Thursday, 25 July 2013

KELVIN CHONG - ISLAM DALAM ROH CINA, TAPI SAYA YANG TERLALU LEMAH

photo hiaasan

“Xifu, saya susah bernafas ….” Kelvin Chong (nama samaran) bercakap thru telefon hari ini 3hb july (2013)

“Kelvin, Allahu yashfiik! Saya datang sekarang! JUST REMEMBER YOU ARE A MUSLIM! Serah pada Allah swt segalanya.” 

Saya baru terima berita sejak 17 june 2013 bahawa HIV sahabat baik saya ini dah sampai stage terakhir iaitu AIDS. Sepanjang perjalanan saya ke hospital, air mata saya tak berhenti-henti. Saya tidak boleh menangis depan Kelvin. Saya perlu kuat untuk buktikan pada Kelvin bahawa KITA ORANG ISLAM yakin Allah swt sayang kita. Tetapi mengapa air mata saya tak henti. Saya wajib hentikan tetapi hati saya terlalu pedih. 

Dulu saya fikir perceraian paling menyakitkan. Tetapi melihat sahabat yang kita sayang menderita kesakitan adalah yang PALING menyakitkan. Sesampai di hospital, saya terus ke tandas dan cuci muka saya habis-habisan. Saya kena TUNJUK kuat. 

“Xifu, tadi heart beat saya sampai 140. My heart was burning. Doktor kata dia tak dapat buat apa-apa kerana bacteria dah serang my lungs. Tetapi bila saya memanggil-manggil Allah, tiba-tiba heart beat turun ke 95. 

Allah swt is GREAT. 

Dia dah banyak kali selamatkan saya. Tetapi mengapa saya masih takut menghadapi maut? Adakah saya tidak ada iman?” 

“Kelvin, fear is part of being human. Tapi Allah amat sayang you kerana Dia tau you takut dan lemah and you show that you need Him through your fear. Allah masih bagi you masa yang cukup untuk say goodbye to all your loved ones. 

Ramai yang sihat diluar, tiba-tiba accident and gone! Tak sempat nak bershahadah pun. All your dosa homosexual sebelum you peluk Islam TAKKAN DIHISAB langsung. You are a new born baby sejak you peluk Islam walaupun you dah dijangkiti HIV sebelum you peluk Islam. 

Kelvin, think of apa you boleh buat sekarang supaya pahala you tetap mengalir walaupun you tiada lagi di dunia ini. Think of setiap saat you dengar pahala-pahala you masuk tabung syurga you nanti semasa di alam ghaib tanpa you kerja!” 

Dengan suara mengeletar susah bernafas, Kelvin bisik, 

“Xifu, saya adalah anak yang paling ibu saya sayang. Saya tak boleh bagitau ibu saya bahaww saya sakit AIDS. Saya tak boleh bagitahu ibu bahawa saya ada di hospital sekarang. Dia akan panik, mungkin diserang jantung atau bunuh diri. 

"Bila dia call saya setiap hari, saya akan kumpulkan semua tenaga saya utk kuatkan suara saya seolah-olah saya sihat dan sedang sibuk kerja. Saya sanggup hadapi sakit saya ini seorang diri tanpa ibu saya. Cukuplah Allah swt bagi saya". 

"Tetapi jika saya tiada lagi, saya nak kamu bagitau keluarga saya terutama ibu saya bahawa ISLAM IS THE ONLY TRUE RELIGION. Tell her that Allah swt is full of love. Tell her that anaknya jumpa kebahagiaan dalam Islam. Kalau bukan kerana Islam, anaknya dah lama bunuh diri."

"Tell her that kalau dia benar-benar sayang dan trust anaknya ini, peluklah Islam. There is only ONE WAY to heaven. Dia akan jumpa kebahagiaan sejati. Saya akan tunggu dia di syurga nanti. Saya akan tuliskan nota terakhir utk ibu saya tp saya nak kamu keep in contact dgn ibu saya selalu demi dakwah.” 

“Kelvin, ini adalah amanah yang amat berat bagi saya tapi insha Allah saya akan pikul no matter what,” air mata saya dah mengalir sedikit. Saya tahan kuat-kuat supaya Kelvin tak nampak airmata saya. Saya pura-pura naikkan mask saya dan batuk untuk kurangkan tekanan sebak yang teramat sangat di dada saya.

 “Xifu, are you alright? Your eyes ….” 

“Takde apalah Kelvin. Saya terharu sangat dengan semangat dakwah you. YOU NEVER GIVE UP DAKWAH selama ini walaupun keadaan cam ni. Berapa pesakit dalam wad HIV ini atau yang sihat kat luar wad ini yang fikir tentang dakwah walaupun yang pakai kopiah atau yang tidak pakai! 

Biasanya kita akan fikir tentang diri kita sendiri dulu dari dakwah kepada orang lain walaupun kita sihat, apatah lagi bila kita sakit tenat. Tapi your iman raises you above the level of pain and still think passionately about dakwah. Allah swt takkan aniaya hambanya yang istiqamah berjuang untuk agamanya bila dia senang maupun susah! You terlalu KIASU dan rajin dalam dakwah. Your spirit gives me strength to move on in dakwah! Be strong!” 

Kelvin meminta kertas, pen dan menulis nota terakhir untuk ibunya dengan tangannya. Saya terduduk menahan air mata. Selepas 30 minit, Kelvin memberi nota itu untuk saya. Saya membaca doa untuknya dan minta diri untuk pulang. Saya dah tak mampu dapat tahan air mata saya lagi. Sakit amat dada saya. Tapi I wajib tunjuk kuat. Saya adalah gurunya. Saya adalah XIFUnya. 

“Xifu, in case I tak sempat jumpa you lagi. Terimakasih kerana mendengar rintihan saya selama ini, didik saya tentang Islam dan terima saya sebagai sahabat rapat walaupun saya adalah pesakit HIV.” 

“Kelvin, biar lah the whole world meninggalkan you tetapi Allah swt tetap bersama dengan you. You have become a true soldier of Allah. I am jealous of you. You yang really inspire and motivate me selama ini. BE STRONG COZ WE LIVE, WE WALK AND WE DIE AS SOLDIERS OF ALLAH swt.” 

“Xifu, you mesti terus bagitau dunia tentang Islam. DON’T EVER GIVE UP. Salam.” 

Mendengar kata-katanya ini, saya terus melangkah keluar wad tanpa memandang ke Kelvin lagi dan rush ke tandas sekali lagi. Saya menangis sepuas-puasnya dalam tandas. Kelvin, kalaulah you tau betapa lemahnya saya ini sebenarnya …..Ya Allah, I need him untuk terus motivate saya yang lemah ini. Plz save him.

Tiba-tiba bila saya keluar toilet sambil urut-urut dada saya yang sakit, seorang nurse tegur saya. “Saya nampak kawan you tu bersolat. Kawan you tu Muslim ke? Muallaf ke? Saya ingat dia Cina.”
 
Saya terkelu. “Cik, dia bukan lagi muallaf. Sebenarnya dia tetap Cina dan dia bangga menjadi Muslim!”




Sumber FB : Xifu Naser II
(Saya sudah lama tidak menulis kerana menghadapi tragedi-tragedi kehidupan yang begitu banyak. Kelvin telah menegur saya supaya saya teruskan menulis demi dakwah. Walau apapun yang bakal terjadi pada Kelvin, dialah yang selama ini banyak memotivasikan saya. Beliau sedang menulis nota-nota untuk dunia dan jika beliau tidak ada lagi, saya diberi amanah utk sampaikan pesanan-pesanan beliau satu hari nanti. Tetapi saya berdoa bahawa SAYA TAK PERLU PIKUL AMANAH ini kerana saya berdoa beliau cepat sembuh! In Shaa Allah.)

Lagi entri mengenai pengalaman Xifu Naser disini
http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2015/01/chee-keong-jihad-seorang-gay-melawan.html



Wednesday, 24 July 2013

ZED - MENGARUT ZED YANG BOLEH KITA RENUNGKAN

Apa khabar abang......

Kenal lagi ini Zed (entry tentang Zed di BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG). Sudah lama tak berutus emel dengan abang Najmi....tapi walaupun begitu saya tetap mengikuti dan tak pernah terlepas membaca luahan insan-insan dan sahabat seujian dengan saya....

Terkadang bergenang air mata membaca luahan isi hati setiap insan yang ALLAH uji dengan naluri ini....Allah Maha Adil kan...mungkin Dia uji kita dalam hal ini namun pada hakikatnya segunung nikmat dan rahmat telah diberikan kepada kita sebagai tanda dia tidak pernah melupakan kita..hanya kita yang kerap melupakanNYa.....

Seorang sahabat update status di facebooknya dan apabila Zed baca banyak kali kata-kata ini dengan tidak semena-mena hati Zed terasa sayu lantas air mata jatuh menitik. Bukan tidak redha..namun terasa ingin merintih betapa ketidak mampuan diri ini untuk menanggung naluri ini, betapa tidak mampu dan tidak mahunya naluri ini mengalir dalam diri ini setiap 24 jam setiap hari dan untuk berapa lama (naluri ini akan terus besarang dalam tubuh ini), hanya  ALLAH sahaja yang tahu kerana Qada' ALLAH pastikan ada Qadarnya....

"Dan apakah yang ALLAH lakukan apabila DIA rindu kepada hambanya? Sesungguhnya DIA, akan kirimkan hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian dan dugaan hidup. ALLAH berfirman melalui malaikat Jibril, "Pergilah kepada hambaKU dan kirimkan lah ujian kepadanya. Sesungguhnya Aku rindu akan rintihannya"

ALLAHURABBI~

Bayangkan ALLAH mungkin uji kita hanya ini jerk (naluri songsang)....namun Dia dah bagi (tetap memberi) semua pada kita...pekerjaan yang baik, kawan-kawan yang baik, harta yang banyak dan melimpah ruah. 

Dia hanya bagi kita satu ujian ini sahaja, yang pada DIA sudah tahu bahawa kita mampu menanggungnya, kerana ALLAH dah janji kan.....bahawa kita tidak akan diuji selagi mana ALLAH tahu kita mampu untuk menghadapinya. Walaupun pahit.....perit.....letih namun kita perlu untuk terus kuat...kerana status kita sebagai hamba dan kita perlu redha atas apa yang berlaku......

photo hiasan

Alhamdulillah,

Zed baru sahaja pulang daripada Tanah Suci Mekah......ianya satu pengalaman yang sangat indah dan tak akan Zed dapat lupakan sehingga akhir hayat. Dengan satu matlamat ke sana untuk meminta pada DIA di hadapan Kaabah untuk memudahkan urusan dan perjalanan insan yang diuji seperti kita. Mungkin naluri (songsang) ini tidak mempunyai suis off dan on, namun semoga kita mampu mengawalnya. 

Rasa sungguh kerdil berada di hadapan Kaabah mengharap merintih agar ujian ini mampu saya dan sahabat yang lain mampu untuk menghadapinya. Kita tidak ada pilihan di situ kita temui hakikat kita sebagai hamba dan kita ada Pencipta yang padaNYA datangnya ujian dan padaNYA juga ada segala penawar......amin insyaALLAH

Kerana kita berjalan di muka bumi ini sebagai insan bernama hamba yang hina dan jijik....kita hanya berusaha semampu mungkin untuk menanggunng naluri ini dan tidak sesekali cuba untuk mengiyakannya, sesekali jatuh tersungkur. Semoga dalam hitungan ALLAH segala pengorbanan kita dan kadangkala terkucil atau tersungkur itu moga-moga diberikan kekuatan untuk menghadapinya....

Semenjak dua menjak ini...mungkin seiring dengan peningkatan usia...ramai sudah kawan-kawan dan sedara mara sibuk untuk menyuruh saya bernikah...amin. Matlamat itu alhamdulillah masih ada dan semoga ALLAH tak matikan hasrat itu...semoga saya kuat suatu hari nanti....namun andailah ianya semudah itu. 

Kawan-kawan sekeliling di sini semua sibuk mencari pasangan, saya steady jerk..siap tolong selesaikan masalah love diaorang...maklumlah selalu jadi pakar rujuk.....sampai lah orang duk kata..

"Hang bila pulak lagi...duk suruh selesaikan masalah orang....huhu..." 

Didalam hati terdetik...."Aku tak macam ko...ada misi yang aku perlu selesaikan sebelum aku boleh ikut jejak langkah ko"..huhuhu....

Berdesing jugak telinga yang nie bila ada rakan yang ber"kapel" dengan tu...yang tu ber "kapel" dengan yang nie dan semuanya adalah kawan kawan baik. Tak kurang jugak ada yang mengatakan aikkk.......

"Ko nie tak da nafsu ker nak kawin...."

Gugur jantung mendengarnya.....walau terkadang hati ini berdetik berkata..

"Kau beruntung kau tak diuji di medan seperti aku....." 

Namun syukur dan redha tetap menjadi taruhan....semoga tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH....Rasa cemburu apabila melihat kawan berbalas mesej sambil tersenyum dengan insan tersayang....Rasa cemburu apabila melihat kawan berdating.

YA ALLAH dalam hati terdetik betapa beruntungnya mereka.....semoga kekal dan selamat mereka membina baitul muslim yang soleh dan solehah. Ustaz pun ada kata kalau kita doakan untuk orang lain maka para malaikat pun akan mendoakan semoga apa yang didoakan untuk kawan kita itu akan kembali semula pada kita.....huhu...

Entah apa yang saya mengarut nie... tapi ianya hanya motivasi untuk diri saya sebenarnya, merenung kedalam diri serta mencari yang hakiki......semoga kita terus kuat...moga abang dan sahabat-sahabat lain terus kuat. Semoga masih ada sinar untuk kita semua suatu hari nanti...

Life with this things is not a sin...but practise this things is really a sin.....Selamatkan kami ya ALLAH...............


ZED 
Entry kisah ZED klik disini 
























Saturday, 20 July 2013

SARAH - PERKEMBANGAN KEHIDUPAN SARAH, MANGSA SUMBANG MAHRAM

Bagi kebanyakan pembaca blog ini tentu tidak mengenali siapakah Sarah, tetapi saya sememangnya mengenali wanita yang bernama Sarah ini, saya hanya berhubung dan mengikut perkembangan mengenai dirinya hanya melalui seorang rakan saya. Kisah beliau pernah saya siarkan dulu di dalam entry bertajuk "SARAH: BABI ITU MEROGOL SAYA, MOGA DIA DIJANGKITI HIV, BARU TAHU SAPA YANG SUNDAL"
 
Alhamdulillah kehidupannya semakin tenang dan bahagian pada hari ini. Sarah telah mengirimkan email bercerita mengenai kehidupan yang ditempuhinya sekarang.

photo hiasan dari muslim-women.deviantart.com

Salam Abang Najmi dan pembaca, 

Nama saya Sarah (samaran yang diberikan oleh Abang Najmi) dan kisah saya bertajuk SARAH: BABI  ITU MEROGOL SAYA, MOGA DIA DIJANGKITI HIV, BARU TAHU SAPA YANG SUNDAL. 

Saya sekarang berusia pertengahan 20an dan merupakan seorang PLHIV. Saya mendapat HIV kerana saya pernah diperkosa secara beramai-ramai ketika usia remaja dan saya juga adalah mangsa sumbang mahram ayah kandung sendiri. 

Nasib saya tidak begitu baik kerana ibu kandung saya ketika itu tidak pernah mahu menyiasat segala aduan saya tetapi sebaliknya terus menyalahkan saya. Apa yang saya kata mengenai kelakuan ayah, ibu kata semuanya semata-mata kerana saya cuba memfitnah bapa sendiri. Ibu lebih mempercayai ayah yang luarannya sahaja nampak baik kerana kerap masanya dihabiskan dengan aktiviti agama.

Paling istimewa untuk Abang Najmi, saya tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya saya apabila bertemu blog ini. Saya cuba lupakan kisah silam saya kerana, bak nasihat Abang Najmi - Hidup Mesti Diteruskan.

Selepas bertemu dan membaca blog abang Najmi, ya bermula dari blog ini lah Allah telah mempertemukan saya dengan sahabat-sahabat Abang Najmi yang terlalu banyak baktinya kepada saya. Ditakdirkan saya juga bertemu dengan sahabat Abang Najmi yang saya panggil Mak, yang kini dan selamanya telah menjadi keluarga angkat saya sehingga keliang lahad.

Mak pula telah membawa saya berkenalan dengan Mummy (rakan Mak) dan melalui Mak juga saya berkenalan dengan jiran-jiran serta rakan-rakannya. Mereka semua telah jadikan saya ahli keluarga mereka. Tiada beza antara saya dan adek-adek dan kerana mereka semua lah yang menyebabkan saya sentiasa sedar bahawa jika meratapi kisah silam itu, ianya tidak akan dapat mengubah nasib saya.

Melalui mereka saya mula mengenali akan harga diri sendiri, dari mereka saya belajar untuk cuba menyayangi diri sendiri dan dari mereka jugalah saya mula kenal akan erti kasih sayang yang suci serta mengenali makna erti keluargaan.


Maaf???

Kalau dulu semenjak dari usia 9 tahun bapa kandung saya kata, kasih sayang antara anak dan ayah adalah dengan membenarkan bapa menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh saya, kasih sayang adalah dengan meniduri saya, tetapi apabila saya masuk ke sekolah menengah akhirnya saya mulai faham bahawa semua itu adalah salah. Semua itu sebenarnya adalah sumbang.

 Ya saya sudah maafkan segala kenangan silam, saya tetap hormati ayah dan ibu kerana tanpa mereka sudah pasti saya tidak boleh melihat bulan dan matahari. Terima kasih ayah (kandung) dan ibu (kandung) kerana menyebabkan saya lahir kedunia ini, terima kasih kerana memberikan saya makan dan tempat tinggal dan menjadikan saya wanita yang sangat tabah.

Untuk ibu, saya minta maaf andai saya tidak mampu untuk kembali ke rumah ibu sekiranya ayah masih berada disitu. Saya tetap memaafkan ayah dan ibu kerana kata ibu angkat saya, maafkan segala kesilapan silam saya, lupakan dan buangkan jauh kenangan itu. 


Bekerja sebagai pembantu kedai buah

Mulanya saya bekerja sebagai pembantu disebuah kedai cina yang menjual buah, tetapi kemudiannya ibu angkat telah mempelawa saya tinggal dengan mereka dan menghantar saya belajar menjahit langsir sebagai kerjaya baru saya. Alhamdulillah saya kemudian mampu berdikari dan menjana pendapatan sendiri.

Pada Hari Raya tahun 2012 adalah hari raya paling bahagia buat diri saya, kerana saya sudah mampu menjahit baju raya untuk mummy daddy (angkat), mak ayah (angkat), mama papa (angkat), Mak Ndak, auntie Ida dan adek-adek kesayangan saya Nadia, Adah, Along, Apis, Adam, Adek, dan Tika.

Malah saya boleh menghulurkan duit raya untuk adek-adek angkat saya seramai 7 orang tu sebanyak RM10 seorang. Belanja beli bunga api dan sebagainya tetapi apabila saya nak balik ke rumah mummy daddy, mak ayah, mama papa pula akaan hulurkan semula duit raya untuk saya. Jumlahnya buat saya sangat tinggi tetapi saya tahu mereka akan marah kalau saya tak ambil.

Para pembaca, janji Allah itu benar, setiap dugaan pasti ada rahmatnya, bersabarlah dengan segala bentuk dugaannya, bersahabatlah dengan mereka yang baik agamanya, tinggi ilmunya dan luhur hatinya, pasti kita akan ditarik ke arah kebaikan.

Sebenarnya ketika saya mula-mula kenal blog Abang Najmi, saya benar-benar sudah JATUH CINTA pada insan yang mengunakan nama HUEI ketika itu dan menukar nama kepada NAJMI pada hari ini., tetapi masih individu yang sama.

Ketika itu saya rasa dialah lelaki yang terbaik buat diri saya tetapi saya ingat akan kata-kata dan nasihat dari Mak, "SARAH KENA FAHAM, NAJMI TU GAY TEGAR, SAMPAI KAN KALAU KITA BONGKOK KEPADA 6 SEKALI PUN, DIA TAKKAN NAK KAHWIN DENGAN SARAH".


Bertunang dan mendirikan rumah tangga

Alhamdulillah, insyaallah pada Hari Raya tahun ini (2013) pasti kehidupan saya akan lebih bahagia kerana kehidupan saya ini telah dipermudahkan oleh Allah. Saya telah pun melangkah ke alam rumahtangga. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, saya bertemu jodoh dengan seorang bekas gay dan juga seorang PLHIV akibat "jahiliah" zaman silamnya dulu. Kami sama-sama positif HIV. Bezanya usia suami saya lebih muda daripada Abang Najmi. Handsome pun sama agaknya, baiknya pun hampir sama, bezanya suami saya bekerja tetapi abang Najmi masih berusaha mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Itulah kebesaran Allah, kehadiran Abang Najmi lah yang telah mengubah segala takdir dalam hidup saya.

Perkenalan saya dan suami telah diaturkan oleh Mak dan saya tahu Mak selalu berbalas email dengan Abang Najmi bertanyakan pendapat, sebab Mak selalu kata Abang Najmi boleh bagi pendapat yang bernas dan baik.

Pertunangan dan perkahwinan saya dibuat dengan baik oleh keluarga-keluarga angkat saya seolah-olah saya anak ini anak kandung mereka, ada tetamu yang kata mak dengan mummy saya nampak terlalu muda untuk menerima seorang menantu.

Para pembaca, Mak, Mummy dan Mama saya adalah golongan professional kerana mereka bekas pelajar sekolah berasrama penuh terkenal di tanahair. Mak, Mama dan Mummy saya juga belajar di Universiti yang sama. Mereka juga telah memilih bidang-bidang kebajikan tertentu untuk mengisi waktu terluang mereka dan mereka memilih untuk membantu PLHIV dan golongan gay/lesbian/biseksual. Mereka membantu secara senyap dan menyokong dalam diam.

 Ya Allah, melalui (blog) seorang lelaki gay tegar yang telah berubah dan insaf, menulis dengan penuh keikhlasan demi memberikan teladan kepada insan-isan lain, saya telah dipermudahkan oleh Allah sehingga mendapat apa yang saya ada pada hari ini. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan mereka-mereka yang sudi memberi sokongan dan mereka yang  mendoakan kebahagian saya iaitu seorang wanita yang kotor dan jijik.

Mereka mendidik saya agar memahami dan menerima takdir, membantu saya melupakan serta memaafkan kisah silam saya dan akhirnya menjadikan saya seperti hari ini. Alhamdulillah saya menerima takdir seadanya, tidak perlu banyak kemahuan kerana telah ditentukan takdir saya adalah begitu dan saya redha dengan segalanya.


Terima kasih....

Untuk keluarga ibu bapa angkat saya, tiada daya saya untuk membalas budi anda semua melainkan Allah sahaja yang mampu membalasnya. Untuk adek-adek kesayangan kakak, Nadia, Along yang sudah pun masuk U, belajarlah bersungguh-sungguh ye. Adah dan Apis, buat pereksa baik-baik okay. Adam, Adek dan Tika jangan nakal-nakal ye, nanti bila besar jangan lupa jasa ibubapa angkat kita.

Mak Ayah, Mama Papa, Mummy Daddy, saya berjanji atas nyawa saya sendiri, saya akan sentiasa jaga diri saya, suami saya sebaik-baiknya dan begitu juga adek-adek saya semuanya telah menjadi keutamaan bagi diri saya. Kalau anda semua ada sebarang kesulitan, saya sentiasa ada untuk anda semua.

ABANG NAJMI, DOA SAYA UNTUK ANDA TIDAK AKAN BERHENTI WALAUPUN SEKIRANYA SAYA SUDAH TIDAK ADA DIDUNIA INI LAGI, SEMOGA KITA SAMA-SAMA BERTEMU DI JANNAH.

Betul-betul ikhlas dari jauh dalam hati saya, terima kasih Abang Najmi 

Selamat Berpuasa, Selamat Berterawih dan Selamat Hari Raya. Sama-samalah kita jaga diri dan kesihatan, doakan saya dan suami, insyaAllah kita bertemu di Jannah Allah. 


- SARAH -
Entry mengenai kisah Sarah













Terima kasih Sarah, abang doakan kehidupan Sarah terus dirahmati Allah, hidup bahagia serta dikurniakan kekuatan, kesihatan yang baik berterusan selamanya disamping suami dan gembira dikelilingi orang-orang yang disayangi. Tidak terlewat rasanya untuk abang ucapkan selamat pengantin baru buat Sarah dan suami semoga berkekalan selamanya - Naj Mi
 

Friday, 19 July 2013

RYAN - PENGALAMAN BEKAS GAY MENEMANI ISTERI MELAHIRKAN BABY SULUNG

RYAN pernah berkongsi kisah hidup beliau didalam entry bertajuk "RYAN - SUSAH SENANG HIDUP SEORANG SONGSANG" berkongsi kisah pengalaman beliau saat-saat ketika menanti kelahiran puteri sulungnya.


Abang

Bila teringat balik peristiwa semasa saat-saat isteri nak bersalin itu kan,  rasa nak tergelak pun ada. Apa tak nya, semasa kejadian tu RYAN gelabah dan kalot bila tengok sahaja air ketuban pecah di tengah malam pada hari rabu. Wife kejutkan RYAN malam tuh, ingat kan wife nak buang air kecil. Sekali tengok rupanya air ketuban sudah basah kat lantai.

Kalot arrr.... wife pulak suruh RYAN bertenang, mau tak bertenang.

Sampai aje dihospital, hospital pulak service masa tu teruk, geram tau, sudah lah wife dengan keadaan macam tuh, boleh pulak dia orang suruh RYAN park kereta dulu. Lepas tu kena berjalan terus naik ketingkat atas, bukan nya dia nak tolong ambilkan kerusi roda dan tolak my wife ke atas dan RYAN terpaksa terus pergi park kereta dulu.

Doktor check jalan, baru buka 2 cm, bermaknanya belum bersedia lagi nak beranak dan wife kena tahan wad. Sampai lah selama dua hari kena duduk kat dalam wad. RYAN memang susah hati, sebab ketuban dah pecah. RYAN takut kena operate je. Tahu-tahu lah bila dah kena operate. sudah tentu RYAN tak leh nak buat anak ramai-ramai dalam masa terdekat huhuhu. Sebabnya RYAN bajet nak anak seramai 10 orang ke atas hehehe.....

RYAN berulang alik ke hospital. Risau tengok wife menanggung azab nak beranak. Macam RYAAN pulak yang nak beranak. Sebab RYAN ada sedikit jiwa wanita dan mudah benar faham jiwa wanita ni.

Hari sabtu, lepas  maghrib wife hantar message, dia cakap baby tetibe dah turun dah. pembukaan jalan sudah 5 cm, bermaknanya sudah "get ready" nak masuk ke dewan bersalin.

RYAN tunggu kat hall dewan bersalin dan nampak muka wife dalam ketakutan. Lepas wife masuk dalam dewan bersalin dalam pukul 12 tengah malam. RYAN jadi kalot bercampur rasa cuak. Entah berapa kali Ryan ulang alik masuk ke dalam toilet. Pada hal tidak pulak nak buang air. 

Nama mamat yang duduk disebelah RYAN masa tu sudah panggil, sebab wife dia masuk bersama dengan my wife. Bermakna nya nanti giliran RYAN pulak. Ahhhhhh sudah!.......

Eh pelik pulak, kenapa tak pelik nya.. sebab nama RYAN tak di panggil-panggil pun. Sudah kol dekat pukul 4 pagi dah nih. RYAN pun pergi kat kaunter untuk bertanya kenapa my name tak dipanggil panggil. Nurse tuh cakap.. "awak nak masuk ke?" boleh pulak dia tanya soalan yang memang cepu emas. Ryan cakap lah kat dia memang Ryan nak masuk. Alih-alih dia cakap "laaaa.. saya ingat kan awak tak nak masuk tadi". Ada pulak yang kena gigit laju laju karang ni huhuhu.

RYAN pun masok lah ke dalam bilik bersalin tuh. Menggigil Ryan. Ketaq habis lutut-lutut nih. Tengok muka wife tengah menanggung azab. RYAN rasa mcam nak nangis sahaja, dan tak tau RYAN nak buat apa. RYAN memang sedih sangat-sangat tengok keadaan masa tu.

Doktor kata pembukaan jalan baru 7 cm. Kena tunggu 10 cm. Wife tak nak tunggu, sebab dia tak tahan sakit, baby nak kuar juga. Doktor kata tetap tak boleh, kemudian datang seorang doktor lain. Wife cakap nak beranak ketikaa itu jugak, alhamdulillah  doktor tuh kata boleh.

Doktor suruh wife meneran, wife pun teran, memang sudah nampak kepala baby. Doktor jerit "teran lagi, saya bilang 1, 2, 3 lepas tuh awak teran kuat-kuat!" kata doktor tuh.

Doktor tu bukak sedikit jalan untuk baby keluar. Doktor jerit lagi "1, 2, 3! PUSH!! lagi PUSH". Dengan RYAN sekali dok push. Yang penting sebelah kaki RYAN sudah berada kat atas katil bersalin tu sambil bertaup kaki wife suruh bukak luas-luas. RYAN dengan wife bersama-sama meneran. Ryan meneran sampai nafas tak da. Sampai RYAN penat. 

Pusshhh baby keluar.  Ryan dengan wife memang rasa lega, baru lah RYAN dapat menafas seperti biasa. Doktor hanya tersenyum aje tengok gelagat RYAN. Doktor suruh RYAN berehat kat atas kerusi, biar kembali bertenaga. 

Tengok jam sudah nak pukul 4.45 pagi. RYAN tidak sahur lagi. RYAN pun tak tau nak puasa ke tak. Sebab RYAN betul-betul penat. Tenaga RYAN dah hilang semua nya.

15 minit Ryan duduk rehat, lepas tuh RYAN azan dengan iqamat kat my baby. Suara RYAN antara keluar dan tak aje, sebab RYAN tengah sebak dan sayu aje masa tu.

Lepas tuh RYAN jumpa doktor. Ryan mintak izin untuk keluar sebab nak pergi kat kereta untuk ambil air.

Keluar sahaja dari dewan tu, seorang makcik ni tegur RYAN, dia tegur sebab dia tengok muka RYAN letih dan pucat. RYAN cakap lah kat mak cik tu yang RYAN meneran sekali untuk bersalin. Makcik tu cakap "Weh.... azab tau masa nak beranak ni".. makcik tu gelak sakan. RYAN terus pi kat kereta.

My girl kena tahan kat wad, sebab air ketuban dah pecah dua hari dah, takot ada jangkitan kuman pulak. Tapi alhamdulillah.. baby RYAN sihat dan tidak ada apa-apa masalah pun.

Ituh lah kisah pengalaman RYAN beranak bersama-sama wife.. hahaha.. macam kelakar je kan..


















Alhamdulillah RYAN macam sekejap sahaja bila RYAN bagi tahu yang isteri RYAN mengandung hampir 9 bulan lalu, ketika entry mengenai RYAN abang siarkan dulu (disini)

Alhamdulillah dan TAHNIAH buat RYAN dan wife atas kelahiran puteri sulung. Lakarlah dengan lakaran yang indah-indah berpandukan suruhan Allah diatas canvas putih bersih yang baru sahaja RYAN terima itu. 

Semoga kebahagian hidup RYAN disamping wife dan anak akan berterusan......- Naj Mi



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST