Friday, 17 May 2013

AZRI - LETIH SUDAH NAK MENEMPUH DUGAAN PUNYAI NALURI SONGSANG INI


Najmi,

Semoga sentiasa dirahmati Tuhan hendaknya, Ramai juga yang senasib dengan aku. Aku ingatkan aku saja yang gay, dah letih memikirkan diri yang songsang ini, usia aku dah menjangkau 32 tahun dan dalam usia aku macam ni, ramai rakan-rakan yang sebaya dengan aku sudah pun mempunyai 2-3 orang anak. 

Sebenarnya gay ni bukanlah perasaan yang di buat-buat dan boleh ditukar ke straight seperti yang di gembar gemborkan tu. Kalau dah gay tu maka jadi gay lah selama-lamanya. 

Selepas melangkah ke sekolah menengah barulah aku sedar (faham) yang aku ni adalah seorang gay atau homoseksual atau seorang yang tertarik kepada pasangan sejenis. Aku rasa sangat down. Semasa disekolah ada seorang ustaz yang menerangkan tentang perlakuan homoseksual yang di laknat Tuhan ... ya rabbi mengapa aku ada naluri tuh. 

Dulu semasa usia aku awal 20an, aku just hidup dengan happy tidak fikir apa-apa tetapi bila dah masuk lewat 20an keluarga dah mula berkata-kata (soal kahwin), itu yang buat aku tension dan letih nak menjawap.

Adakah cara didikan mak bapak boleh memberi kesan dan mempengaruhi seseorang untuk menjadi gay? Pada pendapat aku mungkin ya, tetapi aku ni anak sulung dari 3 adik beradik, dua lagi adik aku adalah perempuan. Mak bapak aku tidak pernah pun pakaikan baju perempuan kat aku, pendek kata didik (yang aku terima) adalah normal, yang lelaki dididik menjadi seorang lelaki dan yang perempuan dididk menjadi seorang perempuan. 

Naluri gay aku ini rasanya memang dah ada sejak lahir lagi cuma aku menyedarinya sejak masuk ke alam sekolah menengah.  Perasaan punya naluri ini aku sedari mungkin sejak ketika berada didalam darjah 3 lagi kerana aku sangat suka tengok lelaki-lelaki dan model yang kacak kat TV. (Ada sedikit kisah disini "USIA 6 TAHUN SUDAH PANDAI TERANGSANG") Ya, semasa kecik-kecik lagi aku cukup suka tengok orang hensem sahaja, terasa ada perasaan yang lain masa tu, perasaan yang tidak sama apabila kita melihat perempuan. 

Bila aku masuk sekolah menengah, aku sudah boleh berfikir cuma didikan agama sahajalah yang boleh membendung nafsu aku ini dari terus terjebak melakukan seks sejenis. Pendek kata tepuk dada tanya iman, berani ke kita nak jadi kaum nabi Lut? kalau sempat bertaubat tak mengapa lah tapi bagaimana kalau kita tak sempat bertaubat. Cammana ........???

 Sekarang usia aku dah meningkat dan masih single. Telinga ini sudah lali dengan perkataan bila "turn" aku nak mendirikan rumah tangga. Ni lah antara dugaan seorang gay apabila masuk 3 series (umur 30an)


Kira pakej aku sudah lengkap sebenarnya (untuk) berkahwin sebab semua dah ada, rumah, kereta cuma tinggal bini sahaja yang tak ada. Keluarga dan saudara mara hairan kenapa aku masih tak nak kahwin-kahwin lagi, aku jawap "nak buat macam mana belum sampai jodoh lagi". Macam manalah aku nak kahwin sebab nafsu tak ada dekat insan yang bernama wanita, hanya boleh "turn-on" dengan lelaki sahaja. 

Sekarang aku berasa sangat kesepian. Kawan-kawan hampir kesemuanya dah ada life sendiri dah berkeluarga. Kadang-kadang aku terasa nak terima sahaja perempuan yang mak sedara aku rekomenkan untuk aku dan berkawin and dapat anak. Tapi bila difikirkan balik macam mana nak "ON" bila bersama perempuan (isteri)? tak boleh naik. Tengok karipap dia pun tak lalu macam mana nak bersama. Tersiksa batin isteri kalau aku kahwin kecualilah kalau terpaksa pejam mata dan membayangkan main dengan jantan tapi berdosa pulak. Mesti muntah hijau kalau yang (lelaki) straight baca (apa yang aku katakan ni) tapi itulah realiti kehidupan. 

Kadang-kadang aku stress menjawab soalan mereka, bertanya bila aku nak berkahwin dan cuba dipadankan aku dengan "gegirl", terasa aku nak menjerit sahaja beritahu yang aku ni GAY. Jeritan GAY tu cuma hanya mampu dijeritkan didalam hati sahaja tetapi jawapan dimulut aku lain - belum sampai jodoh. 

Boleh meroyan mak sedara aku kalau aku jawap aku ni GAY hehehe, gila nak jawap macam tu, kalau kita duduk (tinggal) kat UK atau US boleh la (terus terang mengaku gay). Lagi pun aku tak nak menyiksa jiwa seorang yang bernama wanita dengan mengahwini mereka. Cuba bayangkan apa perasaan mereka kalau mereka tahu yang laki (suami) dia seorang gay -  baik aku single. 

Kadang-kadang terasa nak menjerit ajer, kenapa keadaan kita tak normal macam kawan-kawan lain. Malah kita terpaksa berlakon (berlagak) straight apabila berdepan dengan kawan-kawan. 

Ada seorang kawan aku ditempat kerja, seorang perempuan dia pernah kata kat aku, "All hensem and good looking guy in the world are shit... the are GAY, then what left for us to married". Aku kata tak semua yang good looking tu gay tapi kebanyakannyalah. Aku sendiri pernah jumpa gay yang perut boroi and muka macam longkang hehehe, tapi most of gays guy mesti (pandai) menjaga penampilan diri.

Tak heranlah kat taman awan berlambak gay yang (suka) berjogging, kat gym pun bersepah cuma mereka kelihatan straight sahaja pada pandangan mata umum tetapi pada pandangan mata aku mereka tu bengkok macam aku jugak hehehe. 

Aku ni boleh dikatakan dalam kategori yang ada rupalah (Jangan muntah sudah hehehe) tu yang banyak godaan tu. Alhamdulillah aku harap dapat terus bertahan dengan segala godaan dunia ni. Walaupun banyak godaan yang (bakal) datang. 

Kalau ikutkan nafsu serakah ni nak sahaja (aku) respone pada (seorang) mamat ni (memang taste aku pulak tu) yang nampak sangat berminat kat aku. Semasa petang-petang kalau jogging (yang staright jangan baca nanti termuntah hijau plak :)) Ada dua tiga orang lelaki (yang nampak minat kat aku) yang macho-mocho pulak tu hehehe.... tapi kebengkokkanya aku sahaja yang tahu. 

Bukan susah nak kenal species (gay) cam aku ni hanya dengan melalui pandangan mata aku sahaja, aku sudah tau mamat tu straight ke narrow. Mana ada jantan straight nak pandang jantan lain lama-lama biasanya mereka pandang sekali imbas aje, ye la macam kita yang gay ni pandang perempuan sekali imbas jer, sebab tak tertarik pun. Dah namanya pun gay nafsu hanya kat lelaki jer.

Kalau yang narrow ni hari-hari boleh jumpa (pergi jogging) pun tetap nak pandang kita dengan pandangan yang tajam ala-ala menggoda hahaha terserlah keGAYan mereka, itulah "gaydar" anugerah untuk gay yang boleh mengenal species mereka. 

Kawan perempuan aku itu sebenarnya sudah banyak kali cintanya kena reject ada yang terus terang cakap mereka tu gay, sebab itu yang sampai terkeluar statement macam tu. Kesian dia bukannya dia tak cantik cuma tersalah pilih agaknya nasib dia tak cakap dia suka pada aku kalau tidak mampus.... apa aku nak jawap :) 

Ya Allah hanya Engkau sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku kalau "gegirl" yang cun lalu didepan aku, aku langsung tak ada rasa (perasaan) apa-apa, apa tah lagi kalau yang tak cun (jangan marah :) Cuba deal dengan jantan hensem, bila berdepan (dengan mereka) baiknya cover tetapi dalam hati aku hanya tuhan yang tahu.

Aku bersyukur kerana masih belum melakukan maksiat lagi. Bercinta tu memang pernah,  dan paling membuatkan aku down, apabila (aku) boleh terjatuh cinta dengan sahabat baik sendiri, itu orang lain tak tahu. Tetapi alhamdulillah aku lebih sayangkan nilai erti persahabatan daripada nafsu. 

Memang indah sungguh dunia ni (bila bercinta) bagai segalanya milik kita huhuhu, sudah 2 kali lah (pengalaman aku bercinta) tapi aku tidak pernah "make love" lagi, alhamdulillah aku masih boleh mengawal diri lagi dari godaan, lagipun BF aku yang dulu pun macam aku jugak takut nak terjebak, nasib baik kami tak terlajak walaupun pernah hampir nak terlajak akibat godaan syaitan yang durjana tuh (tekup muka). 

Bila teringatkan balik mermang kita sedaya upaya nak mengelak tapi syaitan lagi licik dalam bab seduce nih. Last-last kami berpisah apabila habis belajar sebab masing masih balik ke tempat asal untuk berkerja, sampai sekarang aku rasa kesunyian setelah bertahun hidup berseorangan. 

Hanya yang pernah bercinta tahu nikmat nya rasa bercinta. Setiap kali syaitan goda aku, aku pasti teringatkan tentang kehidupan aku diakhirat kelak, kehidupan disana lebih lama (berkekalan) dari nikmat dunia yang sementara ini. 

Teringin jugak aku nak kembali bercinta macam dulu-dulu, tapi takutkan terlajak, alhamdulillah dulu semasa muda boleh kawal lagi sekarang dah 30 tahun lebih aku menahan nafsu serakah nih ...... kalau tak tahan aku masturbate aje, itu pun rasa bersalah selepas melakukannya, tapi nak buat macam mana takut tak tertahan terlajak ngesek nanti. 

Rasanya dugaan (jadi) gay ni lagi hebat dari yang dihadapi oleh golongan straight sebab bagi yang straight kalau mereka tak tahan mereka boleh berkahwin and..... dah (dapat yang) halal tetapi bagi golongan gay tetap haram. Mana ada lelaki yang boleh nikah dengan lelaki. Aku pun tak tahu sejauh mana mampu aku bertahan. Ya Allah tabahkan lah hati aku. 

Mungkin ada yang kata, "Semasa muda ni enjoy dulu bro nanti bila dah tua baru taubat" tapi kalau tak sempat bertaubat macam mana? itu yang buat aku tak jadi nak ngesek tu.

Macam-macam stress yang perlu (gay) hadapi. Stress dari keluarga yang mahu kita berkahwin. Stress dari masyarakat sekeliling yang sibuk nak tanya bila kita nak berkahwin. Kadang-kadang aku malu bila jumpa kawan lama yang dah beranak pinak, malah ada sepupu aku siap tanya lagi,  "Ko gay ke tak ada nafsu kat pompuan?" kalau aku nak menjawap......




Aku juga seperti Zed (merujuk kepada komen seorang pembaca dalam ruang komen didalam entry "I'M GAY AND ITS NOT OKAY... BUT ITS AWESOME ) dah letih dah aku nak menempuh dugaan ni tapi aku harus kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan ini.

Kadang-kadang terfikir juga betapa beruntungnya orang yang dilahirkan straight tetapi aku pulak ditakdirkan mempunyai naluri ni. Buat yang senasib dengan aku yang mempunyai naluri gay ini, percayalah Tuhan ada bersama kita dan Dia mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. 

Alhamdulillah seperti yang aku kata sehingga kini aku masih dapat mengawal nafsu songsang ni, tapi tak tahulah berapa lama lagi aku dapat bertahan semoga Tuhan melindungi diri aku daripada perbuatan (seks sejenis) tu. 

Sudah puas aku menangis lepas sembahyang berdoa supaya Tuhan switch aku ke straight tapi sampai sekarang aku masih gay lagi. Bagi yang merasakan diri mereka GAY tu dan rasa boleh ubah ke staright anda salah kerana anda tak mengalaminya, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan insan yang mempunyai "Gay Gene" nih. 

Entah la bro aku tak kata aku ni seorang yang baik tapi kalau aku gersang aku tengok jugak "gay porn" and basah lencunlah seluar aku, tapi tu sahaja option yang ada dari terus terjebak (melakukan seks sejenis) dan solat 5 waktu lah yang mungkin mencegah aku dari buat dosa tu. Aku rasa ramai lagi gay kat luar sana mengalami seperti mana yang aku alami ni, masih tersiksa jiwa kerana punya naluri songsang ni. 

Walaupun payah untuk teruskan hidup dengan naluri gay ni, kita terpaksa terimalah ketentuan Tuhan. PadaNya lah kita memohon supaya kita mampu bertahan dari godaan dan dilindungi oleh Nya.  Apa pun blog bro memang awesome . 


AZRI






67 comments:

  1. syukur Azri belum terjebak dengan zina.

    Sabarlah.. mungkin perkahwinan bukan untuk awak.. sabar sabar sabar dan sabar.. semoga Allah makbulkan doa Azri untuk jadi seperti orang normal.. moga dengan kesungguhan Azri untuk menjaga diri dari melakukan hubungan itu mendapat perhatian Allah lalu memudahkan anda kembali normal.. amin..

    apapun segala usaha kita, takdir itu di hujung usaha..berusahalah supaya kita dapat masuk syurga..biarpun perit di dunia ni.

    wallahualam.. amin doa Azri.

    ReplyDelete
  2. azri,

    kuatkan semangat untuk melawan perasaan tu ye...
    in Shaa Allah ada ganjaran nye melawan perasaan tu...
    bykkan solat, mendalami ilmu agama, sentiasa cari aktiviti y berfaedah (join sukarela ke)...
    chaiokkkk azri...

    ^_^

    ReplyDelete
  3. Sabar n dekatkan diri kpd Allah...

    ReplyDelete
  4. Salam,mmg diakui,bukan mudah nak berjuang melawan nafsu.Sebabtu ia jihad yg paling kuat.Saya puji saudara krn saudara sentiasa berjuang menjauhi larangan Allah swt.Dah tentu saudara mendapat ganjaran dcc Allah atas pengorbanan saudara.nasihat saya carilah teman yg dapat membimbing saudara,dekatilah ulama,ustaz.Pergilah mengaji ilmu agama.bnykkan berpuasa terutama solat 1/3 malam.bila nafsu memberontak luahkan pd org yg dapat membantu saudara.Tak perlu malu sgt krn anda bukan gay yg sebenarnya selagi anda belum melakukannya.jadi guru yg ikhlas pasti akan membantu ada.kejayaan anda adlh kegembiraan mereka.ingat,dekatilah ilmu agama.mengaji Alquran jdkan amalan.anda wajib bersyukur kerana masih dipelihara,dengan menjauhi larangan Allah,anda dijauhi dari penyakit kronik yg masih belum ada penawarnya,malah setiap kali anda berjuang anda dibalas ganjaran disisi Allah inshaAllah.ia saving anda diakhirat kelak.wallahualam.hamba yg daif...hr21

    ReplyDelete
  5. terima kasih pada saudara saudara yang memberikan komen . ntahla dah tak tertanggung rasanya menghadapi dugaan ini. tentang memberitahu org lain yang saya nih gay mintak maaf la saya tak berani lagi masyarakat kita bukanya mcm masyarakat western yang boleh menerima golongan gay secara terbuka . silap silap nanti dari org tak tahu semua tahu mana nak sorok muka he he he , nak nak yang pernah propose saya untuk dijadikan calon menantu mereka mesti muntah hijau kalo tahu saya GAY .

    hanya yang mempunyai naluri gay saja yang tahu saya gay... selagi boleh melawan nafsu nih saya akan terus melawan pernah terfikir nak ambil anak angkat sahaja tapi mendapat bantahan org tua mereka mengharapkan saya kawin ..lagi pun orang bujang susah sikit nak ambil anak angkat . terasa kesepian sangat . Anda yang straight sangat beruntung dapat menikmati kemanisan hidup berumahtangga dan mendapat zuriat sendiri... hargailah apa yang anda ada sekarang kerana ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti saya .

    "Being A Gay Is Not A Sins But Practice Gay Life Is A Sins "

    Azri

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam azri,

      saya kagum dengan ketabahan azri.. sy juga mempunyai bf yang sama seperti azri.. saya menerima dia untuk menjadi suami saya. insyaAllah dia juga bersungguh untuk berubah dan memerlukan saya disisinya memberi support.
      saya faham golongan seperti azri memerlukan masa dan sokongan yang berterusan. saya berharap saya dapat membantu bakal suami saya berubah walau mengambil masa. ikutkan saya mahu tinggalkan dia tetapi saya takut jika saya tiada dengan dia mungkin dia akan terjebak lagi. saya mahu tolong dia kerana Allah.. dia masih ada peluang untuk berubah.. walaupn mempunyai perasaan pada perempuan sedikit dari lelaki saya pasti saya boleh membawa dia ke jalan keredhaan Allah. Dia juga mengatakan dia bertekad dan penat dengan semua ini. insyaAllah semoga Allah membantu saya dan kalian semua. amin...

      Delete
  6. Salam En Azri,

    Cerita hidup kita 90% sama. cuma perasaan yg sama sekali kita tak pilih pun. Kalau diberi pilihan hidup balik pun tak mau naluri gay ni.Kdg2 cemburu dan benci tgk lelaki straight. especially yg menodai wanita (amik kesempatan). Apa rasanya jdi "straight"???? dah lama xempunyanaluri ni. Mula timbul bila slpas diploma. Saya juga punya seorang kwn yg straight. Tak sanggup nak 'korbankan' persahabatn ini. Kerana hanya dialah satu2nya teman rapat yg saya ada. Dengan perempuan takut nak kwn rapat. mesti ada yg bagi hint ajak kapel. Saya punya naluri suka akan fizikal luaran wanita especially cantik dan sejuk mata memandang. dan mudah kasihankan wanita. Tapi xpasti kerana naluri seksual lebih kepada lelaki. Kalau tgk porn pu mesti porn lelaki. huhuhhu hrp dpt berkongsi masalah ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam confius sikit maksud saudara saudara dulu straight ke kemudian berubah jadi gay . atau saudara seorang biseks masih mempunyai nafsu 1- 50 % terhadap wanita. . rasanya kalau saudara biseks masih ada harapan lagi untuk berubah dan mencintai wanita berbeza dgn saya ni yang pure gay langsung tiada 1% pun perasaan terhadap wanita. kalau saya biseks insha Allah saya dah lama berkahwin dan berkeluarga sekarang tapi apakan daya saya pure gay.

      saya dulupun pernah terjatuh cinta dengan sahabat baik senndiri .ya Allah siksa rasanya hari hari mengadap muka orang kita terjatuh cinta luar berlagak mcm takda apa apa tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu .tapi demi persahabatan saya korbankan nafsu dan cinta. kalau saudara boleh on dengan wanita teruskan lupakan jalan yg haram ambil yang halal dan diredhai tuhan :)

      Azri

      Delete
    2. Ya Anon... mesti selalu rasa nak peluk dari belakang je kwn baik tu kan... tapi bila berdepan.... berlagak straight act. Ya mungkin saya bisek. Tapi harap2 bila kawen nanti dpt puaskan isteri dan dapat buang naluri gay nih....

      Delete
    3. ya hari hari tidor sebelah sama sama bayangkanlah teruk saya menahan nafsu nih masa tuh duduk rumah sewa bujang time study .kalau ikutan senang je aku nak ambil kesempatan tapi aku tak nak khianati kawan baik aku sendiri persahabatan lebih ye tak .Aku nih jenis Top tapi lum pernah buat lagie ek mintak jauhkan nauzubillah dan suka lelaki yang straight act n maskulin ( jgn muntah ) not hadek hadek yang sotong ( lembut) sorry yer tak de selera aku ha ha ha .

      Azri

      Delete
  7. Aaaaa....aku pun sama,,,masalahnya aku dah terjebak dah... Nak taubat tapi x cukup kuat jugak. Tapi dah slow2 berhenti. Dah ada beberapa awek yg jatuh hati dengan aku, tapi aku x sanggup sbb mereka semua gadis yg Baik Baik. Aku tak tahu la nak ckp apa kat depa. Rasa nk lari duk US aje.

    Moga Allah Bagi Hidayah kat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalo kita pikir pikir balik leih baik kita tolak dari terima cinta awek awek kalo kita tak mampu membuatkan dier bahagia. aku pun pernah tolak cinta awek yang iklas nak kan aku sehingga dier demam kat seminggu pada mulanya aku layan tapi bila dah nampak dier dah sungguh sungguh cintakan aku aku terpaksa tolak dengan alasan tak dapat lupakan bekas awek ( bukan awek tapi Bf :( ) aku. down giler awek tu kesian sampai demam . manatak nya aku dah banyak kali keluar date . tapi aku takde perasaann kat dier walaupuun dah cuba untuk menyintai dier aku anggap mcm adik aku jer. ape pun die mamang selamat date ngan GAY mcm aku pasal aku takkan ambik kesempatan he he he. kalo kita lari ke luar negara pun sama juga bro kita tetap gay jugak kan ... takut lagi teruk kita tewas dengan syaitan sebab sana lagi open sape pun tak kisah tak malu nak mengaku gay .

      Azri

      Delete
  8. Luahan ikhlas dr Azri...

    Be strong bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro sebab terlalu strong la aku masih begini :) doakan aku supaya sentiasa strong utk hadapi ujian amin :)

      Azri


      Lirik lagu nih sangat bermakna bagi aku


      Terhenti Disini – Asfan

      Sedangku membaca wajahmu
      Senyumanmu menggambarkan sesuatu
      Jika kau fahami isi hatiku
      Ku tak ingin waktu henti tanpamu

      Dirimu menyalahkan sebuah erti
      Tapi diriku masih terhenti di sini
      Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
      Namun diriku masih terhenti di sini

      Andai kau dapat memahami
      Bahawa ku menangung semua ini
      Bukan niatku ingin kau pergi
      kerna ku masih terhenti di sini

      Dirimu menyalahkan sebuah erti
      Tapi diriku masih terhenti di sini
      Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
      Namun diriku masih terhenti di sini

      Tiada daya untuk ku lakukannya
      Kau tiba di waktu ku masih punyai cinta
      Tiada daya untuk ku lakukannya
      Kau tiba di waktu ku masih punyai cinta

      Dirimu menyalahkan sebuah erti
      Tapi diriku masih terhenti di sini
      Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
      Namun diriku masih terhenti di sini

      Tiada daya untuk ku lakukannya
      Kau tiba di waktu ku masih punyai cinta

      Delete
  9. Assalamualaikum.. bro, kisah awak mcm kesinambunagn kisah saya yg x abis, "i'm gay its no ok ..but whatever.." hehe.. hidup masih memainkan peranan lelaki str8 padahal bengkok 180 darjah ..x pa la kita gay..mmg la kadang2 masih juga termerungut dgn keadaaan diri macam ni kan..xpa..turun naik emosi tu biasa..macam roda.. apa yg saya buat sekarang..saya xkan jumpa lelaki gay or lelaki yg tahu saya gay..kenal kat FB je xpa..borak2..tapi jgn jumpa..JANGAN SESEKALI JUMPA... selagi xjumpa selagi tu la inshaAllah selamat..doa2 tetap doa..jgn putus asa bro..hehe

    Awan yg terPlu ;)

    ReplyDelete
  10. Wassalam .............. masaalahnyer bro aku tak boleh mengelak jumpa lelaki yang tahu aku gay hampir setiap hari .kalo gie jog tuh ada 3-4 orang mamat yang dpt trace aku gay . ade sorang tuh hampir setiap hari bagi hint kat aku yg die gay gak hadoooi tak tertahan rasenye memang tase aku pulak tu .... mamat tuh pun tak berani nak direct ngan aku dier bg hint jer tapi aku rase die tahu aku gay sebab gaydar aku mcm magnet ada tarikan hi hi hi , muka budak baik jer tak sangka species aku . kalo tak gie bersenam kang boroi pulak lg pun badan raser tak sedap kalo tak bersenam.. Gym memang aku dah lamer tak pegie main dumbell kat rumah jer tak sanggup aku lg bersepah mamat gay boleh terlajak kalo tak kuat iman.... yg straight pun boleh terlajak inikan kita yg gay nih . rupanye ramai kaum kaum nih kat muka bumi ni igatkan aku sorang jer .Tawakkal je la kepada Allah mana mana pegi pun ade je jumpa gay.selagi kita tak tunjukan respone diorang pun tak berani nak lebih lebih :) takut mkan penerajang :)

    Azri

    ReplyDelete
    Replies
    1. keep it up Azri..kita da separuh jalan..abiskan je..kata la panjang umur pun dapat hidup sampai 63 tahun (ikut nabi ya tak ? ;) ) so pejam celik pejam celik jap je masa..tu pun kalu sampai umur segitu, kalau Dia nak amek cepat? hmm.. ada penjimatan masa di situ :D..hehe..saya mmg kadang2 buat lawak2 bodoh je utk happykan jiwa yg melara dan meronta ..berkesan juga walaupun sekejap.. kalau deep sgt fikir nanti ada yg nak tekup dgn bantal lagi naudzubillahminzalik.. mmg cakap senangkan..faham tu..kita rasa sama je..tapi kita buat apa yg kita perlu je..bukan kita mahu..

      Awan yg terPlu ;)

      Delete
    2. Awa Yang Terplu, anda memang superb, moga Allah sentiasa bersama anda semua. Barakah Allah sentiasa memberikan anda semua ketenangan hidup, keberkatan dan yang terbaik di akhirat nanti dan di dunia ini. Anda semua memang awesome. Jaga diri baik2.

      Delete
    3. salam mak wardah hai.... mak wardah ni dah mcm ibu kepada kami semua nih .... doakan lah yang terbaik untuk kami :)

      Azri

      Delete
  11. Salam. Happy bila baca ada hakimi, awan yg terpilu tampil bersuara. Jujurnya saya rasa hormat sangat pada anda semua yang gay samada yang terlanjur dan insaf dan belum terlanjur. Sangat susah menjalani kehidupan yang anda lalui, tiada ending untuk itu. Jujur bukan mudah melawan nafsu tapi anda semua mampu, awan terpilu selalu kata dia fake man tapi dia terus bertahan segagah yang mungkin hanya dengan bantuan Allah, Hakimi juga begitu, now Azri muncul dengan cerita yang sama dan ramai lagi, anda semua bagi saya adalah a hero that never fail to survive, terlalu susah anda tetap lalui, godaan memang kuat tetapi anda semua sangat tabah sebab itu anda adalah hero, InsyaAllah di dunia dan akhirat. Najmi, tqvm buatkan blog at least kita boleh berkongsi suka dan duka. To all my gay frenz esp Najmi, speciall tribute to all of you. Take care

    ReplyDelete
  12. tabik dgn anda semua, kl kita bandingkan pahala kita, malu saya. alhamdulillah today ada hakimi, ayt n lain2. jujur saya sgt hormat anda semua..take care najmi n the gang

    ReplyDelete
  13. Hahaha ramai yg komen kat atas ni da melalut da.... takper la whatever... yg penting sama2 happy

    ReplyDelete
  14. Salam.. Saya silent reader je selama ni tapi bila baca entry ni memamg sgt kagum dgn azri. 32 tahun melawan nafsu gay. Tahniah dan teruskan. How I wish I was as strong as u are. Kegilaan saya sgt sukar dikawal. Saya takde masalah cintan cintun ni. It's all physical buat saya. Bila dapat gaji je ke sauna and pusat urut. Walaupun dah jauh tersasar niat nak bertaubat tetap ada. Housemate saya br disahkan hiv positif dan saya semakin takut tapi masalahnya tetap susah nak tinggal wat jahat. Setiap kali wat jahatje bertaubat, menangis. Tapi selang sebulanje buat balik. Sampai dah macam fake je taubat tu.. Jadi nasihat saya pada azri, teruskan kawal diri, jangan cuba benda2 gila ni. Sangat bahaya kalau dah terjebak.

    -ROY-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ROY

      Bukan sahaja Azri tetapi ada dua tiga rakan kita yang masih kuat bertahan dr terjebak melakukan aktiviti2 songsang ini, seperti,

      Awan Yang TPLU kisahnya dalam entry " I"M GAY AND ITS NOT OKEY, BUT ITS AWESOME" dan

      kisah saudara RON dalam entry "SAYA ADA GAY GENE TETAPI SAYA TETAP LAWAN".

      Mereka antara yang masih kuat bertahan mengawal diri.

      Tak mengapa walaupun kita terlajak (saya pun sama seperti saudara satu ketika dulu) tapi kita sedaya upaya lah mengawal diri, saudara ROY kena ingat jumlah pembawa HIV diluar sana adalah ramai dikalangan mereka yang tidak menyedari diri mereka ada HIV...so kita kena lah berhati2 ya....:)

      Delete
    2. thanks bro Roy saya doakan awak dpat mengawal diri supaya tidak terjebak lagi. nak kata tak rasa dah rasa ye tak :) lain lah saya yang belum rasa lagi huh mintak mintak dijauhkan .... hari hari kena tahan godaan bro ...

      Azri

      Delete
  15. Our Love is hidden
    Our Love is unspeakable
    Our love is Forbidden
    Then why i fall in love with you mr nice guys
    Because i realize is wrong
    It's so hurt
    Deep In side my heart
    Even i know you also love me
    Every days our eyes caught
    Our heart melted
    And our mouth speechless
    Oh God
    What a crazy love
    You give us
    A forbidden love
    Oh God
    Forgive us have a feeling like this
    Even with a blood tears
    Please takes this feeling away..........

    Azri

    ReplyDelete
  16. kuat semangat...jgn berputus asa dgn allah

    ReplyDelete
  17. Dan apakah yang ALLAH lakukan apabila DIA rindu kepada hambanya?
    Sesungguhnya DIA, akan kirimkan hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian dan dugaan hidup.
    ALLAH berfirman melalui malaikat Jibril, "Pergilah kepada hambaKU dan kirimkan lah ujian kepadanya. Sesungguhnya Aku rindu akan rintihannya"
    ALLAHURABBI~

    bermujahadah semua shbt..pesan untuk diri dan untuk shbt seujian

    --zed--

    ReplyDelete
  18. Saya tertarik membaca entry Azri coz usia saya pun dah masuk 30 - an ... to be exact this year I'll be reaching 31, insya Allah ...

    Cerita orang tanya bila nak kawen plak memang biasalah ... mujurlah at this moment saya still ikuti distance learning study, so ada alasan nak fokus belajar ...

    Cuma itulah, x taulah apa nak jawab kalau orang tanya soalan cepumas " hang gay ke ? "

    When it comes bab terpandang lelaki hensem, u guyz tell me who doesn't feel the same like Azri ? dalam hati siapalah yang tahu betapa syoknya perasaan @ perasan but in the end of the day I guess we just have to left our thoughts unspoken

    Macam Azri, saya pun ada rumah, kereta n kerjaya tetap ... but still, org rumah yg takdak

    Namun saya rasa Azri lebih beruntung, coz …

    1) Kalau betul dia straight acting, he still have unprejudice friends to hang out &
    2) Kalau betul dia attractive, he still have somebody who wish him as a boyfriend

    As for me, my act is not that straight & I'm not a slim guy ... moreover I've got the strong feeling that people around me may suspected that I'm a gay right from the start I speak

    So, for Azri, I guess u are more fortunate compared to me but actually I'm also fortunate as well, coz for us who deals with depression by being gay, there are people out there however who finds depression is a luxury

    Why ? coz there are survival issues such as poverty, matters of life & death that those people dealing in their everyday life, which they don’t have time to despair …

    So, even the clock is ticking fast and time flies ... stop worrying too much & let's just hope that one day that God will change our sexual orientation back to where it suppose to be

    Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Begitulah kalangan kita yang punya naluri yang sama, dugaan sama cuma yang membezakan bagaimana cara kita mengatasi masaalah tersebut,

      ya kalangan kita berbeza kehidupan, ada yang tinggal di kampung ada yang tinggal di bandar, ada dikalangan kita yang hidup agak senang tetapi ada juga dikalangan kita hidup susah ada yang hensem ada yang sebaliknya, ada yang muda belia ada juga yang sudah tua, ada yang berkeyakinan tentang keadaan fizikal diri mereka dan ada juga yang tidak berkeyakinan...

      itu semua yang membezakan antara kita TETAPI dugaan nya sama terpaksa melawan dugaan nafsu songsang. Siapa yang bijak serta kuat melawan mereka ini lah yang menjadi pemenang. Pemenang syurga Allah.

      Wallahuallam

      Delete
    2. tak ada yang untung nyer amin jadik macam nih ... saya tak ramai kawan straight gak pasal dulu saya chub dan hujung hujung 20 an baru start menguruskan badan ... saya memang straight act tak siapa expect saya gay kecuali umur yang makin meningkat nih yang buat orang tertanya tanya.memang ada awek nak jadikan saya boyfriends dan juga jantan yang nak jadikan saya bf dier ha ha ha ... nak kata saya hensem tak la tapi kiut ader ha haha jgn muntah yer... dulu saya gemok tak desiapa pun nak pandang amin... biasalah manusia suka pada yang cantik jer kan :) ..... dah puas berdoa supaya tuhan change my seksual orentation to straight but notting happen... i don't want to cry anymore... life must go on peace..

      Azri

      Delete
    3. Azri,

      Ada rupalah tu kan...:) Berdoalah sepuas2nya mana tahu satu hari tiba2 Azri terasa ghairah bila pandang seorang perempuan, seorang permpuan yang Allah send khusus buat Azri...

      Delete
  19. Naj Mi & Azri,
    Teruskan berdoa...Allah Maha Berkuasa, Kun Faya Kun...DIA boleh menterbalikkan dan menukarkan apa sahaja yang dikehendaki. Apatah lagi kita ini hambanya. Seluruhnya kita ini milik DIA. Roh, jasad, hati dan perasaan semua milik Allah. Tidak ada satu pun yang ada dalam diri kita ni, milik kita... walaupun setitis peluh. Jika DIA mahu seorang gay berubah, dalam sekelip mata DIA boleh mengubahnya. Tiada yang mustahil bagi Allah...

    Jangan putus asa dengan rahmat Allah...
    Teruskan berdoa...
    Mati itu pasti...
    Syurga & Neraka itu benar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surya Hanee

      Insyaallah..saya akan terus berdoa padaNya...

      Delete
  20. sy pun penah brcinta dgn kwn baik sy sndri..tp x penah melakukan hbgn seks..sekadar ringan2..kami bagaikn belangkas..kemana sahaja sntiasa brdua..dia penah brjanji akn jaga sy, xkan tgglkn sy dan akn syg sy walaupn dia brkhwn..tp semua tu cuma indah khabar dr rupa..sekarang dia da bahagia dan temui cinta sejati dia..dia xnk sy ganggu dia lg..mesej atau call dia x bg..apa lagi nk brjmpa..dia cuba nk elakkan dgn beri seribu alasan pd sy..dia sggup redah 1000 batu prjalanan untk brtemu gf dia dan kwn2 dia yg lain..tp tidak untk brjmpa dgn sy..dia penah brtau pd sy, dia da berubah..dan sy terima semua itu..sy rindu sgt2 pd dia..tiap mlm sy menangis..dia tgglkn sy trkontang kanting keseorgn..tnpa tanda amaran..kini hidup sy sunyi..tiada tmpt mengadu..sepi keseorgan.. :(
    -insan malang yg dtp-

    ReplyDelete
    Replies
    1. insan malang

      Takdir dari Allah, semua yang berlaku sebaiknya kita fikir positif, pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku, maybe ianya juga sebagai petunjuk buat diri saudara agar memperbaiki diri, wallahuallam

      Delete
    2. tp sy rasa sungguh merana..xdpt lupakan dia..tiada teman untk mengadu..

      Delete
    3. insan malang

      paasti aada org lain yang lebih malang drp kita...positif selalu ok...:)

      Delete
    4. sy selalu brfkran positif..tp kdg2 sy rasa down..trkenang apa yg dia lakukan pd sy..sy x pernah tipu dia..tp kenapa dia selalu mmpergunakn sy untk kpntgn dia? knp sy dtpu..dperbodohkn..dhina slpas dia perolehi apa yg dia nak slama ni..dan sy dtinggalkn mcm tu sj..secara tiba2..sy amat prlukn seorg teman..yg ikhlas brkwn dgn sy..sy sunyi skrg ni..amat sunyi :|

      Delete
    5. insanmmalang

      sabarlah yer mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. jika perlukan teman untuk betukar pendapat dan untuk menghilangkan kesunyian sila tinggalkan email anda .... life must goes on no mather what happen to us.

      Azri

      Delete
    6. Abg azri..

      Yup idup msti dtruskan..ni email sy kimizham@gmail.com..sy harap abg sudi jd kwn dan shbt sejati untk sy..sy cuma manusia yg kerdil..yg perlukan teman dkala duka dan suka..yg btl2 ikhlas..insya,allah..

      Trima kasih kpd abg najmi krn mmberi nasihat kpd sy..


      -insan malang-

      Delete
    7. Assalamualaikum,,
      Shbt2 sekalian, sy sedih sgt sbb ada naluri songsang ni,, sy x mintak pun smua ni,, Tp alhamdulillah stkt ni sy blum trlanjur pun,, cuma skrg ni makin kronik plak mslh ni,, sy masih ada nafsu kat pompuan, mlhn nafsu couple pun kat pompuan,,dah mcm2 pompuan jd couple,, cun plak tu,, but when it comes to nafsu seks, sy lbih trnsg dgn llki,, astaghfirullah., sy dah lama berperang ngan nafsu songsang ni,, tp mmg ssh nak buang,, Ya Allah,, sy mcm bi jer,,tp sy tkut lama2 jd pure gay,,a'uzubillahi min zalik,, help me,,,,,, :(

      Delete
    8. Anonymous

      Alhamdulillah pertamanya awak masih belum terlanjur kedua awak masih berkeinginan terhadap perempuan. benar nak kawal sukar tapi paandangan saya, saudara boleh kawal diri sebaab belum berpengalaman atau terlanjur.

      Elak dr tgk photo2 bogel atau prono gay dalam internet, itu sangaat penting agar diri tak terangsang...Kalau mampu berpuasa lah sekerap yang boleh agar dapat kawal diri.

      Dan jika berkemampuan segerakan nikah agar terhindar daripada terlanjur dg lelaki. Kalau sekali terlanjur boleh jadi ketagih, nanti sukar nak hilangkan keseronokan bermain dg lelaki. Kalau saudara berkahwin dan terus buat seks bersama isteri insyaallah lama kelamaan jiwa saudara hanya ghairah pada isteri sahaja.

      Insyaallaah dalam masa sama berdoa agar Allah bantu saudara dalam menghadapi ujian naluri songsaang ini...

      Waallahuaallam

      Delete
  21. Salam... Saya perempuan n daya adalah lesbian... I'm in love with a girl... Yes... Its tough s u said... Kadang2 trpikir kenapa blh jd mcm ni kn... Perasaan tu hanya allah jek yg tahu.... Ape2 pn teruskn hidup n positive aebtiasa... Saya percaya satu hari insyaallah allah akan bukakan jalan utk kite berubah.....

    ReplyDelete
  22. my situation is almost the same dgn azri. Tapi Alhamdulillah, saye bisex. I found out that im bisex sejak kecil. Mula2 keliru dengan hidup sendiri. Masa paling teruk masa sekolah menengah ketika hormon2 tidak stable ( im in medical line, so saye conclude mase tu around puberty so, mesti ade kaitan ngan hormone), sampai skrg saye still xleh nak control sgt nafsu songsang saye. Walapun mcm tu, saye still fighting lawan nafsu ni walapun penah kalah suatu masa dulu - hubungan ringan, saye x benarkan meliwat/diliwat. Pastu saye menyesal sgt sbb mase tu saye dah mula amalkan agama, mendalami agama. Keluarga dan sahabat terdekat langsung xtau pasal keadaaan saya, mereka anggap saye mcm pak ustaz dah, solat berjemaah, quran, puasa sunat. Tapi dalam diri saye, naluri kearah lelaki still mendominasi. Terbace kisah azri, mmg byk persamaan. Termasuklah ketika pergi jogging keadaan yg sama dgn azri. Saye dah lama melawan nafsu ni. Setiap hari. kawan2 sekitar saye ramai yg menarik minat saya. hari2 saye bergaul dgn mereka. Seksa sungguh.Letih. Skrg, saye cuba busykan diri saye supaya xde masa nak buat bende2 xberfaedah. Tapi still, saye masih lemah dalaman. saye selalu kalah dgn nafsu walapun saye puasa - tu dapat halang waktu siang jer, malamnye saye akan puaskan nafsu dgn masturbate. Its a never ending war within myself...

    Jadi any kawan2 yg sudi bg nasihat kat saye terutamanye nasihat berunsur agama adelah dialu2kan. saye sgt2 perlukan kawan yg boleh bg nasihat supaya saye terus tabah dan kuat lawan diri saye. umatnabi89@gmail.com. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Benar sukar nak kawal nafsu ni, tapi saya yakin lama kelamaan jika
      kita bersungguh insyaallah kita boleh kurangkan aktiviti berkaitan
      songsang ni termasuk kurangkan onani, lama kelamaan insyaallah kita
      boleh kawal diri...

      Jika saudara masih muda, agak sukar sikit nak kawal diri sebab
      keinginan sangat tinggi, tapi tak mustahil juga saudara boleh mengawal
      diri..yang penting kita kena ada niat nak kurangkan atau dpt kawal
      diri...Allah tahu niat dlm hati kita..kalau terlanjur segera lah minta
      maaf dariNya

      Semoga saudara dan kita semua yang diuji dg naluri ini dilindungi Allah...amin

      Delete
  23. Salam sauadara Azri & Najmi,

    Akhirnya jumpa juga saya dengan teman yg senasib dgn saya. Kita serupa... umur saya menginjak 31 tahun...sy betul2 rasa sunyi...perit rasanya bile tengok kawan2 & org sekeliling menikmati keindahan hidup berumahtangga..main2 dgn anak...nampak bahagia sgt...sedangkan saya ke sana ke sini sorang2..harian saya, pergi kerja balik kerja...sy takde sape2 pun hatta kawan baik...di umur2 mcm ni, susah dah nk harap kawan2 boleh temankan kita..semuanya bagi tumpuan pada keluarga...asal buka fb, mesti mereka upload pics dgn family tercinta...life mereka nampak contented, ada drive..ada motivasi...sedangkan kita sendirian...sedih, gembira semuanya telan sendiri..bosan tu jangan cakaplah....

    parents pun ayik tanya pasal getting married...di pejabat, semua yg lelaki dah married..tinggal sy terkontang kanting...kadang2 rasa macam weird jer..yg bertanya kenapa tak kawin2 lagi ramai, tak kurang yg speculate itu ini...saya dapat rasa ada yg dapat hidu yg saya ni gay...

    saya akui, hanya kita yg melalui keadaan ni tahu betapa perit dan siksanya meniti hari..keseorangan..takde berteman...saya suka tengok2 toddlers & kids mana2 saya pergi..saya teringin sgt nak ada someone to love & be loved....tapi untuk berkahwin? saya takut..saya tak mahu sesuatu yg dibuat secara paksaan..lebih banyak buruk dari baiknya...

    kadang2 kita cuba sibukkan diri dgn kerja atau aktiviti lain, tapi....jauh di sudut hati..terasa sunyi sangat..rasa kosong....saya selalu menangis bila nak tido...

    saya juga ada few times crush pada str8 friends sendiri...cukup seksaa...

    sekurang - kuranya, blog ni dapat bagi saya kekuatan yg saya tak hadapi ujian ni sorang diri...moga Allah bagi kekuatan pd kita semua...in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lonely Guy

      Kita sama, ya yang penting kita kena tahu yang kita tak berseorangan menghadapi ujian seperti ini......ujian sama tapi cara kita hadapi aje berlainan, semoga Allah beri kekuatan semangat bantuan serta memberkati hidup Lonely Guy selamanya ya...Amin...:)

      Delete
  24. Nama ku Azali (Nama Samaran). Usia ku kini menjangkau 31 tahun, usia yang sepatutnya sudah memiliki seorang isteri dan sekurang-kurangnya dua orang anak.

    Sehingga kini, sukar untuk aku menerima hakikat bahawa aku adalah seorang gay. Sungguh terseksa hati ini kerana memiliki naluri gay dalam diri.. Sejak di sekolah rendah lagi, aku sudah menyedari naluri ini wujud dalam diri ku.. Namun ia menjadi rahsia yang tersimpan dengan cukup rapi. Tidak ada sesiapa yang tahu bahawa saya seorang gay, termasuk juga keluarga terdekat, adik beradik dan ibu bapa saya.. Bak kata lagu Siti.. 'biarlah rahsia'.

    Menjalani hidup sebagai lelaki bernaluri gay bukanlah mudah. Sering kali aku diuji dengan nafsu songsang, berfantasi melakukan seks dengan seorang lelaki. Jijik sungguh keinginan ini, namun itulah yang selalu mengganggu dan membelenggu hidup ku. Tanpa iman dalm diri barangkali sudah jauh aku terjerumus ke lembah hina dan dosa.

    Namun sebagai manusia yang telah mendapat didikan agama serta memiliki pendidikan hingga ke peringkat pengajian tinggi, aku sedaya upaya melawan naluri ini agar aku tidak terpesong jauh dari landasan dan batas-batas agama. Aku tidak menyalahkan takdir kerana wujudnya naluri ini dalam diri ku. Apa yang cuba aku lakukan ialah berusaha agar tidak melakukan perbuatan songsang yang ditegah agama seperti mana kaum Nabi Lut yang diceritakan dalam al-Quran. Namun, ia tetap ku anggap sebagai ujian yang terlalu sukar untuk dijalani.

    Meniti usia remaja dan dewasa, aku akui telah banyak melalukan onani disebabkan tidak berdaya melawan nafsu. Seringkali aku cuba mengelakkannya, namun naluri gay yang kuat ini menyebabkan aku sering gagal dan tersungkur.. Namun sehingga kini, aku tidak pernah melakukan persetubuhan dengan lelaki atau gay yang lain. Aku tetap berusaha memperbaiki amalan diri, melaksanakan solat 5 waktu, berjemaah di masjid, berpuasa, membaca al-quran dan menghadiri majlis-majlis ilmu atau majlis agama.. Begitupun sukar untuk aku jalani dan banyak ikhtiar serta doa aku panjatkan pada ilahi, namun naluri ini tetap wujud, seperti tak dapat dibuang.. Ia terus menguji diri ini sehingga aku mengatakan bukan salah memiliki naluri sebegini, yang menjadi kesalahan apabila kita menuruti naluri itu mengikut kecenderungan ke arah songsang dengan melakukannya secara luar tabii..

    Alhamdulillah... Iman dalam diri ini masih kuat untuk menghadapinya. berkat amalan untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t.. Aku percaya bahawa tidak akan terjadi sesuatu perkara melainkan dengan izin Allah.. Allah juga yang mengurniakan hidup ini, hati ini dan segala yang tak kita fahami.. AKu percaya manusia yang hidup di dunia ini diuji dengan macam-macam dugaan, masalah dan situasi yang mungkin berbeza dan pelik-pelik antara satu sama lain. Namun, semua itu adalah ujian, menguji umatnya siapa di antara kita yang mengikut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya..

    ReplyDelete
  25. (Sambungan)
    Biarpun naluri gay ini tidak dapat dicampak atau dibuang jauh-jauh dari dalam diri ku, namun aku bersyukur kerana anak titik-titik keinsafan mulai tumbuh dan membunga di hati ini. Aku belajar untuk menerima hakikat bahawa naluri gay ini adalah ujian yang didatangkan Allah untuk ku.. Sesudah aku mengetahui perihal kaum Nabi Lut dalam al-Quran, adakah wajar aku mengulanginya juga.. memang perit dan siksa menentang nafsu songsang, namun tidak ada harus aku tewas dengan dugaan berat ini.

    Aku hanya berdoa semoga di hujung kehidupan dan usia ini, aku masih berkesempatan untuk menjadi manusia yang taat dan tunduk kepada kebesaran Allah sekalipun dikurniakan dan diuji dengan naluri gay ini. Semoga Allah menukarkannya dengan kenikmatan Syurganya di alam akhirat nanti. Mudah-mudahan ya Allah.. Engkau perkenankan doa dan harapan ku ini.

    Kepada Allah tempat kita kembali.. kepadanya kita haris mengabdikan diri.. Hidup ini hanya permainan dan penuh dengan kepalsuan.. Kepada rakan-rakan yang memiliki nasib seperti ku ini, ayuh... mari kita semua berjuang untuk menentang keinginan naluri ini yang sering menduga dengan nafsu songsang.. Semoga kita tidak terjebak lebih jauh.. Marilah kita berdoa dan bertaubat kepada Allah dan menyakini dengan bersungguh-sungguh bahawa hanya Allah yang dapat membantu menguatkan iman dalam diri kita, hanya Allah yang dapat melindungi kita.. Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang diciptakan dan diuji untuk kita.. Esok, setelah mati, kita akan kembali kepada Allah untuk menjawab segala apa yang telah kita jalani sepanjang hidup didunia ini.. Semoga tidak sia-sia kita diuji dengan nafsu dan naluri sebegini..

    Kepada semua lelaki di luar sana yang diuji dengan naluri gay ini, marilah sama-sama kita insaf bahawa kehidupan dunia ini hanya sementara sahaja.. Di akhirat, ada kehidupan yang lebih kekial untuk kita hadapi.. Jika kebahagiaan hidup di akhirat ditentukan oleh kehidupan kita di dunia yang sementara ini, alangkah ruginya kita mencagar kehidupan dan kenikmatan Syurga dengan keseronokan dunia yang cuma seketika.

    Aku berdoa untuk diri sendiri dan rakan-rakan di sini agar diberikan hidayah, petunjuk dan kekuatan agak menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Amin.

    Azali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih AZLI berkongsi kisah serta pandangan dan nasihat, alhamdulillah mudah2an saudara diberi kekuatan terus mengawal diri dan dilindungi ALLAH SWT...Saya akan jadikan entry kisah saudara ini...

      Delete
  26. Maaf, banyak kesilapan ejaan dalam pos saya di atas..
    Terima kasih kepada admin/pemilik blog yang memberikan perhatian.

    Azali.

    ReplyDelete
  27. Azali

    Ejaan salah akan saya perbetulkan...terima ksaih..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naj Mi dah buat entry ke tentang Azali.. Tak jumpa pula link kat mana..

      Azali.

      Delete
    2. Anonymous, abg rasa abg dah jadikan kisah AZALI ni entri dlm blog...tak mengapa abg periksa lagi...maybe abg terlepas pandang...:)

      Delete
    3. Anonymous entri mengenai AZALI sudah dipublishkan...:)

      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2013/12/azali-terima-hakikat-naluri-gay-ini.html

      Delete
  28. alhamdulilah wlau byk dugaan tapi xpernah melanggar yg teruk2x. really admire u . mmg susah nk lawan nafsu .yg straight pun sme je kdg2x susah nak lawan nafsu . sibukkan diri dgn benda baik buat amal kebaikan volunteer ke maybe boleh distract diri dr fikir bede yg xelok

    ReplyDelete
  29. Interesting read...and i used to read on gay by Kinsey Report and the stories facing by gay people are same around the globe, just culture that makes it a little difference...i used to lived in the UK but through my observation not all people can accept gay people just like other places, only the level of tolerance towards gay community/individual...what can i see is that Azri and others including myself need a support group to support each other...like the Hijra (transgender) community in India.

    be strong...

    ReplyDelete
  30. Salam Saudara Azri Dan saudara Najmi...
    Fauzan :: Nama Samara ::
    Saya memahami sangat apa yang diceritakan oleh azri.. Saya tak berhenti ketawa bace apa yg dikarang oleh azri. Tak tahulah kenapa..tapi saya rase sangat lucu karangannya.. Dengan GAYDARnya..Dengan Muntah hijaunya. Sangat menarik!. Dalam ketawa tu ada la kesedihan yang hanya golongan GAY memahami dan mengerti keperitan dan kesusahan hidup yang dialami oleh golongan UNIK ini. Yang bab mengenalpasti GAY dengan sekilas pandangan memang sangat tepat. Tapi hanya GAY je lah yang boleh merasai semua itu sebab saya pun berada di landasan yang sama dengan kalian.(Ha Ha Ha). Memang sedihkan mempunyai perasaan sebegini rupa.
    Saya pun macam kalian juga, mempunyai nafsu kepada lelaki mase tadika umur 5 tahun. Time tu saya sangat suke tengok pakcik2 yang tua tidak berbaju, berbulu dada dan lelaki2 yang ada rupa. Padahal baru je umur 5 Tahun. Tengok pakcik2 yang tak berbaju terus NAIK 90%. Tapi time tu tak mengerti la perasaan apa yang sebenarnya di alami kan. Kecik lagi,tapi yang tak boleh tahan mase kecik selalu tengok cerita kartun POPEYE,dan jatuh hati dekat musuh POPEYE tu. Badan dia kan macam tough and ada bulu2 sikit. Ha Ha Ha,tetibe rase diri ni teruk sangat. Dengan kartun pun ada nafsu.
    Meningkat dewasa, bersekolah di sekolah ARAB dan disitulah baru mula mengerti aku ni sebenarnya GAY,sukakan lelaki. Tapi time tu rase sangat takut memiliki naluri sebegini sebab ustaz kat sekolah banyak kali mengingatkan, sekali ada perasaan ghairah melihat kaum sejenis adalah HARAM!. Lepas tu tengok cerita pun takut sebab ramai yang hensem2. Mase di sekolah berkawan, Alhamdulillah semuanya terjaga. Maklumlah kan sekolah arab, lelaki dan perempuan tak bercampur, kelas asing2. Tapi bagi yang straight ok la kan.. Aku ni nafsu bengkok bergaul dengan lelaki, ibarat lelaki straight dikelilingi perempuan2 la kan. Hmmmm, waktu tu kuat lagi aku menahan hawa nafsu. Tak melakukan aktiviti lancap dan sejenisnya.
    Lepas tu ,meneruskan pengajian ke Matrik. Disitulah segalanya bermula. Lelaki kat situ semuanya hensem dan muka macam jambu,terutama dari Kelantan. Hensem giler,tak penah lagi jumpa hensem macam tu sebelum ini. Ya Allah,hanya tuhan saje yang tahu gelora nafsu syaitan yang tak guna nie. Asyik ingat dekat dia je, padahal tak kawan pun. Tak tengok muke dia sehari hati ni rindu rase nak meletup. Semasa habis belajar disitu setahun hidupku tidak keruan kerana tak dapat melihat wajahnya. Dah puas mencari di facebook tapi tak jumpa. Hmmmm, menahan jer nafsu serakah ni. Seterusnya menyambung ke university.

    ReplyDelete
  31. (SAMBUNGAN)
    Dan Alhamdulillah sampai sekarang tahun 4 serumah dengan orang yang beriman. Melakukan solat 5 waktu, selalu baca al quran, selalu pergi ke majlis ilmu. Dan semuanya sangat baik. Aku pun berubah sekali. (Bukan nak riak,TAPI benda beginilah yg memandu kita) Tetapi NAFSU aku masih lagi tak berubah. Dan yang paling parah sekarang ni aku sukakan dekat Housemate aku sendiri. Allahurabbi..tak tahu nak buat macam mane. Dia sangat baik. Dia macam suka bermanja dengan aku. Suka meluahkan perasaan kepadaku. Suka menyuruh aku memicit kepalanya. Suke munyuruh aku mengurut belakangnya. Tapi bab dia buka cerita pasal perempuan,aku mula rase tak suke,bila dia cakap dia nak kahwin aku rasa sedih. Aku tak tahu kenapa?!Dan sekarang kami hampir akan berpisah kerana sudah tahun akhir. Aku merasakan sangat sedih akan kehilangannya walaupun mungkin dia menganggap sebagai seorang kawan baik. Tapi aku menganggapnya lebih dari itu.
    Setiap kali dia tiada dirumah atau balik lewat kelas,aku tak keruan. Aku sangat rindukannya.Dan sejak 2 menjak ni, Allah macam menegur aku. Di dalam khutbah jumaat diceritakan tentang Kaum nabi lut. Dalam tazkirah pun sama. Berkisar mengenai kaum GAY. Aku rase sangat menyesal dan aku bertaubat. Aku berjanji dekat diri aku sendiri, takkan melakukan perkara2 kotor lagi,seperti melayari laman web lucah, tgk video lucah dan sebagainya.. Aku harap suatu hari nanti Allah akan mengurniakan aku dan semua sahabat2 nafsu yang lurus. InshaAllah.. Umur aku baru 22 tahun. Tapi nafsu ku sungguh kuat. Rase nak pecah jantung nak menahannya kalau dia datang. Tahniah la aku ucapkan kepada saudara sekalian kerana mampu menahan nafsu sampai umuri 30 lebih. Semoga kita mampu menahannya dan yang pasti pasti ade hikmah disebalik apa yang Allah berikan kepada kita. Nasihat saya satu jer, jika nafsu serakah tu datang,cepat2 ingat ALLAH,ingat azab Akan ALLAH berikan. Kehidupan kita didunia sekejap je. Kita menginginkan kehidupan yang hakiki di akhirat iaitu syurga. Selagi mampu, kita berJIHAD teman2!!!! Semoga kite tergolong dalam golongan Ahli syurga InshaALLAH… amin ya rabbal Alamin.. Jutaan terima kasih diucapkan kpd saudara najmi dengan blognya yang memberikan seribu erti keinsafan kepada kaum UNIK ini.
    Sama2 kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Mungkin ini ujian kita untuk ke syurga. InshaALLAH!! aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fauzan,

      Macam biasa kalau ada komen tentang diri pembaca yang panjang ni abg akan jadikan entri blog abg nanti, terima kasih kerana berkongsi kisah, abg tak sempat nak baca lagi kisah saudara Fauzan ni, sebab nak ke hospital, insyaallah bila buat entri nanti masa nak edit abg akan baca...:)

      Delete
  32. Insyaallah..selagi ada semangat untuk berubah..pasti ada jln..Allah maha pengasih..jgn mengalah,dugaan pasti ada untuk berjaya.jgn putus asa.

    ReplyDelete
  33. Sy suka bce entri blog abg kli ni :)
    Sy mengaku yg entri dlm blog ni ada kaitan dgn jiwa sy . Demi Allah , sy jgk dikurniakan naluri mcmtu dri kcik lgi . Mcm-2 dugaan yg sy lalui dlm tempoh remaja sy . Sy rse xprlu sy jelaskn kt sni . Tpi sy cuma nk ckp yg selama sy hidup ni sy xprnh lgi terjebak nk buat ' maksiat sejenis ' . Sy prnh trfikir klu si dia btol2 sygkn sy knp prlu lakukan seks ? Kmudian bila da lama-2 jemu nnt pergi tngglkn sy . Bgus ke org mcmtu ? Sy x snggup nk terima org mcmtu . So , dri awl-2 sy da tolak benda tu . Kbnyykn laki yg gay ni smua nk kn kpuasan nafsu je bkn btol-2 dia cintakan psgn dia . Allah je yg tau prasaan hti sy bila sy imbas blik smua benda tu . Ye , sy mngaku yg sy ad naluri mcmtu tpi sy xbole tipu hati sy wlwpun lidah sy kata lain . Dlm hidup sy ni , sy cuba perbaiki lgi diri sy . Sy cuba yg terbaik utk diri sy . Lgipun mmg hidup ni sementara . Kita berhak tntukan hidup kita . Andaikata tkdir hidup sy mcmtu sy redha kn aje sbb sy tau prncangan Allah lgi hebat . :-)

    Capital A . 18 . JB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Capital A. 18, JB

      Alhamdulillah sebab saudara masih kuat terus mengawal diri dari tidak terlajak, semoga Allah terus lindungi saudara dari segala hasutan syaitan. Semoga saudara selamat didunia dan diakhirat nanti. AMIN3

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST