Friday, 12 April 2013

MASTURA - TUNANG SAYA HIV POSITIF

Saudara SAM dan saudari MASTURA (bukan nama sebenar) mereka berdua telah bertunang dan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada awal Jun 2013 ini tetapi menerima berita yang mengejutkan.

Kisah mereka mengingatkan saya kembali kisah Azman didalam entri “DISAHKAN HIV POSITIF MENJELANG 2 BULAN LAGI TARIKH PERKAHWINAN” yang mana disaat-saat akhir (iaitu 4 hari sebelum majlis pernikahan berlangsung pada 31-03-2013) perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan kerana keengganan abang bakal isteri Azman untuk menjadi wali dan dia telah meminta perkahwinan tersebut dibatalkan. Walaupun sedih Azman terpaksa menerima kenyataan bahawa jodohnya bukan bersama insan yang dia sayangi selama ini. 

Baca email dari Sam dan Mastura dibawah ini, mungkin anda ada panduan dan nasihat yang boleh diberikan kepada mereka berdua,

Email dari SAM (bukan nama sebenar)


Salam, 

Saya nak minta pendapat sedikit sebab saya tengah buntu sekarang ni. Saya nak berkahwin lagi 2 bulan dengan wanita yang sangat saya cintai, malah semua kelengkapan sudah siap. Kebiasaan apabila hendak  berkahwin kena jalani ujian HIV (rapid test). Amat kecewa sekali apabila saya di sah kan HIV Positif.

Saya buntu, rasa hancur sahaja hati ini. Sangat berat untuk saya berterus terang kepada tunang saya. Tetapi selepas mendengar nasihat doktor dan kaunselor saya kuat kan hati ini untuk beritahu kepada tunang. Alhamdulillah tidak sangka tunang saya boleh terima saya seadanya malah dia sanggup untuk berkahwin dengan saya.

Masaalahnya ada atau tidak jalan untuk kami hidup bersama? Dia boleh terima saya, yang saya bimbang penerimaan family dia. Saya buntu, kalau encik ada pandangan tolong bagi kat saya.

SAM




NASIHAT SAYA BUAT SAM

Salam 

Sam tidak silap, saya juga ada menerima email dari tunang Sam iaitu Mastura yang menyatakan bahwa perkahwinanya yang akan berlangsung pada bulan JUN nanti betul tak? Kalau benar minta Sam foward email saya ini kepada Mastura agar dia boleh baca pendapat saya ini.

Yang penting disini penerimaan dan kesanggupan tunang Sam untuk menerima Sam sebagai suami, saya bimbang dimasa depan nanti kalau Sam berkahwin jika ada masaalah hal tentang HIV ini akan berbangkit. Yang pasti tunang Sam benar-benar kena yakin dan cukup bersedia untuk menerima Sam sebagai suami yang berstatus HIV Positif.

Peluang untuk bersama pada saya masih tetap ada, saya ada rakan lelaki yang telah 10 tahun hidup dengan HIV, pada dua tahun lepas ia telah melangsungkan perkahwinan dan bahagia hingga hari ini cuma agak terkilan mereka masih tidak punya anak, yang mana pasti kita faham dalam perhubungan suami isteri jika salah seorang dari mereka HIV positif penggunaan condom ada wajib bagi melindungi isteri.

Ada sedikit kisah dari tentang lelaki ini didalam entri saya disini
"KHASIAT MADU DAN SPIRULINA - 10 TAHUN TIDAK PERLU HAART"

Dalam masa yang sama Sam dan tunang kena benar-benar faham tentang HIV/AIDS terutama maklumat asas mengenainya sebelum mengambil keputusan bernikah.

Seperti yang saya kata peluang untuk hidup bahagia masih ada. Dalam kes Sam dan tunang selepas berkahwin pastinya boleh cuba mendapatkan anak angkat jika mahu, tetapi peluang untuk mendapat anak yang bebas HIV dalam masa sama isteri tidak dijangkiti HIV masih ada, tetapi proses mendapatkan zuriat bebas HIV ini perlu pemantauan nasihat dari pakar di hospital.

Pastinya ada ubat yang perlu Sam dan isteri makan semasa proses mendapatkan zuriat dijalankan. Ada kes di negara kita yang mana pasangan seorang positif dan seorang lagi negatif berjaya mendapatkan anak yang bebas HIV, malah ada mengatakan kalau suami isteri positif HIV pun masih ada peluang dapatkan anak yang bebas HIV. Sam juga kena faham apabila dah ada HIV ni maka hidup kita sudah tidak semudah hidup seperti orang sihat lain (non PLHIV).


Tentang penerimaan famili tunang Sam itu saya tidak boleh nak jawab, ada orang yang boleh terima menantu yang positif HIV dan ada orang yang tak boleh terima, so Sam perlu banyak berdoa minta petunjuk dari ALLAH. Sam juga boleh baca entry disini kes yang hampir sama seperti yang Sam dan Mastura alami, "DISAHKAN HIV POSITIF MENJELANG 2 BULAN LAGI TARIKH PERKAHWINAN” 

Harap Sam bersabar, tenang dan cuba fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan masaalah ini...susah saya nak beri panduan nasihat terbaik kerana semua keputusannya terletak pada tangan Sam dan tunang...saya hanya mampu beri pandangan sahaja.




Email dari MASTURA (bukan nama sebenar) 


Salam,

Sejak beberapa hari ini saya tidur tidak lena, resah memikirkan dugaan yang saya hadapi sekarang, akhirnya saya terjumpa blog saudara. Saya rasa mungkin disini saya boleh luahkan keresahan saya, semoga keresahan saya ini akan berkurangan, selain telah meluahkan kepada Allah yang Maha Esa.

Saya sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada awal bulan Jun ini. Namun dugaan yang berat datang apabila tunang saya memaklumkan yang dia telah menjalani rapid test hiv dan mendapati dirinya positif hiv.

Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Tidak dapat saya gambarkan perasaan saya pada masa itu, saya menangis dan terus menangis hingga akhirnya saya keletihan. Pada masa itu, barang-barangan hantaran semua telah dibeli dan ada di simpan di dalam bilik saya. Apabila melihat barang-barang itu semua, hati saya semakin hancur, ingin rasanya saya buang kesemua barang-barang tersebut, biar lenyap dari pandangan mata.

Bila saya terjumpa blog saudara saya mulanya hanya menjadi pembaca kepada entri-entri dan komen-komen yang terdapat dalam blog. Saya terjumpa beberapa kes yang sama seperti yang saya alami, dan dari situ saya mula terfikir untuk menulis email kepada saudara, sekadar meluahkn rasa dan mungkin ada nasihat yang berguna daripada saudara.

Selepas mengetahui berita tersebut, saya telah bercakap dari hati ke hati dengan tunang saya. Saya bertanyakan dari mana dia mendapat virus tersebut. Dia sebenarnya bingung kerana dia mengakui pada usia mudanya (dalam awal 20-an) dia banyak bertukar pasangan, hidup dalam kemaksiatan, namun selepas itu dia telah meninggalkan tabiat tersebut dan telah insaf.

Untuk makluman saudara usianya sekarang ialah 31 tahun. Sebelum ini dia banyak melakukan ujian kesihatan termasuk ujian darah atas sebab kerja dan pernah ke luar negara, namun kesemua ujian tersebut adalah negatif. Namun dugaan Tuhan datang bila dia disahkan positif untuk ujian kali ini.

Saya tahu dia sangat kecewa, bingung, dan sedih. Pada masa dia memaklumkan kepada saya berita itu, dia menangis dan menyatakan kepada saya bahawa dia sangat takut untuk menghadapi hari-hari mendatang. Dia juga sangat takut kehilangan saya.

Saya juga beberapa hari resah memikirkan dugaan ini. Apa yang perlu saya buat? Kenapa saya diduga sebegini hebat? Pelbagai persoalan bermain difikiran saya sehingga kepala saya sakit.

Namun setelah saya solat dan minta petunjuk daripada Allah, hati saya kuat menyatakan bahawa saya akan berada di sisinya sampai bila-bila. Saya cuba tekadkan hati saya supaya saya dapat meneruskan perkahwinan ini.

Cuma yang masih menghantui saya ialah bagaimana untuk memaklumkn kepada wali saya berkaitan masalah ini. Saya sangat takut akan penerimaan wali saya, untuk makluman wali saya adalah abang saya. Setiap masa saya resah memikirkn perkara ini. Saya cuba memikirkan jawapan yang positif sahaja pada masa ini agar saya tidak terus merasa tertekan. 

Salam,

Terima kasih kerana sudi membalas email saya. Memang saya masih belum bersedia untuk memaklumkan kepada wali dan ahli keluarga saya berkaitan dengan masalah ini. Saya sangat takut akan penerimaan mereka.

Untuk makluman saudara juga, semasa saya menulis email ini, kami masih lagi menunggu keputusan ujian kedua daripada pihak hospital. Kaunselor di hospital ingin berjumpa dengan kami berdua untuk tujuan kaunseling, namun atas hal kerja tunang saya masih belum dapat menetapkan tarikh kauseling tersebut.

Salam,

Terima kasih saudara najmi atas doa itu. saya akui kata-kata saudara yang saya perlu terus berdoa supaya Allah bukakn jalan penyelesaian kepada saya dan tunang. Hingga kini saya masih berdoa dan terus berdoa kepada Allah agar permudahkan segalanya.

Tentang persoalan sama ada saya sudi menerima atau tidak tunang saya yang hiv positif, dengan nama Allah yang maha mengetahui segalanya, saya sudi menerima tunang saya seadanya.

Hati saya kuat menyatakan yang saya akan bahagia bersamanya. Sekarang saya masih terus berdoa agar kebahagiaan yang saya impikan itu akan menjadi suatu kenyataan yang pasti. untuk makluman saudara, tunang saya juga menghantar email kepada saudara. Saya berikan email saudara kerana saya harap dia ada tempat untuk meluahkn perasaan dan meminta pandangan yang boleh membantunya yang masih dalam kebuntuan dan kegelisahan.

Saya telah membaca balasan email saudara kepadanya, terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas nasihat dan doa yang saudara sudi hulurkan di saat kami keresahan dan kebuntuan ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya.

MASTURA





41 comments:

  1. Adik,perkongsian hidup bukan mudah seperti ucapan,ia tggjawab yg perlu dilaksanakan,Apatah lagi berkahwin dengan Plhiv,bnyk yg perlu dipelajari,dijaga.dicegah kerana virus ini bt masa sekarang blm ada pnwr yg blh mnymbuhkn. Ini pandangan sahaja,bnyk lg nsht dr yg lain adik akan fahami. Pd saya klu msg2 ikhlas&mampu memikul tggjwb ini dgn kshsyg,Kahwinlah.tiada masalah yg pnting jaga peraturan yg perlu dipatuhi.elak jangkitan pd pasangan.ttg wali,klu sesuai beri tahu,tp klu susah takut perkahwinan dibtlkn,sdgkan msg2 mmg nak kahwin adik rahsiakan dulu.Saya dah lalui hal mcmni.masih bahagia wlu perkahwinan plhin dgn non plhiv bkn semudah yg dilafazkan,ada risikonya.berbincang,bertolak ansur,pengorbanan,keikhlasan&sabar mesti ada dlm perkahwinan ini.ia dibina dgn kshsyg.Wallahuaalam ~HR21

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum HR21, jika tidak keberatan boleh tak HR1 beri email kpd saye?
      Saye ingin minta pandangan dr HR21.
      Harap HR21 dapat membantu saye.

      Delete
  2. Utk Sam, kalau saya ditempat anda, pasti saya teramat bersyukur mempunyai pasangan yg menyayangi anda setulus hati, anda perlu menjaga dan menyayangi dia n menjaganya sebaik mungkin. Keluarga rasanya kalau tidak diberitahu lebih bagus tapi anda berdua perlu ambil tindakan bijak. Saya doakan anda berdua kekal bahagia bersama hingga ke jannah. Mastura, tabik anda atas keterbukaan menerima kesilapan kekasih yg lepas. Mulianya hati anda dan andainya ada jodoh anda, saya doakan anda mendapat segala yg terbaik. Hiv bukan penyakit yg membunuh tetapi virus yg berjangkit, modennya teknologi akan membantu plhiv hidup normal dan bekeluarga. Take care

    ReplyDelete
  3. Hai..MW apa kbr..moga sentiasa dlm rahmat Allah..hehehe...mujur ada blog Najmi..sbg flatform say hello kan..

    Alhamdulillah...moga Sam dan Mastura bahagia..sama2 saling memahami dan menerima kekurangan dan kelebihan pasangan...niat yang baik itu pasti dibantu Allah..
    Jika boleh tak perlu dedahkan rahsia diri Sam..ini akan menambahkan prasangka dan fitnah dimasa akan datang...:)
    Wallahualam

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  4. Hani Atiqah Sahapati

    ssghnya dlm hpd ini lebih ramai yg lbi susa dry kita.. bykkn bersbr.. usah mltkkan hrpn pd manusia yg x smpurna melainkan hrpn 100% pada ALLAH pemilik kita yg MAHA SEMPURNA... di anta hari ini,esok & kmrin.. kmrin suatu yg ttigal x bisa kmbli.. esok suatu yg x pasti.. ttp hari ini kita mpu berubah mjdi lbi baik utk pengakhran kta yg blum tentu baik.. nmun berushalah kta mjdi yg terbaik di sisiNya..

    Ketika diri terasa lemah,letih,penat menghadapi dunia..Senyumlah,..kerna ketahuilah Allah masih membuka ruang untuk kita merasai cinta..kerna cinta tidak akan sempurna tanpa ujian..kata orang ,tak kenal maka tak cinta..jadi,bila kita sentiasa tabah ketika ujian yg susah mhupun senang,,tidak mungkin akan haadir keraguan..n utk mengenali someone,bknlah mmerlukan masa yg pendek..begitu jugalahapabila kita bercinta dengan Allah..cuma perbezaannya Allah e2 LEBIH MENCINTAI,MENYAYANGI,MERINDUI,& MEMAHAMIMU MELEBIHI YANG LAIN KERNA KITA ADALAH MILIKNYA..jadi,pabila hati dipagut sedih,pandanglah langit,hiruplah angin,berpijaklah di atas tanah asal usul kita,sentuhlah air,pandanglah haiwan..maka ketenangan itu akan hadir kerna hanya mengingati Allah,hati akan menjadi tenang..kerna ketahuilah,semua ciptaan atau alam ini berzikir mengingati Allah cuma caranya yang tidak kita ketahui..moga kita sentiasa mengukir senyuman kerna ketahuilah sahabat,seseorang itu menilai ketabahan dirinya bukan kerna besarnya atau banyaknya ujian yang ditempuhinya tetapi berdasarkan bagaimana seseorang itu menghadapinya..kerna kualiti e2 lebih baik dari kuantiti..banyak2kan berfikir kerna akal adalah anugerah Allah kepada manusia tetapi berpada2lah dlm mempercayai akal kerna akal ada batasannya..hidup nie jika tidak berpandukan Agama,,maka robohlah eya..moga kita mencintai Allah melebihi segalanya..Aamiin..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Sahabat..
    Ketahuilah...
    Dunia ni banyak cabaran & dugaannya..
    Usah berkeluh kesah,..
    Maafkanlah mereka..
    Jangan bersedih dengan dugaan itu..
    Kerna dugaanlah kita mampu kuat seperti sekarang..
    Kerna cabaran kita mampu terus tersenyum hingga kini..
    Sebaliknya pandanglah mereka yang lebih susah dari kita...
    Ketahuilah bukan kita sahaja yang diuji..
    Semua kita diuji..
    Ada yg diuji dengan
    Kesenangn..
    Kekuatan..
    Kemuliaan..
    Kekayaan..
    Kemiskinan..
    Tetapi mereka tetap tidak berputus asa..
    Kadang walau mereka buat kebaikan tetapi dibalas kehinaan..
    Kadang mereka diam mereka tetap difitnah..
    Kadang mereka berkata2 mereka tetap diperkata..
    Kadang mereka membantu tanpa diketahui tetapi tetap diungkit2..
    Kadang mereka diuji dengan kebaikan mereka yang berusaha untuk disembunyikan tetapi mereka tetap disindir2..
    Tetapi ingatlah ..
    Itu lebih baik daripada kita
    Selalu berbuat kejahatan sehingga mengalir air mata orang lain kernanya..
    Selalu berbuat fitnah sehingga sehingga ke akhir hayat orang lain pun dia masih mencaci sehingga orang itu mendapat malu di depan semua orang..
    Selalu mencaci sehingga orang lain terasa dirinya x berkeyakinan untuk melangkah..
    Selalu berbuat kejahatan sehingga orang lain tidak tenteram di sekelilingnya..
    Orang seperti ni..
    Hidupnya tidak akan tenteram..
    Walaupun dia sentiasa mendapat apa yang di mahu..
    Walaupun dia sentiasa gembira melihat kejatuhan orang lain..
    Tetapi hatinya sakit..
    Ketika sendiri dia terasa tidak ada erti hidupnya ini..
    Dendam membuat air matanya membeku..
    Walaupun terasa mahu menangis kesedihan tentang nasib diri..
    Tetapi dia tetap mahu berdendam..
    Dia cuba mencari kehidupan..
    Dengan membuat orang lain terluka..
    Dengan membuat orang lain sedih..
    Dengan membuat orang lain terhina..
    Kerna dia terasa tidak ada teman...
    Dia mahu semua orang rasa apa yang dia rasa agar mereka tertarik untuk berkawan dengannya..
    Agar dia mendapat pujian dari orang yang disangkanya sahabatnya..
    Tetapi kesihan...
    Dia tdak akn pernah mememui kehidupan dengan berbuat demkian...
    Sebaliknya..
    Orang yang banyak berkorban untuk orang lain..
    Orang yang sentiasa mendoakan orang lain yang menyakitinya..
    Orang yang sentiasa memaafkan ketika orang lain menyakitinya..
    Dia akan merasa tenang ketika bersendirian..
    Terasa dirinya mempunyai ramai teman..
    Hidupnya terasa lebih sempurna dengan adanya Allah yang menjadi teman setia di sisinya..
    Hidupnya gembira bila bersama orang ramai kerna hatinya sentiasa berbaik sangka & berusaha untuk membuat hati orang lain gembira..
    Sahabatnya datang dengan sendiri tanpa perlu dia mencari..
    Hidupnya sentiasa dihiasi rasa kesyukuran..
    Kerna Allah pelengkap hidupnya...
    Belum cuba belum tahu..
    Kalau mahu cuba..
    1 CARA PALING MUJARAB..
    fIRST STEO ONLY..
    "JAGALAH SOLATMU"....

    ReplyDelete
  6. kEMUDIAN BARULAH DIIKUTI DENGAN:

    "LAKUKAN APA YANG DISURUHNYA,TINGGALKAN APA YANG DILARANGNYA"
    "IKHLASKAN HATI"
    "JAGALAH PERKARA YANG RINGAN PADA PANDANGANMU"
    "JAGALAH HATIMU"
    "MAAFKAN & DOAKAN ORANG SEBELUM TIDUR"
    "BANYAKKAN MELIHAT ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN"
    "BANYAKKAN MELIHAT & MEMBANTU ORANG YANG KESUSAHAN"
    "TINGKATKAN KUALITI IMAN"
    "SAYANGI DIRI SENDIRI"
    "SAYANGI SEMUA CIPTAANNYA"
    "SENTIASA BERBAIK SANGKA"
    "SENTIASA BERUSAHA MENAMBAHKAN KEBAIKAN PADA DIRI"
    "BANYKKAN MASA MELIHAT PEMANDANGAN@ALAM CIPTAANYA"
    "BANYAKKAN BERZIKIR &,BANGUN MALAM & TAHAJJUD"
    "KURANGKAN & KALAU BOLEH HILANGKAN SIKAP SUKA TENGOK KEBURUKAN ORANG"
    "JANGAN MENGUMPAT ORANG LAIN"
    "JANGAN MENGANIAYA ORANG"
    "JANGAN PECAH AMANAH"
    "JANGAN MEMUNGKIRI JANJI"
    "JANGAN LUPA LANGSAIKAN SEGALA HUTANG"
    "PALING PENTING SEKALI JANGAN SESEKALI MENSYIRIKKAN ALLAH"
    "JANGAN AMBIL RINGAN PERKARA YANG KECIL KERNA BERAPA RAMAI YANG TUMPAS KERANA SESUATU YANG LEBIH KECIL DI PANDANGAN MATA BERBANDING YANG BESAR PADA LUARANNYA?"
    KERNA KETAHUILAH TELALU RAMAI YANG MATI KERANA SEEKOR NYAMUK YANG KECIL..
    CUMA SEDIKIT YANG MATI KERNA HARIMAU YANG BESAR..
    SELAMAT BERJUANG SAHABAT...MOGA KITA SAMA2 SENTIASA DIPAYUNGI RAHMATNYA..INSYAALLAH..AAMIIN..TERIMA KASIH ALLAH. .

    ReplyDelete
  7. Ada dua pilihan sama ada mahu teruskan perkahwinan atau batalkan perkahwinan.. Boleh solat istikharah..Solat istikharah ni dilakukan apabila kita perlu membuat pilihan utk perkara yg baik.. Rasanya dua dua pilihan itu mmg baik..Tapi Allah yg maha mengetahui yg mana terbaik utk kita..

    Pertama.. Jika mahu teruskan perkahwinan, sy sangat sokong.. Sekarang ada teknologi dan sistem perubatan yg dpt mencegah dr dijangkiti virus itu.. Dan anak yg lahir akan bebas dr jangkitan hiv walaupun org tua mereka menghidap virus itu..Tetapi kesabaran sgt diperlukan dan bukan sedikit pengorbanan yg perlu ditempuh..

    Kedua, batalkan perkahwinan.. Dalam agama walaupun seseorg sudah bergelar isteri dan mendapati suaminya ada menghidap penyakit yg tertentu (cthnya hiv/ mati pucuk) diharuskan utknya meminta cerai sekiranya tiada jln lain utk merawatnya.. Org yg baik Allah sedia hanya utk org yg baik.. Begitu juga sebaliknya.. In shaa Allah, Allah akan ganti yg lebih baik..

    Jgn sesekali kita membuat keputusan dengan mendahulukan nafsu dan dunia kita.. Tapi buatlah keputusan dgn mendahulukan agama.. Kita laksanakan sebaik tadbir, Allah beri kita sebaik baik taqdir..

    Allah a'klamul ghaib.. (",)v

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah,

    Allah beri kurnia dan rahmatNYA kepada tunang awak, supaya tunang awak mendekatiNYA dan kepada manusia yg pandang serong terhadap manusia yg lain, korang tersangat rugi kerana berhidup memandang serong terhadap ketentuan Illahi. Betapa sayangnya korang yg mengaku baik tapi gagal mencerna maksud ketentuan Illahi. Org yg diuji dengan ujian yg berat itu semata2 Allah nak hapuskan dosa2nya dan angkat Derajatnya bersama orang2 yang diredhai.

    ReplyDelete
  9. Kes mcm kawan sy..stil nikah..tp husband dia amik ubat..tp kena kosisten...alhamdulillah, baby sihat n xde hiv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous said...
      Assalamualaikum, jika tidak keberatan boleh tak beri email kpd saye??
      Saye ingin minta pandangan dr awak kengenai hal ini. Saya ingin mengetahui prosedur yg dilakukan oleh kawan awak.
      Harap awak dapat membantu saye.

      Delete
  10. salam....
    Tima ksih atas nasihat yg diberi, sy msh berdoa dn trus berdoa agar dipermudhkn sgalanya, moga tuhan tunjukkn jln yg betul kpd kami, cuma skrg msh buntu berkaitn urusn berkaitn hal prosedur perkhwinan

    Mastura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang byk prosedur tapi bersabarlah...InsyaAllah Allah permudahkan urusan anda berdua.

      Delete
    2. salam mastura..boleh x sy minta email awk..sy juga senasib ngn awk n perlukan sokongan n pndapat dr awk..hrp awk dpt membantu..trima kasih.

      Delete
    3. Salam mastura,jika tidak keberatan boleh x bagi email dr awak. Saye perlukan pendapat dari awak.

      Delete
  11. Salam,tentang prosuder yg abg tahu,setelah borang yg lengkap diserahkan,borang akan diproses untuk ditemuduga,mcm kes adik sebaiknya pergi bersama sambil ditmani muhrim.ianya utk memudahkan proses kaunseling&soal jwb.setelah peg agama berpuas hati maka selesailah.klu msg2 sanggup hidup bersama,mereka takda hak menghalang@membocor rahsia kamu berdua(ingat kptsn hiv sulit).Soalan yg ditanya adlh prosuder seperti psgn lain berkaitan Fardu Ain je.Cadangan abg pihak lelaki klu boleh dapatkan bantuan dr yg blh membantu&enyimpan rahsia jika ada utk proses kelulusan agar lebih mudah.Jika TIADA tak perlu,urus sendiri pun blh.Ketika soal jawab minta mereka memahami kes adik.InshaAllah mereka fahm.Abg ykin pada mereka ini bukan kes pertama.ini tujuannya untuk mmpastikan tiada siapa yg teraniaya.selepas itu anda akn mendpt surat kebenaran kahwin.surat itu diserah pada kadhi ketika Hari Akad Nikah.Ingat status kesihatan adlh Rahsia.Adik,abg dah melaluinya,isteri abg pun non plhiv.so takda mslh,Alhamdulillah masih bahagia hingga skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam
      blh sy berhubung dgn abg melalui emai? klau sudi blh berikn email abg kpd sy

      Mastura

      Delete
    2. Mastura

      Abang dah send EMAIL Abg ni ke email Mastura, Mastura check dlm email ok...:)

      Delete
    3. Assalam, nasib saya sama seperti mastura. sgt sedih kerana sy sygkan suami sy dan kini sy perlu buat ujian darah kerana doktor bgtahu sy bahawa sy dalam ketegori risiko tggi untuk dijangkiti HIV.

      harap dpt hubungi mastura untuk berkongsi cerita dan pengalaman untuk jalani hidup sebagai seorang isteri kepada suami tersayang.

      Luna

      Delete
  12. Sam dan Mastura

    Pandangan sayalah yang tak pernah alami proses berkahwin ni, awak berdua berbincang lah bersama, kalau benar anda berdua ikhlas nak berkahwin dan sanggup hidup semati bersama, pada saya Mastura tidak perlu beritahu wali (abang Mastura) dan ahli keluarga lain yang Sam seorang PLHIV, sebab saya bimbang kalau diberitahu tidak mustahil perkahwinan yang dirancang terpaksa dibatalkan seperti mana yang berlaku kepada saudara Azaman dalam entry "DISAHKAN HIV POSITIF MENJELANG LAGI 2 BULAN TARIKH PERKAHWINAN"

    Anda berdua yang nak kahwin kan, ikut juga pada keyakinan anda berdua...sekiranya wali dan ahli keluarga agak2 boleh terima Sam positif HIV sebagai menantu teruskan beritahu hal sebenar.

    Jika tak yakin, apa kata Mastura cuba menduga penerimaan abang dan ahli keluarga lain terlebih dulu. Mungkin Mastura boleh bual dg mereka, Mastura boleh me "reka" cerita contoh dengan beritahu seorang kawan kepada kawan Mastura akan berkahwin dengan seorang pembawa HIV, mungkin Mastura boleh berlakun tunjukkan rasa geli kepada PLHIV dan Mastura tengok reaksi abang dan ahli keluarga lain bila dengar cerita itu.

    Kalau mereka juga memberi reaksi penolakan bermakna Mastura tak perlu beritahu mereka tentang status Sam, TETAPI kalau mereka memberi reaksi berlawanan (menerima) seperti mungkin mereka kata "kita tak boleh halang perkahwinan walaupun salah seorang pasangan itu PLHIV" maka rasanya Mastura boleh beritahu hal sebenar.

    Walau bagaimana pun hanya Mastura dan Sam yang boleh buat keputusan sama ada mahu memberitahu atau tak tentang status Sam. Saya hanya boleh memberi nasihat dan sedikit cadangan aje, mudah2an segala urusan anda berdua dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasihat yg sgt matang n bernas. tq najmi, moga kesihatan najmi sgt baik, rezeki yg tidak putus, kasih sayang allah yg sentiasa melimpah. pohon saya segala yg terbaik allah kurniakan buat najmi

      Delete
    2. Mak Wardah

      ...Insyaallah terima kasih kerana mendoakan...:)

      Delete
  13. tq abg najmi, skrg kami tgh berusaha utk menyelesaikn mslh ni sebaik mungkin, doakn smoga kami mempunyai penyudah yg baik.



    mastura

    ReplyDelete
  14. Slm,dr cerita mastura dan bakal suami akan melangsungkan perkahwinan awal bulan jun.jadi sekarang proses perkahwinan perlu diuruskan kerana senang pejabat agama nak proses untuk menetap tarikh akad nikah yg dicadangkan,bukan apa,takut banyak pasangan letak tarikh yg sama,pening juga kadhi dibuatnya,maklumlah nak pisana nak pisini.jadi klu bt awal senang.tentang email,tanya ja abg najmi.saya pun lebih selesa.jgn risau,perkahwinan itu suatu ibadah,klu dah bersedia tiada siapa yg boleh halang melainkan membahayakan pasangan.pada abg hiv klu diurus&dijaga dgn betul kemudhoratan blh dielak kan.kita ja yg mengikut perasaan.Prcaya tak isteri abg non plhiv anggap abg ni ok ja.bergurau,bermanja mcm biasa,kdg2 abg ja yg terlalu risau pdhal isteri abg takda mslh pun.... hr21

    ReplyDelete
  15. assalam...saya nk mengetahui kisah mastura sekarang..adakah beliau dah selamat brkahwin dgn sam tnpa pengetahuan keluarga mereka ? bagaimana prosuder yg dia lakukan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Ya MASTURA sudah selamat melangsungkan perkahwinan, seorang rakan abg yang abg suruh dia berhubung melalui email dengan mastura memberi nasihat panduan berkaitan masaalah Mastura ada send email beritahu abg yang berbunyi,

      "Atas dasar cinta sejati bermula dr blog abang najmi, skrg (Mastura) sudah selamat berumah tangga. Entah2 dah mengandung sebab mastura ada cerita, rawatan HAART apabila virus "non detect" dia dah boleh mengandung. Alhamdulillah jika semua berjalan lancarkan."

      Bagaimana prosedur yang dilakukan, abg tak pasti...tapi yang pasti tentu ada jalannya..:)

      Delete
    2. Bila dah mulakan HAART virus HIV sudah tidak ada dalam darah dan air mani lagi. Jadi tidak ada masalah lah untuk suami isteri mengadakan hubungan kelamin dan seterusnya memperoleh anak. Walau bagaimanapun, virus HIV masih bersembunyi di dalam cell T4. Ubatan HAART yang ada sekarang tidak dapat masuk ke dalam cell T4 tersebut.

      Namun begitu, saintis sekarang dalam proses melakukan eksperimen ke atas sekumpulan penghidap HIV dengan memberikan mereka ubat yang digunakan untuk merawat kanser bg tujuan memanggil keluar virus HIV yang bersembunyi dalam cell T4.

      Delete
    3. assalam abg naj mi,

      kalau x keberatan boleh sy dapatkan no.contact mastura? atau emel address beliau? untuk pengetahuan abg naj mi sy ingin berkongsikan masalah dengan mastura dan masalah yang sy hadapi sama seperti mastura. TQ sgt if abg naj mi dapat membantu.

      Regards,

      Luna

      Delete
    4. Ok abg naj mi :(

      hope sgt sekiranya dapat berhubung dengan mastura.

      Regards,

      Luna.

      Delete
  16. Aslm abg..
    Bagaimana nk mulakn bicara sya rasa buntu,sya seorang lelaki berusia 35thn sdh bkeluarga dn mmpunyai 4 org ank.sya ada trlibat dgn aktiviti berisiko semasa isteri sdg mngandungkn ank sya yg ke4.stlh itu sya sering mnjalani ujian hiv ats rasa takut dn brsalah sya,sehinggakn kekerapan ujian itu sya buat hanya brselang seminggu dlm masa 1 bln dn kesemua ujian trsebut adlh -ve.masalahnya skrg stlh melakukan lbh drpd 20 ujian hiv dn semuanya -ve,sya mengalami sintom2 sprt batuk yg brpnjangan,bisul di ssetengah tmpt d badan2,lemah lesu,sakit disekitar tengkuk dn bahu dn najis mnjadi cair.hal ini menyebabkn sya sering rungsing dn trtekan.anak kecil sya jga sering mngalami batuk dn selsema.adakah sya djangkiti dn mnjngkiti org lain,brdosanya sya pd isteri anak dn keluarga sya..bantulah sya
    jazakallh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saudara,

      Abg rasa saudara mengalami masaalah keyakinan dalam diri, keresahan, tertekan stress sememngnya boleh melemahkan sistem imunisasi badan sehingga boleh menyebabkan lemah lesu, sakit2 badan dan sebaginya

      Percaya lah bahawa saudara tidak ada HIV, yakin lah. Hidup mesti diteruskan juga, cuba bersikap tenang, cuba rawatan islam agar kerungsingan saudara boleh dsembuhkan...Insyaallah semua simptom yang saudara alami itu akan hilang jika fikliran saudara tenang....:)

      Delete
  17. Sy sdnasib.. kahwin bulan depan ..xthu la sempat ke x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous said...
      Assalamualaikum, jika tidak keberatan boleh tak HR1 beri email kpd saye?
      Saye ingin minta pandangan dr awak.
      Harap dapat membantu saye.

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, saya tertarik dgj artikel ni kerana saye mempunyai masalah yang hampir sama.
    Saye tahu ujian hiv adalah prosedur dlm perkahwinan. Tetapi perlukah saye beritahu perkare ini kepada keluarga dan wali saye?? Dan adakah semase akad perkare ini boleh dirahsiakan dr family??
    Saye buntu sekiranya hal ini perlu diberitahu dan family tidak membenarkan.
    Saye sudi terime si dia, dan saye ingin membantunye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kes seperti ini, pasangan masih berjaya merahsiakan dr pengetahuan keluarga, kdg2 bergantung pada nasib dengan siapa kita berurusan, ada pihak yang memahami ada juga pihak yang tidak. So dapat kan nasihat lebih dulu pada pihak hospital kaunselor disana, atau boleh cuba berhubung bertanya pada saudara Luka Rafieqa, no phone Luka dah banayak abg share dlm ruang2 komen, try cari sebab Luka ada ramai kawan yang lebih berpengalaman dlm hal berkaitan perkahwinan ini.

      Delete
    2. Maaf abg naj mi. Kalau x keberatan Boleh x abg bg no fon luka rafieqa. Saye xjumpe no fon luka.
      Atau jika tidak keberatan boleh x abg naj mi beri email mastura??
      Saye ingin minta pendapat dr mereka.

      Delete
    3. "HUBUNGI NOMBER INI JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASAALAH"
      KLIK pada gambar disebelah kanan blog ni,
      Maaf abang tak ingat email mastura, nak cari terlalu banyak email yg abg terima, mungkin nama mastura itu pun nama samaran...kebiasaannya abg tak simpan email dr pembaca..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST