Thursday, 6 June 2013

PENUNTUT LELAKI DI SEBUAH KOLEJ "DILIWAT" PENCEROBOH


Kuala Lumpur 18/5/2013: Seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta trauma selepas dikatakan diliwat seorang lelaki tidak dikenali ketika tidur di rumahnya di kondominium Jalan Prima Setapak, Genting Kelang di sini, kelmarin. 

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa dikatakan tidur bersendirian berikutan lapan lagi rakannya tiada di rumah sebelum terjaga akibat terkejut dengan kehadiran suspek yang tiba-tiba mengacukan pisau ke badannya.

Menurut sumber, suspek yang dipercayai berusia lewat 20-an itu kemudian menutup mata mangsa menggunakan sehelai kain bagi mengelak dicam sebelum menanggalkan seluar pelajar berkenaan. 

Suspek mengikat tangan pelajar terbabit menggunakan tali seluarnya di katil dan mengugut mangsa supaya diam.

Suspek turut melakukan seks oral sebelum memaksa pelajar itu melakukan perkara sama kepadanya, katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sumber memberitahu, suspek meliwat mangsa kira-kira sejam dan mengugut akan membunuh seluruh keluarga pelajar itu jika dia membuat laporan polis, sebelum meninggalkan mangsa.

Katanya, mangsa kemudian dapat membuka ikatan sebelum ke balai polis Setapak untuk membuat laporan.

Hasil siasatan mendapati mangsa tidak mengecam suspek kerana masalah rabun jauh dan matanya ditutup sepanjang kejadian.

Mangsa tidak melawan akibat ketakutan. Dia hanya mendapati suspek seorang yang buncit dan dipercayai memakai kondom, katanya.

Difahamkan, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sehingga kini masih tiada tangkapan dan siasatan giat dijalankan, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii secara paksa.


Sumber Berita Harian

6 comments:

  1. sian nya
    tak mustahil penceroboh adalah org yg dikenali

    ReplyDelete
  2. Ni mesti orang itu dah lama aim mamat ni bang najmi....ataupon mmg someone yang dier kenal nak kenekan dier....

    ReplyDelete
  3. Irfa & The Legends Prince

    Ya saya juga rasa penceroboh adalah orang yang dah lama minat pada mangsa...hanya tunggu masa peluang aje...macam dia tahu2 mangsa duk tingga sendirian malam tu kan...wallahuallam

    ReplyDelete
  4. Aku pun syak mungkin diliwat oleh org yg dikenali atau dirancang awal...mungkin dah lama perati dan geram dgn tubuh seksi mangsa... itulah bahaya kalau selalu tayang perut dan pusat kat orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Mungkin lah tu, siapa nak rogol atau liwat kalau mangsa tidak cun tidak bergetah dan tak hensemkan heee

      Delete
  5. masalah jiwa le tu yang jolok punggung org laen hahaha/.....................

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST