Thursday, 9 May 2013

DOA RASULULLAH BUAT MUSLIMIN

ADA sebuah doa yang biasa dibaca oleh Nabi SAW dan jika direnung dan dihayati secara mendalam, ternyata sangat mencakupi pelbagai permohonan.

Daripada Abu Musa al-Asyaari ra, Rasulullah berdoa:  

Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, dan perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku, serta ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. 

Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kemalasanku, kesengajaanku, kebodohanku, gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. 

Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu, dosa yang mendatang, dosa yang aku samarkan dan dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan, Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan, serta Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (riwayat Bukhari)

Doa adalah senjata ampuh umat Islam. - Gambar hiasan

Tema di dalam doa itu adalah seorang hamba Allah SWT memohon keampunan-Nya. Sekurang-kurangnya terdapat 13 petunjuk yang diajukan hamba tersebut kepada Allah SWT. Semuanya dengan harapan dan permohonan keampunan-Nya.

1 Ya Allah, ampunilah kesalahanku. 
Kesalahan dapat mencakup perintah Allah yang dilalaikan atau larangan Allah yang dilanggar.


2 Ya Allah, ampunilah kebodohanku. 
Manusia tidak luput daripada kebodohan. Tidak ada manusia yang memiliki pengetahuan sempurna. Kebodohan seseorang sering kali menyebabkan tingkah lakunya yang tidak terpuji, sehingga ia perlu memohon ampunan Allah SWT atas kebodohan dirinya itu.


3 Ya Allah, ampunilah perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku. 
Kadang-kala kita mengerjakan suatu perbuatan secara tidak adil atau tidak profesional. Perbuatan berlebihan tersebut mungkin menyakiti hati, bahkan menzalimi orang lain. Maka kita berharap ampunan Allah atas perbuatan berlebihan di dalam berbagai urusan.


4 Ya Allah, ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. 
Manusia sering mengerjakan kesalahan tanpa ia menyedarinya. Boleh jadi ia lebih mudah dilihat oleh oang lain, tetapi tidak bagi diri sendiri. Maka untuk urusan seperti itu seorang mukmin memohon ampunan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatunya.

Seorang mukmin mengakui bahawa Allah SWT merupakan Zat Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib mahupun nyata, maka ia pun mengembalikan semua dosa yang ia sendiri tidak ketahui kepada Allah SWT.


5 Ya Allah, ampunilah kesalahanku. 
Manusia boleh terlibat di dalam banyak kesalahan. Maka ia memohon kembali ampunan Allah atas kesalahannya pada hal sebelumnya dia telah melakukannya kepada Allah SWT.


6 Ya Allah, ampunilah kemalasanku.  
Kemalasan dapat menjadi musuh utama yang menyebabkan seseorang menunda, bahkan melalaikan suatu kewajipan yang mesti dikerjakan.

Pengakuannya di hadapan Allah SWT bahawa dirinya kadang-kadang dilanda kemalasan yang mesti disertai dengan permohonan ampunan Allah atasnya.


7 Ya Allah, ampunilah kesengajaanku.  
Harus diakui bahawa kadang-kadang kita secara sengaja melakukan suatu kesalahan. Entah kerana emosi atau terpengaruh lingkungan atau pelbagai alasan lain. Yang jelas, semua kesengajaan itu mestilah disusuli dengan istighfar dan permohonan keampunan-Nya.


8 Ya Allah, ampunilah kebodohanku. 
Maha Suci Allah, ternyata Rasulullah SAW sangat mengerti akan kelemahan kita yang satu ini. Manusia memang selalu kekurangan ilmu sehingga mustahil terluput daripada kebodohan. Oleh itu permohonan ampunan Allah atas kebodohan diri perlu diajukan berulang kali.


9 Ya Allah, ampunilah gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. 
Apakah ketawa itu berdosa? Tentunya tidak. Tetapi bila dilakukan secara tidak profesional atau melampaui, ia akan mendatangkan masalah. 

Firman Allah: Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan daripada apa yang selalu mereka kerjakan. (at-Taubah: 82)

Selain sabda Rasulullah SAW: Demi Allah, andai kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu jarang tertawa dan sering menangis. (riwayat Tirmizi)


10 Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu.  
Setiap orang perlu berhati-hati terhadap dosa lampau yang pernah dilakukan dahulu. Berkemungkinan dosa-dosa itu belum sempat kita menyesalinya. Maka tiba masanya untuk kita mengakui dan menginsafi di hadapan Allah SWT seterusnya memohon keampunan-Nya.


11 Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang mendatang. 
Seorang mukmin pasti menyedari bahawa kehidupan ini bukan sekadar masa lalu dan masa kini. Ia juga meliputi perkara mendatang.

Begitu juga dengan perlakuan dosa yang dikerjakan. Ia tidak hanya terjadi di masa lalu dan masa kini semata-mata. Tetapi boleh terjadi di masa akan datang.

Oleh kerana itu, dengan penuh kejujuran kita mengharapkan keampunan Allah atas dosa yang akan datang dan cuba mengelakkannya daripada terjebak kepadanya.


12 Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku samarkan. 
Seorang mukmin sangat khuatir dengan dosa yang dilakukan secara sembunyi atau berselindung. Sabda Rasulullah SAW: Sungguh aku mengetahui bahawa ada suatu kaum daripada umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikan kebaikan itu debu yang berterbangan.

Thauban berkata: Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka kepada kami dan jelaskanlah tentang mereka kepada kami, supaya kami tidak menjadi seperti mereka sedangkan kami tidak mengetahuinya.

Baginda bersabda: Sesungguhnya mereka adalah saudara-saudara kamu dan daripada golongan kamu, mereka solat malam sebagaimana kamu mengerjakannya tetapi mereka adalah kaum yang melakukan perbuatan yang diharamkan Allah sedang mereka berkhalwat (menyendiri). (riwayat Ibnu Majah)


13 Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan. 
Sedangkan dosa yang dikerjakan secara senyap atau tersembunyi itu kita khuatir, apa lagi dosa yang dilakukan secara terbuka. Oleh itu, keampunan daripada Allah SWT amat diharapkan.

Sungguh amat luar biasa, kesemua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah itu adalah merupakan dosa dan kesalahan yang sering dilakukan oleh setiap daripada kita lelaki atau perempuan, sama ada secara disedari mahupun sebaliknya. Maka itu, betapa bertuah umat Islam sekiranya mereka juga berdoa sebagaimana yang didoakan oleh Baginda SAW ini. 


Sumber Disini


3 comments:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST