Tuesday, 12 March 2013

HENTIKAN JANGKITAN KELAMIN

Soalan: 
Bagaimana seseorang itu mendapat STI?
 
Jawapan: 
Sebaik sahaja kamu mula aktif secara seksual, sebaik-baiknya kamu belajar melindungi diri kamu daripada STI. STI (sexually transmitted infection) ataupun STD (sexually transmitted disease) merupakan jangkitan penyakit kelamin. Kamu boleh terkena jangkitan melalui hubungan seks dengan pasangan yang berpenyakit. 

Kuman-kuman ini terlalu halus sehinggakan kamu hanya boleh melihatnya melalui peralatan canggih. Ia berenang dalam cecair badan seperti darah atau lelehan dari vagina atau penis mereka yang berpenyakit. Dalam sesetengah kes, STI mungkin berjangkit melalui jarum, luka pada kulit atau semasa pemindahan darah. Susu dari ibu yang berpenyakit juga mungkin memindahkan kuman menyebabkan STI terhadap bayi yang meminum susu ibu.

Jadi, berhati-hatilah. Perhatikan sebarang luka, kudis atau tatu pada badan pasangan kamu dan ketahui amalan seks pasangan kamu.


Soalan: 
Adakah kondom berkesan dalam mengelakkan STI?
 
Jawapan:
Kondom memang mudah didapati dan berkesan dalam melindungi kamu daripada STI apabila digunakan dengan betul. Ia berkesan untuk mengelakkan jangkitan STI daripada pertukaran cecair badan. Ini kerana, kondom akan berfungsi sebagai penghalang. 

Namun begitu, sesetengah kuman seperti virus mungkin terlalu halus dan boleh meresap melalui lubang-lubang halus yang terdapat pada kondom. Gunakan kondom lateks kerana ia memberikan lebih perlindungan. Tapi awas, ada juga antara kita yang alah terhadap lateks. Dapatkan nasihat doktor agar kamu boleh menggunakan alternatif lain.

Penggunaan pelincir berasaskan air seperti jeli KY juga mungkin membantu. Pelincir berasaskan minyak boleh memanaskan kawasan kulit kondom dan boleh menyebabkan koyakkan kecil pada permukaannya. Kondom juga tidaklah begitu mahal dan ada dijual di pasaran.


Soalan: 
Apa itu AIDS?
 
Jawapan:  
Kita selalu dengar mengenai AIDS. Pesakit yang menghidap AIDS tidak mendapatnya kerana jangkitan. AIDS merupakan hasil jangkitan virus yang dipanggil HIV iaitu human immunodeficiency virus

 HIV disebarkan melalui pertukaran cecair badan semasa persetubuhan, pemindahan darah dan juga penyusuan badan. Mereka yang dijangkiti HIV mungkin tidak akan berasa apa-apa atau menunjukkan sebarang simptom penyakit untuk beberapa tahun lamanya. Mereka mungkin menjangkiti orang lain dalam tempoh masa ini. 

Jangkitan HIV akan berkembang sepenuhnya kepada AIDS apabila sistem imun seseorang itu tidak lagi boleh melawan HIV. Sistem imun badan merupakan pertahanan pertama yang melawan kuman-kuman yang masuk ke badan. Semasa inilah pesakit mula berasa lemah. Batuk biasa dan jangkitan kulit yang boleh dirawat untuk orang biasa mungkin menyebabkan rawatan berpanjangan di hospital atau kematian untuk mereka yang menghidap AIDS.


Soalan: 
Bolehkah AIDS tersebar melalui ciuman atau perkongsian barangan peribadi?
 
Jawapan:  
Sama seperti STI yang lain, virus HIV yang menyebabkan AIDS disebarkan melalui pertukaran cecair badan. Air liur mengandungi sejumlah kecil HIV yang terdapat dalam mereka yang berpenyakit. Anda tidak akan mendapat HIV sekiranya anda bercium, melainkan terdapat pendarahan atau luka pada mulut.

Anda juga tidak akan dijangkiti HIV sekiranya anda berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sudu dan garfu. Anda juga tidak berkemungkinan dijangkiti HIV dengan sentuhan sosial harian seperti menyentuh, bercium atau berpeluk.


Soalan: 
Bagaimana untuk menghalang jangkitan ini?
 
Jawapan: 

Sentiasa lindungi diri kamu. Sesungguhnya HIV tidak mengenal umur, bangsa atau jantina. Ia boleh terkena pada yang tua dan muda, lelaki dan wanita, kaya dan miskin. Kamu juga tahu yang untuk satu jangkitan, ia memerlukan dua orang untuk bersatu.

Kamu boleh berjangkit dari pasangan dan begitulah sebaliknya. Mengenali pasangan kamu, nilai dan amalan seksualnya sebelum ini akan membantu kamu. Walaupun agak sukar untuk dilakukan, kamu tetap perlu pentingkannya kerana ia melibatkan kesihatan kamu.

Meminta pasangan lelaki kamu untuk memakai kondom merupakan salah satu cara yang paling mudah dan efektif untuk menghalang jangkitan STI. Janganlah membuat hubungan seks apabila kamu belum lagi bersedia. 

Minta nasihat doktor agar kamu mendapat panduan sewajarnya. Membasuh vagina menggunakan sabun dan air selepas persetubuhan atau menggunakan alkohol tidak akan mengelakkan daripada jangkitan STI.


Sumber : Disini

9 comments:

  1. Salam Najmi, tq berkongsi info ye. Moga Najmi terus sihat & tabah ye

    ReplyDelete
  2. Najmi, semuga sentiasa sihat n bahagia. Najmi jaga diri baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Alhamdulillah insyaallah saya baik2 aje...:)

      Delete
  3. asalamulaikum, saya nak tanya la, contoh mcm penyakit hiv nie, tanda2 batuk,demam,selsema,sakit tekak nie, jangkaan tanda2 bapa lama ye? ada tak lebih dri 1minggu?? boleh tolong tak? agak2 sapa yang tau, terima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam Ryna Zryna,

    Tentang pekara tu ada dalam entri, sudah dikongsikan cuma Ryna kena rajin cari lah..tapi tak mengapa abg bagi contoh pengalaman abg dulu, seingat abang tanda2 gejala simptom telah dijangkiti HIV yang abg alami antaranya ialah demam tak kebah2, loya, muntah, naik bisul dan simptom yang biasa ialah naik ruam seluruh badan (gelegata). Seingat abang simptom tu abg alami maybe selepas 2 atau 3 atau 4 minggu selepas dijangkiti (abg tak boleh pasti dg tepat sebab ketika itu abg tak tahu tarikh tetap abg dijangkiti.

    Biasanya kita akan alami simptom2 tu sekitar 2 minggu lebih dan akan sembuh...sembuh drsegala simptom tapi kuman sudah mula sebati dalam darah kita....

    Tapi kena ingat setiap orang berbeza simptom yang dialami, ada org dah dijangkiti tapi tak langsung menunjukkan sebarang simptom...Wallahuallam....:)

    ReplyDelete
  5. Salam..soalan sy..sy bkn pnghdp hiv tp mak sy pnhdp hiv dan sy tggl serumah dgn dia..cuci kaen dalam satu mesin tmsk pakaian dlm..adkh sy berisiko untk mndpt hiv.??

    ReplyDelete
    Replies
    1. TIDAK berjangkit jika kita satukan pakaian serta pakaian dalam didalam satu mesin...usah bimbang

      Delete
  6. Salam abg Naj mi,
    Saya disahkan HIV+, apabila saya menjalani ujian darah pada bulan disember 2014,ujian ini disahkan bila saya buat ujian darah utk urusan tertentu.
    Masalah saya, saya tak tahu di mana kah saya perlu buat rawatan susulan, kerana ujian itu dulu saya buat di luar negara. Balik ke malaysia, saya buntu.
    Di batang zakar saya ada luka, saya dah sapu ubat. Tapi timbul keputihan, adakah itu kulat yang tumbuh. Pengetahuan abg naj mi, iya muncul di kulit kulup saya kerana saya tidak bersunat, adakah iya akan berterusan atau sapu ubat luka tu akan ok?
    Saya sering melakukan hubungan sejenis kerana saya adalah GAY.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST