Thursday, 2 May 2013

AARON SEORANG GAY - TERLINTAS NAK BERHIJRAH DAN MASUK KRISTIAN

Seorang pembaca mengirim email kepada saya berkongsi kisah hidupnya kepada dan saya sharekan didalam blog ini. Di akhir email tersebut Aaron bertanya dengan soalan "Siapa nak nasihat aku, siapa nak bimbing aku?" 


Nama saya Aaron (bukan nama sebenar), umur sekarang 23 tahun, mempunyai darah kacukan cina dan melayu, mempunyai 6 orang adik-beradik, 5 lelaki dan seorang perempuan. Aku anak kedua dari 6 orang adik-beradik tu. Kini, mengambil jurusan agama di sebuah IPTA Islam di Selatan Tanahair. 

Dulu masa kecil-kecil, saya selalu raba budak perempuan, normallah sebab naluri suka pada budak perempuan. Tapi, agak tidak normal sebab suka meraba orang. Tetapi, dia orang rela. Ya, umur 8 tahun dah mula pandai meraba orang. Saya pun tak tahu dari mana dapat perangai ni padahal dulu mana ada VCD lucah atau benda-benda macam tu.

Dibesarkan manja oleh mak seorang guru, dan apabila aku berpindah sekolah aku tidak mempunyai kawan. Aku hanya dapat berkawan dengan geng-geng lembut semasa disekolah rendah. Geng-geng ni lah yang menghargai kita. Aku mula jadi macam diorang, dah jadi lembut. Namun, naluri still straight.

Naluri aku mula berubah

Setelah UPSR, kebetulan berlangsungnya dirumah aku majlis perkahwinan mak saudara aku, jadi dia telah meminta emak tolong anak-anak muridnya yang lelaki buat persiapan untuk kenduri keesokan hari. Jadi, ada antara mereka yang tumpang tidur dan sebilik dengan aku.

Tetapi, aku tidak rasa curiga. Malah, aku tidur nyenyak sekali. Sampailah tengah malam, aku tak tahu pukul berapa. Ketika itu, aku rasa seluar aku cuba dilondeh. Aku mula cemas bila dengar ada orang bukak zip dan tali pinggangnya. Aku buat tak endah. Sekali lagi, seluar aku ditarik. Malam tu aku pakai track-suit. Aku pun berpaling ternyata dia berpura-pura tidur dan seluar dia kelihatan masih terbukak. Disebabkan peristiwa itu, aku keluar dari bilik tu dan tidur sekali dengan ibu bapa aku. Diorang tanya kenapa aku menangis. Aku cakap ada orang nak liwat aku (anak murid mak aku).

Diaorang kata, esok diaorang akan tanya. Esok, aku bangun lewat. Aku masih trauma. Diorang (ibubapa aku) cakap diorang tak percaya apa yang aku cakap. Macam mainan tidur kata mereka. Aku pasrah lah.

Sejak aku kena peristiwa tu, naluri aku mula berubah. Mula-mula aku benci lelaki, tetapi aku berubah jadi suka (nafsu). Aku pernah bermimpi tidur dengan kawan ayah aku. Perangai aku jadi lembut macam pondan. Mak aku, abah, abang dan adik panggil aku pondan. Menyirap jugaklah apabila orang bagi award macam tu. Tetapi, lama-lama dah kalis.

Biarlah orang nak kata apa. Yang penting aku dapat result cemerlang 5A dalam UPSR, pelajar cemerlang dan dalam adik-beradik aku, aku hanya ambil masa setahun khatam Quran. Aku kenal Quran pun masa Darjah 5. Darjah 6 terus aku speed the limit dan khatam.

Semasa aku darjah empat aku berpindah dari sekolah cina ke sekolah melayu. Bab-bab agama aku tak diberi penekanan sangat. Aku rasa cikgu cina aku lebih expert dalam tulisan jawi berbanding aku ketika itu.

Akhirnya, masuk ke Tingkatan 1, aku diberi pilihan nak masuk sekolah asrama penuh (dapat tawaran) atau sekolah Arab. Aku kata tak nak sekolah asrama tu sebab sekolah tu pilihan mak aku. Aku nak masuk MRSM atau sekolah asrama lain. Sekolah sbp tu tak best, takde kawan. Tapi, aku takde rezeki sebab tak dapat masuk MRSM dan aku juga tak mau ke sekolah sbp yang bukan pilihan aku. 

Nak tak nak, terpaksa ke salah sebuah sekolah Arab di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan yang dekat dengan sekolah aku. Bila masuk sekolah ni, aku berubah dari selalu pakai seluar pendek ke seluar panjang. Even dalam rumah sekalipun, tapi masalahnya aku still lembut.

Cinta pertama 

Kawan-kawan lelaki aku suka mengesel kemaluan diorang kat belakang aku. Nak je aku terobos bontot diorang. Semua hensem pulak tu. Tapi, aku masih belajar agama. Then, at the same time, aku jatuh cinta pada seorang perempuan ni. Muka dia lawa, berlesung pipit, suara lemah lembut dan aku selalu tolong dia angkat barang. Kadang-kadang, iring dia balik. Aku bila bersms dengan dia sampai pukul 2 pagi seronok.

Sampai suatu hari, ketika itu  masing-masing kita orang di Tingkatan 3 dan duk kelas yang sama. Aku cakap aku cinta dia. Akhirnya, apa yang aku dapat? Dia cakap dia anggap aku macam abang. Kecewa terus langsung selepas itu aku dah hilang nafsu pada perempuan. 

Sehinggalah, aku dapat result PMR dan agak cemerlang. Aku mohon pertukaran ke sekolah separa asrama di bawah Yayasan yang sama. Sekolah tu ada aliran Sains. Ditakdirkan aku masuk lebih awal disebabkan result aku. Janggal, all of them are male. Tercenggang dan terkejut. Dunia apa ni, semua lelaki. Aku jadi perhatian, femes seketika dalam masa dua minggu.

Lepas tu, nafsu aku terhadap lelaki telah meningkat maksimun. Ramai budak-budak asrama yang straight atau gay rape junior semasa diorang tidur. Namun, pihak sekolah tak dapat wat ape-ape, dah common benda tu. Even, sekolah yang campur jantina pun still berlaku benda ni. Inikan sekolah yang semua lelaki. Aku pun termasuk dalam kalangan gay tu.

Ramai junior yang suka tidur satu selimut dengan aku, sebagai balasan aku main "anu" diorang. Ada yang keluar air mani, ada yang merasai nikmati. Kawan-kawan aku yang straight pun "naik" jika aku main dengan tangan "anu" diorang. Semua "anu" super size dengan badan berotot. Seronok nafsu ketika itu. Sampai aku amik STAM, sebab result SPM aku kantoi, kafarah agaknya. Tapi, tak menginsafkan aku.

Kali ni, kawan aku yang straight dan handsome sekarang dah ke Mesir belajar agama. Dia suruh aku main dia punya dan dia letak tangan aku betul-betul kat situ. Aku pun terjebak balik setelah beberapa bulan tinggalkan benda tu. Mula benda tu macam yang kanak-kanak, lepas seminggu dah berubah jadi besar. Hasil dari tangan aku.

Dan ada suatu hari dia call suruh pi rumah kakak dia. Kakak dia ketika tu duk kat bawah jaga kedai, dia terus kunci pintu. Dan dia mula buka pakaian dan tinggal boxer. Aksi kami dah macam suami isteri. Tetapi, ketika dia minta nak masuk belakang, aku tak bagi sebenarnya tak bersedia untuk diliwat. Tak jadi, fuhh. Tapi, peristiwa tu menjadi aku ketagih balik nak main orang punya tut.

Dia kata dia sudah bertaubat, tapi walaupun aku solat taubat. Aku masih tak serik. Kami berpisah setelah dia pergi ke Mesir.

Universiti

Setelah masuk universiti, aku dapat kawan baik bernama H dekat-dekat dengan nama aku. Kami berkawan baik selama 2 tahun setengah tanpa berasaskan nafsu. Kawan aku smart, handsome dan tinggi. Tapi, tahun ke-3, perasaan aku mula berubah, aku banyak habiskan masa dengan dia. Kita orang tinggal di rumah sewa sekali. Aku masak untuk dia, rekemen cara jaga kesihatan, tengok movie sekali dan tidur pun dia tidur sebelah aku. Biasanya dia bagi aku peluk badan dia.

Sampailah suatu ketika, tangan dan fikiran aku dan wat dajal terhadap kawan baik aku. Malam tu, aku raba. Aku anggap dia macam kekasih aku. Sampai keesokkan hari, dia tanya apa aku buat semalam. Setelah ditanya, aku cakap aku main dia punya dan raba dia punya dada. Nak termuntah aku tengok reaksi dia. Then, disebabkan dia dah jijik pandang aku, satu rumah sewa tahu. Aku ambil keputusan berpindah rumah. Lepas kejadian ni, aku minta maaf dengan dia walaupun dia dah remove aku sebagai close friend dia.

Ya, aku bersalah dan aku patut terima hukuman ni. Tiap-tiap malam termasuk malam ni aku ditimpa penyesalan dan aku merasa takut untuk berjumpa dengan orang yang aku khianati. Kelas dan kuliah kami adalah sama. Aku mengalami tekanan perasaan. Hanya solat dan baca Quran menghalang aku dari gelisah.

Lepas kejadian ni, aku rasa malu dengan semua kawan aku walaupun benda ni jadi rahsia. Aku malu dengan perbuatan aku. Aku insaf. Aku sampaikan mengigau tiap-tiap malam memohon kemaafan dari kawan aku.

Aku harap dia bahagia sebab 2015 dia pernah cakap dia nak menikah. Dia adalah kawan terbaik yang pernah aku khianati. Kini, air mataku tidak boleh mengubati yang lepas. Aku pun rasa diri aku tak layak berkawan dengan orang lain dan jijik terhadap diri sendiri. 

Dalam minggu ni aku terlintas untuk masuk agama Kristian sebab aku percaya aku akan dapat kawan yang menerima aku seadanya dan membimbing ke jalan yang betul.

Sape nak nasihat aku? Aku jahat. Aku hina. Masukah syurga jika mempunyai naluri terhadap lelaki? Siapa nak bimbing aku? 

Kalau aku tidak dapat kawan dari orang Islam, biarlah aku masuk Kristian. Mungkin aku akan berhijrah ke Eropah. Adakah nasib orang-orang macam kita macam ni. Sedih. Ada ke imam kat masjid-masjid (diluar sana) nak bimbing orang macam kita…???

Aaron 
Insan Yang Perlukan Perubahan dan Sokongan



Aaron

Saya dah baca perkongsian kisah hidup saudara, dan saya percaya kisah saudara hampir sama dengan kisah gay yang lain diluar sana. Saudara kena ingat pasti ada dugaan yang lebih besar dan yang lebih teruk yang dialami orang lain diluar sana. Saudara hanya berperang dengan naluri songsang sahaja, tetapi ada orang lain yang punya naluri songsang dan dalam masa sama mereka ada pula virus HIV dalam tubuh mereka. Saudara tidak ada HIV masih sihat. Saudara perlu bersyukur.

Dan jangan sesekali berniat nak bertukar agama kerana bertukar agama dan berhijrah keluar negara hanya akan membawa kepada lebih banyak kerosakkan dan kemudaratan pada diri saudara. Percayalah segala dugaan ini diturunkan Allah pasti ada sebabnya, Dia sedang menguji diri saudara dengan dugaan yang besar ketika ini. Jangan disebabkan kita bernafsu songsang dan kita berpisah dengan rakan yang kita sayangi maka pegangan agama yang selama ini kita amal nak kita pertaruhkan (salahkan)

Nasihat saya janganlah hendaknya saudara ada niat atau terlintas difikiran walau sekelumit sekali pun hendak bertukar agama, itu satu tindakan yang sangat-sangat salah, banyaklah beristigifar saya tahu saudara lebih faham dalam bab berkaitan agama ni daripada saya.

Pada saya biarlah kita mati dalam keadaan diri kita gay yang walaupun berdosa kerana melakukan maksiat tak mengapa (nauzubillah)  asalkan kita mati dalam Islam, mati ketika kita masih mengakui "Bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah", JANGAN sesekali kita mati dalam agama lain selain daripada Islam (murtad). 

Alhamdulillah sebab saudara bijak mengaji Al Quran tidak seperti saya yang orang kata "benak", maka beramallah saudara dengannya selalu insyaallah Allah akan melindungi saudara. 

Fikirkan masa depan saudara, bersangka baik pada Allah insyaallaah Allah akan melindungi saudara kelak...selalu-selalulah berhubung dengan saya insyaallah kita boleh bertukar-tukar fikiran. 

Saya mohon email ini dijadikan entri dalam blog saya dan diharap ada pembaca yang sudi memberi nasihat yang lebih baik daripada saya.  - NAJMI



Tips dari Aaron kepada saudara JAFFAR (bagaimana cara melayan rakan baik kita yang straight klik diSINI


Dan kisah JAFFAR klik di SINI


16 comments:

  1. Salam,Aoron perlukan teman yg boleh membimbing aoron semula agar keimanan aoron bertambah.aoron mungkin kesunyian.luahkanlah pada teman,pada abg,abg najmi boleh membantu,nak cari ustaz mungkin aoron malu.Aoron seorang yg pandai belajar agama.bacalah Alquran dan tafsirnya sekali,Tolonglah...jangan sesekal keluar agama.Aoron kena bershahadah semula,lawan nafsu dengan rajin solat 1/3malam.banyakkan baca kisah Rasulullah yang amat menyayangi kita.Rasulullah menunggu kita dipadang mahsyar kelak.kalimat ummati 3x sentiasa dibibirnya.Aoron sayang tak ibu aoron,sayang tak Ayah aoron,Please...Jangan bagi ibu Aoron menangis,Sayangilah ibu aoran.Jadikan ibu aoron sebagai teman,kekuatan untuk berubah.rapat dengan nya.luahlah padanya.minta bantuan ibu Aoron.lama kelamaan aoran akan marasai perubahan,Doa ibu inshaAllah Aoron akan mendapat kekuatan semula,dengan kekuatan tersebut Aoron akan dapat merasai kasihsayang Dari Allah&Rasulullah.ada masalah abg sedia membantu.minta ja email dekat abg najmi.Abg sudi menemani aoron dari jauh.Aoron beruntung sempurna,ada yg tiada tangan,tiada kaki,buta,dibuang ibubapa ditepi jalan tapi mereka cuba jadi yg terbaik,mereka bersyukur pada Allah dalam serba kekurangan.Please....jangan sesekali keluar Agama,ada masalah,abg sedia berkongsi dgn Aoron.Pandanglah Ibu Aoron.disitu ada kekuatan.wallahuAlam... hr21

    ReplyDelete
  2. Aaron, anda sebenarnya berperang dengan nafsu sendiri, orang yang belajar agama biasanya Iblis yang dihantar pangkatnya lebih tinggi (fahaman saya sahaja) kerana memang tugas mereka menghasut kita. Pendapat saya, Aaron perlu fikirkan semula apa yang berlaku, kenapa berlaku dan tidak boleh di kawal serta apa cara untuk menghindarinya.
    Kalau baca sejarah seksualiti Aaron, dari kecil seusia 8 tahun sudah ada nafsu seksualiti yang tinggi tetapi normal tapi bersikap lembut sikit. Hasil dari situ berkembang sehingga tahap sejenis.
    Aaron, ianya mungkin tidak dapat diubah tetapi dapat dielakkan dengan melakukan perkara2 seperti sahabat2 kita lakukan contohnya dekatkan diri dengan Allah seikhlasnya, mohon perlindungan Allah, puasa dan penuhkan aktiviti2 harian serta bergaul dengan mereka yang normal dan positif. Jangan risau kami semua disini adalah sahabat anda, kita semua manusia tidak sempurna, setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan. Bila ada masa lapang baca blog najmi dan blog2 lain sebagai pengetahuan dan pelajaran, saya doakan Aaron tabah dan jangan sekali2 sanggup jadi murtad hanya kerana dugaan ini. Alhamdulillah Allah sayangkan Aaron. Take care

    ReplyDelete
  3. itu lah masalah dalam masyarakat kita sekarang ini, apabila kata gay terus di kaitkan seks. sedangkan gay tak semestinya terus nak lakukan seks. Pada saya perasaan gay tu adalah satu dugaan dari Allah untuk menguji kita adakah kita menjadi hamba nafsu atau terus lulus dengan ujian itu dengan menjauhkan diri dari maksiat. Sekarang nie banyak owang mendakwa mereka telah beriman tetapi dakwaan mereka di buat sebelum di datang kan dugaan untuk mereka.

    AbAH

    ReplyDelete
  4. abg najmi..leh ke sy dptkn emel or fb dia??sy nk kwn dgn dia..i mean,virtually la..klo xleh,xpela...tq bang..abg knal sy kn??sy jrg komen cni,xtau r abg ingt x..tq

    ReplyDelete
  5. warkah kembara

    Kena tanya empunya badan dulu, insyaallah abg akan minta kebenaran drp Aaron dulu, kalau dia sudi beri email dia, insyaallah abg akan bagi email dia pada warkah kembara.

    Walaubagaimanapun kalau Aaron ada baca komen permintaan warkah ni, abg harap Aaron boleh terus hubungi warkah teruskan (kilik aje kat nama/photo warkah kembara tu) dan send terus email kan..

    ReplyDelete
  6. ini kisah aku..dulu aku kecil umur umur belasan tahun..ini yang terlintas dalam fikiran aku..kerna apa ? kerna aku rasa jika jd ke ugama lain ( niauzubillah himinzalik ) aku senang senang nak buat maksiat alhamdulillah Dia masih sayangkan aku..bila kenangkan neraka ..mak ai..jangankan api neraka puntung rokok yang kita hisap kalo terkena kat paha pun terlompat lompat hehehe inikanpula api neraka jahananm..biarlah jiwa merana kerna naluri Gay asal di sana nanti tidak kekal kedalam neraka...

    mungkin Aron rasa aron penuh ilmu agama tp bernaluri gay , yang membuat aron rasa bersalah.. itu semua hanyalah ujian adik.. aku rasa ko kuat/tabah untuk menghadapinya.

    beginilah aron ko pedulikanlah persaan gay itu ko buat bodoh jer ler ....
    aku dulu sampai lugu lugukan dahi aku sendiri untuk menghilangkan rasa gay ini..tp yang sudahnya kepala aku berpusing pusing...
    akhirnya aku ambik keputusan hari ni punya problem aku coba setel hari ini , kalo tak dapat aku skip jer ..so aku tunggu hari esok untuk esok punya problem ..tak setel tunggu esok lagi..lama lama aku lali ..n hidup cam biasa ..tp masih closet hehehe...

    harap fahamlah tulisan akuni..aku tulis ikot kata hati jer..apa yang korang baca ni semuanya direct dari hati terus kehujung jari..

    kalo aron susah sangat ..kawan jer ngan abang jangut..nanti abg gosok ngan jangut hehehe

    ReplyDelete
  7. Aaron.. kesian u... bykkan diri mengadu ngan allah disejadah... keseronokkan hanya ujian dan bersifat sementara... Duduk selepas solat.. dan bercerita dgn allah.. jgn makan pujuk rayu hasutan syaitan.. Allah sentiasa ada.. <3

    ReplyDelete
  8. Hi Aaron,

    First I’m sorry for writing in English for you but I prefer to write it in this way. Anyway, after I read your post on Hidup Mesti Diteruskan blog I decided to write a reply base on my view and opinion. My view might contradict with other comments but this is truly from me, so no hurt feelings for other commenters.

    As far as I see, most of the straight guy change to become PLU (gay) when they broke up with their girlfriend or then the girl doesn’t accept the guy love. This tends to make the guy to feel frustrated and during this period they feel lonely, want someone to be with them. This kind of feelings forces them to have feelings with guys but unlike the natural gays who have those feelings since the first day they born. In your case I can understand that you have been affected by two reasons, one is your surrounding friends and second if because of your girlfriend who doesn’t accept your love. Don’t blame yourself for this but you have to think rationally to overcome this.

    Being trapped in this kind of feelings (gay) will hurt you every day just like me, yes I’m one of our kind too. It is not something to be proud of and yes I know some would say, accept the way I am and yes they are right on that statement but I’m not going to touch that part since you want someone to guide you unless you want me to talk that part too!

    Again, changing your religion from muslim to Christian doesn’t going to help you much either. What can guarantee you that after changing to Christian there’ll be a someone who can guide you better? I would say none; your current religion is strong enough to guide you Aaron so there’s no need in changing religion. The only thing that you need now is someone who you can share your feelings with, someone who can talk with you and listen to your problem. I bet out there have tonnes of people who willing to listen to you Aaron, there are a ultimate person who can always hear you which is god, pray, talk to him, let him know your problem, I’m sure that he’ll leads you for a better journey.

    Don’t blame yourself for being this way Aaron, everything happen for a reason. Everyone make mistake and it include me too but don’t regret on making mistake as it taught you a lesson in your life. Mistake is the one create your life path, so don’t be afraid of it. Whatever it is, damage has been done and it can never to reverse again, so the only thing that you can do is learn from the mistake and avoid it if it is hurting yourself. As Naj Mi advised you, always think and pray of your god and that’s the better for your life.

    Think of your parents, think of your future! You’re still gifted with good physical and good health, you must say thanks to god for this because he is still loving you, remember that. Go out, meet your friends, hang out with them, have fun (not SEX, safe sex!) and spend more time with your parents. I’m sure you’ll be just fine Aaron, throw your heart to god and he’ll lead you for rest of your life.

    PS: Thanks bang Naj Mi for posting this up in your blog ;)


    Until then,
    So & So

    The Legend Prince
    http://thelegendsofaprince.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Aaron: Thanks, The legend Prince. Ketika bace tulisan Abg Najmi dan The Legend Prince, air mata saya mengalir laju. Skarang saya telah cuba cari kwn tpi xjumpa. Tapi, saya berdoa agar kejahatan saya smada pd manusia lain atau pd diri sendri dihapuskan. Terperangkap dlm nafsu songsang menyebabkan saya kecewa, xguna dan truk. I have no friends to rely on. I'm very sad. Saya takut jika diorang thu saya ade naluri songsang. I always asked myself,"why me?". Saya xmampu nak tahan lagi, hampir tiap2 ari saya murung, sedih dan menangis. I want to be a real man, guys. Manusia tidak akan faham. If they know about myself, they will vommit. I cannot afford to see my beloved mother dissapointed with me if she know about this. It's a disaster to be a gay guy. I'm not strong enough. Now, i always blame myself. Will Allah accept my good deeds if i'm a gay. I cannot focus on my studies and i feel i'm alone. I don't want to be alone. At least, i need someone to hold my shoulder and say," be brave and patient." I lost my best friends and i cannot afford it. I hope Allah will guide me. Bless me. Forgive me. Most important, give me someone to share my problems. I want to marry like others and have children. I just want to be like others nothing more. Pray for me. I will pray for u too. This instinct connect us in a religious way~

    ReplyDelete
  10. Anonymous,

    Saya selalu beri ingatan kepada sesiapa sahaja, sekirnya mereka merasai mereka diduga dengan sesuatu masaalah yang teruk dalam hidup, maka pastinya akan ada orang lain yang mengalami masaalah yang lebih teruk drp yang kita alami.

    Begitu juga dengan masaalah yang saudara alami ketika ini, tiada kawan, takut org tahu tentang naluri songsang dan sebagainya, pasti ada orang lain yang mengalami pekara yang hampir sama tetapi dalam keadaan yang lebih teruk drp awak.

    Yang penting kita kena melatih diri menerima keadaan takdir diri sebaik mungkin, jangan terlalu membebankan fikiran memikir yang bukan2...teruskan hidup dengan tenang dan gembira.

    Kawan!!!! saya pasti kawan ada dimana2 semuanya bergantung pada niat kita bila nak berkawan...berdoa kepada Tuhan semoga kita bertemu dengan kawaan yang sejati, berdoa kepada Tuhan agar meringankan beban yang kita alami...

    Saya doakan semoga saudara bertemu dengan rakan2 yang baik dan dipermudahkan menempuh kehidupan dimasa depan dalam keadaan tenang dan gembira.....:)

    ReplyDelete
  11. Buat saudara aaron.. walaupun kita adalah seorang gay sekurang-kurangnya kita masih beragama islam tapi kita engkar apa yang diajar olehnya, Jangan anda berfikiran pendek anda ingin keluar agama, adalah rugi anda mempunyai pendidikan agama yang sempurna berbanding saya yang masih mencari ilmu kerana kehidupan saya kurang didikan agama.. Untuk pengetahuan saudara saya juga adalah seorang gay tapi tidak ada niat untuk menukar agama, kerana sejahil-jahil saya dan sehina2 saya masih beragama islam dan bangga menjadi umatnya., malah dalam masa yang sama saya masih mendalami ilmu agama sebagai benteng diri saya.., bersabarlah saudara, semua ini adalah ujian, kita menjadi gay bukan kehendak kita tapi peristiwa lampau yang berlaku pada kita sehingga kita menjadi seorang gay., selalu bermohon pertolongan kepada-Nya agar kita terpelihara, soal doa pahala bukan kerja manusia tetapi kerja Allah, dia berhak menentukan dan kita parsah menerimanya. Saya berpegang pesanan seorang ustaz yang saya selalu mengikuti pengajiannya dan bertanya soalan sensitif kepadanya berkaitan diri saya.. "biarlah kamu menjadi seorang homoseksual tapi masih beragama islam kerana itu urusan kamu dengan-Nya tapi jangan kamu menjadi murtad sehingga Dia tidak suka kepada kamu terus".

    ReplyDelete
  12. Buat saudara Aaron sabar semua ini adalah dugaan teruskan hidup anda menjadi seorang muslim, saya tidak setuju jika masalah ini anda ingin menukar agama, adalah sayang sekali kerana saudara mempunyai ilmu agama yang sempurna berbanding saya yang masih mencari ilmu agama kerana kehidupan sebenar saya kurang didikan agama.

    Untuk pengetahuan saudara saya juga adalah seorang gay yang hidup dengan penuh dosa, akan tetapi saya tidak terlintas untuk menukar agama malah saya bangga menjadi umatnya. Sejahil-jahil saya dan sehina-hina saya masih sayang agama yang saya anuti ini, sayang jika anda ada niat begitu, Dosa pahala adalah kerja Allah bukan kerja manusia, Dia yang tentukan.

    Bukan niat kita hendak menjadi gay akan tetapi peristiwa lampau berlaku pada diri kita yang menjadi kita seperti ini, saya pun tidak minta diri saya menjadi seorang gay. Ingatlah saudara fikir baik-baik, umur anda masih panjang masih boleh diperbetulkan. Saya pun masih mencari peluang untuk berubah walaupun dalam masa yang sama saya masih melakukannya, Kita bukan maksum terlepas segala dosa..

    Walaupun saya seorang gay tapi masih mengikuti pengajian agama di masjid2 dan surau2 walaupun diri ini hina menjejak kaki di rumah Allah. Ada masanya saya menangis keseorangan mengenang nasib diri ini. Mujurlah saya mendapat bimbingan dari seorang ustaz yang tahu akan diri saya.. Dengan dialah saya mengadu nasib, malah tidak malu beritahu perkara sebenar kepadanya.

    Anda masih muda jauh lagi perjalanan anda, anda boleh berubah. Jangan disebabkan perkara ini anda mengambil jalan mudah, tabah hadapi semua dugaan. Saya pegang pesanan ustaz saya sebagai pembakar semangat diri saya berbunyi begini "biarlah kamu seorang homoseksual tapi kamu masih beragama islam dan jangan sekali kamu berpaling dari- ajaran-Nya. Itu urusan-Nya samada dia meletak kamu dosa dan pahala selagi kamu masih mengikut suruhan-Nya, tetapi jika kamu murtad disebabkan masalah ini tidak ada harapan kamu untuk memohon pertolongan dan ampun dari-Nya lagi"

    Jadi fikir sebaik-baiknya sebelum anda tersilap langkah. Biarlah kita seorang gay tapi janganlah mengadai agama kita, saya cukup sedih jika golongan seperti saya mengambil jalan mudah untuk melepaskan sesuatu masalah.

    Saya mendoakan saudara masih seorang muslim dan masih mengikut ajaran-Nya, serta dapat bertemu sahabat yang boleh bimbing anda ke jalan yang benar. Kuatkan semangat saudara agar dipermudahkan segala urusan kehidupan dalam keadaaan tenang.. Aminn...

    ReplyDelete
  13. Sayang aaron, bertindaklah ikut akal dan bukan menurut nafsu.apakah dgn masuk kristian, aaron bebas utk seks gay? Islam adalah agama yg benar dan diterima Allah..mendalamilah ilmu islam agar iman lebih kuat dan tenang.jangan jadi ibarat pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran"....maksudnya: dah terjebak seks songsang dan hidup pun tersesat pulak..fikirlah aaron dan jangan sesekali menurut nafsu.dan cubalah perlahan2 bebaskan diri dari naluri gay.abg tahu ianya bukan mudah dan sukar dilaksanakan...bagi abg,walaupun abg suka menjubo tapi tukar agama tidak sekali.

    ReplyDelete
  14. Ya Allah Aaroon.. Jgn la sesekali kamu terlintas utk kluar dri Islam.. Istigfar.. Minta keampunan drpd Allah swt. Semoga kite sama2 berada dlm rahmatnya. Saya boleh faham sgt2 perasaan kamu.. Dan saya boleh bayangkan sekolah yg kmu ceritakan sbb sy pun bljr disekolah yg kmu ceritakan.Mgkin kite bersekolah di sekolah yg sama. Umur yg sedikit berbeza barangkali. Saya rase sgt sedih mmbaca komen kamu yg mengatakn kmu lonely.. N y u ditakdirkn gay.. Semua org yg mpunyai nafsu mcm ni berada dlm lndasan yg sama. I really do understand the environment that u experienced before. I dont want to explain more longer about this. I just want to advice u and especially myself. We are not lonely!We have Allah, The Almighty. The ONE who always listen to us. Kamu msti bljr byk ilmu smasa disekolah arab. Pmru smu n stam.. Cube gunakn ilmu itu dgn sebaik mungkin. Ilmu je yg dpt bimbing kite. Jauh kn diri dri kwn ngn boleh merosakkan kmu.. Sntiasakn sibukkan diri dgn prkra yg berfaedah.. Semoga kite berjaya lawannafsu yg boleh mjrmuskn kite.. InshaAllah. Xpi kna kna usaha dan tekad xnak buat kotor ni.. Inshaaallah aroon..

    ReplyDelete
  15. Ya Allah Aaroon.. Jgn la sesekali kamu terlintas utk kluar dri Islam.. Istigfar.. Minta keampunan drpd Allah swt. Semoga kite sama2 berada dlm rahmatnya. Saya boleh faham sgt2 perasaan kamu.. Dan saya boleh bayangkan sekolah yg kmu ceritakan sbb sy pun bljr disekolah yg kmu ceritakan.Mgkin kite bersekolah di sekolah yg sama. Umur yg sedikit berbeza barangkali. Saya rase sgt sedih mmbaca komen kamu yg mengatakn kmu lonely.. N y u ditakdirkn gay.. Semua org yg mpunyai nafsu mcm ni berada dlm lndasan yg sama. I really do understand the environment that u experienced before. I dont want to explain more longer about this. I just want to advice u and especially myself. We are not lonely!We have Allah, The Almighty. The ONE who always listen to us. Kamu msti bljr byk ilmu smasa disekolah arab. Pmru smu n stam.. Cube gunakn ilmu itu dgn sebaik mungkin. Ilmu je yg dpt bimbing kite. Jauh kn diri dri kwn ngn boleh merosakkan kmu.. Sntiasakn sibukkan diri dgn prkra yg berfaedah.. Semoga kite berjaya lawannafsu yg boleh mjrmuskn kite.. InshaAllah. Xpi kna kna usaha dan tekad xnak buat kotor ni.. Inshaaallah aroon..

    ReplyDelete
  16. your story similar to mine,,,,,,mmg la berat ujian mcm ne,tp apa yg salah ttp lah salah....musuh yg plg besar adlah nafsu kita.mg ALLAH SWT beri kita kekuatan utk hidup diatas jalan yg diridloiNya.Jika cinta pd ALLAH SWT melebihi apapun,insyaALLAH ujian ini bolh kita lalui....... sama2 lah kita berdoa mohon hidayah dan keridloanNYA.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST