Friday, 1 March 2013

HIV BUKAN PENYEBAB AIDS???

Saya pernah ditanya oleh seorang pembaca satu ketika dulu mengenai pendapat saya tentang, "HIV bukan penyebab AIDS", jawapan yang saya beri dan sangat pasti ialah HIV adalah penyebab AIDS tanpa HIV bagaimana kita nak dapat AIDS.
Kemudian persoalan itu berlalu begitu sahaja sehinggalah seorang pembaca berbangsa cina yang fasih berbahasa melayu mengirim email kepada saya

"hi bro... boleh saya chat dengan u? sebenarnya hiv adalah (satu penipuan) tipu. saya nak interview (bertanya) bro through handphone, kalau bro nak cakap saya ni gila ke atau mengarut ke... saya x kesah... tapi cuba dengarkan saya cakap, boleh bagi phone number? 

Sudah tentu saya tidak memberi phone no saya kepadanya malah kepada sesiapa sahaja sebaliknya kami berhubung melalui email dan kemudian berlanjutan ke facebook. Dia cuba menerangkan kepada saya apa yang difikirkannya itu adalah benar dan saya tidak nafikan kemungkinan ada logik kebenaran apa yang dia katakannya itu.

Pemahaman saya tentang "HIV bukan Penyebab AIDS" ialah ianya mengenai konspirasi sekelompok manusia yang mempergunakan HIV hanya untuk kepentingan mereka demi mendapat dana ($$$$) untuk kepentingan diri.

Saya difahamkan bahawa kemungkinan diri kita yang pada hari ini adalah seorang positif HIV tetapi sebenarnya adalah seorang yang negatif HIV tanpa kita sedari, gejala simptom AIDS adalah disebabkan oleh pengambilan ubatan HAART yang diketahui mempunyai kesan sampingan terhadap tubuh badan.

Saya ditanya bilakah kali terakhir saya buat ujian pengesahan HIV, seingat saya kali terakhir ialah pada tahun 2005 yang lalu iaitu ujian kali kedua yang saya buat semasa di Singapore dan sejak itu sehingga kini saya tidak pernah membuat ujian pengesahan HIV lagi, apa yang saya tahu sekali saya disahkan HIV positif bermakna selama-lamanya saya akan positif HIV.

Pada hari ini kita semua (PLHIV) hanya terpaksa melalui proses menjalani ujian CD4 dan Viral Load sahaja pada setiap 5 atau 6 bulan sekali. Ujian pengesahan HIV tidak pernah dilakukan lagi, betul tak!!

Saya disuruh agar melakukan ujian HIV segera (dari masa kesemasa) kerana kemungkinan status saya boleh berubah dari seorang yang positif HIV kepada negatif HIV boleh berlaku. Malah saya disaran agar berani berhenti mengambil HAART, kerana ubatan HAART itulah yang akan merosakkan dalaman tubuh badan kita sehingga menjadi penyebab kepada munculnya AIDS. 

Itu yang saya faham tentang permasalahan ini, dan perbetulkan sekiranya saya salah.


Bryan Fischer berkata HIV bukan penyebab AIDS, tetapi pendapatnya disanggah oleh Sir Nick Partridge dan Jonathan Ball. 

CALIFORNIA, KOMPAS.com - Kenyataan kontroversi tentang HIV dan AIDS datang dari Bryan Fischer, Director of Issues Analysis for the American Family Association, dalam program siaran radio Focal Point. Ia mengatakan bahawa AIDS tidak disebabkan oleh jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV). 

"Alasan HIV dinyatakan sebagai penyebab AIDS hanya untuk mendapatkan dana menyokong penyelidikan," kata Fischer seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (6/1/2012). 

Menurut Fischer, jika AIDS hanya disebabkan oleh perilaku, maka wang tidak akan diperolehi untuk membiayai aktiviti penyelidikan. HIV hanyalah virus yang sengaja dikambinghitamkan agar wang boleh diperolehi. 

Dengan adanya HIV, maka para penyelidik boleh berteriak, "Kami harus membunuh virus ini dan kami memerlukan berbilion-bilion dolar untuk penyelidikan." 

Menanggapi (menyanggah) pernyataan itu ialah, Sir Nick Partridge, Chief Executive of AIDS Charity The Terrence Higgins Trust, yang berkata, "Anda tahu, ini tak masuk akal. Ini hal tak masuk akal yang berbahaya." 

Menurut Partridge, bukti kajian telah ada. Pesakit AIDS yang mengambil ubat antiretroviral boleh bertahan hidup, sementara mereka yang tidak, akan lebih cepat menemui keadaan buruk. 

Jonathan Ball, profesor virologi dari Universiti Nottingham, mengatakan bahawa hujah Fischer lemah dan tak bermoral. 

"Hujah yang digunakan untuk menyatakan bahawa HIV tidak menyebabkan AIDS sangat lemah jika dilihat dari bukti epidemologi, ilmiah, dan perubatan," kata Ball. 

Jika tak ditangani, maka 95 peratus (keadaan) orang (yang hidup) dengan HIV akan semakin memburuk dalam 10 tahun mendatang. Beberapa orang yang dijangkiti HIV, tetapi tidak berkembang menjadi AIDS adalah (kerana) pertahanan (badan yang kuat) yang menyebabkan lambatnya jangkitan virus HIV. 

Komentar Fischer berdasarkan pada hasil kajian Peter Duesberg, ilmuwan asal Universiti California, Berkeley. Hasil penelitiannya menegaskan bahawa tidak ada alasan HIV menyebabkan AIDS. 

Sumber : Daily Mail



Rakan pembaca yang mengirim email tadi memberitahu saya tentang HIV itu satu penipuan, berusaha menerangkan kepada saya pekara ini. Jalan terbaik dia telah "link" kan kepada saya sebuah lama web* kepada saya untuk dibaca difahami dengan lebih mendalam. 

Saya akan cuba membaca dan cuba memahami isi kandung blog tersebut perlahan-lahan. Walau sekiranya saya sudah faham sekali pun, saya tidak pasti adakah saya akan mengambil tindakan drastik seperti menghentikan ubatan HAART yang saya ambil ketika ini walaupun CD4 saya sudah berada pada kiraan yang tinggi sekali pun. Saya... buat masa ini masih berpegang pada arahan dan nasihat doktor. 

"Orang yang degil macam u memang kita panggil silly, saya bukan marah, tetapi now u can be happy, but when the side effects get to you, enjoy lah, liver, cancer dan sebagainya, try to take hiv test often u will get hiv negative one day. Hanya ubat hiv membuat u teruk, kalau u continue ambik ubat hiv, saya tak boleh gerenti nyawa u dan "Allah" takkan help u kalau u tidak help urself ok, nak continue or stop ubat hiv saya tidak boleh halang, tapi baca blog (tersebut) dulu, baru ambik decision" 

Begitu nasihat rakan saya tadi, walaubagaimana pun saya berterimakasih sangat-sangat kepadanya kerana beliau sangat mengambil berat tentang keadaan diri saya, walaupun kami hanya baru sahaja kenal melalui email dan facebook. Ya maybe saya akan membuat ujian HIV dari masa kesemasa bermula dari hari ini.

Hari ini saya masih yakin HAART menyebabkan diri saya semakin sihat dalam masa yang sama tidak dinafikan bahawa HAART memberi kesan sampingan lain dalam tubuh badan tetapi pada masa depan saya tidak pasti lagi apa tindakan yang bakal saya ambil, bergantung kepada keyakinan dan saya berserah pada ketentuanNya.

Wallahuallam.



Dibawah ini pula adalah pendapat pandangan seorang Anonymous yang ditinggalkan didalam ruang komen entry ini yang telah mendorong saya untuk mengubah sedikit pengisian kandungan asal didalam entry ini yang telah disiarkan sebelum ini. Kenapa saya mengubahnya? Sebab keyakinan dan pendapat saya sama seperti beliau; 


Najmi,

Saya rasa Najmi kena lihat kepada data dan scientific empirical evidence. Mereka yang menyangkal dakwaan yang mengatakan HIV bukan menyebabkan AIDS tidak menyokong dakwaan mereka dengan data dan scientific empirical evidence yang boleh diterima oleh komuniti sains.

Misalnya, ada 5 orang yang dijangkiti HIV selama 10 tahun dan okay walaupun tak mulakan ubatan HAART. Bagi golongan yang menafikan HIV sebagai punca kepada AIDS ini akan mengatakan bahawa lihat 5 orang ini okay jer tak makan ubat..sedangkan millions of others yang ada HIV dan tidak memulakan rawatan mula menunjukkan simpton yang mereka mula mendapat penyakit seperti TB dan sebagainya (contohnya adik MS).

Kalau Najmi rajin cuba cari kat youtube, lecture yang diberikan oleh Prof. Dr Adeeba dari UM pasal kematian disebabkan HIV di Malaysia. Statistik menunjukkan kadar kematian turun dengan sangat signifikan sejak rawatan HAART dimulakan. Corak ini bukan sahaja ditunjukkan di Malaysia malah di seluruh dunia.

Sebab itu HIV kini tidak lagi dianggap sebagai peyakit yang menjadi punca kepada kematian yang utama di dunia. Jika di tahun 80an dan 90an HIV berada di nombor satu sebagai punca kepada kematian di dunia. Tetapi kini ia telah jatuh ke nombor enam. Itupun disebabkan oleh kegagalan mereka mendapatkan rawatan yang betul.

Untuk pengetahuan Najmi, di Britain sekarang kadar jangkitan HIV meningkat disebabkan ramai brits yang percaya HIV sudah ada ubat dan mereka yang ada HIV dapat hidup seperti insan normal lain selepas memulakan rawatan.

Kalau citer pasal kesan sampingan ubat, panadol pun ada kesan sampingan terhadap buah pingang. Kesan sampingan ini biasanya akan dipantau oleh doktor yang merawat penghidap HIV.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal HIV/AIDS Najmi boleh baca artikel2 yang diterbitkan dalam jurnal2 antarabangsa berkaitan dengan HIV/AIDS. Kat situ dipaparkan tentang bukti2 yang bersifat empirikal dan ujian yang mereka lakukan adalah sangat ketat.

Sekarang ini juga terdapat kebimbangan di Afrika Selatan bilamana ada orang mula percaya tentang HIV bukan punca kepada AIDS dan ada yang mula berhenti mengambil ubatan HAART yang akhirnya menyebabkan virus mula mewujudkan rintangan kepada ubatan (tak berkesan lagi).


Najmi,

Saya bimbang apabila orang membaca maklumat-maklumat dalam blog* yang najmi kongsikan itu dan mereka percaya dan berhenti daripada memakan ubat. Kita jangan mudah percaya, kita kena baca sendiri artikel-artikel yang telah diterbitkan dalam scientific journals related to HIV/AIDS.

*Laman Web (Blog) yang saya paparkan sebelum ini dalam entry ini.

 

9 comments:

  1. Najmi,

    Saya rasa Najmi kena lihat kepada data dan scientific empirical evidence. Mereka yang menyangkal dakwaan yang mengatakan HIV bukan menyebabkan AIDS tidak menyokong dakwaan mereka dengan data dan scientific empirical evidence yang boleh diterima oleh komuniti sains. Misalnya, ada 5 orang yang dijangkiti HIV selama 10 tahun dan okay walaupun tak mulakan ubatan HAART. Bagi golongan yang menafikan HIV sebagai punca kepada AIDS ini akan mengatakan bahawa lihat 5 orang ini okay jer tak makan ubat..sedangkan millions of others yang ada HIV dan tidak memulakan rawatan mula menunjukkan simpton yang mereka mula mendapat penyakit seperti TB dan sebagainya (contohnya adik MS). Kalau Najmi rajin cuba cari kat youtube, lecture yang diberikan oleh Prof. Dr Adeeba dari UM pasal kematian disebabkan HIV di Malaysia. Statistik menunjukkan kadar kematian turun dengan sangat signifikan sejak rawatan HAART dimulakan. Corak ini bukan sahaja ditunjukkan di Malaysia malah di seluruh dunia. Sebab itu HIV kini tidak lagi dianggap sebagai peyakit yang menjadi punca kepada kematian yang utama di dunia. Jika di tahun 80an dan 90an HIV berada di nombor satu sebagai punca kepada kematian di dunia. Tetapi kini ia telah jatuh ke nombor enam. Itupun disebabkan oleh kegagalan mereka mendapatkan rawatan yang betul. Untuk pengetahuan Najmi, di Britain sekarang kadar jangkitan HIV meningkat disebabkan ramai brits yang percaya HIV sudah ada ubat dan mereka yang ada HIV dapat hidup seperti insan normal lain selepas memulakan rawatan. Kalau citer pasal kesan sampingan ubat, panadol pun ada kesan sampingan terhadap buah pingang. Kesan sampingan ini biasanya akan dipantau oleh doktor yang merawat penghidap HIV. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal HIV/AIDS Najmi boleh baca artikel2 yang diterbitkan dalam jurnal2 antarabangsa berkaitan dengan HIV/AIDS. Kat situ dipaparkan tentang bukti2 yang bersifat empirikal dan ujian yang mereka lakukan adalah sangat ketat. Sekarang ini juga terdapat kebimbangan di Afrika Selatan bilamana ada orang mula percaya tentang HIV bukan punca kepada AIDS dan ada yang mula berhenti mengambil ubatan HAART yang akhirnya menyebabkan virus mula mewujudkan rintangan kepada ubatan (tak berkesan lagi).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah

      Kebimbangan saudara memang ada asasnya, tujuan saya hanya untuk memberi maklumat dikalangan kita tentang wujudnya golongan kelompok ini dan saya harap mereka boleh berfikir seperti apa yang saya fikir tidak mempercayai bulat-bulat maklumat diatas. Saya masih yakin dengan HAART yang membantu saya untuk kekal hidup sihat sehingga kini. Terima kasih dengan nasihat komen yang saudara beri...:)

      Delete
  2. Najmi, saya bimbang apabila orang membaca maklumat2 dalam blog yang najmi kongsikan dan mereka percaya dan berhenti daripada memakan ubat. Kita jangan mudah percaya, kita kena baca sendiri artikel2 yang telah diterbitkan dalam scientific journals related to HIV/AIDS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Saya juga fikir seperti mana yang saudara fikirkan tentang kebimbangaan PLHIV lain yang kemungkinan akan terpengaruh enggan meneruskan HAART apabila membaca maklumat-maklumat didalam entry ini.

      Malah ada seorang rakan email (FB) saya yang begitu berani "stop" dari mengambil HAART yang telah diberi doktor kepadanya, kerana dia tidak tahan dengan kesan sampingan ubatan tersebut seperti mimpi ngeri dan "ting tong" kerana perlu bekerja. Sudah saya terangkan akan bahaya jika dia gagal mengambil secara berterusan dan teratur ubatan yang diberikan kepadanya, malah sehingga kini saya masih bimbang tentang keadaan dirinya dan apa yang akan berlaku kepadanya beberapa tahun akan datang. Saya tidak pasti sama ada dia ada membaca atau tahu tentang maklumat yang diperkatakan oleh sekumpulan tentang "HIV bukan penyebab AIDS"

      Saya yakin ada asasnya bila saudara melahirkan rasa kebimbangan tersebut. Saya telah membuat sedikit perubahan, mengubah kandungan asal entry diatas...Terima kasih....

      Delete
  3. Terima kasih kerana Najmi kongsikan artikal serta fakta itu bersama kami...
    Persoalannya disini..benarkah dalam suatu keadaan yang mana boleh kita dapat percaya sebenarnya kita boleh kepada negetif HIV...
    adakah ujian yg pertama tu adakalanya palsu...saya keliru dgn kenyataan tu...
    harap dapat Najmi beri penjelasan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Terima kasih...

      Soalan saudara "benarkah dalam sesuatu keadaan yang mana boleh kita dapat percaya sebenarnya kita boleh kepada negetif, adakah ujian yang pertama itu palsu (berlaku kesilapan)"

      Semua itu pendapat yang datangnya dari kelompok golongan yang mempercayai bahwa HIV itu bukan penyebab AIDS, seperti Bryan Fisher, mereka mempunyai laman web yang menerangkan tentang kepercayaan mereka tentang itu, sesiapa yang membaca terpulang nak percaya atau tidak.

      Saya tak bijak nak menjelaskan dengan lebih lanjut tetapi bagi saya kita PLHIV yang sedang menerima rawatan HAART, jangan menghentikan rawatan tersebut penting untuk kita mengikut arahan doktor walau pun kelompuk itu mengeluarkan kata-kata mempertikaikan arahan doktor dengan sebab2 yang mereka berikan TETAPI tak salah kalau kita ikut cara mereka yang menjalani ujian HIV dari masa kesemasa walau pun kita telah menerima HAART, kerana kata mereka maybe status kita boleh bertukar drp +ve kepada -ve, tetapi jangan terlalu mengharap dptkan maklumat lain dari sumber yang lain juga, wallahuallam

      Delete
  4. Salam..Abg Najmi
    saya juga tertarik bila membaca kenyataan dari blog tu...seolah- olah ada rasa lega fan berbunga hati ni sikit..hehehe
    CD4 pertama saya bacaan dalam 520 dan kali kedua bacaan telah naik sedikit kepada 540..
    saya cuma amalkan madu dan makanan sunnah yg lain.Alhamdulillah ..saya buat blood test tu di Bp..
    sama sioalan saya seperti Anonymous di atas..boleh kah result dari hiv + bertukar kepada hiv+...?
    adakah jika CD4 dalam.bacaan 600 ke atas dah di katakan kita bebas dari HIV...huhuhu...
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W salam Anonymous

      Jika kita sudah disahkan sebagai positiv HIV walau CD4 berada pada kiraan 600 sekali pun kita masih tetap menjadi pembawa virus itu, setiap individu mempunyai tahan kesihatan yang berbeza, saudara bertuah kerana amalan pemakanan membantu meningkat dan menstabilkan CD4 saudara.

      Walaupun seseorang PLHIV itu telah pun menerima rawatan HAART mempunyai sejarah peningkatan CD4 dari kiraan yang rendah kepada kiraan tinggi sehingga maybe pada hingga kiraan 600, rawatan HAART tetap perlu diteruskan jika berhenti bimbang kesan ubatan menjadi tidak berkesan pada tubuh badan, dan terpaksa bertukar kepada ubatan peringkat kedua dan ketiga yang lebih mahal dan tidak dijamin keberkesanannya.

      Seperti yang saya kata terdapat kelompok yang mempercayai status kita boleh bertukar dr positif HIV kepada negatif HIV, mereka punya pendapat dan nas-nas yang mereka percayai.

      Saya pasti saudara belum memulakan HAART kan, nasihat saya cuba saudara buat ujian pengesahan HIV dari masa kesemasa walaupun pada ketika CD4 saudara tinggi, saya tidak boleh janji berkata bahawa status saudara boleh bertukar kepada -ve seperti mana pendapat kelompuk golongan itu.

      Wallahuallam

      Delete
    2. Slm,saya suka apa yg diceritakan,tp tak menyokong krn itu pendapat sahaja,ia masih dlm perbahasan,tidak diwartakan,apatah lg rawatan membuktikan kematian aids dpt dikurangkan setelah mengambil rawatan.memang haart ada kesan negatif,tp setelah diambil pesakit kembali sihat.kebanyakan yg ambil haart cd4 dah rendah,iadikesan pabila pesakit jatuh sakit.bg yg cd4 masih tinggi diparas 350 keatas mngikut standard kem kshtn haart blm dijlnkan krn bbrp sebab termasuk neg haart.kecuali yg ingin zuriat blh tp tidak blh hentikan haart krn takut virus menjd kebal& bertindak bls.akibatnya ia kena byr ubat 2 nd line.ubat 1st line percuma wlu sbnrnya mahal juga klu nak beli.dari sudut neg mmg ada,tp bt masa skrg ini shj ubat yg ada.untuk Pengtahuan semua saya juga sudah + melebihi 10tahun,masih sihat dan tidak mengambil haart atas nasihat Doktor sendiri.saya pernah bersuara pd Doktor,tp penerangan doktor saya faham.mungkin kenyataan saya ini ada yg pertikai,ini pandangan sahaja atas nasihat pakar untuk saya sahaja.skrg cd4 saya 685.sblm ini 640 meningkat sedikit.saya tetap berpegang pd prinsip,bila sampai waktunya cd4 saya 350 kebwh,saya pun akan menjalani haart atas nsht Doktor juga,terima kasih

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST