Sunday, 24 March 2013

REMAJA 13 TAHUN DILIWAT LELAKI MENYAMAR POLIS

TANGISAN REMAJA BONGKAR RAHSIA DILIWAT 

PETALING JAYA 31/1/2013 : Tangisan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun membongkar kejadian dia diliwat seorang lelaki menyamar polis yang mengumpan mangsa dengan meminta menunjukkan tempat remaja menghidu gam di bangunan belum diduduki berhampiran PJCC, Taman Medan, di sini, Isnin lalu. 

photo hiasan

Kejadian malang menimpa mangsa hanya disedari bapanya kira-kira jam 6 petang ketika lelaki itu yang baru pulang ke rumah di Taman Sri Manja, di sini, dari tempat kerja mendapati anaknya sedang menangis dalam biliknya.

Menurut sumber, bapa mangsa berusia 41 tahun kemudian bertanya apa sebab menangis sebelum kanak-kanak itu menceritakan kejadian diliwat seorang lelaki sebelum ditinggalkan di padang bola berhampiran Flat Desa Sepakat, di sini.

“Mangsa mendakwa ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai, dia diekori seorang lelaki sehingga tingkat lima blok kediamannya.

“Lelaki terbabit menegur mangsa dan bertanyakan mengenai gejala menghidu gam di kalangan remaja di kawasan kediaman berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa mendakwa kawasan kediamannya memang banyak kes remaja menghidu gam sebelum lelaki terbabit memintanya menunjukkan lokasinya.

“Mangsa yang menyangkakan lelaki terbabit adalah anggota polis selepas melihat lencana dengan logo pasukan keselamatan itu bersetuju menunjukkan tempat remaja menghidu gam.

“Dia dibawa lelaki terbabit menaiki motosikal menuju bangunan kosong berhampiran PJCC sebelum dibawa ke kawasan sunyi dalam bangunan itu. Seluar mangsa dilucutkan dan diliwat,” katanya.

Sumber berkata, selepas memuaskan nafsunya lelaki terbabit menghantar mangsa pulang.

“Mangsa kemudian pulang sendiri ke rumah dan masuk ke bilik sebelum menangis sehingga disedari bapanya.

Bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya sebelum membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk rawatan. 

Dipetik daripada Harian Metro


13 comments:

  1. AO

    Kan macam-macam boleh berlaku...ini yang kita tahu, pastinya banyak lagi yang tak terlintas dikepala yang kita tak tahu ada berlaku...:(

    ReplyDelete
  2. Itulah.,. susah hati AO baca....AO fikir kesan yang akan di alami oleh budak tu selepas ini.

    ReplyDelete
  3. AO

    Kesan dah tentu ada sama ada disedari atau tak, kalau tak dikesan awal dan kalau dibiarkan aje kemungkinan boleh merubah sikap dan tingkah laku dia apabila dewasa kelak. Bagaimana kalau yang menyamar tu ada HIV? maka bertimpa musibah yang melanda pada diri bdk tu.......:(

    ReplyDelete
  4. Ya Allah...trauma nya pasti berpanjangan..malu..sedih.kecewa pasti ada..lebih2 lagi jika disahkan HIV...kenapalah kejamnya dunia ni...!

    ReplyDelete
  5. Najmi, terima kasih atas perkongsian ini...kami ibubapa sekurang2 alert tentang keselamatan anak2. Kalau dulu kita jaga anak perempuan lebih tetapi sekarang perlu seimbang...Moga najmi sentiasa diberkati Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Alhamdulillah...buat ibu bapa perhati juga tingkah laku anak2 usah terlalu sibuk bekerja...bertanya kalau ada yang nampak tak kena, seperti anak yang pering sebelum ini tiba2 jd pendiam atau tiba2 memberontak marah tak tentupasal, maybe tindakkan awal boleh menyelamatkan keadaan anak2 tu bila mereka dewasa kelak, seperti kes diatas kan..

      Delete
  6. WAT THE F!! Kan bagus manusia2 jahat ni pergi bjuang kat lahat datu..kalo mati pun aku tak kesian~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elisie coolzzzz

      Kalau dapat tahan lelaki tu ok lah angkut ke Lahat Datu, tapi kalau dia masih bebas tak ditahan lagi...cam na kan...

      Delete
  7. tula pasal cubala aku ada kuasa bomoh siam ke... ~~aku dpt tangkap je mmg aku suruh mintak Gajah tale LO**NG B**TOT dia pulak! hahaha (im crazy :D dun mind me)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elsie coolzzzz

      huuu ganaz nya hahaha...

      Delete
  8. Macam-macam benda berlaku sekarang. Budak innocent yang selalu jadi mangsa.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST