Monday, 1 July 2013

2 - BAGAIMANA MENGHALANG JANGKITAN HIV DAN APA TERJADI KEPADA PENGIDAP JANGKITAN HIV

Adalah amat penting untuk memahami bahawa jangkitan HIV bukanlah berakhirnya satu kehidupan dan harapan. 

Kebanyakan pembawa HIV nampak sihat dan mereka menjalani kehidupan harian seperti biasa selama beberapa tahun selepas diagnosa dibuat. 

Jika anda didapati HIV positif, adalah lebih baik dan bermunafaat jika anda menerima kenyataan, mengambil langkah-langkah menjaga kesihatan anda dan menghalangnya daripada merebak kepada orang lain.


a. Jika anda menagih dadah, jangan sekali-kali berkongsi jarum. Sebaik baiknya ikutilah program pemulihan dadah untuk berhenti terus dari menagih dadah.

b. Jangan mengadakan perhubungan seks tanpa perlindungan (unprotected). Pastikan anda tidak mengadakan perhubungan seks di luar perkahwinan.

c. Jangan menderma darah, tisu badan atau organ badan.

d. Jangan berkongsi alatan peribadi seperti pisau cukur, gunting atau berus gigi. 

Mengikut Akta Penyakit Berjangkit 1988 seksyen 12(2), adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang mengetahui dirinya dijangkiti oleh penyakit berjangkit menyebarkan jangkitannya kepada orang lain.



APA TERJADI KEPADA PENGIDAP JANGKITAN HIV

JANGKAMASA “WINDOW” 



Adalah jangkamasa yang diambil apabila seseorang itu dijangkiti HIV sehingga antibodi HIV dikesan didalam darahnya (ujian HIV positif). 

Di peringkat ini, virus tersebut membiak dengan cepat. 

Walaubagaimanapun, paras virus didalam darah akan berkurangan apabila paras antibodi meningkat. 

Ia selalunya memakan masa antara 2 hingga 12 minggu setelah jangkitan bermula. 

Semasa jangkamasa ini, seseorang itu adalah amat mudah menyebarkan virus HIV walaupun mempunyai ujian darah HIV yang negatif.


JANGKAMASA TIADA TANDA (PEMBAWA HIV)

Di peringkat awal jangkitan, pembawa HIV kebiasaannya nampak sihat walaupun ujian HIV adalah positif (Antibodi HIV telah dikesan di dalam darah). 


Kira-kira 50 peratus daripada mereka mengambil masa selama sepuluh tahun untuk menunjukkan tanda-tanda AIDS, tetapi jangkamasa ini mungkin lebih pendek jika tahap kesihatan dan pemakanan tidak dijaga dengan baik.



3 comments:

  1. Moga dibaca ramai orang dan menjadikannya panduan.

    ReplyDelete
  2. Salam, sy nk tnya sy mmg tidak pernah melanggan mana-mana pelacur sbelum ni, satu sy ikut kawan2 jalan2 kt jalan pudu, lepas tu ad pelacur dtg dn menawarkan kepada sy, tetapi sy menolak dn pelacur tersebut marah lalu mengigit tangan sy , besok arinye sy dmam hampir seminggu dan sakit dlm tulang blkg, adakah sy telah dijangkiti hiv, sy sudah membuat hiv test tapi resault masih belum keluar,

    ReplyDelete
  3. Airi Rusli,

    Mengigit tangan tidak menyebabkan berlakunya jangkitan HIV..Perlu ada luka berdarah bertemu dengan luka baru boleh berjangkit.

    Maknanya pelacur tu kena ada gigi taring macam pontianak dan kat gigi dia mesti kena ada darah luka pontianak yang ada HIV dan apabila pontianak itu gigit tangan Airi sampai luka berdarah baru boleh berjangkit, tapi kalau pontianak tu kat taring dia tak ada luka kalau gigit tangan Airi sampai luka pun tak boleh jangkit...heeee

    Itu perumpamaan aje...senang cakap pelacur tu gigit tangan Airi tak boleh menjangkitkan HIV, HIV tak berjangkit melalui cara itu..Kalau Airi demam seminggu tu maybe sebab lain...Wallahuallam..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST