Friday, 21 June 2013

PENYAKIT KELAMIN

Pengenalan


Apakah penyakit kelamin?

Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks. Ia juga dikenali sebagai SexuallyTransmitted Infections (STI's) atau Venereal Disease (VD). Organisma yang menyebabkan penyakit kelamin adalah terdiri daripada bakteria, virus atau fungus.

Apakah jenis-jenis penyakit kelamin?

Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat


Bagaimanakah penyakit kelamin merebak?

Penyakit kelamin merebak melalui:
  • Perhubungan seks
  • Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti
Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air mani dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti contohnya HIV, Hepatitis B, NGU dan gonorea.

Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebak melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibu yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktu dilahirkan, penagih berkongsi jarum atau pemindahan darah yang dijangkiti.


Tanda dan Gejala

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit kelamin?

Ia bergantung kepada jenis dan peringkat jangkitan tersebut. Kadang-kala, pesakit tidak mempunyai sebarang tanda-tanda atau gejala (dikenali sebagai asymptomatic infection).

Tanda-tanda jangkitan ini ialah:
  • Lelehan daripada kemaluan
  • Sakit semasa kencing
  • Luka atau ulser di bahagian kemaluan
  • Ketumbuhan di bahagian kemaluan
  • Bengkak kelenjar limfa di bahagian pangkal peha
  • Ruam di bahagian kemaluan dan anggota badan
  • Mata berair bagi bayi yang dijangkiti
Diagnosis penyakit kelamin

Bagaimanakah diagnosis atau pengesahan penyakit kelamin dilakukan?

Ujian darah dapat mengesahkan beberapa penyakit kelamin termasuk sifilis, hepatitis B dan HIV. Ada juga yang dapat disahkan melalui lelehan atau sampel cecair daripada kulit atau membran mukus.


Komplikasi

Sekiranya tidak dirawat awal, jangkitan kuman akan merebak ke organ lain menyebabkan komplikasi:
  • Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis, vesikel semen dan kelenjar prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan.
  • Bagi wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar rahim atau jangkitan pelvis.
  • Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta atau terencat akal. 'Congenital syphilis' di kalangan bayi menyebabkan kecacatan semasa kelahiran.
Terdapat beberapa jenis ketuat kemaluan menyebabkan kanser. Sebanyak 5-10 peratus penghidap hepatitis B menjadi pesakit kronik dan berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati.


Rawatan

Adakah penyakit kelamin boleh dirawat dan disembuh?

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik, ubat anti-virus atau anti-parasit. Lebih daripada satu ubat diperlukan untuk merawat dan menyembuh penyakit kelamin. Tidak semua penyakit kelamin dapat disembuh.

Sesetengah penyakit kelamin boleh dirawat berdasarkan gejala-gejala seperti ulser di kemaluan, lelehan dari uretra dan faraj. Ia dipanggil sebagai 'Modified Syndromic Approach'(MSA) yang terdapat di klinik kesihatan kerajaan.

Rawatan awal boleh mencegah jangkitan daripada merebak dan komplikasi :
  • Dapatkan rawatan segera daripada doktor berdekatan bagi antibiotik yang bersesuaian
  • Jauhkan diri daripada hubungan seks sebelum mendapatkan pengesahan doktor bahawa anda telah sembuh
  • Jangan ambil rawatan sendiri kerana ia dapat merencatkan gejala jangkitan dan menyebabkan komplikasi akibat rawatan tidak lengkap
  • Pastikan pasangan anda mendapatkan pemeriksaan lanjut supaya rawatan awal dapat diberikan sekiranya dia dijangkiti.
Pencegahan

Amalkan hubungan seks yang selamat
  • Penyebaran jangkitan penyakit kelamin dapat dielakkan melalui langkah berikut:
    • Jauhi diri, jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks
    • Setia kepada pasangan anda.
    • Amalkan hubungan seks yang selamat seperti menggunakan kondom
    • Jauhi diri daripada alkohol sebelum atau selepas hubungan seks kerana ia menyebabkan hilang penilaian anda
Suntikan pelalian

Suntikan pelalian hepatitis B dapat memberikan perlindungan sepanjang hayat.


Sumber DISINI


1 comment:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST