Thursday, 23 May 2013

WEOLZZZ - SUKA DUKA KEHIDUPAN SEORANG LELAKI LEMBUT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Abang Najmi dan semua pembaca blog, ni apa khabar? Harap-harap, semua sihat belaka, insyaallah.

Tergerak hati weolzzz nak berkongsi kisah hidup dalam blog abg najmi ni. Baru jugak menjadi pembaca tegar blog ni, amat menarik minat weolzzz. Bayangkan, semasa jumpa blog ni, weolzzz tengah asyik melayan gambar porno dalam website, bila jumpa blog abang najmi ni, terus berhenti layan gambar porno dan ralit membaca kisah-kisah pembaca lain didalam blog ini. 

Tahniah Abang Najmi, sedikit sebanyak dapat memberi info berkaitan dan kesedaran buat insan-insan yang memerlukan kesedaran termasuklah diri weolzzz sendiri.


Kisah Weolzzz

Weolzzz ni adalah seorang pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur, berusia hujung 20an . Berpewatakan agak stylo dan kadang-kadang macam perempuan tapi selalu nye macam lelaki. Konfius kan ??? weolzzz memang kecelaruan identity yang melampau. Semasa kecil weolzzz memang dah gemar dengan aktiviti perempuan, kawan kebanyakkannya adalah perempuan. Kawan lelaki ada jugak, tapi ramai yang mengejek PONDAN, BAPOK, SOTONG. 

Ada satu kisah, semasa weolzzz di sekolah menengah, ada seorang kawan lelaki weolzzz mengejek depan keluarga weolzzz, sedih sangat masa tu. Weolzzz menjerit kat budak lelaki tu “AKU SUMPAH KAU JADI BAPOK NANTI“. Hukum Karma, tak ada lah nak cakap yang sumpahan weolzzz mujarab, mungkin kebetulan. Sekarang budak lelaki yang selalu ejek weolzzz tu dah jadi Bapok betul, buah dada pun dah ada. Hambik Kau !!! Weolzzz ada jumpa dia, nampak sangat dia malu bila berdepan dengan weolzzz sekarang.

Ok berbalik kepada kisah weolzzz semasa kecil. Naluri suka lelaki dah ada dari sekolah rendah. Weolzzz suka mengintai abang-abang, saudara lelaki weolzzz yang sedang mandi kat rumah kami. Masa tu tak tau pulak naluri macam tu songsang. Layan je la kan.

Sampai masuk sekolah menengah, baru sedar itu semua naluri songsang. Tapi dengan keadaan weolzzz masa tu, memang ala-ala hadik-hadik (lembut) , jadinya memang ramai la sedar akan kesongsangan weolzzz ni. 

Semasa di tingkatan 3, weolzzz dah pandai masuk club gay kat KL. Setiap minggu je, mesti pergi KL lepak dengan Mak Hayam, tapi walaupun weolzzz masa tu dah mula berjinak-jinak dengan dunia luar, weolzzz masih belum pernah lagi buat hubungan songsang.

Sampailah waktu di tingkatan 5, weolzzz pertama kalinya buat aktiviti songsang dengan seorang rakan sekelas. Memang teruja, takut, malu, macam-macam lah perasaan masa tu . Rasa berdosa tak payah la cakap, memang terasa sangat.

Lepas habis sekolah , weolzzz lama jugak tak main dengan mana-mana lelaki. Weolzzz ni kuat seks juga, sentiasa berahi. Tapi Alhamdulillah, dapat kawal la juga nafsu syaitan ni. Bayangkan kehidupan weolzzz memang dikelilingi godaan-godaan, tapi weolzzz tak la asyik nak main aje. 

Seingat weolzzz, selepas habis belajar kat IPT, dah ada kerja sendiri, barulah weolzzz ligat dalam dunia sebenar. Masa tu weolzzz memang macam pondan, setiap malam melaram ala-ala Diva. Buat papperdoll show kat KL, lepak kat tempat-tempat kaum sejenis berkumpul , Itu lah rutin weolzzz. Memandangkan weolzzz berkelulusan art design & beauty, kerjaya weolzzz masa tu sampai lah saat ni sebagai Jurukecantikan / Jurusolek. Lagi lah bertambah mudah weolzzz nak ligat kan.

Keluarga weolzzz dah berbuih nasihat macam-macam, tapi weolzzz endah tak endah je. Cuma alhamdulillah hasil didikan agama dari keluarga weolzzz, walaupun weolzzz hidup sebagi pondan masa tu, tapi weollzzz tetap solat 5 kali sehari, baca Al Quran dan Yassin memang jarang sekali weolzzz abaikan .

Pengalaman bercinta weolzzz dengan lelaki tak meriah sangat, adalah pernah bercinta dengan suami orang dan dengan orang putih dari Jerman, tapi semua hubungan itu tak kekal lama. 


Pengalaman Weolzzz ditangkap Jawi  

Semasa umur weolzzz pertengahan 20an, masa tu weolzzz baru habis buat show kat hotel di KL, semasa perjalanan nak balik weolzzz kena tahan dengan Jawi, sah-sah lah kena tangkapkan, sebab berpewatakan perempuan. Kenalah weolzzz merengkuk kat Jawi. Bagus jugak kena tangkap Jawi masa tu. Lepas dah kena bebas dari Jawi (kena kaunseling)

Alhamdulillah weolzzz dapat hidayah untuk berubah menjadi lelaki normal. Nasib baik, belum buat pembedahan drastik lagi masa tu. Setakat rambut, kuku, kening dan bertindik aje. Weolzzz buang semua tu pelan-pelan.

Dalam waktu yang sama, weolzzz adalah berkawan dengan seorang adik angkat perempuan. Selalu jugak jumpa dengan dia. Keluarga pun tau kami berkawan. Status masa tu memang sekadar angkat-angkat aje. Sah-sah masa tu weolzzz masih dalam keadaan ala-ala diva lagi kan.

Lepas beberapa ketika weolzzz dah mula jalani kehidupan sebagai lelaki, rasa selesa sangat. Tak ada lah kena ejek macam sebelum ni. Keluarga amatlah gembira dengan perubahan weolzzz. Tapi, nak buat macam mana kan, naluri suka kaum sejenis tetap mekar. Cumanya weolzzz memang kurang berhubungan intim dengan lelaki. Boleh kira la berapa kali weolzzz main dengan kaum sejenis ni. 

Macam weolzzz cakap, weolzzz ni memang konfius sangat. Walau pun weolzzz ni ala-ala lelaki lembut, ye la baru nak berubah dari imej pondan, mana mungkin boleh jadi lelaki kekar. Tapi weolzzz adalah TOP ye, sampai saat ini, tak pernah weolzzz di tebuk kat belakang. Weolzzz menebuk lelaki lain adalah hehehehehe

Hukuman ALLAH, walaupun weolzzz tak selalu main dengan lelaki, ada satu ketika tu weolzzz kena jangkiti STD (penyakit kelamin), GONOREA. Memang terkejut sangat, ya lah kan, weolzzz dah la jarang main dengan lelaki, sekali boleh kena jangkit gak. Nasib baik, tak melarat, pergi hospital jumpa pakar. Alhamdulillah sembuh

Lepas dah sembuh tu, memang lah timbul sejuta kesedaran dalam diri weolzzz. Tapi naluri songsang ni, memang satu dugaan yang berat sangat, sungguh hebat ujian ALLAH buat umatNya yang terpilih. Dengan keadaan weolzzz yang masih dalam proses nak berubah imej normal. Sampaikan, weolzzz tak boleh langsung tengok lelaki, memang akan tertarik. Kalau pergi masjid, masalah sangat pada weolzzz, sebab jumpa dengan ramai lelaki. Ya ALLAH, setiap kali lepas solat, weolzzz memang dah putus asa, berdoa pada ALLAH supaye cabut je nyawa weolzzz cepat. Tak sanggup nak teruskan hidup lagi dalam keadaan songsang.

Godaan demi godaan weolzzz harungi, sampai satu tahap weolzzz dah tak boleh berpikir waras, kemurungan, tak tenang jiwa, suka bersendiri, menangis, menjerit, dalam erti kata lain dah macam orang hilang akal. Weolzzz dapatkan rawatan kat klinik, lepas tu kene rujuk ke pakar Psiktri Hospital. Masa ni keluarga sahaja yang  bagi semangat pada weolzzz. 

Alhamdulillah, keluarga weolzzz terima keadaan songsang weolzzz, walaupun ibu menitiskan air mata pada awalnya. Weolzzz ceritakan masalah yang membelenggu masa tu. Syukur sangat, keluarga yang tersayang terima diri weolzzz ni. Rawatan Psiktri weolzzz diteruskan, ubat-ubat tenang setiap hari kena makan. Dr Pakar sahkan weolzzz mengalami tekanan perasaan melampau dalam kategori “Axiety And Split Personality Disorder “.


Dah sampai seru - Jodoh ditangan Allah

Allah itu maha Esa, dalam masa weolzzz hampir nak sembuh, tiba-tiba weolzzz rindukan adik angkat perempuan weolzzz. Teramat rindukan dia. Macam dah datang seru pulak masa tu, weolzzz beranikan diri buat pengakuan dengan adik angkat, nak berkawan dengan dia secara serius. Syukur sangat, dia adalah wanita pertama yang boleh terime weolzzz. Kami pun mulakan episod Cinta Cintun. Weolzzz ada tanya  kepada dia, boleh ke dia terima diri weolzzz macam ni, dia cakap Insyallah boleh. 

Lepas 3 bulan bercinta, kami bertunang. Tali pertunangan diikat selama 7 bulan dan kami pun akhirnya selamat mendirikan sebuah masjid. Kini sah lah weolzzz menjadi suami kepada adik angkat weolzzz tu.

Mesti tertanya-tanya, ada ke naluri weolzzz pada perempuan kan?

Weolzzz ni kan insan yang sentiasa konfius, alhamdulillah weolzzz masih ada sedikit naluri pade perempuan, walaupun sedikit je berbanding naluri suka kepada kaum sejenis. Tapi weolzzz rasa boleh di asah lagi naluri tu (untuk suka) kepada isteri kan. 

Isteri weolzzz, tidak tahu 100% yang weolzz ni ada naluri songsang. Tapi rasanya dia dah dapat agak, sebab kami kan dah berkawan dari zaman weolzzz dalam dunia pondan lagi. Ada jugak satu ketika tu, isteri weolzzz tanya, weolzzz ni ada hubungan dengan mana-mana lelaki ke. Nasib baik memang weolzzz tak ada hubungan dengan mana-mana lelaki masa tu. 

Kadang-kadang weolzzz bawa isteri lepak dengan kawan-kawan pondan dan gay. Isteri weolzzz semakin hari semakin dah biasa dan faham dengan dunia weolzzz yang memang dikelilingi kaum sebegini. Memandangkan weolzzz pun berkerjaya sebagai Jurukecantikan / Jurusolek, memang ramailah kawan-kawan sejenis kan.

Weolzzz memang dah tak main lagi dengan lelaki, walupun naluri tu masih menghantui. Rawatan Psiktri masih dijalankan sebulan sekali dengan pengambilan ubat ubat tenang. Kami layari bahtera rumah tangga pada awalnya memang bahagia. Tapi, godaan syaitan makin berat pada weolzzz, naluri songsang makin menjadi-jadi. Weolzzz jadi semula tak tenang, kembali murung, semua nya jadi tak betul. Mangsanya adalah isteri weolzzz. kesian dia, walaupun dia dah tahu keadaan sakit weolzzz. Tapi kita sama saja, manusia ada perasaana, ingin dibelai, ingin di sayangi. Dalam keadaan weolzzz yang tertekan dengan diri weolzzz, memang tak dapat jalankan tangungjawab sebagai suami dengan sempurna.


Bunuh diri 

Kemuncaknya, apabila masalah weolzzz dah diketahui keluarga di kedua belah pihak, weolzzz memang dah tak boleh berpikir waras. Terlalu kesiankan isteri yang terpaksa bersuamikan orang seperti weolzzz. Bukan salah dia untuk memberontak, dia berhak untuk berbuat demikian. 

Weolzzz nekad nak mati, berpuluh-puluh biji ubat penenang weolzzz telan, tapi ALLAH masih bagi peluang untuk weolzzz untuk bertaubat. Umur weolzzz masih panjang, tak mati pun. Sebaliknye kena tanggung derita akibat kesan ubat lebih dos yang ditelan tu. Tiga minggu weolzzz terlantar atas katil.

Lepas dah sembuh, weolzzz dan isteri pergi jumpa pakar psiktri, isteri diberi penjelasan lengkap berkaitan sakit mental yang weolzzz hadapi. Alhamdulillah isteri weolzzz cuba sedaya upaya untuk mengadaptasikan cara hidup weolzzz dalam hidup dia. Dalam waktu yang sama, weolzzz pun berusaha untuk berubah dan menjadi suami yang baik. 

Sekarang, sudah masuk tahun ke 3 kami berumah tangga, walaupun belum ada rezeki menimang cahaya mata, tapi kami masih dalam usaha gigih untuk mendapatkan zuriat. Insyallah ada rezeki dari ALLAH nanti buat kami.

Cuma masalah utama weolzzz, tak dapat nak jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna. Isteri weolzzz selalu kecil hati dengan weolzzz. Sekarang ni, naluri songsang masih menghantui weolzzz. Godaan demi godaan datang, sekarang ni pulak weolzzz dah jatuh hati dengan dua orang kawan pangkat abang (kami selalu bekerja bersama). Weolzzz ni mudah sangat jatuh hati dengan lelaki. Kalau dah jatuh hati, weolzzz akan jadi angau sangat-sangat. Ini semua menambahkan beban pada diri weolzzz. Memandangkan weolzzz ni perpewatakan lembut, jadinya memang ramai kawan-kawan lelaki layan weolzzz macam perempuan. 

Seperti satu kisah dulu semasa bujang, weolzzz boleh jatuh hati dengan seorang ustaz ni, dia selalu bagi nasihat, lama-lama weolzzz jatuh hati dengan dia. Weolzzz buat pengakuan yang suka kan dia, Alhamdulillah walaupun ustaz tu terkejut, dan sah-sah lah dia tak terime cinta songsang weolzzz ni, tapi kami masih berkawan sampai sekarang. Weolzzz pun lepas dah buat pengakuan, rasa puas dan terima dengan redha. Sekarang dah tak jatuh hati dengan ustaz tu lagi, dah anggap dia macam abang pulak. 


Weolzzz tetap sayang isteri

Bila di fikir-fikirkan semula, kesian sangat kepada isteri weolzzz, dia kena tanggung derita seksa jiwa batin untuk hidup bersama weolzzz. Ada jugak terpikir nak berpisah secara baik demi kebaikan semua pihak, tapi jodoh kami masih panjang agaknya. Isteri weolzzz banyak mengalah dalam apa jua yang berlaku dalam hal rumah tangga kami. Dia sedaya upaya cuba terima keadaan weolzzz. 

Tapi weolzzz memang mengaku, banyaknya kesalahan datangnya dari diri weolzzz sendiri. Keadaan ni, buatkan weolzzz semakin tertekan. Memang ada terpikir nak cuba bunuh diri lagi sekali, dah tak sanggup nak terus hidup macam ni. Keluarga weolzzz semua dah tahu hal rumah tangga kami, mereka hanya mampu beri nasihat demi nasihat. Semuanya terletak pada diri kita sendiri kan.


Terus terang abang Najmi, sekarang ni weolzzz hanya mampu teruskan berdoa. Dah tak dapat nak berfikir secara waras. Semoga isteri weolzzz tabah dalam mengharungi kehidupan rumahtangga bersama. Weolzzz memang sayangkan isteri sangat. Dialah perempuan pertama dan yang terakhir hendaknya buat weolzzz .
 
Ya ALLAH, Engkau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini dan umat-umatMu untuk mengharungi ujian yang Kau berikan. Amin.


WEOLZZZ
SUAMI DAMANSARA




8 comments:

  1. nampak sgt effort yuolzzz yg nak berubah dgn bernikah.. Allah xlihat hasil, tapi usaha kita..selagi kita berusaha ke arah yg betul, Dia akan guide kita inshaAllah..saya sendiri x dapat bayangkan betapa ngerinya kalau saya terpaksa bernikah..sbb mmg xda perasaan tu..cuma usaha yg saya buat ialah, jgn ceburkan diri dgn dunia tu ..bak kata Azri "Being a gay is not a sins BUT practice gay life is a sins" dan jgn fikir terlalu dalam apa yg berlaku kat kita.. its just make it worst.. saya faham mmg rasa itu teruk, tapi cuba kita 'jenaka' kan ia , maksudnya kita bergurau dgn diri sendiri..jgn ambil serius apa yg berlaku, tapi bersangka baik dgn apa yg Dia beri.. HIKMAH.. mmg ada hikmah di sebalik setiap ketentuanNya..percaya pada Dia..

    Awan yg terPlu

    ReplyDelete
  2. sdeh bce..ni la antara punca sy tkot nk kawen..Allahu akbar..:(

    ReplyDelete
  3. jangan la tengok porn tu... didik mata kita kemudian didik hati kita.

    kita didik mata untuk melihat benda2 bersih kemudian perlahan-lahan hati akan menjadi bersih.

    isteri awak insan yang tabah.. bukan semua wanita sanggup tapi dia wanita anggun.. menerima suami seadanya..hargai dia.

    istighfar banyak2 dan moga berbahagia hingga syurga.. moga dapat harungi ujian ini. wa

    ReplyDelete
  4. buat weolzzz hargailah isteri anda jgn jadi mcm kami nih yang teringin hidup bersama seorang wanita yg bergelar isteri dan menjadi seseorang yang bergelar suami tapi tak kesampaian :( , aku doakan ko semoga bahagia dan tabah hati k

    Azri

    ReplyDelete
  5. kalau yuolzzz kata masalah yg timbul masa gi masjid,mmg saya amat memahami itu..lebih2 lagi masa solat Jumaat..ramai je jemaah lain yg boleh buat hati penasaran..mmg indah betul la pemandangan kat situ ..mmg bagi tekanan juga..tapi satu cara yg saya praktikkan ialah..saya akan datang masjid awal..pas wudu' terus mara ke saff paling hadapan..so bila pandang depan nampak dinding..atau apa2 deco masjid .. kita selalu baca pasal 'lelaki yg perlu menundukkan pandangan pada perempuan yg bukan muhrim', makanya kita pun sama,cuma kita apply pada lelaki ...mmg penting menundukkan pandangan ni..sbb dari mata timbulnya syahwat..kalau yuolzzz nak ada FB, add la saya..kita boleh kawan2 dan borak2..cuma tu la..saya xkan jumpa kawan2 FB yg tau saya gay..tapi kita boleh chat2.. https://www.facebook.com/awan.terplu?ref=tn_tnmn

    Awan Yg TerPlu

    ReplyDelete
  6. Terime kasih uolzzz yg sudi beri nasihat pd weolzzz . Insyallah weolzzz akan cube sedaye upaye selamatkan rumahtangge weolzzz .
    uolzzz boleh la add fb weolzzz suamidamansara
    bleh kite sembang same2 kennn :-)

    tq so much pd abg najmi , berkongsi kisah weolzzz dlm blog ni

    suamidamansara

    ReplyDelete
  7. assamualaikum....just nak share video ni ....hopefully membantu...https://m.youtube.com/#/watch?v=iaW66-ZWD9k

    ReplyDelete
  8. berubah adalah jln terbaik....tapi adakah perubahan itu semata mata kerana terpaksa atau atas keredhaan sendiri....jujur menjadi diri sendiri itu yang paling penting...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST