Thursday, 2 May 2013

LAGI MAKLUMAT ASAS HIV/AIDS


Apakah HIV ?
 

"Virus Immunodefiency Manusia" (HIV). Jenis virus yang melemahkan kemampuan sistem kekebalan tubuh untuk melawan penyakit. HIV menyebabkan AIDS.
 
Bagaimana Anda Boleh Mengidap HIV ?
 

Hubungan seks tanpa perlindungan dengan orang dijangkiti HIV
 

Berkongsi sarum suntikan tercemar (penagihan dadah / ubat)
 

Pemindahan darah, jika tidak diperiksa dengan teliti
(pastikan darah yang akan diterima, telah diuji dan disahkan bebas HIV)

 
Keadaan Yang Tidak Berisiko Dijangkiti HIV
 

Bekerja / berada di sekitar individu yang dijangkiti HIV
 

Melakukan kegiatan harian, seperti berkongsi makanan
 

Duduk di kerusi tandas
 

Digigit oleh nyamuk
 
Apa Perbezaan Antara HIV dan Aids ?
 

HIV adalah virus penyebab AIDS. Walaupun HIV penyebab AIDS, seseorang boleh dijangkiti HIV selama bertahun-tahun sebelum AIDS berkembang.

 
Tahap-Tahap Umum Infeksi HIV Sebelum Mendapat AIDS
 
Peringkat 1 HIV : Jangkitan
Peringkat terawal selepas anda dijangkiti. HIV boleh menjangkiti sel badan dan berganda, sebelum sistem pertahanan badan mula bertindak. Anda mungkin merasa seperti menghidapi selsema pada peringkat ini.

 

Peringkat 2 HIV : Respon
Sistem pertahanan badan akan mula bertindak balas terhadap virus HIV. Walaupun anda tidak merasa sebarang perbezaan, sistem badan anda akan menghasilkan antibodi untuk menentang virus HIV. Ditahap ini, HIV Negatif bertukar ke HIV Positif.

 

Peringkat 3 HIV : Tiada Simptom
Anda akan memasuki tahap di mana tidak ada sebarang tanda-tanda daripada HIV. Ini disebut jangkitan asimtomatik. Anda masih mempunyai HIV dan mungkin berlaku kerosakan yang anda tidak rasai didalam sistem badan.

 

Peringkat 4 HIV : Ada Simptom
Anda akan mengalami gejala-gejala tertentu seperti jangkitan penyakit, termasuk Pneumonia carinii Pneumonia (PCP).

 

Peringkat 5 HIV : AIDS
Virus HIV akan menyebabkan Aids. Ini boleh dibuktikan melalui diagnosis setelah anda mempunyai pelbagai simptom yang berkaitan Aids.

 

Jangkamasa Daripada Jangkitan HIV Kepada Aids ?
 

Tiada tempoh yang tertentu dan tahap jangkitan akan berbeza antara individu. Berbagai faktor, termasuk genetik boleh mempengaruhi masa antara jangkitan HIV dan perkembangan AIDS.
 

Jangka Waktu Antara Jangkitan HIV kepada AIDS
 

Lebih Singkat
Pesakit yang telah berusia
Dijangkiti lebih daripada satu jenis HIV
Kekurangan gizi
Sering Tertekan
(Stres)  

Lebih Lama
Mematuhi segala nasihat doktor anda
Makan makanan sihat
Menjaga kesihatan diri



Sumber Disini




4 comments:

  1. Salam,30hb4 isteri dapat panggilan dari ngo bertanya kabar tentang kami,untk pngetahuan saya + agak lama,10tahun 7bulan.isteri non plhiv.ngo tersebut bertanyakan tentang status kesihatan dan bertanya tentang zuriat.dah tentu isteri seronok kerana dah berusia masih belum ada zuriat,mestilah ia berhajat.klu dulu sebelum kahwin nak 2,3anak.sekarang seorang npun jadilah.
    Ngo tersebut menawarkan temujanji Pakar untuk kami berkenaan zuriat.Saya memahami isihati isteri saya,sifat keibuan semakin terdesak,wlu status odha saya ia mengalah,tp kekadang linangan airmatanya saya faham bahawa ia berhajat sangat zuriat.
    Masalahnya kami dalam dilema terutama saya.Saya tahu klu buat rawatan pasti kami kena makan ubat terutama saya yang sampai sekarang masih belum lakukan Haart.Saya masih dipantau Doktor kerana cd4 saya masih stabil saya tak dipaksa makan ubat.
    Saya pun sebenarnya memang kalau boleh tidak mahu lagi makan ubat kerana klu makan ubat,kena makan berterusan.Masalah saya tentang kerjaya saya.jika saya terlibat dalam sebarang ubatan,saya tepaksa melepaskan kerjaya saya.Saya dilema kerana kerjaya saya pun agak penting demi keselesaan kami berdua.sekarang kami confuse terutama saya.Antara zuriat,kerjaya dan haart.untuk pengatahuan sekarang kos sara hidup tinggi.kerjaya saya pendapatan agak selesa.dengan pendapatan ini dapatlah saya menunaikan tanggung jawab suami dengan baik.klu haart diambil,saya terpaksa berhenti kerja.ia menjadi sedikit masalah untuk kami.kerjaya saya terikat dalam perjanjian,setiap kakitangan mesti sihat dan tidak mengambil sebarang ubatan.itu polisi syarikat.kami sentiasa dipantau dan diperiksa setiap 6bulan @ wajib setiap tahun oleh Doktor yg bertauliah.Darah diambil untuk pemeriksaan.jika gagal dibuang kerja.mujurlah buat masa ini ujian hiv belum dilakukan.saya pun tawakal ja setiap kali medical checkup.Saya dilema sebenarnya.Antara impian isteri Zuriat,Rawatan Haart dan kerjaya.Salah satu akan menjadi mangsa.HR21

    ReplyDelete
    Replies
    1. HR21,

      Sama ada ODHA atau tidak semua akan diduga Allah, adik perempuan saya yang sudah 3 tahun berkahwin sehingga kita masih tidak dikurniakan anak, mereka juga diduga. Kita semua diduga, insyaallah jika saudara bersabar pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

      Saya hanya mampu mensihat agar perbanyakkan doa dan solat pohon petunjuk dari NYA dalam membuat pilihan sama ada memenuhi impian isteri untuk dapatkan zuriat, terpaksa memulakan rawatan HAART (apabila usaha rawatan mendapatkan zuriat bermula) atau kerjaya.

      Pandangan saya ketiga2 itu semuanya penting bagi kelangsungan kehidupan yang bahagia dimasa depan, cara terbaik ikut gerak hati dengan bantuan dari Allah insyaallah pekara (keputusan) yang sukar akan dipermudahkan oleh Nya.....Insyaallah...saya doakan yang terbaik buat saudara suami isteri..

      Delete
  2. Untuk seorang insan bernama Azrol, doa saya anda baca blog ini dari awal dan fahami apa itu HIV dengan baik. Jangan takut HIV tidak membunuh kerana ajal dan maut, hak mutlak Allah, tidak terlewat atau tercepat walau sesaatpun, ramai PLHIV telah Berjaya dalam hidup mereka. Tinggalkan aktiviti berisiko anda, ikut nasihat doctor dan dapatkan sokongan dari group2 tertentu dan saya akan sedia menjadi sahabat kamu. Maaf najmi, tumpang blog tapi saya tahu najmi pasti menyokong tindakan saya. Moga barakah Allah sentiasa bersama Najmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Insyaallah saya doakan Azrol kembali kuat tabah dan bersemangat untuk menjalani kehidupan dimasa depan...Usah risau jangan resah gelisah, pastinya segala masaalah akan dapat diatasi dengan mudah nanti...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST