Tuesday, 19 March 2013

SALIHIN - PELAJAR UNIVERSITI MINTA NASIHAT UNTUK BERUBAH


Assalamualaikum Abang Najmi.

Saya Salihin (bukan nama sebenar) seorang pelajar universiti yang berumur 22 tahun.

Pertama sekali saya berasa kagum dengan abang kerana ketabahan menghadapi penyakit HIV ini. Jika saya berada di tempat abang belum tentu boleh menghadapinya dengan baik kerana iman dan ilmu agama yang tidak kuat. (nauzubillah)


Saya ingin berkongsi sedikit dengan abang kisah saya, dengan harapan abang boleh bagi panduan atau nasihat kepada saya.

Baru-baru ini saya telah melakukan hubungan seksual saya yang pertama dengan pemuda yang hanya dikenali di facebook sahaja. Nak dijadikan cerita, kami terlajak melakukan hubungan seks yang dilakukan tidak selamat, menggunakan kondom tetapi ada kemungkinan contact diantara mani dan anus yang terdapat pendarahan di situ. 

Dan hanya selepas itu barulah kami betul-betul kenal sama sendiri dan waktu itu saya dapat tahu dia telah terjebak dalam kegiatan ini sekurangnya 8 tahun. Sekarang ini sudah 2 hari asyik memikirkan kemungkinan yang saya telah dijangkiti. Perasaan saya semakin yakin yang dia ini berkemungkinan positif HIV apabila dia telah mengadu mengalami symptom-symtom seperti jangkitan HIV akut: demam, selesema dan sakit-sakit urat sebulan yang lalu setelah disiasat di wall facebook. 

Tambahan pula dia, saya mendapat tahu dia tidak mengamalkan "safe sex" kerana pada malam kejadian itu ketika dipinta membeli kondom, dia enggan membeli kerana katanya malu. Dan apabila ditanya kembali sebelum ini bagaimana, rupa-rupanya dia tidak pernah menggunakan kondom langsung ketika melakukan hubungan seks  sebelum ini.

Sekarang saya rasa sungguh menyesal kerana telah mengikutkan nafsu dan curiousity. Salah saya juga kerana satu mengikutkan nafsu dan yang kedua tidak betul2 menyiasat latar belakangya sblm itu; ingtkn nampak muda dan alim, okla org tu tetapi sebaliknya. 

Secara overallnya saya tidak merasa kenikmatan atau keseronokan langsung daripada hubungan 'one night stand' itu. Bukan saya ingin mengatakan bahawa saya menyesal yang saya tidak dapat kenikmatan daripada hubungan itu, tetapi menyesal kerana dosa yang telah dilakukan. Perbuatan yang pada asalnya ingin merasai nikmat selama beberapa minit kemungkinan boleh merosakkan seluruh kehidupan saya. 

Saya bercita-cita ingin berkeluarga, ingin berjaya dalam kerjaya saya dan ingin hidup sihat sehingga ke hari tua nanti. Semua ini mungkin musnah begitu sahaja jika saya dijangkiti HIV. (saya ini senang demotivated dengan dugaan). Malah sekarang perasaan susah hati sentiasa berada dijiwa dan mengganggu pembelajaran saya di universiti. Hanya dengan mendengar ayat-ayat al-Quran sahaja diri rasa tenang.

Sekarang ini saya sedang menunggu sehingga sekurang-kurangnya 6 minggu selepas exposure untuk melakukan test HIV. Minta-minta dijauhkan daripada HIV. Dan jika positif, semoga saya ketika itu betul-betul bersedia dan tabah.

 

Saya juga telah berjanji kepada diri sendiri bahawa tidak akan melakukan perbuatan yang dilarang ini lagi dan ingin kembali ke pangkal jalan. Saya bersyukur sangat-sangat kerana pengalaman saya yang pertama ini begini (tidak dapat kenikmatan daripada hubungan itu), jikalau ianya sesuatu yang menyeronokkan sudah tentu saya akan terus hanyut. 

Dan sekiranya kelak keputusan ujian HIV mengesahkan saya negatif HIV, semoga saya kekal menjadi seorang yang beriman dan dijauhkan daripada perkara terkutuk ini demi menggapai cita-cita yang telah lama diidamkan.

Masalahnya sekarang saya ini mempunya ilmu agama yang sangat sedikit, membaca al-quran pun tersekat-sekat. Walaupun saya telah berjanji untuk tidak terjebak dalam hubungan seks songsang, saya takut tidak dapat melawan nafsu kerana saya seorang yang kerap beronani melihat perkara yang menghairahkan seperti filem-filem barat dan filem pornografi. Perasaan malu pun ada, dalam hendak berubah kerana takut dengan pandangan orang lain. 

Pernah sekali rakan-rakan mengajak untuk sama-sama mengikuti usrah tetapi malu sebab jika dibandingkan antara saya dengan mereka ilmu agama saya sangat sedikit. Diharap dengan pengalaman abang Najmi, abang boleh membantu saya. Dimana saya perlu start untuk berubah? Bagaiman mengawal nafsu? dan sebagainya..

Terima kasih abang Najmi kerana telah memberi inspirasi kepada saya. Semoga Abg Najmi dikurniakan kesihatan yg berpanjangan. amin..


Salihin



Assalamualaikum abang Najmi...

Terima kasih untuk segala nasihat yang diberi, insyallah saya amalkan. Saya tidak akan meninggalkan solat lima waktu lagi. Saya akan cuba perbaiki kelemahan saya sedikit demi sedikit dan minta-minta agar konsisten sampai ke akhir hayat.
 

Terima kasih juga atas pengalaman yang abang kongsikan  dan harap saya pun nanti negatif juga seperti kawan kita tu.

Seks hari itu menggunakan kondom dan saya berposisi bottom. Dan mengikutnya, dia adalah pure top. Selepas seks hari itu dia balik terus.  Waktu saya nak buang condom tu ada air mani sikit yang kena tangan saya, dalam masa yang sama saya rasa tak selesa di lubang dubur saya. Saya pun dengan selamba guna jari yang sama masukkan jari ke dalam dubur tu (sbb rasa tak selesa). Benda tu berlaku sekejap je sampai la saya baru teringat yang jari tu baru kena air mani dekat kondom tu. 


Lepas tu jari yang saya guna tu tadi ada darah. Saya confirm balik dengan melihat cermin ada pendarahan dekat lubang dubur saya. Saya risau air mani tu bercampur dengan darah saya dan boleh menyebabkan saya mendapat jangkitan.

Satu lagi saya pun ada melakukan oral kepada pasangan saya selepas dia keluar mani. Tetapi selepas tu, tidak berlakunya lagi pancutan mani kedua. Saya tahu yang peratus transmission melalui oral adalah sangat-sangatlah sedikit. Tetapi, gusi saya sebelum ini senang berdarah dan kebetulan wakut tu pun saya mempunyai gigi berlubang tetapi pendarahan saya tak sure.

Apa-apa pun saya nak buat test jugak. Mungkin dalam sebulan lagi bila dapat cuti, saya nak balik rumah (kampung) sebab saya takut nak buat dekat kawasan saya belajar. Saya rapat dengan kakitangan hospital dan doktor-doktor dekat sini sebab buat "praktikal" di hospital yang sama dah dekat setahun. Kalau nak ke klinik swasta pun kadang-kadang ada doktor yang saya kenal buat part time kat situ. Takut kena pandang serong...

Saya memerlukan kepastian jugak, saya akan buat test. Kalau negative saya anggap Allah bagi peluang kedua untuk saya menjadi insan yang lebih baik dan soleh. Tetapi kalau positif, saya redha. Kalau detect awal, mungkin boleh start treatment awal.

Abang najmi, 


Sekarang ini saya mengisi masa bersama kawan happy-happy macam biasa dan concentrate dalam study, saya tak nak melayan sangat perasan bimbang atau risau saya. Buat masa ni sebelum tunggu masa buat test saya banyakkan berdoa minta pertolongan dari Allah dan semoga saya bebas HIV.

Abg najmi,


Boleh kongsikan email saya di blog tak mengapa, no harm is done org kata. Harap-harap nanti ada orang boleh bagi nasihat atau pendapat kepada saya.

Sekali lagi thank u very much. Tak ada tempat lain saya boleh bertanya dan kongsi masalah kecuali dengan abang Najmi. Lonely sungguh menjadi songsang ni, susah nak share masalah dengan orang lain. Dengan kawan-kawan belum tentu lagi boleh memahami entah-entah dipandang slack.

thanks..



Salihin 

 


13 comments:

  1. Saya harap adik ni ambil pengajaran dari kisah ni. ermm harap negetif dan jangan sedih kalau kita ni cetek ilmu agama tapi sedihlah kita ni xmau belajar ilmu agama.. cari dari sumber yang betul dan belajar bersunguh-sungguh walaupun lambat lambat

    ReplyDelete
  2. Saya harap Salihin dapat berjumpa doktor secepat mungkin dan saya rasa doktor akan berikan ubat untuk membunuh virus HIV. Untuk maklumat Salihin, virus HIV boleh dibunuh dengan ubat yang sediada sebelum ia masuk ke dalam immune system DNA cell dan ia tidak dapat dicapai oleh mana2 ubat (walaupun kajian terbaru yang dibentangkan di California 3 minggu lepas saintis di australia telah berjaya memanggil keluar virus HIV yang bersembunyi dalam immune system DNA cell). Saya rasa doktor akan berikan ubat untuk Salihin makan selama sebulan. Insya allah kalau ada virus HIV dalam darah Salihin ia akan dapat dibunuh. Jangan tunggu selama sebulan kerana kalau virus HIV ada mungkin mula masuk ke dalam sel2 badan terutamanya immune system DNA cell dan ia sudah terlambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Saya teringat dan cuba ingatkan kembali setelah membaca maklumat yang anonymous berikan....terlebih dulu terima kasih kerana meninggalkan komen nasihat...:)

      Saya pernah bertanya kepada nurse yang bertugas mengendali PLHIV di hospital disini, "Bagaimana sekiranya seorang kakitangan yang mengambil darah pembawa virus HIV (PLHIV) tercucuk masuk jarum yang mengandungi darah HIV dan darah tersebut masuk ke tubuh badan mereka sendiri ketika (cuai) bertugas".

      Jawaban yang diberi ialah kakitangan yang terkena cucukan jarum yang ada darah HIV itu akan segera diberi makan ubatan kalau tak silap saya ubatan HAART (yang dimakan bermula pada hari kejadian berlakunya permindahan virus tersebut), kerana peluang membunuh virus atau menghindarkan diri kakitangan terbabit dijangkiti HIV adalah cerah.

      Saya ada berkongsi sedikit tentang masaalah ini dalam salah satu entry dalam blog ini yang lalu (tapi saya sendiri tak pasti entry yang mana satu, lupa dalam entry mana heeeeeeee...... kena belek-belek lah pulak nanti...).

      TETAPI dalam kes Salihin ini agak sukar, maksud saya dia sebagai orang luar (bukan kakitangan hospital) yang belum tentu sah (ada bukti) telah berisiko dijangkiti HIV akan diberi makan ubatan tersebut dengan kadar segera.

      Sudah tentu doktor akan menyoal macam-macam soalan malah pastinya Salihin terpaksa juga membuat ujian pengesahan seperti biasa terlebih dulu dan sebagainya yang mengambil masa.

      Bukti kukuh yang menunjukkan diri kita telah dimasuki virus perlu ada seperti kes kakitangan tercucuk jarum yang ada darah HIV itu.

      Saya tak pasti orang luar seperti kita yang bukan kakitangan hospital, yang tiba-tiba datang jumpa doktor sebab merasakan diri telah dimasuki virus dan minta ubatan tersebut, akan diberi ubatan itu. Sudah tentu susah mereka nak beri.

      Ubatan tersebut mahal harganya, selain mempunyai KESAN SAMPINGAN yang memerlukan pemantauan berterusan, ianya juga antara ubatan yang berada dalam "kawalan" yang tidak boleh diberi sewenang-wenangnya.

      Macam saya katakan tadi kita perlu ada bukti kukuh....Agak sukar doktor nak percaya, kalau kita kata kita baru lepas buat seks dan air mani pasangan terkena pada luka dibadan kita, sedangkan pasangan seks kita itu pun belum tentu positifnya lagi....sudah tentu pasangan seks kita juga terpaksa berjumpa dengan doktor dulukan, kena diinterview dulu, kena disahkan yang dia benar-benar seorang positif HIV.

      Lagi satu beranikan kita apatah lagi seorang remaja seperti Salihin hendak berterus terang kepada doktor dan beri bukti bahawa tubuh kita sudah benar-benar sah dimasuki virus tersebut melalui seks bebas.

      Tapikan kalaulah ubatan tersebut ada dijual difarmasi yang mudah diperolehi, sesiapa pun boleh beli, sudah tentu senang kan......

      Sekadar maklumat tambahan - Ada ubatan yang diberi nama "TRUVADA" as an HIV-prevention - for use in healthy people considered at high risk of becoming infected with HIV, such as those who have an HIV-infected partner. Ubatan ini saya tak pasti ada dijual di negara kita atau tidak tapi ubatan ini hanya untuk menghalang berlakunya jangkitan dikalangan orang sihat.

      Wallahuallam.......:)

      Delete
    2. Najmi,

      Saya rasa Salihin kena buat ujian pengesanan secepat mungkin dan kalau didapati positif beliau perlu mulakan HAART secepat mungkin tanpa perlu tunggu sehingga CD4 turun sampai 350. Sebabnya peluang untuk sembuh adalah cerah kalau mulakan rawatan awal. Walau bagaimanapun, saya doakan keputusan ujian terhadap salihin adalah negatif.

      Delete
    3. Najmi,

      Memang betul ubatan HAART adalah mahal, tetapi pihak kementerian kesihatan malaysia perlu mengubah pendekatan dalam menangani HIV di Malaysia. Ubatan HAART perlu diberikan kepada golongan berisiko dijangkiti. Maknanya, golongan risiko dijangkiti HIV perlu diberikan ubatan kalau mereka rasakan yang diri mereka terdedah dengan virus HIV. Pendekatan ini lebih baik dan menjimatkan kos rawatan HAART yang jauh lebih mahal kalau pesakit terpaksa mengambil ubatan HAART sepanjang hayat beliau. Ini yang telah dilakukan di negara-negara maju sekarang ini. Ini juga yang dibuat ke atas bayi di Mississippi, US apabila beliau diberikan rawatan extensive sejurus beliau dilahirkan dan beliau merupakan manusia kedua yang sembuh daripada HIV selepas Timoty Brown. Begitu juga dengan 14 orang pesakit di Perancis yang sudah sembuh dan tidak lagi bergantung kepada ubatan HAART. Kalau di Perancis tuh mereka dah 10 tahun tidak ambil ubatan HAART tetapi virus yang ada dalam badan mereka sudah tidak aktif dan tidak mengancam immune system mereka dan ini dipanggil 'functional cure'.

      Delete
    4. Anonymous

      Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan pendapat saudara supaya sesiapa sahaja yang merasai telah dijangkiti virus (baru berlaku) agar segera berjumpa doktor dan kalau boleh makan ubat secepat mungkin bagi menghalang virus dari terus membiak, itu pun kalau doktor faham dan boleh bagi ubatan dengan kadar segera untuk dimakan, insyaallah kalau lagi cepat ubatan dimakan virus akan dapat dihalang dari terus membiak.

      Tapi tu lah, saya sangat tidak yakin yang pihak hospital buat masa ini akan memberi ubatan dengan mudah kepada sesiapa sahaja yang datang meminta kecuali kita sudah ada bukti kukuh yang tubuh kita telah (baru) dimasuki virus HIV.

      Dan saya sangat setuju agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengubah pendekatan awal dalam menangani HIV seperti yang saudara katakan itu, memberi ubatan segera kepada sesiapa yang mengesyaki diri baru sahaja dijangkiti HIV.

      Buat masa ini Kementerian Kesihatan pada saya sudah pun melaksanakan pendekatan itu dikalangan kakitangan mereka sendiri (kerana apabila sudah ada bukti kukuh bahawa jangkitan telah berlaku dikalangan kakitangan mereka seperti tercucuk jarum mengandungi darah virus HIV)

      Virus HIV insyaallah boleh dihalang membiak dalam badan individu yang baru sahaja sah (yakin) diri mereka dimasuki virus tersebut (maybe dalam dua tiga hari selepas badan dimasuki HIV) untuk segera makan ubat bagi menghalang virus membiak, tetapi kalau dah lebih dua minggu (window period 14 hari) saya rasa pendekatan makan ubatan dengan kadar segera sudah tidak berkesan. Wallahuallam.

      Jadi masyarakat terutama kakitangan hospital termasuk doktor perlu faham tentang bagaimana cara pendekatan ini dilakukan.

      Selagi masyarakat tidak faham terutama berkenaan pekara asas tentang HIV/AIDS seperti cara bagaimana HIV berjangkit, saya rasa pendekatan ini sukar dilaksanakan. Dikalangan kakitangan kesihatan juga ramai yang masih tidak faham tentang maklumat asas HIV, tidak faham tentang pentingnya kerahsiaan maklumat seseorang PLHIV, masih ada yang tidak menghormati individu yang datang menjalani ujian HIV. Semua faktor ini boleh menghalang pendekatan yang saudara sarankan itu daripada dilaksanakan dengan berkesan (sekiranya dilaksanakan).

      Saya juga ada menasihati Salihin kalau boleh segera membuat pemeriksaan jangan tunggu sampai 6 minggu tapi seperti yang dia kata dia nak buat pemeriksaan di kampung, sebab dia takut nak buat pemeriksaan dikawasan tempat dia belajar kerana bimbang dikenali.

      Kita hanya boleh nasihat tapi keputusan ditangan dia. Mudah-mudahan Salihin akan mendengar nasihat yang anonymous beri untuk kebaikan buat dirinya juga...Dan sama-sama lah kita doa agar Salihin -VE HIV.

      Delete
  3. Salihin, tahniah dan alhamdulillah adek cepat tersedar. Apa2 pun tabahkan hati dgn keputusan yg akan diterima. Menjadi songsang adalah dugaan Allah utk insan yg hebat. Berjihad melawan nafsu sendiri bukan mudah. Mengenai agama, tak kira tua muda, semua org wajib belajar. Kami doakan segala urusan anda dipermudahkan allah, dijauhi dari segala penyakit n bjaya dlm hidup. Take care

    ReplyDelete
  4. semoga Allah swt menolong adik ini ke pangkal jalan, doa jangan putus ya dik, akk doakan juag, inshaAllah

    ReplyDelete
  5. Saya pun harap salihin dapat buat ujian tu secepat mungkin. Jgn jadi macam saya dik, dah kena pneumonia pcp, CD4 dan viral load waktu disahkan positif waktu tu 214/145,000. Stress, anxiety, panic tu semua org akan alami bila dah ada virus ni.

    ReplyDelete
  6. chaiokk salihin...you can do it...byk kn doa, jgn tinggal solat, bykkan mengadu pada Dia, pilih kawan y betul2 boleh membawa kita ke arah kebaikan...insyaAllah...

    CHAIOKKKKKKKK... :)

    ReplyDelete
  7. Saya bukanlah pandai, tapi ketakutan ini boleh dikurangkan apabila adik ni dapat pujuk lelaki tersebut buat ujian HIV,
    Sekurangnya ada langkah susulan bersama jawapan...berteka-teki kadangkala membawa mudarat pada diri, lelaki tersebut dan mangsa lain apatah lagi detik perjalanan masa itu cenderung pada risiko.

    ReplyDelete
  8. abg Naj Mi, tdi saya ada post artikel saya ke email abg najmi620@yahoo.com. Alhamdulillah, saya perlukan panduan dari abg dan saya tidak mempunyai HIV sebab saya tak wat seks lg. Harap abg Najmi teliti dlu tulisan saya sebab penjang sgt. Itu adalah sbahagian idup saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Salam email abg bukan yahoo.com TETAPI gmail.com...Anonymous copy dan paste balik kisah tu dan send aje email ke

      hidupmestiditeruskan@gmail.com

      Abg tak dpt email dr awak sebab awak dah silap guna alamat email......Abg tunggu OKEY

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST