Sunday, 7 April 2013

TRUVADA - PIL PENCEGAH HIV

Apa nama pil pencegah HIV? Nama pil tersebut dipanggil Truvada.



KOMPAS.com - Setelah keluarnya keizinan penggunaan pil Truvada sebagai ubat untuk mencegah HIV, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan negara-negara miskin dan kaya untuk sama-sama menyiapkan projek perintis agar lebih memahami manfaat dari penggunaan ubat HIV tersebut. 

Apa nama pil pencegah HIV Himbauan itu dikeluarkan empat hari selepas Board of American Food and Drug Administration (FDA) meluluskan penggunaan pil Truvada yang dikeluarkan oleh Gilead Sciences Inc. Konsep ini dikenali sebagai" pre-exposure prophylaxis (PrEP).
  
Penggunaan pil Truvada ditujukan untuk orang yang tidak dijangkiti, tetapi mungkin terlibat dalam aktiviti seksual dengan pasangan HIV-positif. 

Truvada, yang menggabungkan ubat anti HIV Tenofovir dan Emtricitabine dalam satu pil, banyak digunakan untuk mengubati orang yang sudah dijangkiti virus penyebab AIDS. 

"WHO mendorong negara-negara yang ingin memperkenalkan konsep PrEP untuk pertama kalinya di projek-projek kecil untuk membantu para pekerja kesihatan masyarakat supaya lebih memahami dan menyedari manfaat dari penggunaan pil Truvada," kata WHO dalam sebuah keluaran.

"Ini boleh termasuk dikalangan laki-laki atau wanita serta transgender yang berhubungan seks dengan lelaki," tambahnya. 


Jurucakap WHO Sarah Russell berharap, Gilead sebagai pengeluar Truvada dapat menyediakan pil pencegah HIV ini dengan harga yang murah khususnya di beberapa negara miskin.


"Kami percaya Gilead boleh menurunkan harga pengunaan pil tersebut sekitar UDS100 setahun untuk seorang, di negara-negara miskin," katanya dalam satu wawancara. 

WHO mencatat bahawa kajian antarabangsa yang disebut Partner PrEP telah menunjukkan bahawa ubat-ubatan HIV sangat berkesan untuk mencegah penularan penyakit pada lelaki dan wanita yang pasangannya dijangkiti. 

Hal itu terbukti melalui kajian yang dilakukan di Kenya dan Uganda yang dibiayai oleh Bill & Melinda Gates Foundation, di mana setiap peserta mengambil satu tablet sehari yang mengandungi tenofovir atau tenofovir dalam kombinasi dengan emtricitabine. 

WHO juga kembali mengingatkan agar orang-orang yang tergolong berada di dalam kelompok yang  berisiko supaya tetap menggunakan kondom dan dalam masa yang sama terus mengambil ubat setiap hari.

Sumber Disini 

Truvada, ubat cegah HIV disokong pakar AS

CALIFORNIA - Untuk pertama kali, panel terdiri daripada pakar kesihatan di Amerika Syarikat menyokong penggunaan ubat yang didakwa boleh mencegah jangkitan HIV dalam kalangan orang sihat.

Panel Kesihatan itu menyarankan pil penggunaan harian, Truvada untuk diambil oleh mana-mana individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti virus Aids tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pekerja kesihatan dan kumpulan aktif dalam komuniti HIV menentang kelulusan ubat itu.

Pengambilan Truvada bersama  untuk pesakit HIV positif telah diluluskan oleh Pertubuhan Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) bagi pesakit HIV positif yang diambil bersama ubat antiretroviral.

Kajian pada 2010 menunjukkan Truvada dihasilkan di California boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki homoseksual dan pasangan heteroseksual yang sihat serta penghidap HIV positif dalam kebarangkalian antara 44 dan 73 peratus.

Difahamkan, beberapa pihak yang membantah penggunaan ubat itu kerana khuatir pengguna mungkin akan percaya 100 peratus dan berasa diri mereka selamat sepenuhnya daripada jangkitan virus sindrom kurang daya tahan penyakit tersebut jika mengambil Truvada.

Mereka juga bimbang kos yang tinggi akan menyebabkan kos pembiayaan menghasilkan ubat itu terhad.

Wakil Yayasan Penjagaan Kesihatan Aids, Joey Terril yang membantah kelulusan pengambilan Turvada berkata, mereka (pihak berkenaan) perlu meneliti kesan pengambilan ubat tersebut dalam masyarakat.

Dalam satu kenyataan, jururawat Karen Haughey memberitahu panel bahawa,

"Ubat itu perlu diambil setiap hari, sepanjang masa dan pengalaman saya sendiri sebagai jururawat mengandaikan ia mungkin sukar untuk diamalkan," jelas jururawat Karen Haughey.

FDA dijangka membuat keputusan berhubung perkara tersebut pada 15 Jun depan.

 Lelaki gay yang mempunyai lima atau lebih rakan kongsi seks setahun adalah sebahagian daripada kumpulan yang berisiko tinggi yang boleh mendapat manfaat daripada pil harian (Truvada) ini untuk menghindari dari dijangkiti HIV. Kajian oleh pakar-pakar di Universiti Stanford, yang diterbitkan dalam  "Annals of Internal Medicine", melihat kos yang terlibat dengan menetapkan $ 26 pil sehari untuk lelaki yang mengadakan seks dengan lelaki.




3 comments:

  1. salam abg

    bg sy ubat ni ad bagus N x bagus nye, bagus bagi mengelak org teranaya tp x bagus utk org yg suke sex bebas. bile ad ubt mcm ni org makin x takut buat sex bebas...(jamal)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamal

      Betul saya juga setuju sangat, saya ada baca juga lupa dari sumber mana sebab aktiviti seks bebas boleh berleluasa sebab dah ada ubat yang boleh beri perlindungan (wallahuallam berkesan ker atau tak) Tapi sangat sesuai buat pasangan yang berkahwin dg PLHIV kan....Saya tak pasti samaada pil ini ada dipasaran negara kita atau tak (dihospital)...

      Delete
  2. Argh baru nak tanya..pil ni ada ke tak di provide oleh msia.

    Ala..seks bebas tu..hanya rasa bertuhan saja yg dapat elakkan zina ni terjadi pada sesiapapun. Ada je plhiv yg masih mengamalkan seks bebas..dgn selamat atau tidak. Kenyataan, kan.

    Tiada apa yg dt mengawal nafsu..melainkan rasa bertuhan.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST