Friday, 22 March 2013

KEPENTINGAN PLHIV MEMAKAN UBAT MENGIKUT JADUAL

Pengenalan

Rawatan HIV adalah satu perkongsian. 

Sebagaimana anda bergantung kepada antiretroviral (ARV) anda terbukti selamat dan berkesan - ubat-ubatan anda tidak boleh bekerja sendirian - anda perlu memakan ubat anda mengikut jadual untuk membolehkannya memastikan anda sihat. Ini dipanggil "ketaatan rawatan".

Secara kasar, ketaatan bermakna, memakan ubat anda setiap kali anda harus mengambilnya, tepat seperti yang ditentukan oleh doktor anda atau diterangkan oleh farmasi (misalnya, dengan perut kosong, sebelum masuk tidur dan lain-lain).

Ketaatan rawatan mungkin pada dasarnya agak senang, tetapi hakikatnya, tidak. Kajian telah menunjukkan bahawa doktor juga mempunyai masalah memakan ubat mengikut jadual pada jangkamasa pendek. 
Disini, akan dibincangkan kepentingan ketaatan rawatan, isu-isu yang boleh mencegah ketaatan dan cara-cara mengatasinya.


Ketaatan adalah amat penting dalam rawatan jangkitan HIV. 


Selepas HIV memasuki badan anda, virus ini mula aktif, mencari sel CD4 untuk dijangkiti supaya ia dapat membiak. Tujuan rawatan HIV adalah untuk menyekat proses ini agar bebanan virus dapat dikawal dalam tahap paling rendah atau tidak dapat di kesan dan sel CD4 tinggi. 

Untuk menyekat pembiakan dan salinan HIV serta mengawal tahap bebanan virus, aras ubat mesti dikekalkan tinggi, 24 jam sehari, tiap hari. Sekiranya aras ubat terlalu rendah HIV boleh membiak dan menyalin.

Sekiranya ini berlaku dan aras ubat dalam darah terlalu rendah, virus ini boleh menukar struktur (bermutasi) dan boleh menahan satu atau kesemua ubat yang diambil. Ini dipanggil "tahanan rawatan" dan bila ia berlaku rawatan ubat-ubat tidak lagi berkesan. Virus yang boleh bertahan ini juga boleh disebarkan kepada orang lain dan orang itu akan menghadapi masalah dalam rawatannya.


Perkara-perkara yang anda harus tahu sebelum memulakan rawatan. 


Selepas fasa dijangkiti di mana anda mungkin sihat tanpa rawatan atau lawatan ke klinik ID. Namun, bagi mereka yang berhubung dengan doktor and menyimpan janji temu dengan doktor, berbagai ujian darah lebih-lebih lagi ujian darah CD4/CD8 dan bebanan virus (viral load) akan diaturkan oleh doktor. Maka akan tiba satu masa dalam kajian laporan ujian darah anda, di mana doktor akan memberitahu anda bahawa anda perlu memulakan rawatan. 

Pada masa ini, doktor akan menjelaskan ubat-ubat yang perlu diambil dan juga keperluan ketaatan kepada jadual waktu untuk memakan ubat. Dadah anti-HIV mesti dimakan pada masa yang spesifik untuk menentukan aras ubat yang tinggi serta sama ada dimakan dengan makanan atau perut kosong. 


Adalah penting untuk memikirkan tentang ketaatan rawatan kerana anda bukan diminta mengambil ubat-ubat ini untuk seminggu dua tetapi seumur hidup. 

Kegagalan mengikut jangka waktu yang ditetapkan boleh mengakibat kekacauan dalam kebolehan ubat-ubatan memberi kesan. 

Sekiranya virus mula bertahan dengan ubat yang anda ambil, anda mungkin di minta tukar ubat-ubatan yang lebih mahal atau sukar diambil. Setengah ubatan diberi secara percuma oleh hospital kerajaan tetapi setengah pula khususnya ubat-ubatan pilihan kedua dan ketiga yang lebih mahal perlu dibeli oleh pesakit.

Oleh itu, sebelum anda merosakkan keberkesanan ubat-ubatan percuma anda, ingatlah tentang kepentingan ketaatan rawatan dan penentangan virus akibat kegagalan anda mengikut jadual yang dinasihatkan oleh doktor. 


Sumber : Disini
 

9 comments:

  1. Dalam pinggan tu sgt cantik warna warninya tapi saya doakan dijauhkan najmi. Saya doakan najmi leads gud life kat ipoh. Bila nak makan nasi ganja?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Aisay najmi, bila nak makan nasi ganja kat Ipoh ni?

      Delete
    2. Mak Wardah

      Tak nak.....nanti ketagih ganja tu....:)

      Delete
    3. Kelentonh aaa Najmi, nasi ganja tu confirm tak ketagih. Ganja ni paling tak berbahaya kepada kesihatan tetapi penyumbang pada kegemukan.

      Delete
    4. Mak Wardah

      Hahaha...takut buncit heeee

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abg Najmi. Saya baru seminggu memulakan rawatan HAART dan ubat yg sy ambil ialah Combivir dan Efavirenz. Semasa consult dgn doktor, doktor ada beritahu sy boleh cuba ambil ubat ini samada dgn perut kosong atau dgn makanan mengikut kesesuaian tubuh badan. Dalam seminggu ni, kebanyakan sy ambil ubat selepas makan kerana rasa lebih selesa. Baru-baru ni sy terbaca label di kotak ubat bhwa Efavirenz ni perlu diambil dgn perut kosong. Sy jadi sedikit risau kalau2 amalan sy makan Efavirens semasa perut berisi makanan kemungkinan mengganggu keberkesanan ubat ini.. Mohon pandangan Abg Najmi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Abg Najmi, Sy bru smggu on haart. Sy baca kat kotak ubat, efavirenz kene makan dgn perut kosong. Tapi dlm smggu ni sy bnyk ambil slps makan iaitu ketika perut pnuh makanan sbb x pasan label kat kotak tu. Ape pndapat abg brdasarkan pglmn? Ade ggu keberkesanan ubat x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ANONYMOUS,

      Maaf lambar approve komen pertanyaan saudara sebab abg tak beberapa sihat dan tak bukak blog ni huhu..Setahu abang boleh aje makan sama ada semasa perut kosong atau dah makan, abg ada tanya doktor dulu boleh aje makan kosong atau dah berisi.

      Abg sendiri tak pasti ada peraturan lebih baik makan semasa perut kosong, sebab abg tak baca sangat peraturan di kertas ubatan tersebut.

      Pada abg tak menjadi masaalah kosong atau berisi TETAPI kalau benar apa yang saudara baca makan ketika perut kosong lebih baik, elok ikut peraturan itu. Pengalaman abg sejak 4 tahun makan ubat..memang tak tentu adakala abg makan ketika perut kosong dan ada kala berisi.

      # nanti abg nak baca balik peraturan kat kertas ubat HAART tu, abg makan TENVIR EM dengan Efavirens...

      Apa pun terima kasih kerana maklumkan pada abg..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST