Wednesday, 26 June 2013

AMIR – SAYA PAKSA DIRI BERKAHWIN WALAUPUN GAY

Saya membaca komen dari seorang pembaca yang saya namakan diri beliau Amir (bukan nama sebenar) yang ditinggalkan dalam ruang komen entry yang bertajuk “I’M GAY AND ITS OKAY…. BUT ITS AWESOME;” 

Walaupun ringkas kisah yang dikongsikannya itu tetapi hati saya tersentuh dan telah membuatkan mata saya berair, bukannya kerana sedih tetapi saya berasa kagum dengan kekuatan, ketabahan serta kesungguhan yang ada dalam diri saudara Amir. 

Sesuatu yang sukar dilakukan bagi kebanyakkan golongan songsang, memaksa diri untuk mendirikan rumah tangga dan memaksa diri berhadapan untuk berhubung dengan perempuan (isteri). Ada pengajaran yang boleh kita contohi dari kisah pengalaman saudara Amir ini. Buat saudara Amir terima kasih kerana berkongsi kisah – NAJMI.


Assalamualaikum,

Saya pun mempunyai naluri yang sama dengan kisah yang ditulis (oleh Awan Yg TerPlu). Terus terang, saya pun menangis, emosi  kerap terganggu sebab saya sebolehnya ingin menjadi seorang lelaki (100%) normal. Saya tertanya-tanya kenapa saya ada perasaan sukakan lelaki. Terlalu banyak persoalan yang membuatkan saya rasa dunia macam tidak adil.

So far, ada kawan rapat saya yang tahu.saya ceritakan kepada dia dan syukur dia selalu bagi nasihat yang baik.dia tak sisihkan saya bahkan dia bagi motivasi kepada saya untuk terus kuat.

Saya doakan Allah memudahkan orang macam kawan saya ni sebab saya tahu tak ramai yang akan faham tapi lebih suka buat kesimpulan sendiri yang kononnya golongan macam kami ni (naluri songsang) sengaja dibuat-buat atau di reka-reka perasaan tersebut.

Saya cuba bangkit dan saya tanamkan dalam hati saya, saya bukan dan tidak sama dengan kaum nabi Lut. Saya set diminda saya (merancang) nak berkahwin walaupun saya tidak ada nafsu langsung kat perempuan. Saya nak bina keluarga yang bahagia, saya tak nak fikir tentang lelaki.

Jadi beberapa tahun lepas, saya pun berkahwin, cuba bayangkan apa perasaan saya apabila saya buat keputusan untuk kahwin? Perasaan saya takut! Saya takut sebab saya sebenarnya tidak ada perasaan kepada perempuan, dan apabila perasaan dan nafsu takde, pastinya saya tidak akan mampu membahagiakan isteri saya.

photo hiasan - aliah93.blogspot.com

Ya, selepas berkahwin, pekara yang saya takutkan itu berlaku, pada malam pertama, kedua, ketiga dan sehinggalah sampai bulan ke 3 perkahwinan, saya masih tidak dapat bersama isteri gara-gara alat kelakian saya tidak naik, masa itu saya cuba bayangkan saya bersama lelaki, tetapi saya sudah bertekad dalam hati saya nak buang jauh-jauh naluri (suka) kat lelaki sebab saya takut kalau ada anak, anak tu hasil sebab saya “imagine” (membayangkan) orang lain bukan isteri saya. 

Saya bersyukur walaupun isteri tidak tahu tentang masalah saya, tetapi dia jenis yang bukan “stress” apabila jadi macam ini. Satu malam tu, saya dan dia bangun solat tahajud, saya berdoa,

“Ya Allah aku teringin nak bersama isteri aku, tolonglah aku hambamu ini, bantulah aku untuk bersama isteri” 

Dan selepas tahajud dan solat subuh, saya cuba untuk bersama isteri, subhanallah, entah mcm mana, alat kelamin saya berfungsi atas kerjasama isteri membelai saya, lalu berlangsunglah kehidupan saya sebagai suami isteri dan saya boleh melakukan persetubuhan seperti biasa walaupun tak kerap, maksud saya sehari sekali, atau seminggu tiga kali paling kurang. Saya rasa sangat syukur. 

Saya tak nafikan, memang naluri songsang masih wujud tetapi apabila saya dah berkahwin, betul Allah kata, akan terhindar dari dosa, sebabnya apabila saya kahwin, saya rasa bersalah secara automatik kepada isteri saya seandainya saya terus meayan perasaan kepada lelaki, jadi sekarang saya betul-betul cuba fokus hanya kepada isteri saya saja. 

Memang betul, sebelum berkahwin, nafsu yang bergelora kepada lelaki menyebabkan saya terpaksa beronani namun apabila sudah kahwin saya dah dapat tinggalkan (aktiviti onani) slowly kerana isteri dan kerana Allah. 

Syukur kerana Allah hadiahkan isteri yang sangat baik kepada saya. Allah itu maha adil, dia tidak bagi (kepada saya) seorang isteri yang terlalu fokus kepada seks sahaja kepada saya, kalau tak mungkin tak berdaya saya nak selalu bersama sebab masalah (naluri songsang) ni.

Isteri saya seorang yang penyabar dan baik hati, syukur. Cuma sekarang ni, saya sedang menanti zuriat. Saya belum ada zuriat, walaupun baru nak masuk 2 tahun berkahwin. Saya risau jugak, saya kerap berdoa kepada Allah, 

"Ya Allah, aku bernikah keranaEngkau, maka permudahkan (mendapat) anak-anak terbaik buat kami.......Ameen" 

Kawan-kawan tolong doakan saya, doakan saya dikurniakan cahaya mata yang ramai dan doakan saya dan isteri terus bahagia, doakan saya kuat melawan nafsu songsang dan buat yang sama mengalami macam saya, saya turut mendoakan kalian dikuatkan hati untuk terus berjuang. Berkahwinlah, walaupun tiada nafsu (kepada perempuan), tetapkan dalam hati bahawa Allah tak akan zalim kepada umatnya selagi kita tak buat zalim kepada Allah.

Dan sekiranya telah berbuat dosa, bertaubatlah, kita manusia biasa, apabila buat dosa, maka kita sedar kita ini insan yang lemah. Selalu beristigfar dan solat taubat, insyaAllah. 

Last but not least doakan saya dikelilingi anak-anak yang solah solehah. Ameen. Semoga dengan kehadiran anak-anak, saya akan menjadi semakin kuat!



- AMIR -






Saudara Amir,

Ketika saya masih membaca kisah saudara, walaupun belum habis membaca hati saya secara sepontan dan sepintas lalu terus berdoa agar saudara terus diberi kekuatan, diberi kebahagian hidup disamping isteri. Dipermudahkan segala-galanya.

Saya rasa gembira dengan tindakan yang saudara lakukan bagi mengelak dan mengawal naluri songsang tersebut dengan mendirikan rumah tangga, sesuatu yang saya pasti sukar tetapi berjaya diharungi oleh saudara. Saya kagum dengan saudara, tidak ramai (gay) yang berani mengambil risiko seperti yang telah saudara ambil. Apabila difikirkan kembali ianya merupakan satu tindakan paling bijak yang boleh dicontohi oleh kebanyakan golongan songsang ini. Benar saudara juga beruntung dijodohkan oleh Allah dengan seorang isteri yang sederhana perwatakan dan sifat.

Insyaallah tentu ada sebab kenapa Allah tidak kurniakan zuriat pada saudara dan isteri buat masa ini, dan saya yakin berkat doa yang dipohonkan oleh saudara suami isteri akan dimakbulkan Allah.

Dan sudah pasti saya akan berdoa agar saudara terus diberi kekuatan mengawal diri, dan doa saya serta doa kami semua pembaca semoga saudara segera dikurniakan zuriat oleh ALLAH SWT secepat mungkin, mudah-mudahan saudara akan menerima khabar gembira dalam waktu yang terdekat ini. Insyaallah…Ameen. - NAJMI


 

42 comments:

  1. Replies
    1. warkah kembara

      Tak ramai yang berani mengambil tindakan seperti Amir, memang ada tapi bilangannya sedikit rasanya...Saya pun tak berani huhuhu

      Delete
    2. huhu~saya pun dalam kategori tak berani. Cukuplah sekadar menyiksa diri sendiri dari menyiksa orang lain (isteri).

      Delete
    3. Kalau anda semua rasa tak berani, jangan berkahwin walau apapun saya tetap hormat anda semua dengan sejujurnya sebab anda semua juga berubah ke arah yang lebih baik. Moga ALlah sentiasa merahmati anda semua

      Delete
    4. saya xtau cmne nk mulakn hal kawen ni..mmg cuak n takot...spjg sy idup pun,xpenah ad pempuan yg cuba nk dkt2 dgn sy..maybe sbb sy xensem kot..dr situ la muncul perasaan nk dihrgai.tp,ntah la..klo ad pempuan yg minang sy dlu,sy terima je kot..terpaksa..at least:dia minang sy dlu tndany dia mmg suke kt sy..

      sy pun tkot cmne nk citer kt fmili..sian gak kt mak..kdg2 dia m'hrp sgt ad cucu bagai..dr cara dia berckp pun,sy dh leh fhm..mula la bergenang air mata sy klo citer bnda2 yg sy x mmpu nk wat ni..:(..

      untung sgt org yg str8 n disuaki wanita..apelah yg ad pd sy ni..T_T

      Delete
    5. Eh, sy terpanggil utk menjawab komen awak.. sy suka lelaki yg confident.. dan sy langsung x pilih paras rupa.. yg penting syg sy secukupnya.. mksudnya, perempuan ni x suma sama. ada yg suka maskulin2, ada yg suka lembut2.. x semua pilih yg hensem je.. and kalau awak tak try, awak takkan tahu.. takkan la pompuan pulak yg nak ngorat awak kan.. dorang pun rasa malu.. so, utk awak, mesti confident. jgn putus asa.. setiap manusia kan mmg dah ditentukan jodohnya.. :) gud luck for you..

      Delete
  2. Tahniah kerana membuat keputusan yang mungkin dalam situasi amir itu yang terbaik....insyaALLAH mungkin ini yang terbaik untuk Amir....mana as times go on...naluri itu sikit sikit akan dilekakan dengan tanggungjawab sebagai seorang suami...dan semakin hari semakin pulih...semuanya kuasa Dia kan..kita berstatus hamba kene terus dan terus berdoa....itu senjata kita sebagai mukmin...

    mungkin juga kisah amir ini boleh dijadikan contoh untuk sahabat sahabat seujian yang sudah betul betul mampu untuk mengikut jejak langkah amir...moga satu hari nanti sy juga akan mengikut jejak langkah amir dalam keadaan yang betul betul bersedia..azam untuk berubah..insyaALLAH Allah akan tolong kita...

    semoga kuat dan amir terus tabah menghadapi dugaan ini...

    ---Zed---

    ReplyDelete
  3. thniah sbb awk bjye ubh khdpn awk dgn yg lbh baek...smge jdoh awk dn istri brkklan smpa hjng nywa..jgn sia2kn istri awk..

    ReplyDelete
  4. Bagus ar....niat baik dibalas baik.....

    ReplyDelete
  5. Bukan mudah nak mengawal nafsu,Ahamdulillah,dgn usaha dan tawakal,awak dah ada perubahaan.Tahniah kerana bijak mengawal nafsu songsang anda.setiap kita bernafsu,yg terbaik adlh yg bijak menunduk dan mengawal nafsu kepada yg hak shj.saya tumpang gembira dan bersyukur.teruskan berdoa,inshaAllah akan jd ayah pula nanti ......hr21

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat Amir... saya doakan semoga awak sentiasa kuat dan tabah menjalani ujian ni. Semoga Allah memberkati hidup awak sekeluarga. Betullah kan, bila kita berusaha dan niat seikhlas mungkin Allah akan tunjuk jalannya. Dia hanya menguji setakat mana kita kuat menghadap ujian tu. Juga, semoga Allah kurniakan kesabaran yang lebih hebat untuk awak dan isteri tatkala menanti kehadiran zuriat.

    Abg Najmi... boleh tak saya nak share story ni kat blog saya? Banyak pengajarannya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummiLIN

      Boleh kalau nak shaare, tapi tahu ke camna nak share? Nak copy dan paste? Kalau tak pasti abg boleh send HTML ke email ummiLIN...send email kat abg ok

      Delete
    2. ok. terima kasih ye. tp maaf sbb br dpt reply, sy sgt bz lately ni...

      Delete
  7. Ntahlah abg najmi tak mampu saya nak berkahwin seperti amir...

    Azri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azri

      Samalah kita...sukar dan tak dapat bayangkan macam mana nak sesuaikan diri, yang pasti kalau kita benar2 tak selesa (atau memaksa diri) pasti kehidupan akan kucar kacir dan tak seronok, pasti hidup sentiasa dalam keadaan bimbang kan..sebab tu saya tabik dengan tindakan yang Amir lakukan tu...

      Delete
    2. To Azri and Najmi,

      Lain orang lain keupayaan dan kekuatannya, tak kawinpun tak apa yang penting mampu kawal diri dan saya amat bangga dengan anda semua.

      Delete
  8. Salam Najmi,
    Lama tak singgah, busy sangat skearang nih..
    Alhamdulillah...
    HB tumpang gembira mendengar cerita ini
    HB doakan agar insan2 PLU yang nak berubah, Allah bantulah untuk terus berubah, asalkan ada kekuatan dan keyakinan serta sokongan padu dari semua pihak termasuklah isteri dan keluarga..
    Kalau Najmi ingat HB pun pernah ada masalah ni kan,
    Alhamdulillah, HB dah boleh bersama dengan isteri dan setakat ini HB enjoy sangat, hinggakan setiap kali HB bersama, kami akan masing2 klimaks
    Kira HB mampu jugalah..

    Jadi buat kalian yang bakal mendirikan rumah tangga, memang agak menakutkan, tapi andai nekad dan terus berusaha dan berdoa juga yakin, sooner or later akan dapat merasai nikmat itu, tapi usahlah membandingkan nikmat songsang dulu memang tak sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HubbyBee

      Awak pun seperti Amir sama juga seperti juga RYAN (dalam entry lalu yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama pada bulan July ni insyaallah)...Syukur kerana mampu melakukannya, mengawal diri dan hidup bahagia......:)

      Delete
  9. Ya Allah, saya amat bangga dengan Amir dan saya akan terus berdoa agar Amir akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, kebahagiaan hidup didunia dan akhirat. Sampai saya lupa, tujuan saya semata2 nak click iklan kat blog Najmi. Ya Allah, berkatilah hidup sahabat saya ini.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suryanee

      Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah, kisah yang saudari tempuhi agak unik berlainan dengan kisah yang selalu kita dengar atau baca TETAPI saya percaya kisah begini pasti wujud dan berlaku di sekitran masyarakat kita hari ini, malah ada kisah yang dialami ramai masyarakat diluar sana bila dibaca menjangkau keluar dari minda fikiran kita, ada kejadian yang berlaku disekeliling kita bila didengar sukar nak percaya tetapi itu lah hakikatnya yang ada berlaku pada hari ini....

      Saya tak tahu nak bagi pandangan nasihat yang baik, kerana semuanya dah belaku, saudari telah telah tersilap langkah ketika mengambil keputusan menerima dia sebagai suami, mungkin saudari rasa saudari boleh membimbing mengubah suami tapi nampaknya gagal.

      Menasihati suami saudari agar dia berhenti berhubung dengan BF dia serta minta agar dia berubah, saya pasti dia tidak akan dengar kata.

      Jalan terbaik adalah berpisah sekiranya suami masih berhubungan dengan BF dia, sekiranya suami masih gagal berubah, saudari tidak boleh bersubahat dengan segala kemungkaran yang dilakukan oleh suami didepan mata, walaupun niat awal saudari untuk berkahwin pada pandangan saya baik. Kehidupan kita bukan seperti kehidupan orang dibarat.

      Ada HIV bukan alasan untuk dia meraih sempati berterusan pada saudari, sepatutnya kerana ada HIV lah dia yang patut cuba mengubah diri untuk menjadi lebih baik.

      Nasihat saya saudari perlu mendapatkan pandangan pakar dalam masaalah ini, dengar nasihat meraka kemudian ambil keputusan walaupun keputusan itu nanti sangat pahit. Saudari berhak mendapat seorang suami yang lebih baik, seorang suami yang pada hakikatnya boleh membimbing saudari bukannya saudari yang berterusan cuba membimbing suami saudari.

      Alangkah baik sekiranya sisuami benar-benar mampu berubah sebaik sahaja apabila dia memasuki kealam perkahwinan, panjang mana lah sangat usia kita, berapa lama sangat lah keseronokan dapat melakukan aktiviti yang yang SAH di laknat Allah itu. Kenapa lah si suami masih mengainaya kepercayaan siisteri. Kenapa perlu berkahwin jika masih berterusan gagal mengawal nafsu sejenis.

      Saya akan jadikaan entry kisah saudari ini, dengaan harapan mudah-mudahan akan ada pembaca boleh memberi pandangan nasihat mereka kepada suryaahanee.

      Semoga Allah membantu saudari dalam menempuh dugaan kehidupan ini...Ameen

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Surya Hanee,
    besarnya Allah duga anda, sampai anda bermadu secara illegal dengan lelaki bf suami. Tinggal sebumbung tapi sabarnya anda. Jujur saya akui ramai kawan2 gay saya tidak sanggup mendirikan rumah tangga kerana tidak sanggup menganiayai isteri sendiri.
    Surya,
    Nasihat saya, sebaik2nya keluarlah dari ikatan perkahwinan tersebut, binalah hidup baru. Anda sebagai wanita yang sangat tabah dan luhur budinya, kerana walaupun dah kena HIV masih tiada niat berubah itu tandanya sukarnya anda untuk mampu mengubahnya. Fikirkan baik2, solat minta petunjuk Allah dan cuba berbincang buat kali terakhir, sekoranya tidak Nampak kesungguhan suami, mulakan hidup baru dek...

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum Mak Wardah,
    Saya ni cuma manusia biasa saja.Alhamdulillah buat masa ni, Allah masih kurniakan saya kesabaran. Saya tahu sy tak boleh menzalimi diri sy sendiri. Buat masa ini, rancangan sy ialah memberikan suami masa dan mohon doa dari Allah. Saya cuba sedaya upaya, moga2 berkat bulan Ramadan ini. Sy juga mohon Allah lindungi sy dari jangkitan HIV. Jika sudah melepasi tempoh masa yang sy beri itu, tiada tanda2 suami akan berubah, sy akan buat keputusan yg sewajarnya. Terima kasih byk2 atas nasihat tu ye MW

    ReplyDelete
  15. Alhamdulilah saudara amir. Semoga impian saudara dipermudahkan mendapat zuriat yang soleh dan soleha. Terima Kasih juga perkongsian pengalaman saudara bertekad memberanikan diri mendirikan rumah tangga walaupun tanpa sekumat nafsu pada kaum hawa. Sedikit sebanyak memberi kekuatan pada saya juga memasang niat dan mengimpikan untuk melangkau ke alam rumah tangga walaupun saya bernafsu songsang juga.

    ReplyDelete
  16. Asalamualaikum , masalah saya serupa dgn saudara amir. Dah setahun lebih berkahwin. Sekarang tk boleh nk bersama dgn isteri. Alat kelamin boleh naik, tapi bila masa nak " masuk" je.. Terkulai layu.. Bantulah saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. iskandar hariz

      Kalau jumpa doktor mesti ia berkaitan dengan masaalah psikologi, naik atau tak semuanya bergantung kepada minda. Bagaimana nak kita kontrol..kalau tanya abg abg pun tak berpengalaman harap2 ada pembaca lain yang boleh beri pandangan mereka nanti.

      Iskandar ada email abg kan...email iskandar akan abg jadikan entri dlm blog ni nanti...insyaallah bila abg dah publish akan abg beritahu iskandar nanti....:)

      Delete
  17. as salam.nama saya (MR.E)...tengah tercari2 blog yg berkaitan gay sy terjumpa dan terbaca blog ini.utk pengetahuan abg naj mi,sy hampir setahun menjadi tunangan org dan bakal berkahwin hujung may tahun ini.hati dan perasaan sy x menentu sekarang ini.persiapan semua telah dibuat oleh ibu bapa kedua2 belah pihak.baru2 ini tunang sy dapat hidu yg sy nie gay.dulu sy akui sy sangat sosial dan sejak bertunang dgnnya,sy mula kembali kearah normal dan sy akui perasaan sy pada lelaki masih ada.hari pernikahan makin dekat dan kami sering bergaduh.dia kadangkala memerli sy.sy sering stress dgn maslaah peribadi bercampur dgn masalah tempat kerja lagi.dia x pernah bagi dorongan kat sy supaya menjadi insan yg lebih baik dan beriman.disebabkan itu,sy mula kembali mencari dan berkawan dgn lelaki gay.selepas solat sy selalu berdoa agar kuatkan semangat dan keimanan sy kepadaNya..harap kawan2 dlm blog nie mendoakan sy yg terbaik utk diri ini..:'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MR E,

      Pandangan abang naluri gay tu tak akan hilang selama2nya cuma dapat dikawal sahaja. Hanya saudara yang boleh kawal naluri itu dan tidak melakukannya lagi, nak kawal kena ada kekuatan iman dan takwa. Dalam kes saudara, kenapa saudara nak berkahwin? Adakah hanya nak tutup kelemahan diri? Tanya diri sendiri adakah saudara berkeyakinan nak berkahwin? Mampukah saudara beri nafkah batin kepada si isteri itu nanti?

      Jika rasa masih tidak mampu nak melayan isteri, apa tah lagi bakal isteri macam perli2 saudara dan tidak menunjukkan mahu membantu saudara berubah, baik saudara batalkan perkahwinan tersebut. Kahwin apabila saudara telah benar2 berkeyakinan mampu memberi nafkah batin kepada isteri.

      Dalam blog abg ada kes sama seperti saudara (lupa tajuk entri tersebut) tarikh perkahwinan lelaki gay itu sudah hampir, akhirnya dia batalkan perkahwinannya walaupun segala persiapan sudah disediakan kerana dia tak yakin pada diri menempuh alam perkahwinan.

      Ada juga gay yang paksa diri berkahwin tapi tak mampu nak beri nafkah batin, beberapa minggu kemudian mereka bercerai.

      Tapi abg ada seorang rakan wanita yang tahu bakal suaminya gay dan ada HIV lagi, mereka berkahwin dan berkekalan sehingga hari ini.

      Semuanya bergantung kepada diri saudara, berdoa kepada Allah supaya Allah beri petunjuk, dan akhirnya ikut gerak hati sama ada teruskan perkahwinan atau tidak. Perhatikan sikap bakal isteri, jika dia menerima keadaan saudara dan bersedia membantu saudara berubah alhamdulillah teruskan tetapi kalau sebaliknya pada abg pasti lepas berkahwin nanti berbagai masaalah lebih rumit (bergaduh, cemburu, syak wasangka) pasti akan berlaku.

      Tanya pada diri sendiri, jika yakin teruskan jika tidak batalkan. Kahwin apabila saudara telah benar2 bersedia...

      Delete
  18. Maaf sy sekadar guna nama anonymous.. tp sy ingin mendapatkan 2nd opinion..

    Sy seorg perempuan. Dan baru2 ni sy kenal dgn seorg lelaki di office sy. Kami berkawan rapat melalui perkenalan dr kawan2. Sepjg sy mengenali die.. die mempunyai tingkah yg sgt indah.. jujur sopan.. ciri2 suami yg sy cari selama ini. Maka xnak tunggu lama.. sy melamar die jd suami sy. Kerana sy ingin bercinta slps berkahwin. Dan slps istikharah die setuju. Kami pun buat perancangan utk bernikah. Oleh kerana taraf economy die.. dan latar blkg keluarganya. Sy hanya letakkan mas kahwin sj utk die. Tiada hantaran tiada majlis sblh lelaki.. semuanya utk memudahkan die.. kerana pada sy.. majlis kahwin tidak penting.. tp penyatuan itu yg utama.. dan kehidupan selepas itu bagaimana kami bersm membimbing ke jalan yg diredhai..

    Tapi xlama sebelum bertunang.. die berterus terang yg dia gay. Sy terduduk mendgr pengakuan die. Bottom. Meskipun sy marah die lewat beritahu sy.. sy hargai kejujuran die.. sy istikharah lagi dan bermohon petunjuk Allah sama ada nak teruskan hub ini. Sbg mn yg sy beritahu.. dek krn indah pekerti die.. dan die telah bertahun berubah tidak membuat sbrg hub songsang.. sy ingin nk mendampingi dia.. nak membahagiakan die.. sy xkisah kalau die xmampu penuhi sy.. sy redha dan penuh percaya itu semua kuasa dan ketentuan Allah. Doa sy setiap hari mohon pertunjuk.. kalau ini terbaik utk sy.. rapatkan jodoh kami.. jika tidak.. sy mohon Allah tabahkan hati ini.. sy benar2 ingin tgk die bahagia lantaran sy tahu die dah lama merana menjadi plu.. kadang sy terpikir.. keterlaluan sgt kah niat sy ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tunang saudari telah mengakui dirinya seorang gay, malah memberitahu dirinya seprang bottom. Adalah sangat sukar bagi seorang lelaki gay mendedahkan tentang status diri mereka kepada orang lain terutama kepada tunang sendiri. Saya rasa tunang saudari memberitahu kerana dia tidak mahu menyembunyikan kelemahan dirinya selepas berkahwin kelak, mungkin dia mendedahkan dirinya kerana mengharapkan agar saudari boleh menerima dan memahami keadaannya dan mungkin boleh membantu dirinay selepas berkahwin kelak.

      Apa bila saudari telah faham keadaan dirinya, maka selepas berkahwin kelak ketika berlaku perhubungan tubuh, sekiranya dia mempunyai sebarang masaalah mungkin saudari boleh faham dan yang penting boleh membantu dirinya nanti. Saya rasa ada keikhlasan dalam diri tunang saudari itu.

      Alhamdulillah, dia mempunyai budi pekerti yang baik. Pastinya dia berusaha keras cuba menghindar diri dari terus bergelumang dengan aktiviti songsang, dia mampu berubah dan berusaha untuk terus berubah, mungkin dia merasakan keinginan songsangnya boleh dikawal setelah mendirikan rumah tangga kelak.

      Ya pada saya sekiranya tunang saudari benar-benar mahu berubah, ianya tak mustahil boleh berubah mengawal diri. Dan tidak mustahil setelah berkahwin kelak dalam hatinya akan terbit rasa sayang dan keseronokan apabila telah bersama (hubungan tubuh) dengan saudari.

      Contoh melalui pengalamian saya: Sebelum saya disahkan positif HIV, saya pernah menjalin hubungan dengan seorang remaja lelaki, remaja lelaki itu pure bottom. Perhubungan diantara saya dengan dia biasanya dengan perlindungan. Tapi hubungan kami semakin jauh, semakin jauh apabila saya disahkan positif HIV. Kami masih berhubung melalui FB, dan tidak lama kemudia dia memberitahu saya yang dia akan melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah. Dan paling menarik apabila dia memberitahu saya yang kehidupannya adalah lebih (sangat) bermakna setelah dia mendirikan perkahwinan. Melalui FB dia saya lihat betapa akrabnya hubungan mereka suami isteri, dan tidak lama kemudian saya dengan isterinya telah mengandung.

      Moralnya disini, tunang saudari boleh berubah menjadi seperti rakan saya ini, mungkin dia belum merasa kemanisan perhubungan denagn seorang wanita, dan tidak mustahil dia akan menyukai hubungan suami isteri daripada hubungan seks sejenis. Nalurinya kepada kaum sejenis mungkin tetap ada tetapi saya pasti di boleh kawal diri.

      Jangan terlalu menekan mengharapkan yang terbaik dari tunang saudari, kerana ini akan membuatkan dirinya stress dan bimbang, sebaiknya terus memberi perangsang, bantuan, nasihat dan yakinkan dirinya boleh berubah mengawal diri dan akan mampu hidup bahagia selepas berkahwin kelak.

      Ya, dalam keadaan sekarang adalah sangat baik agar saudari terus ikut gerak hati sama ada meneruskan perkahwinan itu atau tidak, dan hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik buat diri saudari. Terus berdoa kepadaNya minta petunjuk. - Naj Mi

      Delete
  19. salam admin, boleh saya nk copy paste entri nim, saya nak bagi kat kawan saya sebab dia pun alami masalah songsang seperti watak dalam entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku Si Pencinta,

      Share aje lah link entri ni kepada kawan saudara tu, biar dia baca. Kalau nak copy paste pun terpulang pada saudara, ok aje

      Delete
  20. Replies
    1. danialbego

      send ke email abang
      najmi620@gmail.com

      Delete
  21. Assalamualaikum saudara Naj mi...
    Nama saya Z (bukan nama sebenar). Saya ingin berkongsi liku hidup saya dengan rakan taulan diluar sana. Saya akui hidup saya musnah. Musnah kerana sewaktu zaman kanak-kanak saya telah dinodai. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa dan tidak pula tergamak diri ini untuk memberitahu hal kepada ahli keluarga. Namun perasaan saya lama kelamaan menjadi 'habit' tidak normal. Hidup saya penuh dengan kekeliruan. Saya bukanlah datang dari keluarga berada tetapi norma kehidupan saya seperti lelaki mewah yang taksub dengan kejahilan dunia. Solat ke mana, Tuhan di mana, keluarga di mana semua saya abaikan. Hari demi hari saya lalui, saya terasa bagai tidak berguna disisi masyarakat apatah lagi orang disekeliling saya. Saya berpendidikan tinggi tetapi ajaran agama tidak sekuat hati dan insaniah dalam diri. Terlalu banyak perkara yang saya abaikan terutama keluarga dan ibubapa. Bukan tiada rupa untuk bernikah tetapi naluri terhadap lelaki telah sebati dalam diri. Namun, saya bersyukur kepada Allah sebab diberi kekuatan, masih diberi tempat untuk bertaubat kepada Allah. Bukan mudah seperti lelaki normal diluar sana untuk saya harungi perjalanan hidup ini. Banyak dosa dan balasan mungkin telah diterima kini. Jika dikira guna jari lebih kepada ratusan umat lelaki. Harapan saya moga mereka mengampunkan dosa saya manakala dosa saya dengan Illahi diampunkan. Solat taubat selalu diperbaiki. Apa yang saya harapkan supaya insan bernama lelaki diluar sana dapat bersama memimpin ke jalan yang diredhai. Apabila fikiran saya bercelaru, hanya doa dan tangisan dalam solat saya lakukan. Andai di mahsyar kelak, wahai kaum lelaki yang menzalimi dan dizalimi, maafkan sesiapa sahaja yang telah kamu sakiti atau disakiti begitu juga tuan empunya diri. Saya pasrah dengan hidup ini. Hanya kekuatan dan keteguhan iman yang ku harapkan. Terkadang ingin lari mencari Illahi sang pencipta. Terkadang ingin teriak memarahi diri. Namun itu semua kealpaan diri sendiri. Duhai Tuhan, layakkah aku ini menghuni syurgawi? Duhai Tuhan, masih adakah sisa hidup bagi diriku kini. Duhai Tuhan, matikan aku dalam iman dan tempatkan aku bersama para sahabat nabi dan solihin. Beri aku waktu memperbaiki kelemahan diri. Beri aku waktu untuk meng'ganti'. Wahai manusia bernama lelaki, jangan dikejar populariti, jangan dikejar kemewahan duniawi. Bersihkan hati untuk menghadap Illahi.
    Sekian.
    Lelaki disakiti bernama Z.

    ReplyDelete
  22. Sy dapat mimpi jodoh tiga hari berturut-2 . sy mimpi dia sebagai suami sy dan kami ade anak , sy kenal lelaki tu tapi masalhnya lelaki tu adalah seorang GAY . Dia memiliki rupa yg sgt kacak , badan yg tegap dan sgt sempurna fizikalnya sbgai seorang lelaki . terus terang sy sgt risau andai dia mmg JODOH sy , sbb mimpi ngeri bg sy bila bkhwin dgn lelaki yg langsung tiada perasaan pada prempuan .

    Pada peringkat awal , sy cuba buat endah tak endah psl ni .. tapi lama kelamaan sy jadi ta smpai hati tgok wajah bapa dia . mesti ayah dia tak sangka kan ank dia rupanya seorang gay . sy cuba dekati dia , tapi dia ta pernah bg respon yg positif kecuali bila sy bg gambar beby , baru lah dia layan sikit . itu pun skjap jer ! sy pun buntu camne nak buat ni . so , lepas fikir masak -2 , sebelum dia confirm JODOH sy .. baik sy ubah diri dia dulu .

    Saya tahu mmg bukan senang, tapi skrg ni even dia ta bls chat sy .. sy try jugak bg gmbr masjid ( dia da matang , mgkin dia faham ) sy cerita tentang fitrah manusia . sy cerita pasal mcm mana BESTnya kalau dia jadi lelaki normal .. sy ta tahulaa dia baca ke tak .. hehe sy sedang cuba . harap sgt dia berubah . aaminn

    Kalau korg ade cara atau idea utk bantu sy pulihkan dia , tolonglah yer terima kasih ;)

    ReplyDelete
  23. Tahniah amir.. semoga dikurniakan zuriat.. klu bg blum ade.. bg tahu.. nti sy knlkan kt ustaz ni.. dia blh brubat utk dpt ank.. insyaallah ramai bjaya.. kuasa ALLAH..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST