Monday, 29 April 2013

REMAJA LELAKI TERLANJUR DENGAN ABANG KANDUNG

Adik beradik terlanjur


Apa yang saya ceritakan ini sangat mengaibkan namun saya sudah tidak tertanggung lagi menanggung masalah ini.

Saya remaja lelaki berusia belasan tahun. Melihat dari perwatakan saya yang sentiasa ceria, tiada siapa menduga saya menyimpan satu kisah hitam yang sangat menakutkan. Untuk pengetahuan Dr, saya pernah melakukan hubungan seks dengan abang sendiri. 

Perlakuan songsang itu berlaku sewaktu usia saya 12 tahun. Pada mulanya, saya takut dan tidak suka diperlakukan demikian, tapi lama kelamaan, saya sendiri rela melakukannya dan kami sering berbuat demikian bila saja berkesempatan.  

Kini, selepas beberapa tahun, saya dan abang mula insaf. Saya kini tertekan dan mahu melupakan kisah itu. Pada masa sama, saya takut adakah ia akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan lain seperti dijangkiti HIV atau AIDS.

Tolonglah saya.




SUDAH INSAF,
Kuala Lumpur 


Dek kerana terlalu mengikut kata hati, akhirnya nafsu amarah dan kebinatangan antara adik dan abang menjadikan kalian berdua terbabit dalam perbuatan liwat yang sangat dikeji agama.

Penyair terkenal, Aris–totle pernah mengatakan: “Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang, tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang.”

Dr berharap agar adik dan abang tidak lagi melakukan perbuatan terkutuk itu dan segeralah bertaubat dengan memperbaiki diri dan berasa kesal dengan apa dilakukan dulu.


Jangan sesekali terfikir mahu melakukannya lagi kerana kesannya sangat buruk bukan saja menjadikan adik dan abang sebagai manusia yang terkeluar daripada batas agama dan masyarakat malah pada masa sama memberi kesan psikologi pada diri adik sendiri.


Dr sarankan adik berjumpa doktor perubatan bertauliah untuk memeriksa situasi kesihatan kesan daripada perbuatan itu.
Dan pada masa sama, bertemu pakar psikologi untuk merawat rasa bersalah yang menghantui diri ketika ini agar keadaan adik tidak terus makan hati dalam diam.

Mulanya, Dr dapat simpulkan adik sebagai mangsa, tapi akhirnya kemungkinan kerana seronok, akhirnya adik rela dan suka melakukannya.


Kini, adik insaf dan mahu memperbaiki diri. Dr ucapkan syabas. Mulakan langkah pertama dengan memperbanyakkan melakukan ibadah seperti solat, puasa, istighfar dan sebagainya sebagai perawatan rohani.


Jauhkan pemikiran negatif kerana ia hanya memberi tekanan emosi kepada adik dan isikan masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah.


Cari juga rakan dipercayai untuk berkongsi masalah dan melegakan perasaan selain belajar melupakan kisah silam itu.
Memang bukan mudah, tapi Dr percaya jika adik mahu berubah, apa saja usaha boleh dilakukan.

Yang penting, berdoa kepada Tuhan agar kehidupan adik menjadi tenang dan menerima apa yang berlaku sebagai satu kesilapan.
Manakala keinsafan yang terbit itu adalah pertolongan Allah untuk memberi peluang adik kembali kepada fitrah-Nya. 


Sumber MyMetro 
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/28


HOMOSEKSUAL - 7 SOALAN YANG ANDA PERLU TAHU

Setiap individu mempunyai orientasi seksual masing- masing. Biasanya kita akan mengalami perasaan romantis dan tertarik secara seksual terhadap pasangan berlainan seks (heteroseksual). Remaja menaruh perasaan terhadap seseorang dan mungkin bertindak mengikut perasaan tersebut. 

Terdapat pelbagai jenis orientasi seksual iaitu:

Heteroseksual - Tarikan romantik dan seksual terhadap pasangan yang berlainan seks 

Biseksual - Tarikan romantik dan seksual terhadap kedua-dua jantina

Homoseksualiti - Tarikan romantik dan seksual terhadap jantina yang sama

Gay (MSM) - Suatu label yang diberikan kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual kepada lelaki lain 

Lesbian - Suatu label yang diberikan kepada kaum wanita yang mempunyai tarikan seksual kepada wanita yang lain 

Transvestisme - Lelaki yang suka memakai pakaian wanita dan mempamerkan diri dikenali sebagai pondan atau maknyah 

Transeksual - Perempuan atau lelaki yang merasai diri mereka sepatutnya tergolong pada seks yang berlainan. Mereka merasakan bahawa mereka mempunyai organ seksual yang salah. Justeru itu, mereka menjalani pembedahan pertukaran seks


SOALAN YANG KERAP DITANYA TENTANG HOMOSEKSUALITI

1. Adakah saya seorang homoseksual? 
• Anda mungkin tertarik terhadap mereka yang sejenis dengan anda, tetapi itu tidak bermakn anda seorang homoseksual

• Sekiranya anda mempunyai hubungan romantik yang berpanjangan sesama jantina, anda akan menjurus ke arah homoseksual

• Jika anda menurut kehendak nafsu untuk melakukan aktiviti seksual dengan jantina yang sama, kemungkinan besar anda seorang homoseksual

• Anda tidak semestinya seorang yang aktif dalam seksual untuk menjadi seorang homoseksual

2. Apakah akibat homoseksualiti? 
 • Menderita dalam diam. Mereka hanya berpura-pura sebagai heteroseksual, berkahwin
dan mempunyai keluarga hanya untuk memenuhi kehendak masyarakat

• Berisiko tinggi untuk mendapat
     - Penyakit mental (kemurungan/membunuh diri)
     - Penyalahgunaan dadah
     - Masalah tingkah laku

Yang paling penting, mereka berisiko tinggi untuk mendapat Jangkitan seksual (STI's) jika
mereka melakukan hubungan seks tanpa perlindungan

3. Mengapa homoseksualiti tidak diterima oleh agama dan negara? 
• Homoseksualiti dianggap bertentangan dengan lumrah kehidupan

• Ianya bercanggah dengan fungsi reproduktif yang semula jadi

• Di Malaysia, semua agama utama melarang perlakuan gay dan lesbian.

Homoseksualiti adalah salah di sisi undang-undang 

4. Bagaimana anda membantu mereka yang homoseksual? 
• Anda perlu peka mungkin ada rakan sebaya anda sedang menghadapi konflik dengan orientasi seksual mereka. Sentiasa sensitif terhadap perasaan mereka

• Mereka juga mempunyai perasaan seperti orang lain. Oleh itu, mereka berhak diberi layanan yang sama seperti orang lain

• Jangan mendiskriminasikan rakan sebaya anda berasaskan orientasi seksual mereka. Elakkan diri atau rakan sebaya anda melabelkan mereka dengan panggilan seperti "pondan", "bapok" atau "lembut"
 

5. Bagaimana homoseksualiti disabitkan dengan AIDS? 
• AIDS mula sekali dikesan di kalangan lelaki homoseksual

• Perbuatan liwat boleh mencederakan dubur dengan mudah

• Oleh itu, virus HIV mudah menjangkiti lapisan permukaan dubur 

6. Adakah homoseksualiti satu penyakit? 
• Tidak, homoseksual bukan satu penyakit

• Ia tidak dijangkiti atau berjangkit

• Homoseksualiti juga TIDAK dianggap sebagai masalah kesihatan mental oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Persatuan Psikiatri Amerika

• Hubungan seks yang tidak selamat mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit 

7. Apa yang boleh dibuat sekiranya saya seorang homoseksual?
• Dapatkan bantuan dari pusat atau institusi yang menyediakan khidmat sokongan

• Anda mungkin boleh berubah sekiranya anda mahu

• Sila dapatkan nasihat sama ada dari anggota kesihatan, kaunselor di sekolah, pakar psikologi atau menghubungi badan-badan bukan kerajaan seperti BEFRIENDERS 


Jika anda memilih heteroseksual anda tergolong dalam kumpulan kebanyakan. Jika anda memilih homoseksualiti atau biseksual anda patut sedar yang anda memilih untuk kurang diterima oleh masyarakat.


Sumber Disini



Thursday, 25 April 2013

TEPAT SANGKAAN "IBU KHAIRUL" MENEKA ANAKNYA POSITIF HIV


Salam Naj Mi,

Pada 25 Ferbuari 2013 yang lalu, saya telah pergi ke klinik kerajaan di Sec 7 untuk buat pemeriksaan kemungkinan saya telah mendapat demam denggi kerana demam saya asyik turun naik. Apabila check doktor kata saya tidak kena denggi but I say why demam saya tidak baik-baik

So, dia suruh saya jalani ujian HIV test dan resultnya adalah positive

Saya rasa macam nak pitam ketika mendapat tahu berita ini dan tanpa sengaja air mata saya jatuh basahi pipi, saya menangis ketika berada didepan doktor ketika dia memberitahu keputusan tersebut. 

So, darah saya diambil untuk buat rujukan di Hospital Klang untuk second test, bagi memastikan saya benar-benar ada HIV. Doktor Klinik Kerajaan itu beritahu saya bahawa pihak hospital akan call saya pada 25 Mac 2013, dan doktor akan suruh saya datang untuk dapatkan result second test HIV itu nanti.

Doktor itu sendiri kata yang dia orang akan call saya, tetapi pada 25 Mac 2013 mereka (pihak hospital) langsung tidak call saya. So saya ambil keputusan untuk pergi sendiri berjumpa dengan doktor itu dan abang tahu apa doktor cakap pada saya.

Dia cakap saya memang sah dah kena HIV.

Dan saya masih ingat lagi pada sebelah malamnya, saya tidak boleh tidur dan saya asyik teringatkan tentang mati dan juga terkenang dosa yang saya lakukan selama ini.

Benarlah seperti orang kata naluri seorang ibu memang dapat rasai apa yang anak kandungnya rasakan ketika mereka berada dalam kesusahan. Pada malam itu emak saya tiba-tiba bangun dari tidur dan nampak saya sedang termenung bersedih dikerusi ruang tamu rumah. 

Emak saya terus bertanya kepada saya kenapa saya tidak tidur lagi. Saya hanya mampu diamkan sahaja, tetapi emak saya terus bertanya kenapa saya bersedih berkali-kali.....last sekali emak tanya adakah saya sakit? Saya hanya mengangguk kepala sahaja.

Emak saya terus bertanya saya sakit apa? Tetapi saya tidak mampu untuk memberitahu pekara sebenar saya diamkan sahaja. Kemudian emak saya bertanya lagi sehingga membuatkan saya terperanjat, sakit AIDS ker? Saya hanya mengangguk kepala pelahan tanda mengiakan.

Saya terus duduk depan emak saya dan meminta maaf kerana jadi macam ini. Tiba-tiba emak saya sedih dan nampak air matanya jatuh basahi pipi. Pilu dan kecewa sungguh kerana saya telah membuat emak saya sedih macam ini sebab saya ada HIV.Saya rasa macam nak bunuh diri kerana dapat penyakit ini, tetapi saya masih ada Tuhan dan masih ingatkan Allah. 

Bila emak saya tahu tentang berita ini, emak saya suruh pergi jauh dari rumah bukan kerana tidak sayangkan saya tetapi mungkin kerana dia bimbang sekiranya jiran-jiran akan mendapat tahu, mungkin sebab emak malu dan kemungkinan juga sebab emak tidak mahu saya malu. Saya tertanya sendirian kenapa saya perlu pergi sedangkan saya banyak lagi tanggungjawab yang perlu saya buat (laksanakan) terhadap keluarga?

Saya bertaubat dengan Allah dengan apa yang berlaku. Saya sangat berharap agar Allah maafkan saya. Kemudian saya mencari sumber-sumber mengenai orang yang telah kena jangkitan HIV ini dan saya terus terjumpa blog abang Naj Mi. Alhamdulillah saya lihat dalam blog abang banyak maklumat tentang pesakit HIV dan langkah-langkah yang perlu dibuat. Saya yakinkan emak saya (yang sebelum ini tidak begitu memahami mengenai HIV/AIDS dengan tepat), saya beritahu yang benda ini (dijangkiti HIV ini) bukan penamat segala-galanya dalam hidup seseorang.

Saya ucapkan terima kasih pada abang, kerana bukan apa kalau tidak disebabkan blog abang emak saya dan lama suruh saya bawa diri tinggalkan rumah. Abang telah memberi seribu harapan kepada saya untuk terus hidup. 

Terima kasih abang, abang telah buat saya makan sepinggan dengan emak saya malah emak saya tidak takut mengaku saya anak dia, walaupun saya tahu kadang-kadang hati dia sedih but saya dah janji saya akan pikul tanggungjawab saya sebagai anak yang soleh sampai dia mati, abang telah buka pandangan emak saya yang selama ini kata HIV hanya mati dengan cepat dan mati dalam kehinaan tetapi semua dengan kuasa Allah dan hanya dia yang berhak menentu (cara) kematian kita. 

Saya tahu yang semua penyakit termasuk HIV datangnya dari Allah dan Allah tahu apa yang lebih baik untuk umatnya juga dan Dia mengetahui apa yang akan berlaku. Besar sungguh kuasa Allah. Saya doakan abang Najmi sihat selalu. 


KHAIRUL
Shah Alam 




Salam Khairul, 

Terus terang saya sedih bila membaca kisah Khairul, tetapi begitulah kebanyakan PLHIV yang lain juga akan alami seperti mana yang Khairul rasai apabila mendapat tahu diri mereka disahkan HIV positif. 

Terkejut, terperanjat, sedih, resah, bimbang dan sebagainya pasti akan menyerang hati dan jiwa kita. Tetapi ianya tidak lama, apabila minda fikiran dan hati kita mula tenang dan mula menerima sebab kenapa kita diduga dan kita semakin faham tentang maklumat HIV/AIDS serta berpeluang berbual dengan rakan senasib lain, insyaallah kita akan menjadi lebih kuat dan semakin tabah untuk meneruskan kehidupan ini.  

Kita, hampir semua (PLHIV) menerima kejutan berita yang sama, cuma berbeza bagaimana cara kita dijangkiti sahaja dan berlainan pula cara bagaimana kita menangani (mengharungi) masaalah ini. Berkongsi cerita sesama kita insyaallah kelak akan membuatkan kita semakin yakin pada diri kita sendiri.

Ramai PLHIV termasuk saya terpaksa terus merahsiakan tentang status HIV dari pengetahuan keluarga dan adik beradik, macam saya sejak tahun 2005 sehingga kini saya masih terus merahsiakan. Tetapi alhamdulillah sebab Khairul tidak perlu mengambil masa yang lama untuk terus merahsiakan tentang status diri, pada saya jangkaan emak Khairul tentang status diri Khairul atau dengan lain kata emak Khairul telah tahu tentang status Khairul bagi saya sangat baik.

Sekurang-kurangnya satu beban dalam kepala Khairul telah terlerai, apabila emak Khairul tahu insyaallah sedikit sebanyak emak akan dapat membantu Khairul kelak seperti menemani ke hospital untuk membuat rawatan dan juga dapat membantu Khairul dalam menjaga soal makanan serta memperingatkan Khairul hal berkaitan tentang HIV kelak.

Penting agar Khairul jangan susah hati dan jangan stress kerana ramai lagi insan senasib lain yang pada hari ini tetap sihat serta dapat menjalani kehidupan dengan baik walaupun sudah bartahun-tahun mengidap HIV.

Terus buat rawatan susulan dihospital terdekat, dengar dan patuh arahan doktor. Saya rasa Khairul telah pun tahu sedikit sebanyak tentang info asas HIV/AIDS ini kan seperti CD4 dan Viral Load dan saya sangat berharap agar Khairul terus berusaha cuba memahami tentang HIV/AIDS dengan lebih baik.

Benar mendapat HIV bukan penamat segala-galanya dalam kehidupan, bagi kebanyakkan kita (PLHIV) mendapat HIV sebenarnya merupakan satu permulaan hidup yang baru yang lebih baik dari sebelumnya dan dugaan ini merupakan permulaan kepada kehidupan yang lebih diredhai Allah SWT. 


BUAT IBU KHAIRUL, 

HIV sesuatu yang sangat susah berjangkit kepada orang lain. "Ibu Khairul" juga faham kan bahawa PLHIV ini masih boleh bersalaman, memeluk, mencium anak itu malah boleh berkongsi pinggan mangkuk sudu garpu sebab ianya tidak menyebabkan berlakunya jangkitan. Kuman HIV cepat mati apabila ianya (seperti darah) terdedah pada ruang udara. 

Usah bimbang tentang tanggapan jiran disebelah rumah, sebab pada saya sangat mudah kalau kita tidak membuka mulut memberitahu, maka mereka tidak akan tahu, jadi teruslah rahsiakan tentang status diri Khairul. Jangan memberitahu pada sebarangan orang hatta kepada adik beradik atau saudara mara terdekat yang lain sekali pun, pastikan "ibu Khairul" berbincang dengan Khairul terlebih dulu sekiranya hendak memberitahu tentang status diri Khairul kepada orang lain dan pastikan orang yang hendak diberitahu itu benar-benar boleh dipercayai. 

Tahukah "ibu Khairul" bahawa seorang PLHIV seperti Khairul masih boleh hidup dalam keadaan sihat berpuluh tahun dengan bantuan ubatan HAART, tetapi dengan syarat dia perlu mendapat rawatan susulan berterusan dihospital selama-lamanya. HIV pada hari ini sudah dianggap seperti penyakit kencing manis, yang memerlukan seseorang pesakit itu mengambil ubatan pada setiap hari seumur hidup. Senang kata seorang PLHIV mampu hidup sama seperti mereka yang sihat dengan syarat kenalah buat rawatan dan sentiasa dengar nasihat dari doktor, berdisplin ketika makan ubat, tidak stress dan sentiasa berfikiran positif. 

Semua manusia pasti akan mati begitu juga pembawa HIV, kebanyakan pembawa HIV yang meninggal dunia bukan disebabkan AIDS tetapi mereka mati kerana sebab-sebab penyakit lain seperti sebab jantung mungkin juga sebab kemalangan. Lagi satu usah percaya khabar yang selalu diperkatakan bahawa seorang pembawa AIDS kalau mati mereka akan mati dalam keadaan berkudis itu semua tidak betul.

Yang penting "ibu Khairul" kena tahu bahawa ramai PLHIV diluar sana yang berterusan hidup dalam keadaan bahagia, sihat, gembira dan panjang umur malah kehidupan mereka ada yang lebih baik daripada mereka yang tidak ada HIV. Saya harap "ibu Khairul" boleh mambantu (menyokong) Khairul untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dimasa depan. 

Syukur kerana Khairul punya seorang ibu yang memahami. - NajMi


Tuesday, 23 April 2013

HONEY SYAK DIRINYA HIV POSITIF, MASIH TETAP TAKUT UNTUK JALANI UJIAN HIV


Assalamualaikum,

Semoga sihatlah hendaknya, abang Najmi sihat ke? ye, sebelum tu lupa nak memperkenalkan diri, saya Honey (bukan nama sebenar) dari Kuala Lumpur, sekarang abang Najmi menetap di mana? 

Untuk makluman, sejak beberapa hari ni saya jadi pembaca tetap blog abang, tak kira waktu dan tempat memang saya baca tidak kisahlah kawan-kawan nak cop saya sebagai pencinta blog sekalipun.

Yang mana pada halnya saya agak risau dan dalam dilema tentang status kesihatan saya sekarang ini. Sedikit sebanyak blog abang ni membantu saya untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti berisiko yang selalu saya buat dalam tempoh jangka masa 2-3 tahun kebelakangan ini. 

Sedikit sebanyak tentang hidup saya.dalam jangka masa 2-3 tahun ini. Secara sengaja atau tidak,saya tak pasti, mungkin kerana desakan wang, saya secara tidak langsung terjebak dalam kegiatan seks rambang (dengan kata lain melacur) dan saya aktif melakukan pada tahun lepas, oleh kerana masih mencari pekerjaan ketika itu dan dalam masa tersebut banyak risiko tinggi yang saya hadapi kerana melakukan tanpa sebarang perlindungan (kondom-kadang-kadang guna, kadang-kadang tidak) dan melakukan dengan pelbagai bangsa, semua bangsa pun saya on 1malaysia sangat (melayu,india,cina dan lain2). 

Secara anggaran sehingga tahun 2013 ni dah lebih dari 100 orang yang pernah saya layan dalam kegiatan seks bebas ini. 

Dan, seminggu yang lepas sebelum tidur, entah kenapa jari di handphone ini gatal untuk men 'google' tentang faktor HIV, and the first blog I visit dan banyak yang saya baca disitu semalaman. Pada masa yang sama, kerisauan dihati saya mula menerjah dibenak fikiran, terus saya mengimbau kembali kegiatan yang telah saya lakukan sebelum ini dan disebabkan perkara tersebut, keesokkan harinya iaitu pada hari isnin, saya ponteng kerja, akibat bimbang dan terlalu memikirkan mengenainya (HIV).

Sehubungan itu saya telah ke klinik berdekatan untuk ambil MC dan tergerak dihati untuk membuat ujian HIV. Tetapi saya menjadi takut dan risau, saya ke klinik sebenarnya hanya untuk ambil MC sahaja sebab tidak pegi kerje yang sebenarnya saya tak adalah sakit, sakit yang saya tipu aje kat doktor tu. Saya cakap sakit leher (padahal tak sakit pun) alasan utama nak dapatkan MC.

Selepas tu sebab takut saya tak jadi nak buat ujian Hiv test dan kawan saya cakap nanti kita pergi kat HKL sama-sama untuk buat test. Macam mana sekiranya kami berdua pegi test tetapi kawan saya negative and saya sebaliknya?? Macam mana ya, saya terdiam seketika dan saya berkira-kira untuk jalani ujian HIV senyap-senyap nanti (bila dah cukup bersedia). 

Sejak mula membaca blog abang Najmi ni, memang saya takut sangat-sangat sehinggakan ada yang cuba 'approach' saya, saya katakan 'Hishhh..aku tak nak lah..ko ada hiv' (pada hal saya sendiri tak tahu saya hiv positif atau tidak). 

Tiba-tiba saya lebih menghargai hidup ini seperti sebelum ini. Kalau sebelum ini bila tiba sahaja hari minggu saya sudah tidak sabar-sabar untuk ke lorong berdekatan jalan-jalan XXXXX dan Jalan XXXX dekat sini (hampir dengan tempat tinggal saya) dan sekarang ini betul saya katakan saya takut. Saya takut dengan sesiapa saja yang ingin......(lakukan aktiviti seks) 

ATAU mungkin saya ini memang sudah kena HIV dan sehingga saya takut untuk meneruskan kegiatan tersebut. Adakah ini salah satu hikmah yang diberikan (oleh Allah) kepada saya untuk menyedarkan saya? Saya tidak ada kekuatan untuk membuat ujian darah mungkin tempoh menunggu keputusan akan membuatkan saya lebih risau dan akan berada dalam dilema, apatah lagi sekiranya keputusannya tersebut merupakan keputusan seperti yang telah saya jangkakan (HIV Positif)??

Untuk makluman,saya tidak mudah untuk mendapatkan sakit, demam pun dalam setahun 3 kali sahaja mungkin. Tetapi kalau saya demam, ianya akan berlanjutan kira 2-3 minggu, contoh mula-mula saya dijangkiti selsema, kemudian diikuti demam dan hidung yang sangat tidak selesa. Selepas itu saya mengalami batuk, masa datang batuk tu, selalunya demam sudah tidak ada, hanya batuk dan sakit tekak sahaja.

Itu yang saya alami jika saya demam sejak 2010 lalu dan tidak sampai 5 kali kot saya alami demam. Tetapi kalau dah demam lambat sikit nak sembuh, itu yang agak saya risaukan.

Info mengenai HIV, selalunya orang yang ada HIV ni akan nampak sihat-sihat saja seperti keadaan saya. Dihari biasa or weekdays saya bekerja di XXXXXX dan memang kerja bercakap sahaja seharian, mungkin sebab itu saya selalu sakit tekak kut. 

Ya Allah..saya tidak ada kekuatan untuk menjalani ujian darah (Test HIV) dan pada jangkaan saya, peratusan untuk saya ada HIV mungkin 80 peratus. 

Salam,
HONEY 



WSalam Honey 

Saya sudah ada beri pandangan saya didalam ruang komen di dalam entri yang Honey komen tu kan, tapi tak mengapa saya jawab sekali lagi disini, pada saya aktiviti berisiko yang Honey lakukan sebelum ini telah berlalu, kita tak boleh nak buat apa dah. Sekarang masanya untuk Honey memandang ke depan, rasa takut untuk kembali melakukan aktiviti berisiko itu pada pandangan saya sangat baik, bila sudah ada rasa bimbang takut maka Honey ada kekuatan untuk berubah. 

Buat masa ini tak mengapa takut (nak berubah) sebab HIV, lama kelama bila Honey semakin jauh meninggalkan aktiviti berisiko itu, ketakutan akan berubah kepada takutkan balasan dari Alah SWT. Pada saya kesedaran kebimbangan Honey takut dijangkiti HIV juga mungkin rahmat yang diturunkan oleh Allah yang mahukan Honey sedar tentang kesilapan perbuataan lalu.

Alhamdulillah bila Allah "kuit" Honey maka Honey tersedar, itu sesuatu yang sangat baik. Saya pasti Allah sangat menyayangi setiap manusia, maka Allah pasti akan "kuit" setiap insan jika mereka sudah terpesong melakukan pekara-pekara mungkar, tetapi tidak semua insan yang akan sedar, malah ada ramai yang berterusan melakukan kezaliman pada tubuh badan sendiri walaupun berkali-kali Allah menegur mereka.

Honey sangat beruntung kerana telah ada sedikit kesedaran tentang keburukan perbuatan lalu maka Honey sepatutnya bersyukur, nasihat saya cuba kawal diri dari terus terlibat dengan aktiviti tersebut (walaupun maybe agak sukar pada permulaan). 

Blog saya ini bukan semata-mata berkaitan tentang HIV/AIDS sahaja, inilah yang saya maksudkan agar ada pembaca jika terserempak membaca blog saya ini akan mendapat pengajaran atau timbul sedikit rasa takut, insaf bila membaca pengalaman rakan-rakan lain yang telah berkongsi kisah mereka, gerun melihat photo-photo berkaitan penyakit kelamin misalnya, malah pembaca akan semakin bijak bila membaca info-info tentang HIV/AIDS dan tahu menghargai diri apabila  pembaca faham maksud sebab wujudnya blog ini. 

Nasihat saya, walau bimbang macam mana sekali pun, Honey perlu melakukan ujian pengesahan HIV. Honey juga tahu sekiranya benar Honey seorang positif HIV lambat laun Honey akan jatuh sakit akibat AIDS. Adalah lebih baik tahu tentang status diri kita daripada kita tidak tahu. Jika positif maka kita boleh menerima rawatan lebih awal. Jika negatif hidup kita tidak lah risau memanjang kan. 

Walau apa sekali pun keputusan yang bakal Honey terima selepas ujian HIV nanti (insyaallah itu pun jika Honey jalani ujian), nasihat saya aktiviti berisiko yang lalu perlulah Honey kurangkan dan dihentikan lah kalau boleh. Kalaulah result ujian itu nanti negatif HIV Honey anggaplah segala kerisauan yang Honey alami sebelum ini merupakan satu teguran dari Allah SWT buat peringatan Honey yang mana Dia mahu Honey mengubah haluan hidup kejalan yang lurus.

Adalah normal bagi kebanyakan orang yang tahu diri mereka berisiko mendapat HIV (kerana terlibat dalam aktiviti berisiko) akan berasa takut untuk menjalani ujian pengesahan HIV, insyaallah abang doakan Honey bebas HIV ok…Yang penting Honey kena buat ujian tu, ambil masa tidak mengapa tetapi jangan terlalu lambat ya....


Kisah kerisauan Honey untuk menjalani ujian HIV sama seperti yang dialami oleh seorang remaja dalam entri "GELISAH REMAJA BISEKUAL UNTUK JALANI UJIAN DARAH HIV"


STRES DAN AKIBATNYA

KEADAAN atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. 


Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau petanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. 


Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.


Cara Mudah Untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan Yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksanakan tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda anda.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksanakan beberapa siri tugas berat. Mendengar muzik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi Dengan Keluarga Dan Rakan


Adalah bagus menjadi seorang yang kuat bekerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerunsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

Sumber Disini 



Friday, 19 April 2013

AF - DIPAKSA "ORAL SEKS" OLEH 5 SENIOR, KESANNYA HINGGA KE HARI INI

Saudara AF (bukan nama sebenar) adalah seorang kenalan saya dalam facebook berkongsi kisah pengalaman lalu yang pernah dia tempuhi. Beliau boleh saya golongkan dalam kelompok lelaki yang bersifat biseksual.

 
Salam saudara Najmi,

Saya secara nalurinya seorang yang straight dan memang saya ada nafsu kepada perempuan. Nafsu saya dengan lelaki bermula sewaktu saya tinggal di asrama lagi. Saya dibuli dan didera oleh senior-senior hanya semata-mata kerana saya menegur tentang perbuatan mereka yang mengambil makanan kami si dewan makan.

Saya telah dipukul dan disepak dengan teruk sekali oleh lima abang senior, kemudian apabila mereka telah puas membelasah saya, last sekali mereka suruh saya melakukan oral seks keatas mereka seorang demi seorang. Dan bermula dari situ boleh dikatakan hampir setiap dua ke tiga hari mereka pasti akan memanggil saya untuk memuaskan nafsu (oral seks) kepada mereka.  

Mula-mula saya rasa sangat menyampah, apabila saya melawan dan enggan melakukannya maka saya akan dipukul. Lama kelamaan saya jadi macam biasa dan sudah tidak kisah sekiranya saya disuruh melakukannya lagi, saya pun akan buat aje.  

Tapi apabila senior-senior itu telah keluar asrama selepas SPM, timbul rasa ketagih dan saya pun mula mencari-cari kepuasan yang sama dengan lelaki-lelaki lain, tetapi saya hanya suka buat oral sex sahaja dan saya tidak pernah main belakang sebab saya memang geli sikit nak main belakang.  

So, sampai sekarang walaupun sudah 15 tahun saya mendirikan rumah tangga, disebabkan rasa ketagih dan gagal mengawal nafsu dan jika ada kesempatan, saya pasti akan berjumpa dengan orang-orang yang sudi untuk melakukan oral sex. Saya memang tidak suka dengan keadaan saya ini tetapi pada masa yang sama sangat susah untuk berubah. 

Perkahwinan saya sangat bahagia saya ada isteri yang baik dan anak-anak yang baik malah rezeki saya juga sangat mencukupi untuk kami sekeluarga. Saya juga agak aktif dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, tetapi dalam hati saya terselit rasa kesal dengan keadaan diri saya macam ini. Tiada siapa diantara mereka yang dekat (rapat) dengan saya yang tahu pasal (aktiviti saya ini) ini. Kadang-kadang saya rasa terlalu hipokrit. 

Saya berniat hendak menunaikan haji pada tahun ini insya-allah tetapi pada masa yang sama saya jugak takut sama ada saya boleh melakukannya dengan sempurna disebabkan keadaan saya yang telah banyak melakukan dosa kepadaNya (Allah SWT).



Balasan saya kepada saudara AF

Untungnya AF sudah pun ada anak bini dan dapat kecapi hidup bahagia berkeluarga, cuma naluri tu aje yang menganggu saudara AF, saya pasti bermula hari ini saudara AF pasti boleh kawal naluri itu.  

Alhamdulillah AF dikurniakan perasaan rasa geli main belakang, itu juga bagus sebab kebanyakkan gay kalau tidak main belakang memang tak sah (sama ada meliwat atau diliwat), sebab kebanyakkan gay pasti suka untuk mempelbagaikan cara melakukan atau mencuba sesuatu yang baru (eksperimen) ketika mereka melakukan seks. 

Tanamkan dalam minda serta diri saudara AF agar sentiasa ingat pada isteri dan anak-anak setiap kali keinginan melakukan oral seks itu datang, kesian isteri di rumah.  

Seperti saudara AF dan semua tahu, kalau bukan virus HIV yang boleh kita dapat kemungkinan saudara boleh juga mendapat jangkitan penyakit kelamin (STD). Hendakkah saudara AF menyebarkan jangkitan tersebut kepada isteri dirumah (dalam keadaan diri kita tidak menyedari diri kita sudah ada STD)?  

Saya yakin AF mampu kawal diri dan mampu "switch off" keinginan tersebut, mungkin dalam diri AF cuma ada 30% suka pada lelaki dan 70% suka perempuan, maka AF boleh kawal atau cuba hapuskan (kawalkan) yang 30% tu mulai sekarang. Tidak macam saya yang 100% suka pada lelaki dan 0% pada perempuan. Maknanya AF sangat beruntung dan lebih beruntung dan bertuah daripada saya.

Alhamdulillah seronok apabila saya dengar akan niat AF hendak melaksanakan ibadat haji tahun ni, seronok tu. Saya doakan segala urusan saudaara AF dipermudahkan. Saya yakin AF dapat kawal diri yang penting jauhkan diri dari sebarang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan gay, sebaiknya jauhkan diri dari berhubung rapat dengan rakan gay lain yang boleh menghasut AF. Sekiranya ada rakan dalam FB seorang gay yang selalu share photo-photo lucah, unfriend kan sahaja mereka.

Amalan berpuasa sunat juga bagus untuk kita semua bagi mengelak diri melakukan sesuatu yang dilarang Allah, dan kita perlu bijak memilih kawan pilihlah dikalangan mereka yang ahli masjid, berbual berbincang dalam bab dalam hal berkaitan ilmu agama (bukan bab politik ya....:))

Nasihat buat diri saya juga, bulan Rejab dan Syaaban akan menemui kita tidak lama lagi, alangkah elok dan manisnya jika kita semua dapat mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan, pertingkatkan amalan diri supaya amalan yang bakal kita lakukan semasa didalam bulan Ramadhan kelak dapat kita semua lakukan dengan mudah. 

Jika hari ini kita kurang bangun malam melakukan solat sunat, maka kita boleh melatih diri kita melakuakannya mulai hari ini (sedikit demi sedikit) kita boleh juga melatih diri dengan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. 

Jika selama ini kita kerap menonton prono, hentikan mulai sekarang, agar insyaallah amalan di bulan Ramadhan kelak boleh kita lakukan dengan mudah dan mudah-mudahan berterusan sehingga masuk ke bulan Syawal dan seterusnya.

Buat saudara AF inilah masanya untuk saudara mengambil peluang mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum tiba masanya untuk saudara menunaikan ibadah haji nanti. Ikhlas dari saya, saya yakin saudara AF mampu mengatasi dugaan yang selama ini membelenggu diri saudara. Allah pasti akan bersama orang seperti saudara, terus berdoa padaNya serta perbaiki dan kawal diri dan lakukan dengan bersungguh-sungguh.


Baca artikel ini "SEKOLAH ASRAMA LAHIRKAN GOLONGAN LGBT" 

 


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST