Wednesday, 26 June 2013

AMIR – SAYA PAKSA DIRI BERKAHWIN WALAUPUN GAY

Saya membaca komen dari seorang pembaca yang saya namakan diri beliau Amir (bukan nama sebenar) yang ditinggalkan dalam ruang komen entry yang bertajuk “I’M GAY AND ITS OKAY…. BUT ITS AWESOME;” 

Walaupun ringkas kisah yang dikongsikannya itu tetapi hati saya tersentuh dan telah membuatkan mata saya berair, bukannya kerana sedih tetapi saya berasa kagum dengan kekuatan, ketabahan serta kesungguhan yang ada dalam diri saudara Amir. 

Sesuatu yang sukar dilakukan bagi kebanyakkan golongan songsang, memaksa diri untuk mendirikan rumah tangga dan memaksa diri berhadapan untuk berhubung dengan perempuan (isteri). Ada pengajaran yang boleh kita contohi dari kisah pengalaman saudara Amir ini. Buat saudara Amir terima kasih kerana berkongsi kisah – NAJMI.


Assalamualaikum,

Saya pun mempunyai naluri yang sama dengan kisah yang ditulis (oleh Awan Yg TerPlu). Terus terang, saya pun menangis, emosi  kerap terganggu sebab saya sebolehnya ingin menjadi seorang lelaki (100%) normal. Saya tertanya-tanya kenapa saya ada perasaan sukakan lelaki. Terlalu banyak persoalan yang membuatkan saya rasa dunia macam tidak adil.

So far, ada kawan rapat saya yang tahu.saya ceritakan kepada dia dan syukur dia selalu bagi nasihat yang baik.dia tak sisihkan saya bahkan dia bagi motivasi kepada saya untuk terus kuat.

Saya doakan Allah memudahkan orang macam kawan saya ni sebab saya tahu tak ramai yang akan faham tapi lebih suka buat kesimpulan sendiri yang kononnya golongan macam kami ni (naluri songsang) sengaja dibuat-buat atau di reka-reka perasaan tersebut.

Saya cuba bangkit dan saya tanamkan dalam hati saya, saya bukan dan tidak sama dengan kaum nabi Lut. Saya set diminda saya (merancang) nak berkahwin walaupun saya tidak ada nafsu langsung kat perempuan. Saya nak bina keluarga yang bahagia, saya tak nak fikir tentang lelaki.

Jadi beberapa tahun lepas, saya pun berkahwin, cuba bayangkan apa perasaan saya apabila saya buat keputusan untuk kahwin? Perasaan saya takut! Saya takut sebab saya sebenarnya tidak ada perasaan kepada perempuan, dan apabila perasaan dan nafsu takde, pastinya saya tidak akan mampu membahagiakan isteri saya.

photo hiasan - aliah93.blogspot.com

Ya, selepas berkahwin, pekara yang saya takutkan itu berlaku, pada malam pertama, kedua, ketiga dan sehinggalah sampai bulan ke 3 perkahwinan, saya masih tidak dapat bersama isteri gara-gara alat kelakian saya tidak naik, masa itu saya cuba bayangkan saya bersama lelaki, tetapi saya sudah bertekad dalam hati saya nak buang jauh-jauh naluri (suka) kat lelaki sebab saya takut kalau ada anak, anak tu hasil sebab saya “imagine” (membayangkan) orang lain bukan isteri saya. 

Saya bersyukur walaupun isteri tidak tahu tentang masalah saya, tetapi dia jenis yang bukan “stress” apabila jadi macam ini. Satu malam tu, saya dan dia bangun solat tahajud, saya berdoa,

“Ya Allah aku teringin nak bersama isteri aku, tolonglah aku hambamu ini, bantulah aku untuk bersama isteri” 

Dan selepas tahajud dan solat subuh, saya cuba untuk bersama isteri, subhanallah, entah mcm mana, alat kelamin saya berfungsi atas kerjasama isteri membelai saya, lalu berlangsunglah kehidupan saya sebagai suami isteri dan saya boleh melakukan persetubuhan seperti biasa walaupun tak kerap, maksud saya sehari sekali, atau seminggu tiga kali paling kurang. Saya rasa sangat syukur. 

Saya tak nafikan, memang naluri songsang masih wujud tetapi apabila saya dah berkahwin, betul Allah kata, akan terhindar dari dosa, sebabnya apabila saya kahwin, saya rasa bersalah secara automatik kepada isteri saya seandainya saya terus meayan perasaan kepada lelaki, jadi sekarang saya betul-betul cuba fokus hanya kepada isteri saya saja. 

Memang betul, sebelum berkahwin, nafsu yang bergelora kepada lelaki menyebabkan saya terpaksa beronani namun apabila sudah kahwin saya dah dapat tinggalkan (aktiviti onani) slowly kerana isteri dan kerana Allah. 

Syukur kerana Allah hadiahkan isteri yang sangat baik kepada saya. Allah itu maha adil, dia tidak bagi (kepada saya) seorang isteri yang terlalu fokus kepada seks sahaja kepada saya, kalau tak mungkin tak berdaya saya nak selalu bersama sebab masalah (naluri songsang) ni.

Isteri saya seorang yang penyabar dan baik hati, syukur. Cuma sekarang ni, saya sedang menanti zuriat. Saya belum ada zuriat, walaupun baru nak masuk 2 tahun berkahwin. Saya risau jugak, saya kerap berdoa kepada Allah, 

"Ya Allah, aku bernikah keranaEngkau, maka permudahkan (mendapat) anak-anak terbaik buat kami.......Ameen" 

Kawan-kawan tolong doakan saya, doakan saya dikurniakan cahaya mata yang ramai dan doakan saya dan isteri terus bahagia, doakan saya kuat melawan nafsu songsang dan buat yang sama mengalami macam saya, saya turut mendoakan kalian dikuatkan hati untuk terus berjuang. Berkahwinlah, walaupun tiada nafsu (kepada perempuan), tetapkan dalam hati bahawa Allah tak akan zalim kepada umatnya selagi kita tak buat zalim kepada Allah.

Dan sekiranya telah berbuat dosa, bertaubatlah, kita manusia biasa, apabila buat dosa, maka kita sedar kita ini insan yang lemah. Selalu beristigfar dan solat taubat, insyaAllah. 

Last but not least doakan saya dikelilingi anak-anak yang solah solehah. Ameen. Semoga dengan kehadiran anak-anak, saya akan menjadi semakin kuat!



- AMIR -






Saudara Amir,

Ketika saya masih membaca kisah saudara, walaupun belum habis membaca hati saya secara sepontan dan sepintas lalu terus berdoa agar saudara terus diberi kekuatan, diberi kebahagian hidup disamping isteri. Dipermudahkan segala-galanya.

Saya rasa gembira dengan tindakan yang saudara lakukan bagi mengelak dan mengawal naluri songsang tersebut dengan mendirikan rumah tangga, sesuatu yang saya pasti sukar tetapi berjaya diharungi oleh saudara. Saya kagum dengan saudara, tidak ramai (gay) yang berani mengambil risiko seperti yang telah saudara ambil. Apabila difikirkan kembali ianya merupakan satu tindakan paling bijak yang boleh dicontohi oleh kebanyakan golongan songsang ini. Benar saudara juga beruntung dijodohkan oleh Allah dengan seorang isteri yang sederhana perwatakan dan sifat.

Insyaallah tentu ada sebab kenapa Allah tidak kurniakan zuriat pada saudara dan isteri buat masa ini, dan saya yakin berkat doa yang dipohonkan oleh saudara suami isteri akan dimakbulkan Allah.

Dan sudah pasti saya akan berdoa agar saudara terus diberi kekuatan mengawal diri, dan doa saya serta doa kami semua pembaca semoga saudara segera dikurniakan zuriat oleh ALLAH SWT secepat mungkin, mudah-mudahan saudara akan menerima khabar gembira dalam waktu yang terdekat ini. Insyaallah…Ameen. - NAJMI


 

Tuesday, 25 June 2013

(2) SOAL JAWAB - SONGSANG

Oleh
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek




Bacaan surah Al-Qadr, ayat 1-5 yang bermaksud:




Ayat ini elok diamalkan untuk melindungi anak daripada gejala songsang, murtad dan yang sewaktu dengannya. Kenapa ayat ini? Ayat ini boleh membawa rahmat kepada orang yang diniatkan. Jadi ibu bapa baca dan hadiahkan pahalanya kepada anak-anak. Biasanya para ulama membaca surah ini pada rakaat kedua solat Isyak. Jadi, jika anak kita berperangai pelik-pelik, bacalah 3x dan tiup pada ubun-ubun anak-anak atau tiup pada bajunya jika dia suka keluar malam.

Sambungan perbincangan tentang songsang. Masalah ini semakin ketara di Malaysia dan ada pula golongan yang memperjuangkan hak golongan ini. Jadi kita wujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Tuntutlah ilmu kerana Allah kerana akan datang bantuan Allah untuk memahamkan kepada agama. Jika ada golongan LGBT yang menonton, saya menyeru berubahlah. Memang sukar untuk berubah tetapi ianya tidaklah mustahil. Saya teringat satu kisah tentang seorang alim sedang berjalan dan kemudian datang seorang pencuri di belakangnya. Pencuri itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya namun orang alim itu enggan dan melarikan diri. Lalu pencuri itu cuba mengejar. 

Tiba-tiba turun satu ayat yang menyatakan bahawa amalan kedua-dua mereka pada hari itu telah dihapuskan. Jadi orang alim telah hilang amalan baiknya, dan pencuri telah dipadam amalan buruknya. Inilah pengajaran bagi kita agar tidak memandang hina kepada orang lain. Oleh kerana jiwanya yang masih belum bersih, Allah hapuskan amalan baiknya. Manakala orang yang ingin berubah pula, InsyaAllah akan mendapat bantuan Allah.

Untuk berubah perlu amalkan 5H:
  1. Kena ada HATI yang kuat. Berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia. Jika berubah kerana Allah, pasti bantuan Allah akan tiba dan Allah akan memudahkan jalan untuknya.
  2. HAMPIRI orang-orang yang berjaya, yang alim, yang faham agama. Jika seorang berilmu mencemuh anda, jangan berputus asa dan carilah orang alim lain. InsyaAllah akan ada orang alim yang sanggup membimbing anda. Ingatlah kisah seorang yang telah membunuh 99 orang dan ingin berubah. Dia bertemu dengan seorang alim, tetapi orang alim itu mengatakan yang dosanya terlalu banyak lalu dia pun membunuh orang alim itu dan menjadikan jumlah orang yang dibunuhnya ialah 100 orang. Kemudian dia bertemu seorang alim lagi, tetapi orang alim ini menyatakan yang dia masih boleh bertaubat dan Allah itu Maha Pengampun, tetapi dia perlu berpindah ke kawasan lain yang lebih baik untuknya. Dia meninggal dalam perjalanan bertaubat kepada Allah dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga. Jadi orang alim perlulah berhikmah dalam berdakwah. Carilah orang sebegini dan belajarlah cara solat, cara bertaubat daripada mereka.
  3. HINDARI kawan-kawan lama yang mendorong kepada perbuatan ini atau yang mengetahui perlakuan kita. Pindah ke tempat lain, tukar tempat kerja. Kita ini manusia yang lemah, jadi keraplah mohon keampunan daripada Allah. Nabi SAW sendiri memohon keampunan kepada Allah
  4. Kena ada HAJAT untuk berubah dan berbuat kebaikan. Sibukkan diri dengan amalan kebajikan. Sebagai contoh, ada seorang yang saya kenal telah berubah dan membuka rumah anak yatim di Indonesia. Jadi dengan melakukan kerja amal, InsyaAllah imannya akan terpelihara.
  5. HIJRAH agar datang bantuan Allah. Selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita. Jika kita berjalan menuju Allah, Allah akan berlari mendatangi kita. Inilah perumpamaan sebagai motivatisi kepada mereka yang ingin berubah. Kuatkan hati dalam beristiqmah dan berubahlah kerana Allah.
Saya juga ingin berpesan kepada masyarakat pula jangan cepat menghukum orang. Jangan cepat mencemuh atau mengata orang. Jaga mulut dan jaga hati kita. Kita boleh benci pada perbuatan mungkar tetapi bukan pada orangnya. Doakan mereka yang berbuat maksiat agar mereka boleh berubah.

Saya nak ajar teknik berdoa bagi mereka yang mempunyai keluarga yang terlibat dengan masalah ini: Banyakkan berzikir 'Alhamdulillah, Ya Allah. Alhamdulillah, Ya Rahman. Alhamdulillah, Ya Rahim'. Jika kita ada banyak masalah, sebut 'Alhamdulillah' berulang kali. Sebut “Terima kasih Ya Allah atas ujian ini.” 

Banyakkan juga selawat, kerana Allah akan menggandakan selawat pada kita. Jika Allah sudah selawat pada kita, tentulah kita takkan kecewa pada hari itu. Bacalah juga 'La ila ha ila anta. Subhanaka inna kuntuminazzolimin'. 

Soalan & Jawapan:

S: Sebagai ibu bapa, bagaimana untuk memastikan anak tidak terlibat dengan budaya ini?
J: Boleh gunakan konsep 7P yang pernah saya ajar sebelum ini. Tetapi yang saya nak tekankan di sini ialah Perhatian & Periksa. Kita perlu perhatikan anak kita betul-betul. Jika anak lelaki terlebih 'lembut', ajar dia main permainan lasak-lasak sikit. Biarlah calar kulitnya di sana-sini. 

Jika anak perempuan terlebih kasar pula, ajar dia kerja-kerja seni seperti menjahit. Menjahit boleh mendidik dan melembutkan jiwa. Jika anak lelaki berkulit agak putih, suruh dia berjemur lebih sedikit. Daripada pemerhatian saya, anak lelaki yang lembut datang daripada keluarga yang ayahnya tentera. Saya pun tak tahu mengapa. Jadi mak ayah kena kreatif dan gunakan cara berhikmah untuk membentuk peribadi anak sesuai dengan jantina mereka. 

Ada satu kes, isterinya guru, mereka mendapat anak setelah 10 tahun berkahwin kerana suaminya 'gay'. Suaminya gay kerana diliwat semenjak kecil oleh pakciknya. Setelah pakciknya meninggala barulah dia berhenti. Kemudian apabila isterinya mula membawa anak murid ke rumah untuk kelas tuisyen, suaminya mula meliwat anak murid isterinya pula. Isterinya datang berjumpa dan saya minta beliau mengamalkan surah Al-Qadr. Kenapa? Kerana nafsu syaitan ini datang pada waktu malam. 

Kebiasaannya orang begini suka mandi malam dan malas mandi pagi. Alhamdulillah, setelah mengamalkan surah ini, suaminya telah berubah dan datang berjumpa saya. Suaminya juga tidak lagi suka bercakap bohong. Pada bulan Ramadhan yang lepas, suaminya telah bertemu dengan malam Laitul-Qadr. Dan baru-baru ini dia telah mengerjakan umrah.

S: Kadang-kadang anak baik ketika kecil dan di bangku sekolah, namun berubah setelah melangkah masuk ke IPT?
J: Mungkin undang-undang universiti longgar dan pihak universiti gagal menerangkan kesalahan perlakuan ini di sisi agama dan undang-undang Malaysia. Jadi pada pendapat saya mungkin ada keperluan mewujudkan silibus yang menerangkan tentang undang-undang Malaysia, contohnya hukuman kesalahan mencuri, berpakaian seperti jantina lain, kesalahan melakukan liwat, rogol dan sebagainya. 

Mungkin dengan pendidikan ringkas tentang undang-undang, pelajar lebih berwaspada dan takut dihukum. Ibu bapa perlu terus-menerus mengingatkan anak-anak, jangan lepas tangan soal pendidikan anak setelah dihantar ke IPT. Ajar anak agar takut pada Allah, didik mereka tentang dosa pahala, syurga dan neraka. Ajar anak-anak berucap agar mereka boleh bertindak sebagai pendakwah di kalangan rakan-rakan. Dorong mereka supaya terlibat dengan aktiviti positif agar masa mereka dipenuhi dengan aktiviti yang sihat.

S: Bagaimana cara terbaik untuk berdakwah kepada golongan ini?
J: Daripada perbincangan dengan pihak Jabatan Islam Negeri dan JAKIM, kesimpulan yang kami dapat ialah – para ustaz perlu turun padang. Kita perlu pergi ke lorong-lorong untuk bertemu dan memujuk mereka. Saya buat tazkirah untuk mereka dan ramai yang datang. Kita niatkan begini untuk gembirakan Allah, bukan untuk merubah mereka, kerana bila Allah suka, Allah akan turunkan rahmat dan semoga dengan rahmat itu hidayah akan turun. 

Dakwah perlu dilakukan dengan berhikmah dan lemah-lembut. Aisyah, apabila ditanya apa itu Islam, dia menunjuk kepada Rasulullah SAW. Ini kerana perwatakan baginda menggambarkan Islam. Tetapi hari ini sukar untuk mencari contoh sebegini. Jadi untuk berdakwah, kita kena tunjuk teladan yang baik. Teknik nak mula dakwah – senyum, salam dan sentuh (antara sama jantina). 

Beri pujian dahulu sebelum menegur. Sekarang, kesan dakwah bersama Jakim, golongan ini tidak lagi 'berniaga' pada malam Jumaat, sebaliknya mereka berkumpul dan membaca Yaasin beramai-ramai. Mungkin mereka terdesak kerana desakan ekonomi, dan tidak mendapat bantuan sehingga perlu meneruskan 'kegiatan' mereka. Jadi kita kena turut membantu dan doakan mereka. InsyaAllah sudah ramai yang berubah.

S: Bagaimana untuk melindungi diri daripada digoda golongan ini?
J: Pengalaman saya, ketika di asrama, ada seorang pelajar lelaki yang begitu elok rupanya, dan halus kulitnya. Dia diminati oleh 'senior' dan cuba diajak melakukan liwat. Tetapi dia takut Allah dan dia mula buang najis dalam seluar, Dia membiarkan tidak dicuci sehingga akhirnya punggungnya berkayap. Dia memang berasa sakit tetapi katanya dia lebih takut pada Allah.

Ada juga satu kisah yang pernah berlaku di Baghdad, ada seorang janda yang cantik dan diminati ramai orang. Ada pula seorang Tukang Kayu yang mempuntai wajah yang tampan dan badan yang sasa. Dia bekerja menghantar kayu api dari rumah ke rumah. Suatu hari janda itu meminta tukang kayu itu membawa kayu ke rumahnya. Setibanya lelaki itu, janda itu menutup pintu dan membuka pakaian lalu memeluk lelaki tersebut. Janda itu mengugut yang dia akan menjerit dan menuduh lelaki itu merogolnya. 

Hukuman rogol pada ketika itu ialah pancung kepada. Lelaki itu pun ketakutan kerana dia tidak mahu melakukan zina. Lalu dia meminta izin untuk mandi dan bersiap terlebih dahulu. Janda itu bersetuju. Sebelum keluar tandas, lelaki itu melumurkan seluruh badannya dengan najis dan cuba memeluk janda tersebut. Janda itu jadi terkejut dan tidak tahan dengan bau lalu menolak lelaki tersebut. 

Jadi terselamatlah lelaki itu daripada melakukan zina. Dia pulang dan bersujud syukur pada malam itu. Memanglah najis itu menjijikan, tetapi dosa berzina atau berliwat lebih jijik daripada itu.

S: Apakah respon yang ustaz terima ketika berdakwah dengan golongan ini?
J: Saya kongsikan satu kisah lesbian, dia seorang wanita yang kematian suami. Seorang eksekutif yang bergaji lebih 40 ribu sebulan. Dia biasanya menaja pelajar baru ke universiti dan menumpangkan mereka di rumahnya sebelum mengambil mereka sebagai pasangannya. Dia telah melakukannya selama lebih 7 tahun. Anaknya begitu tertekan kerana perbuatan ibu ini dan ibu ingatkan yang anaknya kerasukan makhluk halus dan memanggil saya. 

Lalu saya memberitahu yang si ibu yang perlu diubati, dan bukan anaknya. Mulanya dia marah, tapi saya bacakan beberapa ayat selama dua jam dan kemudian dia mula bercerita. Alhamduliilah setelah diajar, dia mengamalkan surah Al-Qadr, dan selepas 2 bulan, dia mula berubah dan juga sudah mengerjakan umrah.

Kisah gay pula banyak melibatkan golongan profesional. Mereka ini agak mudah dibantu dengan syarat kita kena kembalikan rasa rindu dan cinta mereka kepada Allah, pencipta rasa cinta dan rindu yang sebenar, dan bukan kepada pasangan mereka. Jika kita dapat fahamkan mereka tentang ini, InsyaAllah mereka akan mudah berubah.

Golongan biseksual agak sukar didekati kerana mereka berasa bangga dan biadap dengan dosa yang dilakukan. Kebanyakan mereka merupakan pernah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kaedah yang digunakan adalah dengan membawa mereka berjumpa pesakit aids. InsyaAllah mereka akan lembut hati untuk berubah.

Golongan transseksual pula didekati dengan cara turun ke padang. Kami pergi ke lorong-lorong untuk cuba memahami mereka dan berdakwah kepada mereka. Ramai juga yang terlibat dengan program anjuran Jakim iaitu Muqayyam. Ramai antara mereka sudah jaga solat 5 waktu dan berjinak-jinak untuk mengikut solat Jumaat. Mereka ini sudah buat pembedahan dan mempunyai bentuk badan seorang wanita. Jadi mereka pun serba salah untuk memakai baju lelaki dan solat bersama jemaah lelaki. Tetapi mereka cekalkan dan pergi juga ke masjid. 

Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin, kita jangan pula mencemuh jika meilhat mereka. Berilah sokongan atas kecekalan hati mereka dan bantulah mereka kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah pihak Majlis Aids Malaysia juga sangat banyak membantu Jakim dari segi dana dan penglibatan mereka bersama dalam program-program dakwah yang dianjurkan. 

Jadi yang penting perlu berdakwah dengan hikmah iaitu dengan lemah-lembut dan mesra. Nabi SAW tidak mengajar kita tentang hukum sahaja, tetapi Nabi SAW menunjukkan contoh akhlak yang terbaik.

S: Sekiranya golongan yang terlibat dengan aktiviti songsang ini ingin berubah dan mendapatkan bantuan, siapakah yang boleh dihubungi?
J: Pertama, boleh hubungi JAKIM di unit Keluarga, Sosial dan Komuniti. Alamatnya seperti berikut:
Aras 1, Blok D7, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya
No Tel : 03-8886 4000
No. Fax : 03-8889 1997
(PIC: Ustaz Zakuan)

Majlis Aids Malaysia juga banyak membantu, jadi boleh juga menghubungi mereka, walaupun masih belum terkena AIDS. Alamatnya seperti berikut:
The Malaysian AIDS Council
No 12, Jln 13/48A
The Boulevard Shop Office
Off Jalan Sentul
51000 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Phone – (603) 4045-1033

Fax – (603) 4042-6133

http://www.mac.org.my

Biarpun program-program ini nampak seperti moden, tetapi ada penerapan nilai-nilai Islam di dalamnya. Pada saya tidak penting siapa mereka, tetapi yang penting ialah kalam akhir kita. “Barang siapa di akhir kalam mengucap La ila ha illallah, dia akan terus ke syurga Allah”. Kita yang berada di sini pun belum pasti lagi semuanya. 

Ada seorang penghuni rumah pemulihan saya, terjebak menjadi mak nyah semenjak berumur 12 tahun. Alhamdulillah dia telah berubah tetapi dia diserang penyakit misteri dan dia meninggal ketika solat subuh. Alhamdulillah kalam terakhirnya ialah 'La ila ha illalah'. Kita jangan menghukum orang, hanya Allah yang boleh menghukum. Jangan jadi penghukum, jadilah pendakwah. Paling kurang, berdoalah agar Allah selamatkan anak-cucu kita daripada masalah ini.

S: Adakah mereka yang melakukan perbuatan ini dianggap terkeluar daripada Islam?
J: Betul, ramai yang bertanyakan saya soalan ini. Ada satu hadis menyebut yang Nabi SAW tidak mengaku mereka yang melakukan perbuatan ini sebagai umatnya. Tetapi Allah juga telah jelas berfirman yang Allah ialah Tuhan Maha Pengampun, dan jika mereka bertaubat, dan Allah menerimanya, tiada siapa dapat menghalangnya. Mudah-mudahan Allah terima taubat kita semua. Kita hanya boleh menghukum seseorang itu murtad jika ianya sudah jelas. Tetapi selagi belum jelas, janganlah kita berburuk sangka. 

Saya jumpa ada kes yang mereka mengaku keluar Islam kerana sikap orang Islam yang menghukum mereka. Alhamdulillah selepas kami dakwah balik selama 4 hari dalam program Muqayyan Pantai Timur, mereka kembali semula kepada Islam. Inilah keindahan dan kemanisan dakwah. Selagi kita belum berjumpa teruskanlah kerja berdakwah, kerana kemanisan ini menjadikan kita rasa seronok dan bersemangat untuk terus menyampaikan kalam Allah dan pesanan Rasulullah SAW.

S: Apa ucapan terakhir ustaz kepada para penonton?
J: Peserta Muqayyam anjuran MAIS dan Jakim, merupakan mereka yang telibat dengan gejala ini dan peminat dan penonton setia rancangan Tanyalah Ustaz. Mereka malu untuk ke masjid kerana tidak tahan cemuhan masyarakat. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada mereka, dan saya doakan mereka istiqamah dalam mencari ilmu. Amalkan kaedah 5H yang diterangkan di atas untuk berubah.


Sumber Disini


Bahagian satu klik di SONGSANG - SOAL JAWAB (1)






(1) SOAL JAWAB - SONGSANG

Oleh
Ustaz Mohd Hanafi Abdul Malek 




Alhamdulillah atas nikmat Islam, iman, hayat, dan solat. Mudah-mudahan ada cahaya keberkatan daripada rancangan ini dan kita semua mendapat keberkatan daripadanya. Ayat ini boleh diamalkan untuk mengelakkan anak atau zuriat kita dilindungi daripada gejala hubungan sejenis.

Surah Fatihah, ayat 1-7 yang bermaksud:


Inilah surah Al-Fatihah. Dalam surah kita banyak memohon doa. Surah Al-Fatihah mempunyai kekuatan untuk membina peribadi seseorang. Jika anak masih kecil, amalkan membaca bersama sebelum anak tidur. Bacalah dengan tajwid yang betul. InsyaAllah akan datang bantuan Allah dan anak ini akan terdidik. Kemudian baca As-Syahid dan Ya Laatif sebanyak 10 kali.

Jika anak degil atau sudah terjebak, baca Fatihah sampai ayat ke-6, ulang ayat tersebut sebanyak 3 kali dan tiup pada anak. Semoga Allah memberi petunjuk. Dalam siri yang lepas-lepas, saya ada mengajarkan untuk mengamalkan zikir Yaa Latif. Alhamdilillah ramai yang telefon dan memberitahu saya yang ianya berkesan.

Tajuk perbincangan hari ini ialah songsang dan akan membincangkan tentang LGBT – 'Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender'. Allah menjadikan fitrah manusia dan haiwan berpasang-pasangan. Haiwan elok sahaja mematuhi fitrah ini, tapi manusia yang berani melawan sehingga sanggup membuat pembedahan untuk menukar bentuk tubuh badan mereka. Ini sudah begitu banyak berlaku dalam masyarakat hari ini.

Mari kita sorot kisah seperti yang diceritakan dalam Al-Quran. Antara sebab Nabi Lut diutuskan adalah untuk memerangi golongan yang melakukan hubungan sejenis. Nabi Lut merupakan anak saudara Nabi Ibrahim. Nabi Lut diutuskan kepada satu kaum yang tinggal di kawasan Israel sehingga ke Jordan, iaitu berdekatan dengan Laut Mati. Nabi Lut sendiri mempunyai isteri dan dua orang anak. 

Penduduk di kawasan ini mengamalkan perhubungan sejenis, lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Jika ada pedagang baru masuk ke kawasan mereka, pedagang itu akan dipaksa melakukan hubungan sejenis juga. Jika tidak barangan dagangannya akan dirampas.

Pada suatu hari, di mana sekumpulan pedagang yang terdiri daripada anak-anak muda yang elok rupanya, ingin menumpang bermalam di kawasan itu. Mereka terjumpa anak gadis Nabi Lut dan bertanya tentang tempat untuk bermalam. Anak gadis Nabi Lut pun pulang bertanya kepada ayahnya. Lalu Nabi Lut bersegera berjumpa untuk membawa mereka pulang ke rumahnya. Nabi Lut cuba menyembunyikan mereka dirumahnya tetapi isterinya sendiri yang membocorkan rahsia kepada penduduk setempat.

Lalu datanglah penduduk beramai-ramai dan mengetuk pintu rumah Nabi Lut dengan kasar. Nabi Lut berasa malu kerana tidak dapat melindungi pedagang itu dan memberitahu mereka keadaan sebenar. Lalu pedagang-pedagang itu pun mengaku yang bahawasanya mereka adalah malaikat yang ditugaskan untuk menurunkan bala kepada penduduk di situ. Malaikat pun meminta Nabi Lut dan anaknya keluar meninggalkan rumah dan baginda juga diminta agar tidak menoleh ke belakang.

Sepeninggalan Nabi Lut, para penduduk pun menerpa masuk ke dalam rumah Nabi Lut. Ketika itu, keluarlah cahaya yang terang benderang sehingga mereka menjadi semuanya buta. Kemudian berlaku juga ribut dan petir yang membawa tanah berlumpur untuk menutupi mereka. Hampir semua kecuali sebahagian kecil yang terselamat untuk dijadikan pengajaran kepada manusia lain. 

Inilah tempat yang bernama Kota Sodom. Sehingga hari ini jika kita melawat tempat, kita boleh melihat mayat-mayat kaum Nabi Lut.


Senarai soalan & jawapan:

S: Apakah yang dimaksudkan dengan LGBT?
J: 'Lesbian' adalah istilah untuk hubungan sesama perempuan. 'Gay' pula hubungan sesama lelaki. 'Bisexual' pula 'sapu' lelaki dan perempuan. 'Transgender' pula menukar jantina kepada yang sebaliknya. Inilah masalah pada zaman akhir zaman. 

Kajian pihak Kementerian Kesihatan menunjukkan sudah ada 300 ribu kes 'Gay' iaitu lelaki bersama lelaki. Golongan ini menganggap yang ini merupakan hak asasi manusia. Mereka merasakan mereka adalah perempuan yang terperangkap dalam badan lelaki. Mereka tidak peduli lagi dengan hak dan perintah Allah. 

Tambahan pula ada gerakan yang menyokong mereka ini. Na'uzubillah, mohon kita dan keluarga dilindungi.

S: Mohon terangkan apakah yang dinamakan khunsa?
J: Khunsa merupakan ciptaan Allah. Golongan ini mempunyai 2 kemaluan. Daripada kajian, terdapat ramai Khunsa daripada Pakistan dan India. Untuk menentukan jantina, biasanya akan dilihat alat kelamin mana yang berfungsi. Setelah ditentukan, mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qardhawi, dibenarkan untuk melakukan pembedahan membuang alat yang tidak aktif.

Namun ada juga kes di mana tidak dapat ditentukan dan dipanggil khunsa musykil. Pernah berlaku pada zaman Sayyidina Ali, seorang pedagang meninggalkan isterinya di rumah. Isteri itu telah pun mempunyai 2 orang anak. Isteri yang ditinggalkan itu 'meniduri' pembantunya dan pembantu itu pula mengandung. Jadi orang ramai musykil dan bertanya pada Ali. Ali buntu dan bertanya kepada seorang sahabat Nabi yang telah berumur. Lalu sahabat Nabi SAW pun mencadangkan untuk mengira tulung rusuknya, jika kurang satu bermakna dia khunsa lelaki.

Jadi untuk menentukan khunsa adalah dengan mengira rusuknya. Dari segi fekah, jika lelaki atau perempuan bersentuh dengan khunsa yang belum buat pembedahan, tidak batal wudhuk. Tetapi tidak boleh serentak. Jika serentak bersentuhan lelaki, perempuan dan khunsa, wudhuk ketiga-tiganya batal. Untuk saf solat pula, khunsa perlu bersama kanak-kanak.

S: Apakah punca perkara sebegini berlaku? Adakah kerana persekitaran atau individu itu sendiri?
J: Punca utama ialah syaitan yang tidak pernah leka untuk menyesatkan manusia. Kadang-kala kerana sikap ibu bapa yang terlalu mengharap jantina tertentu. Kita boleh berdoa tetapi janganlah sampai tahap yang melampau. Redhalah dengan rezeki yang Allah kurniakan. Psikologi ibu yang mengandung akan memberi kesan yang tinggi kepada janin. Seterusnya ketika kecil, contohnya, ada ibu yang kerana terlalu menginginkan anak perempuan sehingga memakaikan pakaian perempuan kepada anak lelaki.

Kemudian ada banyak juga kes yang berlaku kerana menghadiri sekolah asrama lelaki atau perempuan sahaja. Dalam Islam, walaupun adik-beradik sejenis, ketika tidur perlu jarak sebanyak minimum satu hasta. Ada juga kerana masuk penjara dan diajar melakukan perbuatan songsang.

Ada juga kes pelajar di luar negara, yang di perdaya dengan arak sehingga tidak sedarkan diri dan diliwat. Setelah itu mereka menjadi ketagih dan kekal melakukan liwat. Di Amerika, terdapat seramai 7 juta 'gay'. Jumlah dalam dunia lebih daripada 14 juta orang. Kadang-kadang ada yang berlaku kerana dengan berkelakuan 'lembut', mereka mendapat perhatian dan mereka rasa seronok dan kekal begitu. 

S: Apakah ciri LGBT?
J: Ciri-ciri orang gay (yang mengambil tempat sebagai lelaki). Mereka ini kebiasaanya suka:
  • pakai baju ketat untuk tunjuk 'six-pack'.
  • suka pergi 'gym' tapi bukan untuk bersenam, sebaliknya untuk lihat orang.
  • suka buat sistem adik angkat.
  • suka simpan misai dan janggut.
  • suka pakai pakaian berjenama.
Bagi 'gay' yang berperanan sebagai perempuan pula, mereka suka melihat lelaki kacak (biasanya matanya membulat apabila melihat lelaki kacak)

Bagi golongan lesbian pula, mereka:
  • membenci lelaki, suka memburukkan lelaki
  • suka menyendiri
  • kuat cemburu
  • suka berjalan berpelukan dan berpegangan tangan
S: Apa pandangan ustaz tentang pergerakan untuk mengiktiraf golongan ini?
J: Betul, di Amerika ada gerakan sebegini. Kisah Nabi Lut berlaku 1800 tahun sebelum Masihi, kemudian 1800 selepas Masihi pula kisah ini berulang lagi. Kisah ini banyak berlaku semasa perang dunia kedua di kalangan tentera yang dihantar berperang. 

Ramai golongan profesional di luar negara yang bersetuju untuk membanteras perkara ini, tetapi golongan politik ingin menyokong kerana inginkan undian mereka. Mereka juga telah datang ke Malaysia dan telah membuat bermacam program termasuklah membuat perarakan baru-baru ini. Pihak kerajaan, pejabat agama dan NGO perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras perkara ini.

S: Adakah undang-undang untuk menghalang perkara ini?
J: Ada, dalam undang-undang syariah dan undang-undang Malaysia. Pada pendapat saya mereka perlu diberi kaunseling sebenarnya agar mereka dapat keluar daripada ketagihan mereka ini.

S: Jika sudah terlibat, bagaimana untuk kita membantu mereka?
J: Pertama: kita kena amalkan 'more connection, less correction'. Hampiri mereka dengan kasih sayang, ambil tahu tentang mereka. Jakim ada membuat program Muqayyam yang banyak membantu mengubah golongan ini. InsyaAllah mereka ini boleh berubah. Banyakkan memujuk daripada menghukum. Jika berkasar, kita takut mereka akan memberontak dan mungkin keluar dari Islam.

S: Bagaimana untuk mengetahui jika pasangan terlibat dengan LGBT?
J: Saya ada buat kaunseling keluarga. Ramai yang datang merupakan golongan profesional. Mereka ini buat kenduri besar-besaran ketika kahwin tetapi tak boleh meniduri isterinya. 'Password' bagi lelaki - 'saya tak ada perasaan'. Jika perempuan pula, jika di ajak bersama, dia akan menolak dan mula marah-marah dan menghempas barang. 
 

Kesimpulan:
Isu ini agak panas dan agak susah untuk dikaitkan dengan agama. Tetapi apabila kita melihat kemungkaran, kita hendaklah mencegahnya dengan tangan (kuasa). Kerajaan mempunyai kuasa, jadi sesuatu perlu dilakukan seperti seminar, kertas kerja dan undang-undang. 
Seterusnya kita perlu guna lisan untuk mencegah. Lisan bukan bermakna teguran dengan memaki hamun, tetapi perlu dengan hikmah dan kasih sayang. Manusia boleh berubah dengan kasih sayang, bukan dengan kekasaran. Ketiga mencegah dengan hati iaitu dengan sentiasa berdoa kepada mereka.

Sebagai penutup, saya bawa satu kisah seorang lelaki profesional yang bukan Muslim. Dia seorang 'gay' tetapi mempunyai isteri. Jadi saya bantu ajar dia untuk berubah dan Alhamdulillah dia berjaya berubah. Jadi manusia memang mampu berubah. Jangan kita lupa mendoakan kerana dengan doa ramai orang berubah, InsyaAllah.

(PANDANGAN SAYA USTAZ Oiiii...... LELAKI ITU MEMANG BOLEH BERUBAH DENGAN MENGAWAL NAFSUNYA SAHAJA DARI TERUS TERLIBAT DALAM AKTIVITI SONGSANG LAGI, TAPI HAKIKATNYA NALURI SONGSANG ITU TETAP DAN MASIH ADA, LELAKI ITU HANYA BERJAYA BERUBAH BERJAYA MENGAWAL DIRINYA SAHAJA - NAJMI) 


Sumber Disini


Sambungan bahagian dua klik di SONGSANG - SOAL JAWAB (2)



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST