Friday, 1 March 2013

PLHIV - SOALAN YANG PERLU DITANYA KEPADA DOKTOR TENTANG RAWATAN


1. Berapa banyak pil perlu diambil setiap kali? 
Kini ramai pesakit HIV mengambil kurang pil berbanding dengan dulu. Sebenarnya, kini terdapat satu rejimen yang mempunyai tiga jenis ubat anti-HIV dalam satu pil seperti SLN-30 atau SLN-40. Setengah rejimen mungkin memerlukan anda mengambil antara dua hingga lima pil setiap kali.

2. Berapa kali sehari perlu saya mengambil ubat dan bagaimana mengambilnya? 
Ubat yang biasa digunakan sekarang cuba perlu dimakan dua kali sehari. Setengah dimakan sekali sehari; yang lain mesti dimakan dua kali sehari. Adalah penting untuk memahami kadar pemakanan dan sekiranya anda kurang pasti, jangan malu untuk menyuruh doktor menjelaskannya.

3. Perlukah saya makan ubat dengan perut kosong, atau mesti dimakan selepas makan? 
Setengah ubat anti-HIV mempunyai keperluan makanan. Maknanya, ia mesti di makan selepas makan atau dengan perut kosong agar ia dapat diserap dengan baik. Sama juga, kehadiran makan dalam perut apabila ubat HIV dimakan boleh meringankan atau memburukkan kesan sampingan. Mujurlah, kebanyakan ubat HIV boleh dimakan tanpa menghiraukan keperluan makanan namun amat penting untuk mendapatkan kepastian dari doktor anda.
 
4. Bolehkan saya mengambil ubat HIV dengan ubat preskripsi lain? Bagaimana pula dengan vitamin, herba dan ubat OTC (over the counter)? 
Banyak ubat HIV - dan ubatan lain yang digunakan untuk rawatan penyakit lain, termasuk juga terapi alternatif - boleh berinteraksi dalam badan. Setengah ubat boleh mengakibatkan aras darah ubat itu naik atau turun apabila digunakan bersama (atau selang beberapa jam atau hari). Ini boleh menghalang keberkesanan ubat HIV atau memburukkan kesan sampingan. Risiko ini lebih rendah sekiranya doktor atau farmasi anda diberitahu tentang ubat-ubat lain, herba dan ubat OTC.

5. Apa perlu saya buat sekiranya terlupa dos? 
Sekiranya anda terlupa dos, makan ubat HIV anda sebaik sahaja ingat, tetapi sekiranya ia sudah dekat dengan masa untuk dos seterusnya, tunggu hingga masa dos seterusnya dan biarkan yang telah lalu itu berlalu. Misalnya, sekiranya anda dikehendaki makan ubat satu kali sehari, dan masa berlalu kurang dari 12 jam, makan ubat itu secepat mungkin. Sekiranya, anda dikehendaki makan dua kali sehari dan anda hanya ingat dua jam sebelum dos malam, tunggu hingga masa dos malam. Tetapi, sekiranya perkara ini kerap berlaku, anda harus membuat sesuatu seperti meminta bantuan ahli keluarga, kawan atau memasang loceng.

Sumber : Disini
 
 

 

8 comments:

  1. 12/3 ni saya akan berjumpa dgn doktor. Jika cd4 dan viral load sy mempunyi perubahan yg positif selepas makan combivir+nevirapine, apa soalan2 selanjutnya yg sy perlu tanya pada doktor tentang kesihatan sy dgn haart? Apa yg sy dipahamkan, doktor di hospital tu akan bertukar setiap 3 bulan. Boleh kah saya request keputusan ujian darah utk di print out kepada saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZeroFive

      Saya doakan terbaik buat awak, untuk pengetahuan awak saya disini biasanya akan diberi salinan segala keputusan bagi ujian CD4 mahu pun Viral Load dan segala berkaitan dengan keputusan ujian yang lain2 tu.

      Semua keputusan sejak mula ujian darah saya dibuat bermula pada tahun 2o10 (mula menelan HAART) saya simpan hingga sekarang.

      Ditempat lain saya tidak pasti....Saya rasa awak boleh minta keputusan ujian tersebut untuk disimpan....buat kenangan heeee....:)

      Delete
    2. Hahaha takde lah sampai nak buat kenangan.. Tapi nak beza kan keputusan tu dari yg sebelum. Doktor sy yg dulu suka cakap OK Semua normal... Kadang2 rasa tak percaya gak. Tapi x tau lah yg akan dtg ni, mungkin bertukar doktor pulak. Lagi2 sekarang dah mula haart... Takut juga side effect ubat mcm anemia, liver problem, etc.

      Oh ya, sy berharap juga sy boleh berhenti dari makan bactrim 2 biji sehari tu.. Seram makan ubat byk sgt...

      Anxiety sy pula come and go... Kadang2 ok, tapi bila sorang2 mula lah anxiety.

      Badan selalu rasa berat, nafas ok tapi rasa mcm org hidung tersumbat bila nafas. Sy mula rasa mcm ni sejak sebelum mula haart, masa tu baru dapat PCP dan makan bactrim. Sy slalu rasa bactrim yg buat rasa penat teramat, lesu, rasa malas. Atau mmg sy yang pemalas sbb berat badan naik sikit ni , rasa berat je badan hahaha..

      Delete
    3. ZeroFive

      Allah kalau simpan buat kenangan pun tak salah, setahun maybe sekali atau dua kali aje buat ujian tu kan....

      Awak kata hidung tersumbat bila nafas sejak memulakan HAART, hmmm tak pernah pula saya alami seperti tu dulu, walaupun saya makan bactrim selama hampir 3 tahun dulu tapi Bectrim saya dah dihentikan sebab kata doktor kalau CD4 kita lebih 200 kita tak perlu Bectrim lagi, ya...maybe kesan pada setiap individu berlainan antara satu sama lain.

      Insyaallah kalau CD4 awak naik melebihi 200 doktor akan hentikan pengambilan Bectrim (tapi tengok juga doktor mana yang awak jumpa nanti)

      Delete
  2. Najmi may Allah blessed u barakah, remain blogging coz u are sharing n helping without realizing.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..sy ingin bertanya pada saudara..tanda awal org yg dijangkiti bagaimana..dan adakah tanda e2 dpat dikenalpasti dalam masa seminggu?sy mengalami kesukaran untuk melakukan pemeriksaan kerana sekarang berada di germany..bolehkah saudara berkongsi dengan sy??
    Insan yg stress sgt2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insan Yang Stress

      Wsalam, tanda2 awal berbeza diantara seorang individu dengan individu yang lain, ada yang telah dijangkiti tetapi tidak mengalami apa-apa tanda, tetapi kebiasaannya selepas dijangkiti dimasuki virus dalam badan selepas dua minggu baru akan mengalami kesan tanda2. Tapi berbeza diantara seorang dengan seorang yang lain, mungkin ada yang mengalami simptom lebih awal, wallahuallam.

      Antara tanda2nya ialah mengalami demam, demam yang tidak kebah2, mungkin juga muntah, loya seperti yang berlaku kepada saya dulu. Gejala yang biasa ialah naik ruam seluruh badan, ruam yang gatal2 dan adakala naik bisul dimana2 bahagian badan. Gejala ini biasanya berlarutan seminggu lebih (berbeza diantara seorang dg seorang yang lain)

      INFO INI MUNGKIN BOLEH MEMBANTU:

      Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?

      Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti HIV seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit otot, sakit kepala, cirit-birit, bengkak kelenjar limfa, letih, ruam, sakit sendi atau turun berat badan tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain.

      Tanda-tanda awal ini boleh sembuh dalam beberapa hari. Penyakit-penyakit ringan seperti ini juga mungkin bukan disebabkan HIV tetapi akibat jangkitan virus yang lain. Oleh kerana tanda-tanda ini boleh sembuh seperti biasa, is sering disangka sakit biasa.

      Ada juga kesan yang dipanggil asymptomatic, iaitu tidak menunjukkan apa-apa tanda sama sekali, yang mungkin mengambil masa beberapa tahun tanpa diketahui sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali.

      Keadaan ini amat merbahaya kerana dalam jangka waktu tersebut seseorang yang positif HIV mungkin akan memindahkan virus yang terselindung ini kepada orang lain tanpa disedarinya. Jadi satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.

      Jangan terlalu yakin jika anda berasa sihat. Jangkitan HIV tidak menunjukkan tanda sehingga sistem daya tahan badan anda mulai menjadi lemah. Anda bernasib baik jika ia tiada dalam tubuh anda. Tapi mungkin juga virus itu sedang membiak dan memusnahkan sistem daya tahan badan anda sedikit demi sedikit. Anda mungkin tidak merasakannya, sehingga hampir keseluruhan sistem daya tahan badan anda dimusnahkan. Dan dalam pada anda tidak menyedari kehadiran HIV itu anda mungkin telah menjangkiti orang lain.

      Pengesahan segera memungkinkan rawatan segera jika anda disahkan positif HIV. Sebaliknya, alangkah leganya jika anda disahkan tidak menghidapinya.





      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST