRTI)


Rawatan akan disyorkan kepada pesakit yang :

1. Mempunyai tanda-tanda AIDS.
2. Paras CD4 kurang daripada 200 sel/ml.
3. Paras ‘viral load’ melebihi 30,000 copies/ml.

Dan patuh kepada jadual rawatan.


B. RAWATAN PROFILAKTIK

Rawatan profilaktik akan diberi untuk mencegah jangkitan oportunistik seperti Pneumocystis Carini Pneumonia (PCP), uberculosis (TB), Candidiasis, Toxoplasmosis dan lain-lain.


C. LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

Rujukan sokongan (Kesihatan dan Bukan kesihatan) Semasa dalam rawatan susulan pesakit juga akan dirujuk kepada agensi kerajaan atau bukan kerajaan yang berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan.


D. PERKHIDMATAN KAUNSELING

Perkhidmatan kaunseling pra-ujian, selepas ujian serta kaunseling sokongan, boleh didapati di kemudahan- kemudahan kesihatan awam. 

Kaunseling boleh dijalankan dalam bentuk kaunseling secara bersemuka atau secara berkumpulan (support group). 

Anda juga boleh mendapatkan maklumat atau khidmat kaunseling melalui talian khidmat bantuan atau laman web, - http//:www.dph.gov.my/aids
- e-mail kepada aids@dph.gov.my


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST