Saturday, 1 June 2013

15 TAHUN AKU JADI GAY - TOLONG AKU BANTU AKU KELUAR DARI NERAKA JAHANAM INI


Assalamualaikum....
 
Umur saya 25 tahun, seorang sedang menyambung pelajaran peringkat master di XXXXXXX. Saya mula terjebak ke lembah maksiat ini semasa tingkat 3, semasa tinggal di asrama. Ini bermakna aku sudah 15 tahun menjadi GAY.  

Semasa di alam persekolahan aku hanya melakukan hubangan songsang secara oral sahaja, seingat aku sepanjang tingkat 3 hingga tingga tingkat 5 sudah hampir 15++ orang aku sudah membuat hubungan sonsang ini. Boleh dikatakan setiap malam aku melakukannya.  

Sebelum melangkah kaki ke menara gading, aku cuba nak taubat...alhamdulillah di awal semester di universiti aku mendapat kawan seorang yang kuat agama. Aku pun join lah dia keluar tabliq and selalu solat berjemaah. Aku sangkakan panas hingga ke petang tapi taufan melanda, baru sahaja sebulan aku insaf, tapi jiwa aku meronta-ronta mahukan "MAKANAN NAFSU" yang sudah lama berpuasa dari tabiat jijik itu.

Akhirnya aku tewas dengan hasutan nafsuku sendiri, aku kembali lagi ke "ZAMAN JAHILIAH". Bermula disini lah aku mula "BETUL-BETUL" masuk kedunia GAY ini. Bermula disinilah aku suka diliwat tetapi aku tak pernah meliwat, walaupun aku tahu dosa peliwat and diliwat itu sama and hukuman mengikut islam adalah "BUNUH" tetapi hatiku tetap tawar and keras.
 
Aku sudah banyak kali bertaubat, tapi tak terdaya kerana gay sudah sebati dengan gaya hidupku. Tahun lepas sahaja sudah 3 kali aku bertaubat tapi hidayah Ilahi belum sampai pada ku.

Aku hanya dapat tahan 2 bulan sahaja, selepas itu aku terjerumus kembali ke lembah yang hina itu. Semasa aku bertaubat aku banyak menghadiri majlis-majlis agama, solat-solat berjemaah di masjid, membaca al-qur'an, solat-solat sunat dan lain-lain tetapi aku tak mampu mengawal nafsu sonsangku yang sudah 15 tahun tertanam di dalam diriku seorang diri.

Aku banyak membaca pasal kaum-kaum Nabi Luth, dosa-dosa homosekual dan sebagainya dengan membaca sahaja tak cukup aku untuk menghayatinya tanpa bimbingan and sokongan serta motivasi daripada yang pakar.
 
Sepanjang 5 bulan  ini aku sudah melakukan hubungan sonsang ini dengan lebih kurang 20 orang. Sekarang memang senang ada laman sosial gay, selepas 2 bulan bertaubat aku  tewas dengan godaan nafsuku sendiri sehinggakan aku telah melakukan hubungan sonsang ini dengan 4 orang dalam masa sehari kerana terlalu memenuhi tuntutan nafsu serangkah ku.
 
Aku tahu akan bahaya nya perbuatan aku ini seperti terdedah dengan penyakit yang berbahaya dan lain-lain, apakah daya aku insan yang lemah lagi hina serta jijik tak mampu meninggalkannya tanpa bantuan and sokongan.

Dua tiga hari ini hatiku terdetik mahu bertaubat kembali, mahu mencari jalan kebenaran, mencari jalan ke syurga yg sebenar  tetapi bagaimanakah caranya? Dengan siapa yang aku patut berjumpa untuk dijadikan pembimbingku?  

TOLONGLAH DAKU AND BANTULAH DAKU KERLUAR DARI "NERAKA JAHANAM INI". DOAKAN KU AGAR BERUBAH AND BERTAUBAT NASUHA.


PENCARI_HIDAYAH 




Asalamualikum Pencari Hidayah,

Maaf ingin mencelah harap encik pencari_hidayah ni masih terbuka pintu hati untuk ber"halaqah" di sini...bukan sekadar untuk menyinggah sekali cuma, insyaallah.

Pertama sekali..alhamdulillah kerana walaupun tahu diri tu masih bergelumang dalam dosa dan noda tetapi hati masih sudi menjenguk ke halaman islamik seperti "Halaqah" ini...ini menunjukkan masih ada kesedaran dalam diri tu.. alhamdulillah.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian...kalau rasa tak mampu lakukan sendirian..carilah rakan-rakan ex gay yang mampu memberikan semangat/sokongan untuk keluar dari masalah ini. Hanya mereka yang pernah melalui perkara ini tau camne jalan penyelesaiannya.


Banyak kumpulan di luar sana (bekas gay) yang boleh membantu insyaallah. Jangan rasa give up untuk terus mencuba berubah. Lakukan perubahan dengan cara yang sedikit-sedikit tetapi istiqamah...itu yang terbaik...kalau lakukan secara drastik camtu la akibatnya.

SURAH 40 AL-MU’MIN ( ORANG YANG BERIMAN ) AYAT 40: Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk surga, mereka diberi rezki di dalamnya tanpa hisab.


Sumber soal jawab Disini


23 comments:

  1. tq share abg najmi..situasi tu sgt tipikal..apatah lagi ia dicerita di ruangan 'halaqah'...tapi, bg saya..respon yg diberi sgt general dan mereka yg respn pd soalan2 mcm tu,tidak memahami mslh PLU yg sebenar..bg dorg,ia boleh dirawat spt penyakit2 yg laen..ad juga yg suruh m'dptkn bantuan 'bekas gay'..haih,mne mungkin seseorg tu boleh m'jadi 'bekas gay'..plg tidak pun, ad PLU yg hany mmpu mengawal nafsu..itu bkn 'bekas gay'..jd kdg2,saya muak nk bce komen2 yg mcm tu..dlu saya pun spt 'pencari hidayah' ni..banyak usaha sy cuba utk buang nafsu 'gay' ni..tapi,br saya sedar,makin dibunuh,makin timbul..so,skrg ni,sy amik langkah mengawal saje la..dan bg org2 yg xpernah jadi gay,tolong la realistik wktu memberi nasehat..ataupun,x usah langsung berkata ape2..sekian..tq..-Warkah Kembara

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju... kadang2 ada gak pk... memang dah takdir ker untuk "orang macam kita" jer yg boleh faham dan tolong "kita"...? Sementara satu pihak terus memangdang keji... satu pihak laen seolah2 melepaskan batok ditangga... So, "kami" ni macam mana?

      Delete
    2. assalam adik2 gay..saya juga gay seperti anda..saya tau macamana perasaan tu.dan saya pernah ada rasa "orang yang bukan gay tak payah la nak susah2 nasikatkan orang yg gay, sebab mereka bukan duduk dalam situasi kita, mereka tak faham"..

      Atas sebab tu, saya sendiri tidak pernah berbincang dgn sesiapa2 kat luar sana pasal masalah saya..sbb ini mmg amat memalukan..kalau saya mengutarakan masalah saya ni, maka orang akan tau saya gay..maka saya simpan je masalah saya ni,dan ikhtiar jalan penyelesaian. INTERNET contohnya, byk maklumat berguna yg saya dapat,FB, di mana saya dapat buka acc tanpa dedahkan identiti saya,dan berbincang dgn ustadz2 atau kawan str8,even gay..tanpa perlu berjumpa. Mereka juga boleh berkongsi masalah..adik, bukan kita yg gay saja bermasalah, mereka yg normal pun ada dugaan tersendiri.

      Dugaan yg kita dapat ni bukan utk di ratapi, dan bukan tunggu orang lain bantu kita.. kita hamba kepada tuhan, kita juga khalifah pada diri kita sendiri..kita bertanggungjawab atas apa yg kita buat, DAN KITA XKAN MAMPU TUDING JARI PADA ORANG LAIN DI HADAPAN TUHAN NANTI.ingat dik, kalau orang nasihatkan kita,bererti mereka sayang kita..jgn pandang sinis niat murni orang yg menasihati..Ingat,saya gay, dan saya juga seperti anda.. tapi dgn dikurniaan jiwa gay ini tidak membuatkan diri saya satu tangga lebih baik atau buruk dari mereka yg normal, sebab HANYA AMALAN kita yg akan di nilai

      Berjiwa gay bukan satu dosa, tapi melakukan melakukan hubungan songsang itu yg salah.Selagi kita kawal diri, selagi kita berusaha memperbaiki diri,percayalah.. sentiasa ada harapan di sana..biarkan kita hina di mata manusia, tapi bukan di sisi Ilahi..

      Awan yg TerPlu

      Delete
    3. Betuila, aku setuju sangat dengan komen korang. Mana ada "bekas-gegay" kat dunia ni. Yang ada pun gegay yang dapat control diri dia jer. kadang kadang, ada gak yang tewas balik. huhu~

      Delete
    4. Apa kata saudara saudara cuba berkahwin dgn perempuan, perempuan anugerah tuhan, perempuan itu indah

      Delete
  2. Aku setuju ngan warkah kembara dan fallen angel....
    Aku tidak merenung nasib aku sebagai PLHIV,bagi aku hidup ini aku mesti teruskan meskipun aku masih tercari2 seseorang yg boleh Aku tumpang kasih sayang dan bermanja.dan aku cuba berlajar hidup bukan untuk derita namun kesunyian hidup kadang2 membuatkan aku sengsara

    ReplyDelete
  3. Guys, some of you are precisely said, the feelings of gay can never get rid off as it was mixed with our self. It's really hard to change to a normal person, no one ever did. But what you can do is control over your sex need, that's all you can do. Seek help from someone who can guide you to control it.

    Otherwise, if you really wanted to change to a normal person, if might only left you with 1% option. I'm sorry to say this, but that's the truth I can tell you :)

    ReplyDelete
  4. To all, memang sukar untuk memahami kemelut rasa gay...selepas berpuluh tahun saya berkawan dengan sahabat saya arwah seorang gay baru2 ini sahaja saya memahami apa dan siapa gay itu sebenarnya itupun setelah bersahabat dengan Najmi dan kawan2 lain. Untuk pembaca yang baru tahu percayalah bahawa ianya sangat sukar nak dihadapi, menghindari kerana kita normal harus menerima mereka seadanya dan membantu mereka bertahan dan untuk bertahan dengan keistimewaan perasaan yang di Anugerah kan Allah untuk mereka sebagai ujian. Saya memang suka dengan nasihat Awan yang terpilu di atas dan untuk Pencari Hidayah perubahan tersebut lakukan secara perlahan2 dan bertekad, memang payah tapi teruskan percubaan anda. Jaga diri baik2 dan saya doakan anda akan berjaya mengurangkan dan menamatkan aktiviti ini satu hari nanti. take care

    ReplyDelete
  5. Sy setuju dengan pandangan Awan terPlu dan Mak Wardah...

    Cara terbaik untuk menahan diri daripada melakukan dosa hubungan songsang ialah ingat pada Allah..ingat MATI....Mati itu benar...ia itu tidak mengira umur, masa dan ketika. Malah kita yang sedang menulis ini juga boleh dicabut nyawa pada bila2 masa (contohnya jantung terhenti berdenyut, stroke atau kebakaran)...wallahualam.

    Bertahan dan kawallah diri..jangan biar nafsu jadi tuhan...hanya Allah tuhan kita...bayangkan betapa aibnya jika sewaktu sedang enak menikmati nafsu serakah itu, dan pada saat dan ketika itulah Allah menugaskan malaikat maut datang mencabut nyawa...Kedua2nya sekaligus

    Maka aib yg selama ini Allah pelihara, semata2 untuk memberi peluang untuk bertaubat, akan terbuka seluas-luasnya...menjadi hamba Allah ini, kita perlu selalu tunduk dan patuh...jauhkan dari kesombongan diri seolah2 kita yakin dan tahu bila dan bagaimana caranya masa kita akan tamat...

    ReplyDelete
  6. sya pun nak thu jgk kwn sya mcm gay jgk... tp xtw lh... hrp2 dia ble brubh... insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Kalau kita tak boleh mengubah dengan tindakan, kita ubah dengan kata-kata, tapi kalau kita tak mampu nak mengubah dengan kata-kata (nasihat), kita berdoa demi kebaikan mereka (kawan awak tu). Wallahuallam

      Delete
  7. Salam.. Entahlah saya pun sama macam tuan-tuan, belajar sekolah agama tapi nafsu songsang... ilmu nya dah ade praktikalnya kalah.... tapi satu jer saya nak kongsi di sini, mungkin boleh membantu, ambillah zikir atau wirid daripada para habib atau syeikh yang benar sanadnya sampai kepada Rasulullah dan selalu bersama dengan mereka dalam majlis-majlis yang dianjurkan untuk mengambil keberkatan.

    Apa yang saya boleh katakan saya mula rasa bersalah yg amat sangat, kadang-kadang menangis apabila teringat dosa-dosa ni.... ini saya belum lagi meninggalkan secara sepenuhnya... kadang-kadang masa nak commit this crime... badan akan rasa sejuk yg amat hingga menggeletar... kadang-kadang sampai rasa loya...

    Saya rasa ini adalah asbab kepada keberkatan mereka yang terlimpah kepada saya...
    Saya tak pernah pun berjumpa secara bersemuka dengan habib untuk menceritakan masalah saya, hanya sekadar mengambil zikir, wirid dan selawat yang diijazahkan...

    Habib pernah berpesan dalam salah satu kuliahnya... Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, walaupun hari ini kita dah azam nak taubat...tup tup tup lusa buat dosa lagi...then taubat...then buat dosa lagi... Habib kata jgn berhenti bertaubat kerana Allah Maha Pengampun

    Justeru itu saya cadang utk rakan-rakan senasib saya untuk bersama dengan Habib, ambil ilmu dan amalannya untuk dijadikan panduan hidup..

    Sekian..

    Hamba Berdosa

    ReplyDelete
  8. Hamba Berdosa

    Alhamdulillah terima kasih kerana meninggalkan komen pesanan dan peringatan buat kita semua. Benar mohon ampun taubat perlu kita lakukan berterusan jangan berhenti walaupun sekiranya kita masih terlajak melakukan pekara2 yang dilarang...Allah Maha Pengampun...

    ReplyDelete
  9. bro,saya bukan gay dan hanya tertarik pd perempuan sahaja.sy berumur dah 33 tahun tapi belum kahwin.memang ada perasaan nak melakukan hubungan dengan perempuan namun syukur pada Allah masih boleh mengawalnya.dan sepanjang hidup saya tak pernah pun melakukan onani.bukan nak berlagak tapi sekadar nak berkongsi.

    bro,saya kagum dengan anda kerana anda tidak pernah jemu untuk berubah.Insya Allah,saya yakin Allah akan menolong bro suatu hari nanti.Niat yang baik Allah akan tolong.usah bimbang.tq.

    ReplyDelete
  10. Anonymous

    umur 33 tahun tapi masih tidak pernah beronani...alhaamdulillah sukar nak bertemu insan seperti saudara..saya pasti kesungguhan saudara mengawal diri akan dibalas dengan sebesar rahmat dari Allah, seperti yang kita tahu "zinaa taangaan" itu jugaa sebenarnya haram, sesuatu yang haram perlu kita hindarkan..

    Bermakna kita sebanarnya mampu mengawal diri dr beronani sebab saudaara telah menunjukkan contoh terbaik disini...Saudara boleh buat pasti remaaja lain juga yang belum pernah beronani boleh megikut langkah saudara..

    Terima kasih

    ReplyDelete
  11. begitu berat penderitaan dalam hati, diuji nafsu sebegini, bertukar2 pasangan, hidup tiada panduan, bukan ilmu tidak cukup didada, bukan tiada pertimbangan sewajarnya,

    lemahnya diri dikuasai nafsu ini, dilaknat illahi, hidup tidak diberkati, tiada ketenangan, sempit rezeki ini, sukar menimba pengetahuan, apakah diri diharamkan kesemuanya segenap segi ?

    telah kubuka kalamMu untuk mengerti hinanya diri, menangis dan bersujud d malam hari, tapi pabila masanya, aku tergelincir kembali, tapi sampaikan bila terus begini, masih adakah sirna dihujung sana?

    Ya Allah berikan lah kekuatan padaku dan rakan2 senasib ku dan kurniakanlah kekuatanMu untuk ku kawal nafsu songsang ku ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sirna diHujung Sana

      Doa berterusan kepada Allah insyaallah, kita semua dilindungiNya...Amin

      Delete
  12. Bestkan klau diri ini mnyintai wanita spenuhnya...sy doakan kamu smua bjaya mngawal nafsu dan sy harap sahabat cmua jgak utk sy

    ReplyDelete
  13. hanya iman shaja yg dpt seseorang itu takut dr melakukan maksiat n dosa pd allah... adakah skang tuan btl2 telah meninggalkan dunia plu... sy juga dlu seperti tuan... tp alhamdllh....

    ReplyDelete
  14. Aku teringin nak bertaubat. Aku x mau hidup dlm kancah gay. Tapi, tuntutan nafsu telah membuatku melupai dosa dan kematian sehingga aku jauh dari jalan allah. Aku teringin kehidupan normal, ada anak, isteri , tapi aku x tau nk bt mcm mana supaya aku dpt menyukai perempuan...

    ReplyDelete
  15. Bukan awak normal kah...anyway terima kasih tuan2 telah sharekan benda ni

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST