Saturday, 1 June 2013

10 FAKTA-FAKTA ASAS TENTANG HIV/AIDS


Adalah hak anda untuk mengetahui.


1 
AIDS disebabkan oleh HIV.
AIDS disebabkan oleh HIV, iaitu virus “human immunodeficiency”, yang merosakkan sistem pertahanan badan. Mereka yang mempunyai AIDS akan menjadi lemah disebabkan oleh badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit. Mereka akhirnya akan meninggal dunia. Tiada penawar bagi HIV.
 

2
Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun. 
Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun daripada jangkitan pertama virus HIV. Oleh itu seseorang yang telah dijangkiti HIV mungkin akan kelihatan dan rasa sihat untuk beberapa tahun, tetapi dia masih boleh menjangkiti orang lain dengan virus tersebut.
Ubat-ubatan yang terbaru boleh membantu seseorang itu kekal hidup dengan sihat untuk jangkamasa yang lebih lama, tetapi dia masih mempunyai HIV dan masih boleh menjangkiti orang lain.

3 
HIV dipindahkan melalui cecair badan yang telah dijangkiti HIV. 
HIV dipindahkan melalui pertukaran mana-mana cecair badan yang telah dijangkiti oleh HIV. Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana peringkat jangkitan/penyakit. Virus HIV boleh didapati pada cecair-cecair berikut: darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi), cecair faraj, dan susu ibu). 

4 
HIV selalunya dijangkiti melalui hubungan seks. 
HIV selalunya dijangkiti melalui seks dengan pasangan yang positif HIV. Ini disebabkan oleh cecair yang bercampur dan virus boleh bertukar, terutama sekali apabila terdapat  luka pada tisu-tisu faraj, kecederaan atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI). Budak perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput membran faraj mereka lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa.
 
5
Mereka yang mempunyai jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan HIV. 
Mereka yang mempunyai STI adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan menjangkiti orang lain. Mereka yang mempunyai STI patut mendapatkan rawatan secepat yang mungkin dan mengelakkan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (seks tanpa penembusan atau seks menggunakan kondom), dan memberitahu pasangan-pasangan mereka. 

6 
Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan. 
Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan sekiranya mereka tidak melakukan seks, sekiranya pasangan mereka yang tidak dijangkiti hanya melakukan seks dengan satu sama lain sahaja dengan cara seks selamat – seks tanpa penembusan atau menggunakan kondom.
Hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan pencegahan HIV melalui seks ialah dengan tidak melakukan seks langsung. 

7 
Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti dengan HIV. 
HIV juga boleh dijangkiti apabila kulit tercedera atau dicucuk menggunakan jarum yang tidak steril picagari, pisau lipat, pisau atau lain-lain alat. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah atau melakukan seks dengan pengguna-pengguna dadah adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV. Lebih-lebih lagi, penggunaan dadah mengganggu pemikiran seseorang itu dan boleh membawa kepada kelakuan seksual yang berisiko, seperti tidak menggunakan kondom. 

8 
Hubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian. 

HIV tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan. 
HIV tidak boleh dijangkiti melalui: pelukan, berjabat tangan; hubungan yang biasa setiap hari; menggunakan kolam renang, tempat duduk tandas; berkongsi kain alas katil, peralatan makanan, makanan, nyamuk dan lain-lain gigitan serangga; batuk, bersin. 

10 
Semua orang berhak untuk mendapatkan belas kasihan dan sokongan. 
Mendiskriminasi terhadap mereka yang telah dijangkiti HIV atau sesiapa sahaja yang difikirkan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan telah melanggar hak-hak kemanusiaan dan juga membahayakan kesihatan umum.
Semua orang yang dijangkiti dengan atau menghadapi kesan HIV dan AIDS berhak mendapatkan belas kasihan dan sokongan. (Artikel 2 daripada Konvensyen Hak-hak Asasi Kanak-kanak). 

Sumber Disini


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST