Tuesday, 25 June 2013

(1) SOAL JAWAB - SONGSANG

Oleh
Ustaz Mohd Hanafi Abdul Malek 




Alhamdulillah atas nikmat Islam, iman, hayat, dan solat. Mudah-mudahan ada cahaya keberkatan daripada rancangan ini dan kita semua mendapat keberkatan daripadanya. Ayat ini boleh diamalkan untuk mengelakkan anak atau zuriat kita dilindungi daripada gejala hubungan sejenis.

Surah Fatihah, ayat 1-7 yang bermaksud:


Inilah surah Al-Fatihah. Dalam surah kita banyak memohon doa. Surah Al-Fatihah mempunyai kekuatan untuk membina peribadi seseorang. Jika anak masih kecil, amalkan membaca bersama sebelum anak tidur. Bacalah dengan tajwid yang betul. InsyaAllah akan datang bantuan Allah dan anak ini akan terdidik. Kemudian baca As-Syahid dan Ya Laatif sebanyak 10 kali.

Jika anak degil atau sudah terjebak, baca Fatihah sampai ayat ke-6, ulang ayat tersebut sebanyak 3 kali dan tiup pada anak. Semoga Allah memberi petunjuk. Dalam siri yang lepas-lepas, saya ada mengajarkan untuk mengamalkan zikir Yaa Latif. Alhamdilillah ramai yang telefon dan memberitahu saya yang ianya berkesan.

Tajuk perbincangan hari ini ialah songsang dan akan membincangkan tentang LGBT – 'Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender'. Allah menjadikan fitrah manusia dan haiwan berpasang-pasangan. Haiwan elok sahaja mematuhi fitrah ini, tapi manusia yang berani melawan sehingga sanggup membuat pembedahan untuk menukar bentuk tubuh badan mereka. Ini sudah begitu banyak berlaku dalam masyarakat hari ini.

Mari kita sorot kisah seperti yang diceritakan dalam Al-Quran. Antara sebab Nabi Lut diutuskan adalah untuk memerangi golongan yang melakukan hubungan sejenis. Nabi Lut merupakan anak saudara Nabi Ibrahim. Nabi Lut diutuskan kepada satu kaum yang tinggal di kawasan Israel sehingga ke Jordan, iaitu berdekatan dengan Laut Mati. Nabi Lut sendiri mempunyai isteri dan dua orang anak. 

Penduduk di kawasan ini mengamalkan perhubungan sejenis, lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Jika ada pedagang baru masuk ke kawasan mereka, pedagang itu akan dipaksa melakukan hubungan sejenis juga. Jika tidak barangan dagangannya akan dirampas.

Pada suatu hari, di mana sekumpulan pedagang yang terdiri daripada anak-anak muda yang elok rupanya, ingin menumpang bermalam di kawasan itu. Mereka terjumpa anak gadis Nabi Lut dan bertanya tentang tempat untuk bermalam. Anak gadis Nabi Lut pun pulang bertanya kepada ayahnya. Lalu Nabi Lut bersegera berjumpa untuk membawa mereka pulang ke rumahnya. Nabi Lut cuba menyembunyikan mereka dirumahnya tetapi isterinya sendiri yang membocorkan rahsia kepada penduduk setempat.

Lalu datanglah penduduk beramai-ramai dan mengetuk pintu rumah Nabi Lut dengan kasar. Nabi Lut berasa malu kerana tidak dapat melindungi pedagang itu dan memberitahu mereka keadaan sebenar. Lalu pedagang-pedagang itu pun mengaku yang bahawasanya mereka adalah malaikat yang ditugaskan untuk menurunkan bala kepada penduduk di situ. Malaikat pun meminta Nabi Lut dan anaknya keluar meninggalkan rumah dan baginda juga diminta agar tidak menoleh ke belakang.

Sepeninggalan Nabi Lut, para penduduk pun menerpa masuk ke dalam rumah Nabi Lut. Ketika itu, keluarlah cahaya yang terang benderang sehingga mereka menjadi semuanya buta. Kemudian berlaku juga ribut dan petir yang membawa tanah berlumpur untuk menutupi mereka. Hampir semua kecuali sebahagian kecil yang terselamat untuk dijadikan pengajaran kepada manusia lain. 

Inilah tempat yang bernama Kota Sodom. Sehingga hari ini jika kita melawat tempat, kita boleh melihat mayat-mayat kaum Nabi Lut.


Senarai soalan & jawapan:

S: Apakah yang dimaksudkan dengan LGBT?
J: 'Lesbian' adalah istilah untuk hubungan sesama perempuan. 'Gay' pula hubungan sesama lelaki. 'Bisexual' pula 'sapu' lelaki dan perempuan. 'Transgender' pula menukar jantina kepada yang sebaliknya. Inilah masalah pada zaman akhir zaman. 

Kajian pihak Kementerian Kesihatan menunjukkan sudah ada 300 ribu kes 'Gay' iaitu lelaki bersama lelaki. Golongan ini menganggap yang ini merupakan hak asasi manusia. Mereka merasakan mereka adalah perempuan yang terperangkap dalam badan lelaki. Mereka tidak peduli lagi dengan hak dan perintah Allah. 

Tambahan pula ada gerakan yang menyokong mereka ini. Na'uzubillah, mohon kita dan keluarga dilindungi.

S: Mohon terangkan apakah yang dinamakan khunsa?
J: Khunsa merupakan ciptaan Allah. Golongan ini mempunyai 2 kemaluan. Daripada kajian, terdapat ramai Khunsa daripada Pakistan dan India. Untuk menentukan jantina, biasanya akan dilihat alat kelamin mana yang berfungsi. Setelah ditentukan, mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qardhawi, dibenarkan untuk melakukan pembedahan membuang alat yang tidak aktif.

Namun ada juga kes di mana tidak dapat ditentukan dan dipanggil khunsa musykil. Pernah berlaku pada zaman Sayyidina Ali, seorang pedagang meninggalkan isterinya di rumah. Isteri itu telah pun mempunyai 2 orang anak. Isteri yang ditinggalkan itu 'meniduri' pembantunya dan pembantu itu pula mengandung. Jadi orang ramai musykil dan bertanya pada Ali. Ali buntu dan bertanya kepada seorang sahabat Nabi yang telah berumur. Lalu sahabat Nabi SAW pun mencadangkan untuk mengira tulung rusuknya, jika kurang satu bermakna dia khunsa lelaki.

Jadi untuk menentukan khunsa adalah dengan mengira rusuknya. Dari segi fekah, jika lelaki atau perempuan bersentuh dengan khunsa yang belum buat pembedahan, tidak batal wudhuk. Tetapi tidak boleh serentak. Jika serentak bersentuhan lelaki, perempuan dan khunsa, wudhuk ketiga-tiganya batal. Untuk saf solat pula, khunsa perlu bersama kanak-kanak.

S: Apakah punca perkara sebegini berlaku? Adakah kerana persekitaran atau individu itu sendiri?
J: Punca utama ialah syaitan yang tidak pernah leka untuk menyesatkan manusia. Kadang-kala kerana sikap ibu bapa yang terlalu mengharap jantina tertentu. Kita boleh berdoa tetapi janganlah sampai tahap yang melampau. Redhalah dengan rezeki yang Allah kurniakan. Psikologi ibu yang mengandung akan memberi kesan yang tinggi kepada janin. Seterusnya ketika kecil, contohnya, ada ibu yang kerana terlalu menginginkan anak perempuan sehingga memakaikan pakaian perempuan kepada anak lelaki.

Kemudian ada banyak juga kes yang berlaku kerana menghadiri sekolah asrama lelaki atau perempuan sahaja. Dalam Islam, walaupun adik-beradik sejenis, ketika tidur perlu jarak sebanyak minimum satu hasta. Ada juga kerana masuk penjara dan diajar melakukan perbuatan songsang.

Ada juga kes pelajar di luar negara, yang di perdaya dengan arak sehingga tidak sedarkan diri dan diliwat. Setelah itu mereka menjadi ketagih dan kekal melakukan liwat. Di Amerika, terdapat seramai 7 juta 'gay'. Jumlah dalam dunia lebih daripada 14 juta orang. Kadang-kadang ada yang berlaku kerana dengan berkelakuan 'lembut', mereka mendapat perhatian dan mereka rasa seronok dan kekal begitu. 

S: Apakah ciri LGBT?
J: Ciri-ciri orang gay (yang mengambil tempat sebagai lelaki). Mereka ini kebiasaanya suka:
  • pakai baju ketat untuk tunjuk 'six-pack'.
  • suka pergi 'gym' tapi bukan untuk bersenam, sebaliknya untuk lihat orang.
  • suka buat sistem adik angkat.
  • suka simpan misai dan janggut.
  • suka pakai pakaian berjenama.
Bagi 'gay' yang berperanan sebagai perempuan pula, mereka suka melihat lelaki kacak (biasanya matanya membulat apabila melihat lelaki kacak)

Bagi golongan lesbian pula, mereka:
  • membenci lelaki, suka memburukkan lelaki
  • suka menyendiri
  • kuat cemburu
  • suka berjalan berpelukan dan berpegangan tangan
S: Apa pandangan ustaz tentang pergerakan untuk mengiktiraf golongan ini?
J: Betul, di Amerika ada gerakan sebegini. Kisah Nabi Lut berlaku 1800 tahun sebelum Masihi, kemudian 1800 selepas Masihi pula kisah ini berulang lagi. Kisah ini banyak berlaku semasa perang dunia kedua di kalangan tentera yang dihantar berperang. 

Ramai golongan profesional di luar negara yang bersetuju untuk membanteras perkara ini, tetapi golongan politik ingin menyokong kerana inginkan undian mereka. Mereka juga telah datang ke Malaysia dan telah membuat bermacam program termasuklah membuat perarakan baru-baru ini. Pihak kerajaan, pejabat agama dan NGO perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras perkara ini.

S: Adakah undang-undang untuk menghalang perkara ini?
J: Ada, dalam undang-undang syariah dan undang-undang Malaysia. Pada pendapat saya mereka perlu diberi kaunseling sebenarnya agar mereka dapat keluar daripada ketagihan mereka ini.

S: Jika sudah terlibat, bagaimana untuk kita membantu mereka?
J: Pertama: kita kena amalkan 'more connection, less correction'. Hampiri mereka dengan kasih sayang, ambil tahu tentang mereka. Jakim ada membuat program Muqayyam yang banyak membantu mengubah golongan ini. InsyaAllah mereka ini boleh berubah. Banyakkan memujuk daripada menghukum. Jika berkasar, kita takut mereka akan memberontak dan mungkin keluar dari Islam.

S: Bagaimana untuk mengetahui jika pasangan terlibat dengan LGBT?
J: Saya ada buat kaunseling keluarga. Ramai yang datang merupakan golongan profesional. Mereka ini buat kenduri besar-besaran ketika kahwin tetapi tak boleh meniduri isterinya. 'Password' bagi lelaki - 'saya tak ada perasaan'. Jika perempuan pula, jika di ajak bersama, dia akan menolak dan mula marah-marah dan menghempas barang. 
 

Kesimpulan:
Isu ini agak panas dan agak susah untuk dikaitkan dengan agama. Tetapi apabila kita melihat kemungkaran, kita hendaklah mencegahnya dengan tangan (kuasa). Kerajaan mempunyai kuasa, jadi sesuatu perlu dilakukan seperti seminar, kertas kerja dan undang-undang. 
Seterusnya kita perlu guna lisan untuk mencegah. Lisan bukan bermakna teguran dengan memaki hamun, tetapi perlu dengan hikmah dan kasih sayang. Manusia boleh berubah dengan kasih sayang, bukan dengan kekasaran. Ketiga mencegah dengan hati iaitu dengan sentiasa berdoa kepada mereka.

Sebagai penutup, saya bawa satu kisah seorang lelaki profesional yang bukan Muslim. Dia seorang 'gay' tetapi mempunyai isteri. Jadi saya bantu ajar dia untuk berubah dan Alhamdulillah dia berjaya berubah. Jadi manusia memang mampu berubah. Jangan kita lupa mendoakan kerana dengan doa ramai orang berubah, InsyaAllah.

(PANDANGAN SAYA USTAZ Oiiii...... LELAKI ITU MEMANG BOLEH BERUBAH DENGAN MENGAWAL NAFSUNYA SAHAJA DARI TERUS TERLIBAT DALAM AKTIVITI SONGSANG LAGI, TAPI HAKIKATNYA NALURI SONGSANG ITU TETAP DAN MASIH ADA, LELAKI ITU HANYA BERJAYA BERUBAH BERJAYA MENGAWAL DIRINYA SAHAJA - NAJMI) 


Sumber Disini


Sambungan bahagian dua klik di SONGSANG - SOAL JAWAB (2)



2 comments:

  1. Ustaz Hanafi ni memang favourite mak ndak Najmi tapi terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST