Friday, 19 April 2013

AF - DIPAKSA "ORAL SEKS" OLEH 5 SENIOR, KESANNYA HINGGA KE HARI INI

Saudara AF (bukan nama sebenar) adalah seorang kenalan saya dalam facebook berkongsi kisah pengalaman lalu yang pernah dia tempuhi. Beliau boleh saya golongkan dalam kelompok lelaki yang bersifat biseksual.

 
Salam saudara Najmi,

Saya secara nalurinya seorang yang straight dan memang saya ada nafsu kepada perempuan. Nafsu saya dengan lelaki bermula sewaktu saya tinggal di asrama lagi. Saya dibuli dan didera oleh senior-senior hanya semata-mata kerana saya menegur tentang perbuatan mereka yang mengambil makanan kami si dewan makan.

Saya telah dipukul dan disepak dengan teruk sekali oleh lima abang senior, kemudian apabila mereka telah puas membelasah saya, last sekali mereka suruh saya melakukan oral seks keatas mereka seorang demi seorang. Dan bermula dari situ boleh dikatakan hampir setiap dua ke tiga hari mereka pasti akan memanggil saya untuk memuaskan nafsu (oral seks) kepada mereka.  

Mula-mula saya rasa sangat menyampah, apabila saya melawan dan enggan melakukannya maka saya akan dipukul. Lama kelamaan saya jadi macam biasa dan sudah tidak kisah sekiranya saya disuruh melakukannya lagi, saya pun akan buat aje.  

Tapi apabila senior-senior itu telah keluar asrama selepas SPM, timbul rasa ketagih dan saya pun mula mencari-cari kepuasan yang sama dengan lelaki-lelaki lain, tetapi saya hanya suka buat oral sex sahaja dan saya tidak pernah main belakang sebab saya memang geli sikit nak main belakang.  

So, sampai sekarang walaupun sudah 15 tahun saya mendirikan rumah tangga, disebabkan rasa ketagih dan gagal mengawal nafsu dan jika ada kesempatan, saya pasti akan berjumpa dengan orang-orang yang sudi untuk melakukan oral sex. Saya memang tidak suka dengan keadaan saya ini tetapi pada masa yang sama sangat susah untuk berubah. 

Perkahwinan saya sangat bahagia saya ada isteri yang baik dan anak-anak yang baik malah rezeki saya juga sangat mencukupi untuk kami sekeluarga. Saya juga agak aktif dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, tetapi dalam hati saya terselit rasa kesal dengan keadaan diri saya macam ini. Tiada siapa diantara mereka yang dekat (rapat) dengan saya yang tahu pasal (aktiviti saya ini) ini. Kadang-kadang saya rasa terlalu hipokrit. 

Saya berniat hendak menunaikan haji pada tahun ini insya-allah tetapi pada masa yang sama saya jugak takut sama ada saya boleh melakukannya dengan sempurna disebabkan keadaan saya yang telah banyak melakukan dosa kepadaNya (Allah SWT).



Balasan saya kepada saudara AF

Untungnya AF sudah pun ada anak bini dan dapat kecapi hidup bahagia berkeluarga, cuma naluri tu aje yang menganggu saudara AF, saya pasti bermula hari ini saudara AF pasti boleh kawal naluri itu.  

Alhamdulillah AF dikurniakan perasaan rasa geli main belakang, itu juga bagus sebab kebanyakkan gay kalau tidak main belakang memang tak sah (sama ada meliwat atau diliwat), sebab kebanyakkan gay pasti suka untuk mempelbagaikan cara melakukan atau mencuba sesuatu yang baru (eksperimen) ketika mereka melakukan seks. 

Tanamkan dalam minda serta diri saudara AF agar sentiasa ingat pada isteri dan anak-anak setiap kali keinginan melakukan oral seks itu datang, kesian isteri di rumah.  

Seperti saudara AF dan semua tahu, kalau bukan virus HIV yang boleh kita dapat kemungkinan saudara boleh juga mendapat jangkitan penyakit kelamin (STD). Hendakkah saudara AF menyebarkan jangkitan tersebut kepada isteri dirumah (dalam keadaan diri kita tidak menyedari diri kita sudah ada STD)?  

Saya yakin AF mampu kawal diri dan mampu "switch off" keinginan tersebut, mungkin dalam diri AF cuma ada 30% suka pada lelaki dan 70% suka perempuan, maka AF boleh kawal atau cuba hapuskan (kawalkan) yang 30% tu mulai sekarang. Tidak macam saya yang 100% suka pada lelaki dan 0% pada perempuan. Maknanya AF sangat beruntung dan lebih beruntung dan bertuah daripada saya.

Alhamdulillah seronok apabila saya dengar akan niat AF hendak melaksanakan ibadat haji tahun ni, seronok tu. Saya doakan segala urusan saudaara AF dipermudahkan. Saya yakin AF dapat kawal diri yang penting jauhkan diri dari sebarang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan gay, sebaiknya jauhkan diri dari berhubung rapat dengan rakan gay lain yang boleh menghasut AF. Sekiranya ada rakan dalam FB seorang gay yang selalu share photo-photo lucah, unfriend kan sahaja mereka.

Amalan berpuasa sunat juga bagus untuk kita semua bagi mengelak diri melakukan sesuatu yang dilarang Allah, dan kita perlu bijak memilih kawan pilihlah dikalangan mereka yang ahli masjid, berbual berbincang dalam bab dalam hal berkaitan ilmu agama (bukan bab politik ya....:))

Nasihat buat diri saya juga, bulan Rejab dan Syaaban akan menemui kita tidak lama lagi, alangkah elok dan manisnya jika kita semua dapat mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan, pertingkatkan amalan diri supaya amalan yang bakal kita lakukan semasa didalam bulan Ramadhan kelak dapat kita semua lakukan dengan mudah. 

Jika hari ini kita kurang bangun malam melakukan solat sunat, maka kita boleh melatih diri kita melakuakannya mulai hari ini (sedikit demi sedikit) kita boleh juga melatih diri dengan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. 

Jika selama ini kita kerap menonton prono, hentikan mulai sekarang, agar insyaallah amalan di bulan Ramadhan kelak boleh kita lakukan dengan mudah dan mudah-mudahan berterusan sehingga masuk ke bulan Syawal dan seterusnya.

Buat saudara AF inilah masanya untuk saudara mengambil peluang mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum tiba masanya untuk saudara menunaikan ibadah haji nanti. Ikhlas dari saya, saya yakin saudara AF mampu mengatasi dugaan yang selama ini membelenggu diri saudara. Allah pasti akan bersama orang seperti saudara, terus berdoa padaNya serta perbaiki dan kawal diri dan lakukan dengan bersungguh-sungguh.


Baca artikel ini "SEKOLAH ASRAMA LAHIRKAN GOLONGAN LGBT" 

 


9 comments:

  1. salam......

    saya baru kena hiv tapi saya tahu nak buat apa.......saya rasa mcm nak bunuh diri,...but saya ada tuhan...bantu saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      WSalam...Bilaa awak dah disahkan ada HIV awak kena buat rawatan di hospital kerajaan dengan segera. Nanti doktor akan buat ujian CD4 dan Viral Load bagi menentukan sama ada awak perlu memulakan pengambilan ubatan HAART atau tak. Penting disini awak kena mulakan rawataan dihospital (kerajaan).

      Adalah normal bila seseorang itu mendapat tahu telah dijangkiti HIV mereka akan resah gelisah mengelabah takut tertekan dan sebagainya. Usah bimbang sebab mendapat HIV bukan penamat bagi segala2nya. Nak bunuh diri buat apa, tak takut kena azab dalam kubur ker? So sebaiknya awak muhasabah diri, perbaiki diri hubungan awak dengan Allah sebab saya percaya awak dijangkiti HIV ni juga sebab Allah sayang kan awak, Dia nak menduga awak, Dia nak awak kembali kejalan sebenar dan perbaiki diri.

      Usah risau ramai lagi yang dah dijangkiti HIV dapat hidup dengan baik dan sihat diluar sana, insyaallah awak tenangkan diri lama kelamaan awak pasti boleh menghadapi dugaan ini dengan baik.

      Jangan stress, kalau ada rasa nak berbual klik ke entri "NOMBOR YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK BANTUAN KAUNSELING" disebelah kanan dalam blog ini

      Delete
  2. setuju dengan balasan bro Najmi.

    Hargai apa yang ada, ramai lagi orang tak pernah dapat hubungan yang halalanthoyyiban.

    perjuangan menjauhi yang haram tu..setiap saat Allah tahu.

    :)

    ReplyDelete
  3. jgn bimbang adek yg baru kena hiv, hidup mesti diteruskan, dgr nasihat najmi, pasti semua akan reda mcm biasa.

    ReplyDelete
  4. seharusnya anda harus bersyukur dan terus tabah untuk mempertahankan maruah dan keluarga yang sedia ada...anda sudah separuh jalan menyempurnakan agama anda..jadi jangan rosakkannya...

    ada orang yang lagi hebat lagi ujiannya dpd anda....anda mungkin sedikit shja kerana pengalaman yang lalu....jadi jangan toleh belakang....bayangkan wajah anak anak dan isteri....saya cemburu dengan anda...namun saya redha dengan ujian untuk saya...ini sudah suratan yang terbaik untuk saya...

    neok orang lain sibuk bercinta bergayut siang malam dengan awek (perempuan), isteri dan sebagainya...namun saya atau mungkin shbt seujian lain sibuk bertarung dan berperang dengan diri sendiri untuk mengawal naluri ini semampu mungkin..jatuh tersungkur bergolek perlunya untuk bangun semula demi mencari mardhatillah...atau redha ALLAH..kerana naluri ini sesuatu yang terlarang dan tidak boleh ditunaikan dan diiyakan walau apa cara sekalipun walau makhamah dunia mengizinkan namun makhamah akhirat tetap tiodak boleh sehingga hari kiamat...

    zed

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga allah SWT menguatkanmu tuk kembali kejalanNya,,,,,,selalu tersenyumlah untuk menyambut hari esokkk....dont said,Allah always beside u friend

      Delete
  5. dekatkan diri dengan usaha dakwah..sejujurnya setelah didiagnose dengan hiv saya bnyak mndekatkan diri dengan Allah swt namun kdang2 saya gagal kerana hawa nafsu..tapi setelah bnyak mndekatkan diri dengan usaha dakwah..saya bagaikan sedar usaha yg dibuat oleh para Nabi Allah ini lebih bnyak mengajar saya untuk bersifat tawadhuk dan merupakan sebaik2 usaha..malah setiap sahabat nabi melakukan usaha nabi..nabi pernah bersabda mafhumnya (lebih kurang) "sekiranya kamu mendengar sebuah bukit berubah kedudukan maka kamu boleh lebih percaya berbanding mendengar seseorang manusia ituh berubah tabiatnya" dari sebuah kitab yg saya dengar ketika mjlis ilmu (tafsir hadith)..tetapi bagaimana para sahabat seperti saidina umar yg begitu keras sifatnya yg ketika beliau masih kafir beliau sendiri menanam anak perempuannya hidup2 berjaya berubah menjadi seorang yg sngat tawadhuk dan diangkan mnjadi khalifah..semuanya kerana usaha dakwah yang beliau lakukan..istifar

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST