Thursday, 23 May 2013

SEKS YANG SELAMAT

Perlukah Kita Mengamalkan Seks Yang Selamat?

Ya! Jauhilah AIDS dengan SEKS YANG SELAMAT. Sesiapa pun boleh dijangkiti HIV, tidak kira lelaki atau wanita, heteroseks, homoseks atau dwiseks. Anda tidak tahu siapa telah dijangkiti virus HIV. Oleh yang demikian, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat setiap kali.

SEX YANG SELAMAT ialah seks tanpa pemindahan air mani, cecair faraj atau darah di antara anda dengan pasangan anda. HIV tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak berluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur tidak mencukupi untuk menyebabkan jangkitan. Setakat ini, tiada sesiapa yang pernah dijangkiti HIV melalui ciuman.

PERSETUBUHAN Cara utama HIV berjangkit adalah melalui persetubuhan tanpa perlindungan. Air mani, darah and cecair faraj seseorang yang dijangkiti HIV mengandungi banyak virus tersebut. Semasa persetubuhan, virus HIV senang menembusi tisu-tisu sensitif di dalam zakar, faraj atau dubur. Risiko jangkitan masih wujud walaupun zakar ditarik keluar sebelum pancutan air mani. Jadi jangan melakukan persetubuhan tanpa mengunakan kondom serta pelincir walaupun ia berlangsung seketika sahaja.

SEKS MELALUI MULUT (ORAL SEKS) Jangkitan HIV mungkin berlaku jika air mani yang mengandungi virus tersebut terkena pada bahagian dalam mulut tetapi risiko ini rendah. Risiko jangkitan HIV adalah lebih tinggi jika mulut anda bersawan atau berdarah. Menghisap zakar adalah selamat asalkan air mani tidak terpancut ke dalam mulut. Gunakanlah kondom supaya air mani tidak terkena pada mulut. Menjilat dan mencium bahagian kemaluan wanita adalah selamat asalkan ia tidak berkudis serta tiada luka atau tengah datang haid.


Bagaimana Anda Boleh Berbincang Mengenai Seks Yang Selamat?

Bincang tentang SEKS YANG SELAMAT dengan pasangan anda. Ini adalah penting. Pada mulanya, anda mungkin rasa segan atau susah hendak membangkitkan perkara ini. Anda perlu jujur dan berterus-terang dengan pasangan anda supaya dia memahami dan menghormati kehendak dan batasan anda.

Sediakan kondom. Adalah OK untuk merancang dan membuat persediaan untuk perhubungan seks.

Walaupun anda sudah tahu cara-cara seks yang selamat, ini tidak bermakna anda tidak akan tergoda dengan seks yang tidak selamat. Anda mungkin melakukan seks yang tidak selamat jika anda menghadapi kesukaran memakai kondom, mabuk, khayal atau terlalu ghairah. Mungkin anda tengah bercinta ataupun merasa sedih dan kesunyian. Dalam keadaan tersebut, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat juga.

Sekiranya anda melakukan seks yang TIDAK selamat, tanya diri mengapa demikian. Belajarlah daripada kejadian itu supaya ia tidak berulang lagi. Sediakan diri untuk manghadapi situasi sedemikian.

SEKS YANG SELAMAT melindungi anda. Amalkan perhubungan seks yang sihat, kreatif and selamat.

Tips Cara Pengunaan Kondom

  • Gunakan kondom yang bermutu baik.
  • Jika anda tidak biasa mengunakan kondom, berlatihlah. Cubalah sendiri atau dengan pasangan anda.
  • Gunakan pelincir yang berasaskan air seperti KY. Jangan guna pelincir yang berasaskan minyak seperti vaselin atau krim muka. Minyak boleh merosakkan kondom.
  • Bubuh sedikit pelincir ke dalam puting kondom untuk meningkatkan sensiviti.
  • Picit puting kondom supaya tiada udara di dalamnya dan pasangkan pada zakar yang tegang. Masukkan gulungan kondom itu sehingga pangkal zakar.
  • Sapukan lebih lagi KY pada bahagian luar kondom yang dipasangkan itu.
  • Selepas memancut, peganglah pangkal kondom dan tarik keluar zakar semasa ia masih tegang. Tanggalkan kondom itu dengan cermat.
  • Ada berbagai jenis kondom yang anda boleh cuba. Pilihlah yang baik dan bersesuian dengan anda.

Bagaimana Menggunakan Kondom

Kondoms

Kondom masih merupakan cara yang paling selamat dan mudah untuk melindungi kesihatan seksual anda. Ikuti bagaimana kami dapat membantu memudahkan penggunaannya.
 
Langkah 1
1
Sebaik sahaja penis mula mengeras, letakkan kondom yang menggulung itu dihujungnya.
 
Langkah 2
2
Keluarkan sebarang udara dari hujung kondom (untuk memberi ruang kepada sebarang pancutan) dan luruskan kondom sehingga ke dasar penis.
 
Langkah 3
3
Gunakan pelincir yang banyak di bahagian luar kondom itu. Selepas pancutan pegang dasar kondom dengan kemas (untuk menghentikan sebarang kebocoran pancutan) dan kemudian tarik keluar. Setiap kondom adalah untuk sekali pakai sahaja.


Adalah dinasihatkan bahawa penggunaan femidom dan kondom pada waktu yang sama adalah tidak digalakkan, ini boleh menyebabkan kemungkinan satu atau kedua-duanya koyak.


Sumber Disini


3 comments:

  1. Salam,baru ni saya tinjau pandangan doktor,dalam artikelnya mengatakan kondom masih belum selamat kerana kondom masih 700x lubang lebih besar dari virus hiv.hiv adlh berukuran mikron shj.ia membuatkan hati saya resah dan gelisah ketika memandang wajah isteri yg setia sedang tidur.ia non plhiv.saya sayu memikirkan isteri saya.saya tidak dapat mengawal perasaan andai isteri saya dijangkiti.cukuplah selama ini ia berkorban kasih sayang untuk saya.ia isteri yg mulia utk saya.moga ia dijauhi dari virus ini.saya sgt memahami penderitaan seorg odha.sekarang saya dilema.nafkah batin adlh suatu keperluan bt isteri.jika kondom pun tidak selamat saya dah tak tahu nak melayani isteri saya lagi.tawakal mesti,tapi usaha&pencegahan wajib di ikuti.benarkah kondom tetap tidak selamat????? Ya Allah.lindungilah isteriku Ya Allah.... HR21

    ReplyDelete
  2. semoga urusan anda di permudahkan Allah.. kita semua percaya Allah takkan memberati seseorang itu dgn dugaan yg xterpikul olehnya.. jika kita sudah berusaha dan berdoa, tawakal dan serah padaNya, redha dgn apa yg ditentukanNya.

    Awan Yg terPlu

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST