Friday, 22 March 2013

SIGMA INDIVIDU ODHA (PLHIV)

Stigma individu ODHA (Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS)
 
SEBENARNYA, tiada siapa yang boleh menganggap bahawa dirinya selamat daripada dijangkiti virus HIV/AIDS kerana ruang lingkung penyakit ini berada di sekeliling kita. Ia boleh berlaku kepada sesiapa jua dalam masyarakat biarpun mereka mengamalkan gaya hidup sihat dan aktiviti seksual yang selamat.

Mungkin pada peringkat awal Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (ODHA) diberikan gambaran kurang tepat seperti kelihatan kurus kering, berpenyakit dan terlantar. Tetapi kini percayalah, ODHA itu sebenarnya seperti kita, mengamalkan kehidupan sama sebagaimana kita, tiada bezanya.

Baru-baru ini, penulis dipertemukan dengan seorang ibu tunggal, seorang ODHA, berumur 47 tahun dan mempunyai empat orang anak. Jika tidak diberitahu, pastinya tidak siapa yang menyangka wanita yang berperawakan lembut, berwajah manis ini merupakan ODHA.

''Saya dapat tahu mendapat virus ini setelah beberapa tahun berpisah dengan suami kedua setelah berkahwin semula pada tahun 1995. Kami hidup bersama tidak sampai setahun pun kerana suami saya seorang penagih dadah. Justeru, saya meneruskan kehidupan bersama empat anak saya daripada perkahwinan terdahulu," katanya.
photo hiasan
Lena (bukan nama sebenar) hanya membuat ujian darah setelah tiga tahun bercerai dengan suami kedua setelah disaran oleh rakan yang merupakan seorang sukarelawan di Majlis AIDS Malaysia. Sebagai langkah berjaga-jaga, Lena melakukan ujian itu sementelah mengetahui bekas suaminya merupakan seorang penagih tegar yang berkongsi jarum, tambahan kesihatannya sering merosot.

''Saat diberitahu saya merupakan ODHA, saya pasrah dengan ketentuan Tuhan. Saya hanya berdoa agar dipanjangkan umur kerana ketika itu anak-anak saya masih kecil. Biarpun menderita dengan tahap kesihatan yang semakin teruk, badan semakin kurus, batuk berpanjangan dan lemah, saya terus bekerja semata-mata untuk menyara anak-anak," katanya.

Tambah Lena, ketika itu tidak ramai yang mengetahui dia menghidap HIV/AIDS dan penyakitnya hanya terbongkar pada tahun 2005 apabila dia dirawat di hospital kerana penyakit Tibi. Akibatnya rakan-rakan yang mengetahui dia menghidap HIV/AIDS mula menjauhkan diri. Apabila ditanya mengenai pandangan anak-anak terhadapnya, Lena berkata, anak-anak mengetahui dia sakit akibat HIV/AIDS, namun mereka menganggap ia umpama sakit biasa.

''Saya bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang memahami dan menyayangi saya. Biarpun mereka sebenarnya mengalami saat-saat duka di sekolah, namun tidak pernah menceritakan permasalahan mereka agar saya tidak susah hati.

''Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah bagaimana rakan-rakan sepejabat yang tidak mahu saya bekerja di situ lagi sehingga berusaha meminta surat daripada doktor agar saya tidak lagi boleh bertugas di premis itu," jelasnya tenang.

Namun, semua itu tidak mematahkan semangat Lena. Dia terus bekerja untuk tempoh setahun sebelum menerima tawaran di Majlis AIDS Malaysia sebagai salah seorang sukarelawan. Lena pernah bersiaran secara langsung dalam salah satu rancangan televisyen menceritakan pengalamannya sebagai ODHA. Penampilannya secara sukarela memberi ceramah menyebabkan hampir semua yang mengenalinya mengetahui mengenai virus yang berada dalam badannya sekarang.

''Saya rasa lebih yakin apabila berkorban seperti itu. Saya berfikir sampai bila saya akan terus menyimpan rahsia ini. Biarlah semua orang tahu kerana sebenarnya hidup sebagai ODHA memerlukan sokongan daripada masyarakat," katanya. 

Dalam pada itu, Lena memohon agar lebih banyak doktor pakar HIV/AIDS bertugas di negara ini. Apabila itu berlaku, sudah pasti stigma terhadap golongan ODHA ini dapat dikurangkan.

Katanya, setakat ini, hanya terdapat 25 doktor pakar HIV/AIDS yang memberikan rawatan seterusnya memberikan sokongan dan bantuan secara spritual.

''Sukar hendak menerangkan penyakit yang kita ada walaupun kepada doktor sekiranya dia juga tidak memahami mengenai isu dan permasalahan yang dihadapi ODHA ini.

''Adakalanya doktor-doktor biasa juga seolah-olah 'mengenepikan' ODHA sedangkan mereka juga tahu penyakit ini tidak mudah berjangkit sekiranya bukan sebab-sebab tertentu seperti mengadakan seks rambang contohnya.

''Sedangkan kami sebagai ODHA berharap dengan pihak seperti inilah yang dapat memberikan sedikit sebanyak bimbingan, kata-kata nasihat, memberi sokongan dan merawat kami dengan sepenuhnya tanpa ada perasaan berbelah bahagi.

''Justeru, dengan program-program seperti penglibatan para pelajar perubatan seperti Program Ia Bermula Dengan Anda ini diharap para pelajar yang akan tampil sebagai doktor nanti menjadi lebih berani 'merawat' ODHA," katanya.

Kini, setelah hampir 11 tahun berlalu, Lena terus hidup dengan segala harapan yang ada bersama anak-anak yang semakin membesar. Anaknya yang sulung merupakan lulusan universiti dan sudah bekerja. Yang kedua masih di kolej dan dua lagi masih bersekolah menengah. 


Oleh ROSMAH DAIN
Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd 


2 comments:

  1. Najmi, saya rasa masyarakat sekarang lebih peka dengan hiv, for me WNLYWA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Saya juga rasa begitu, yang penting maklumat tentang HIV/AIDS perlu disebarkan sentiasa kepada masyarakat bukan hanya diuar-uarkan hanya ketika bila tiba bulan disember ketika sambutan hari aids sedunia aje

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST