Sunday, 9 June 2013

WARKAH KEMBARA - DERHAKAKU TERHADAPMU


Saya sharekan disini sebuah nukilan dari seorang pembaca blog ini.....fahami luahan hati remaja ini... 

Sudah tiba masanya untuk aku mengungkap perkara itu; sesuatu yang selalu mempengaruhi dan menghantui hidupku. Sudah terlalu lama aku terseksa, menyembunyikan derhaka yang tak pernah diambil peduli oleh sesiapa; tentang ‘kezalimanku’ terhadap diri sendiri; tentang ‘kezalimanku’ terhadap Tuhan.

Sesungguhnya aku juga seorang hamba yang tak pernah bebas daripada kesilapan dan kesalahan. Namun, aku tetap berasa terhina kerana kesalahanku itu bukan seperti kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh insan lain;

“derhakaku terhadapMu, bukanlah seperti si pembunuh yang menyeksa; derhakaku terhadapMu, bukanlah sekadar dosa si penzina yang befoya-foya; dan derhakaku terhadapMu bukanlah ibarat dosa si perompak yang durjana”.

Bahkan lebih daripada itu; seseorang yang terlalu hina, berpura-pura mulia; sehingga mampu melucutkan rahmat Allah yang akan mengiringi perjalananku ke syurga; terbit daripada perlakuan dan perasaan terlaknat yang bakal mengundang murkaNya.

Tiada daya untuk aku menceritakan, tiada upaya untuk aku meluahkan episod hitam dalam hidupku ini. Sekadar mampu mengenang dan merenung sejenak kisahku itu; pada diri sendiri, kerap kali aku berjanji dalam sanubari bahawa aku ingin menjadi yang terbaik untuk mengecapi setiap perkara; bahawa aku ingin berubah menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.

Namun setiap kali aku berusaha, setiap kali itulah aku akan terkecewa kerana dihalang oleh nafsu yang sedang tegar bergelojak dalam jiwa. Aku tahu, terlalu banyak dugaan yang datang menemani usiaku ketika meningkat dewasa. Tapi di sebalik kesedaran itu tetap kuturutkan jua hawa nafsuku agar selari dengan tuntutan maksiat yang datangnya menigiringi nafsu itu…

’astaghfirullah’…Berkali-kali aku melafazkan kalimah itu agar menjadi peringatan dan pendinding imanku; agar terpelihara keyakinanku. Lantas, terimbau pula suatu perjanjian antara aku dan Tuhan; bahawa aku ingin bertaubat kepadaNya; bahawa aku ingin meninggalkan maksiat di dunia; dan bahawasanya ingin aku kembali ke jalan fitrahNya yang tak pernah disempitkan.

Untuk ke sekian kalinya, menitis air mataku, membasahi raut wajahku yang menyimpan segala kecacatan. Tetapi terasa anehnya; air mata ini yang pernah juga gugur suatu ketika dulu, sudah tidak sama lagi pada saat ini. Seolah-olah tangisanku kini suatu penipuan, sekadar menjadi kebiasaan pada setiap kali aku merintih keampunan. Tangisanku kini tidak sama seperti dulu; yang basahnya kekal dirasai sekujur badan; yang getarannya mampu menggegarkan dan meruntun perasaan.

Malah, tangisanku kini tidak lagi berpanjangan; tiada lagi getaran perasaan yang mampu dirasai seluruh pancaindera. “…ya Allah, tiada apa lagi yang mampu kupersembahkan kepadaMu sebagai tanda keinsafan. Hanya kepadamu kupinta; selamatkanlah aku daripada azab siksaMu di akhirat dan berkatilah seluruh kehidupanku di dunia ini, supaya aku tidak lagi menderhakaiMu dengan dosa-dosa terlarang yang sering kuulangi itu.

Temaniku dalam setiap jejak hidupku, kerana kutahu hanya Kau Tuhanku; yang masih sudi mengizinkan aku untuk terus berkelana; yang masih sudi melayani kerenah-kerenahku sebagai seorang hamba berdosa; dan masih sudi memberikanku hamparan-hamparan harapan untuk kualasi ruangan kekecewaan.

Perkenankanlah rayuan sanubariku ini…”


Warkah Kembara


 

15 comments:

  1. tq bang naj mi..ble sy bce blk warkah tu,msh rse sdeh..tp,mkin lme,sekadar mmpu bersdeh..xmmpu nk buang rse nafsu nih..haih..btw,pic bdk tu ensem tul..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. warkah kembara

      Insyaallah kalau kita ada niat nak berubah insyaallah Allah akan menolong kita...Pic tu sesuai untuk mengambarkan diri warkah heeee

      Delete
    2. Warkah kembara,

      Bila nak update blog??

      Delete
    3. insyaALlah..amin..sy xensem mxm bdk tu la..haha..tq gak yg komen cni..hmm

      Delete
  2. Replies
    1. historia-vitae

      Maknanya dah kenal lah tu.....kan...kan

      Delete
  3. Sedih aku baca bro:)

    Azri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azri

      rajin2 boleh klik ke blog Warkah Kembara tu....

      Delete
  4. Salam. Semoga Najmi sentiasa sihat dan ceria. Saya dah ke blog warkah kembara, saya amat memahami apa ada dlam dirinya Najmi, faham tetapi tidak dapat membantu hanya mampu berdoa sahaja. Kalau boleh ingin saya berpesan kepada anak ini, kasih sayang Allah sentiasa bersama, hanya Allah yang mampu membantunya. Tabah ya adek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Alhamdulillah ceria dan sihat ni...alhamdulillah berdoa yang terbaik buat warkah dari jauh pun dah memadai..insyaallah Allah aakan makbulkan doa MW pada WK...:)

      Delete
  5. Ameen moga kita sentiasa dlm kasih sayagNya sentiasa..tiada manusia yg sempurna. . sebab kita adalah hambaNya..
    Semoga sesiapa yg datang singgah membaca blog Najmi ni..diberi hidayah dan kembali kepads fitrah...terima kasih Najmi sentiasa sudi mendengar keluhan hati sahabat kita sesama Islam...

    Wallahualam

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  6. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu terlalu indah

    ReplyDelete
  7. Warkah Kembara,
    Sy doakan kebahagian didunia dan akhirat untuk WK. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Kalau belum ke Mekah, cubalah menunaikan umrah. Ada banyak keberkatan di Tanah Suci itu. Jangan berburuk sangka dengan Allah. Jangan kata nanti Allah beri aku bala ketika disana. Itu tandanya kita berburuk sangka pada Allah. Jangan pula beranggapan bahawa diri tidak layak kesana kerana banyak dosa. Tanah Suci Mekah ialah tempat hamba Allah datang bersujud dan membawa berbondong-bondong dosa untuk memohon keampunan. Cubalah..InsyaAllah...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST