Monday, 1 April 2013

ZALI DISAHKAN HIV POSITIF KEINGINAN MENDAPATKAN ZURIAT TERBANTUT

Zali (bukan nama sebenar) mengirim email kepada saya berkongsi resah gelisah yang beliau alami hadapi ketika ini, bercerita bagaimana bermulanya dia mendapat khabar disahkan sebagai HIV positif.

photo hiasan

Apakhabar saudara,

Saya baru sahaja membaca blog saudara Najmi, ermmm…. sebelum ini pernah terbaca blog saudara namun saya merasakan tidak terlalu ingin mengikuti.

Ermmmm saudara, saya baru sahaja di diagnos HIV positif semalam (29-3-2013). 

Huhuhu..... Perkara ini berlaku secara kebetulan ketika saya dan isteri sedang menjalani treatment untuk mendapatkan anak di hospital. Semasa membuat rawatan tersebut kami juga dikehendaki menjalani ujian STD. Dua hari kemudian saya telah dihubungi semula oleh pihak hospital kerana keputusan darah saya mempunyai masalah. Saya mula rasa tidak sedap hati. 

Selepas 2 minggu saya datang semula ke hospital dan telah berjumpa doktor yang bertanggung jawab yang mengendalikan kes saya ini. Dan seperti biasa saya telah diberikan kaunseling sebelum membuat ujian pengesahan (HIV). Doktor still memberi harapan kepada saya, dia kata kemungkinan kadangkala ujian saringan HIV tidak tepat. 

Pada ketika itu fuhhhhh hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu, lalu apa yang terlintas diminda saya waktu itu bagaimana pula keadaan isteri saya? Adakah dia juga positif? 

Alhamdulillah saya bersyukur, telah dimaklumkan bahawa isteri saya clean.

Jadi saya bersetuju untuk menjalankan ujian pengesahan sekali lagi iaitu selepas 3 hari. 

Sekali lagi pihak hospital telah menghubungi saya untuk berjumpa dengan doktor. Selama menunggu tarikh temujanji saya untuk berjumpa doktor, hati saya sentiasa berdebar-debar, resah tidak keruan sehingga isteri saya menyedari perubahan tingkah laku saya dan dia tertanya-tanya apa yang sebenarnya telah terjadi kepada saya. 

Sampai harinya, saya telah ke hospital sekali lagi bersama isteri. Saya telah dipanggil dahulu untuk berjumpa dengan doktor, saya diberi sedikit kaunseling sebelum doktor menyampaikan keputusan ujian kedua tersebut. Fuhuhhh….. Ya Allah hati saya ketika itu tidak tahu bagaimana nak digambarkan ketika doktor memberitahu saya bahawa keputusan ujian kedua itu adalah positif. Huhuhu. Ya Allah rasa macam gelap dunia ini seketika. Doktor memberitahu saya agar saya membuat ujian sekali lagi, yang mana ujian kali ini yang akan memastikan kebenaran keputusan ujian kedua itu. 

Doktor bertanya kepada saya samaada saya hendak beritahu hasil keputusan tersebut kepada wife saya sekarang (ketika itu) atau saya hendak menunggu hasil keputusan ujian seterusnya (ujian ke 3). Saya rasa wife saya perlu tahu pekara yang sebenar ketika itu juga, since dia pun sudah ada bersama saya dihospital waktu itu. Huhuhu……namun saya telah minta doktor yang memberitahu hasil ujian itu kepada wife kerana saya tidak sanggup, tidak sampai hati untuk memberitahunya. 

Isteri saya mulanya terkejut dan menangis apabila diberitahu keadaan saya, namun apa pun saya bersyukur kerana isteri telah pun tahu pekara sebenar, sekiranya tidak diberitahu mesti lagi haru.

Ermmm... ohh ya untuk pengetahuan saudara Najmi saya ini pengamal seks songsang (rileks jer bagitahukan) huhuhu. Tapi itulah hakikat yang sebenarnya. Kami sungguh sedih, harapan kami adalah untuk mempunyai zuriat hancur sama sekali. Walau bagaimana pun sehingga hari ini saya mungkin telah semakin redha dengan ketentuan yang Allah berikan ini.

Saya telah mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai HIV, namun keadaan isteri saya masih lagi bersedih, apa yang kami perlukan ketika ini adalah support dan sokongan dari pihak luar dan mereka yang berpengalaman untuk memberi nasihat dan galakan keluarga?

Ohhh...kami berdua sudah berjanji biarlah rahsia ini hanya kami berdua sahaja yang tahu, mungkin akan sampai satu ketika, satu masa kelak kami akan beritahu juga (kepada ibu bapa dan orang terdekat), namun bukan sekarang.

Saudara, saya tidak tahu dah nak cakap apa, saya just perlukan somebody untuk meluahkan apa yang saya rasa sekarang dan apa yang wife saya rasa huhuhu. Thanks a lot saudara, insyaAllah, saudara saya akan jadikan contoh untuk terus tabah menjalani kehidupan yang mendatang.

Zali (bukan nama sebenar)
30 Mac 2013 at 9:21 AM




Nasihat saya kepada Zali 

Salam Zali,

Untuk pengetahuan saudara, mendapat HIV bukan penamat kepada kehidupan, malah kemungkinan dugaan yang saudara alami ini ialah permulaan kepada kehidupan yang lebih baik dimasa depan. Saya faham saudara pasti terkejut kerana menerima berita ini, insyaallah ianya hanya sementara dan pastinya kalau saudara dapat berhubung berbual dengan rakan senasib lain pastinya saudara dan isteri akan lebih tabah menghadapi ujian ini.


Bukan saudara sahaja malah ramai lagi yang senasib seperti yang saudara Zali alami, malah ada yang diduga lebih teruk daripada saudara.


Untuk pengetahuan saudara, jika kena kepada rawatan yang betul dari doktor pakar, saudara masih boleh mendapatkan zuriat yang bebas HIV dan dalam masa sama dengan pemantauan doktor pakar perubatan, insyaallah isteri saudara juga masih boleh dielakkan dari dijangkiti HIV ketika proses mendapatkan zuriat dijalankan. Maknanya disini peluang saudara mendapatkan zuriat tanpa berlaku jangkitan HIV kepada isteri dan anak insyaallah boleh dilakukan dengan bantuan pemantauan pakar.


Saya mempunyai rakan email seorang lelaki yang juga positif HIV sudah hampir 11 tahun membawa virus HIV dan baru 2 tahun yang lalu beliau berkahwin dengan seorang wanita yang sudi menerima keadaannya, seorang isteri yang amat memahami. Kehidupan mereka suami isteri amat bahagia seperti yang diberitahu kepada saya baru-baru ini dia masih terasa seolah-olah baru sahaja berkahwin, cuma mereka masih tidak dikurniakan zuriat sahaja, tetapi saya dimaklumkan bahawa mereka dalam proses berusaha mendapatkan zuriat melalui pemantauan pakar, mungkin saudara boleh berkongsi kisah dengan beliau satu hari nanti, berbual dengan rakan senasib kerana cara ini sangat membantu membina semangat ketabahan dalam diri saudara dan isteri, insyaallah


Macam yang saya beritahu resah gelisah sedikit marah sedih pastinya akan saudara rasai buat masa ini, perasaan seperti ini biasa (normal) berlaku kepada mereka yang baru disahkan positif...tapi insyaallah perasaan itu pastinya akan beransur hilang dan saudara akan semakin tabah dan dapat menerima kenyataan yang saudara adalah seorang PLHIV nanti.


Ya, pastinya isteri saudara juga amat sedih, itu juga normal bagi kebanyakan orang tetapi sekiranya isteri dan saudara percaya kepada ketentuan Allah dan menerima dugaan ini dengan tabah insyaallah segala permasalahan yang bakal dihadapi dimasa depan akan menjadi lebih mudah.


Buat masa ini saudara perlu lebih tenang dan ikut segala nasihat dari doktor...


Saya minta kebenaran untuk siarkan email saudara kedalam blog saya, mudah-mudahan ada pembaca lain yang boleh memberi galakan dan nasihat, segala maklumat seperti nama, tempat dan sebagainya akan saya rahsiakan.


Dan sekiranya saudara sudah bersedia saya boleh cuba hubungkan saudara dengan secret group facebook yang hanya disertai oleh pembawa HIV seperti saudara, dan mereka yang menyokong PLHIV, mungkin melalui secret group itu kelak saya saudara dan isteri boleh mendapat ramai kenalan dan dapat berkongsi masaalah bersama, itu pun jika saudara sudah cukup bersedia.

Atau saudara Zali boleh ke:

Luka Rafieqa Officially Page
Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator.

Phone 017-311 0306
Email  lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa

Saudara Luka mempunyai ramai kenalan yang mungkin boleh menghubungkan saudara Zali dengan rakan-rakan senasib yang lain.

Elakkan stress, stress boleh buat diri kita tidak keruan dan mudah jatuh sakit, saya pasti saudara akan tabah menghadapi ujian ini, jangan risau kerana ramai lagi insan senasib seperti saudara diluar sana yang boleh membantu.


Mulai hari ini saudara juga perlu lebih mengambil perhatian dalam penjagaan kesihatan diri, pemakanan dan sebagainya, perlu belajar dan memahami terutama info asas berkaitan tentang HIV/AIDS, kembali kepada mendekati Allah SWT sebab apabila kita dekat kepada Allah hati kita akan lebih tenang dan kehidupan kita akan lebih diberkati dan diredhaiNya,
insyaallah saudara dan isteri akan mampu menghadapi ujian ini dengan tabah, saya doakan yang terbaik buat saudara dan isteri juga.


Baca keluhan rasa terkilan isteri Zali, Puan Lisa didalam entry disini "LISA MASIH SABAR DAN SAYANG WALAU SUAMI HIV POSITIF" 

Adatlah si isteri pastinya berasa marah dan sedih apabila mengetahui suami masih terlajak main diluar, beliau pada pandangan saya seorang yang sabar dan amat menyayangi suami.


31 comments:

  1. Salam,apakabar abg,ini komen saya kali ke3,yg1&2,gagal disiarkan krn klmhn saya sendiri jahil ttg intrnt,terdetik dihati menulis krn kelmrin 310313 sepatutnya Azman berkhwn,tp dibtlkn saat akhir.Saya sgt sedih menjiwainya.saya trlmbt buka blog abg,sblm ini menyepikan diri,fuhh rs sgt bgia dgn bermanja dgn istri.kisah azman mcm saya bezanya saya dah khwn.nak bantu tp dah trlmbt.bt zali sbrja.saya dah msk 11thn,lama2 hiv ni mslh dah jd kecil.klu fkr terlebih2,bt skt jiwa je.kita insan terpilih,itu tandanya Allah syg dkt kita,Buang ja yg dilrg.buat lah apa yg diperintah.saving sikit pahala utk bkln diakhirat.bt Azman&Zali,Aib kena pelihara,jgn cerita melainkan yg memahami spt ibu kita.Azman dah cerita ksn dia,azman tlh ditolak lmrn mlh klu direnung blh ada ksn negatif trmasuk familynya,slp hb msyrkt yg tahu mmndg serong pdnya.Aaaah,lantaklah,hidup ni wjb diteruskan,Allah yg menilai kita diakhirat kelak...Ok bt azman&zali rwtn wjb dijg utk kepentingan diri&kelurga trutama istri.jgn kcw&pts asa.ingat ada hikmah apa dah terjd,pndg dgn mata hati kita akan nampak.kita usaha selebihnya tawakal pd Allah.lama2 kita akan bersyukur krn bnyk nikmat yg Allah beri pd kita.saya&isteri bgia cuma zuriat ja blm ada rezki krn 1% ttp ada risikonya bt istri dijangkiti.saya syg istri saya.kami msg2 ada kerjaya.bnyk yg nak dikongsi tp cukup dulu disini.bnyklah beribdh,disini ada ubatnya,inshaAllah,Allah menyayangi kita.hargai kehidupan&nikmat yg kita miliki.bila kita bersyukur kita akan b,gia&Alhamdulillah..wallahualam&wassalam dr RoseHelmy

    ReplyDelete
  2. Abg,maaflah krn bnyk komen yg serupa,sbnrnya saya ingat komen saya tak disiarkan,rupanya komen saya pun skrg kena berrratur dulu utk disiarkan.saya br sdr bila check balik kisah2 yg sblm ini dah ada komen saya.maaflah krn saya ni jahil ttg internet :-) ok skrg saya dah fhm.Zali Azman awak ada mentor&komuniti.so jgn sefih,jgn risau.Saya sampai skrg ok cuma terkilan sdkt bila nak oversea ada negara yg wjb srgn hiv.klu + tak blh pergi spt saudi arabia nanti bt haji.umrah ok takda mslh.wlu saya blm haart tp memahami bt komuniti yg rwtn haart.nak bw ubat kena isthr dulu.slp hb imigrisyen riject,bnyk mslhnya.ke2 mati kena guna Clorox utk dikafankan.klu saya yg dah mati org nk kt pun tak kisah sbb dah mati tp keluarga yg msh hidup akan rs sdkt tempiasnya.mulut manusia ni blh tahan lasernya tp tak semuala.moga suatuhari mslh ni dpt diselesaikan agar jenazah hiv/aids dpt disimpan dgn baik&posedur yg lbh mudah....rosehelmy

    ReplyDelete
    Replies
    1. RoseHelmy

      Tak mengapa saya pun sebenarnya jahil jugak mengunakan internet ni banyak yang saya tak tahu, tapi alhamdulillah lama kelamaan saya semakin tahu mengunakkannya....Tak mengapa silap send komen berkali-kali pun tak mengapa...:)

      Untuk pengetahuan RoseHelmy setiap komen perlu di "tapis" oleh saya sendiri sebab itu setiap kali RoseHelmy tulis komen dan send, komen tersebut tak keluar di ruang komen pada ketika itu sehinggalah saya approve kan nya, kalau saya tak approve maka komen itu tak kan keluar tapi biasanya akan keluar bila saya buka blog ini dan tapiskan komen-komen tu dulu. Cepat dengan lambat ajer...

      Buat pengetahuan Zali,

      RoseHelmy ialah individu yang saya maksudkan didalam entry diatas suami yang disahkan HIV+ve sejak hampir 11 tahun lalu, baru berkahwin pada akhir tahun 2010 yang lalu (baru 2 tahun). Malah walaupun saudara RoseHelmy positif HIV isterinya masih tetap dapat menerima keadaan tersebut dan sudi untuk hidup bersama.

      Alhamdulillah RoseHelmy bahagia hidup bersama isteri yang sangat memahami hingga hari ini, malah RoseHelmy masih belum memulakan rawatan HAART (makan ubat HIV) hingga kini kerana mengamalkan amalam pemakanan yang sesuai dengan dirinya (baca entry tentang "SPIRULINA DAN MADU").

      Alhamdulillah terimakasih saudara RoseHelmy yang memberi komen nasihat buat saudara Zali dan juga kepada saudara Azman (baca kisah Azman di dalam entry "DISAHKAN HIV POSITIF MENJELANG 2 BULAN LAGI TARIKH PERKAHWINAN")

      Untuk pengetahuan RoseHelmy saya ada dengar uar-uar tentang kemungkinan penggunaan bahan seperti Clorox yang berbau kuat akan ditukar kepada bahan lain yang mungkin kurang baunya...itu maklumat yang saya dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai... Tentang perjalanan ke overseas itu kita tak boleh buat apa-apa, cuma kita mampu berdoa dan harap agar sekatan perjalanan buat PLHIV akan dihapuskan disemua negara sedikit demi sedikit.

      Delete
  3. Zali, jangan panic. Awak dengar nasihat doktor. Kalau boleh mulakan rawatan awal. Peluang untuk sembuh (functional cure) adalah cerah kalau awak dapat mulakan rawatan awal. Ada satu artikel yang diterbitkan dalam jurnal perubatan di England mendapati CD4 mereka yang mulakan rawatan awal (HAART) meningkat sehingga 800-1000 dalam tempoh 3-4 tahun berbanding mereka yang mulakan rawatan lewat. Saya tak pasti samada Zali sedar yang HIV bukan lagi pembunuh tetapi ia sama seperti penyakit kencing manis yang kalau makan ubat dengan teratur dan jaga pemakanan ia dapat dikawal dengan baik. Kalau nak dapatkan zuriat yang bebas HIV saya rasa takder masalah, mcm kata Najmi perlu dengar nasihat doktor. Saya rasa ada prosedur yang Zali perlu ikuti bagi tujuan tersebut. Pada tahun 80an dan awal 90an memang orang gerun dengar HIV/AIDS kan. Sekarang ni alhamdullilah dengan kemajuan dalam bidang sains HIV sudah dapat dirawat dan jangkahayat pesakit adalah sama seperti mereka yang bebas HIV. Tapi kan soal ajal maut adalah urusan Allah. Orang yang hidup sihat walafiat pun kalau dah sampai ajalnya akan mati juga kalau Allah nak ambil nyawa dia kan.

    Menyetuh tentang kisah Azman, saya rasa sedikit kecewa dengan sikap abang kepada tunang beliau. Saya harap Azman dapat bersabar dengan apa yang berlaku. Manusia yang sabar itu amat2 dikasihi oleh Allah swt. Saya yakin Allah hendak berikan yang lebih baik kepada Azman. Kalau tidak di dunia ini, di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  4. salam.. time kasih atas entry ni.. hampir seminggu dah lepas saya dan suami dpt berita ini. Saya rasa, saya masih diperingkat keliru dan masih cuba utk menerima semuanya sebagai khifarah dan tanda Allah sayangkan kami..Setiap malam umpama hari yg panjang dan saya x dapat lari dari berfikir mengenai hal ini. Adakah saya akan dijangkiti..adakah suami akan terus kuat melawan virus ni.. sampai bila..mampu kah saya..mampukah kami.. mcm2 persoalan..

    Utk pengetahuan abg najmi. saya mmg sgt2 penakut orgnye.. takut utk sakit..takut utk makan ubat2.. takut utk jumpe doktor..in fact, tetiba darah akan naik kalau saya jmpe doctor! haha. tapi tu la hakikatnye. perasaan takut tu, saya x dapat nk sembunyikan dari suami. saya sepatutnya menyokong dia tapi..saya pulak yg byk berfikir bukan2..lantas kadang2 sy rasa saya buatkan suami stress. sy yakin dia lagi takut.. tapi dia cuba sembunyi perasaan tu depan saya.. :(

    KAlau x keberatan.. ingin saya dapatkan contact RoseHelmy, supaya kami berdua dapat belajar bagaimana kalian menghadapi situasi ini. Bagaimana sudut pemikiran sang isteri utk berhadapan dgn masalah ini.. Bagaimana reaksi sang suami yg diperlukan..utk berdepan dgn semua org.. Saya sgt2 takut rahsia ini terbongkar.. saya amat takut apa reaksi org luar sekiranya tau mengenai hal ini.

    Saya ada baca komen/or entry dalam blog ni or AHP (x ingat).. psl ada peluang utk sesiapa yg berisiko terima jangkitan dari PLHIV, utk dapatkan jugak ubat2 HAART tu dan mampu utk hilangkan virus nie. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg semua org takut bila dgr pasal hiv/aids ni kan. Yer la masa dulu2 kat tv ditunjukkan yg penghidap hiv badan berkudis dan dpt penyakit yg dasyat2. Drama melayu pun tunjuk benda yg sama. Realitinya adalah sebaliknya. Rawatan yg ada skrg membolehkan penghidap hiv hidup spt insan normal yg lain.

      Delete
    2. Anonymous

      Saya harap saudara RoseHelmy akan baca komen dari puan ini, dan jika diizinkan saya akan berikan email puan kepada saudara RoseHelmy nanti, email RoseHelmy kepada puan..... Insyaallah

      Tentang peluang sesiapa yang berisiko terima jangkitan dari PLHIV dan dapatkan ubatan HAART bagi mengelakkan diri dari dijangkiti, wallahuallam itu kena bertanyakan kepada doktor yang merawat.

      Tapi saya ada baca tentang kewujudan sejenis pil di negara barat yang boleh diamalkan oleh non PLHIV yang hidup rapat dengan PLHIV bagi mengelakkaan jangiktan daripada berlaku, di negara kita saya tak pasti pil tersebut ada atau tidak.

      Yang pasti kalau sudah dijangkiti hingga kini masih tiada ubatan yang boleh hilangkan virus, cuma ada ubatan (HAART) yang boleh melemahkan virus (menidurkan virus) bila virus lemah badan kita boleh menjadi sihat.

      Delete
  5. Untuk Zali dan isteri,
    Tabah dan terima hakikat HIV bukan pembunuh, inya boleh di kawal dan masih mampu memiliki zuriat yg sihat. Jangan stress, Allah akan menggantikan apa yang hilang dgn sesuatu yg lebih baik, don't worry, we never let you walk alone.

    ReplyDelete
  6. Assalamua'laikum dan salam sejahtera kepada teman-teman di alam maya,

    Sudah terlalu lama rasanya saya tidak menitipkan lembaran perkongsian di medan diskusi santai lagi berinformasi Encik Naj Mi ini. :) Hanya mengikutinya dengan membaca entri dan buah fikiran rakan-rakan. Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan di bawah lindungan yang Maha Kuasa.

    Kepada semua yang telah didiagnos sebagai pembawa HIV, jangan terlalu bimbang tentang perkara tersebut. Tiada gunanya kita menyesali perkara yang telah terjadi. Pandang ke hadapan dan kuatkan diri.

    Apa yang penting teruskan kehidupan seperti biasa. Jika anda telah disahkan dijangkiti HIV dan anda mempunyai hal-hal yang mempunyai kerumitan dengan orang lain, eloklah segera menyelesaikan hal tersebut. Sebagai contoh soal meneruskan nikah kahwin, memberitahu status kepada isteri, memikirkan untuk bertukar kerjaya dan sebagainya.

    Kita hidup di dunia hanyalah sementara. Mati itu pasti. Mungkin kita yang dijangkiti HIV akan mati disebab HIV. Mungkin tidak ada kaitan langsung dengan virus tersebut. Itu semua ketentuan Maha Pencipta.

    Apabila berhadapan dengan jangkitan HIV, elakkan diri daripada stress. Cuba untuk selalu berasa gembira dan elakkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada sifat negatif, selagi kita terdaya untuk mengelakkannya.

    Terdapat rawatan yang berkesan untuk mengelakkan penularan virus HIV. Segera mendapatkan rawatan adalah yang terbaik. Pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Teliti nasihat doktor. Fikirkan nasihat tersebut dengan penuh optimis. Dekatkan diri dengan komuniti HIV kerana anda mungkin akan mendapat the rythm how to continue your healthy lifestyle with HIV. Sebagai contoh melayari laman sesawang untuk membaca blog-blog mereka yang hidup dengan HIV.

    Merahsiakan status juga amat penting. Jadilah seorang yang sangat selektif untuk berkongsi status PLHIV anda. Walaubagaimanapun, anda boleh mendedahkan kepada lebih ramai orang tentang status anda jika tahap kesihatan anda sudah baik seperti sediakala kerana penerimaan masyarakat terhadap PLHIV yang sihat sama seperti individu bebas HIV, lebih diterima dengan hati yang terbuka. Ingat, tekanan hidup boleh memberi impak kepada tahap kesihatan PLHIV. Anda mungkin berdepan dengan tekanan apabila anda mendedahkan status PLHIV anda. Maka tepuk dada tanya iman berlandaskan akal fikiran, jika anda ingin mendedahkan status anda.

    Selain itu, penampilan diri amat penting untuk PLHIV. Pastikan anda sentiasa berpenampilan sedap mata memandang serta berketrampilan. Jaga kebersihan diri dan persekitaran. Perkara ini dapat membantu anda mendapat aura positif dari alam sekeliling.

    Pemakanan juga penting. Saya fikir, semua antara kita tahu tentang makanan seimbang lagi berkhasiat. Di samping itu cuba untuk melakukan senaman walaupun ia hanya senaman ringan.

    Jika anda masih terlibat dengan aktiviti seks bebas (kalau boleh kurangkan, kalau kuat hentikan), jadilah insan yang bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan penularan kepada pasangan anda. Dosa berzina/meliwat itu besar. Dosa memudaratkan orang lain lebih keji dan tidak berperikemanusiaan. Sama-sama kita ingat mengingati agar kita dapat dipelihara daripada melakukan perkara ini. InsyaAllah. Amin...

    Akhir sekali bersihkan hati. Jangan suka menyalahkan orang lain, tidak puas hati dan dengki serta iri hati dengan orang lain. Teruskan kehidupan anda dengan sekurang-kurangnya baik pada diri sendiri dan tidak mengambil kisah hal orang. Berdoa pada yang Esa dan memohon padaNya agar kita diambil nyawa dalam keadaan husnul khotimah - pengakhiran yang baik.

    Sekian dulu titipan saya untuk kali ini.


    Buat saudara Naj Mi,

    Teruskan memberikan perkongsian yang membina minda serta memperindah sahsiah diri. Semoga Allah memberikan saudara ganjaran di dunia dan di akhirat. Amin.

    Wallahua'lam bissawaab...
    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. MFZ

      Terima kasih meninggalkan komen nasihat buat saudara Zali....:)

      Delete
    2. Sama-sama saudara Naj Mi.
      Mari kita sama-sama berkongsi.
      Kita ibarat lidi. Berkumpulan lebih baik dari seorang diri.

      MFZ

      Delete
    3. MFZ, you are always positive, influenced me to be more positive, to you and najmi, may Allah reward both of you with Barakah and Jannah.

      Delete
    4. Mak Wardah,

      Amin. Semoga kita semua mendapat balasan syurga di akhirat kelak.

      MFZ

      Delete
  7. betol kata mak wardah.. pesakit HIV tetap boleh buat anak seramai yg boleh. Ryan ada terbaca satu artikel di blog abg Najmi pasal nak buat anak nih dan anak tersebut bebas dari HIV..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah jika Papa Ryan ada bercita2 nak buat anak seramai mungkin...wah..u ni memang Papa yang very loving pd family...

    Hah apa lagi..dah ada info dan rawatan serta penjagaan rawatan yg terbaik...semoga ramailah lagi yg bercita2 membina rumahtangga..tampa memikirkan ttg HIV ni bukan sbg penghalang kan...okeyy..teruskan niat U tu..we all sokong sangat2 tau...
    Moga Allah merahmati hidup kita semua..Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon, Ryan merupakan seorang suami yang bebas HIV. :) Beliau suami isteri sedang menunggu kelahiran bayi yang pertama. Sama2lah kita berdoa semoga mereka dikurniakan anak yang comel dan sihat. Amin.

      Delete
    2. Aminn, semoga Papa Ryan kekal berbahagia hingga ke jannah

      Delete
  9. time kasih mak wardah dan rakan2 sekalian.. sekarang ni mmg masih dlm keadaan keliru.. sedang berusaha utk menerima hakikat. yg pasti.. kami bersyukur.. kerana musibah ini, kami lebih mendekatkan diri dgnNya. kami dh mula rajin solat jemaah.. mudah2an dpt mencari ketenangan ni.. mmg solute la pada rakan2 kalian yg mampu berdiri..

    pasal anak..siapa lah yg berkahwin xnk anak kan.. tp buat masa ni.. agak kecewa kerana rawatan di lppkn ni x dpt diteruskan disebabkan hiv ni.. :( saya pulak masih trauma.. masih takut.. nasib sendiri pun x dpt nk dipastikan lagi..

    sekali lagi.. terima kasih. mmg kami amat memerlukan sokongan kalian..

    terima kasih

    -isteri zali :) -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, untuk menghilangkan rasa keliru difikiran puan elok rasanya kalau puan dapatkan maklumat berkaitan dengan HIV. Maklumat berkaitan HIV boleh diperoleh dalam entries blog Najmi atau AHP. Ada juga laman web yang bagus untuk mendapatkan maklumat berkaitan HIV, lihat misalnya laman web ini: http://www.thebody.com/

      Tanpa maklumat yang betul kita akan mudah panik dan stress serta boleh membawa kepada peringkat kemurungan (depression). Kalau ada apa2 kongsi2kanlah dengan kami di sini. Insya allah kami sedaya upaya akan membantu.

      Puan perlu bantu suami untuk mendapatkan doktor pakar dalam penyakit berjangkit. Kalau suami puan berkemampuan boleh dapatkan rawatan di pusat perubatan swasta. Kalau di Lembah Klang ini Sime Darby Medical Centre yang sebelum ini dikenali sebagai Subang Jaya Medical Centre (SJMC) ada seorang pakar dalam penyakit berjangkit ni: Dr. Nor Liza. Dia memang pakar dalam penyakit berjangkit. Tetapi kos rawatan agak mahal. Saya rasa dalam RM12,000 setahun untuk ubat-ubatan. Tetapi yang bagusnya di SDMC atau SJMC ini adalah suami puan akan dirawat oleh Dr Nor Liza sendiri dan kerahsiaan memang terjamin. Untuk mendapat rawatan percuma suami puan boleh dapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) atau lain2 hospital besar kerajaan. Tapi kan, saya rasa Pusat Perubatan Universiti Malaya ada juga doktor-doktor yang bagus dalam merawat penyakit berjangkit. Dekan pusat pengajian perubatan UM Prof. Adeeba sangat bagus. Beliau mungkin sibuk dengan tugas pentadbiran tetapi doktor2 yang terdapat di PPUM pun bagus juga. PPUM agak privacy berbanding hospital kerajaan (spt HSB dan lain2) dan pesakit akan dirawat oleh doktor pakar dalam penyakit berjangkit. Kalau di hospital kerajaan biasanya ia akan dikendalikan oleh kanselor dan sedikit jarang peluang untuk berjumpa dengan doktor (saya rasa). Mendapatkan doktor dan rawatan yang terbaik adalah penting.

      Puan, sebenarnya HIV boleh kena kepada sesiapa sahaja. Anggaplah ia sebagai ujian daripada Allah swt. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan ujian kepada mereka yang tidak mampu untuk menanggungnya. Sesungguhnya Allah tahu yang suami puan dan puan sendiri mampu melalui ujian dalam bentuk penyakit begini. Kadang2 kita terfikir mengapalah Allah berikan ujian begini kepada kita sedangkan ada orang lain yang lebih jahat tetapi tidak pula diuji dengan kesusahan dan sebagainya. Itulah hebatnya Allah ini kan, cara dia kasihkan kita adalah berbeza. Mungkin kita sebelum ini lupa kepadaNya dan dia nak kita ingatkan dia selalu sebab Allah terlalu rindu untuk mendengar kita menyebut namaNya, sujud kepadaNya dan memohon pertolongan daripadaNya. Apabila kita diuji begini kita akan menjadi lebih dekat denganNya. Tidakah itu merupakan satu rahmat daripada Allah swt. Bayangkan, bagaimana kalau Allah terus mencabut nyawa kita dalam kita begitu asyik melakukan kemungkaran dan maksiat kepadaNya tanpa sempat bertaubat. Bagaimana kita hendak menjawab di hadapan Allah kelak? Segala apa yang kita lakukan akan ditunjukkan kepada seluruh makhluk di akhirat kelak.

      Saya yakin suami puan dan puan merupakan manusia terpilih yang dipilih oleh Allah untuk menerima ujian ini. Percayalah, kalau suami puan dan puan sabar melalui ujian ini balasan syurga menanti di akhirat kelak. Suami puan dan puan sendiri perlu berfikiran positif kerana immune system kita perlukan fikiran yang positif untuk melawan segala kuman/bacteria/virus yang masuk ke dalam badan kita. Kalau kita lemah maka kuman2 ini semua akan ambil alih tubuh kita. Justeru kita kena jadi kuat dan berfikiran positif. Tahun lepas ada seorang uncle ini citer kapada saya yang beliau kena demam denggi berdarah dan keadaan beliau sangat2 kritikal pada masa tersebut. Doktor kata kepada beliau ubat yang kami berikan hanya dapat membantu sebanyak 50% sahaja dan 50% lagi adalah semangat atau 'the will to live' yang ada dalam diri beliau. Alhamdullilah kerana semangat untuk hidup yang ada dalam diri beliau begitu kuat dan kental maka beliau sembuh. Walaupun pada ketika tersebut doktor kata peluang beliau untuk hidup adalah 50/50.


      Delete
    2. (sambungan)

      Tapi yer laa sebagai manusia kadang2 kita rasa down kan. Kalau rasa down boleh luahkan di blog najmi atau banyakkan solat taubat, hajat dan tahajjud mohon pertolongan Allah. Kalau kita berdoa mohon bantuan daripada Allah setiap hari sudah pasti Allah akan memakbulkannya. Cuba fikir Iblis yang Allah laknat pun Allah perkenankan permintaan dia apatah lagi kita manusia yang Allah pilih untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

      Delete
    3. Ada juga yang Allah uji dengan kekayaan dan kesihatan yang baik sehingga mereka lupa kepada Allah dan mati dalam kekufuran. Lihat misalnya Firaun yang Allah uji beliau beliau dengan kekayaan, kuasa dan kesihatan yang baik. Mengikut riwayat Firaun sepanjang hidup beliau tidak pernah sakit. Demam pun tak pernah. Kerana kekayaan, kuasa dan tidak pernah merasa sakit beliau telah mengaku diri beliau Tuhan dan akhirnya mati dalam kesesatan. Iblis kata sejahat2 aku pun tak pernah mengaku diri aku Tuhan tapi engkau Firaun sehingga peringkat mengaku diri engkau Tuhan.

      Delete
    4. Begitu juga dengan kisah Maryam yang Allah uji dengan ujian yang amat besar iaitu Allah tiupkan roh Nabi Isa ke dalam tubuh Maryam dan beliau mengandung. Bayangkan Maryam yang terkenal sebagai wanita yang sangat baik dan berasal daripada keturunan yang baik2 tiba2 didapati mengandung sedangkan beliau tidak bersuami. Bagaimana beliau hendak berhadapan dengan masyarakat pada waktu tersebut. Sudah tentu beliau dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat kerana mengandung sedangkan beliau tidak bersuami. Pengajaran daripada kisah Maryam ini adalah, rupanya kasih sayang Allah adalah tidak terjangkau oleh akal fikiran kita. Maryam begitu sabar menghadapi ujian ini dan beliau mendapat keududukan tertinggi di sisi Allah. Nama beliau begitu harum kerana anak yang beliau kandung akhirnya diangkat menjadi Rasul iaitu Nabi Allah Isa alaihisallam. Kesabaran yang beliau tunjukkan ketika menerima ujian daripada Allah dibalas oleh Allah dengan mengangkat martabat beliau. Bayangkan Allah gunakan rahim beliau untuk melahirkan seorang Nabi.

      Percayalah, mereka yang Allah uji adalah mereka yang Allah sayang dan salah satu cara untuk Allah mengangkat martabat seseorang itu. Allah bagi peluang untuk kita mengutip sebanyak mungkin pahala ketika melalui ujian tersebut untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak. Bersabarlah menerima ujian Allah.

      Delete
  10. Specially dedicated to zali n mrs, peringkat awal memang anda keliru dan ada pelbagai perasan, tapi from time to time anda berdua pasti boleh berdiri sama seperti insan normal yg lain. Jalani kehidupan sihat dan selamat, minta nasihat doctor pakar ID tentang zuriat. Memang dah terbukti pasangan hiv mampu mendapatkan zuriat yg sihat dgn nasihat doctor contohnya melahirkan kaedah pembedahan etc. Jgn risau saya yakin wanita bijak dan tabah seperti anda mampu mengatasi masalah kekeliruan ini dlm waktu terdekat. We will never let you two walk alone. Tak sabar nak baca di blog ini khabar kelahiran zuriat anda berdua. Take care

    ReplyDelete
  11. Ryan dah pening nak baca komen2 nih. sbb semua Anonymous tu org yg sama atau yg berlainan.. apa kata letak nama kat bahagian comment as tuh. Letak je nama isteri zali ke.. Kak Ton ke **comel tak kak ton?? just click Name/URL. letak nama pon dah cukup. tak yah URL bagai. mcm ryan buat nih..

    Kandungan isteri Ryan dah nak masok 7 bulan.. dah dpt rasa pergerakan si kecik tu..

    sabar ye buat isteri abg zali.. jgn sedih2.. anggaplah kami semua nih sebahagian dari keluarga isteri zali utk berkongsi masalah bagi meringan kan beban di otak akibat byk berfikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAPA RYAN

      Pening telan panadol heeee...Isteri sihat tak? Pejam celik pejam celik kandungan isteri dah 7 bulan...alhamdulillah harap segalanya baik2...OK

      Ramai yang tak tahu dan tak pasti nak guna Nama/URL tu...mudah2an yang baca boleh guna Nama/URL tu nanti....:)

      Thanks...:)

      Delete
    2. Saya da guna nama...
      Thanks for the tips, Papa Ryan & Naj Mi :)

      Delete
    3. MFZ

      Ha ahhh terima kasih kat PAPA RYAN yang bijak dalam hal seperti ni...Bila blog saya bermasaalah dulu sampai tak boleh dibuka PAPA RYAN juga lah yang tolong "repair" kan...

      Delete
  12. Tak nak. Tetap nak guna anon.

    ReplyDelete
  13. salam dan selamat pagi utk semua.

    terlebih dahulu...sy nk berterima kasih utk abg najmi atas kisah kami berdua. dan jugak terima kasih buat nasihat kalian. insya allah. kami akan ambil iktibar dan jadikan panduan utk jalani hidup yg normal.

    terima lah kami sebagai sebahagian dr keluarga kalian.. himpunkan kami lidi2 kecil ini menjadi penyapu.. :)

    mudah2an..segala apa yg terluah yg x dapat nk diluahkan secara verbally ini dan juga dgn komen2 ini.. sedikit sebanyak dpt kami cuba memahami diri masing2 dan perbaiki komunikasi antara kami.. :) sokongan kalian amat saya hargai dan perlukan.. terima kasih..

    buat suamiku zali... harapan saya amat tinggi supaya dpt membantu awak melalui sume keperitan hidup ni.. dan saya harap sgt supaya saya tidak disia2kan lagi.. mungkin kalau sy terus nk amek tindakan agama awal2 tahun pertama dulu mungkin dpt membuatkan awak takut dan akan terus nekad tinggalkan dunia hitam tu kan.. hahaha.. xpe la.. benda dah pin terjadi.. mmg perkataan kalau ni akan bermain di fikiran tapi dah x guna dah.. sama2 kita usaha perbaiki diri dan berdoa. mana tau.. Allah berpihak pada kita. kan.. :)

    wallahuallam..

    p/s: saya guna nama lisa yg abg najmi berikan.. haga.. x dpt nk guna name/url sbb x kuar option kat mana nk letak nama tu.. (maybe sbb menaip guna phone je kot.. or sbb sy x tau! haha) sy letan di bawah ni je la.. ;)

    -lisa-

    ReplyDelete
  14. Baru tahu setelah baca artikel ini. Thanks ya, semoga bisa terus update sesuatu yang bermanfaat :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST