Tuesday, 2 April 2013

4 TIPS BERINTERAKSI DENGAN PENDERITA HIV POSITIF

Anda yang tidak pernah mempunyai pengalaman bekerja bersama rakan yang HIV positif tentunya akan mempunyai soalan dan kebimbangan. 

Adalah penting untuk menunjukkan sokongan dan sikap positif anda terhadap rakan sekerja yang berstatus HIV positif kerana kemungkinan besar ia boleh mengalami pelbagai tekanan emosional. 

Memahami maklumat asas tentang HIV boleh membantu anda mencipta persekitaran kerja yang sihat dan menyokong rakan sekerja anda yang mempunyai HIV.


Berikut adalah tips cara berinteraksi dengan rakan sekerja yang berstatus HIV positif:


1. Membantu mencegah penyebaran virus dan bakteria. 
Individu yang positif HIV lebih mudah terdedah kepada berbagai penyakit berjangkit, sehingga sangat penting bagi anda sebagi rakan sekerja mengambil langkah untuk mengurangkan penyebaran jangkitan.

Pelbagai usaha boleh anda lakukan untuk mencegah penularan jangkitan virus atau bakteria seperti sering membersihkan meja atau tempat kerja dengan menggunakan bahan pembunuh kuman dengan lebih kerapa, mencuci tangan dengan sabun sebelum menyentuh rakan sekerja yang HIV positif, dan tidak berinteraksi terlebih dahulu ketika anda sedang sakit (misalnya: flu atau batuk), bagi mengelak berlaku jangkitan penyakit kepadanya.

Berhati-hatilah pula ketika mempersiapkan makanan seperti daging atau produk haiwan yang lain agar tidak terdedah kepada bakteria.


2. Sensitif terhadap gejala penurunan keadaan kesihatan.
Menurut Mayo Clinic, bergantung pada tahap perkembangan, gejala yang berlaku kepada mereka yang HIV positif termasuklah keletihan, demam, masalah penglihatan dan sakit kepala kronik.

Rakan sekerja anda yang mengidap HIV (PLHIV) jelas tidak akan mampu menangani beban kerja yang sama dengan orang yang sihat. Mereka mungkin memerlukan cuti lebih untuk memulihkan keadaan kesihatan mereka seperti kerap kehospital melakukan menjalani ujian darah, mengambil ubatan dan temujanji dengan doktor.


3. Menyedari keperluan emosional rakan kerja.
Rakan kerja anda yang membawa virus HIV, mungkin merasa tertekan dan putus asa. Pastikan anda sebagai rakan untuk lebih peka terhadap suasana hati dan rasa kecewa yang mereka alami.

HIV tidak menular ketika anda menyentuh atau bersalaman dengan mereka. Tunjukkan sokongan kerana anda tidak akan dijangkiti ketika melakukan interaksi normal dengan pesakit HIV.


4. Menjaga kerahsiaan.
Privasi keadaan kesihatan setiap orang perlu dihormati.

Jangan sesekali beranggapan bahawa pengurus atau sesama pekerja yang lain sudah mengetahui tentang status HIV rakan kerja anda. Jangan berbicara tentang status HIV rakan anda itu tanpa izinnya atau secaara terbuka.

Tanyalah padanya siapa diantara rakan sekerja anda yang sudah mengetahui tentang keadaannya (seorang PLHIV) jika anda berasa ragu.


Sumber Disini

4 comments:

  1. Replies
    1. Kepada pembaca2 yang bukan PLHIV, saya memohon belas kasihan dan jasa baik tuan puan, bukalah hati kita seikhlas bersahabat dengan mereka, saya telah buktikan persahabatan ini terlalu banyak positifnya bagi kita yang bukan PLHIV dalam membina teras keimanan diri. Hulurkan tangan bersahabat kerana HIV tidak berjangkit melalui sentuhan kerana HIV sebenarnya diturunkan Allah supaya kita makhluk menghindari dosa2 besar yg sangat terlarang. Tqvm najmi.

      Delete
  2. Slm,Letih ada,penglihatan tak mampu pandang cahaya yg terang lama,batuk comfirm mudah dijangkiti terutama brkongsi kereta. Mengadu pada Doktor,jawapannya: Itu alasan,dah kahwin jgm malas kerja.dah ada tggjawab kena rajin kerja.istri disebelah turut bersuara:Dengar tu bang,jgn malas,tak keja mcmna nak survive,skrg sakit pun kena ada duit. Kami semua tersenyum,asalnya nak minta mc,tp tak jadi :-)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST