Friday, 15 March 2013

PUTRA NAKAL - ISTERI MENJAJA CERITA SUAMI SEORANG GAY

photo hiasan
Assalamualaikum...

Saya adalah seorang duda dan mempunyai naluri menyukai kaum sejenis, saya pernah berkahwin pada penghujung tahun 2010, tetapi kami berpisah penghujung tahun 2012, diawal perkahwinan saya dan isteri memang bahagia. 

Saya adalah menantu lelaki pertama dan satu-satunya menantu lelaki tunggal dalam keluarga isteri saya jadi tidak hairan jika saya disayangi oleh ibu dan bapa mertua, apatah lagi dengan kedudukan dan jawatan saya didalam jabatan kerajaan yang agak selesa dan mampu dari segi kewangan serta mempunyai paras rupa yang agak menarik. 

Kisah tragis dalam perkahwinan saya adalah apabila isteri mendapat tahu tentang kegiatan saya bersama kekasih gay saya terdahulu, beliau terjumpa gambar-gambar kami berpelukan, sebenarnya selepas berkahwin godaan dari syaitan memang kuat walaupun saya ingin berubah.

Dalam diam saya mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan lebih meyakinkan isteri saya yang beranggapan saya adalah gay melalui message-message yang dihantar oleh kawan-kawan lelaki gay saya. Kami pernah bergaduh dan tidur berasingan, tetapi saya memujuk isteri kembali untuk tidur bersama saya, tetapi perasaan tidak puas hati isteri terhadap saya masih menebal dan cemburu yang kuat sehingga ia, isteri saya bertindak untuk lari dari rumah tanpa pengetahuan saya sebanyak 3 kali perkara ini berlaku dalam rumahtangga saya.

Apa yang membuatkan saya begitu benci pada isteri saya ialah dia telah menceritakan kelakuan songsang saya kepada seluruh ahli keluarga dan kawan-kawannya. Dia mengatakan saya GAY dan membuka aib saya kepada keluarga beliau dan keluarga saya termasuk rakan-rakan beliau.

Saya amat tertekan ketika itu kerana keluarga saya juga memandang serong kepada saya, tetapi ibu dan ayah saya sahaja yang boleh menerima saya. Akhirnya dia menuntut cerai dari saya. Dengan rela hati saya melepaskan dia dengan talak 1.

Setelah itu barulah rasa lapang yang amat sangat di kepala saya. Alhamdulillah sekarang saya dalam proses berubah. Kemungkinan saya akan mengambil anak angkat untuk menghilangkan rasa sunyi saya dan melupakan aktiviti saya.

Putra Nakal



Nasihat Saya Buat Putra....

Putra Nakal

Yang penting sekarang Putra mempunyai niat nak berubah, apa yang berlaku biar lah berlalu. Itu semua dugaan yang Allah berikan buat Putra dan isteri. Buat isteri sudah tentu marah bila mendapat tahu suami masih mempunyai hubungan lain, samalah halnya sisuami pasti akan marah kalau dapat tahu isteri kita punya hubungan dengan lelaki lain.

Saya faham semakin kita nak berubah semakin kuat dugaan syaitan mengoda kita, TETAPI saya agak terkilan dengan sikap bekas isteri Putra yang bercerita mengenai naluri songsang Putra pada semua orang, dia membuka aib suami, kalau betul lah Putra sudah buat kesalahan dia tak boleh mengaibkan Putra. Mungkin dengan bercerita aib Putra maka isteri Putra akan rasa lebih puas.

Saya ada menerima beberapa email dari isteri-isteri yang mendapat tahu suami mereka gay dan wanita yang mendapat tahu teman lelaki atau tunang mereka gay, kebanyakkan mereka cuba membantu suami atau teman lelaki atau tunang untuk berubah dan pastinya mereka tidak menjaja cerita suami gay kepada semua orang.

Saya pasti apa yang menimpa Putra merupakan satu pengajaran berguna buat diri Putra, teruskan menjalani kehidupan dan berusahalah mengawal diri dari terjebak dengan perhubungan songsang ini lagi, pada saya kita tidak boleh menghapuskan naluri songsang ini TETAPI kita masih boleh mengawal diri dari terjebak.

Allah maha mengetahui kemungkinan dengan berpisah maka kehidupan anda berdua akan menjadi lebih baik. Wallahuallam.

Terima kasih kerana berkongsi cerita, harap Putra tabah meneruskan kehidupan insyaallah manalah tahu kalau ada jodoh dan mana tahu pada suatu hari nanti, hati Putra kembali terbuka dan muncul keinginan, bersedia, mampu berumahtangga dan boleh menyukai seorang wanita sepenuh hati serta dapat "switch off" terus nafsu kepada kaum sejenis, maka berkahwinlah pada ketika itu......:)



17 comments:

  1. terkilan dgn sikap bekas isteri? come on guys dont be a hypocrite. if he has any balls at all he would hv come out to his wife and be upfront abt being gay and wanting to change. have you had any idea at all how it bad it feels to be lied to? she married him without knowing he is gay while he cheated on her with other guys. honestly he gets what he deserved. i wished all gay guys out there would stop using women to cover their gay tendencies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zhu m

      Saya setuju, agar gay diluar sana berhenti menggunakan wanita untuk menutup kelemahan diri, berkahwinlah sekiranya kita benar-benar yakin akan kemampuan diri kita terutama dalam memberi nafkah batin dan dapat mengawal diri selepas berkahwin dari berterusan terjebak dalam hubungan terlarang itu.

      Beri lah apa aje alasan pada pihak yang mendesak kita berkahwin, jangan berkahwin jika kita benar-benar tidak berkemampuan membahagiakan isteri.

      Punya naluri songsang jika kita fikir secara "positif" ianya merupakan dugaan Allah pada kita, dari situ maka muncul lah apa yang disebut jihad melawan nafsu (baca entry I'M GAY AND ITS NOT OKAY BUT ITS AWESOME), jika kita berjaya mengawal diri (nafsu seks songsang) maka insyaallah kita akan berjaya didunia dan diakhirat.

      Wallauallam

      Delete
    2. Maaf putra nakal..

      klu perlakuan songsang berlaku SEBELUM perkahwinan and u cuba berubah SELEPAS perkahwinan, i think ur wife can tolerate.

      Tapi klu perlakuan tu still berlaku SELEPAS marriage, mmg semua isteri akan rs kecewa dan tertipu. Unless u ada bgtahu dia u mmg gay before marriage..

      Sorry to say. If i were her pun frust amat2 bila dpt tahu my husband still ada hubungan dgn org lain. Klu dgn perempuan tu masih boleh la madu, tapi dgn lelaki??? No way!

      Delete
  2. Ryan terkilan lah dgn sikap wife dia cam tuh. memang sah tak dpt bau syurga sbb mengaibkan suami nya.. seburuk2 suami, si siteri tiada hak utk mengaibkan suami nya..

    sabar lah wahai Putra Nakal.. Nama tuh mcm perna Ryan jumpa kat laman2 tut...

    Ryan kalu boleh nak letak nama anak Ryan Muhammad Najmi kalu lelaki dan Nur Najmiah kalu pompuan. Boleh tak abg Najmi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAPA RYAN

      .....:) Amboi dah siap cari nama untuk anak ya...memang sedap nama Najmi tu heeee

      Delete
  3. yang penting sentiasa bertaubat sebelum ajal dtang, cerita hidup kita ujian kita, lalui dengan sabar n terus terus bertaubat, x kira siapa, semua orang ada dosa, ujian semua orang ada, cuma bentuk berbeza, hidup kat dunia sekejap je, banyakkan amal sebelum mati untuk bekal tempat yang abadi, insyaallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susumanis

      Terima kasih dengan peringatan yang diberi...sama-sama lah kita renungkan buat kebaikan kita semua....:)

      Delete
  4. He..Papa Ryan ni memang nakal..
    Haa..bagus dgn nama tu...tuan tanah dah kata okeyy...
    Moga anak Papa Ryan tu jafi anak soleh dan solehah ye...Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nakal ke? malu tau...

      Delete
    2. Memang papa ryan nakal tapi tak boleh lupa bab overacting kat hospital tu. Kelakar

      Delete
  5. To Putra Nakal, saya ingin memohon maafkan bekas isteri, yang dah lepas jadikan kenangan dan pengajaran, saya faham bukan mudah nak jalani hidup sebagai gay tetapi sekurang2nya Putra Nakal dah ada niat dan berhijrah, Alhamdulillah. Saya doakan Allah sentiasa melindungi Putra Nakal dari melakukan perkara yang sama lagi...Muga ada rahmat yang terbaik dari Allah buat Putra Nakal. Muga ada jodoh yang terbaik buat Putra Nakal dan Putra Nakal akan jadi Putra Tampan ...In shaa Allah

    ReplyDelete
  6. thanks najmi coz memberi pandangan bagi dugaan yg saya alami. sy bercerita bukan lah untuk memalukan sy atau sesapa tetapi untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ryan dah agak.. Ryan memang kenal ngan Putra Nakal..

      abg Najmi.. sila check email please..

      Delete
  7. Sesuatu kesabaran dan kebaikan itu sememangnya pahit Putra...
    Semoga Allah merahmati niat dan tekat Putra nak berubah dan berhijrah ke jln yg lebih baik...dan semoga permulaan yg baik akan jugs menjadi pengakhiran hidup kita yg terbaik juga..sentiasa banyak berdoa ye..Insyaallah
    wallahualam

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  8. Hai putra nakal..blh brkenalan??

    ReplyDelete
  9. salam Naj Mi
    nak tanya dulu saya pernah melakukan aktiviti yang berisiko HIV tapi dah lama berhenti lebih kurang 6 bulan sebelum saya kawin saya ada buat test hiv (tahun 2012 ) untuk pasangan berkahwin alhamdulilah nagetiv. nak dijadikan cerita sebulan kemudian keputusan bertulis tu hilang so saya buat semula ujian tu sbb doktor suruh dan alhamdulialh nagetive juga. pada penghujung 2012 saya berkahwin dan pada bulan bulan 2 /2013 isteri sy pregnant sekarang saya dah ada anak berumur dalam 1 tahun lebih. sepanjang tempoh tersebut mengnadung dan melahirkan anak tersebut adakah isteri saya juga telah di buat cek status hiv beliau.
    untuk makluaman en. najmi saya selalu kena selsema dan baik, badan say juga cam ada bintik2 tapi baik juga saya selalu rasa letih mungkin sebab kurang bersenam. tapi yang ketara sekarang saya ada penyakit lelah. dan kulit jari saya selalu mengelupas. setakat hari ini anak dan isteri saya sihat dan saya tidak lagi melakukan sebatang aktiviti yg berisiko HIV semenjak dari test HIV yang pertama( semoga tuhan ampukan dosa saya dahulu )
    walaupun begitu saya risau takut ada yang terlepas pandang. adakah saya bebas dari HIV dan untuk makluman tuan berat badan saya semakin meningkat tidak berkurang. adakah itu tanda saya tiada HIV. mohon penjelasan.
    semoga allah memberkati usaha yang tuan buat membantu semua orang yang ada dan tiada HIV. terima kasih tuan.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST