Wednesday, 8 May 2013

MAKLUMAT HIV/AIDS DARI DOKTOR PAKAR

Sejak ditemui buat pertama kalinya pada 1981, dunia mula maklum dan menyedari tentang virus HIV dan AIDS. Kita juga tahu yang penyakit ini telah meragut banyak nyawa, namun tidak dinafikan masih ramai yang terkeliru atau pun kurang memahami tentang penyakit AIDS. 


Oleh itu, maklumat orang ramai mengenai HIV/AIDS perlu dipertingkatkan lagi. 

HIV adalah singkatan daripada human immunodeficiency virus iaitu sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan tubuh melawan penyakit. 

AIDS pula adalah singkatan bagi acquired immune deficiency syndrome atau sindrom kurang daya tahan melawan penyakit. AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada peringkat ini, sistem daya tahan tubuh melawan penyakit telah lumpuh. Pesakit akan menunjukkan gejala jangkitan opportunist. 

Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah radang paru-paru, tibi, oral crush atau selaput putih pada lidah dan dalam mulut, beberapa jenis barah dan beberapa penyakit kulit seperti kayap dan lain-lain lagi. 

Dr. Abdul Rashid Kasri (Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit): Ramai orang kurang pasti beza antara HIV dan juga AIDS. Bila seseorang telah dijangkiti virus HIV, maka HIV ada di dalam badan seseorang dan berkembang biak maka dia dikatakan sebagai telah dijangkiti HIV. Oleh sebab HIV berkembang biak dalam badan dan merosakkan sistem pertahanan seseorang, sistem pertahanan akan menjadi lumpuh. Pesakit ini akan mudah dijangkiti oleh penyakit lain.

Pada masa peringkat inilah yang kita panggil ia peringkat AIDS. Secara amnya, HIV/AIDS di negara kita ni adalah di peringkat apa yang dipanggil concentrated epidemic maknanya satu keadaan wabak yang tertumpu kepada golongan-golongan tertentu sebagai contoh penagih dadah begitu juga di kalangan mereka-mereka yang terlibat di dalam pelacuran dan sebagainya.

Di kalangan ibu mengandung, kurang daripada 0.3 peratus atau lebih kurang dalam 0.3 peratus. Apa yang kerajaan telah buat selama ini sekurang-kurangnya berjaya dalam membantutkan perkembangan wabak HIV ini di negara kita.

HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia. Oleh itu, HIV tidak berjangkit melalui aktiviti harian seperti bekerja bersama, berkongsi kemudahan awam atau melalui sentuhan dengan pembawa HIV atau pesakit AIDS. 

Dr. Abdul Rashid Kasri (Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit): Jangkitan HIV ini bukanlah mudah sangat kita nak mendapatnya kerana virus ini seperti kita maklum amat mudah mati. Ia perlukan tubuh badan kita untuk ia berkembang biak. Maknanya, kita tidak akan mendapat jangkitan HIV ini dengan perhubungan secara umum seperti berjabat tangan, bercakap, berpeluk atau pun mandi di tempat awam dan sebagainya.

Bagaimana HIV berjangkit?  

Jangkitan boleh berlaku melalui perkongsian jarum suntikan dengan mereka yang telah dijangkiti HIV. Perhubungan seks dengan mereka yang telah dijangkiti HIV. Ibu yang telah dijangkiti HIV kepada bayi semasa kehamilan, semasa kelahiran, dan melalui penyusuan susu ibunya. Namun begitu, kita tidak tahu siapa yang telah dijangkiti HIV. Tiada siapa yang boleh mengetahuinya melainkan melalui ujian. 

Apa terjadi apabila seseorang itu telah dijangkiti HIV? 

Dr. Christopher Lee (Pakar Perunding Penyakit Berjangkit HKL): Bila seseorang telah dijangkiti kuman atau virus HIV, virus ini akan mula merosakkan daya tahan penyakit si pesakit itu dan ia merosakkannya melalui mengurangkan atau membunuh sel yang tertentu (sel CD4) sel yang penting untuk menjamin daya tahan penyakit.

Bila CD4 ini dirosakkan oleh HIV, ia akan mula menurun dalam jangka masa beberapa tahun. Bila CD4 ini turun ke satu tahap yang agak rendah, pesakit ini akan mula sakit dengan gejala-gejala HIV dan dikatakan mereka telah masuk tahap AIDS atau acquired immune deficiency syndrome sebab daya tahan penyakit mereka sudah rosak sama sekali.

Penyakit HIV ini luar biasa sikit. Bila seseorang mula dijangkiti kuman atau virus, biasanya tidak ada gejala-gejala yang khas. Mereka akan rasa sihat macam biasa dan hanya 50 peratus daripada pesakit ini akan dapat macam flu iaitu penyakit virus yang biasa yang akan berlaku dalam dua atau tiga minggu selepas terdedah kepada virus ini. Tapi ia tidak serius, dalam satu atau dua minggu gejala flu ini akan hilang dan pesakit ini akan macam biasa dan akan normal atau sihat untuk beberapa tahun.

Kadang-kadang sampai enam hingga lapan, kadang-kadang sampai 10 tahun dengan tanpa gejala langsung. Bila selepas jangka masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun, baru mereka ada gejala-gejala yang ringan misalnya kurang berselera, bertambah kurus sedikit, kadang-kadang cirit-birit, kadang-kadang demam sedikit tetapi itu pun tidak serius sampai mungkin 10 atau 12 tahun bila daya tahan penyakit mereka betul-betul rendah baru mereka ada gejala-gejala yang serius.

Itu tahap AIDS 

Sekiranya anda telah terdedah kepada risiko jangkitan HIV, jalanilah ujian HIV untuk mendapatkan kepastian. 

Dr. Mangalam Sinniah (Ketua Unit Virologi HKL):  Bentuk-bentuk ujian.

Ada beberapa jenis ujian yang terdapat untuk mengesan jangkitan HIV. Dalam gambar ini, terdapat protein-protein atas sampul virus HIV dan protein-protein yang ada dalam tisu virus HIV. Bentuk ujian ini adalah ujian antibodi, ujian antigen dengan ujian nucleic acid. 

Ujian antigen ini adalah ujian untuk mengesan protein-protein atau antigen yang ada ke atas dan dalam kuman HIV ini. 

Ujian antibodi adalah ujian untuk mengesan protein atau antibodi yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh badan pesakit HIV untuk menentang virus HIV. 

Ujian nucleic acid atau PCR adalah ujian untuk mengesan nucleic acid yang berada dalam virus HIV. Ujian PCR ini dijalankan ke atas bayi untuk pendiagnosan HIV dan juga ujian ini akan dijalankan sebagai ujian pemantauan atau prognostic marker ke atas pesakit-pesakit HIV yang dirawat oleh pakar perubatan.

Di kebanyakan makmal kerajaan, ujian Rapid Test atau ujian Eliser dijalankan sebagai ujian pertama saringan. Di sini kita boleh nampak ujian Eliser adalah sejenis ujian untuk mengesan antibodi HIV dan dijalankan secara automatik dengan menggunakan alat-alat khas. Keputusan Eliser akan dikesan atau dipastikan dengan ujian lain. Ini kita namakan Particle Agglutination Essay atau PA. Prinsip-prinsip ujian ini adalah jenis lain. 

Ujian Rapid Test boleh didapati di pusat-pusat kesihatan dan klinik ibu dan bayi di peringkat daerah. Ujian Rapid Test dengan definisi ujian ini boleh menghasilkan keputusan dalam 24 jam. Simple Rapid Test adalah ujian yang boleh menghasilkan keputusan kurang satu jam (dalam beberapa minit sahaja). Walaubagaimana pun, anda harus ingat yang penting ialah kualiti dan ketepatan ujian tersebut bukannya kecepatan masa ujian. 

Ujian Western Blot dikatakan sebagai goal standard untuk menentukan semua ujian pengesahan. Ujian ini hanya dijalankan untuk kes-kes khas atau kes-kes medical legal kerana kemahiran tinggi dikehendaki untuk intepretasi keputusan Western Blot ini. Sehingga kini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan, tiada sebarang penawar yang mampu menyembuhkan AIDS. 

Di Malaysia, apakah bentuk rawatan yang disediakan?

Dr. Christopher Lee (Pakar Perunding Penyakit Berjangkit HKL): Bila memberi rawatan kepada seseorang pesakit HIV, rawatan ini ada dua aspek. 

1) Anti retro viral theraphy iaitu ubat untuk membunuh virus tersebut. 

2) Rawatan prophylactic.

Ubat prophylactic ini adalah ubat-ubat yang khas, biasanya anti biotik yang diberi kepada pesakit supaya mereka tidak terkena kuman-kuman opportunistic misalnya ada sejenis penyakit yang menyebabkan radang paru-paru iaitu pneumonia. Kalau mereka diberikan ubat prophylactic bacterine ia boleh menyebabkan mereka tidak terkena penyakit ini. Ubat-ubat prophylactic ada di Malaysia sekarang dan diberi percuma dari hospital-hospital kerajaan.

Kedua-dua jenis rawatan ini ada di Malaysia. Kesan sampingan pengambilan ubat ini ada tetapi tidak serius tetapi dengan pemantauan yang teliti, ia bukan satu masalah besar. 

Kaunseling

Kaunseling adalah satu aspek yang penting dalam rawatan HIV kerana intepretasi-intepretasi yang luas dan boleh didapati di hospital-hospital kerajaan dan klinik-klinik keluarga di Kementerian Kesihatan.

Kaunseling biasanya diberikan oleh doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang mendapat latihan khas dalam bidang kaunseling. Kaunseling penting supaya pesakit dapat meneruskan hidup secara normal. 

Harapan kepada pembawa HIV. 

Pembawa HIV hendaklah meneruskan kehidupannya, berfikiran secara positif dan mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Tahap kesihatan optimum boleh dicapai dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidur yang mencukupi, tidak merokok, bersenam, makan untuk kesihatan, serta menjaga kesihatan diri.

Segera dapatkan rawatan awal sekiranya menghadapi masalah kesihatan. Patuhi jadual rawatan yang diberikan dan mendapatkan rawatan susulan yang telah ditetapkan.

Berfikiran positif bagi mengelakkan tekanan fizikal, emosi, dan mental untuk meneruskan kehidupan. Sentiasa patuh kepada ajaran agama..

Abdul Rashid Kasri (Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit): Bagi mereka-mereka yang telah dijangkiti HIV, jangan berputus asa. Pada masa ini, terdapat banyak bentuk rawatan yang boleh diperolehi. Kebanyakan mereka ini boleh menjalani kehidupan yang hampir-hampir seperti orang normal dengan syarat dia menjaga kesihatannya, mengamalkan cara hidup yang sihat, dan mendapatkan rawatan.

Pengetahuan berkenaan AIDS adalah sangat penting dalam usaha melawan wabak ini. Oleh itu, pengetahuan orang ramai perlu terus dipertingkat. Usaha menangani masalah HIV/AIDS memerlukan komitmen pelbagai pihak dan menjadi tanggungjawab bersama. 

Sumber Disini


26 comments:

  1. Alhamdulillah..terima kasih Najmi yg sentiasa tak jemu jemu memberi info dan maklumat HIV/AIDS kepada kami dengan pelbagai gaya teknik dan pendekatan yg berkesan...

    semoga maklumat yg sentiasa terkini dr Najmi ini sentiasa membanru dan merubah corak pemikiran golongan yg berisiko ataupun kpd orang ramai tentang HIV/AIDS ini...4 pendekatan yg terbaik dari Najmi..

    1. Mencegah
    2. Mendengar
    3. Membimbing
    4. Menyedarkan

    Semoga usaha Najmi yg tak jemu jemu ini sentiasa dirahmati Allah yer...Amin

    Teruskan usaha murni Najmi ni yer..:)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. The Legends Prince - http://thelegendsofaprince.blogspot.com/

      Sama-sama....:)

      Delete
  3. tq abg....banyak yg abg beri maklumat

    ReplyDelete
  4. Salam...tumpang tanya..hiv ni kita boleh tahu kita dijangkiti selepas 3 bulan dijangkiti or bila dijangkiti terus boleh tahu?maknanya kalau dijangkiti dalam 2 3 hari dh boleh buat test hiv ke utk tentukan -ve or +ve..harap tolong terangkan..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      HIV hanya boleh dikesan selepas 3-4 minggu dari tarikh berisiko (ada yang kata selepas 2 minggu), HIV tak boleh dikesan selepas 2 atau 3 hari selepas kita buat aktiviti berisiko tersebut.

      Jadi kena buat ujian selepas 3-4 minggu dari tarikh berisiko, kemudian lakukan sekali lagi selepas 3 bulan dari tarikh berisiko, bagi mendapat result yang paling tepat.

      Kenapa kena buat selepas 3 bulan sebab setiap orang berbeza, ada yang dapat dikesan HIV selepas 3- 4 minggu tapi ada orang yang hanya dapat dikesan HIV selepas berminggu2 dari tarikh berisiko.

      YAng saya tahu ujian selepas 3 bulan itu yang paling tepat.

      Wallahuallam

      Delete
  5. Hai...sye nak tanye..sye pernah ke rumah urut..perempuan yg urut tu china girl..selepas dia urut badan dia urut lah adik kecil sye n sampai kelua air mani..semasa dia urut adik kecil sye ni sye sempat juga pegang buah dada & kemaluan dia..tp kami xde bersetubuh..just pakai tangan je..soalan saye..ada kemungkinan x saye terkena virus HIV ni? Minta pendapat yg wajar dari tuan DR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Artikel diatas saya share dari sumber lain, dan saya Naj MI admin blog ini dan saya bukan doktor. Tapi kalau tanya pandangan saya, apa yang saudara lakukan itu TIDAK BOLEH menyebabkan berlakunya jangkitan HIV....:)

      HIV hanya berjangkit melalui 4 cara sahaja, 1) Seks tanpa pelindungan (yang ada berlaku penembusan di faraj atau dubur), 2) pemindahan darah, 3) cucuk jarum suntikan, dan 4) dari ibu kepada anak melalui susu badan atau ketika melahirkan anak.

      Wallahuallam

      Delete
    2. Perlu juga diingat risiko dijangkiti penyakit kelamin masih ada....melalui geselan dan sentuhan rembisan badan dari seseorang yang ada penyakit kelamin itu. Wallahuallam

      Delete
  6. Hai...sye nak tanye..sye pernah ke rumah urut..perempuan yg urut tu china girl..selepas dia urut badan dia urut lah adik kecil sye n sampai kelua air mani..semasa dia urut adik kecil sye ni sye sempat juga pegang buah dada & kemaluan dia..tp kami xde bersetubuh..just pakai tangan je..soalan saye..ada kemungkinan x saye terkena virus HIV ni? Minta pendapat yg wajar dari tuan DR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya bukan doktor..tapi kalau kena dengan pertanyaan yang boleh saya jawab akan saya jawab.

      Dalam kes saudara sekadar urut tak akan berlaku jangkitan HIV, hanya pegang buah dada dan kemaluannya juga tak jangkit HIV TETAPI risiko dapat penyakit kelamin tetap ada sebab melalui sentuhan bendalir badan.

      Wallahuallan..Jangan buat dah berdosa.....huhu

      Delete
  7. Tarikh be risiko tu mcm mana ya maksud dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh berisiko maksudnya, tarikh jangkaan diri kita telah dijangkiti HIV, atau tarikh kita buat seks tanpa pelindungan, atau tarikh kita berkongsi jarum suntikan dg penagih dadah lain. Senangkata tarikh kemungkinan kita telah dijangkit HIV...

      Delete
  8. Oh tq. Klo kita bersetubuh dengan beberapa org yg bebas hiv pun kita blh kena jangkitan hiv ke sbb buat seks dgn Rmi org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pasangan kita tak ada HIV maka TIDAK AKAN BERJANGKIT sebab tak ada HIV kat situ, bila dah tak ada macam mana nak berjangkit. Kuman HIV bukan boleh tiba2 menjelma begitu sahaja.

      Tapi ingat risiko bertukar2 pasangan kita berisiko mendapat penyakit kelamin dari pasangan yang ada penyakit kelamin. Dan yang penting boleh kah kita percaya yang dalam ramai2 pasangan kita tu bebas HIV dan tidak ada sebarang penyakit kelamin?

      Kita tak boleh mempercayai seseorang yang kita kenal (terutama yang baru kita kenal) bila mereka kata mereka sihat dan tidak ada HIV. Kena ingat ramai pembawa HIV diluar sana yang telah dijangkiti HIV tetapi mereka tidak menyedari diri mereka ada kuman HIV. (1 daripada 4 pembawa HIV diluar sana tidak tahu mereka adalah pembawa)

      Sebaiknya kita kena berhati2, guna pelindungan dan kalau boleh dan paling baik elak dari melakukan seks bebas dengan banyak pasangan...Wallahuallam

      Delete
  9. Adakah penyakit kelamin gonorea datang sekali dengan hiv .?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu abg ianya tak datang sekali, datang asing2. Tapi kalau seseorang itu dah ada sebarang penyakit kelamin seperti gonorea maka risiko adalah tinggi mudah untuk dia dapat HIV.

      Delete
    2. Salam,

      Ooo , begitu . Pada bulan 3 2013 Sy pernah melangan pelacur , dia oral sy tanpa menggunakan kondom , dan pada bulan 8 2013 , sy telah mengadakan hubungan sejenis , dia oral sy dan sy mmasuk zakar sy ke duburnya , dan itu la hubungan seks sy yg terakhir , selepas dua hari tersebut , sy nampak dizakar sy ad 1 bintik merah kemudian hilang dalam beberape ari , dan ade cecair warne kuning kadangkala warna clear keluar pada zakar sye ,dan hilang dlm mase beberape bulan , dalam 2 bulan lepas ade lecetan serta bintik2 putih di bawah zakar sy, sy ade mengalami pening , demam dan selesma , tapi tak teruk sgt la , ade x kemungkinan x sy terkena hiv .?

      Delete
    3. Salam,

      apa jua aktiviti seks tak selamat (tanpa mengunakan kondom) maka tetap mempunyai risiko dijangkiti HIV. Biasanya kalau telah dijangkiti HIV simptom akan muncul selepas lebih kurang 2 minggu dr tarikh aktiviti tersebut, tapi ada juga yang mengalami simptom lebih awal malah ad a yang langsung tak mengalami sebarang simptom.

      So nasihat saya saudara kena buat ujian HIV, sebab simptom yang saudara alami tu mungkin sebab penyakit lain, maybe sebab penyakit kelamin.

      Tiada cara lain untuk mengetahui sama ada kita telah dijangkiti HIV atau tak melainkan melakukan ujian darah...:)

      Delete
    4. Tq abg , semoga abg sihat selalu :)

      Delete
  10. Abg najmi..bg nmbr doktor pakar blh?

    ReplyDelete
  11. Salam...saya telah melakukan seks berisiko sejenis bersama dengan pasangan lelaki saya. Semasa melakukan seks, kami hanya melakukan oral seks. Saya telah memberi oral seks kepada dia(zakar dan dubur) tapi pasangan saya itu tidak terpancut. Selepas saya memberikan oral seks, giliran dia pula memberikan oral seks kepada saya(zakar dan dubur) sehingga saya terpancut air mani di dalam mulutnya. Jika pasangan saya itu penghidap hiv, adakah saya akan terjangkiti? Sehari selepas saya melakukan seks itu, badan saya mula terasa sakit2 sengal dan berasa seperti cucuk2 pada bhgian tertentu. Kadang2 saya berasa sakit bila menekan dengan jari pada bhgian2 tertentu. Adakah saya terjangkiti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, setakat ini tiada kes yang dilaporkan hiv dijangkitio melalui oral seks atau aktiviti rimming. tapi rasanya aktiviti sedemikian jika dilakukan tidak melibatkan sebarang luka dizakar dan didalam mulut maka tidak akan berlaku jangkitan. Jangkitan hanya boleh berlaku sekiranya pasangan anda ada hiv, dalam mulut dia ada luka berdarah dan pada zakaer saudara juga ada luka berdarah, jika luka dg luka bergeselan maka risiko dijangkiti mungkin ada. begitu juga sebaliknya. Jika tidak ada sebarang luka maka rasanya tidak ada risiko dijangkiti hiv tetapi kemungkinan dijangkiti penyakit kelamin tetap ada.. Saudara pancut dlm mulut dia, juga susah nak jangkit jika tidak ada sebarang luka. tapi jika saudara ada hiv lah dan jika saudara pancut dlm mulut pasangan maka risiko dijangkiti tetap ada terutama jika dalam mulut pasangan itu ada luka terbuka. Wallahuallam

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST