Wednesday, 10 April 2013

CD4 MENINGKAT BILA TIADA STRESS

Adoiii...jenuh nak "translate" artikel ini dari Bahasa Indonesia ke dalam Bahasa Malaysia, walaubagaimana pun saya dah cuba sebaik mungkin.

Ini adalah kisah Pesakit AIDS yang berjaya meningkatkan kekebalan tubuh dengan menjauhi  diri dari tekanan (stress) sehingga daya ketahan tubuh mereka kuat melebihi dari orang biasa (yang sihat)

Stigma negatif masyarakat terhadap orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA/PLHV) masih sangat kuat, ini adalah antara faktor menyebabkan mereka hilang semangat (berfikiran positif) untuk hidup. Padahal berfikiran positif dikalangan ODHA/PLHIV boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan mereka. 
photo hiasan
Bonita adalah seorang mak nyah, merupakan bekas pekerja seksual yang positif HIV berjaya menaikkan angka CD4 dengan mengelakkan stress, menjalani hidup yang sihat dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Semangat untuk berperanan menjadi orang sihat dan tetap produktif juga berperanan untuk mencegah berlakunya perkembangan gejala AIDS dengan cepat.
Kisah Bonita

BONITA Christian (68) menghisap rokoknya dalam-dalam. Dia kelihatan begitu gembira malam itu, menyaksikan pentas dangdut di Taman Hiburan Wonderia, Semarang. Memakai baju hitam yang seksi, dia begitu asyik berjoget, bernyanyi, dan tertawa bersama rakan-rakannya. Seolah-olah hidupnya tanpa sebarang masaalah.

Ya, begitulah cara Bonita melepas rasa penat dan melegakan fikiran. Dia sepertinya tidak mahu memikirkan segala bebanan yang berkaitan dengan statusnya sebagai ODHA/PLHIV. Bonita pada hari ini, jauh berbeza dengan Bonita lima tahun yang lalu. Sejak didignosis terkena AIDS, hidupnya berubah 180 darjah. Bonita tidak lagi minum minuman keras, tidak lagi menjadi pengguna dan pengedar dadah malah berhenti dari berhubungan seks dengan para pelanggannya.
"Saya sekarang menjalani kehidupan yang sihat. Saya sudah mengurangkan diri dari keluar malam. Dan yang paling penting, saya kembali mendekati kepada Tuhan, "katanya.

Amat berbeza sebelum Bonita didiagnosis mengidap AIDS, Bonita adalah seorang pekerja seks bebas. Dia yang dilahirkan pada 5 Mei 1942 di Bangka Belitung itu menghabiskan masa kecilnya di jalanan, tempat pelacuran, bahkan sempat beberapa kali bersekedudukan dengan rakan sesama jenis.

Sejak berumur 11 tahun, hidupnya tak pernah jauh dari minuman keras, dadah, free sex, bahkan tindakan jenayah juga dilakukan seperti mencuri wang pelanggan dan menjual dadah. 
"Dulu saya tak punya agama, tidak kenal Tuhan. Ibu meninggal ketika saya umur 11 tahun. Saya sering mencuri wang lelaki yang melanggan saya, semuanya karena dendam saya kepada ayah yang tak pernah mengakui saya sebagai anaknya, "katanya.

Puluhan tahun mak nyah yang asalnya bernama Faung Bongiok itu menjalani hidup tanpa arah dan merantau sehingga ke 14 wilayah lain. Dia mengaku pernah mempunyai keinginan untuk membunuh diri dengan meminum racun dan minum-minuman keras sebanyak-banyaknya sehingga paru-parunya sakit, ketika dia disahkan menghidap AIDS pada 7 April 2006. 


Dia juga diusir dari tempat tinggalnya di Semarang, bahkan tidak ada satu pun tempat kerja yang mahu menerimanya sebagai pekerja, ketika ia membuka memberitahu rahsia tentang status ODHA/PLHIV yang disandangnya.

"Untung saya boleh meyakinkan masyarakat di lingkungan tempat saya tinggal mengenai persoalan AIDS. Lagi pula saya sudah benar-benar ingin berubah, tidak mahu hidup seperti dulu lagi, "tuturnya.

CD4 Meningkat

Kejayaan Bonita mengubah cara hidup dan berjaya menjauhi diri dari stress, ternyata telah membawa kesan besar bagi kesihatan tubuhnya. Bahkan sistem imunisasi tubuh, yakni kadar sel limfosit (CD4) di tubuhnya mencapai 1243 pada September 2009. 
Awal selepas dikesan AIDS, kadar CD4-nya ialah 378, lalu meningkat menjadi 470 kemudian 539 dan mencapai kiraan 839. CD4 nya juga pernah turun kembali pada bacaan 320 pada 2007 kerana stress. Tetapi pada tahun 2008, CD4nya kembali meningkat sehingga 1022.

"Kata doktor, kalau CD4 sudah lebih daripada 1000, saya disyorkan agar membuat periksaan setahun sekali sahaja. Bahkan dulunya saya berada dalam tahap ketiga AIDS, sekarang berubah menjadi tahap satu. Saya juga tidak pernah mengalami gejala sariawan (kudis) di mulut seperti pesakit lain, "ujarnya.

Menurut Bonita yang kini hidup melalui sumber hasil pendapatan dengan menyanyi itu, setiap pagi setelah bangun tidur dia akan menjalani rutin, iaitu bermula dengan memberus gigi, berdoa dan melakukan senaman kira-kira 15 minit kemudian mandi, minum susu, kemudian "mengamen" pukul 06.30-09.30. Setelah aktivitinya selesai, Bonita akan kembali ke rumah dan berbual dengan teman, dan berehat ditengah hari.

"Selain menelan ubatan  antiretroviral (ARV) dua kali sehari, pagi dan malam, saya juga minum ubatan herba yang boleh menambah selera makan," tambahnya.

Kisah Wati rakan Bonita 

Wati (33), salah seorang ODHA/PLHIV yang merupakan teman Bonita, juga mengalami kenaikan CD4 hingga 1208 setelah menjalani terapi dan mengubah gaya hidup, serta tidak mengambil makanan sembarangan. Pertama kali terapi, CD4-nya hanya 275, lalu naik menjadi 421. Kerana keadaan tubuh dan fikiran yang beransur baik (tidak stress) angka CD4 nya meningkat lagi menjadi 621.
"Lucu. Sekarang CD4 saya meningkat kepada 1208, melebihi kadar CD4 orang yang sihat. Meskipun begitu, saya tetap rajin menjalani terapi setiap bulan. Ubat yang saya minum sama dengan Bonita, hanya berbeza dos sahaja,'' jelas dia.  
Mak nyah kelahiran Jakarta yang dilahirkan pada 18 Ogos 1967 ini, mengaku selama proses rawatan dia sempat diuji oleh Tuhan. Di lehernya pernah muncul benjolan kelenjar getah bening (lymph nodes) sebesar biji jagung dan terasa gatal. Dia bernasib baik kerana doktor dari Martha Graha memberikan terapi ARV hingga benjolannya hilang.
"Sebelum pergi ke klinik VCT untuk menjalani ujian HIV/AIDS, saya telah mengalami cirit-birit dan demam berpanjangan pada akhir tahun 2005. Waktu itu pengetahuan saya tentang penyakit HIV/AIDS masih sangat rendah, "katanya lagi.

Aspek psikologi memang sangat berpengaruh bagi ODHA/PLHIV. Hasil kajian menunjukkan, tekanan stress boleh menurunkan ketahanan tubuh dan mempengaruhi metabolisme rangkaian yang akan meningkatkan ROS (reverse oxygen species). ROS akan merangsang pemusnahan tubuh, termasuk sel CD4.

"Mekanisme inilah yang diduga telah menyebabkan mereka yang baru saja didiagnosis AIDS, kadar CD4-nya akan menurun dengan drastik," kata Doktor Budi Laksono MKespro.

Doktor yang baru dua bulan merawat Bonita menjalani rawatan herba itu menjelaskan, stress boleh menyebabkan diet makan, rehat, kerja, dan lain-lain akan terganggu, sehingga mengakibatkan ROS meningkat tinggi. Dengan mengawal stress, maka HIV/AIDS boleh ditekan maksimum. Selain itu, doa, tawakal, kepasrahan, dan ikhtiar juga menjadi faktor seseorang ODHA/PLHIV itu menjadi lebih sihat.

Budi menyatakan bahawa kes Bonita termasuk salah satu antara yang unik dalam HIV/AIDS. Sebab jika melihat gaya kehidupannya, dianggarkan dia telah lama terkena AIDS sebelum datang ke klinik VCT pada 27 September 2005 untuk menjalani rawatan. "Daya tahan tubuhnya sungguh luar biasa. Kalau orang normal paling tinggi kadar CD4 mereka sehingga 800. Bahkan saya sedang mencadangkan agar genetikanya (
genes) diperiksa, untuk diteliti lebih lanjut apakah ada kelainan yang luar biasa, "ujarnya.

Secara psikologi, tubuh ODHA/PLHIV sangat terdedah dan mudah mengalami gangguan. Padahal, berperanan menjadi orang sihat dan tetap produktif dapat mencegah cepatnya perkembangan HIV/AIDS. Persoalannya, untuk menganggap diri sebagai orang yang sihat, ODHA/PLHIV dituntut mampu secara positif menerima pandangan masyarakat terhadap dirinya.

"Selain mengelakkan stres, ODHA/PLHIV juga harus mengambil makanan berkhasiat, rutin bersenam, menjaga kebersihan, mencegah jangkitan tubuh seperti flu, penyakit kulit, dan stomatitis, menelan ubatan ARV (HAART) dan mengambil suplemen seperti ubat herba," terang ketua Klinik VCT PMI Kota Semarang itu .

Virus tetap ada walaupun CD4 tinggi

Ketua Pengerusi HIV / AIDS RSUP Dr Kariadi, dari Muchlis Achsan Udji Sofro SpPD KPTI menyatakan, memang sangat jarang berlaku ODHA/PLHIV yang boleh mencapai kadar CD4 sehingga 1000 lebih. Namun kadar CD4 1200 masih dalam batas yang normal, kerana batas CD4 manusia biasa yang sihat adalah 400 sehingga 1400. 

Meskipun kadar CD4 lebih daripada 1000, bukan bererti penyakit AIDS boleh hilang. Penyakit ini akan terus berada didalam tubuh ODHA/PLHIV untuk seumur hidup, sama halnya dengan diabetes mellitus yang tidak sama sekali boleh sembuh.

"Beberapa pesakit ODHA/PLHIV ada yang memiliki CD4 lebih daripada 1000. Itu adalah kerana mereka mengubah cara kehidupan, pasrah (menerima ujian dengan hati terbuka), tidak stres dan banyak makan makanan yang berkhasiat, "tegasnya.  

(Fani Ayudea, Fista Novianti-65)


4 comments:

  1. Saya sgt kagum sebab walaupun cd4 lebih dr 1000 tapi virus masih ada. Najmi, ada pendapat yg kata hiv boleh sembuh. Ada konflikskan.
    Anda semua istimewa dipilih Allah dan diuji naluri ini. Jgn stress hidup cara sihat dan mkn cara sihar bukan hanya utk anda tapi semua. Kita tidak ada perbezaan sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Artikel ini ditujukan lebih kepada buat diri saya sendiri, CD4 boleh turun dan boleh kembali naik yang penting elakkan stress.

      Hiv boleh disembuhkan? Saya ada juga dengar kisah ini, apa yang saya faham kalau kita tahu telah dijangkiti HIV dengan kadar segera (bukan menunggu selepas 2 atau 3 bulan dijangkiti) kita perlu mengambil ubatan HAART, maka kebarangkalian kuman HIV itu akan mati adalah cerah. Wallahuallam

      Delete
  2. wah..betul ke abg najmi..

    Kalau Test2 berkenaan masih gagal mengesan kehadiran antibodi dan sebagainya, walhal yang sebenarnya hiv tu ada dalam darah kita, mcm ne pulak ye?? katalah kita da buat ujian hiv 3 bulan dari tarikh terdedah...still negative..tetapi simptom2 yang kita lalui sudah complete..
    dan naluri kita kuat mengatakan ia adalah HIV disebabkan sebelum ini kita tak pernah lalui simptom2 mcm tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Kalau ikut logik bila dah ada HIV dalam darah kita pasti ianya dapat dikesan. Kes yang tak dapat dikesan tu mungkin lah 1 dalam 1000 kut Wallahuallam

      Kalau dah buat ujian 3 bulan dari tarikh berisiko still -ve, tetapi simptom sudah ada? simptom mengenai HIV tu boleh juga berlaku kepada penyakit lain. Kalau kita dapat penyakit lain yang bukan disebabkan HIV juga adakala kita akan mengalami simptom yang sama.

      Jalan terbaik lakukan ujian HIV, ikut arahan doktor bila dan berapa kali ujian perlu dilakukan.

      Kalau tanya pandangan saya, kalau ujian HIV yang saya lakukan selepas 3 bulan dari tarikh aktiviti berisiko masih -ve dan saya masih was-was sebab saya telah alami simptom HIV, saya pasti akan melakukannya lagi beberapa kali dibeberapa tempat atau klinik yang berlainan. Ulang lah setiap 2 minggu sekali pun tak mengapa sehingga hati kita puas dengan keputusan tersebut.

      Wallahuallam....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST