Monday, 17 June 2013

PLHIV - GARIS PANDUAN PENGEMBARA

Minggu lalu saya "ralit" mengadap kaca TV pada setiap petang menonton ulangan rancangan kembara di Laluan Sutera, bermula dari wilayah Xinjang di China, Kazakhstan dan ke beberapa negara di Central Asia hingga ke Turki. 

Dalam hati memang melonjak-lonjak hendak berkongsi kisah tetapi nak buat bagaimana  terpaksa pendamkan aje. Alhamdulillah beberapa tempat utama di Laluan Sutera (Silk Road) di Xinjiang telah pun saya jejaki, seronok apabila melihat pengacara program siri tersebut mengunjungi dan bercerita kisah tempat berkenaan, tempat sama yang pernah saya jejaki. 

Hampir-hampir juga kaki ini menjejaki ketanah Kazakhstan dulu dan kalau tidak disebabkan laluan Karakarom Highway ditutup akibat salji tebal mungkin juga saya telah masuk untuk kali ke dua ke utara Pakistan kerana ketika itu saya telah hampir disempadan antara ke dua negara tersebut. Walau bagaimanapun alhamdulillah disebabkan kaki tidak terlajak masuk ke dua-dua negara tersebut, rupa-rupanya haluan saya menjangkau lebih jauh daripada itu ke wilayah dan negara lain. 

Mengembara satu topik yang paling seronok untuk saya bualkan, tapi apakan daya bukan disini tempat untuk saya kongsikan pengalaman dulu.

Garis Panduan Pengembara

Pengembaraan akan menambah risiko dan pendedahan anda kepada jangkitan oportunis, tetapi anda boleh melindungi diri anda dan kesihatan orang lain dengan memahami risiko sebelum anda memulakan perjalanan. Dalam membuat persediaan untuk pengembaraan anda, bercakap dengan doktor anda atau pakar dalam ubat pengembaraan mengenai rancangan pengembaraan anda. 

Mereka boleh memberitahu anda jika anda perlu membawa sebarang ubat bersama anda, seperti pil antimalaria, rawatan untuk cirit-birit pengembara atau jika anda memerlukan sebarang pemvaksinan khas sebelum anda pergi. Mereka juga boleh membantu anda jika terdapat risiko tertentu kepada orang yang hidup dengan HIV di destinasi pengembaraan anda. 

Sesetangah pemvaksinan mungkin perlu diberikan untuk tempoh beberapa bulan, jadi pastikan anda membuat janji temu untuk mendapatkan nasihat sebaik sahaja anda mula membuat rancangan pengembaraan anda.

Semasa mengembara, ikuti peraturan mudah ini mengenai makan dan minum, sama seperti yang anda lakukan di rumah, untuk menghalang penyakit berkaitan perut:

1) Jangan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak melainkan jika anda boleh mengupasnya. Elakkan mengambil salad.

2) Jangan makan makanan laut atau daging yang tidak dimasak dengan baik, atau produk tenusu yang tidak dipasteurkan, seperti susu atau ais krim.

3) Minum hanya minuman botol yang dibuat dengan air yang direbus. Guna hanya ais yang diperbuat daripada air rebus, atau elakkan ais sama sekali. Jika anda tidak boleh merebus air anda, anda boleh menapis dan merawatnya dengan iodin atau klorin, tetapi ini tidaklah sebaik merebus air.

4) Makan makanan yang dimasak sementara ia masih panas.

5) Untuk melindungi diri anda daripada penyakit bawaan nyamuk seperti malaria semasa mengembara, bawa bekalan penghalau serangga yang mengandungi DEET kimia yang mencukupi dengan anda. Kepekatan DEET dalam produk mungkin berbeza, dari kurang daripada l0% hingga lebih daripada 30%. 

Apabila kepekatan DEET bertambah, tempoh perlindungan terhadap serangga juga bertambah. Kepekatan DEET sebanyak 30% hingga 50% berkesan untuk beberapa jam. Bagimanapun, kepekatan maksimum yang disarankan untuk kegunaan pada kanak-kanak adalah 30%, dan produk dengan DEET tidak seharusnya digunakan pada bayi yang berusia kurang daripada 2 bulan.


Berbincang dengan doktor anda mengenai langkah berjaga-jaga yang anda boleh ambil untuk penyakit bawaan haiwan lain dan rujuk kepada perbincangan mengenai malaria dan tuberkulosis dalam bahagian jangkitan oportunis di atas untuk saranan tambahan. 

Haaa... itu dia antara sedikit panduan yang perlu kita patuhi (ada banyak lagi sebenarnya, kalau ikut pengalaman saya) jika kita hendak keluar negara terutama ke kawasan luar bandar. Terus terang kalau dulu semua panduan ini tidak pernah saya ambil kisah, tiada vaksin dicucuk dan tiada insuran yang saya ambil tetapi alhamdulillah saya selamat menempuh jarak perjalanan (kali kedua) yang melebihi sejauh 25,000 kilometer (anggaran kasar saya)

Itu dulu tetapi sekarang sudah jauh berbeza selagi CD4 saya tidak meningkat, selagi itu hati masih bimbang hendak ke mana-mana. Ada adik yang hendak sponser ke Tanah Abang pergi beramai-ramai, "shopping raya" kata mereka, saya tidak pergi. Kemudian katanya lagi maybe akan datang dia akan sponser saya ke Beijing pula...hmmmm.... alhamdulillah, insyaallah tengok lah keadaan macam mana nanti.


11 comments:

  1. BILA SEKALI COP PASPORT..PASTI ADA RASA KETAGIH UNTUK KELUAR NEGARA LAGI ;)

    ReplyDelete
  2. Slm Naj Mi..sy tabik dgn dn kagum dgn semangat awak yg dah dampai ke pelantar dunia tu...
    Wah...mmg awak ni sukakan nature kan..
    Iye..sesiapa yg dah didignosiskan HIV sprt kita..masalah peejlann dn bekalan ubatan jd masalah besar kan..
    Insyaalah...adik awak ajak ke Beijing tu..peluang tau..dan masa tu sy harap awak yakin blh kesana...pegilah yer..
    Moga Allah sentiasa melindungi awak..dipermudahkan segalanys yer..... :)
    Ameen..

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  3. Najmi, saya sampai hari ini teringin sangat nak baca pengalaman najmi semasa mengembara dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naj Mi & Mak Wardah

      Memang best pergi oversea. Kalau ada peluang dan rezeki nak pergi lagi. I am a nature lover either.

      Delete
    2. Anonymous

      Betul memang best, boleh jadi ketagih...tapi sebagai PLHIV yang CD4 rndah tentu susah sikit kan, takut jadi apa2 tak dibenarkan naik kapal terbang balik huhuhu

      Delete
    3. Saya sangat suka nature tetapi saya tak berani nak ke tempat mencabar sebegitu. Saya gayat, penggeli dan penakut. Cuma nak baca tulisan pengalaman Najmi. 16-17 June saya ke Ipoh, message Najmi nak ajak makan nasi ganja tapi Najmi tak replypun. Saya tinggal di Hotel Heritage.

      Delete
  4. Assalam Naj Mi, tanya sikit!! kalau saya nak start travel from malaysia perlukah saya mohon visa 4 atau 5 negara sekali gus di malaysia. cth nya kalau saya nak cross thailand, laos, vietnam, china perlukah saya memohonnya sekali gus di malaysia. tolong bantu

    ReplyDelete
  5. Salam iskandar agung

    Saudara rakyat apa? Indonesia atau Malaysia?

    Kalau Malaysian nak ke Thailand, Laos, Vietnam tak perlu visa...cop passport di border sahaja, Tetapi Kalau nak ke negara China, rakyaat Malaysian dan Indonesia perlukan visa, visa boleh diperolehi sama ada di Malaysia atau di Bangkok Thailand...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST