Saturday, 16 March 2013

PENAWAR HIV/AIDS DITEMUI DARI LEBAH?


Bisa Lebah Dan Partikel Nano Penyembuh HIV/AIDS?

Keajaiban serangga lebah terus menerus dibuat kajian di kalangan saintis. Dilaporkan di laman Spectrum, IEEE, saintis dari Washington University di St. Louis, menjalankan kajian dan membuat pengumuman bahawa bisa yang diperolehi dari lebah berkebolehan untuk melawan virus Human Immunodeficiency Virus (HIV). Laporan ini membuka lembaran baru pencegahan sekaligus memberi harapan untuk penyembuhan virus dan penyakit HIV/AIDS.

Hasil penyelidikan yang dijalankan telah diterbitkan di Jurnal Antiviral Therapy. Penyelidikan membuktikan bahawa penggunaan cairan bisa dari lebah atau dikenali dengan nama saintifik sebagai melittin dan partikel nano yang disuntik ke dalam darah mampu membunuh virus yang menjadi ancaman manusia sejak sekian lama tanpa penyembuhan.

 
[Baca : Lebah Mati Akibat Aids]

Menurut Joshua L. Hood (MA, PhD), penyelidik yang terlibat dalam kajian ini, beliau membuat kajian dengan meneliti karakter fizikal virus HIV. Menurut beliau, secara teori tiada kaedah untuk virus HIV beradaptasi. Virus perlu memiliki lapisan pelindung, dua membran yang melindungi virus.

Melittin mempunyai kaedah tertentu yang khusus untuk menyerang virus HIV. Melittin pada partikel nano berfungsi dengan lapisan luar virus. Melittin membentuk pori-pori atau liang kecil, menghancurkan lapisan pelindung dan membunuh virus. (IEEE Spectrum 6/3/2013)

 
[Baca: Bisa Sengatan Lebah Mampu Kesan Bahan Peledak]

Melittin dan partikel nano ini hanya bertindak khusus terhadap virus HIV sahaja. Justeru itu, ia tidak membahayakan sel-sel tubuh manusia yang lain. Profesor L Hood, menggabungkan partikel nano dengan suatu lapisan yang dikenali sebagai protective bumpers iaitu ruang pada permukaan partikel nano. Sel manusia tidak akan berjaya melepasi protective bumpers ini.

Menurut Hood, dengan penggunaan bisa lebah dan partikel nano, HIV mampu dihilangkan dari tubuh manusia. Ia berbeza dengan rawatan anti-retroviral yang hanya berjaya mencegah virus HIV dari membiak atau reproduksi. Dengan kata lain, bisa lebah dan partikel nano mampu menyembuhkan HIV/AIDS.

 Sumber Disini 


5 comments:

  1. Byk kajian ttg lebah n madunya. Ini dinamakan teknologi Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..teknologi Allah memeng hebat..semuanya untuk hambaNya kan..
      MW mesti berpengalaman ttg madu lebah dan bio perubatan dari lebah ni kan..sbb ada beri tahu pernah mmbuat kajian ttg lebah ni..boleh dikongsi bersama yer..
      syukran jazillan

      Delete
  2. Assalamualikum... saya tidak begitu pakar dalam agama tapi saya nak cerita sedikit asal usul lebah menurut agama. Jangan tanya nas dan sebagainya sebab saya tak ingat... saya baca pun dari kitab entah apa nama masa saya kecil lagi.

    Ingatkah kita akan takwanya Nabi Allah Ayub a.s yg dikurniakan Allah s.w.t dengan panyakit yg sangat hebat yg tak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun juga dimukabumi ini sampai kiamat. Atas permintaan Iblis laknatullah, Allah mengizinkan beliau mengganggu Nabi Allah Ayub semata2 untuk menguji keimanan baginda. Pada satu hari ketika baginda sedang sujud, ditiupkan Iblis ke wajah Nabi Ayub sehingga wajahnya berulat. Sejak dari itu satu demi satu nikmat hidup Nabi Ayub ditarik oleh Allah termasuk anak2nya, harta nya, isterinya dan kesihatannya. Tapi kesihatannya lah yg selalu menjadi pedoman manusia. Ulat2 yg ada pada tubuh Nabi Ayub tidak dibuangnya dengan alasan oleh Nabi Allah tersebut, rezeki ulat itu adalah dibadannya. Apabila baginda hendak mengangkat wuduk dan solat, diletakkan ulat2 tersebut ditepi dan dikembalikan ke tubuhnya semula setelah selesai solat. Namun kesengsaraan hebat itu tidak mengurang keimanan Nabi Ayub dari mengingati Allah s.w.t.

    Namun ada doa dari Nabi Ayub, baginda merelakan ulat2 tersebut memakan tubuhnya jika itu kehendak Allah tapi dia berharap ulat2 itu tidak memakan otak dan hatinya kerana dua bahagian itu digunakan untuk mengingati Allah. Masa berlalu lama dan penderitaan Nabi Ayub semakin berat dan hidupnya semakin sengsara. Seluruh tubuhnya habis dimakan oleh ulat2 tersebut kecuali tulang, kulit, otak dan hati sahaja. Disinilah keajaiban Allah yg terus membenarkan baginda hidup walaupun sudah tak boleh berdiri lagi sehinggakan kononnya sinaran matahari boleh menembusi badan baginda. Anehnya sehingga ke tahap inipun baginda tetap bersyukur kepada Allah dan tidak meminta sebarang bantuan.

    Akhirnya setelah semua bahagian tubuhnya habis dimakan, ulat2 tersebut telah memakan satu sama lain sehingga habis dan tinggal dua ekor sahaja. Seekor mula bergerak untuk memakan hati dan seekor lain bergerak untuk memakan otak. Kerana bimbang baru lah Nabi Allah Ayub a.s berdoa meminta bantuan dari Allah. Maka datanglah bantuan Allah. Kedua2 ekor ulat itu digugurkan dari tubuh baginda, seekor jatuh ke air menjadi lintah dan seekor jatuh ke darat menjadi lebah dan kedua2 nya memberi manafaat besar kepada manusia. Selanjutnya malaikat Jibrail membawakan air dari suyrga untuk diminum oleh baginda dan keseluruhan tubuh baginda kembali seperti asal malahan tubuhnya menjadi semakin muda dan gagah. Allah s.w.t juga mengembalikan isteri baginda, harta benda nya dan meramaikan kembali zuriat baginda. Terbukti lah kepada Iblis akan kesalehan Nabi Allah Ayub a.s adalah kerana Allah dan bukan kerana kemewahan hidupnya.

    Begitulah lebih kurang asal usul lebah dan lintah yg sekarang ni sangat bersar manafaatnya kepada manusia. Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abg Bear,

      Terima kasih kerana berkongsi kisah Nabi Ayub, semoga kita semua boleh jadikannya sebagai panduan dan pengajaran..Alhamdulillah...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST