Tuesday, 2 April 2013

LISA MASIH SABAR DAN SAYANG WALAU SUAMI HIV POSITIF

Lisa (bukan nama sebenar) mengirim email pada saya, meluahkan rasa terkilan dalam hatinya dengan segala apa yang telah berlaku dan terpaksa beliau hadapi selama hidup berumahtangga dengan Zali yang bernaluri songsang baca dientry "ZALI DISAHKAN HIV POSITIF KEINGINAN MENDAPATKAN ZURIAT TERBANTUT"

Lisa masih tetap cuba berfikiran positif. Walaupun suaminya telah disahkan HIV positif, namun Lisa masih tidak dapat menipu hakikat bahawa dirinya masih sayangkan suaminya Zali.

Pada saya segala helah yang Zali lakukan selama ini adalah sesuatu pekara yang "biasa" yang sama dilakukan oleh hampir semua suami gay mahupun yang bersifat biseksual yang (terpaksa atau dipaksa) untuk berkahwin. Mereka akan melakukan pekara yang sama kepada isteri mereka seperti yang Zali lakukan. Sebabnya adalah hanya untuk memenuhi serta melayan kehendak naluri songsang itu sahaja. 

Tetapi saya juga percaya masih ada segelintir golongan suami atau bakal menjadi suami yang mempunyai naluri bisekual (yang telah atau pun sedang merancang berkahwin) yang punya keikhlasan dan ada niat yang betul serta tahu makna sebenar satu perkahwinan itu.

Alhamdulillah pada saya, Allah telah "poke" saudara Zali sebelum dia terlajak lebih jauh lagi, Allah "poke" Zali sebelum dia terlambat. Beruntungnya Zali kerana saya yakin dugaan disahkan positif HIV yang dihadapinya adalah kerana Allah masih menyayanginya dan mahu dia berubah.

Buat Lisa, sebagai isteri yang penyabar pastinya ada ganjaran yang besar menanti anda, Allah menduga anda bermakna Allah sangat menyayangi anda.
photo hiasan
Salam abang Najmi,

Email ni saya cuba draft dari semalam lagi, tapi tak tahu bagaimana nak dimulakan :(

Terima kasih atas semua content dalam blog abang yang saya rasakan memang sangat-sangat memberi info dan impak yang besar buat diri saya. To make it short (oh..takkan pendek la ceritanya kan.. haha).

Saya berkahwin dengan suami pada 2010 yang mana kami cuma kenal selama beberapa bulan sebelum buat keputusan untuk bertunang dan berkahwin, nak dijadikan cerita sepanjang bercinta saya rasa tak lah macam orang lain bercinta. Instinct memang ada sedikit perasaan syak pada dia. 

Semasa bergelar tunangan orang, saya ada jumpa SMS dalam phone yang mencurigakan. Saya ada satu perasaan pelik apabila baca perkataan-perkataan dalam SMS tu seperti chubchasser, PLU dan macam-macam lagi dan waktu itu saya cuma mampu menggoogle dan terkejut apa yang saya jumpa.

Apabila saya tanya suami, dia nafikan katanya dia ada ramai kawan gay dan kawan dia yang telah menggunakan phone tu. Saya pulak sebab bodoh, saya percaya, lebih kepada bersikap think positive. Sewaktu kami bertunang dan hampir waktu bernikah dia buat keputusan untuk pindah ke JB manakala saya berada di KL dengan alasan mudah untuk dia balik kekampung sebab parents tidak beberapa sihat. Disebabkan sayang saya percaya jugak!

Tahun pertama perkahwinan, adalah dugaan yang pada saya cukup besar. Sewaktu PJJ (perkahwinan jarak jauh) ni lah semuanya terbongkar. Allah beri setiap instinct pada sang isteri bukan untuk saja-saja kan. Dengan petunjuk dariNya saya temui pelbagai bukti SMS, MMS dari dia dan pelbagai lelaki. Setiap kali saya nak berdepan dengan dia untuk berbincang ada sahaja halangan. Kami mempunyai masalah komunikasi yang sangat besar. Saya jadi keliru apa tujuan kami berkahwin. Saya banyak simpan dan pendam segala apa yang saya rasa, sebab tidak mampu nak berkongsi dengan siapa pun. 

Malam pertama kami pun adalah setelah sebulan kami bernikah, alasan dia belum bersedia, alasan penat tapi saya masih bersikap "denial" dan menganggap semua yang saya rasai itu adalah tidak benar, sehinggalah dia mendapat penyakit Hepatitis B dan warded. Sakitnya hati saya apabila dalam saya menjaga dia di ward, dia masih berSMS rindu-rindu dan sayang pada lelaki lain. 

Ya allah.. beratnya dugaan pada ketika tu, untuk pengetahuan abang Najmi, ayah dan pakcik dia ada history Hepatitis B bermakna dia merasakan, malah seluruh keluarga merasakan bahawa penyakit yang dihadapinya itu adalah keturunan, saya sahaja yang tidak berfikir begitu  sebab saya yakin dia dapat penyakit ini (Hepatitis B) sebab aktiviti songsang yang dia lakukan. Kami bergaduh besar tapi sebabkan dia bijak bermain dengan kata-kata dan bagi ayat kesian, saya jadi lemah, saya terima dia semula.

Saya terus buat pemeriksaan HPV dan result clean, alhamdulillah. Saya ambil suntikan vaksin bagi mengelakkan dari jangkitan Hepatitis B. Selepas seketika hubungan kami pulih kembali seperti biasa dan saya masih lagi jumpa SMS-SMS dari phone dia dan waktu tulah dia mengaku yang dia seorang bisexual.

Luluh dan kecewanya saya waktu itu hanya Allah yang tahu. Waktu itu memang saya nekad. Untuk kali kedua dia tipu saya dalam masa tidak sampai setahun usia perkahwinan kami. Mak dan kakak saya mengetahui pasal hal ini namun, memberi ruang sepenuhnya untuk saya membuat keputusan. Mak sangat sabar mendengar dan saya tahu, mak saya kecewa dengan suami tetapi disebabkan janji-janji dia sudah berubah dan perlukan saya untuk tolong, maka saya memberikan dia peluang lagi, bodoh kan saya? ;(

Saya yakin Allah tidak akan beri dugaan kalau Dia tahu saya tidak mampu nak hadapi dan saya yakin bahawa Allah telah jodohkan saya dengan dia adalah untuk menolong dia kembali ke pangkal jalan. Dan untuk membantu dia buang segala sifat-sifat keji tu. 

Saya redha tetapi kali ini, saya bertindak bijak sedikit. Dia perlu menerima syarat sekiranya mahu saya menerima dia kembali. Dia mestilah berpindah ke KL dan kami harus duduk serumah, kalau tidak bagaimana saya hendak percaya dia kan.

Maka, sebumbunglah kami, hampir setahun jugak dari tarikh kami duduk serumah. Alhamdulillah hubungan antara kami getting better. Komunikasi saya dengan dia pun sudah ok. Saya tetap pantau phone dia, facebook dia, saya delete kawan-kawan dia yang saya rasakan boleh menjerumuskan dia semula. Tetapi tahap manalah saya dapat menolong kalau dia sendiri tidak mahu  mengubah diri sendiri kan.

Buat kali ketiga Allah tunjuk lagi, kali ini saya jumpa facebook chat dia, yang mana dia tewas juga dengan godaan gay-gay di luar sana.. :( Saya sangat-sangat kecewa dan mengambil keputusan untuk bercerai mungkin ini hikmahnya kami tidak dikurniakan zuriat lagi.

Kali ini mungkin umpama baru kena batu hempap keatas kepala dia, dia sedar kini, yang dia sayangkan saya, dia hendak berubah. Dan dia betul-betul pujuk saya. Sungguh saya sendiri tidak faham kenapa saya begitu lemah bila berdepan dengan dia. Saya kasihankan dia, saya sayangkan dia. Kalau ikutkan saya boleh hidup sendirian tanpa suami pun, sebab selama ini saya sendiri yang uruskan segala keperluan rumah. Saya tidak pernah berkira pun sebab saya tahu gaji dia tidak begitu tinggi apabila berpindah ke KL compare semasa di JB.

Saya diamkan sahaja apabila gaji dia habis digunakan untuk membayar hutang-hutang dia semua tetapi entah macam mana untuk kesekian kalinya, saya masih memberi dia last chance. Dan alhamdulillah hampir setahun kami bahagia juga.

Saya memahami naluri dia, saya cuba bersikap terbuka dan lebih kepada menjaga perasaan dia, tanpa memikirkan perasan dan naluri saya sebagai isteri.

Saya jumpa blog Najmi ini, sedikit demi sedikit saya mula faham tentang golongan-golongan sebegini yang memerlukan sokongan. Saya yakin suami saya akan betul-betul berubah maka kami telah membuat keputusan untuk ke hospital menjalani rawatan mendapatkan anak. 

Nak kata tidak mrncuba secara normal, faham-fahamlah  abang Najmi,  kami bersama pun 2 atau 3 kali sebulan sahaja. Tidak mengapalah bukan seks semata yang saya inginkan dalam perkahwinan ini. Saya diamkan juga walaupun dalam hati meronta-ronta hendak merasai nikmat kepuasan sebenar dalam perhubungan intim antara suami isteri, saya sendiri tidak tahu bagaimana nikmat tersebut.

Diblog inilah saya terbaca kisah Puan wanna B wise (klik disini), yang mana kisahnya sememangnya sangat-sangat menyamai dengan apa yang saya lalui sebagai isteri.

Berbalik kepada kisah di hospital, di sini procedure adalah suami isteri perlu buat blood test untuk check STD terlebih dulu dan kelmarin kami dipanggil doktor untuk mengambil result test tersebut. Saya sudah dapat rasakan ada sesuatu yang buruk berlaku sebab sepatutnya appointment kami dengan doktor dijadualkan selepas next cycle period saya. 

Satu lagi saya tertanya-tanya kenapa darah suami saya diambil sebanyak 2 kali, saya tidak dapat nak explain apa saya rasa ketika itu, bila mana doktor mengesahkan bahawa suami saya adalah Positive HIV. Ya Allah saya ingatkan dugaan paling hebat yang saya hadapi adalah hanyaa bersuamikan seorang suami yang bernaluri biseksual sahaja, tetapi….. ermmmmm umpama jatuh ditimpa tangga sudahlah suami biseksual dapat pulak virus HIV.

Puas sudah saya menangis, meratap nasib sendiri, menyesal sebab telah berkali-kali saya memberi dia peluang sedangkan pelbagai petunjuk Allah beri sebelum ini.. ;(  Tapi saya amat bersyukur, sebab doktor beritahu bahawa saya clean daripada dijangkiti kuman tersebut. Tetapi saya perlu membuat rapid test pada 6 bulan yang akan datang untuk pengesahan sekali lagi. Katanya ada window period :( 

Ya Allah.. dugaan apa lagi perlu saya tempuhi. Kecewa? bukan setakat kecewa dah, sudah sampai tidak ada ayat lagi yang saya boleh gambarkan tentang perasaan saya waktu ini. Saya teringatkan kisah Puan Wanna B wise itu, beruntungnya beliau kerana tidak dijangkiti apa-apa. Tidak ada HIV, suaminya berubah malah mempunyai anak-anak juga.

Dua minggu lepas memang saya ada beri link blog abang Najmi kepada suami saya, sebab memang rasa ada sesuatu yang saya sendiri tidak tahu nak perjelaskan sendiri kepadanya. Saya minta dia baca kisah Puan Wanna B wise itu, baca kisah-kisah tentang HIV, ketika itu tidak sangka pulak sememangnya ada virus HIV ini dalam darah dia.

Mungkin disebabkan Allah telah gerakkan hati saya untuk  membaca blog abg Najmi ni dulu sebelum saya berjumpa doktor, sebab itulah saya tak lah meraung macam orang gila. Menangis tetap menangis tetapi saya rasa saya agak tenang. Saya sudah pasrah, benda sudah pun berlaku, nak bercerai???? Ermmm entahlah umur pun sudah semakin meningkat. Kalau bercerai hidup sendirian pulak.

Bagaimana kalau saya jugak disahkan pembawa HIV pada ujian 6 bulan akan datang? (nauzubillah doakan saya clean). Saya sememangnya tidak tahu hendak buat apa lagi, saya serahkan segalanya pada Allah untuk tentukan segalanya dimasa depan.

Saya sekadar berkongsi cerita dengan abang Najmi, mana tahu boleh mendapat kekuatan, sokongan dan dorongan. Hahaha.. sekarang saya sudah boleh tersenyum tetapi setiap kali berdoa selepas solat, gerenti air mata jatuh bercucuran. Waktu malam sebelum tidur gerenti saya menangis dulu apabila terfikir tentang semua ini. So, sendiri tidak tahu betul ke saya pasrah atau redha wallahuallam.

Terima kasih kerana membaca kisah yang panjang ini ya, saya belek-belek blog abg Najmi saya tidak berjumpa pulak kisah seperti yang saya alami ini, ya kisah tentang isteri yang bersikap denial walaupun sudah tahu tentang naluri suami hahaha (atau saya yang tidak perasan ek?)

Usia perkahwinan kami baru nak masuk 3 tahun hujung tahun nie, sedih!!! Tidak layak ke saya nak perolehi kebahagiaan seperti orang lain yang ada suami yang normal dan mempunyai anak. Ermm…. Tidak ada jawapan untuk itu.

Tetapi apa yang saya tau, selagi terdaya saya akan simpan rahsia aib suami ini dari diketahui family saya yang lain dan dari pengetahuan kawan-kawan yang lain.  Selagi termampu saya akan still bersama-sama dengan dia, sama-sama bangkit untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah. Bak kata Puan wannaBwise, mungkin adalah dosa besar yang telah saya lakukan, sampai saya dapat dugaan sebegini hebat.

Saya harap saya clean dari dijangkiti HIV dan saya harap keputusan ujian darah suami untuk kali ketiga bulan depan memihak kepada kami, walaupun tipis peluangnya tetapi saya akan sentiasa berdoa.

Pesan saya untuk PLU di luar sana, untuk Gay or Bisexual di luar sana, tanyalah hati "uolls" itu terlebih dulu, adakah mempunyai nekad atau tidak untuk berubah. Sekiranya niat berkahwin hanya untuk menutup rasa malu dan temberang diri kerana bersifat songsang maka lupakan lah, tidak baik aniaya anak dara orang. Jika tetap mahu meneruskan perkahwinan anda kena berterus terang dengan bakal isteri dan buatlah pemeriksaan kesihatan sepenuhnya dulu sebelum berkahwin dan dari masa kesemasa.

Doakan yang terbaik buat saya ya. Saya tidak tahu apa dan bagaimana nak react apabila berdepan dengan suami, kadang-kadang marah, kesian, pilu, sedih, sayang entahlah.... tak tahu kisah saya ni dapat pengakhiran yang bagaimana nanti. Terima kasih.. :)


Lisa
30-3-2013



Salam Abang Najmi.

Terima kasih sudi membalas. Secara jujur, ya sememang asalnya saya salahkan suami saya sepenuhnya sebab saya kira saya telah dianiaya. Apa yang saya kongsikan adalah luahan rasa marah dan sakit hati kerana ditipu pada awaknya.

Tetapi setelah berfikir secara rasional dan berbalik kepada qada dan qadar saya terima segala apa yang telah pun berlaku, cuma kadangkala syaitan sememangnya suka hendak memporak perandakan perasaan saya haha. Itu yang kadang-kadang boleh buat saya rasa menyesal, marah, geram dan semualah.

Tetapi jauh di sudut hati, saya memang sayangkan suami saya, saya kasihkan dia dan saya cuba selami hati dia. 

Benar dia tidak minta di lahirkan begitu (punya naluri songsang) malah pastinya dia tidak minta berpenyakit sebegini. Saya setuju pendapat abg Najmi, naluri sebegini tidak boleh hilang tetapi boleh dikawal. Kadang-kadang saya sifatkan ini satu kegagalan bagi diri saya untuk membimbing suami, saya mula lalai dan alpa dan terikut pulak dengan kelalaian suami. Solat 5 waktu amatlah jarang-jarang penuh dan bila hati mulai hitam dengan dosa-dosa mulalah datang syaitan lagi menggoda.

Dengan ada pula pelbagai bentuk social network yang ada pastinya memudahkan lagi suami untuk berhubung dengan orang-orang ini. Sememangnya saya kesal sebab kalau betul nekad nak berubah dia sepatutnya terus kuat untuk buang rakan-rakan PLU yang lain yang boleh mempengaruhi dirinya. Mereka kebanyakannya dikalangan yang tidak mahu berubah, malah mereka yang mengajak dia untuk kembali terjerumus dalam aktiviti tersebut. Tapi apakan daya, kelemahan diri dan tipisnya iman di dadanya membuatkan masing-masing tewas.

Demi Allah, saya berdoa semoga saya terus sihat tanpa dijangkiti dan saya anggap ini dugaan yang Allah beri untuk saya mendapatkan pahala di akhirat kelak. Berkali-kali saya berfikir, kenapa saya masih memberinya peluang setelah berkali-kali saya ditipu. Tiada jawapan tetapi jika dilihat dari sudut positive, ya inilah hikmahnya sebab Allah maha mengetahui kemungkinan sayalah yang terbaik untuk menolong suami, mudah-mudahan.

Apa yang saya perlu sekarang ini adalah kekuatan dan ketabahan, saya jugak perlu ilmu dalam menangangi masalah ini dalam menghadapi situasi ini. Sungguh saya masih cuba berbincang cara paling lembut tanpa mengeluarkan kata-kata kesat dan berusaha supaya tidak mengecilkan hati suami (orang bisekual ni sensitif sangat!! hehe).

Tapi saya juga insan biasa yang lemah yang kadangkala merengus meratapi nasib dan kadangkala merajuk tatkala diri tidak dilayan seperti yang dikehendaki. Dan yang pasti bila saya merajuk saya sendiri yang kena pujuk kembali diri sendiri ini haha.

Perasaan takut dijangkiti tu sangat tebal sampai saya sendiri rasa peluang untuk dapat anak itu tipis, saya lupakan hasrat itu terus buat masa ini dan lebih kepada hendak mencari jalan untuk saya terus clean dari penyakit ini, dan mencari jalan bagaimana nak tolong suami, baik dari segi sokongan moral, wang atau apa saja. Mungkin kalau diizinkan Allah dan sekiranya kami memang boleh jadi ibu ayah yang baik, mudah-mudahan kami dapat zuriat sendiri dengan pemantauan dari pakar atau mungkin kami mengambil anak angkat sahaja.

Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, benda dah pun terjadi tidak guna saya nak pertikaikan kenapa dan bagaimana. Tetapi kadang-kadang tulah, memang gatal mulut ni masih nak juga tanya suami tapi dengan nada cukup rendah lah.. haha.. tapi tak dapat jawapan pun.. kesian suami saya tidak tahu apa jawapan yang dapat diberi lagi bagi memuaskan hati saya dengan pertanyaan-pertanyaan haha.

Saya yakin Allah turunkan musibat ini sebab nak kami dekatkan diri kepadaNya supaya kami tidak terus lalai, beringat bahawa dunia ini hanya sementara dan supaya kami ingat tentang kematian dan bersedia menghadapinya. Wallahuallam..

Saya izinkan abg najmi berkongsi kisah kami ini dan ya sememangnya kami perlukan sokongan dan kenalan untuk kami bertukar pendapat dan mencari ilmu.

Yang penting sekarang saya sedang cuba menerima takdir ini dengan redha saya sedang berusaha untuk pulihkan emosi diri saya. Sedang cuba menerima hakikat ini dengan tabah. Allah sahaja yang tahu apa yang saya rasai dan doakan saya berjaya. Berjaya untuk terus tabah dan kuat hadapi semua ini dan berjaya untuk bawa suami sama-sama mendekatkan diri kejalan Allah, berjaya untuk saya jaga suami sampai hujung nyawa.

Saya sayangkan dan cintakan dia kerana Allah SWT. Terima kasih.


Lisa

p/s bercakap macam senang aje saya yang terima semua ni kan, tapi hakikatnya susah sebenarnya sob..sob. insyaallah saya akan cuba yang terbaik.




Boleh hubungi,


Luka Rafieqa Officially Page
http://www.facebook.com/lukarafieqa


Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email  lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa
Website http://lukarafieqa.blogspot.com

Saudara Luka mempunyai ramai kenalan yang mungkin boleh menghubungkan saudara Lisa dan suami dengan rakan-rakan senasib yang lain.


57 comments:

  1. lisa, saya paham perasaan awak......
    biasa la tu manusia ni waktu diulit kebahagiaan yang songsang, hepi semacam jer sampai isteri yang sah pon nampak gelap dimata dia...

    nah, sekarang bile da kena hiv baru terpalit rasa bersalah pada awak...baru la nak rasa menyesal dan rasa cinta yang mendalam dalam pada awak...

    terpulang pada awak untuk buat keputusan yang sukar samaada teruskan hubungan perkahwinan atau sebaliknya...

    pompuan kalau da sayang suami akan sepenuh hati sayang tak kira la busyuk mana pon sang suami...

    untuk sang suami, zali...bertaubat dan minta ampun dan maaf kat isteri...bainya hati dia sebab masih lagi jage aib awak dan tidak terkejut beruk dengan penyakit baru awak...

    untuk si isteri, lisa...bertabahlah...

    maaf kalau ade yg terasa hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pandangan ni.. :) ..seperti yg saya katakan..pada awalnya mmg marah sgt2.. sabar sy ada mmg ada limitnya juga...haha..

      sayang...dan lebih kepada menjaga hati keluarga pada asalnya yg membuatkan saya terima dan beri peluang..

      biasa lah.. bila kepercayaan tu dah dirobek2..sukar nk membina nya smula kan.. tp insya allah.. sy mmg syg dia dan percaya betapa susahnya dia nk berubah dan betapa dia perlukan sokongan dr sy skang nie.. sy yakin kali ni dia nekad lepas setahun yg lalu saya pernah nk bukak kes kat pejabat agama..setahun ni kami bahagia.. x sangka pulak dtg dugaan lain skang ni.. :)

      -lisa-

      Delete
  2. Lisa, says harap lisa dpt ke sime darby medical centre yg sebelum ini dikenali subang jaya medical centre dan berjumpa dgn dr nor liza. Beliau pakar dlm infection diseases. Dapatkan pandangan drpd beliau ttg diri lisa. Saya bimbang kalau tunggu enam bulan lg takut dah lewat kalau hiv ada dlm darah lisa. Kalau peringkat awal lisa boleh makan ubat dan insya allah ubat yg ada skrg boleh membunuh virus hiv dlm darah. Tapi kalau ia dah masuk dlm cell dna memang tak boleh buat apa dah. Ubat yg ada hanya boleh disactivate kan virus sahaja tanpa boleh mengeluarkannya drpd cell dna. Dia bersembunyi dlm tu. Kalau perlu bayar saya rasa lisa boleh bayarkan. Biasanya doktor akan berikan ubat untuk dimakan selama sebulan. Apapun lisa perlu jumpa dgn doktor nor liza. Beliau mmg pakar dlm hiv. Boleh buat appointment dgn dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih atas info ni.. boleh share kan caranya? call terus sjmc bahagian mana? dan.. kalau x keberatan.. kos nya berapa ya?

      -lisa-

      Delete
    2. Lisa boleh call terus number ni: 03 5634 1212 dan buat appointment untuk berjumpa dengan Dr. Nor Liza Ariffin. Soal bayaran saya tak pasti. Tapi biasanya akan ada kos untuk consultation dan kalau ubat saya tak pasti. Tapi yang penting Lisa perlu dapatkan pandangan daripada pakar dalam penyakit ini. Pandangan pakar adalah sangat penting. Beliau akan terangkan apa yang perlu dilakukan dan sebagainya.

      Delete
  3. Assalamua'laikum Puan Lisa,

    Tahniah buat Puan Lisa kerana berjaya menjadi wanita yang sabar dan kuat.

    Di sini sedikit pendapat saya berikan kepada Puan Lisa. Terpulang pada Puan Lisa untuk sekadar membaca atau ingin menjadikan pendapat saya ini sebagai salah satu panduan.

    Perkara yang Puan Lisa perlu tekankan adalah berhadapan dengan suami. Minta penjelasan dengan suami sejauh mana beliau telah berubah dan sekuat mana iltizam beliau ingin berubah. Dapatkan kepastian yang mutlak daripada beliau.

    Jika suami benar-benar ingin berubah dan insaf, Alhamdulillah. Salah satu ciri-ciri suami jujur ialah berkongsi segalanya dengan isteri. Tiada password untuk telefon bimbit waima facebook pun dikongsi bersama. Mungkin ini nampak agak mengongkong. Tetapi ini sahajalah cara terbaik untuk mengawal suami yang bernafsu songsang yang sukar untuk berubah tetapi BENAR-BENAR MAHU BERUBAH. Suami puan iaitu Encik Zali kena terbuka hati untuk semua ini demi kebaikan bersama. Masjid yang dibina insyaAllah akan menjadi indah bak istana.

    Jika suami puan tidak boleh berubah, saya rasa adalah lebih baik puan dan suami mengambil jalan tengah supaya tiada sesiapa yang teraniaya kelak. Membina masjid itu satu pahala besar. Tetapi apalah gunanya masjid yang dibina jika tidak pernah dikunjungi jemaah dan tidak diimarah. Usang... Saya harap puan dan pembaca sekalian faham akan perumpamaan saya ini. Jika puan meneruskan hubungan, suami puan akan terus menerus berada dalam keterpaksaan manakala puan terus berada dalam keadaan yang tidak tenang dan tertekan.

    Jikalau puan dan suami berkemampuan boleh berikhtiar berjumpa dengan kaunselor. Lebih baik jika kaunselor tersebut berlatarkan pendidikan agama.

    Berkenaan dengan zuriat, Naj Mi, Mak Wardah, Papa Rayyan dan rakan-rakan yang lain sudah memberikan penjelasan. Memang benar puan boleh mendapat zuriat suami yang bebas HIV serta puan juga tidak akan dijangkiti. Berusaha dan berikhtiarlah serta tawakkal kepada Allah. Yakinlah padaNya. Puan pasti berjaya. InsyaAllah.

    Sebagai penutup, cubalah kita renung-renungkan. Suami yang jahat akan pasti dihumban ke dalam neraka tanpa kuasa untuk membawa isterinya yang solehah masuk ke syurga. Isteri yang jahat pasti membawa suami yang soleh ke neraka...

    Sekian dulu.

    Wallahua'lam.
    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. MFZ.. kata2 semangat yg sgt membantu saya.mekasih! sy baca berulang kali komen2 awak.. :)

      insya allah.. kali ni sy yakin dia nak berubah betul2 walau pun agak sukar rasanya kan.... nnti saya berdepan tanya dia betul2 lagi utk kepastian ye.. hehehe.. (mr zali ku syg.. u x tipu i lagi kan? hihi.. )

      belajar dr kesilapan lalu.. sy mmg amek langkah berjaga2 dah dlm setahun nie.. phone..facebook.. email.. mmg saya pantau.. dlm terang atau sembunyi2... alhamdulillah.. mmg xde dah la jmpe apa2..kalau jmpe pun yg dolu2 tuu..eei..sakit ati!! haha.. saya juga insan biasa.. :) tapi.. insya allah.. dia buang dah kawan2 sebegitu.. sy x marah kalau still ingin berkawan dgn golongan sebegini.. saya bukan lah diskriminasi sgt.. tp.. kawan la dgn kawan2 yg nk berubah.. bukan yg masih nk heret diri utk kesedapan dunia yg x seberapa tu.. betul kan.. :)

      kawan dan sahabat yg baik adalah sentiasa menyuruh kita membuat kebaikan dan berusaha utk sama2 dptkan keredhaan Allah.. :)

      -lisa-

      Delete
    2. Puan Lisa,

      Kita sama-sama berusaha yang terbaik.
      Puan Lisa pasti ada cara dan perancangan yang tertentu untuk menentukan hala tuju hidup Puan Lisa dan suami.

      Apa yang penting jadilah isteri yang solehah serta sahabat setia suami puan. Banyakkan berdoa ye.

      Isteri yang solehah telah dijanjikan syurga oleh Allah tidak kira sejahat mana suaminya.

      Ya Allah selamatkanlah Puan Lisa dan suaminya dari mendapat murkaMu - daripada merobohkan masjid yang telah dibina. Perkukuhkanlah setiap inci masjid yang telah mereka dirikan. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penyayang... Amin.

      Doaku untuk Puan Lisa dan Encik Zali...

      MFZ

      Delete
    3. MFZ....

      Terima kasih atas doa itu.. :)

      *sambil air mata bergenang...

      -Lisa-

      Delete
  4. Lisa, awak kena dptkan pandangan pakar. Pergila berjumpa dgn dr nor liza kat sjmc. Jgn tunggu 6 bulan nak buat ujian baru. Kalau hiv ada ia akan masuk dlm cell dna. Masa tu dah terlewat. Tak boleh buat apa dah. Kalau hiv hanya dlm darah ubat yg ada skrg boleh bunuh virus tersebut. Awak kena dpt pandangan pakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah.. saya akan cuba buat appointment secepat mungkin.. mahal x ye? konpem la xleh guna medical card opis kan.. :)

      suami sy akan amek darah utk test lain 8hb ni.. perlu tgu jugak result yg tu or ada jugak peluang virus ni hilang kalau baru dlm darah? maaf kalau tanya soklan bodoh tanpa baca info2 lain psl hiv..

      -lisa-

      Delete
    2. Lisa perlu dapat pandangan pakar. Apa yang berlaku di US dan seperti dilaporkan dalam media baru2 ini dan Lisa mungkin terbaca, kanak2 dari Mississippi merupakan manusia kedua yang sembuh daripada HIV selepas Timoty Brown. Doktor telah betindak memberikan bayi tersebut dos ubat yang kuat untuk membunuh virus HIV yang ada dalam darah selepas beliau dilahirkan dan selepas 2 tahun, tiada virus HIV yang dikesan dalam darah beliau. Dalam kes suami Lisa, saya doakan semoga keputusan yang beliau akan buat ini menunjukkan keputusan yang negative. Terdapat juga kemungkinan false positive dalam ujian beliau yang sebelumnya. Benda ini biasa berlaku. Apapun mendapatkan pandangan pakar adalah sangat penting.

      Delete
  5. Lisa memang wanita yang kuat dan penyayang. Zali memang lelaki yang beruntung sebab dianugerahkan isteri walaupun isteri tahu dia biseksual dan sekarang hiv pula.
    Cukup beruntung... Jgn lah sia sia kan pula isteri tu.

    Pada lisa, mungkin ini lah jalan cerita hidup awak. Ada hikmah semua ni.

    Jauh lebih beruntung dari org hiv positif mcm saya.. Dah lah positif.. Masih bujang, siapa lah yg sanggup nak terima org positif mcm saya ni. Sunyi keseorang takde tempat dan kawan utk meluahkan rasa dihati.

    Doa kan saya utk mendapat teman macam lisa yang penyayang dan sabar. Heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zerofive

      eh.. saya pompuan biasa2 je.. x la penyayang sgt..x la penyabar sgt.. kadang2 menyinga jugak.. merajuk x bertempat jugak.. x sekuat mana pun ketabahan hati saya ni.. saya cengeng tau.. haha.. ;) tapi.. ya.. setiap yg berlaku ada hikmahnya.. mungkin dh tertulis kisah saya diazali sebegini.. dan bila dpt dugaan sebegini.. baru saya tau..saya tabah dan kuat seperti sekarang.. haha.. tapi.. saya tetap berdoa.utk dijauhi segala penyakit.. amat2 la takut utk sakit.. ye. lebih kepada issue stigma..diskriminasi dan jungemental..sy mmg amat takut bila hal2 sakit ini diketahui keluarga..rakan2.. yg saya x yakin atau pasti penerimaan mereka.. moga Allah pelihara aib ini sampai bila2..

      zerofive sabar ya..andai tiada jodoh di dunia.. bidadarilah temanmu disyurga kelak.. :) ini lah masa utk kita sama2 kumpul saham akhirat kan.. Allah beri semua ujian ni sbb nak kita dekat kan diri dgn Nya.. ingat akan DIA. supaya kita tau apa Dia suka apa Dia x suka.. ini peringatan buat kita semua..

      mungkin gaya penulisan saya skang ni nmpak mcm saya dah positif je kan.. padahal..dlm ati bergolak.. makin byk baca kisah2 hiv dlm few blogs..ada satu perasaan yg x dpt digambarkan.. moga aura positif ini akan kekal suapaya dpt memberi sokongan buat suami jugak.. :)

      -lisa-

      Delete
    2. Zerofive

      Sedi pulak bila saudara kata macam tu...Tapi se positif saudara zerofive pun saudara masih normal masih punya keinginan dan mampu berkahwin, pastinya ada pasangan diluar sana yang menanti dan sudi menerima saudara sebagai suami.

      Kalau dibandingkan dengan saya sudahlah positif langsung tidak ada kemampuan keinginan untuk berkahwin, bermakna pastinya saya akan terus membujang sehingga akhir hayat, saudara zerofive masih punya peluang akan ada kebahagian yang menanti kelak ....jangan risau....:)

      Delete
    3. Zerofive, saya pastikan anda beroleh jodoh yang baik yang akan membawa diri anda ke syurga,Yang penting berdoa dan bertahan serta berjihad yang anda lakukan pasti ada barakah Allah. Saya tak mampu bantu zerofive di alam nyata tetapi saya ada dua tangan yang sempurna dan doa yang akan saya lakukan dalam setiap solat saya, InsyaAllah akan saya pohon pada Allah semua sahabat2 PLHIV saya diberikan Allah kesihatan yang baik, kebahagiaan dan sentiasa dilindungi Allah, dipermudahkan semua urusan di dunia dan akhirat. Specially for Zerofive, Awan yg terplu, azana, najmi & semua, saya berjanji selain dari doa saya akan bantu anda semua dgn membuat apa yang perlu kerana We Will Never Let All of You Walk Alone. Take care

      Delete
  6. Cerita yang seakan-akan hampir sama dengan apa yang bakal saya lalui. Setiap hari saya berdoa kepada tuhan agar tuhan tidak memberikan dugaan yang berat ini kepada orang yang saya sayang atas kesilapan lampau saya. Tuhan pernah beri saya peluang untuk berubah tapi masa demi masa saya tak berubah. Peringkat awal menyesali dan kemudian kembali ke jalan songsang. Tapi sudah dua bulan saya betul-betul berubah. Mendekatkan diri pada Allah Tuhan Pencipta. Status saya, saya rahsiakan dari semua orang. Saya baru menjalani ujian HIV dan didapati negatif. Ujian yang saya buat pada 12/3/2013. Saya akan cuba menjalani ujian itu lagi 6 bulan kemudian. Setiap hari saya gelisah. Kerisauan saya dimana saya bakal dijangkiti HIV. Saya takut. Tuhan jangan uji saya dengan ujian yang tak mampu saya pikul. Rasa bersalah juga kerana saya mengahwini isteri dan bakal membawa beliau kedunia yang mungkin bakal merubah kehidupan dia dimasa akan datang. Macam mana yang saudari lisa bagitahu tak baik aniayi anak dara orang. Rasa bersalah sangat. Tuhan hindarkan isteriku dari ditimpa musibah ini. Jika penyakit ini satu anugerah buat saya, saya terima. Tapi jangan kau duga insan-insan yang ada disekililing ku Ya Allah. Saya sangat sayangkan isteri saya. Saya tak mahu dia terima dugaan ini. Tapi saya yakin pada Allah Tuhan pencipta saya. Dia maha mengetahui segalanya. Saya dipertemukan jodoh dan berkahwin. Itu semua takdir tuhan. Seandainya saya yang dipilih untuk menerima dugaan ini Alhamdulillah. Saya akan berubah dengan sungguh2. Meninggalkan semua yang songsang dan kembali ke pangkal jalan. Tiada istilah terlambat atau terlewat. Buat isteri yang saya sayangi. Maafkan saya. Ampunkan segala kesalahan saya. Buat puan lisa mungkin kisah kita akan sama. Isteri ada ajak saya menjalani ujian untuk dapatkan zuriat setelah 1 tahun kami berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat. Pelbagai alasan saya bagi kerana risau akan perkara yang bakal berlaku sama seperti puan lisa. Apa pun tindakan puan lisa itulah jalan terbaik buat puan. Ada atau tanpa HIV kehidupan harus diteruskan. Hidup ini perjuangan dan cabaran serta ujian. Jatuh,bangun lagi. Kalah,cuba lagi. Gagal,buat lagi,sehingga Allah memanggil pulang ke pangkuan-Nya.Insafi lah diri.. mungkin buat masa ini itulah nasihat yang mampu saya berikan. Doakan juga untuk saya dan isteri agar terhindar dari musibah-musibah yang tidak mampu kami tanggung. Nak tanya puan. Suami ada tak mengalami tanda-tanda dijangkiti? Mungkin boleh kongsi......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Saya mencelah disini sebelum Puan Lisa membalas komen dari saudara.

      Yang penting disini adalah keinginan untuk mengubah jalan hidup yang sebelum ini songsang kepada jalan yang benar, dan saya dapat rasai yang saudara benar-benar mahu berubah dan boleh mengawal diri dari terus terjebak dengan aktiviti2 songsang dimasa depan. Bila ada keinginan untuk berubah maka segalanya akan dipermudahkan insyaallah.

      Walaupun dugaan kearah itu tetap ada, saya yakin saudara boleh mengawal diri. Insyaallah saya juga doakan mudah-mudahan ujian pada 6 bulan akan datang juga -ve.

      Delete
    2. Anonymous:

      Bergenang air mata saya baca komen awak.. sbb sy dapat paham apa isteri saudara rasa.. mungkin ini lah yg suami saya rasakan waktu kami ingin berkahwin... satu keputusan yg amat sukar utk dilakukan.. tanpa dpt memberi jawapan apa tujuan perkahwinan.. perasaan bercampur baur antara nak berubah dan percaya akan jodoh.. maka kami berkahwin...

      nasihat saya.. kalau isteri belum tau..bila saudara sudah bersedia...berterus terang la dgn isteri akan status saudara. Insya Allah.. andai kuat jodoh kalian..kalian tetap akan bersama.. :) Mcm saya, berkali2 ada perasaan nk robohkan mahligai ini tapi tetap utuh. Alhamdulillah.. andai ini yg terbaik buat saya..buat agama.. saya redha dan terima jodoh saya ini dgn hati terbuka. Of course suadara akan ada perasaan takut ditinggalkan... dan mungkin juga, kalau itu terjadi.. saudara akan cenderung utk terjerumus semula. tapi.. yakin la dgn kuasa DOA. Keinginan yg ada tu, tanamkan dgn tekad yg tinggi.. mmg akan ada sedikit kepayahan dalam melawan godaan2 syaitan tu.... saya sendiri dpt rasakannya.. tapi nasihat saya.. TERUS tinggalkan "kawan2" yg mmg akan mengajak saudara ke arah "itu". Bykkan dekatkan diri dgn Allah.. solat taubat sentiasa..solat hajat.. yg penting, usahakan utk yg 5 tu dulu. Baca Al quran dan sebagainya.. ye, saya tau, kadang2 kita insan yg tipis imannya ini, amat payah utk sentiasa istiqamah dalam beribadat.tapi insyaAllah... sama2 kita usaha.. oh ya.. bykkan baca info2 dalam blog abg Najmi nie.. contoh2 yg sedia ada..supaya ada perasaan takut utk menjinakkan kembali diri tu dlm alam "sedap" sementara tu.. hihihi.. :)

      Kini saya yakin..amat yakin dgn kuasa DOA.. mohon sentiasa padaNya agar dijauhan dari penyakit2 ini.. agar ada keajaiban berlaku, mohon supaya hilangkan la virus ini dari dalam darah kami. Mohon juga akan setiasa tabah dan kuatkan semangat kami utk hadapi apa jua dugaan.. Saya berdoa juga suudara dan isteri bebas dari segala jangkitan..

      Mengenai suami.. setakat ini suami saya mmg sihat alhamdulillah.. mmg xde tanda2 langsung pun.. apa yg saya paham melalui pembacaan dan juga apa yg diterangkan oleh doktor (dpt grab info sikit je sbb waktu tu air mata berjurai2 jatuh..) virus ni bergerak dlm senyap dalam darah..bergantung pada sistem imune seseorang. Berkemungkinan, system imune dan antibodi suami saya kuat utk lawan. Moga berterusan begini. InsyaAllah. Dan juga doktor mengatakan ...masih ada peluang keputusan ujian darah ketiga nnti (yg ni x pasti apa nama test tapi kena bayar dlam rm230) utk negative. dan sekiranya negative, maka, saya x perlu la jalani saringan da rapid test 6 bulan akan datang. tapi sekiranya +ve, maka , nasib saya akan ditentukan kendian..

      Based on comment2 di atas, saya tau kini, x perlu tgu 6 bulan utk buat blood test utk saya.. insyaAllah, saya akan buat appointment di SJMC.. doakan kami.. dan saya doakan kalian jua.. :)

      -lisa-

      Delete
    3. Entry dibawah tu saya nak reply dekat sini sebagai kesinambungan... maaf tersalah post.

      Delete
    4. Maaf tambahan sedikit. melihat kisah Pn Lisa mungkin ramai tersentuh dan mendoakan yang terbaik buat beliau. Mungkin ramai juga menyalahkan En Zali di atas apa yang berlaku. Memang sukar untuk diterima bila kita telah melakukan kesalahan. Mungkin perlu masa yang lama untuk orang lain memahami dan mengerti dan ada satu peringkat sehingga hembusan nafas terakhir juga belum tentu kesilapan kita mampu dilupakan dan dimaafkan. Perasaan En Zali sama seperti saya. Saya bukan membela dan menegakkan benang yang basah ke atas kesilapan yang telah saya lakukan tetapi meminta sedikit pengertian dan menjelaskan apakah mungkin perasaan yang turut menjadi tamparan hebat buat kami. Memang benar khilaf dan salah kami terlalu besar bukan saya kepada Allah S.W.T tetapi pada diri sendiri, isteri, keluarga, kawan-kawan dan semua orang. Mungkin ada yang berkata dah kena HIV baru nak menyesal. Apa pun kata-kata yang bakal diluahkan harus kami telan. Itulah salah satu cara juga untuk kami kembali sedar. Dimaki, Dimarah, Dihina, Dicerca... apa pun pada masa dan saat seperti ini segalanya ditelan diterima. Buat Pn Lisa memang benar mungkin pn perlu banyak masa untuk memahami situasi sebegini tetapi apa yang mungkin dapat saya luahkan bagi pihak suami puan adalah sokongan puan pada saat ini sangat diperlukan. Itulah sebenarnya kekuatan yang sangat-sangat diperlukan. Lagi menyakitkan dan terseksa bila orang yang kita kongsi hidup bersama tidak memarahi, memaki hamun apatahlah lagi dengan ikhlas menerima apa yang terjadi. Itu sebenarnya tamparan yang kuat. Bila Puan meluahkan kemarahan puan itu menunjukkan puan lepaskan beban yang puan tanggung tapi apabila puan berdiam dan cuba menerima tanpa berkata apa-apa ianya bakal menjadi benda yang paling terkesan dalam hati dan perasaan suami. Apa pun tindakan yang diambil itu adalah diatas kemahuan dan kehendak diri puan. Jika jalan penceraian adalah terbaik demi menjaga perhubungan sesama manusia dan kemanusian rujuklah kepada pakar kaunseling yang dapat memberi bimbingan dan jalan keluar. Tapi jika redha menerima dan cuba memperbaiki perhubungan maknanya kena terima dengan ikhlas apa yang telah berlaku tanpa persoalan dan rasa dendam serta bakal mengungkit peristiwa itu dikemudian hari. Ianya hanya menyakitkan diri dan pasangan turut mengundang dosa. Tanyalah hati puan dengan sesungguhnya sama ada puan boleh menerima keadaan ini atau sebaliknya. Rasanya perasaan puan akan lebih terselah bila ujian kali ke2 selepas 6 bulan yang akan dtg diketahui. Mungkin pada masa itu puan akan lebih tertekan atau mungkin lebih tenang. Masa yang akan menentukan. Binalah kekuatan dalam diri. Perbanyakkan zikir kerana itulah cara mencari ketenangan hati. Apa pun buat masa sekarang puan berilah sokongan kepada lelaki yang berstatus suami itu. Kekuatan puan sebenarnya akan memberikan aura yang positif kepada suami. Rasa bersalah kami memang tidak akan pernah terlupakan. Percayalah. Kalau diberi pilihan terlebih dahulu rasanya mungkin kami tidak memilih jalan seperti ini. Setiap orang ingin hidup normal seperti orang lain tapi tuhan telah kurniakan dugaan yang indah ini untuk kami tempuh. Dan kami gagal mebendung hawa nafsu kami. Dan puan juga terpilih untuk turut diuji. Subahanallah. Untuk En Zali inilah masanya untuk kembali kepangkal jalan. Takdir yang tertulis tidak pernah boleh dipadamkan biarlah ianya menjadi titik mula kepada kebaikan dimasa akan datang. Sama-sama kita berubah demi kebaikan. Insyallah.

      Delete
    5. Lisa & Anonymous, menitik airmata saya membaca komen2 anda berdua, moga Allah lindungi lisa dari penyakit itu dan saya bangga dengan sokongan anda pada suami. Anonymous saya bangga dengan kesungguhan anda dan saya juga akan berdoa untuk anda semuga rumahtangga anda kekal bahagia, sihat tubuh badan serta anda berdua mendapat zuriat yang comel, soleh dan solehah. Tabahlah dengan dugaan Allah ini kerana Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang seribu kali lebih baik. Percayalah!!

      Delete
    6. Pn Lisa terima kasih atas bahan yang sangat bermanfaat. Percayalah diluar sana masih ramai yang mungkin nasib dia sama, hampir sama atau sedikit sama dgn kisah hidup kita. Terus terang zaman akhir zaman ini naluri bisexsual tu sebenarnya ramai yg memiliki tetapi masih terkawal cuma mereka2 yang lemah seperti saya yang kadangkala kandas. Apa pun itu tindakan yang silap yang harus dibuang jauh. Percayalah setiap org yang dilahirkan berperwatakan lembut secara semulajadinya ada naluri dua alam ini. So bagaimana kita yang mengawal. Adakala yang kelihat straight juga tersasar. Apa pun bekalan iman yang penting. Jika iman kita kuat insyallah walaubagaimanapun lahirnya kita didunia ini kita mmapu mengawal hawa nafsu. Itulah sebenarnya kekuatan dalam diri kita. Tak guna meratap menyesali hakikatnya hati dan fikiran kita tak kuat kepada iman dan tak cekal untuk berubah kan. Itulah skrg yang saya lakukan untuk kuatkan iman saya agar tidak terus jauh tersasar. Mungkin kekuatan pn lisan dan juga en zali akan mampu membuka mata dan sinaran kepada insan lain. Harap puan lisa terus berkongsi kisah disini. Maknanya saya pun perlu menjalani ujian HIV kembali dalam keadaan segera kan.. Harap info dapat dikongsi bila puan dah selesai menjalani rawatan di SJMC nanti yer. Berharap sangat ia bakal membantu saya. Terima kasih puan.

      Delete
  7. Terima kasih saudara Najmi...... dah 2 bulan saya mengunjungi blog ini... sebelum ini hanya utk mencari info tanda-tanda dijangkiti. Sehingga kisah en zali dan puan lisa keluar betul2 satu tamparan buat saya. Kisah ini memang hampir sama dengan kisah saya... saya seolah-olah merasa seperti isteri saya yang bercerita dan mempunyai emosi yg sama. Subhanallah. Maha besar tuhan itu. Mungkin membuka jalan yang sebenar-benarnya untuk menyedarkan saya. Susah sebenarnya hidup dalam keadaan emosi sebegini. Mempunyai dua naluri yang perlu di kawal... ikut hati mati dan ikut rasa binasa. Apa pun saya akui selalu tewas dgn nafsu. Keinginan berkahwin dan mempunyai anak itu sentiasa ada. Bila dilihat pertemuan isteri dan saya seolah-olah telah tertulis dan dirancang oleh Allah S.W.T, disebalik apa yang berlaku mungkin banyak sangat hikmat yang tersembunyi. Tuhan itu tidak pernah menzalimi hambanya tetapi kita lah yang selalu menzalimi diri kita sendiri. Saya selalu memungkiri janji dgn sumpah yang saya buat. Kali ini saya tidak mahu berjanji tetapi saya akan semat dan tanamkan dlm jiwa saya bahawa saya kena berubah dan harus berubah. Demi masa depan saya dan keluarga saya. Saya sayangkan semua orang yang ada disekiling saya. Pasti hancur hati mereka jika mengetahui siapa saya yang sebenarnya. Tapi keaiban yang berlaku ke atas saya tidak akan pernah sama sekali saya akan ceritakan. Biarlah ianya tersemat menjadi rahsia. Sepahit mana pun yang bakal berlaku saya akan harungi. Mohon kepada tuhan menyinari jalan hidup saya. Tunjukan jalan yang benar. Matinya saya nanti dalam keadaan diterima dan jangan mati dalam kehinaan Allah s.w.t. diharap puan lisa akan terus dapat berkongsi kisah agar ianya menjadi pedoman dan menyedarkan orang seperti saya. Bagi mereka yang PLHIV bujang yang belum berkahwin seperti zerofive adakalanya dijangkiti sendiri tanpa kerisauan pada pasangan itu lebih mudah utk kita mengawal emosi dan keadaan berbanding rasa bersalah seumur hidup apabila kita menjadi punca kemusnahan kehidupan orang lain. Insyallah pasti akan ada pasangan yang baik buat anda. Buat najmi kebaikan anda berkongsi bahan seperti ini hanya Allah yang mampu membalas. Terima kasih atas doa anda. Saya juga mendoakan agar anda beroleh kebahagian dunia dan akhirat serta beroleh kesihatan dan kuat menghadapi segala dugaan. Saya juga doakan kesejahteraan kepada semua pengungjung blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Alhamdulillah seperti yang selalu saya jangkakan, paada setiap pengakuan kisah peribadi seseorang yang saya terima melalui email itu pastinya ada dan boleh memberi pengajaran buat pembaca yang lain.

      Mungkin kisah ini tidak bermakna buat orang lain tetapi amat bermakna buat saudara. Setiap orang mempunyai jalan hidup masing-masing yang pastinya tidak sama. Ada kisah isteri atau anak perempuan dirogol, kisah remaja diliwat, kisah kematian akibat AIDS dan sebagainya jika dibaca insyaallah pastinya terdapat pengajaran disebalik kisah.

      Selain itu kita juga boleh mempelajari dari kisah-kisah benar tersebut, ambil yang baik untuk dicontohi dan yang buruk kita jadikan pengajaran.

      Terima kasih kerana mengunjungi blog yang tak seberapa ini....:)

      Delete
    2. Najmi, saya sangat bangga dengan tulisan anda yang memberitahu, mendidik, menyedarkan, memberi perangsang dan membuka minda kami dengan ketabahan diri anda yang ikhlas menulis. Kalau dulu hanya saya seorang dari kawan2 yang baca, sekarang dah jadi rutin untuk kami buka blog selain untuk click iklan tetapi berkongsi isi kandungannya. Adakalanya kami sebak dan hiba ketika membacanya, Adakalanya kami ketawa dengan jenaka yang dituliskan, adakalanya kami menitikkan airmata dan kejayaan dalam tulisan najmi serta komen sahabat2 membuatkan kami semua bersatu untuk membantu. Najmi, doa kami semua, kesihatan najmi sentiasa baik, najmi sentiasa bahagia walaupun najmi memilih terus membujang tetapi yang penting najmi gembira. Kami doakan jannah untuk najmi dan bidadari tercantik yang akan menemani najmi di Syurga Allah nanti.

      Delete
    3. Kebaikan itu tidak diukur dari wang ringgit. Kadangkala catatan itu lebih berharga dalam membantu kita menjadi diri kita yang sebenar. Besar pahala bila sesuatu yang baik dikongsi dan diperpanjangkan. Tak semua og mampu menulis dengan baik seperti blog ini. Apa pun kebaikan yang sedikit itu jika dikongsi ianya akan bertambah. Alhamdulillah. Saudari Najmi diharap mampu terus bekarya membantu org seperti saya yang sentiasa terkapar2. Terus terang mungkin melalui penulisan disini membuat orang seperti saya dapat meluahkan perasaan yang mungkin sukar dikongsi melalui kata-kata.

      Delete
    4. Puan Mak Wardah.. kisah kami hanya sebahagian dari kisah kehidupan didunia ini. Masih banyak lagi dugaan yang maha hebat yang orang lain tempuh. Ini hanya coretan kecil.... semoga jadi iktibar. Terima kasih atas doa dan pengertian. Nama saya Din.

      -Din-

      Delete
    5. Tkasih din. Setuju sgt2 din. Walau siapa kita kita tetap sama hanya insan kerdil. Anon nanti kalau komen saya buat perenggan.

      Delete
  8. Najmi, sorry asyik menyibuk, nak share kat blog sendiri baru mintak izin, halalkan ye najmi, zali n lisa...tqvm

    ReplyDelete
  9. penulis2 komen diatas boleh minak tlg tak buat perenggan? da la panjang...susah mau baca lagi plak iolsss ni da tua..

    pening la nak bace. berpinar bijik mate nak baca ..... yang lelain pon tulis tu buat la perenggan...korang BM dulu dapat berapa ni? tak pandai buat perenggan...

    saya nak bace juga ape komen2 diatas...thnks sayang2 semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf... bila dah menulis lupa lak perenggan. Akan datang akan diperbaiki. Saya jarang menulis. Harap maklum. Apa pun terima kasih atas teguran dan terima kasih sudi baca juga walau pun pening2 lalat. Alhamdulillah

      -Din-

      Delete
  10. Syabas kepada najmi....im one of the PLU but already depart from partner almost 10 years...feel sad for my partner cos so crushed because of this..then he go live and his life but unfortunate happen he recently test +ve..im married but once u are PLU hard to to leave it, for me as well just try to less it by doing oral and hope later on can end it....anyway nice and inspiring blog...recommended to every plu in malaysia...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah bersyukur pd hikmah yg Allah datangkan semua ini pd Lisa..sy juga seorang wanita yg lemah dan kini sedang dikurniakan nikmat virus HIV..sedari semalam lagi perasaan sedih dan mmg pun mengalir air mata ini bila mwmbaca kisah Lisa diduga dgn suami yg begini..

    Jauh disudut hati sy mengharapkan Lisa mengambil keputusan yg terbaik...jadilah pengubat dan penawar kepada suami Lisa yg sy percaya nampak ia benar2 ingin berhijrah...berubah menjadi insan dn kembali menjadi suami yg paling baik..


    Haarghhh.memang tak terjangkau difikiran kita hamba yg lemah ini kan..apabila sebuah takdir yg telah tertulis terjadi pd kits..sebenarnys itulah takdir yg terindah..dosa yg dicipta pd kita..itulah dosa yg terindah utk kita kembali pdNya...mmg sengaja Allah ciptakan dosa itu sebagai pintu sebenarnya utk masuk kesyurga..memeng begitu indahnya kasih Allah..


    Doa sy moga Lisa dijauhkan dr mndpt virus itu.da Lisa juga dikurniakan anak2 yg sihat soleh dan solehah...Allah gantikan segala kepahitan dan kedukaan hari ini dgn sebuah mahligai bersama suami yg penuh berakah esok hari kan..kekal bersama hingga keakhir hayat..Amin

    Sebenarnya sesiapa yg dtg ke blog Najmi..sememangnya dialu-alukan sbg sebuah keluarga dialam maya Lisa...kauhmi berkongsi airmata duka gembira ketawa bersama..
    Inilah rahmat dan kurnia dari Allah pd blog Najmi...sesuatu yg indah yg lahir ikhlas semata2 kerana Allah...

    Buat Lisa dn suami..moga kaluan sentisa diberi kesabaran dan moga kalian berdua nanti berjaya mendptkan zuriat yg sihat..jagalah en Zali yg memang bertuah itu baik2 yer...

    Hii anon..diatas ni sy dah buat perenggan yg diminta tu..hehehe...terima kasih...:)

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah anon sebab pandai da buat perenggan...
      sedap sikit mate memandang nak bace...

      -tchr shida-

      Delete
  12. salam semua...alhamdulillah kita ada wadah blog najmi untuk siapa yang mempunyai masalah yang sama untuk berkongsi rasa dan cerita untuk kebaikan bersama, rahmat dan ampunan Allah swt untuk kita semua, insyaAllah..buat lisa dan suami, semoga ujian hebat ini akan bawa kalian ke surga, untuk PLU semua yang sudah diberi hidayah Allah swt untuk kembali ke jalan yang benar, jadikan masjid rumah ke dua anda, solat berjemaah jangan ditinggal untuk waktu yang lima,zikir dan salawat jangan dilupa, kawan dengan mereka yang akan bawa anda semua ke jalan yang lurus

    cuba buat air zikir sendiri, sebotol mineral, dibuat sembahyang hajat, dibacakan zikir sebanyak yang mungkin setiap hari dgn niat jadi ubat pada hiv virus dalam diri, Allah swt Maha peyembuh, hanya dia yang meyembuhkan, yakinlah dengan kuasa Allah swt yang Maha agung, dia pemilik nhati hati kita, dalam sesaat dengan izinnya semua kan kembali normal, merayulah pada Allah swt semata, hanya panya kita sembah dan hanya padanya kita mohon pertolongan..insyaAllah

    InsyaAllah doa doa dari hati yang tulus ikhlas akan menjadi azimat kepada mereka yang benar benar ingin kembali pada Allah swt, saya doakan semua dirahmati, diampuni Allah swt, lisa n hubby akan menjadi pasangan bahagia, sihat sejahtra, dikurniakan anak anak soleh dan solehah penyejuk hati dan jiwa, bertahanlah, sabar lah , ujian Allah swt mmg untuk kita untuk menguji betol ke kita hamba yang mencintai hanya dia semata mata..

    We beg for your mercy Ya Rabb, pls help all of us to keep coming back to u alwasy,
    wahai jiwa yang tenang... kembalilah pada tuhanmu dengan rasa redha dan diredhai, masuklah kedalam jemaah hambaku, masuklah kedalam surgaku...aamiiin ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb.. salam kasih dan sayang...suzi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Suzi, banyak2lah berdoa kepada Allah. Ubat yang dimakan tidak akan berkesan tanpa izin Allah. Yakinlah bahawa yang menyembuhkan setiap penyakit adalah Allah swt. Dia yang memberikan penyakit dan dia jugalah yang menyembuhkan penyakit.

      Delete
  13. your husband is not bisexual, he is gay. Sebulan 2-3 kali?! He is gay. Seriously. Kalau adan bersabar dan dia telah ambil HAART, syurga untuk anda. Tapi bagi saya 2-3 kali sebulan, tak cukup nafkah batin tu.(matila aku cakap direct).

    Seorang biseksual, punya nafsu yang sama pada kedua2 jantina. Tapi dari yang saya baca dalam entri ni. HE IS NOT BISEXUAL.

    FOR THOSE GAYS,NEVER ADMIT YOU ARE BISEXUAL WHEN YOU ARE NOT.JUST BE YOURSELF.

    Liza, your husband have sex dengan you just because he have to.

    dan bila u buat decision untuk dapat anak, try fikir dulu..boleh tak u hidup tanpa nafkah batin? sebab sometimes a gay guy, once dah dapat anak, they might be just stop have sex.

    sorry i tak prejudice, i just want you to think about it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat berterus terang..... golongan gay or biseksual juga mampu berubah menjadi normal. bantu lah mereka .... setiap org boleh berubah termasuk diri anda. Sebenarnya gay, biseks, lesbian hanyalah istilah... itu adalah istilah yang diberikan manusia... hakikat didunia ini hanya ada lelaki, perempuan atau khunsa.

      Soal naluri nie sebenarnya kita boleh kawal cuma kekuatan dalam diri dan dorongan orang sekeliling. Berilah kepercayaan itu. Sekiranya org seperti kami tidak diberikan peluang dan terus ditunding jari kami risau iman kami rapuh dan mudah goyah. Terus tersasar. Berilah peluang untuk kami bekeluarga dan berubah. Dalam dunia ini tidak ada siapa pun yang mahu menganiaya orang. Bila ada keinginan berkahwin bermakna keinginan terhdap wanita ada. Bantulah bina keyakinan kami. Percayakan kami.

      -Din-

      Delete
    2. Pembetulan juga soal seks 2-3 kali sebulan terus anda katakan orang itu gay rasanya agak tidak betul... terus terang saya beritahu bahawa pasangan yang normal juga ada masa 3 bulan sekali menjalankan hubungan seksual.

      Seks dalam perkahwinan memang penting tapi itu bukan diukur dengan kekerapan ianya dilakukan. Sekiranya seks itu dilakukan setiap hari juga itu bukan bermaksud yang dia normal ianya merujuk juga kepada gila seks. Jika dia gay saya rasa dia langsung tidak boleh melakukan hubungan seks dengan wanita. Tidak ada naluri itu. Tidak langsung terangsang dan berkeinginan bersama wanita apatah lagi berkahwin. Lelaki normal juga belum tentu dapat memuaskan isteri. Itu adalah pendapat saya. Maaf kalau kenyataan ini tidak benar bagi anda. Terima kasih

      -Din-

      Delete
  14. Saya setuju. Rasanya kita dah bincang pasal ni dalam posting najmi sblm ini. Ada gay yg rasa hebat bila dapat buat pengakuan yg di bisex. Buat gay kat luar saya kalau diri tak mampu dan tak bersedia nak tinggalkan dunia gay jgn nak gatal2 kahwin. Korang akan aniaya bini korang. Jgn kahwin sbb nak anak. Kebanyakan gay mmg suka kanak2 terutamanya kanak2 lelaki. Bila kanak2 tu dah besar dialah yg paling sibuk buat persiapan masa anak nak kahwin kan.

    Satu lagi, bagi gay yg dah kahwin tu tolonglah berhenti daripada cari kepuasan sex korang dgn jantan lain kat luar. Bila ada penyakit korang boleh bg jangkifN kpd isteri korang pula.

    Jgn kahwin sbb nak tutup mulut orang drpd dok bertanya korang bila nak kahwin kan sedangkan diri masih sukakan jangan dan tak dapat lupakan jantan. Memang malang bg isteri yg bersuamikan lelaki gay.

    Tip mudah bg pompuan yg nak kenal bakal suami gay atau straight. Kalau bf korang tgk koleksi artis yg bf korang minat adalah ning baizura atau ziana zain mmg confirm dia gay.

    Aku mmg geram tgk gay yg kahwin dan pada masa yg sama masih dok buat jahat dgn jantan lain kat luar. Korang tak mampu kahwin so haram untuk korang kahwin yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Ini juga antara penyebab bilangan surirumah yang dijangkiti HIV semakin meningkat.

      Delete
    2. Bukan sahaja HIV Naj Mi tetapi STD yang lain juga. Saya memang meluat dengan kawan2 saya yang gay dan kahwin lepas tuh dok citer kat saya pasal aktiviti sex diaorang dengan jantan lain kat luar. Saya cakap kat diaorang terus terang yang saya tak berminat nak dengar. Kalau masih nak berkawan toloong jangan citer benda2 jahat yang korang buat dengan jantan kat luar kepada saya.

      Yang perempuan ni pun satu, terutamanya yang dah berumur la. Takut jadi anak dara tua lepas tuh main terima siapa sahaja lelaki yang ada tanpa periksa sama ada lelaki itu straight atau tidak kan. Kadang2 dah tahu bakal suami tuh gay tetapi masih tetap nak nak teruskan yer. Kononya dia ni ditakdirkan untuk mengubah bakal suami dia untuk jadi straight. Phhhuuulleezzzzzzz lah.

      Delete
    3. Apa yang anda komen betul. Saja setuju. Sekiranya bagi mereka yang meminati kaum sejenis adalah lebih baik supaya tidak berkahwin sebelum anda betul-betul berubah. Tapi percayalah bahawa jodoh itu ditentukan tuhan. Walau kita cuba menidakkan jika ia datang kita sebagai hambanya akur. Perkahwinan itu tidak salah yang tidak betul adalah kehendak hawa nafsu kita.

      Saya akui lemah kerana mengikut hawa nafsu. Tapi percayalah bantulah orang seperti kami untuk berubah bukan menghina apatahlah mencerca kami. Doa kan yang terbaik untuk kami agar kami betul2 berubah. Perkahwinan saya dan en zali serta mungkin yang sama seperti kami telah ditentukan. Nak berpatah balik mungkin tidak tetapi berubah menyayangi isteri dan membuang nafsu kepada kaum sejenis itu pasti boleh. Insyallah.

      Sukar mengakui yang diri ini gay. Apatahlah berterus terang kepada orang sekeliling. Ya Allah besar sangat dosa yang telah aku lakukan. Terasa hina diri ini. Bantulah hambamu ini ke jalan yang benar dan lurus... mampu menjadi ketua keluarga... menyanyangi isteri. Mampu melakukan tanggungjawab melayan isteri zahir dan batin. Buat pembaca bantulah kami berdoa.

      -Din-

      Delete
    4. Din

      Insyaallah jika keinginan saudara kuat hendak berubah...mengawal diri dari terus terlibat dalam aktiviti songsang itu, insyaallah saya percaya usaha Din kearah itu akan dipermudahkan. Begitu juga dengan Zali, jangkitaan HIV mungkin akan mengubah hidupnya menjadi lebih baik disamping isteri dimasa depan....Amin..

      Delete
    5. Alhamdulillah najmi.... bukan mudah fahamkan orang kan. Bila sekali kita buat silap selamanya kita dihukum. Walau beribu mana kebaikan kita lakukan tetap satu dosa yang kita buat yang akan dipandang dan diingati. Alhamdulillah walau apapun saya betul-betul akan berubah. Apa pun pandangan negatif org terhadap saya akan saya telan sebagai ubat walaupun pahit. Kepada zali jangan putus semangat walau apapun komen dan pendapat org terhadap kita. Saya dan awak sama. Apa yang zali rasa saya turun merasainya. Yang penting buat masa skrg bukan apa yang org fikir tetapi apa yang diri kita boleh buat untuk betul-betul berubah. Insyallah semoga tuhan mengiringi perjuangan kita.

      Delete
    6. Din

      Apa kata din bercerita tentang kisah hidup din, tentang suka duka dalam hidup dan send kan pada saya ke email atau keruang komen bawah entry ini, mungkin boleh saya jadikan entry...pasti banyak unsur nasihat yang baik2 terutama nasihat kepada golongan songsang ni dan kepada yang nak berubah dan yang berniat nak berkahwin, sebab idea tulisan dan pengalaman setiap orang itu berbeza antara satu sama lain...Ada sesuatu yang menarik yang saya rasa jika Din kongsikan kisah din di blog ini...macam mana? Rahsiakan nama tempat dan sebagainya....:) Ok kan...boleh lahhh...tak mengapa ambil masa Din untuk menulis...:)

      Delete
    7. Insyallah. Sy akn pertimbangkn. Bg sy masa.

      -Din-

      Delete
  15. Wah..ingatkan keadaan dah semakin reda dgn topik Lisa dan memujuk hati Lisa tu..tapi nmpknya semakin panas lak yek..udah2 le tu..nanti dipost lain kita bincang lagi....
    maaf le...jgn lah kita menyesakkan lagi fikiran dn situasi Lisa tu kan...biarkan kedaan fikiran Lisa tu cool yer...hehehe jgn marah anon2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear All,

      We are trying to minimize her problems not to add on her problem. Be a wise commentator with helpful commentary. I think Puan Lisa is smart enough to deliberate what we have written in this blog.

      Yes, for sure I never recommend a gay to get married if he can't t stop his gay activities 'cuz his wife and kids will harvest the rotten yields. It will be so pathetic!

      Everyone could change. They, you & I. Everyone has right to be given a chance or maybe chances after chances. Give En Zali some spaces to verify and rectify his fault meanwhile, for sure some times for Puan Lisa to analyze all the things whether it was over or will occur.

      Puan Lisa & En. Zali,

      Don't think only on what had happened but always think about the future too. Your decisions are always in your hands. Sometimes we could not reassemble broken glass to be a beautiful goblet again but sometimes we could repaint our house more beautiful and it just look new.

      ALLAH ALWAYS KNOWS THE BEST FOR US.

      Regards,
      MFZ

      Delete
  16. Slm... Zali&Lisa..Apa yg anda lalui ia normal apabila seseorang itu diwatikah +hiv.permulaan sedih,kcewa,marah,menangis adalah sikap semula jadi krn kita ada perasaan.Perkara yg lepas jadikan pelajaran,setiap manusia ada kelemahan&kesilapan.ada hikmahnya.ada yg + hasil perbuatannya&ada yg menjadi mangsa keadaan.mempertikai,menghukum benda dah berlaku.komuniti&Doktor sekadar memberi sokongan&ilmu sekadar yg termampu.Hakikatnya semua maklum virus ini belum ada penawar yg dipaten lg ubatnya.
    Zali&Lisa...virus ini makhluk Allah yg taat.ia dijadikan untuk kita belajar kita juga hamba Allah.permulaan sedih adlh normal.Zali&Lisa yg menentukan agar diri bangkit semula dari trauma ini.skrg waktu 1/3 mlm,waktu yg sesuai utk sujud&berkasih pd Allah.memintalah padanya.berdoalah,ia senjata utk kita.Allah menanti mana2 hamba yg bgn mlm memohon pdnya.klu dulu airmata menjd ego,jdkan skrg airmata penawar bg hati.Hanya Allah yg sebenar2 dpt menolong.dgn printah Allah inshaAllah virus itu boleh hilang,klu tak pun ia tenang.ada manusia yg hidup lama dgn hiv tanpa ubat,sihat berpuluh tahun dgn izin Allah.jadikan ini hikmah untuk kita bgn semula.Sampai masa saya&kita tetap akan mengadap pencipta.hanya bekalan yg dibawa.dulu aku ego,bermegah,gembira,kini aku hamba,airmata hnya utk Allah,aku sedar menunduk malu.aku hamba yg berdosa.Zali,Lisa& tak lupa bt Azman.Bangunlah...sujudlah disini ada ketenangan&kasih sayang.wassalam RoseHelmy

    ReplyDelete
  17. Kak lisa.... boleh hubungi bella? Dietmakanhati@gmail.com. ... terima kasih kak..

    ReplyDelete
  18. salam sori mencelah kat sini,sekadar share info itu pun ape yang saya tau sahaja,kalau anda semua perasaan dalam setiap medical report kalau ade yang buat ujian hiv lah untuk tahun 2013,bermula 1 January 2013,setiap ujian hiv akan menggunakan kaedah cmia principle test,cmia principle test ini adalah kit test hiv generasi ke-4/generasi paling latest,di mana ianya ade kemungkinan untuk detect jangkitan hiv seawal seminggu selepas infection,sebab itu bagi sesiapa yang penah buat ujian hiv dalam tahun 2013 ni,kalau tuan/puan ade nampak pade report hiv test tuAN/PUAN tulis hiv 1 and 2 ag/ab not detected,itu makna nya kaedah ujian itu menggunakan teknik ujian generasi ke-empat di mana ujian tersebut tidak hanya mengesan antibody( ab) malah mengesan antigen(ag) yang sudah bole dikesan seawal 4-7 hari selepas jangkitan. perlu di ingatkan ,antigen ini( protein yang terdapat dalam virus) tidak akan dapat di kesan lagi setelah antibody di hasilkan oleh sistem imun badan kita (puratanya antibody dihasilkan 25 hari selepas jangkitan),namun pade usia jangkitan menjangkau 6-7 minggu,portion antibody(ab) yang memadai sudah bole di dapatkan untuk mengesan reaksi antibody seseorang terhadap hiv ,kerana cmia principle ini sangat sensitif dan ketepatan nya diperakui,kebanyakkan hiv specialist berpendapat ujian hiv menggunakan cmia principle bole di anggap konklusif pada minggu ke 6 dan seterusnya selepas tarikh kemungkinan jangkitan berlaku,walaupun cdc dan who(world health organization) masih menetapkan ujian antibody selepas 90 hari dari tarikh ade kemungkinan jangkitan sebagai konklusif,sekurang kurang nya ujian antibody negatif pada minggu ke 6 bole memberi good indicator sblm kita mengambil ujian antibody kedua pada hari ke 90.oleh itu berkaitan kes puan lisa ini,sekiranya dia mengambil combo test (ab/ag) pada minggu ke-6 dan di dapati negatif,itu dikira satu indicator bagus untuk beliau dan kecenderungan untuk di sah kan positif adalah lebih kurang 5% sahaja,dan katakan puan lisa mengambil ujian antibody sahaja pada hari ke 90,itu di kira sudah konklusif,untuk tempoh menunggu sehingga 6 bulan,itu adalah amat jarang,kebiasaan window period untuk tempoh 6 bulan berlaku pada pesakit kanser,hepatitis c.ujian antibody selepas 90 hari sudah boleh di anggap konklusif asalkan tiada sebarang akitiviti berisiko dilakukan sehingga ke tarikh tersebut,dunia semakin maju,hiv test kit pun semakin sensitif dan banyak test kit yang mampu mengesan hiv lebih awal berbanding beberapa generasi kit terdahulu. tentang vaksin PEP,itu hanya berkesan dalam 72 jam selepas waktu jangkitan,itu pun belum 100% bole berjaya,selepas masa tersebut hanya bole lakukan ujian dna viral load,combo test ab/ag atau antibody,apapun saya doakan PLHIV sentiasa sihat2,jangan lupa makan ubat,kami terima anda seadanya,dengan ilmu pengetahuan,hidup mereka bole sama dengan orang normal,no such big deal,yang penting ilmu dan peka tentang kesihatan kita,tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Terima kasih kerana share maklumat ini, alhamdulillah insyaallah akan saya kongsikan info ini bersama pembaca lain dalam sebuah entri nanti...:)

      Delete
  19. sis, sy bekas isteri odha. alhamdulillah sy x dijangkiti. berpisahlah klu itu lebih kurang mudaratnya. hidup bukan sekadar di dunia. di akhirat lebih indah. jgn risau hidup sendiri. Allah ada. dn yakin juga Allah akan ganti yang lebih baik :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST