Tuesday, 26 March 2013

SEHARIAN DI PAVILLION KUALA LUMPUR

RM250 sangat besar nilainya buat diri saya

Semasa kerajaan mengumumkan pemberian bantuan untuk orang bujang yang berpendapatan kurang RM3000 (kalau tak silap), terus saya mengucapkan rasa syukur kerana sudah tentu saya tergolong antara yang layak menerima bantuan tersebut dan yakin boleh dapat RM250.

RM250 mungkin hanya "celah gigi" buat anda semua tetapi bagi saya ianya satu jumlah yang agak tinggi dalam keadaan hidup saya ketika ini. RM250 boleh saya gunakan untuk perjalanan menaiki bas menuju hingga ke Chiang Mai diutara Thailand atau boleh sampai hingga ke Siem Reap di Cambodia.

Tetapi sudah namanya rezeki, Allah yang menentukan, walau saya masih bujang dan menganggur masih belum ada "gerenti" untuk mendapat bantuan tersebut. Surat yang diterima 3 minggu yang lalu mengesahkan bahawa permohonan saya di tolak. Sedih. Tapi saya pujuk hati ini berkata bahawa sudah tidak ada rezeki untuk saya merasai bantuan RM250 tersebut. Tetapi saya tetap membuat rayuan permohonan sekali lagi.

Ketika blog HIDUP MESTI DITERUSKAN ini bermasaalah tidak boleh dibuka (kemungkinan dihacked atau virus) saya segera mengeluarkan wang hasil iklan Nufnaang sebanyak RM62, alhamdulilllah itu pun rezeki namanya. Tapi apabila saya hendak masukkan cek Nufnaang kedalam akaun bank, akaun bank saya pula buat hal, akaun bank tersebut sudah dilupuskan kerana jumlah dalam akaun bank kurang RM10 dan akaun tersebut juga sudah hampir 5 tahun tak berfungsi heeeee.

Dugaan...terpaksa cari RM250 untuk membuka akaun bank yang baru.


Ke Kuala Lumpur

Pada hari sabtu lepas 23-3-2013, saya turun ke Kuala Lumpur, setelah hampir 4 tahun tak menjejaki kaki ke kawasan Bukit Bintang di KL. Dalam hidup, saya hanya mempunyai seorang rakan yang boleh diajak berbual bersua muka, iaitu seorang rakan sekolah berbangsa cina yang satu-satunya rakan alam nyata yang tahu segalanya tentang diri saya. Dia jugalah orang pertama yang saya "call" memberitahu tentang status HIV saya dulu (klik disini).

Tim (bukan nama sebenar) apabila dia balik Ipoh kami akan berjumpa berbual-bual, bergossip di kedai mamak atau di kedai kopi cina di Pekan Lama, tetapi sudah lama dia tidak berkesempatan pulang ke Ipoh kerana sibuk bekerja sehinggakan tidak balik ke kampung semasa sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. So dia ajak saya turun ke KL hanya untuk berbual, saya sebenarnya malas nak turun ke KL buat penat badan aje, tetapi dia tetap mengajak saya dan berjanji akan membayar tambang bas saya pergi dan balik Ipoh - KL.Saya setuju.


Pada pagi Sabtu lepas, saya menaiki bas ke KL yang bertolak pada pukul 7 pagi. Dari rumah saya menaiki basikal dan "parking" kan kenderaan saya itu di bas station. Pukul 10 pagi saya tiba di Pudu Raya Sentral. Pertama kali tiba di Pudu Raya sejak bangunan ini diubah suai. 

Saya kemudian berjalan kaki menuju ke Bukit Bintang, merayau di sekitar Sungai Wang, Lot 10 dan KL Plaza (yang kini dipanggil Fahrenheit 88). "Window shopping". Pukul 12 tengah hari seperti yang dijanjikan saya bertemu dengan Tim di Starbucks yang terletak di Pavillion. Kami berbual lama disitu. Macam biasa saya cerita kisah saya, dia cerita kisah ia. Bergossip sambil memerhati gelagat orang disekeliling dan meneka lelaki-lelaki yang lalu lalang sama ada mereka songsang atau tidak.

Kalau dah namanya songsang, masuk sahaja ke dalam kawasan pusat membeli belah ini sudah nampak dan perasan dikiri kanan depan belakang golongan ini berkeliaran. Bergaya, smart dan kebanyakan mereka sememangnya sangat menarik. Songsang memang mudah mengenali antara satu sama lain, itu memang tidak boleh disangkal, malah golongan ini boleh mengesyaki seseorang yang bersifat biseksual walaupun mereka berjalan mengendung anak dan berpimpinan tangan bersama isteri.

Jika anda nampak pasangan lelaki "mat saleh" (biasanya tua) bersama lelaki muda, mesra berjalan bersama.....haaaa..... itu 100% songsang. Pandangan dan mainan mata antara senjata yang sering digunakan golongan ini untuk mengenali antara satu sama lain dikawasan awam. 

Percaya atau tidak, Starbucks di Pavillion juga antara tempat "cruising spots" golongan ini, malah disekitar bersebelahan tempat duduk saya juga, saya perasan kelibat beberapa pasangan golongan ini yang sama-sama berbual menghabiskan masa. Pavillion kalau tidak silap (saya ada terbaca dalam internet) digelar "Gayllion" dikalangan gay, dan sudah pasti kerana kelompok golongan ini banyak berkeliaran di sini dan sekitar pusat membeli belah di kawasan Bukit Bintang ini terutama pada setiap hari sabtu dan ahad.
Starbuck Pavillion

Pukul 3.30 petang kami angkat punggung dari Starbucks berjalan sekitar dalam pusat membeli belah Pavillion, seperti yang dijanji Tim kemudian menghulurkan RM100 kepada saya, belanja tambang bas saya ke KL, alhamdulillah kata saya dalam hati, rezeki tu. Saya sempat ke surau ditingkat 5 dalam bangunan Pavillion ini untuk menunaikan kewajiban. Dan pada sebelah malam saya ke surau di dalam bangunan Fahrenheit 88.

Pukul 4.30 petang kami ke kedai makan di tingkat bawah Pavillion mengalas perut sekali lagi, bersambung berbual lagi disitu. Kisah rakan saya yang telah lama menetap di NY menjadi topik perbualan kami kali ini. Tim beritahu, rakan kami yang telah lama bermastautin di NY dan sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan songsangnya itu akan pulang ke KL bulan April ini. 


Lee (bukan nama sebenar sedikit kisahnya disini) akan bertolak dari kota Paris kerana buat masa ini Lee sedang bekerja di Paris selama 2 tahun manakala suaminya masih menetap di NY. Dan mereka suami isteri yang baru sahaja beberapa tahun disatukan (register) walaupun telah bersekedudukan luar nikah bertahun-tahun dikhabarkan akan menginap di sebuah hotel yang baru dibina berhampiran KLCC yang berharga hampir RM1000 semalam. Lee juga tahu tentang status diri saya.


Demi kebebasan hidup, sanggup berhijrah ke luar negara 

Tim ada beritahu yang dia sangat stress bekerja melayan kerenah pekerja bawahannya dan bercadang berhijrah ke Canberra, Australia, segala persiapan kesana sudah diselesaikan cuma sedang mencari pekerjaan yang paling sesuai. Kemungkinan dia akan berhijrah pada awal tahun depan. Maybe.

"Ohhh bagus lah... nanti i nak pi sana duk lama-lama", kata saya padanya. 

Manakala Lee sememangnya sudah berpuluh tahun tinggal di NY, apa sahaja cerita biasanya Lee akan kongsikan bersama Tim, dan adakala kisah yang diceritakannya kepada Tim, disampaikan Tim pula kepada saya. Sehingga kisah Lee dan pasangannya yang baru membeli sebuah rumah rehat untuk percutian musim panas pun diberitahu kepada saya.

Melalui Lee, Tim memberitahu saya tentang kisah seorang lelaki berbangsa cina rakyat Malaysia, rakan kepada Lee yang berasa sangat sedih setelah dia dijangkiti HIV, kemudian PLHIV cina ini berkenalan dengan seorang "mat saleh" dari barat melalui laman sosial, mat saleh tu menerima keadaan budak cina ini dan mempelawa dia ke negaranya dan sekarang bahagia hidup bersama.

Itu orang-orang cina yang sudah tentu tidak ada pegangan agama, tidak kisah soal halal haram, bagi kita yang beragama Islam nasihat saya janganlah mengambil tindakan seperti itu. Sanggup berhijrah keluar negara dan tinggal atau berkahwin (register) disana bukan satu tindakan yang bijak. Usah menambah dosa, hidup kita bukannya lama pejam celik pejam celik umur kita akan berginjak kepada 60 tahun, umur senja yang menanti jemputan malaikat izrail. 

Sebaiknya kita cuba memperbaiki diri, berusaha mendekati diri kepada Allah. Jika kita berhijrah keluar negara, dugaan hidup disana sangatlah besar. LGBT bukan amalan kita, jika kita tergolong dalam kelompok ini anggaplah ianya sebagai dugaan, jangan sesekali hati kita bersetuju atau memperjuangankan amalan ini. Haram. Disisi Allah ianya tetap haram.

Saya mengungkit soal ini kerana saya tahu ada dikalangan kita terutama songsang yang berkemampuan mempunyai rasa ingin berhijrah keluar negara kerana disana mereka menganggap kehidupan lebih bebas, bebas melakukan apa sahaja kerana tidak ada sesiapa (mak ayah, saudara mara, jabatan agama Islam) yang boleh menghalang segala perbuatan tingkah laku mereka nanti. 


Kemana sahaja kita pergi Allah mengetahui niat kita, kalau baik alhamdulillah, kalau tidak tanggunglah kita sekiranya Allah menurunkan bala keatas diri kita kelak, ketika itu belum tentu kita sempat bertaubat sebelum menemuiNya.

Lorong menuju ke surau di Pavillion ditingkat 5
Boleh ker pak arab ni solat dengan seluar pendek nampak lutut?

Bual punya bual, kemudian Tim minta nombor akaun bank saya, tidak disangka Tim kemudian memberitahu bahawa Lee telah memintanya untuk memberikan RM500 kepada saya untuk dibuat belanja katanya. Dan wang tersebut akan dimasukkan oleh Tim kedalam akaun bank saya nanti. Tim kemudian bertanya kepada saya, "cukup ker", nak sahaja saya katakan pada dia tak cukup hehehehe......

Perlukah saya menolak? Saya hanya mampu mengucapkan alhamdulillah. 

Semenjak saya disahkan positif HIV pada tahun 2005 dulu, mereka berdua antara yang kerap membantu saya dari segi kewangan, kadang kala tiba-tiba sahaja saya menerima SMS dari Tim memberitahu sejumlah wang sudah dimasukkan kedalam akaun bank saya. Walaupun saya tidak memerlukannya sangat kerana pada saya RM50 sebulan yang diberi adik perempuan saya sudah cukup untuk saya, buat perbelanjaan diri. 

Kalau ada duit banyak tetapi selalu sakit pun tak guna juga, yang penting bila badan sihat itu pun rezeki namanya. Tidak kena saman, kereta tidak rosak dan tiada rasa berkeinginan boros berbelanja juga rezeki namanya kan.

Jangan tanya kenapa saya masih tidak bekerja. Malas? terpulang untuk anda fikirkan, tetapi saya ada alasan yang kukuh, walaubagaimana pun saya masih tetap berharap mendapat satu pekerjaan yang sesuai dengan keadaan diri saya.


Berangan miliki gajet 

Sepanjang hampir 7 tahun tidak bekerja, tipu kalau saya kata saya tiada berkeinginan akan sesuatu. Keinginan untuk melancung walaupun sekadar destinasi yang berdekatan dan keinginan memiliki gajet-gajet yang terkini malah saya selalu berangan mendapatkan MacBook Air yang ringan keluaran Apple yang sangat mudah dibawa kemana-mana atau memiliki iPad juga dari jenama yang sama. Setiap kali apabila saya kekedai melihat gajet-gajet ini, hati saya selalu berkata-kata "mati hidup balik pun aku tak akan dapat miliki gajet-gajet ni". 

Tetapi alhamdulillah, insyaallah rasanya peluang untuk saya mendapatkan Samsung Galaxy Tab2 (7.0) agak cerah sekarang ini walaupun pilihan pertama saya ialah Samsung Galaxy Tab 2 (10.1), jenama ini agak murah dan apabila rezeki sudah terkumpul mencukupi nanti insyaallah saya akan dapatkannya walaupun  terpaksa menunggu 3 atau 4 tahun lagi.

Mungkin sudah tiba masa untuk saya tutup akaun saya dinegara jiran, tidak perlu menunggu tamat tempoh matang. Mungkin saya akan menghantar email bertanyakan tentang penyelesaian masaalah ini dengan agent disana, harap segalanya dipermudahkan.

Percaya atau tidak, alhamdulillah saya langsung tidak berkeinginan hendak membeli pakaian mahupun kasut baru dan tidak pernah membeli sejak dari tahun 2005.  Pakaian lama masih bertimbun malah ada baju dan seluar yang masih dalam plastik tidak diguna lagi. Pencuci muka saya pun adakala kawan saya Tim yang beri, adakala dari jenama yang terkenal seperti Shiseido for Men atau Lab Series atau sekadar Gillette Series dan Garnier Men.

Dalam banyak-banyak barang di Bukit Bintang "spek" biru Rayban ini yang menarik perhatian saya -  RM700

Bila ada rakan memberi bantuan wang buat diri saya untuk dibelanjakan, rasa keinginan membeli gajet terbaru muncul kembali, tetapi kemungkinan saya tidak akan guna wang tersebut untuk kepentingan diri membeli gajet idaman walau seidam mana sekali pun, sebab ianya tidak sepenting untuk saya membantu emak melakukan pembedahan matanya (laser) yang semakin kabur. Sebagai anak saya sedih setiap kali melihat emak ketika membaca akhbar jika tidak mengunakan kanta pembesar, dia akan membaca akhbar dengan jarak yang sangat dekat.

Niat nak membantu emak buat pembedahan memang ada, saya kerap berdoa, alhamdulillah saya rasa rezeki yang saya dapat hari ini jika saya kumpulkan insyaaallah dapat meringankan perbelanjaan kewangan untuk pembedahan mata emak nanti. Saya rasa rezeki yang saya perolehi hari ini, Allah berikan kepada saya adalah untuk membantu emak menjalani pembedahan secepat mungkin, rezeki emak dan bukan untuk saya sebenarnya.

Pembedahan itu lebih penting daripada mendapatkan gajet buat diri sendirikan. 


Berbeza corak kehidupan tetapi tujuan masih sama

Manusia semakin kaya semakin tinggi "taste" perbelanjaan harian mereka. Bagi diri saya RM250 adalah sama dengan RM2500 jumlahnya perbelanjaan buat anda. 


Saya mengunakan basikal manakala anda mengunakan Myvii atau lebih dari itu untuk  kemana-mana, hanya berbeza pangangkutan tetapi ianya sama fungsinya dan masih boleh membawa saya dan anda ke hospital untuk jalani rawatan. 

Saya mengamalkan "bawang putih mentah" tapi anda mengunakan suplement yang tinggi harganya, tujuannya sama untuk meningkatkan kekuatan sistem dalaman badan cuma bezanya dari segi harganya sahaja.

Saya mengunakan baju lama, anda mengunakan baju baru yang dibeli, saya baru mengunakan Samsung Corby tetapi anda telah mengunakan Samsung Galaxy Note 11 yang terbaru, tujuan masih sama kita masih boleh berhubung mengunakan phone tersebut, cuma berbeza gaya hidup. 

Saya HIV positif manakala anda HIV negatif yang sihat tubuh badan, tetapi kita sama-sama masih bernyawa dan mempunyai tujuan dalam kehidupan yang juga sama iaitu mencari kebahagian hidup didunia dan diakhirat.

Saya tetap bersyukur.

Permohonan bantuan kewangan RM250 saya mungkin ditolak, bagi saya tentu ada sebabnya yang hanya Allah sahaja yang tahu. Bila fikir positif RM250 itu berkemungkinan boleh memudaratkan kehidupan saya, mungkin Allah mahu menduga saya, tiada rezeki di situ tetapi ada rezeki dari sumber yang lain pula.


Pukul 10.30 malam saya menaiki bas bertolak pulang dari Pudu Raya Sentral. Sepanjang perjalanan pulang semasa didalam bas saya termenung merenung keluar tingkap yang gelap sesekali diterangi cahaya lampu kenderaan lain yang saling berselisih. Banyak idea yang datang singgah dikepala saya ketika itu, yang boleh dicurahkan ke dalam blog ini tetapi mood tiba-tiba hilang apabila saya kenangkan tentang masaalah line internet dirumah yang adakala sangat "slow". Sehingga ada ketika nak dibuka "dashboard" pun akan mengambil masa yang sangat lama, nak buka dan menjawab message dalam facebook pun boleh buat stress, so semua itu menyebabkan "potong stim" untuk saya terus menyediakan cerita.

Saya tiba dirumah Ahad pukul 1.30 pagi, selesai mandi saya buka TV dan tengok "Running Man" rancangan "feveret" saya yang diulang tayang 3 episode (lama) berturut-turut pada setiap malam Sabtu di Astro 393 sambil mulut mengunyak keropok lekur yang digoreng mak
 
Habis satu badan terutama bahagian kaki saya sakit-sakit kerana banyak berjalan disekitar Bukit Bintang Kuala Lumpur, tidak mengapa excersice jugak tu.



25 comments:

  1. Yes, najmi back with his own experiences. Awat dtg KL tak cakap? Takut la tu nak makan nasi ganja. Betul najmi, kita sama sebagai manusia, tiada yg berbeza. Saya sendiripun baru dua kali kepavillion. Yang penting keberkatan rezekikan najmi. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Tengok mood...selalunya tak da pekara menarik yang nak dikongsikan...Nasi ganja takut gemuk heeee

      Delete
  2. salam najmi
    Boleh saya tau berapa agaknya kos pembedahan ibu najmi


    ita
    BBB

    ReplyDelete
    Replies
    1. ita BBB

      Sebelah mata aje RM3000, insyaallah ada lah rezeki tu nanti...

      Delete
  3. Ya Allah andainya sy ada wang sebanyak itu boleh membantu rawatan mata emak Najmi....tapi apakan daya saya...
    Cuma sy mampu doakan moga emak Najmi sihat dan sentiasa diberkati hidupnya..
    Mmm...sy kalau boleh cuba elakkan diri nak masuk ke KL terutama melalui kawasan Pudu...:(
    Aaarrgghhh....tak sukaaa..!!!

    Alhamdulillah..mungkin ada hikmahnya Najmi tak boleh dpt Rm 250..tapi Allah gantikan dengan Rm 500..Insyaalah mungkin tahun depan ada rezeki yg lain yer...
    Najmi suka ye kacamata biru tu.....
    Ada sesuatu yg mendalam dan tersirat pd entry Najmi ni..simple tetapi menarik olahan pengalaman Najmi ni...moga kita semua selamat didunia dan diakhirat yer..
    Amin..Ya Rabbi..

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Tak mengapa...insyaallah saya sendiri akan menbantu rawatan mata mak tu, dan saya faham kenapa anda cuba elak melalui kawasan Pudu...hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang faham, kalau dalam pemerhatian saya kawasan tersebut agaknya masih kurang selamat terutama buat wanita untuk berjalan sendirian.

      Kaca mata warna Turquoise ahhhhh itu colour feveret saya, tak tahu nak pilih mungkin yang atas sekali tu, kalau berduit dan boros rasanya dua2 tu saya dah sapu hahaha, nak masuk tandas bayar 30 sen pun saya bekira ini kan nak beli spek mahal tu, heee sayang duit....saya paling suka dengan warna Turquoise tak tahu kenapa heee....:)

      Terima kasih..

      Delete
  4. Br 1st time nk komen..slaluny bce je xkomen..ye la,bnyk dh org komen..,komen sy ni xde ap added value pun..haha..mcm2 bnda nk tany,tp xproper kt cni..btw,sy br skali g pavi.g bb pun jrg..kdg2 tu rse tkot..n kdg2 mcm segan...hmm,smoga Allah brkati idup kte sume..amin..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. warkah kembara

      terima kasih lah kerana membaca...takut gi BB pun bagus tu sebab kalau pi mungkin boleh terlajakkan...Ya semoga Allah berkati kita semua...:)

      Delete
  5. eh akak pun kat sana seharian semalam najmi, kalau tahu bole sapa najmi kat pavi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. susumanis

      Wahhh seharian...shopping sakan lah tu..ohhh rasnya saya ada nampak akak tengah galas shopping beg kan...hehehe...:)

      Delete
  6. Baca kisah Najmi diPavillion tu meningatkan saya dengan ramainya golongan songsang di sana..malah bukan di sini aje Najmi..sehinggakan di Giant yg tak glamour tu pun ada nampak kelibat mereka..kalau nak dikatakan bukan di bandar2 besar jer..di pekan2 pun ramai...

    Semoga Allah berukan mereka petunjuk dan hidayah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Sebenarnya ada merata-rata...cuma Pavillion antara lokasi titik tumpu golongan ini yang sangat disukai dikalangan mereka untuk melepak dan cuci mata.

      Delete
    2. Sayang kan perkataan "gay" telah disalahgunakan. Dulu masa zaman budak2 kat sekolah kalau dalam kelas English cikgu akan gunakan perkataan "gay" untuk menggambarkan "cheerful", "happy" dan "glad" serta banyak lagi yang menyeronokkan. Sekarang ni perkataan tersebut telah dirosakkan.

      Delete
  7. Lama juga saya tak komen..selalunya baca je. Saya ada saudara di ipoh. So..kalu saya kesana...sanggup nak jumpa tak?

    Hehe. Bukan mudah kan amik keputusan utk keluar jumpa. Teeutama blogger2 yang menulis kisah kisah gelap. Mcm saya.

    By the way..ye keinginan nak keluar nwgeri dan berhijrah dengan girlfriend tu ada. Dulu. Bila tekanan amat memuncak.

    Sampai sekarang pun masih fikir macam tu kadangakala. Yelah nafsu susah nak tunduk. Dok berjuang menahan diri. Tapi setiap hari nafsu menggasak juga. Kekadang terfikir...hai...kalaau kat tempat lain takde masalah dah.

    Tapi..selagi kita Islam..hukum Allah tetap sama dimana2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MGDA

      Jumpa...tak sangup hehehe...macam MGDA kata terutama blogger2 yang berterus terang tentang kisah gelap pastinya payah nak berjumpa...malu dan segan kan, bagi saya lah kalau orang lain wallahuallam.

      Lain lah kalau orang tak tahu kisah silam kita mungkin boleh bersua, kalau mereka nak agak2 tentang diri kita lantak lah yang penting tak ada pengakuan dari diri kita melalui entry yang kita tulis kan......:)

      Delete
    2. yep, saya cuma berani jumpa kawan2 plu saja kebanyakannya.

      tapi sedikit sebanyak kadang2, saya dah mula tak kisah. tapi belum lah berani sangat. elak2 juga dulu.

      tapi nak kongsi sikit...istilah tentang situasi..orang yang songsang...boleh detect yang songsang...kami panggil gaydar..hahah. kalau member2 lessy..akan cuba observe kakak-kakak kendu.hehehe.

      tapi..saya biasanya suka pandang pengkid..sbb selalu sayu..pada hati..dalam diri masih ada keinginan nak terus macam tu, tapi masa yang sama berlawan dengan kehendak.

      gaydar detected..hahaha

      Delete
    3. MGDA

      Saya percaya naluri tu tak boleh hilang tetapi kita boleh kawal, saya sebenarnya sama suka memandang dan masih berkeinginan...tetapi sebab takut saya masih kuat mengawal diri...:(

      Delete
  8. Slm abg,hari ini br rs lega,cari,selak,kelebek jumpa juga akhirnya,ini kali ke2 terjadi.jgn2 blog ni pun mcm tuan dia juga kot,pemalu :-) kblkgn ni saya cuba lupakan berkaitan kisah odha tp dgn blog abg tak blh,terasa dkt dihati wlu sebln berjauhan.mungkin krn blog&isinya lahir dr isi hati yg ikhlas.membc cerita abg hati saya sedih.nak tlg abg berahsia,nak jumpa bnyk prosudernya :-) .tp saya tahu dulu abg golongan berkarier trpljr,dah tentu abg bijak dlm mnyelesaikan mslhni,mslh mak pun abg tahu caranya.250 tu no komen :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. rosehelmy

      Wsalam, ya betul tuan blog ni memang pemalu dan tak berkeyakinan hehehe, masing-masing punya tingkah laku yang berbeza antara satu sama lain...Abang sebenarnya hanya nak bercerita tentang kisah abg ke KL aje tetapi makin ditulis makin berkait dengan lain-lain cerita yang abg rasa boleh dikongsikan dalam entry ini. Insyaallah abg tahu nak selesaikan masaalah yang abg hadapi...:) 250 tu dah tak ada rezeki nak wat cam na....:)

      Delete
  9. Slm abg,kblkgn ni cuba lupakan sglnya tp dgn blog abg rs dkt ja dihati,mungkin blog ini dilahir&ditulis dgn keikhlasan,sbnrnya dah bnyk hari membukanya tp tak berjaya,mungkin blog ni pun malu mcm Tuan dia :-) .bnyk info yg berguna setidaknya blh bantu kita bt kptsn yg positif.membc apa yg tertulis hati bersyukur krn dikurniakan nikmat yg melimpah ruah wlu dulu melalui spt insan odha yg lain.stigma,menggangur,dilema tp ini hikmah sbnrnya,bgn semula,berusaha,beribdh dan kesudahan memiliki sgl nikmat yg dikurniakan.Abg insan yg dulu berkarier trpljr,sudah tentu abg lbh bijaksana mengatasi mslh yg diterima,ttg 250 tu no komen tp hati tumpang simpati,apapun saya lbh kpd sangka baik dlm semua hal,dihati nak bersua tp prosedur yg ketat permohonan saya ditolak.pd saya lama2 hiv ni jd mslh kecil yg penting pd saya bkln diakhirat.saya doakan kita semua b,gia dunia&akhirat. Rosehelmy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helmy Rose

      Abang bukan insan yang terpelajar dan tak berkarier pun...abg orang biasa cuma dulu pernah ada rasa sedikit kesenangan dalam hidup tapi ketika itu tidak pernah nak bersyukur, maka Allah mengambil segala-galanya daripada abang, kalau dulu abg suka ke Orchard Rd membeli barang tetapi kini nak bayar 30 sen masuk tandas pun boleh fikir tiga empat kali, malah semasa nak naik bas dari Pudu Raya hari tu keinginan nak beli "coca cola" yang berharga RM2.50 pun dipendamkan sebab rasa sayang pada duit...so minum air botol kosong yang dibawa sejak dari rumah aje. Itu semua pengajaran, pada abg ianya tidak menjadi masaalah ianya mengajar agar abg memperbanyakkan rasa syukur kita padaNya...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST