Tuesday, 12 March 2013

KETUAT, KUTIL KELAMIN PERLU DIRAWAT PAKAR KULIT


LELAKI sering mengalami masalah anggota kelamin seperti kemunculan kutil, ketuat, gelembung, bijian, kudis dan ketulan. Sebenarnya, ia tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, ia petanda anda ada penyakit kulit dan kes itu perlu dikendalikan doktor pakar kulit.

Anda harus menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan jika masalah itu memudaratkan kesihatan dan mengganggu hubungan seksual dengan pasangan atau membahayakannya.

Untuk makluman, kutil atau ketulan kulit seperti 'daging' yang berjuntai di keliling penghujung zakar, tempat jahitan berkhatan atau ketulan isi yang timbul di pangkal zakar mungkin ketuat atau 'warts'.

Kadangkala, bekas parut yang berlaku selepas berkhatan disangka ketuat kerana cantuman kulit tidak sempurna. Maksud kutil sebenar ialah lebihan kulit yang berjuntai dan ia bukan penyakit kulit, manakala ketuat pula penyakit kulit akibat jangkitan virus atau HPV (Human Papilloma Virus).

Ketuat di penghujung zakar berbeza daripada di kulit tundun atau pangkal zakar kerana kulit bahagian itu berbeza.

Bagaimanapun, jangkitan itu sama walaupun jenis virus ketuat mungkin berbeza. Jika anda mendapati kutil di keseluruhan anggota kelamin dan tidak tahu ia jangkitan atau sebaliknya, anda harus berjumpa doktor untuk kepastian.

Ketuat boleh merebak cepat dan keseluruhan kulit zakar boleh terkena jangkitan. Begitupun, ia boleh mengecut apabila virus musnah kerana tindak balas sistem daya kawalan atau 'sistem immune'.

Jika benar jangkitan kulit itu adalah ketuat, doktor boleh memberi ubat untuk disapu dan ketuat itu boleh hilang dan pulih seperti sedia kala. Bagaimanapun, jangan risau kerana ketuat jarang berubah kepada kanser.

Saya syorkan lelaki yang ada masalah ini supaya berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan.

Ramai tidak tahu sebenarnya ketuat boleh dijangkiti daripada hubungan seks. Buat masa ini golongan lelaki tidak perlu mendapat suntikan pelalian HPV seperti mana yang digalakkan kepada perempuan berumur sembilan hingga 26 tahun.

(Sumber Harian Metro)








44 comments:

  1. Ya Allah, geli dan ngerinya tgk, masyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      ....buat pembaca lain bila ada rasa perasaan geli dan takut insyaallah mereka akan lebih berhati2 terutama melibatkan sex bebas ni.....

      Delete
  2. Terima kasih dgn info Najmi yg sentiasa up date dan di buat berulang2..banyak maklumat Najmi dapat difahami dgn mudah..
    Cara pendekatan yg sangat baik ...
    Teruskan usaha Najmi tu..jangan jemu menulis ye..saya sentiasa sokong penulisan Najmi100%..moga Najmi sentiasa dirahmati Allah.
    Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Alhamdulillah kerana memahami, saya akan tetap berkongsi maklumat yang sama seperti.... APA ITU HIV, APA ITU AIDS berulang-ulang kali mungkin dari sumber yang lain dalam bentuk penulisan yang sedikit berbeza, supaya pembaca terutama yang baru membuka blog ini boleh membaca dari berbagai sumber dan memahami dengan lebih baik tentang HIV AIDS.

      Tak ramai pembaca yang rajin nak klik entry2 yang lalu, biasanya mereka suka baca entry2 yang terkini sahaja. Terima kasih kerana mendoakan....:)

      Delete
    2. Kalau ubt dia x ad jual ke kt kdai..

      Delete
    3. Anonymous

      Seorang kawan saya kata ubat sapu ada dijual keluaran 3M, tapi saya tak pasti ada jual atau tak di farmasi, dan kalau tak silap nak beli ubat tu kena ada surat dari doktor. Wallahuallam saya memang nak tanya kat farmasi tapi selalu lupa nak tanya mengenai ubat ni, saudara boleh try tanya...

      Delete
  3. Naj Mi,
    saya adalah silent reader blog ini sejak saya mula mengenali dunia ini (penghujung tahun 2011) saya baca dan amik berberapa tips yang saya boleh untuk hindari kemungkinan yang berlaku sepanjang menjalankan hubungan ini. Tapi 3 bulan lepas, saya mula duduk menyewa bersama dengan partner saya...setelah saya pasti yang masing2 ini ok, kami mula tidak menggunakan kondom. Masalah saya yang saya hadapi ini adalah saya sekarang menghidapi ketumbuhan ketuat pi bibir dan sekeliling lubang dubur saya. Sememangnya saya pasti ini adalah akibat dari unsafe sex tersebut. Saya dah berjumpa dengan doktor pakar kulit tapi doktor sarankan saya supaya membuat laser treatment dimana ianya memakan kos RM600++...saya sekarang tengah menabung untuk membuat rawatan tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak bt rawatan laser tu kat mana?

      Delete
  4. Naga Sepi

    Walaupun kita dan pasangan kita benar-benar sah tidak ada virus HIV, tetapi kemungkinan diri kita atau partner mempunyai penyakit kelamin seperti ketuat ini, ada beberapa penyakit kelamin yang tidak nampak didepan mata melainkan kita hanya tahu bila membuat ujian aje.

    Seperti soal jawab diatas masih ada cream sapu yang boleh dibeli difarmasi tapi perlu ada pengesahan surat dr doktor.

    Tapi kalau nak buat rawatan laser pun lebih baik, tetapi saya ada dengar juga yang ianya tak boleh menghilangkannya 100%, kemungkinan ianya boleh tumbuh kembali. Wallahuallam.

    Berapa banyak ketumbuhan ketuat yang saudara alami? Saya pernah bertanya seorang doktor di klinik di sini (tapi klinik itu dah tutup) untuk membuang satu ketuat dikenakan bayaran RM20 kalau ada 5 ketuat dikenakan RM100 lah, tapi dengan cara di potong ketuat tersebut (kawasan tersebut dibius)

    Mungkin rawatan laser lebih baik agaknya...harap rawatan yang Naga akan buat kelak berjalan dengan baik...dan dimasa depan saya harap awak akan lebih hati2..

    ReplyDelete
  5. Hi Naga Sepi,

    Boleh saya tau dimana klinik yang cik sebutkan? saya menghadapi mslh yg sama dan hospital mengenakan bayaran sebanyak RM 2800.00 tuk rawatan laser membuang ketuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Hospital Mane tu??
      di Klinik Qistina ade buat rawatan laser utk warts kos nye bwh RM1000 ler

      Delete
    2. Tu rawatan laser utk buang ketuat kelamin ke,atau ketuat biase tu?blh share x.tq

      Delete
    3. Anonymous

      Rasanya semua jenis ketuat kut....maaf saya tak boleh jawab sebab itu maklumat dr saudara Naga Sepi tu....

      Delete
  6. Anonymous

    Harap-harap Naga Sepi buka dan baca ruang komen ini kembali, dan harap dia boleh beritahu klinik rawatan yang dia pergi.RM2800 mahalnaya.

    Setahu saya, pembuangan ketuat dibayar mengikut kiraan berapa kutaut yang kita ada...Contoh lah sebuah klinik tu charge RM100 untuk satu ketuat maka kalau ada 6 maknanya dah RM600.

    Lagi banyak ketuat lagi tinggi lahkan harganya.Rasa saya lah...

    Wallaahuallam

    apa pun diharap Naga Sepi boleh beri jawapan kepada persoalan yang Anonymous hadapi itu...

    ReplyDelete
  7. hi naj mi,

    sy pg ke damai specialist..ketuat yg sy alami msh tdk byk lg..kalau yg sy tgk dgn mata kasar cuma ade 3 sj dan msh lembut lg kerana tdk ditutupi dgn keratin spt yg sy baca..ketuat tersebut msh lembut..sy btl2 buntu dan hrp bole dirawat secpt mgkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I've got this warts before from my boyfriend. We went to skin specialist which the doctor spray on some nitrogen gas (to frozen the warts and kill it). Then dia abgi ubat sapu dlm peket2 kecil untuk 3 kali pakai selama 2 minggu (called Nadara). Ketuat gone, but then I have to undergo pap smear test every half year to make sure my womb / cervix is clean since the virus is type 16...or i can't remember (the one that could coz cervix cancer). Cost about RM 180 per treatment with one spray. That was in 2007, Hospital Maria, JB.

      Delete
    2. Dulu rakan saya ke Hospital maria JB, Klinik pakar Kulit Tan di situ beri spray nitrogen (frozen ketuat dan ketuat akan tanggal)diikuti ubta sapu Aldara untuk 1 minggu, kos RM 180 (masa tu tahun 2007), ketuat tak pernah datang lagi, tapi tetap kena undergo check up every year for 3 years straight.

      Delete
    3. Kuzi ana

      Terimaa kasih dg maklumat pengalaman yang diberi, mengenai spray nitrogen tu saya pernah tengok ianya dispray padakudis belakang badan mak saudara saya dihospital kerajaan..doktor kata kudis yang berpuluh tahun dibelakang badan mak saudaara saya itu boleh menyebabkan kanser...Alhamdulillah setelah dispray berulangkali selama hampir setahun, kudis tersebut semakin hilang..

      Delete
  8. Anonymous

    Specialist sudah tentu berganda mahalnya, kalau saudara boleh tebalkan muka cuba buat rawatan di Hospital Kerajaan, tapi maybe kena sanggup melalui beberapa proses yang lama dan beberapa kerenah serta berulang alik ke hospital.

    Seorang kawan saya yang bekerja dg syarikat 3M ada kata syarikatnya ada mengeluarkan ubat sapu untuk menghapuskan ketuat ini, tapi kita perlu dptkan surat doktor sebelum boleh dibeli dimana2 farmasi, ubat ini boleh mengecutkan ketuat tersebut.

    Wallahuallam.

    Saudara kata ketuat yang saudara alami masih lembut mungkin agak baru kenapa tidak cuba rawatan ubat sapu dulu.

    Atau cuba ke klinik pakar sakit tuan dimana2 yang berdekatan(cuba google), bukan apa specialist sudah tentu bagus tapi sangat mahal, RM2800 sangat mahal rasa saya lah.

    Ketuat yang saudara alami dibahagian mana? Dulu saya ada bertanya tentang masaalah ketuat ini pada seorang doktor, dia kata ketuat perlu dihapuskan sehingga ke akar2nya sekali kalau hanya dipermukaan sahaja kemungkinan ketuat ini akan muncul kembali.

    Selain rawatan laser, masih ada kelinik yang mengunakan cara lama, memotong membakar ketuat dg sepit panas, sudah tentu dibius terlebih dahulu (itu lah yang saya tahu seperti yang digambarkan kepada saya satu ketika dulu, rawatannya tak mahal, tapi saya tidak tahu samaada masih wujud cara ini lagi atau tak)

    Rawatan laser mungkin yang terbaik, specialist juga terbaik tapi kalau mampu tak salah buat di specialist, kalau tidak buat sahaja rawatan di hospital kerajaan yang sudah pasti murah...tawakal insyaallah boleh sembuh...

    ReplyDelete
  9. Salam Naj Mi,

    Bagaimana dgn ubat sapu yg diiklankan ini? sy beri link seperti berikut:
    http://multiculturepro.blogspot.com/2011/01/ketuat-boleh-dirawat-dengan.html
    Adakah ubat ini boleh digunakan utk ketuat kelamin? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Salam, saya sendiri tidak beberapa ingat tentang ubat sapu yang kawan saya sebutkan itu tetapi yang pasti ianya keluaran 3M, mungkin saudara boleh mengoogle mencari maaklimat tentnag krim keluaran 3M itu. Berkenaan ubat sapu yang saudara sharekan linknya disini (Multiculture) saya tidak beberapa pasti keberkesanannya;

      Multiculture adalah satu produk khas bagi sesiapa yang ingin memberikan perkhidmatan membuang tahi lalat, ketuat, kutil dan sebagainya, dimana merupakan satu peluang perniagaan yang tidak kurang tarikannya terhadap masyarakat semasa yang sangat memerlukan. MULTICULTURE adalah produk berasaskan botani yang selalu terdapat di persekitaran rumah seperti pokok lelipan, pokok gajus, serai, sireh, lengkuas, haliabara, jerangau, bonglai, bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang. Maklumat lanjut dipaparkan di posting bulan November 2010 , tajuknya "Apakah Krim Multi Culture" Kami juga memberi perkhidmatan pembuangan tahi lalat , ketuat dan kutil dengan cara riadah dan tidak menyakitkan jika dibandingkan dengan rawatan "laser"

      Delete
    2. Walaubaagaimana pun terima kasih dengan maklumat link yang saudara kongsikan disini, saya copy dan paste artikel didalam link (multiculturepro) yang saudara sharekan dalam ruang komen disini;

      Ketuat Boleh Dirawat Dengan Multiculture Krim

      Sering kali disalah anggap sebagai tahi lalat ataupun jeragat pada kulit, masalah ketuat (warts) sebenarnya berlaku secara meluas di seluruh dunia. Memandangkan kebanyakan kes hanya melibatkan masalah ringan dengan saiz ketuat yang kecil serta jumlah yang sedikit, ia sering kali diabaikan begitu sahaja.

      Sememangnya masalah ketuat yang berpunca dari jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) kebiasaannya tidak menjejaskan kesihatan dan hidup seharian. Ini mengelakkan banyak perhatian terhadap masalah ini, dengan kebanyakan kes akan pulih sendiri selepas tempoh masa tertentu.

      Namun, penemuan dua kes ketumbuhan ketuat yang ekstrem pada 2007 mengejutkan dunia, terutamanya berita 'lelaki pokok' di Indonesia yang menjadi contoh serangan teruk virus HPV ke atas kulit manusia.

      Membezakan

      Mungkin ramai kini yang tahu mengenai ketuat alat kelamin yang dikaitkan dengan kanser serviks (pangkal rahim) di samping kontroversi pemberian vaksinnya untuk gadis dan wanita di negara ini. Namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai bermacam jenis ketuat lain memandangkan ia tidak membahayakan kesihatan atau mengancam nyawa.

      "Ketuat berpunca dari jangkitan virus HPV sahaja. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan setiap jenis ketuat berpunca dari jenis virus berbeza.

      "Berbanding ketuat alat kelamin, ketuat biasa, plantar mahupun ketuat leper tidak memerlukan vaksin dan tidak membawa komplikasi besar," jelas Dr. Noraziah Abdul Kadir Jailani, Pakar Perunding Perubatan dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC).

      Namun, berita mengenai Dede Koswara, 34, yang badannya dipenuhi ketuat seakan kulit pokok menunjukkan masih ada yang bernasib malang apabila badan mereka gagal menentang jangkitan HPV.

      "Kes Dede berpunca daripada masalah imuniti badan yang lemah dan gagal mengawal mahupun menghapuskan virus HPV yang menjangkiti kulitnya.

      "Individu lain yang mengalami masalah lemah sistem imuniti akibat penyakit atau pengambilan ubat juga terdedah kepada ancaman penyakit biasa, walaupun penyakit seperti ketuat," kata Dr. Noraziah.

      Menurutnya, selagi badan masih sihat dan kuat, jangkitan kuman seperti HPV masih mampu ditentang, walaupun mungkin mengambil masa untuk pulih.

      Pada 2007, Dede dan Ion Toader dari Romania menjadi antara pesakit disahkan menghidap penyakit Epidermodysplasia verruciformis (EV) yang ditemui Dr. Felix Lewandowsky dan Dr. Wilhelm Lutz dari Jerman di awal 1920-an. Keadaan kulit seakan kulit pokok pesakit EV dikaitkan dengan virus HPV jenis 5 dan 8 yang biasanya hadir sebagai jangkitan ringan pada 80 peratus populasi dunia.

      Dede dilaporkan membuang sekitar enam kilogram ketuat di badannya pada Ogos 2008, ada di antaranya menggunakan gergaji kuasa tinggi. Walaupun lebih 95 peratus ketuat di badan Dede telah dibuang, masalah 'kulit pokoknya' itu masih berterusan dan doktor menganggarkan dia memerlukan dua pembedahan setiap tahun untuk seumur hidupnya bagi mengawal ketumbuhan tersebut.

      Delete
    3. Muda

      Walaupun kes ketuat seperti Dede dan Toader sesuatu yang jarang berlaku, umum perlu mengetahui bahawa virus HPV wujud secara meluas dalam komuniti manusia. Mampu menyebabkan jangkitan ringan hingga sederhana, ketuat yang timbul sebenarnya boleh dirawat terutamanya jika ia menjejaskan penampilan fizikal seseorang.

      "Kanak-kanak merupakan yang paling mudah diserang masalah ketuat biasa - di kaki dan tangan, akibat sentuhan semasa mereka bermain di luar ataupun bersama kawan-kawan.

      "Sebarang bentuk hubungan dengan virus HPV boleh menyebarkannya, terutamanya jika ada luka," jelas Dr. Noraziah.

      Menurut beliau, badan akan melawan jangkitan tersebut dan kebiasaannya kanak-kanak akan pulih sendiri dari masalah ketuat.

      Namun tegasnya, jika ketuat tidak hilang selepas berbulan lamannya ataupun semakin banyak, rawatan boleh diberikan untuk mengawal dan memulihkannya.

      Apa yang penting adalah mengelakkan anak ataupun diri sendiri daripada mengopek, memotong, memecah atau mengutil ketuat yang timbul. Perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan dan menyebarkan virus HPV ke bahagian badan yang lain.

      "Virus HPV mudah merebak di kalangan mereka yang sering berkaki ayam mahupun melalui air seperti di dalam kolam renang yang tidak dijaga rapi.

      "Selain itu, perkongsian pakaian, tuala, kasut dan alat membersihkan kulit serta kuku juga boleh menyebarkan virus HPV punca ketuat," tegas Dr. Noraziah.

      Delete
    4. Rawatan

      Dr. Noraziah menjelaskan bentuk rawatan yang diberikan bergantung kepada kedudukan dan juga jenis ketuat.

      "Ada yang leper, ada juga yang bertangkai. Jika ketuat kecil tunggal, lama-kelamaan akan hilang sendiri.

      "Untuk ketuat yang tidak hilang, terdapat beberapa cara rawatan termasuk krim tertentu, pembedahan dan juga laser."

      Beliau menerangkan kaedah pembekuan ketuat dan pembedahan menggunakan jarum elektrik menjadi antara kaedah rawatan paling biasa digunakan. Asid salasilik pula menjadi antara pilihan mudah bagi pesakit yang tidak mahu berjumpa doktor.

      "Ramai penghidap ketuat bermula dengan rawatan sendiri. Bila sudah merebak teruk barulah mereka akan datang mendapatkan rawatan dari doktor," ujar Dr. Noraziah.

      Katanya, ketuat di muka menjadi contoh jenis yang mudah merebak, terutamanya jika terluka ketika bercukur.

      Selain pembekuan dan jarum elektrik, terdapat kaedah lain untuk merawat ketuat. Ini termasuk Cantharidin, pembedahan laser, immunoterapi, Bleomycin dan retinoid yang dipilih mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan.

      "Rawatan mungkin perlu diulang beberapa kali sebelum pesakit pulih sepenuhnya.

      "Kos rawatan juga cuma sekitar beberapa ratus ringgit, tetapi mungkin mencecah ribuan ringgit untuk kaedah rawatan laser," jelasnya.

      Dr. Noraziah bagaimanapun menekankan perkara yang paling penting adalah untuk tidak memburukkan keadaan dan menyebarkan jangkitan virus HPV itu.

      "Jangan dikacau ketuat yang timbul. Walau apa jenis sekalipun, jangan dikutil atau ia akan merebak ke seluruh badan!"

      Oleh NURUL ANUAR KARI

      Delete
  10. I grew-up in tropical climate countries (both in Singapore & Malaysia) where I always had a beautiful skin and never had Acne problems, even during my adolescence. Since I've been POZ, I've developed an Adult Acne which can be a common skin problem for folks like us.

    After getting frustrated using PRO-ACTIVE (http://www.proactiv.com/?grcid=coredHP) and MURAD (http://www.murad.com/) for an extended period of time, I saw a Dermatologist 6 months ago.

    While he is aware on my POZ status & being "undetectable", I told him that I used the above products (separately), and reiterated that I prefer to (orally) stop taking DOXYCYCLINE altogether (SEE: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/meds/a682063.html). For one main reason, is to protect my liver & kidney: important mechanisms in our internal organ to process those strong HIV meds (such as ATRIPLA) that I take nightly.

    In return, the Dermatologist prescribed me with the following topical meds. Today, my skin is clearer and looking healthier; and, I am comfortable speaking in-front of a group of people (for my work) and has gone out on dates feeling confident of myself etc.

    Perhaps, you can find these in Malaysia? If so, ask your medical professionals for advice, and if these meds are right for you. Especially, if you develop similar Adult Acne problems:

    1. In the morning, I use: BP Wash (US$10) + Clindamycin (US$10) + Sun Block (US$10)

    SEE:

    http://www.drugs.com/pro/bp-wash.html

    http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/meds/a682399.html

    http://www.neutrogena.com/category/sun/sunscreen+spray.do?&utm_source=google&utm_medium=cpc&utm_campaign=Sun+-+Unbranded+-+General&utm_term=sunblock%2520spray&utm_content=Sunblock+-+Sprays|mkwid|sRlLRbWbR|pcrid|19701557322

    2. At bed time, I use: Glytone (US$25) + Retinol Micro (US$50)

    SEE:

    http://www.amazon.com/Glytone-Step-Up-Cleanse-Mild-Wash/dp/B000R92VG0

    http://www.webmd.com/drugs/drug-16252-Retin-A+Micro+Top.aspx?drugid=16252&drugname=Retin-A+Micro+Top

    MW

    p/s: The prices above are after Health Insurance Deductible Coverage that I receive from my Employer here in the United States. Also, the usage of the above meds have caused light & sun sensitivities; so, I use Sunblock with high SPF (that I purchase OTC, over-the-counter) to protect my skin.

    ReplyDelete
  11. salam ,, boleh tanye,,, kalau ketuat bilangan nya sedikit boleh diubati dgn krim fucid 2% kan,, brapa lama biasa tempoh untuk keberkesanan ubat tu?

    ReplyDelete
  12. salam, boleh sy tanye sikit

    ReplyDelete
  13. Anonymous

    "Kalau ketuat bilangannya sikit adakah boleh diubati dg krim fucid 2%?"

    Maaf saya tak pasti menganai pekara itu dan tak pasti tempoh keberkesannya nya, harap saudara rujuk di kedai yang menjual krim tersebut..MAAF ya...

    ReplyDelete
  14. whatapp me .+60126153285
    please i nk sgt buang ketuat sebiji ni .please help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danish Fever

      Abang tak leh tolong apa2, yang boleh tolong Danish diri Danish sendiri...kalau banyak kutil yang Danis hadapi segera lah jumpa doktor..Cara buang Danish baca lah komen2 pembaca diatas sebab abg tak ada idea mengenainya sebab tiada pengalaman...Jumap doktor insyaallah boleh banyu Danis..MALU..memang malu kalau ketuat tu dibahagian2 sulit kan memang kita malu TETAPI doktor dah biasa hadapi masaalah itu...

      Delete
  15. whatapp me .+60126153285
    please i nk sgt buang ketuat sebiji ni .please help me

    ReplyDelete
  16. di mana tempat yg blh buang ketuat kelamin dgn laser kat kl?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Kalau tanya saya, saya tak pasti dimana, tetapi saudara boleh google cari di kilinik mana sekitar KL, sebab saya tak berpengalaman dalam hal ini

      Delete
  17. di mana tempat yg blh buang ketuat kelamin dgn laser kat kl?

    ReplyDelete
  18. wasalam. sy seorang yg megalami penyakit ni. dan telah pulih. sy mendapatkan rawatan di klinik pakar sakit kulit mohd noh. di jln tungku abdul rahman. sebelah kamdar berdepan dgn coliseum. harga sy kene utk dua kali rawatan sebanyak 800 plus plus. doc menggunakan rawatan spray. hydrogen kalau x silap. dan ubat sapu. ALDARA cream dan antibiotics. setiap minggu pertama selepas rawatan agak memeritkan. sbb kene air pedih. doc ada explain dkt sy. sebenarnya ketuat kelamin ini ada lah penyakit kulit yg terjadi di bahagian alat kelamin. dan secara x langsung ianya tergolong dlm penyakit kelamin. hanya klinik pakar sahaja yg ada ubt utk rawatan ini. sbb kulit di bahagian alat kelamin berbeza dgn kulit di bahagian lain. sy dijangkiti selama setahun 7 bulan. pada mulanya sy agak down dan bermacam2 sy fikir. sy juga buat hiv test utk tahun pertama. selang setiap 3 bulan. alhamdullilah. semuanya negative. dan pada rawatan pertama pun doc suggest buat blood test utk hiv dan penyakit kelamin. alhamdullilah result semua negative. so sesiapa yg menglami penyakit ini. jgn segan silu berjumpa dgn doc. dan bykkan bertanya tentang kondisi penyakit anda. sy nasihatkan supaya amalkan seks yg selamat dan sentiasa menjaga kebersihan alat sulit x kira lelaki atau perempuan. kerana di situ lah tmpt yg paling senang dijangkiti kuman dan bacteria. wasalam. peace. :) ikhlas dari sy utk sesiapa yg mengalami penyakit ni.

    ReplyDelete
  19. saya nak tanya...penyakit ni mmg berjangkit sbb seksual act je ke??

    ReplyDelete
  20. Haiiii saya baru balik ambik result HIV test sebab tak sedap hati bila kat batg ada 3 kutil kecil. Pegi jumpa doc klinik dia suggest buat test darah. Result negetif, doc pun hairan. Tapi dia suggest pakai cream aldara. Kawan2 tau tak difalmasi mana ada jual.

    ReplyDelete
  21. Saya baru balik ambik result test darah. Negetif. Kisah bermula bila saya terasa ada kutil 3 biji kat batang. Rasa tak sedap hati jumpa doktor. Doktor suruh ambik darah test Dan result negetif. Doktor pun hairan. Tapi dia suruh beli krim aldara untuk dsapu kat kutil tu. Kawan2 tau tak dfarmasi mana ada jual krim tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam pernah dengar mengenai krim aldara, abg joe cuba google...

      Delete
  22. Salam abg.. Nak tanya cukup ke 55 hari utuk buat test hiv.. Adakah kputusan tu boleh pakai..

    ReplyDelete
  23. Salam abg.. Nak tanya cukup ke 55 hari lepas aktiviti risiko untuk kita buat test hiv.. Gejala2 hiv datang serentak ke atau 1 per 1.. Mase saya loya2 ngan buang air besar x menentu kadang2 cirit birit kadang2 tidak mase tu saya buat test keputusan dia negatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulang lagi selepas 3 bulan sebab selepas 3 bulan baru result dikatakan tepat. Tapi jika buat ujian CMIA Principle Test lain pula ceritanya, cuba klik kat label entri mengenai CMIA dlm blog ni...

      Delete
  24. saya dah buat elisa test 1kali setahun lepas..terbaru rapid test 2kali, semua negetif hiv.. masalah sekarang doktor sahkan saya ada penyakit kelamin gonorhea, doktor bagi ubat 7hari mkn.. sekarang dah ok..cuma ketuat kelamin saya suspek la, belum boleh berubat.. masa check doktor 2kali saya ada bagitau tentang ketuat tu, tapi tiada rawatan yg dia cadangkan..hanya ubat gonorhea shj diberi... abg najmi tau x mana2 tempat utk rawatan atau ubat wart ni? semak kepala sekarang sbb takut terjangkit pd isteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan ketuat kalau tak silap boleh dilakukan di hospital kerajaan, di klinik pakar kulit atau dermatologi. Harap saudara baca komen yang ditinggalkan oleh para pembaca diatas...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST