Wednesday, 5 June 2013

ENTRY MENGARUT SAYA - SEKADAR BERCERITA DAN MELUAHKAN RISAU DIHATI

Bila kita berada di kawasan pergunungan tinggi melebihi 2000 meter, kita berkemungkinan terdedah kepada Acute Mountain Sickness atau AMS, tercungap-cungap, kesukaran bernafas boleh membawa kepada sakit kepala yang kuat, muntah dan boleh berakhir kepada kematian.

Begini lah keadaan apabila kita mendaki kekawasan pergunungan di Nepal

Begitulah yang terjadi kepada arwah Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari 25, seorang pendaki Malaysia yang menyertai kumpulan pendaki Perbadanan Putrajaya ke Base Camp Everest, yang meninggal dunia akibat serangan penyakit akut ketinggian (AMS) di Banjaran Himalaya, dekat Katmandu, Nepal hari ini.  

Allahyarham Mohd Shahrulnizam - Al Fatihah

Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk. Manakala seorang lagi yang turut menyertai ekspedisi tersebut turut mengalami serangan akut yang sama dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Dari Kathmandu pendaki akan menaiki mengunakan pesawat kecil ke Lukla dan dari sini pendakian bermula mengikut trek yang kita sendiri pilih menuju Everest Base Camp. Bagi pendaki biasa mereka akan mendaki sehingga Everest Base Camp (5545m) yang biasa mengambil masa antara 10-15 hari (bergantung pada pilihan masing-masing). Everest Base Camp adalah permulaan bagi pendaki yang membayar permit RM70,000 seorang untuk menuju ke puncak gunung Everest.

Berita ini mengingatkan saya mengenai pengalaman yang pernah saya alami suatu ketika dulu, walaupun saya pernah mendaki sendirian dipergunungan berbeza di negara yang sama sehingga melebihi paras 4500 meter dan pernah mengalami simptom gejala acute mountain sickness ini, alhamdulillah saya dapat mengatasi segala masalah sendirian tanpa pertolongan sesiapa.

Mendaki sendirian memang mempunyai risiko yang besar, bayangkan sekiranya berlaku kemalangan pada diri kita ketika berada di kawasan pergunungan tinggi sehingga memerlukan sebuah halikopter membawa kita turun ke kawasan rendah, perbelanjaan mengunakan halikopter mencecah puluhan ribuan ringgit. Pendakian saya dulu dilakukan hanya mengikut gerak hati sahaja ketika itu tanpa memikirkan bahaya yang mungkin saya alami.

Sebenarnya waktu itu keinginan saya adalah hendak mendaki ke Everest Base Camp bukannya pergunungan yang satu lagi tetapi bila memikirkan sukar mendapat tempat pesawat dari Katmandu ke Lukla maka saya batalkan niat tersebut dan mengubah haluan mendaki dipergunungan yang lain.

Syukur para pendaki Malaysia yang mendaki pada hari ini telah di sponser atau ditaja. Bayangkan permint mendaki ke puncak gunung Everest mencecah RM70,000 seorang, dan pastinya perbelanjaan membawa turun arwah Mohammad Shahrulnizam dan seorang pendaki yang kritikal, mengunakan halikopter itu memerlukan perbelanjaan melebihi RM40,000 (mengikut lokasi dimana mereka berada)

Alhamdulillah suatu ketika dulu kaki ini juga pernah menjejaki sehingga ke paras 5500 meter disebuah dataran tinggi, tanpa mengalami masaalah. Dan alhamdulillah berpengalaman merasai suasana menyedut udara nipis di salah satu kawasan amat tinggi dibumi ini. 

Bagi mengelakkan diri kita diserang acute mountain sickness semasa berada dikawasan tinggi, pertamanya kesihatan kita perlu baik dan sekiranya kita demam waktu itu, kita sepatutnya tidak mendaki (batalkan niat mendaki) atau menaiki ke kawasan yang lebih tinggi. Mendaki pelahan-lahan secara berperingkat-peringkat dan yang penting jangan tergesa-gesa hendak sampai ketempat yang tinggi dalam masa singkat. Perbanyakkan makan sup bawang putih sepanjang pendakian seperti masa yang saya lakukan dulu. 

Sudah tentu ada ubatan yang boleh kita telan bagi mengelak berlakunya kesan ini keatas diri kita tetapi adakalanya ianya tidak membantu. Cara paling baik ialah apabila kita rasa tidak sedap badan (apabila simptom AMS berlaku keatas diri kita dan ianya semakin teruk dari minit ke minit) maka kita perlu segera turun ke kawasan yang lebih rendah.


Selepas berjaya dan mempunyai keyakinan mendaki, saya menanamkan keinginan untuk mendaki (trekking) pula ke Everest Base Camp (bukan puncak Everest ya) pula pada suatu hari nanti, TETAPI malangnya keinginan tersebut terbantut sebaik saya disahkan positive HIV. 

Hari ini walaupun masih mempunyai niat mendaki  ke Everest Base Camp tetapi semangat tersebut semakin pudar hari demi hari, niat hendak ke Mekah juga semakin terpadam apabila memikirkan tentang risiko besar yang bakal kita (PLHIV) hadapi, kemungkinan diserang penyakit berjangkit apabila berada dikhalayak orang ramai yang bersesak-sesak serta bimbang terpaksa menempuh berbagai kerenah yang bakal kita hadapi sebaik melangkah kaki ke sana.

Manakala menunai ibadah Haji……..rasanya sudah tiada harapan buat PLHIV terutama yang mempunyai masalah kesihatan seperti CD4 yang masih rendah atau tidak stabil, terutama bagi mereka yang telah memulakan HAART, walaubagaimana pun segalanya kita serah pada Allah, kita hanya mampu berterusan berdoa pada Nya agar menjemput kita kesana dalam keadaan yang selesa pergi dan balik.


Berita kanak-kanak bernama Maryam Sofea yang menghidap demam campak yang dilarang menaiki pesawat Air Asia bersama ibunya juga mengingatkan saya kepada sebuah berita saya baca pernah berlaku di Indonesia (saya cuba mencari laman web tersebut tetapi tidak jumpa). 


photo hiasan
Kisah seorang pembawa HIV waria (mak nyah) yang berada disuatu daerah luar Pulau Jawa (kalau tak silap saya dia berada di Kalimantan atau Sulawesi). Beliau sudah berada ditahap AIDS dan memerlukan rawatan segera di Hospital Jakarta.

PLHIV tersebut telah pun memiliki tiket pesawat yang dibeli lebih awal tetapi disebabkan beliau mempunyai AIDS, dia tidak dibenarkan terbang ke Jakarta. Beliau dinafikan hak mengunakan pesawat dan dinafikan hak untuk mendapat rawatan yang lebih baik. Saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya kepada beliau.

Bayangkan kalau kita PLHIV keluar melancong keluar negara, ketika berangkat kita berada dalam keadaan sihat tetapi apabila berada disesebuah negara tersebut tiba-tiba kita jatuh sakit dan kemudian mengikut jadual kita terpaksa kembali pulang ke negara tetapi kemudian dihalang menaiki kapalterbang, kerana status HIV/AIDS kita sudah diketahui ramai, kan sudah jadi kes seperti  kanak-kanak yang menghidap demam campak tersebut. 

Entah lah apa yang saya mengarut ni……saya cuba sampaikan kerisauan yang mungkin saya sendiri akan alami suatu hari nanti sekiranya (insyaallah) saya berada nun jauh di bumi asing. Insyaallah jika ada rezeki dan kesihatan yang bagus keinginan saya melakukan seperti apa yang pernah saya buat suatu ketika dulu akan saya lakukan kembali, usia bagi saya tidak jadi penghalang, yang jadi penghalang sekarang ialah tahap kesihatan saya ketika itu, mudah-mudahan beberapa tahun akan datang CD4 saya akan terus stabil dan sentiasa tinggi, semoga niat dihati berjaya dilaksanakan…insyaallah


14 comments:

  1. Najmi, saya memahami kerisauan Najmi tetapi saya yakin dengan kemajuan teknologi dan kefahaman masyakat tentang HIV yang akan semakin meningkat. Saya juga yakin status HIV bukan penghalang pergerakan pengidapnya pada masa akan datang, percayalah dan sama2 berdoa tentang perkara tersebut. Banyak kaedah yang boleh membantu para pengidap meningkatkan CD4 yang mana pergerakan mereka untuk melakukan Umrah dan Haji pastinya tidak akan tergendala nanti. Setiap niat yang baik saya yakin akan dipermudahkan Allah dan saya sentiasa doakan yang terbaik untuk sahabat saya Najmi dan rakan2 saya yang lain.

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah

    Mudah-mudahan apa yang Mak Wardah doakan di makbul Allah SWT..Ameen..

    ReplyDelete
  3. saya suke baca pengalaman awak yg relate dengan current issues...
    mood menulis suda mari..

    ReplyDelete
  4. Assalam...

    dah lama follow blog ni as silent reader, seronok jadi bahan bacaan dan dpt ilmu...

    ReplyDelete
  5. Anonymous

    .......:)


    FatihaNur

    Terima kasih kerana silent reader...:)

    ReplyDelete
  6. InsyAllah bro najmi, dimana ada kemahuan di situ akan ada jalan...

    ReplyDelete
  7. InsyAllah bro najmi, dimana ada kemahuan di situ akan ada jalan...

    ReplyDelete
  8. shahrir nordin

    Memang ada kemahuan (selalu berangan-angan sebab saya yakin rezeki tu ada suatu hari nanti) TETAPI rasa macam dah tak ada jalan semangat semakin pudar...huhuhu......:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro suka bg semangat kat org, last2 bro putus harapan. Mcm mana nie? Bro kena kuat, bila bro kuat... Org lain pun kuat. Take care bro...

      Delete
    2. shahrir nordin

      abg pun macam orang lain jugak....ada kala semangat turun...tak pa insyaallah tak lah turun banyak sangat...cuma datang sekali sekala aje heeee....

      Delete
  9. Semoga Allah kembalikan Najmi dgn diberi kekustan semangat..kesihatan yg baik semula..walaupun pada fikiran kita ianya mustahilkan..tetapi pd Allah segala galanya tak mustahilkan...
    Perjlanan utk ke umrah sy rasa ia tak menjadi masalah..tetapi utk haji mungkin sukar sikit kot..

    Saya juga faham dgn masalah dan halangan yg kita sbg PLHIV ni utk kemana2 keluar negara..segala undang2 dan halangan masih lagi kurang menyakinkan...
    Walsuapapun kita doa sama sama moga niat dan hasrat Najmi dipermudahkan Allah satu ketika nanti...
    Jangan give up yer Najmi..ada hikmah disebalik halangan-halangan itu kan..
    Terus menulis dan share dgn kami yer..:) Ameen ya Rabb.

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Naj Mi,

    Saya pun pembawa virus HIV. Tapi saya tidak pernah treat HIV sebagai perkara yang memberi beban kepada saya. Saya terus bercita-cita dan menyulam impian. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik.

    Tentang umrah dan haji, saudara jangan bimbang. Jika ada panggilan Allah untuk kita pergi ke sana, maka pergilah kita. Harapan itu mesti sentiasa ada. Tetapi sebuah harapan tak boleh diletakkan terlalu tinggi.

    Sentiasa doa dan tawakkal. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MFZ

      Terima kasih..betul adakala cita-cita tu tinggi dan berkeyakinan sangat TETAPI tu lah adakalanya juga kerisauan tu mengatasi keyakinan yang ada..bila bermacam2 berita yang berkaitan yang tak sedap didengar yang kita terima....huhu..insyaallah berdoa dan bertawakal selalu padaNYA....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST