Tuesday, 23 April 2013

HONEY SYAK DIRINYA HIV POSITIF, MASIH TETAP TAKUT UNTUK JALANI UJIAN HIV


Assalamualaikum,

Semoga sihatlah hendaknya, abang Najmi sihat ke? ye, sebelum tu lupa nak memperkenalkan diri, saya Honey (bukan nama sebenar) dari Kuala Lumpur, sekarang abang Najmi menetap di mana? 

Untuk makluman, sejak beberapa hari ni saya jadi pembaca tetap blog abang, tak kira waktu dan tempat memang saya baca tidak kisahlah kawan-kawan nak cop saya sebagai pencinta blog sekalipun.

Yang mana pada halnya saya agak risau dan dalam dilema tentang status kesihatan saya sekarang ini. Sedikit sebanyak blog abang ni membantu saya untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti berisiko yang selalu saya buat dalam tempoh jangka masa 2-3 tahun kebelakangan ini. 

Sedikit sebanyak tentang hidup saya.dalam jangka masa 2-3 tahun ini. Secara sengaja atau tidak,saya tak pasti, mungkin kerana desakan wang, saya secara tidak langsung terjebak dalam kegiatan seks rambang (dengan kata lain melacur) dan saya aktif melakukan pada tahun lepas, oleh kerana masih mencari pekerjaan ketika itu dan dalam masa tersebut banyak risiko tinggi yang saya hadapi kerana melakukan tanpa sebarang perlindungan (kondom-kadang-kadang guna, kadang-kadang tidak) dan melakukan dengan pelbagai bangsa, semua bangsa pun saya on 1malaysia sangat (melayu,india,cina dan lain2). 

Secara anggaran sehingga tahun 2013 ni dah lebih dari 100 orang yang pernah saya layan dalam kegiatan seks bebas ini. 

Dan, seminggu yang lepas sebelum tidur, entah kenapa jari di handphone ini gatal untuk men 'google' tentang faktor HIV, and the first blog I visit dan banyak yang saya baca disitu semalaman. Pada masa yang sama, kerisauan dihati saya mula menerjah dibenak fikiran, terus saya mengimbau kembali kegiatan yang telah saya lakukan sebelum ini dan disebabkan perkara tersebut, keesokkan harinya iaitu pada hari isnin, saya ponteng kerja, akibat bimbang dan terlalu memikirkan mengenainya (HIV).

Sehubungan itu saya telah ke klinik berdekatan untuk ambil MC dan tergerak dihati untuk membuat ujian HIV. Tetapi saya menjadi takut dan risau, saya ke klinik sebenarnya hanya untuk ambil MC sahaja sebab tidak pegi kerje yang sebenarnya saya tak adalah sakit, sakit yang saya tipu aje kat doktor tu. Saya cakap sakit leher (padahal tak sakit pun) alasan utama nak dapatkan MC.

Selepas tu sebab takut saya tak jadi nak buat ujian Hiv test dan kawan saya cakap nanti kita pergi kat HKL sama-sama untuk buat test. Macam mana sekiranya kami berdua pegi test tetapi kawan saya negative and saya sebaliknya?? Macam mana ya, saya terdiam seketika dan saya berkira-kira untuk jalani ujian HIV senyap-senyap nanti (bila dah cukup bersedia). 

Sejak mula membaca blog abang Najmi ni, memang saya takut sangat-sangat sehinggakan ada yang cuba 'approach' saya, saya katakan 'Hishhh..aku tak nak lah..ko ada hiv' (pada hal saya sendiri tak tahu saya hiv positif atau tidak). 

Tiba-tiba saya lebih menghargai hidup ini seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini bila tiba sahaja hari minggu saya sudah tidak sabar-sabar untuk ke lorong berdekatan jalan-jalan XXXXX dan Jalan XXXX dekat sini (hampir dengan tempat tinggal saya) dan sekarang ini betul saya katakan saya takut. Saya takut dengan sesiapa saja yang ingin......(lakukan aktiviti seks) 

ATAU mungkin saya ini memang sudah kena HIV dan sehingga saya takut untuk meneruskan kegiatan tersebut. Adakah ini salah satu hikmah yang diberikan (oleh Allah) kepada saya untuk menyedarkan saya? Saya tidak ada kekuatan untuk membuat ujian darah mungkin tempoh menunggu keputusan akan membuatkan saya lebih risau dan akan berada dalam dilema, apatah lagi sekiranya keputusannya tersebut merupakan keputusan seperti yang telah saya jangkakan (HIV Positif)??

Untuk makluman,saya tidak mudah untuk mendapatkan sakit, demam pun dalam setahun 3 kali sahaja mungkin. Tetapi kalau saya demam, ianya akan berlanjutan kira 2-3 minggu, contoh mula-mula saya dijangkiti selsema, kemudian diikuti demam dan hidung yang sangat tidak selesa. Selepas itu saya mengalami batuk, masa datang batuk tu, selalunya demam sudah tidak ada, hanya batuk dan sakit tekak sahaja.

Itu yang saya alami jika saya demam sejak 2010 lalu dan tidak sampai 5 kali kot saya alami demam. Tetapi kalau dah demam lambat sikit nak sembuh, itu yang agak saya risaukan.

Info mengenai HIV, selalunya orang yang ada HIV ni akan nampak sihat-sihat saja seperti keadaan saya. Dihari biasa or weekdays saya bekerja di XXXXXX dan memang kerja bercakap sahaja seharian, mungkin sebab itu saya selalu sakit tekak kut. 

Ya Allah..saya tidak ada kekuatan untuk menjalani ujian darah (Test HIV) dan pada jangkaan saya, peratusan untuk saya ada HIV mungkin 80 peratus. 

Salam,
HONEY 



WSalam Honey 

Saya sudah ada beri pandangan saya didalam ruang komen di dalam entri yang Honey komen tu kan, tapi tak mengapa saya jawab sekali lagi disini, pada saya aktiviti berisiko yang Honey lakukan sebelum ini telah berlalu, kita tak boleh nak buat apa dah. Sekarang masanya untuk Honey memandang ke depan, rasa takut untuk kembali melakukan aktiviti berisiko itu pada pandangan saya sangat baik, bila sudah ada rasa bimbang takut maka Honey ada kekuatan untuk berubah. 

Buat masa ini tak mengapa takut (nak berubah) sebab HIV, lama kelama bila Honey semakin jauh meninggalkan aktiviti berisiko itu, ketakutan akan berubah kepada takutkan balasan dari Alah SWT. Pada saya kesedaran kebimbangan Honey takut dijangkiti HIV juga mungkin rahmat yang diturunkan oleh Allah yang mahukan Honey sedar tentang kesilapan perbuataan lalu.

Alhamdulillah bila Allah "kuit" Honey maka Honey tersedar, itu sesuatu yang sangat baik. Saya pasti Allah sangat menyayangi setiap manusia, maka Allah pasti akan "kuit" setiap insan jika mereka sudah terpesong melakukan pekara-pekara mungkar, tetapi tidak semua insan yang akan sedar, malah ada ramai yang berterusan melakukan kezaliman pada tubuh badan sendiri walaupun berkali-kali Allah menegur mereka.

Honey sangat beruntung kerana telah ada sedikit kesedaran tentang keburukan perbuatan lalu maka Honey sepatutnya bersyukur, nasihat saya cuba kawal diri dari terus terlibat dengan aktiviti tersebut (walaupun maybe agak sukar pada permulaan). 

Blog saya ini bukan semata-mata berkaitan tentang HIV/AIDS sahaja, inilah yang saya maksudkan agar ada pembaca jika terserempak membaca blog saya ini akan mendapat pengajaran atau timbul sedikit rasa takut, insaf bila membaca pengalaman rakan-rakan lain yang telah berkongsi kisah mereka, gerun melihat photo-photo berkaitan penyakit kelamin misalnya, malah pembaca akan semakin bijak bila membaca info-info tentang HIV/AIDS dan tahu menghargai diri apabila  pembaca faham maksud sebab wujudnya blog ini. 

Nasihat saya, walau bimbang macam mana sekali pun, Honey perlu melakukan ujian pengesahan HIV. Honey juga tahu sekiranya benar Honey seorang positif HIV lambat laun Honey akan jatuh sakit akibat AIDS. Adalah lebih baik tahu tentang status diri kita daripada kita tidak tahu. Jika positif maka kita boleh menerima rawatan lebih awal. Jika negatif hidup kita tidak lah risau memanjang kan. 

Walau apa sekali pun keputusan yang bakal Honey terima selepas ujian HIV nanti (insyaallah itu pun jika Honey jalani ujian), nasihat saya aktiviti berisiko yang lalu perlulah Honey kurangkan dan dihentikan lah kalau boleh. Kalaulah result ujian itu nanti negatif HIV Honey anggaplah segala kerisauan yang Honey alami sebelum ini merupakan satu teguran dari Allah SWT buat peringatan Honey yang mana Dia mahu Honey mengubah haluan hidup kejalan yang lurus.

Adalah normal bagi kebanyakan orang yang tahu diri mereka berisiko mendapat HIV (kerana terlibat dalam aktiviti berisiko) akan berasa takut untuk menjalani ujian pengesahan HIV, insyaallah abang doakan Honey bebas HIV ok…Yang penting Honey kena buat ujian tu, ambil masa tidak mengapa tetapi jangan terlalu lambat ya....


Kisah kerisauan Honey untuk menjalani ujian HIV sama seperti yang dialami oleh seorang remaja dalam entri "GELISAH REMAJA BISEKUAL UNTUK JALANI UJIAN DARAH HIV"


27 comments:

  1. Alhmadulillah blog Najmi dapat menguit hati Honey utk memahami kesan dari aktivitinya. Honey, pergilah buat ujian, ianya percuma, +ve atau -ve ianya perlu Honey buat, jgn bertangguh. Sayangi diri Honey, dengarlah nasihat najmi. Honey, u r not alone, bangga dengan Honey yg cepat sedar dgn hanya membaca. Jgn risau pasti ada rezeki Allah yg lebih baik selepas ini. Take care honey

    ReplyDelete
  2. Mak Wardah

    Memang sayaa juga harap Honey segera buat ujian...usah bimbang sangat ya Honey...semuanya untuk kebaikan diri Honey jugak...

    ReplyDelete
  3. Salam.. My Honey....Perasaan yang honey lalui itu adalah normal.honey beruntung kerana disedarkan oleh Allah swt.setidaknya kesilapan yang lalu digantikan dengan kesedaran,jika dulu tersilap arah,sekarang perbetulkan.My honey,Perasaan yang honey lalui sekarang adalah normal.Pada saya sekarang waktunya honey mendekatkan diri pada Allah dengan perbanyakkan solat dan ibadah.Jangan takut kepada keputusan ujian hiv,Honey kena takut pada Allah swt.Banyakkan berdoa,inshaAllah honey akan tenang dan berani menerima kenyataan sebagai Hamba Allah yang redha.Mana tahu keputusan sebaliknya,menangguhkan buat honey menderita,ia merugikan diri honey sendiri.Honey jangan risau,apajua keputusan Honey bukan keseorangan.Honey ada teman,ada komuniti,ada yang boleh membantu honey. Honey pergi ja buat ujian,jangan takut,Honey beruntung kerana Allah menyayangi Honey.Masih ada waktu untuk honey menjadi honey yang lebih baik,lebih disayangi.kembali kepada matlamat sebenar tujuan hidup honey.

    ReplyDelete
  4. x perlu takut dgn rapid test hiv....wlaupn kemngkinan mndpt ujian dr allah swt....kta kna redha lae pn jika dijngkiti itu satu kifarah yg blh menghapuskn dosa yg dlkukn.....ape kh lae kta brtaubat nasuha...nafsu memng x prnah rasa puas jd kta kna guna akal supaya kta duduk ditempat orng yg brnama insan....jiklau mngikut nafsu taraf kta sama dgn haiwan malah lebih rendah dr nya....kehidupan ini telah aku dilalui.....
    Bergelumang dgn dosa hati gelap.....mata hati buta tiada nmpk jalan yg benar....ketenangan tiada hinggap dinaluri...kesunyian...kesepian....kegelisahan...tiada dpt dikecapi selagi kta hidup begitu.....allah swt trlalu jauh dr kta....hanya kta didmpingi orang pentingkn diri utk puaskn nafsu sendiri....kta trkulai dibiarkn trdampar...gelak ketawa dilemparkn pd kta.....renungkanlh masa depan kta....hari kematian kta....x tahu bila?????....saat...minit..jam...hari...bulan...adakh amalan itu yg kta nk bekalkan.....renungilh....tiada siapa yg dpt tlng kta....hanya hati yg bersih n amalan saja blh menolong kt....orng yg menjamah kelazatan itu...bangga dpt merasai....adakh iaorg mahu membntu kta...siapa...??????jgn tunggu lae utk blk....telah jauh perjlnan yg tlh kta lalui....pulanglh......pulanglhhh....pintu masih trbuka utkmu......jgn sia2 kn hidupmu....masih ade yg sayang pdmuuu...ingatttttt.....???!!!!!allah maha penyayang,maha pengampun,maha syci n maha berkuasa....permata yg digilap semula nilainya akan tinggi melambung....cma jgn dibiarkn permata itu dibakar...tiada nmpak nilainya yg amat brharga....

    ReplyDelete
  5. p ja cek jgn takut sbelum jd aids ada ubt jgn takut

    ReplyDelete
  6. thnks to abg najmi sbb byk luangkn mse utk rply emel2 honey even tgh mlm skalipun...maaf ye dh lme xrply emel abg..sbb kurg sihat skg ni..mybe bln5 nt honey akn jalani ujian..ktika honey dlm dilema pk psal ni..lps 2minggu ..prkare same berulang..tibe2 honey buat xtvt2 brisiko tu skali lg..yg pnting skg ni honey kne jgk elakkan..ttp kdg2 terlps pndang..n then buat lg..

    Thnks to mak wardah juge..byk nsihat yg mak wardah berikan dlm komen2 entry dlm blog ni..semuanye komen yg membina...

    -honey-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honey

      Mungkin akan ambil masa untuk Honey terus berhenti dari aktiviti berisiko itu, kalau tak boleh stop sepenuhnya (mendadak) Honey kena (boleh) kurangkan dari masa kesemasa..sehingga berhenti terus, insyaallah tanamkan niat untuk berubah, pasti Honey boleh berhenti terus kelak....Abg doa kan...

      Delete
    2. honey, selagi kita ni bergelar manusia, pasti berlakunya kekhilafan. honey terkuit sikit akak rasa syukur sgt, dah ada keinginan utk test akak rasa happy sgt tapi bila honey dah jarang2 buat xtvt berisiko tu akak bangga dgn honey. perlahan2 tinggalkan ye, akak yakin insan spt honey yg kembali kpd Allah dgn setulus hati pasti akam selalu di lindungiNYA. Apa2pun result test, u r alone. We never let you walk alone. nak contact honey through email bleh? jom kita jadi kawan..

      Delete
  7. Sy mcm ada simtom skrng.. Mcn ada ruam dkt perut.. Kaki kebas .. Kwn2 doakan sy semoga dpt trus kan hidup lg.. Untuk beribadat.. Abg najmi ada reply msg sy melalui email.. Sy redha dgn ujian Allah.. Cuma x taw nk beterus terang dgn parent.. Mesti mereka buang sy jauh2 .. Masa itu sape lah yg akan bantu sy.. Hanya Allah je yg tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamba Insaf

      Jangan fikir bukan2 yang penting awak kena buat ujian HIV untuk mengesahkan yang awak ada HIV, selagi tak buat ujian jangan main agak2. Kemungkinan simptom yang awak alami tu bukan sebab HIV maybe sebab lain, so nasihat saya buat ujian ya...pergi ke mana2 hospital kerajaan ujian Free mudah keputusan tahu masa tu jugak. Awak jangan main agak2, mana tahu sebenarnya awak tak da HIV......:)

      Delete
    2. saya doakan hamba insaf bebas dari hiv,,ameenn

      Delete
  8. tp bgi ssiape yg pnh trlibat dlm kgiatan brisiko mcm sy..mmg lyak rasa bimbangg dan takut..jika kite thu diri kite mmg xpnh ade prkare cmtu kite buat..xperlu nk risau sgt..huhu..sy ckap je byk..sy sndri pn stiap kali ke klinik..smpi akak rception tny.."Dh buat blom ujian hiv"?aduii..malu pn ade..sbb da knal gan akak tu..kelak xbole nk buat test kt situ lg laa..

    -honey-

    ReplyDelete
  9. Honey.... masih ada waktu kembalilah,klu takut sangat,beli ja rapid test,ada dijual di lab. Honey....hargailah kehidupan ini,hargailah nikmat yang diberi,Hargailah......
    Hamba insaf....buat ja medical checkup,pd pandangan abg secara peribadi(bukan 100%) itu bukan simptom hiv abg rasa,yang penting dengan medical checkup bnyk penyakit lain boleh dikesan.normal simptom selalunya demam,batuk,ada kelenjar dileher,disisi leher ada binjulan,dan ada yang tidak menunjuk simptom langsung mcm abg sendiri.info ni abg ceritakan kerana kami diberi penerangan oleh Doktor dan berkomuniti sesama odha.tq

    ReplyDelete
  10. Yang sebenarnya kita semua memang dicipta Allah hidup sentiaasa dalam dosa...tidak semua kita terlepas dari dosa....kerana apa..? Kerana kita hanya sebagai.hamba...

    Jika difikirkan dgn fikiran yg terbatas...Honey sebenarnya masih disayangi Allah..kita semua masih disayangiNya...inilah tanda lembut kasih cinta Allah...dengan dosa yg ada..itulah tanda cintanya pada hamba yg akhirnya Allah inginkan kita sujud padanya...
    Kerana tanpa dosa...mungkin kita tidak kenal sebenar benarnya cinta Allah kan...
    Syukur..Honey masih diberi kesempatan..syukur juga kita semua masih lagi diberi nafas utk hidup...berjuang mencari cinta padaNya..
    Percayalah oada cinta Allah...

    Honey pergilah buat ujian...Insyaallah Allah berikan kekuatan dlm diri...Amin

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  11. Dlm bln5 ni honey akan pegi wat ujian..dan skrg ni honey kne berperang dgn nfsu..kdg2 kite terlupe dan hanyut..sbnrnye itu lh yg pertama skali honey kne elakkan..tp bgaimana nk mngelakkan prkare2 tersbut..

    -honey-

    ReplyDelete
  12. honey, alhamdulillah.perlahan2 mula kurangkan, pastu cepat2 jarakkan dan pasti Allah yg maha pengasih n penyayang akan membukakan pintu hati honey utk tinggalkan dgn tekad hati honey yg kuat..honey pasti mampu kembali.

    ReplyDelete
  13. mak wardah..

    honey sllu xsihat skg ni..sblom ni kn honey jrg sgt xsihat..skg ni pn still batuk2 lg n saket dada..

    Smlm honey bermimpi honey pegi wat ujian hiv..dan nurse tu ckp ..honey positif..dan die ckp honey dh kne hiv pada march thun 2012..real sgt mimpi tu..n dlm mimpi tu honey tny..btul ke dlm mse bbrpe mnit je leh thu kptusan..xperlu buat test kli ke2 ke?nurse tu kate.."Kalau 1st test pn dh positif..test ke2 mst positif jgk"..honey terkedu..ttibe nurse tu nk bgi ubat ape ntah kt honey..and nurse tu sruh sllu pegi ke hospital utk rawatan.

    Dan LEPAS tu..honey trus trjaga dari tido..kul5 pagi mse tu..

    Ya allah..mcm brlaku di alam realiti je mimpi tu..tolong..honey takut sangat..

    -honey-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Honey banyak bertenang dan berdoa yer..mungkin mimpi tu petunjuk dr Allah supaya Honey kuat dan tabah...andainya positif...mungkin juga ianya hnya mainan perasaan sajer..
      Apapun..Honey mesti buat cheak up..
      Dari pengalaman saya...setelah benar2 disahkan positif...kita boleh berusaha terus dptkn rawatan seawal yg boleh...ini lebih baik dr bertangguh dan membiarkan diri dlm keadaan binggung...
      Sebab tekanan itulah yg menyebabkan kesihatan bertambah buruk....
      Janji Allah..setiap penyakit disertakan dgn penawarnya....penawar yg terbaik ialah sentiasa mengadu dan dekat dgn Allah...
      Tidak mengapa..ada insan lain yg lebih teruk derita mereka...jika kita ingat itu..hati kita sentiasa tenang dan bersyukur...kerana apa?...kerana kita masih disayang Allah...redhakan segalanya...
      Ini juga utk diri saya juga..kadang2 saya rasa kalah dgn ujian..bosan nak makan ubat...tapi jika kenangkan Hidup mesti diteruskan...kena teruskan juga..adalah rahmat Allah didlmnya kan...
      Moga kita semua dalam petunjuk Allah SWT...Amin
      Wallahuallam
      P/S (hai MW...miss u..lama tak dengar kbr..moga sihat yer..hehehe)

      syukran jazillan

      Delete
    2. honey, itu hanya mimpi sebab honey terlalu memikirkannya. semua org akan mealui benda yg sama. honey buat tesf hiv, dah ada kepastianny baru tenang hati honey. walaupun apa jua keputusannya honey are not alone, kita semua sama n saling support satu sama lain. we never let u walk alone.

      Delete
  14. Honey..... itu semua mimpije.yg confirm kena bt ujian,apetah kesihatan honey sekarang terganggu,mana tahu ia mungkin sakit yg lain.baguslah honey dah ada niat nak berubah,abg suka kerana honey menghargai diri honey dan important nak jadi hamba Allah yg solehah.berjihadlah,memang jihad melawan hawanafsu sungguh susah.bukan honey ja,semua orang.yg berjaya akan dapat kemanisan.
    Cara nak berubah kalau dari nasihat Rasulullah honey kena berpuasa.masalahnya mungkin permulaan honey rasa berat,itu normal kerana dah bnyk larangan Allah kita buat.jadi mulakanlah dengan berwuduk,setiap anggota yg dibasuh bayangkan gugurnya dosa kita,kemudian Mulakan lah solat dan amalkan Membaca AlQuran.InshaAllah dengan mengaji Alquran ada perubahan dengan niat mohon bantuan dari Allah swt agar kita dapat berubah,menjadi hamba yg baik.
    Alhamdulillah,honey ingin berubah,Kami rasa gembira,abg doakan kita semua menjadi hamba yg baik.buang yg keruh ambil yg jernih.pelan pelan takpa.Honey...Nabi suka&sayang bila honey berniat nak berubah.teruskan perjuangan honey ye :-) hr21

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Naddy Add,

      Ya ada ujian HIV yang boleh dilakukan dirumah, klik kat "EZ TRUST HIV RAPID" disebelah kanan atas dalam blog ini). Tiada cara lain untuk mengesan HIV melainkan dengan menjalani ujian darah. Usah bimbang, jangan takut, elak fikir yang bukan-bukan, buat ujian HIV dulu. Jika positif hubungi abang, add abang kat facebook, mungkin kita boleh berbual disitu. Insyaallah ada ramai rakan lain yang boleh membantu saudara ketika menghadapi ujian ini. Jika negatif alhamdulillah, tak perlu lagi saudara berasa bimbang ....:)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Jika nadia tak berani nak nak buat, tak perlu buat lagi, yang penting nadia kena bertenang, relex dapatkan keyakinan keberanian, bila dah yakin baru pergi buat. Adalah normal bagi mereka yang rasa diri dah dijangkiti sangat takut buat ujian HIV. Tapi nadia kena ingat lebih baik kita tahu status diri kita dari pada tak tahu.

      Abg tak boleh nak paksa Nadia pergi buat ujian, hanya Nadia sahaja yang boleh buat keputusan sama ada nak buat atau tak, tapi abg harap semoga Allah gerakkan hati nadia utk buat ujian HIV tanpa rasa takut dan bimbang...Berdoa kepadaNya, insyaallah Dia akan bantu nadia nanti...

      Delete
  17. Saya Man,

    Saya ni xda la nakal sangat... cuma sesekali pergi rumah urut dan "ping pong" ja.. tapi dah setahun saya x pergi tempat2 macam tu.. bila terbaca pasal HIV ni tiba2 saya jadi takut.. and one day saya pergi beli HIV Rapid test dan saya buat test.. alhamdulillah.. negatif.. tapi emosi saya masih lagi terganggu bila membaca pasal HIV membuatkan saya rasa x tenteram.. bagaimana untuk menenangkan semula fikiran saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tak banyak yang boleh abg bantu...semuanya bergantung pada diri sendiri juga...kena ada keyakinan pada diri, dan yang penting berdoa kepada ALLAH

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST