Friday, 1 March 2013

RISALAH - HIV/AIDS MASIH ADA SINAR

Lagi risalah yang saya perolehi di Hospital Besar disini, walaupun isi kandung masih sama dengan risalah-risalah yang lalu serta sama dengan maklumat tentang HIV/AIDS dientry lalu, pada saya ianya tidak menjadi masaalah. 


APA ITU HIV?
"Human Immunodeficiency Virus" iaitu sejenis virus yang melemahkan sistem pertahana badan untuk melawan penyakit. Virus yang menyebabkan AIDS.


CARA ANDA BOLEH DIJANGKITI
- Mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan pembawa HIV
- Berkongsi jarum suntikan dadah atau alatan menghisap dadah dengan pembawa HIV
- Mempunyai ibu yang telah dijangkiti HIV semasa anda dilahirkan
- Melalui pemindahan darah (kebarangkalian kejadian ini amat kecil kerana semua darah melalu proses saringan yang ketat sebelum digunakan)


ANDA TIDAK BOLEH MENDAPAT HIV (BEGITU JUGA DENGAN ORANG LAIN) DENGAN;
- Bekerja atau berada disamping mereka yang menjadi pembawa HIV
- Digigit atau disengat oleh serangga.
- Berkongsi menggunakan tandas terutama tandas duduk.
- Melakukan aktiviti harian seperti berkongsi makanan.


APAKAH PERBEZAAN ANTARA HIV DAN AIDS?
Hiv adalah virus yang menyebabkan AIDS. Walaupun HIV menyebabkan AIDS, seseorang itu boleh menjadi pembawa HIV bertahun lamanya sebelum mendapat AIDS.


PERINGKAT JANGKITAN VIRUS HIV SEBELUM MENDAPAT AIDS

- Proses Jangkitan - Peringkat terawal setelah anda dijangkiti. Virus HIV akan menyerang sel-sel badan dan bereplikasi sebelum sistem imin anda bertindak balas. Anda mungkin berasa seperti diserang demam selsema pada peringkat ini.

- Proses Tindak balas - Pada peringkat ini sistem imun badan mula bertindak balas terhadap virus. Walaupun anda tidak merasa sebarang perubahan, badan anda sedang cuba melawan virus ini dengan penghasilan antibodi. Peringkat ini  adalah dimana anda berubah dari negatif HIV kepada positif HIV.

- Jangkitan (asimptomatik) - Anda mungkin memasuki peringkat dimana tiada simptom jangkitan. Peringkat ini dinamakan jangkitan asimptomatik. Walaubagimanapun anda tetap membawa virus HIV dan dia sedang merosakkan sistem badan waalaupun anda tidak merasa apa-apa.

- Jangkitan (simptomatik) - Peringkat jangkitan simptomatik dimana anda menunjukan simptom jangkitan, seperti jangkitan Pneumocystis Carinii atau radang paru-paru.

- Peringkat AIDS - Anda di dianosa sebagi penghidap AIDS bila anda mempunyai pelbagai simptom dan jangkitan. Pelbagai ujian perlu dijalankan untuk mengesahkan penyakit AIDS.


JANGKAMASA YANG DIAMBIL DARI JANGKITAN HIV KEPADA AIDS
Tiada jangkamasa yang tertentu kerana kadar kejadian bagi setiap individu adalah berbeza. Faktor genetik juga boleh mempengaruhi jangkamasa itu.


MASA DIANTARA JANGKITAN HIV DAN AIDS
Singkat
- Usia lebih lanjut
- Jangkitan oleh beberapa jenis virus HIV
- Kurang zat makanan
- Stress melampau

Panjang
- Mengikut nasihat dan regimen rawatan oleh doktor
- Mengamalkan makanan secara sihat
- Menjaga diri dengan baik


CARA UNTUK KEKAL SIHAT
Anda boleh kekal sihat dengan pelbagai cara. Ini adalah antara cara-caranya:
- Pergi mendapatkan rawatan segera
- Mulakan rawatan segera
- Ikut preskripsi yang diberikan oleh doktor anda
- Jika anda mendapat alahan terhadap ubatan, dapatkan nasihat doktor. Jangan membuat perubahan sendiri atau mengikut nasihat orang lain
- Dapatkan imunisasi untuk mencegah jangkitan pneumonia dan selsema
- Amalkan hubungan seks yang selamat
- Berhenti jika anda merokok atau menagih dadah
- Makan secara sihat
- Bersenam selalu
- Dapatkan rehat dan tidur secukupnya


Walaupun anda positif HIV, anda masih boleh menjalani hidup dengan baik. Amalkan cara hidup yang sihat untuk kekal sihat.



Sumber : Risalah yang saya perolehi di Hospital Besar
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia



2 comments:

  1. Najmi, hidup cara juga penting untuk non PLHIV, bukan hanya PLHIV. Bersama2 kita amalkan hidup sihat, ok....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST