Thursday, 7 March 2013

HIV - SEMUA ORANG BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN


SAYA pelajar universiti swasta dan kini menjalankan satu kajian untuk kertas kerja bertajuk masalah sosial, penyakit dan HIV. Seperti yang kita tahu, jangkitan HIV boleh berlaku apabila seseorang berkongsi jarum suntikan, pengamal seks bebas dan sebagainya.

Soalan saya, adakah HIV boleh dijangkiti melalui mereka yang melakukan seks oral (tertelan air mani)?

Selain itu, bolehkah ia dijangkiti melalui amalan bertukar-tukar pasangan (seks bebas), melakukan seks sejenis (gay atau lesbian), berkongsi bekas minuman, berkongsi alatan berus gigi atau pisau cukur, melalui ciuman dan rawatan akupuntur?

Apakah tanda yang boleh diketahui apabila seseorang dijangkiti HIV/AIDS? Adakah sebarang jalan penyembuhan dan adakah mereka selalunya menghabiskan masa dengan menunggu kematian?

Selain itu, benarkah penyakit ini boleh sembuh seperti dinyatakan dalam akhbar dan Internet apabila seseorang pesakit sembuh melalui beberapa rawatan?

GHANI
Gombak, Selangor



PENYAKIT AIDS berlaku apabila seseorang itu terkena jangkitan virus HIV. Virus ini hanya dapat membiak jika ia bertapak dalam sel badan dan kebetulan pula ia serasi dengan sel sistem imun badan.

Jadi, sistem kawalan imun badan yang mengawal badan daripada penyakit yang sepatutnya mempertahankan badan kita, lumpuh akibat serangan virus HIV.

Anda boleh mendapat banyak maklumat mengenai jangkitan HIV dan tanda penyakit AIDS di mana-mana laman perubatan yang membincangkan mengenai penyakit AIDS dan virus HIV untuk menyelesaikan keraguan anda mengenai penyakit itu.

Lagipun, anda perlukan maklumat tepat dan sahih yang boleh berkongsi dengan pembaca untuk anda buat kertas kerja itu.

Maklumat diketengahkan CDC, Atlanta, Amerika Syarikat iaitu agensi kerajaan negara itu yang memberi maklumat terkini mengenai jangkitan HIV dan AIDS.

Mungkin untuk permulaan, anda perlu tahu yang anda atau sesiapa berisiko terkena jangkitan HIV yang menyebabkan penyakit AIDS jika pernah melakukan seks atau melakukan hubungan penetratif seks tanpa menggunakan alat perlindungan seperti kondom (walaupun ia tidak memberi 100 peratus perlindungan) dengan seseorang yang ada kuman HIV dalam badannya atau dengan pesakit AIDS.

Memandangkan jangkitan HIV melalui darah pesakit AIDS, jarum suntikan yang dikongsi, pisau cukur atau prosedur 'tatu' atau akupuntur yang mana jarum, pisau cukur atau alat tatu diguna pakai dengan pesakit AIDS, atau dengan individu membawa kuman virus HIV.

Mengenai penyerapan kuman virus HIV dalam badan, ia hanya melalui pemindahan cecair dari badan pesakit AIDS atau pembawa kuman HIV kepada individu sihat.

Ia juga tertakluk kepada tahap kandungan kuman virus atau 'viral load'. Aktiviti seperti sentuhan kulit, ciuman kering, menggunakan pakaian dan makan makanan daripada pinggan mangkuk sama, minum air daripada cawan sama adalah selamat.

Ciuman lembap dan seks oral memberi risiko sangat kurang.

Hubungan seks melalui faraj atau lubang dubur tanpa perlindungan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV.

Bagi mereka yang curiga dan mendapati terdedah kepada kuman HIV, mereka boleh menjalani ujian darah seawal-awal tiga bulan selepas tarikh 'terdedah'.

Jika positif, ujian pengesahan akan dilakukan dan jika sahih positif, perubatan dengan ubat dapat mengurangkan pembiakan kuman HIV diberi.

Selagi kuman itu tidak melumpuhkan sistem kawalan daripada jangkitan, selagi itu kuman HIV terkawal dan tidak menular kepada penyakit AIDS.

Penyakit AIDS tiada penawar.

Maklumat ini hanya keterangan ringkas mengenai kuman HIV yang menyebabkan penyakit AIDS.


(Sumber Harian Metro)

38 comments:

  1. Terima kasih najmi sbb selalu berkongsi ilmu..... Sedikit sebanyak saya mula memahami dan mengetahui isu sebenar berkaitan AIDS... Semoga najmi dalam keadaan sihat dan diredhai Allah selalu.... Semoga najmi terus tabah ye... =)

    ReplyDelete
  2. SyaMIMI Hj RaHMan

    Alhamdulillah....terima kasih mendoakan saya...:)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Najmi...banyak info yang berkaitan kesan dan jangkitan telah Najmi bincangkan..moga ia juga boleh menjadi sumber rujukan pada pihak-pihak tertentu..juga ianya moga boleh menjadi bahan pencegahan dari aktiviti songsang ini terus merebak..
    moha usha Najmi sentiasa dirahmati Allah..amin

    teruskan usaha Najmi tu...

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Alhamdulillah terima kasih.....insyaallah saya akan terus berusaha....:)

    ReplyDelete
  5. Maaf naj mi ingin bertanya... kerana ada yg bertanya kpd sy.. tapi sy tidak berani memberi jwapan yg tepat...adakah oral sex sperti lelaki menjilat kemaluan wanita dan wanita menjilat kemaluan lelaki mempunyai risiko hiv dan adakah jika air mazi wanita termasuk didalam kemaluan lelaki menyebabkan hiv walaupun hnya sedikit air mazinya berada di kemaluan lelaki... mohon penerangan...

    ReplyDelete
  6. Maaf najmi hnya ingin tahu... adakah sex oral spt lelaki menjilat kemaluan wanita dan wanita menjilat kemaluan lelaki ia berisiko hiv..dan adakah air mazi wanita jika terkena pada kemaluan lelaki walaupun sedikit blh menyebabkan hiv... mohon penerangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Seks oral setahu abg tidak menyebabkan berlakunya jangkitan HIV TETAPI berisiko dijangkiti penyakit kelamin. Setahu abg air mazi mengandungi hiv tetapi jumlahnya sangat sedikit jika dibandingkan dengan air mani. Wallahuallam

      Delete
  7. salam bang

    saya dilancap oleh tukang urut di pusat urut. dia menggunakan air liur dan saya telah membuat ujian pada bulan ini. non reactive. say buat di pathlab. ujian ini mungkin sebulan atau dua bulan dari tarikh sy buat aktiviti itu. saya cuba untuk bertaubat. saya hanya manusia biasa. tetapi saya berusaha untuk berubah demi isteri dan anak2 saya. saya sangat menyesali dan amat ketakutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hikmah disebalik rasa takut itu, abg nasihatkan buat lagi ujian selepas 3 bulan...mungkin pada pandangan abg risiko dijangkiti hiv agak rendah tetapi risiko dijangkiti penyakit kelamin mungkin ada

      Delete
    2. saya ada btanya pd abg luka.. dier ckap xde risiko jangkitan..

      Delete
  8. Salam bang saya ada buat benda ...pastu lps 2 minggu sy cek lab dia bagi valid result test tu sampai bulan 7 lps tu sy terus buat test 3 kali semuanya negatif..sy blm cukup 3 bln lagi

    ReplyDelete
  9. Salam bang..saya buat bnda tu masa akhir 22 hb 11 2015 sy akan kawen bln3 ni..dua minggu lpas tu sy cek lab dok bagi saya keputusan negatif valid sampai bln 7 pastu saya buat test rapid 3 kali ...lps tu mggu lps saya buat test lab negatif juga..adakah saya selamat utk kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kebiasaanya virus HIV boleh dikesan dalam badan selepas 2-3 minggu selepas aktiviti berisiko, saudara telah buat ujian HIV beberapa lepas tu dan keputusan negatif, walaupun belum cukup 3 bulan ianya satu petanda baik dan kemungkinan tetap negetif selepas 3 bulan sangat besar. Cuna buat ujian HIV generasi ke 4 atau CMIA yang dikatakan boleh kesan HIV seawal selepas 28 hari.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Bang ujian CMIA dan skrining tu sama ke?
      Semoga Allah beri kesembuhan 100% kpd abg naj mi

      Delete
    4. Setahu abang lepas 3 bulan keputusannya memang dah confirm negetif, tapi tu lah masih ada doc yang akan sarankan buat sampai lepas 6 bulan...sebab kata mereka lepas 6 bulan tu baru tepat, banyak pendapat kalau kita google, tapi bagi abg lepas 3 bulan dah tepat. Cuma bagi mereka yang aktiv kena buat ujian setiap 6 bulan sekali. Wallahuallam

      Ujian HIV ni ada beberapa jenis, abg sendiri tak pasti sangat mengenai ujian2 ni. CMIA tu diaorang kata antara ujian yang terkini lah...boleh kesan kuman dlm masa 28 hari aje. Pada hari ini mungkin ada yang lebih terkini kut abg sendiri tak pasti...:)

      Delete
    5. Jadinya saya ada potensi bebas ke?

      Delete
    6. Pandangan abg lepas 3 bulan ya...bebas

      Delete
  10. Salam bang ..saya buat test combo hiv..antigen dan antobody saya negatif...adakah ia muktamad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca dan cuba faham entri bertajuk CMIA PRINCEIPLE TEST - HIV TEST KIT UJIAN HIV PALING LATEST.

      Delete
    2. Salam bang..tukang urut memang 100% ada hiv ke?

      Delete
    3. Tp saya buat test pada masa nak masuk bulan ke 3 maksudnya blm cukup tarikh..

      Delete
    4. Tapi saya buat test sebelum ckup tarikh ..tp dah masuk bln ke 3 la

      Delete
    5. Soalan ni dah dijawab, baca entri mengenai CMIA - PRINCIPLE TEST dlm entri ni, jika masih ragu2 abg harap tanya terus pada doktor dimana2 klinik.

      Delete
  11. Salam bang tukang urut 100% positive hiv ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa mana kita nak tahu, tak semua tukang urut dan tak semua pekerja seks tu ada hiv tapi kalau mereka ada lakukan aktiviti berisiko yg kita tak tahu bila dimana dan kekerapannya, maka mereka yang jalankan kegiatan ni sangat berisiko ada hiv dan penyakit kelamin lain

      Delete
    2. Sebab sy cek sifilis semua clear..sebab tu saya risau..cuma ari tu ada ketul je yg x bahaya kat zakar

      Delete
    3. Tp bang saya tgk kt belakang dia byk bks2 bekam..ada yg bersih jgk ke tp saya ada cek guna kaedah terbaru kat diri saya..negatif

      Delete
    4. Negatif lah tu, usah fikir banyak...benda dah lepas...mengenai bekas bekam tu abg tak pasti nak jawab, jika ada luka terbuka dan kena pada luka terbuka kita baru ada jangkitan HIV, itu pun kalau dia ada hiv lah, kalau dia tak ada hiv, luka rabak macam mana pun tak akan berlaku jangkitian....:)

      Delete
    5. Pastu sy tgk pusat urut tu jrg orang dtg...sy usha banyak kali...mungkin kekerapan dia buat benda tu kurang...

      Delete
  12. Salam bang..apa beza batuk org sht n ada jangkitan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman abg dulu, batuk yang berlarutan tak henti2 tapi ketika itu batuk abg bila dah mendapat AIDS, iaitu selepas hampir 5 tahun setelah disahkan positif. Seingat abg selepas dijangkiti HIV abg tak alami sebarang batuk2, kalau ada pun yang biasa2 aje...Senangkata batuk seseorag yang baru dijangkiti HIV tidak ada beza dg batuk orang lain yang tak ada HIV

      Delete
  13. Salam...bang saya buat tu 22 hb 11 15 blh abg kirakan sampai tarikh mana cukup 3 bln?takut saya salah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tak perlu lah tepat sangat, jika buat pada 22-11-2015 maka 22-2-2016 tu dah 3 bulan, jika was2 jugak lanjutkan beberapa hari selepas dari 90 hari tersebut

      Delete
  14. Ada ke yg buat seks tanpa kondom dgn tkg urut x ada hiv

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung jika tukang urut tu tak ada hiv maka tak adalah berlakunya jangkitan, tapi seperti yang kita tahu tukang urut yang ada menawarkan perkhidmatan seks sudah tentu berisiko dapat HIV, jika kita bersamanya maka risiko kita dijangkiti tetap ada

      Delete
  15. Bang ada nmbr phone doktor pakar?sy nk mintak blh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rujuk kat NOMBOR YANG ANDA BOLEH HUBUNGI disebelah kanan blog ni, mungkin saudara boleh tanya pada saudara Luka Rafieqa

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST