Wednesday, 29 May 2013

99% BAYI DILAHIRKAN IBU POSITIF HIV TIDAK DIJANGKITI



KUALA LUMPUR 28 Mei 2013 - Kira-Kira 99 peratus bayi yang dilahirkan ibu positif HIV di Malaysia tidak dijangkiti virus itu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata ini berikutan pelaksanaan program Pencegahan Jangkitan HIV (daripada ibu kepada anak atau (PMTCT) sejak 1998 di semua pusat kesihatan  kerajaan.

PMTCT merupakan usaha menyeluruh bagi mencegah jangkitan HIV daripada ibu kepada anak sebelum, semasa hamil dan melahirkan anak serta selepas bersalin.

"Liputan intervensi PMTCT di pusat kesihatan kerajaan meningkat daripada 49.7 peratus pada 1998 kepada 100 peratus pada 2011," katanya dalam ucapan pembukaan pada Forum Anggota Parlimen sempena Persidangan Global Women Deliver ke-3 di sini hari ini.

Rohani berkata kerajaan juga komited untuk menghapuskan jangkitan HIV secara vertikal menjelang 2015 menerusi penyediaan perkhidmatan PMTCT di  peringkat nasional yang berkualiti dan menyeluruh.

Strategi semasa Malaysia bertujuan mendekati wanita hamil, pasangan dan bayi mereka serta populasi paling berisiko, katanya.

Rohani berkata akses lebih besar untuk perkhidmatan penjagaan profesional dan perancangan keluarga di Malaysia menyebabkan nisbah kematian ibu  menurun daripada lebih 40 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup pada 1993 kepada 30 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup sejak tahun 2000.

Nisbah itu kekal pada 30 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran hidup sehingga tahun 2010.

Mengulas pencegahan kanser dalam kalangan wanita dan remaja perempuan, Rohani berkata Malaysia merupakan satu daripada negara pertama Asia yang memperkenal program suntikan vaksin virus human papilloma (HPV) di peringkat nasional.

Beliau berkata sejumlah RM10 juta diperuntuk pada 2010 kepada Kementerian Kesihatan untuk memperkenal program itu kepada remaja perempuan berusia  13 tahun.

Pada sidang akhbar selepas itu, Rohani berkata pencapaian Malaysia dalam menjaga kepentingan wanita berhubung isu kesihatan dan penguasaan   ekonomi berada di tahap yang membanggakan.

Peranan Malaysia dalam menjaga hak wanita turut mendapat pengiktirafan agensi dan persatuan wanita antarabangsa, katanya.

Beliau berpendapat kuasa politik yang stabil juga penting bagi memastikan usaha ke arah pemerkasaan peranan wanita Malaysia dapat diterus dan dipertingkat.

"Persidangan kali ini merupakan satu peluang perkongsian bermakna kepada Malaysia bagi memastikan perjalanan negara ke arah negara maju, 2020 (berjalan) lancar," katanya.- Bernama


Sumber Sinar Harian




99% BAYI HIV SIHAT

KUALA LUMPUR 28 Mei 2013 – Kira-kira 99 peratus bayi yang dilahirkan oleh penghidap HIV positif dinegara ini selamat daripada dijangkiti virus tersebut. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, pekara tersebut berikutan program menghalang penularan daripada ibu ke anak atau Prevention of Mother to Child Transmission (PMTCT) yang dilaksanakan kerajaan sejak 1998.

“Skop perlaksanaan PMCTC ditempat-tempat kemudahan kesihatan kerajaan menunjukan peningkatan daripada 49.7 peratus pada tahun 1998 kepada 100 peratus (2011),” katanya ketika ucapan pembukaan Forum Parlimen sempena Persidangan Global Women Deliver disini hari ini.


Sumber Utusan Malaysia




Thursday, 23 May 2013

WEOLZZZ - SUKA DUKA KEHIDUPAN SEORANG LELAKI LEMBUT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Abang Najmi dan semua pembaca blog, ni apa khabar? Harap-harap, semua sihat belaka, insyaallah.

Tergerak hati weolzzz nak berkongsi kisah hidup dalam blog abg najmi ni. Baru jugak menjadi pembaca tegar blog ni, amat menarik minat weolzzz. Bayangkan, semasa jumpa blog ni, weolzzz tengah asyik melayan gambar porno dalam website, bila jumpa blog abang najmi ni, terus berhenti layan gambar porno dan ralit membaca kisah-kisah pembaca lain didalam blog ini. 

Tahniah Abang Najmi, sedikit sebanyak dapat memberi info berkaitan dan kesedaran buat insan-insan yang memerlukan kesedaran termasuklah diri weolzzz sendiri.


Kisah Weolzzz

Weolzzz ni adalah seorang pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur, berusia hujung 20an . Berpewatakan agak stylo dan kadang-kadang macam perempuan tapi selalu nye macam lelaki. Konfius kan ??? weolzzz memang kecelaruan identity yang melampau. Semasa kecil weolzzz memang dah gemar dengan aktiviti perempuan, kawan kebanyakkannya adalah perempuan. Kawan lelaki ada jugak, tapi ramai yang mengejek PONDAN, BAPOK, SOTONG. 

Ada satu kisah, semasa weolzzz di sekolah menengah, ada seorang kawan lelaki weolzzz mengejek depan keluarga weolzzz, sedih sangat masa tu. Weolzzz menjerit kat budak lelaki tu “AKU SUMPAH KAU JADI BAPOK NANTI“. Hukum Karma, tak ada lah nak cakap yang sumpahan weolzzz mujarab, mungkin kebetulan. Sekarang budak lelaki yang selalu ejek weolzzz tu dah jadi Bapok betul, buah dada pun dah ada. Hambik Kau !!! Weolzzz ada jumpa dia, nampak sangat dia malu bila berdepan dengan weolzzz sekarang.

Ok berbalik kepada kisah weolzzz semasa kecil. Naluri suka lelaki dah ada dari sekolah rendah. Weolzzz suka mengintai abang-abang, saudara lelaki weolzzz yang sedang mandi kat rumah kami. Masa tu tak tau pulak naluri macam tu songsang. Layan je la kan.

Sampai masuk sekolah menengah, baru sedar itu semua naluri songsang. Tapi dengan keadaan weolzzz masa tu, memang ala-ala hadik-hadik (lembut) , jadinya memang ramai la sedar akan kesongsangan weolzzz ni. 

Semasa di tingkatan 3, weolzzz dah pandai masuk club gay kat KL. Setiap minggu je, mesti pergi KL lepak dengan Mak Hayam, tapi walaupun weolzzz masa tu dah mula berjinak-jinak dengan dunia luar, weolzzz masih belum pernah lagi buat hubungan songsang.

Sampailah waktu di tingkatan 5, weolzzz pertama kalinya buat aktiviti songsang dengan seorang rakan sekelas. Memang teruja, takut, malu, macam-macam lah perasaan masa tu . Rasa berdosa tak payah la cakap, memang terasa sangat.

Lepas habis sekolah , weolzzz lama jugak tak main dengan mana-mana lelaki. Weolzzz ni kuat seks juga, sentiasa berahi. Tapi Alhamdulillah, dapat kawal la juga nafsu syaitan ni. Bayangkan kehidupan weolzzz memang dikelilingi godaan-godaan, tapi weolzzz tak la asyik nak main aje. 

Seingat weolzzz, selepas habis belajar kat IPT, dah ada kerja sendiri, barulah weolzzz ligat dalam dunia sebenar. Masa tu weolzzz memang macam pondan, setiap malam melaram ala-ala Diva. Buat papperdoll show kat KL, lepak kat tempat-tempat kaum sejenis berkumpul , Itu lah rutin weolzzz. Memandangkan weolzzz berkelulusan art design & beauty, kerjaya weolzzz masa tu sampai lah saat ni sebagai Jurukecantikan / Jurusolek. Lagi lah bertambah mudah weolzzz nak ligat kan.

Keluarga weolzzz dah berbuih nasihat macam-macam, tapi weolzzz endah tak endah je. Cuma alhamdulillah hasil didikan agama dari keluarga weolzzz, walaupun weolzzz hidup sebagi pondan masa tu, tapi weollzzz tetap solat 5 kali sehari, baca Al Quran dan Yassin memang jarang sekali weolzzz abaikan .

Pengalaman bercinta weolzzz dengan lelaki tak meriah sangat, adalah pernah bercinta dengan suami orang dan dengan orang putih dari Jerman, tapi semua hubungan itu tak kekal lama. 


Pengalaman Weolzzz ditangkap Jawi  

Semasa umur weolzzz pertengahan 20an, masa tu weolzzz baru habis buat show kat hotel di KL, semasa perjalanan nak balik weolzzz kena tahan dengan Jawi, sah-sah lah kena tangkapkan, sebab berpewatakan perempuan. Kenalah weolzzz merengkuk kat Jawi. Bagus jugak kena tangkap Jawi masa tu. Lepas dah kena bebas dari Jawi (kena kaunseling)

Alhamdulillah weolzzz dapat hidayah untuk berubah menjadi lelaki normal. Nasib baik, belum buat pembedahan drastik lagi masa tu. Setakat rambut, kuku, kening dan bertindik aje. Weolzzz buang semua tu pelan-pelan.

Dalam waktu yang sama, weolzzz adalah berkawan dengan seorang adik angkat perempuan. Selalu jugak jumpa dengan dia. Keluarga pun tau kami berkawan. Status masa tu memang sekadar angkat-angkat aje. Sah-sah masa tu weolzzz masih dalam keadaan ala-ala diva lagi kan.

Lepas beberapa ketika weolzzz dah mula jalani kehidupan sebagai lelaki, rasa selesa sangat. Tak ada lah kena ejek macam sebelum ni. Keluarga amatlah gembira dengan perubahan weolzzz. Tapi, nak buat macam mana kan, naluri suka kaum sejenis tetap mekar. Cumanya weolzzz memang kurang berhubungan intim dengan lelaki. Boleh kira la berapa kali weolzzz main dengan kaum sejenis ni. 

Macam weolzzz cakap, weolzzz ni memang konfius sangat. Walau pun weolzzz ni ala-ala lelaki lembut, ye la baru nak berubah dari imej pondan, mana mungkin boleh jadi lelaki kekar. Tapi weolzzz adalah TOP ye, sampai saat ini, tak pernah weolzzz di tebuk kat belakang. Weolzzz menebuk lelaki lain adalah hehehehehe

Hukuman ALLAH, walaupun weolzzz tak selalu main dengan lelaki, ada satu ketika tu weolzzz kena jangkiti STD (penyakit kelamin), GONOREA. Memang terkejut sangat, ya lah kan, weolzzz dah la jarang main dengan lelaki, sekali boleh kena jangkit gak. Nasib baik, tak melarat, pergi hospital jumpa pakar. Alhamdulillah sembuh

Lepas dah sembuh tu, memang lah timbul sejuta kesedaran dalam diri weolzzz. Tapi naluri songsang ni, memang satu dugaan yang berat sangat, sungguh hebat ujian ALLAH buat umatNya yang terpilih. Dengan keadaan weolzzz yang masih dalam proses nak berubah imej normal. Sampaikan, weolzzz tak boleh langsung tengok lelaki, memang akan tertarik. Kalau pergi masjid, masalah sangat pada weolzzz, sebab jumpa dengan ramai lelaki. Ya ALLAH, setiap kali lepas solat, weolzzz memang dah putus asa, berdoa pada ALLAH supaye cabut je nyawa weolzzz cepat. Tak sanggup nak teruskan hidup lagi dalam keadaan songsang.

Godaan demi godaan weolzzz harungi, sampai satu tahap weolzzz dah tak boleh berpikir waras, kemurungan, tak tenang jiwa, suka bersendiri, menangis, menjerit, dalam erti kata lain dah macam orang hilang akal. Weolzzz dapatkan rawatan kat klinik, lepas tu kene rujuk ke pakar Psiktri Hospital. Masa ni keluarga sahaja yang  bagi semangat pada weolzzz. 

Alhamdulillah, keluarga weolzzz terima keadaan songsang weolzzz, walaupun ibu menitiskan air mata pada awalnya. Weolzzz ceritakan masalah yang membelenggu masa tu. Syukur sangat, keluarga yang tersayang terima diri weolzzz ni. Rawatan Psiktri weolzzz diteruskan, ubat-ubat tenang setiap hari kena makan. Dr Pakar sahkan weolzzz mengalami tekanan perasaan melampau dalam kategori “Axiety And Split Personality Disorder “.


Dah sampai seru - Jodoh ditangan Allah

Allah itu maha Esa, dalam masa weolzzz hampir nak sembuh, tiba-tiba weolzzz rindukan adik angkat perempuan weolzzz. Teramat rindukan dia. Macam dah datang seru pulak masa tu, weolzzz beranikan diri buat pengakuan dengan adik angkat, nak berkawan dengan dia secara serius. Syukur sangat, dia adalah wanita pertama yang boleh terime weolzzz. Kami pun mulakan episod Cinta Cintun. Weolzzz ada tanya  kepada dia, boleh ke dia terima diri weolzzz macam ni, dia cakap Insyallah boleh. 

Lepas 3 bulan bercinta, kami bertunang. Tali pertunangan diikat selama 7 bulan dan kami pun akhirnya selamat mendirikan sebuah masjid. Kini sah lah weolzzz menjadi suami kepada adik angkat weolzzz tu.

Mesti tertanya-tanya, ada ke naluri weolzzz pada perempuan kan?

Weolzzz ni kan insan yang sentiasa konfius, alhamdulillah weolzzz masih ada sedikit naluri pade perempuan, walaupun sedikit je berbanding naluri suka kepada kaum sejenis. Tapi weolzzz rasa boleh di asah lagi naluri tu (untuk suka) kepada isteri kan. 

Isteri weolzzz, tidak tahu 100% yang weolzz ni ada naluri songsang. Tapi rasanya dia dah dapat agak, sebab kami kan dah berkawan dari zaman weolzzz dalam dunia pondan lagi. Ada jugak satu ketika tu, isteri weolzzz tanya, weolzzz ni ada hubungan dengan mana-mana lelaki ke. Nasib baik memang weolzzz tak ada hubungan dengan mana-mana lelaki masa tu. 

Kadang-kadang weolzzz bawa isteri lepak dengan kawan-kawan pondan dan gay. Isteri weolzzz semakin hari semakin dah biasa dan faham dengan dunia weolzzz yang memang dikelilingi kaum sebegini. Memandangkan weolzzz pun berkerjaya sebagai Jurukecantikan / Jurusolek, memang ramailah kawan-kawan sejenis kan.

Weolzzz memang dah tak main lagi dengan lelaki, walupun naluri tu masih menghantui. Rawatan Psiktri masih dijalankan sebulan sekali dengan pengambilan ubat ubat tenang. Kami layari bahtera rumah tangga pada awalnya memang bahagia. Tapi, godaan syaitan makin berat pada weolzzz, naluri songsang makin menjadi-jadi. Weolzzz jadi semula tak tenang, kembali murung, semua nya jadi tak betul. Mangsanya adalah isteri weolzzz. kesian dia, walaupun dia dah tahu keadaan sakit weolzzz. Tapi kita sama saja, manusia ada perasaana, ingin dibelai, ingin di sayangi. Dalam keadaan weolzzz yang tertekan dengan diri weolzzz, memang tak dapat jalankan tangungjawab sebagai suami dengan sempurna.


Bunuh diri 

Kemuncaknya, apabila masalah weolzzz dah diketahui keluarga di kedua belah pihak, weolzzz memang dah tak boleh berpikir waras. Terlalu kesiankan isteri yang terpaksa bersuamikan orang seperti weolzzz. Bukan salah dia untuk memberontak, dia berhak untuk berbuat demikian. 

Weolzzz nekad nak mati, berpuluh-puluh biji ubat penenang weolzzz telan, tapi ALLAH masih bagi peluang untuk weolzzz untuk bertaubat. Umur weolzzz masih panjang, tak mati pun. Sebaliknye kena tanggung derita akibat kesan ubat lebih dos yang ditelan tu. Tiga minggu weolzzz terlantar atas katil.

Lepas dah sembuh, weolzzz dan isteri pergi jumpa pakar psiktri, isteri diberi penjelasan lengkap berkaitan sakit mental yang weolzzz hadapi. Alhamdulillah isteri weolzzz cuba sedaya upaya untuk mengadaptasikan cara hidup weolzzz dalam hidup dia. Dalam waktu yang sama, weolzzz pun berusaha untuk berubah dan menjadi suami yang baik. 

Sekarang, sudah masuk tahun ke 3 kami berumah tangga, walaupun belum ada rezeki menimang cahaya mata, tapi kami masih dalam usaha gigih untuk mendapatkan zuriat. Insyallah ada rezeki dari ALLAH nanti buat kami.

Cuma masalah utama weolzzz, tak dapat nak jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna. Isteri weolzzz selalu kecil hati dengan weolzzz. Sekarang ni, naluri songsang masih menghantui weolzzz. Godaan demi godaan datang, sekarang ni pulak weolzzz dah jatuh hati dengan dua orang kawan pangkat abang (kami selalu bekerja bersama). Weolzzz ni mudah sangat jatuh hati dengan lelaki. Kalau dah jatuh hati, weolzzz akan jadi angau sangat-sangat. Ini semua menambahkan beban pada diri weolzzz. Memandangkan weolzzz ni perpewatakan lembut, jadinya memang ramai kawan-kawan lelaki layan weolzzz macam perempuan. 

Seperti satu kisah dulu semasa bujang, weolzzz boleh jatuh hati dengan seorang ustaz ni, dia selalu bagi nasihat, lama-lama weolzzz jatuh hati dengan dia. Weolzzz buat pengakuan yang suka kan dia, Alhamdulillah walaupun ustaz tu terkejut, dan sah-sah lah dia tak terime cinta songsang weolzzz ni, tapi kami masih berkawan sampai sekarang. Weolzzz pun lepas dah buat pengakuan, rasa puas dan terima dengan redha. Sekarang dah tak jatuh hati dengan ustaz tu lagi, dah anggap dia macam abang pulak. 


Weolzzz tetap sayang isteri

Bila di fikir-fikirkan semula, kesian sangat kepada isteri weolzzz, dia kena tanggung derita seksa jiwa batin untuk hidup bersama weolzzz. Ada jugak terpikir nak berpisah secara baik demi kebaikan semua pihak, tapi jodoh kami masih panjang agaknya. Isteri weolzzz banyak mengalah dalam apa jua yang berlaku dalam hal rumah tangga kami. Dia sedaya upaya cuba terima keadaan weolzzz. 

Tapi weolzzz memang mengaku, banyaknya kesalahan datangnya dari diri weolzzz sendiri. Keadaan ni, buatkan weolzzz semakin tertekan. Memang ada terpikir nak cuba bunuh diri lagi sekali, dah tak sanggup nak terus hidup macam ni. Keluarga weolzzz semua dah tahu hal rumah tangga kami, mereka hanya mampu beri nasihat demi nasihat. Semuanya terletak pada diri kita sendiri kan.


Terus terang abang Najmi, sekarang ni weolzzz hanya mampu teruskan berdoa. Dah tak dapat nak berfikir secara waras. Semoga isteri weolzzz tabah dalam mengharungi kehidupan rumahtangga bersama. Weolzzz memang sayangkan isteri sangat. Dialah perempuan pertama dan yang terakhir hendaknya buat weolzzz .
 
Ya ALLAH, Engkau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini dan umat-umatMu untuk mengharungi ujian yang Kau berikan. Amin.


WEOLZZZ
SUAMI DAMANSARA




SEJARAH VIRUS HIV

Human immunodeficiency virus (HIV) diperkenalkan  pada tahun 1981 yang terdapat dalam 2 kumpulan. Satu berada di San Francisco dan satu lagi di New York City. Pada tahun tersebut banyak golongan homoseksual atau gay mendapat jangkitan yang sering dikaitkan dengan tahap imunisasi yang lemah iaitu Pneumocystitis pneumonia dan juga Kaposi Sarcoma yang agresif.  


Virus HIV ini pun tidak dapat dikenal pasti sehingga 2 tahun selepas itu. Pada masa itu banyak sebab yang difikirkan selain HIV seperti factor gaya hidup, penyalahgunaan dadah yang kronik dan juga agen-agen jangkitan yang lain.

Pada masa tersebut virus HIV merebak dengan sangat pantas tanpa diketahui dan tiada kajian mengenainya. Walaubagaimana pun implikasi klinikal yang jelas sudah berlaku sebelum masyarakat menyedarinya sebagai contoh sebelum menyedari wujudnya HIV hanya satu sahaja kes Pneumocystitis pneumonia yang tidak berkaitan dengan lemah imunisasi di US antara Januari 1976 dan Jun 1980. Dalam masa beberapa tahun sahaja, HIV merebak dengan sangat pantas.

HIV merupakan virus yang boleh dijangkiti melalui darah dan juga hubungan seks. Biasanya virus ini merebak melalui hubungan seks dan juga perkongsian jarum. Tidak lupa juga virus HIV boleh berjangkit melalui ibu kepada anak semasa dalam proses kelahiran. Kalau selalunya berjangkit melalui darah dan juga hubungan seks, biasanya akan ada partner lain seperti Hepatitis B, Hepatitis C, Human Herpes Virus yang turut mempunyai laluan jangkitan yang sama.

Ada dua species HIV iaitu HIV-1 dan juga HIV-2. Setiap satu mempunyai jenis-jenis yang lain lagi. Dan dalam jenis-jenis ini ia juga berbeza mengikut negara-negara maka agak sukar untuk mencipta vaksin HIV. Antara HIV-1 dan juga HIV-2 bentuk luarannya lebih kurang sama tetapi cara kerjanya yang berbeza. HIV-2 implikasinya kurang dan bertindak dengan lambat kerana ia tidak agresif seperti HIV-1. Sebab itu anda boleh dengar ada yang hidup berpuluh tahun kerana berkemungkinan orang tersebut menghidapi serangan virus HIV-2.


Stigma HIV terhadap masyarakat

Disebabkan stigma HIV yang sering dikaitkan dengan hubungan seks jadi orang ramai takut untuk memeriksa sama ada mereka mengalami jangkitan tersebut atau tidak. Lagi-lagi apabila baru-baru ini orang ramai digalakkan untuk pergi ujian saringan sebelum berkahwin sama ada mereka dijangkit HIV atau tidak dan stigma ini menyebabkan banyak implikasi-implikasi yang tidak diingini. 

Ada yang fikir hanya dengan sentuhan biasa mereka boleh dijangkiti HIV walhal tidak langsung! Golongan ini dipinggirkan dan dipandang hina oleh masyarakat. Ini menyebabkan mereka merasa tersisih dan mula menjauhi diri daripada masyarakat.

Kadang-kadang politik juga memberi kesan yang buruk kerana menafikan bahawa negara mereka mengalami epidemik HIV. Seperti Afrika Selatan, mereka tidak menafikan yang AIDS itu adalah masalah yang besar.


Bagaimana Jangkitan HIV boleh merebak

Biasanya pesakit-pesakit ini mengaku yang mereka ini aktif dalam melakukan hubungan seks dengan banyak partner. Dan mereka tidak menafikan melakukan seks anal dimana jangkitan HIV melalui anal atau punggung 8 kali ganda risiko untuk merebak. Biasanya mereka melakukan seks tanpa menggunakan kondom.

Sebelum mendapat HIV mereka mungkin biasa mengalami penyakit melalui aktiviti seksual seperi Gonorrhea, Syphilis, Chlamidia dan Herpes.

Perkongsian jarum juga amat mudah dijangkiti, orang yang selalu hisap dadah di lorong-lorong. Mereka ni biasanya manalah ada duit makanya mereka terpaksa berkongsi jarum dengan rakan-rakan yang lain. Sekiranya rakan tersebut mempunyai jangkitan HIV, semudah itu mereka juga akan turut dijangkiti.

Menerima darah daripada pesakit HIV, ia juga boleh berlaku walaupun peratusan di negara kita agak kecil. Apabila penderma darah mempunyai sejarah HIV dan darah tersebut tidak disaring melalui system yang betul atau nurse buat kerja sambil lewa contohnya. Maka penerima darah tersebut juga berpotensi mendapat jangkitan HIV.

Jangkitan HIV juga boleh berlaku dari ibu ke anak seperti yang telah saya ceritakan. Cara untuk mengelakkan jangkitan ini berlaku kepada anak semasa kelahiran apabila ibu sudah didiagnos mendapat HIV ialah dengan melakukan kaedah Caesarian dalam proses kelahiran ataupun memberi terapi antivirus  semasa dalam kandungan kepada ibu dan terapi antivirus kepada bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Apabila mereka dijangkiti dengan virus HIV tahap imunisasi mereka akan menjadi sangat lemah dan ia akan menyebabkan berlakunya penyakit AIDS (Acquired Immunodefeciency Syndrome). Imunisasi bertindak sebagai pertahanan yang melindungi badan kita dari serangan jangkitan. 

Sekiranya imunisasi kita lemah, badan kita diibaratkan negara yang tidak mempunyai pertahanan yang kuat dan mudah diserang oleh anasir-anasir luar akibat kepincangan negara itu sendiri kerana sering melakukan kerosakan. Sama juga seperti tubuh badan kita, apabila tahap imunisasi menjadi lemah, kita akan terdedah kepada jangkitan dan tidak mampu melawannya.

Kerana itu mencegah lebih baik daripada merawati, cegah melakukan seks sebelum kahwin yang sememangnya amat ditegah dalam Islam. Inikan pula seks dengan lebih daripada seorang. Sekiranya bukan Islam, pakai kondom ketika melakukan seks dan jangan sekali-kali babitkan diri kita dengan dadah. Apabila kita terkena penyakit AIDS dan sudah berkahwin, kita menghancurkan kehidupan isteri dan anak-anak, dan juga hidup kita sendiri.



SEKS YANG SELAMAT

Perlukah Kita Mengamalkan Seks Yang Selamat?

Ya! Jauhilah AIDS dengan SEKS YANG SELAMAT. Sesiapa pun boleh dijangkiti HIV, tidak kira lelaki atau wanita, heteroseks, homoseks atau dwiseks. Anda tidak tahu siapa telah dijangkiti virus HIV. Oleh yang demikian, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat setiap kali.

SEX YANG SELAMAT ialah seks tanpa pemindahan air mani, cecair faraj atau darah di antara anda dengan pasangan anda. HIV tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak berluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur tidak mencukupi untuk menyebabkan jangkitan. Setakat ini, tiada sesiapa yang pernah dijangkiti HIV melalui ciuman.

PERSETUBUHAN Cara utama HIV berjangkit adalah melalui persetubuhan tanpa perlindungan. Air mani, darah and cecair faraj seseorang yang dijangkiti HIV mengandungi banyak virus tersebut. Semasa persetubuhan, virus HIV senang menembusi tisu-tisu sensitif di dalam zakar, faraj atau dubur. Risiko jangkitan masih wujud walaupun zakar ditarik keluar sebelum pancutan air mani. Jadi jangan melakukan persetubuhan tanpa mengunakan kondom serta pelincir walaupun ia berlangsung seketika sahaja.

SEKS MELALUI MULUT (ORAL SEKS) Jangkitan HIV mungkin berlaku jika air mani yang mengandungi virus tersebut terkena pada bahagian dalam mulut tetapi risiko ini rendah. Risiko jangkitan HIV adalah lebih tinggi jika mulut anda bersawan atau berdarah. Menghisap zakar adalah selamat asalkan air mani tidak terpancut ke dalam mulut. Gunakanlah kondom supaya air mani tidak terkena pada mulut. Menjilat dan mencium bahagian kemaluan wanita adalah selamat asalkan ia tidak berkudis serta tiada luka atau tengah datang haid.


Bagaimana Anda Boleh Berbincang Mengenai Seks Yang Selamat?

Bincang tentang SEKS YANG SELAMAT dengan pasangan anda. Ini adalah penting. Pada mulanya, anda mungkin rasa segan atau susah hendak membangkitkan perkara ini. Anda perlu jujur dan berterus-terang dengan pasangan anda supaya dia memahami dan menghormati kehendak dan batasan anda.

Sediakan kondom. Adalah OK untuk merancang dan membuat persediaan untuk perhubungan seks.

Walaupun anda sudah tahu cara-cara seks yang selamat, ini tidak bermakna anda tidak akan tergoda dengan seks yang tidak selamat. Anda mungkin melakukan seks yang tidak selamat jika anda menghadapi kesukaran memakai kondom, mabuk, khayal atau terlalu ghairah. Mungkin anda tengah bercinta ataupun merasa sedih dan kesunyian. Dalam keadaan tersebut, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat juga.

Sekiranya anda melakukan seks yang TIDAK selamat, tanya diri mengapa demikian. Belajarlah daripada kejadian itu supaya ia tidak berulang lagi. Sediakan diri untuk manghadapi situasi sedemikian.

SEKS YANG SELAMAT melindungi anda. Amalkan perhubungan seks yang sihat, kreatif and selamat.

Tips Cara Pengunaan Kondom

  • Gunakan kondom yang bermutu baik.
  • Jika anda tidak biasa mengunakan kondom, berlatihlah. Cubalah sendiri atau dengan pasangan anda.
  • Gunakan pelincir yang berasaskan air seperti KY. Jangan guna pelincir yang berasaskan minyak seperti vaselin atau krim muka. Minyak boleh merosakkan kondom.
  • Bubuh sedikit pelincir ke dalam puting kondom untuk meningkatkan sensiviti.
  • Picit puting kondom supaya tiada udara di dalamnya dan pasangkan pada zakar yang tegang. Masukkan gulungan kondom itu sehingga pangkal zakar.
  • Sapukan lebih lagi KY pada bahagian luar kondom yang dipasangkan itu.
  • Selepas memancut, peganglah pangkal kondom dan tarik keluar zakar semasa ia masih tegang. Tanggalkan kondom itu dengan cermat.
  • Ada berbagai jenis kondom yang anda boleh cuba. Pilihlah yang baik dan bersesuian dengan anda.

Bagaimana Menggunakan Kondom

Kondoms

Kondom masih merupakan cara yang paling selamat dan mudah untuk melindungi kesihatan seksual anda. Ikuti bagaimana kami dapat membantu memudahkan penggunaannya.
 
Langkah 1
1
Sebaik sahaja penis mula mengeras, letakkan kondom yang menggulung itu dihujungnya.
 
Langkah 2
2
Keluarkan sebarang udara dari hujung kondom (untuk memberi ruang kepada sebarang pancutan) dan luruskan kondom sehingga ke dasar penis.
 
Langkah 3
3
Gunakan pelincir yang banyak di bahagian luar kondom itu. Selepas pancutan pegang dasar kondom dengan kemas (untuk menghentikan sebarang kebocoran pancutan) dan kemudian tarik keluar. Setiap kondom adalah untuk sekali pakai sahaja.


Adalah dinasihatkan bahawa penggunaan femidom dan kondom pada waktu yang sama adalah tidak digalakkan, ini boleh menyebabkan kemungkinan satu atau kedua-duanya koyak.


Sumber Disini


Friday, 17 May 2013

AZRI - LETIH SUDAH NAK MENEMPUH DUGAAN PUNYAI NALURI SONGSANG INI


Najmi,

Semoga sentiasa dirahmati Tuhan hendaknya, Ramai juga yang senasib dengan aku. Aku ingatkan aku saja yang gay, dah letih memikirkan diri yang songsang ini, usia aku dah menjangkau 32 tahun dan dalam usia aku macam ni, ramai rakan-rakan yang sebaya dengan aku sudah pun mempunyai 2-3 orang anak. 

Sebenarnya gay ni bukanlah perasaan yang di buat-buat dan boleh ditukar ke straight seperti yang di gembar gemborkan tu. Kalau dah gay tu maka jadi gay lah selama-lamanya. 

Selepas melangkah ke sekolah menengah barulah aku sedar (faham) yang aku ni adalah seorang gay atau homoseksual atau seorang yang tertarik kepada pasangan sejenis. Aku rasa sangat down. Semasa disekolah ada seorang ustaz yang menerangkan tentang perlakuan homoseksual yang di laknat Tuhan ... ya rabbi mengapa aku ada naluri tuh. 

Dulu semasa usia aku awal 20an, aku just hidup dengan happy tidak fikir apa-apa tetapi bila dah masuk lewat 20an keluarga dah mula berkata-kata (soal kahwin), itu yang buat aku tension dan letih nak menjawap.

Adakah cara didikan mak bapak boleh memberi kesan dan mempengaruhi seseorang untuk menjadi gay? Pada pendapat aku mungkin ya, tetapi aku ni anak sulung dari 3 adik beradik, dua lagi adik aku adalah perempuan. Mak bapak aku tidak pernah pun pakaikan baju perempuan kat aku, pendek kata didik (yang aku terima) adalah normal, yang lelaki dididik menjadi seorang lelaki dan yang perempuan dididk menjadi seorang perempuan. 

Naluri gay aku ini rasanya memang dah ada sejak lahir lagi cuma aku menyedarinya sejak masuk ke alam sekolah menengah.  Perasaan punya naluri ini aku sedari mungkin sejak ketika berada didalam darjah 3 lagi kerana aku sangat suka tengok lelaki-lelaki dan model yang kacak kat TV. (Ada sedikit kisah disini "USIA 6 TAHUN SUDAH PANDAI TERANGSANG") Ya, semasa kecik-kecik lagi aku cukup suka tengok orang hensem sahaja, terasa ada perasaan yang lain masa tu, perasaan yang tidak sama apabila kita melihat perempuan. 

Bila aku masuk sekolah menengah, aku sudah boleh berfikir cuma didikan agama sahajalah yang boleh membendung nafsu aku ini dari terus terjebak melakukan seks sejenis. Pendek kata tepuk dada tanya iman, berani ke kita nak jadi kaum nabi Lut? kalau sempat bertaubat tak mengapa lah tapi bagaimana kalau kita tak sempat bertaubat. Cammana ........???

 Sekarang usia aku dah meningkat dan masih single. Telinga ini sudah lali dengan perkataan bila "turn" aku nak mendirikan rumah tangga. Ni lah antara dugaan seorang gay apabila masuk 3 series (umur 30an)


Kira pakej aku sudah lengkap sebenarnya (untuk) berkahwin sebab semua dah ada, rumah, kereta cuma tinggal bini sahaja yang tak ada. Keluarga dan saudara mara hairan kenapa aku masih tak nak kahwin-kahwin lagi, aku jawap "nak buat macam mana belum sampai jodoh lagi". Macam manalah aku nak kahwin sebab nafsu tak ada dekat insan yang bernama wanita, hanya boleh "turn-on" dengan lelaki sahaja. 

Sekarang aku berasa sangat kesepian. Kawan-kawan hampir kesemuanya dah ada life sendiri dah berkeluarga. Kadang-kadang aku terasa nak terima sahaja perempuan yang mak sedara aku rekomenkan untuk aku dan berkawin and dapat anak. Tapi bila difikirkan balik macam mana nak "ON" bila bersama perempuan (isteri)? tak boleh naik. Tengok karipap dia pun tak lalu macam mana nak bersama. Tersiksa batin isteri kalau aku kahwin kecualilah kalau terpaksa pejam mata dan membayangkan main dengan jantan tapi berdosa pulak. Mesti muntah hijau kalau yang (lelaki) straight baca (apa yang aku katakan ni) tapi itulah realiti kehidupan. 

Kadang-kadang aku stress menjawab soalan mereka, bertanya bila aku nak berkahwin dan cuba dipadankan aku dengan "gegirl", terasa aku nak menjerit sahaja beritahu yang aku ni GAY. Jeritan GAY tu cuma hanya mampu dijeritkan didalam hati sahaja tetapi jawapan dimulut aku lain - belum sampai jodoh. 

Boleh meroyan mak sedara aku kalau aku jawap aku ni GAY hehehe, gila nak jawap macam tu, kalau kita duduk (tinggal) kat UK atau US boleh la (terus terang mengaku gay). Lagi pun aku tak nak menyiksa jiwa seorang yang bernama wanita dengan mengahwini mereka. Cuba bayangkan apa perasaan mereka kalau mereka tahu yang laki (suami) dia seorang gay -  baik aku single. 

Kadang-kadang terasa nak menjerit ajer, kenapa keadaan kita tak normal macam kawan-kawan lain. Malah kita terpaksa berlakon (berlagak) straight apabila berdepan dengan kawan-kawan. 

Ada seorang kawan aku ditempat kerja, seorang perempuan dia pernah kata kat aku, "All hensem and good looking guy in the world are shit... the are GAY, then what left for us to married". Aku kata tak semua yang good looking tu gay tapi kebanyakannyalah. Aku sendiri pernah jumpa gay yang perut boroi and muka macam longkang hehehe, tapi most of gays guy mesti (pandai) menjaga penampilan diri.

Tak heranlah kat taman awan berlambak gay yang (suka) berjogging, kat gym pun bersepah cuma mereka kelihatan straight sahaja pada pandangan mata umum tetapi pada pandangan mata aku mereka tu bengkok macam aku jugak hehehe. 

Aku ni boleh dikatakan dalam kategori yang ada rupalah (Jangan muntah sudah hehehe) tu yang banyak godaan tu. Alhamdulillah aku harap dapat terus bertahan dengan segala godaan dunia ni. Walaupun banyak godaan yang (bakal) datang. 

Kalau ikutkan nafsu serakah ni nak sahaja (aku) respone pada (seorang) mamat ni (memang taste aku pulak tu) yang nampak sangat berminat kat aku. Semasa petang-petang kalau jogging (yang staright jangan baca nanti termuntah hijau plak :)) Ada dua tiga orang lelaki (yang nampak minat kat aku) yang macho-mocho pulak tu hehehe.... tapi kebengkokkanya aku sahaja yang tahu. 

Bukan susah nak kenal species (gay) cam aku ni hanya dengan melalui pandangan mata aku sahaja, aku sudah tau mamat tu straight ke narrow. Mana ada jantan straight nak pandang jantan lain lama-lama biasanya mereka pandang sekali imbas aje, ye la macam kita yang gay ni pandang perempuan sekali imbas jer, sebab tak tertarik pun. Dah namanya pun gay nafsu hanya kat lelaki jer.

Kalau yang narrow ni hari-hari boleh jumpa (pergi jogging) pun tetap nak pandang kita dengan pandangan yang tajam ala-ala menggoda hahaha terserlah keGAYan mereka, itulah "gaydar" anugerah untuk gay yang boleh mengenal species mereka. 

Kawan perempuan aku itu sebenarnya sudah banyak kali cintanya kena reject ada yang terus terang cakap mereka tu gay, sebab itu yang sampai terkeluar statement macam tu. Kesian dia bukannya dia tak cantik cuma tersalah pilih agaknya nasib dia tak cakap dia suka pada aku kalau tidak mampus.... apa aku nak jawap :) 

Ya Allah hanya Engkau sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku kalau "gegirl" yang cun lalu didepan aku, aku langsung tak ada rasa (perasaan) apa-apa, apa tah lagi kalau yang tak cun (jangan marah :) Cuba deal dengan jantan hensem, bila berdepan (dengan mereka) baiknya cover tetapi dalam hati aku hanya tuhan yang tahu.

Aku bersyukur kerana masih belum melakukan maksiat lagi. Bercinta tu memang pernah,  dan paling membuatkan aku down, apabila (aku) boleh terjatuh cinta dengan sahabat baik sendiri, itu orang lain tak tahu. Tetapi alhamdulillah aku lebih sayangkan nilai erti persahabatan daripada nafsu. 

Memang indah sungguh dunia ni (bila bercinta) bagai segalanya milik kita huhuhu, sudah 2 kali lah (pengalaman aku bercinta) tapi aku tidak pernah "make love" lagi, alhamdulillah aku masih boleh mengawal diri lagi dari godaan, lagipun BF aku yang dulu pun macam aku jugak takut nak terjebak, nasib baik kami tak terlajak walaupun pernah hampir nak terlajak akibat godaan syaitan yang durjana tuh (tekup muka). 

Bila teringatkan balik mermang kita sedaya upaya nak mengelak tapi syaitan lagi licik dalam bab seduce nih. Last-last kami berpisah apabila habis belajar sebab masing masih balik ke tempat asal untuk berkerja, sampai sekarang aku rasa kesunyian setelah bertahun hidup berseorangan. 

Hanya yang pernah bercinta tahu nikmat nya rasa bercinta. Setiap kali syaitan goda aku, aku pasti teringatkan tentang kehidupan aku diakhirat kelak, kehidupan disana lebih lama (berkekalan) dari nikmat dunia yang sementara ini. 

Teringin jugak aku nak kembali bercinta macam dulu-dulu, tapi takutkan terlajak, alhamdulillah dulu semasa muda boleh kawal lagi sekarang dah 30 tahun lebih aku menahan nafsu serakah nih ...... kalau tak tahan aku masturbate aje, itu pun rasa bersalah selepas melakukannya, tapi nak buat macam mana takut tak tertahan terlajak ngesek nanti. 

Rasanya dugaan (jadi) gay ni lagi hebat dari yang dihadapi oleh golongan straight sebab bagi yang straight kalau mereka tak tahan mereka boleh berkahwin and..... dah (dapat yang) halal tetapi bagi golongan gay tetap haram. Mana ada lelaki yang boleh nikah dengan lelaki. Aku pun tak tahu sejauh mana mampu aku bertahan. Ya Allah tabahkan lah hati aku. 

Mungkin ada yang kata, "Semasa muda ni enjoy dulu bro nanti bila dah tua baru taubat" tapi kalau tak sempat bertaubat macam mana? itu yang buat aku tak jadi nak ngesek tu.

Macam-macam stress yang perlu (gay) hadapi. Stress dari keluarga yang mahu kita berkahwin. Stress dari masyarakat sekeliling yang sibuk nak tanya bila kita nak berkahwin. Kadang-kadang aku malu bila jumpa kawan lama yang dah beranak pinak, malah ada sepupu aku siap tanya lagi,  "Ko gay ke tak ada nafsu kat pompuan?" kalau aku nak menjawap......




Aku juga seperti Zed (merujuk kepada komen seorang pembaca dalam ruang komen didalam entry "I'M GAY AND ITS NOT OKAY... BUT ITS AWESOME ) dah letih dah aku nak menempuh dugaan ni tapi aku harus kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan ini.

Kadang-kadang terfikir juga betapa beruntungnya orang yang dilahirkan straight tetapi aku pulak ditakdirkan mempunyai naluri ni. Buat yang senasib dengan aku yang mempunyai naluri gay ini, percayalah Tuhan ada bersama kita dan Dia mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. 

Alhamdulillah seperti yang aku kata sehingga kini aku masih dapat mengawal nafsu songsang ni, tapi tak tahulah berapa lama lagi aku dapat bertahan semoga Tuhan melindungi diri aku daripada perbuatan (seks sejenis) tu. 

Sudah puas aku menangis lepas sembahyang berdoa supaya Tuhan switch aku ke straight tapi sampai sekarang aku masih gay lagi. Bagi yang merasakan diri mereka GAY tu dan rasa boleh ubah ke staright anda salah kerana anda tak mengalaminya, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan insan yang mempunyai "Gay Gene" nih. 

Entah la bro aku tak kata aku ni seorang yang baik tapi kalau aku gersang aku tengok jugak "gay porn" and basah lencunlah seluar aku, tapi tu sahaja option yang ada dari terus terjebak (melakukan seks sejenis) dan solat 5 waktu lah yang mungkin mencegah aku dari buat dosa tu. Aku rasa ramai lagi gay kat luar sana mengalami seperti mana yang aku alami ni, masih tersiksa jiwa kerana punya naluri songsang ni. 

Walaupun payah untuk teruskan hidup dengan naluri gay ni, kita terpaksa terimalah ketentuan Tuhan. PadaNya lah kita memohon supaya kita mampu bertahan dari godaan dan dilindungi oleh Nya.  Apa pun blog bro memang awesome . 


AZRI






Tuesday, 14 May 2013

PRINCE PATRICK - TAKE CARE OF YOUR BODY LIKE A TEMPLE

Saudara Prince Patrick ada meninggalkan komen nasihat serta pandangan beliau kepada problem yang dihadapi oleh saudara Aaron didalam ruang komen di entry "AARON SEORANG GAY - TERLINTAS NAK BERHIJRAH DAN MASUK KRISTIAN". Beliau kemudian telah mengirim email berkongsi entry yang disiarkan didalam blognya kepada saya untuk disharekan didalam blog ini. 


Take care of your body like a TEMPLE 

Masa aku baca blog abang Najmi – Hidup Mesti Diteruskan, ada satu entry tu seorang mamat yang tinggal kat US post dalam blog abang ni. Aku lupa lak nama dier! (Klik dientry "I AM A MALAY - AMERICAN A GAY MALE AND HAVE BEEN POZ FOR THE PAST 7 YEARS") 

Masih ingat lagi tak kat entry aku (Klik disini - AprilHepatitis& HIV Test) aku pernah cerita yang hidup kita ini adalah hadiah yang cukup sempurna untuk kita. Apa pulak kaitan dengan tajuk ni kan. Well ada kaitan sebenarnya hahaha.....

Since the first day we born, we get everything like love from our parents, nice cloth, nice food for us to grow healthy, good education for our future. Even though parents kita susah tapi dia orang tak pernah abaikan kita untuk menyara hidup kita tetapi disebabkan satu langkah yang salah kita terus boleh terjunam dalam gaung yang besar tanpa kita sedar iaitu nafsu kita sendiri. 

Nafsu yang aku tengah cerita ini bukannya nafsu membeli belah or nafsu travel tetapi yang aku maksudkan ialah nafsu untuk puaskan hubungan intim kita. Aku jugak tak nafikan yang semua orang malah termasuk saya jugak pernah terbabit dalam nafsu ini tapi bila tanya diri sendiri dengan perlakuan kita, kita sering akan jawab ‘alah hidup kita sekali jew, so enjoylah’! 

Tapi kita tidak pernah fikir tentang (perasaan) orang-orang yang sayang kita dan yang paling penting dosa kita terhadap Tuhan sebab kita kena kembali roh kita kepada Tuhan dengan care yang bersih dan suci seperti kita lahir dulu.


What if I have it (HIV)?

Korang mesti fikir kenapa mamat ni asyik dok cerita pasal kesihatan hahaha! Macam aku ceritakan dalam entry sebelum ni, selagi kita tak kena ( dugaan penyakit seperti jangkitan HIV) selagi itulah kita takkan rasa kesal (keatas segala perbuatan mungkar yang telah kita lakukan)

Masa aku buat HIV test baru-baru ni, macam-macam benda cross my mind. Selepas bagi blood untuk test HIV kat clinic. Setiap minit selepas itu aku asyik dok terfikir apa yang aku harus buat sekiranya aku ada HIV? Soalan yang paling gempak yang tak boleh nak (aku gambarkan) adalah macam mana aku nak face parents aku kalau aku ada HIV? Masa tu dunia aku seakan gelap dan aku dah lost focus dalam tugas di office. 

Macam mana aku nak face dengan kawan-kawan aku kalau dia orang tau aku ada HIV? Sebelum ini kita orang semua share makanan dengan satu sudu tetapi selepas ni kalau aku dah ada HIV macam mana aku nak share?


Macam-macam yang bermain dalam otak aku yang kecik ni dan masa itulah aku (pasti) menyesal sangat dengan perbuatan (yang telah) aku (lakukan). Kenapalah aku buat semua dosa itu tanpa memikirkan semua ini (kesan akibat aktiviti berisiko itu). Macam mana aku nak teruskan kehidupan aku kalau aku ada HIV, aku pastinya terasa sangat jijik terhadap diri aku sendiri ketika itu, sangat jijik sampai aku tak boleh nak tengok muka aku sendiri kat cermin.

Perkara yang paling sedih macam mana aku nak berhadapan dengan parents aku, sebab anak mana yang tak sayangkan parents sendirikan. Aku sayang kan dia orang lebih dari nyawa aku sendiri tetapi kalau aku ada HIV macam mana aku nak bersua muka dengan dia orang?

Memang malam itu aku tak boleh nak tidur sebab aku rungsing memikirkan (sekiranya akan ada HIV). Masa itulah aku fikir kenapalah aku bodoh sangat-sangat tidak fikir benda-benda macam ini semasa aku buat benda yang tak elok tu (aktiviti berisiko). Walaupun aku tak seteruk seperti mereka yang kerap melakukan sex rambang tapi apa yang aku buat itu tetap salah dan berdosa pada Tuhan dan parents aku.

Semua persoalan ini bermain dalam fikiran aku sampailah aku dapat result HIV aku itu. Alhamdulillah aku negative! Barulah aku boleh bernafas dan rasa masih hidup lagi. Masa itu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kesalnya aku terhadap segala perbuatan aku (menzalimi) diri aku sendiri. Masa itu jugaklah aku berjanji pada diri aku sendiri dan pada Tuhan yang aku akan menjaga badan aku seperti sebuah temple yang suci. Untuk kaum-kaum lain korang boleh anggap badan korang seperti sebuah tempat yang amat suci yang perlu dijaga dengan bersih tanpa kotor.

Betul, memang senang untuk kita berjanji tapi kalau tidak boleh nak tunaikan buat apa nak berjanji. Aku pasti kalau kita nak something yang baik untuk diri kita sendiri, kita harus berjuang dan menempuh segala cabaran yang kita hadapi dan aku pasti kalau kita buat dengan hati yang ikhlas mesti kita boleh kan (mengawal nafsu).

Ambillah langkah-langkah keselamatan selagi kita ada peluang ini dan ucapkan pada Tuhan sebab masih diberikan peluang kepada kita untuk hidup bersama dengan orang-orang yang kita sayangi. Ok lah sampai sini sahaja…….see you guys, love you all ;)

PS: maaf kalau ada terkasar bahasa tapi aku cuma nak ingatkan korang! No hurt feelings yaw ;)



Until then,
So & So



LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST