Friday, 8 March 2013

DAIMI DAINIAL - GURU GAY HIV POSITIF, UGUT LIWAT SEBARKAN HIV KEPADA RAKAN SAYA

Saya menerima email ini pada hari khamis 7-3-2013, pengirim email yang dikenali sebagai Daimi Dainial berusia 18 tahun dan sedang menunggu "result" SPM, bercerita kisah sedih yang berlaku keatas rakan karibnya yang telah diugut, dipaksa melakukan hubungan sejenis oleh seorang guru lelaki disekolahnya sehingga disahkan positif HIV. 
Kejadian berlaku pada tahun lalu. Bayangkan apabila peristiwa seumpama ini berlaku (menerima ugutan dari seorang yang kita hormati takuti seperti seorang guru) tidak ramai terutama dikalangan remaja, murid sekolah yang mampu untuk memberitahu hal sebenar kepada ibu bapa apatah lagi membuat "report police". 
Mereka hanya mampu memendam rasa dan berdiam diri, malah dalam kisah benar ini mangsa hanya bercerita kepada rakan karibnya hanya setelah dipaksa sebaik disahkan positif HIV, saya percaya sekiranya mangsa masih bebas HIV kemungkinan rahsia beliau diliwat, diugut guru itu akan terus menjadi rahsianya sehingga akhir hayat.

Ya, membuat lapuran itu adalah yang terbaik, tetapi kebiasanya mangsa akan berfikir bimbang tentang berbagai masaalah yang mungkin akan timbul sekiranya masyarakat sekeliling tahu tentang kejadian aib yang berlaku keatas diri mereka.


Salam Naj Mi, 
Sebenarnya saya menjadi pengikut blog abang sekian lama. Banyak paparan kisah duka yang abang catatkan dalam blog ni. Saya menangis apabila membaca kisah Adik MS (klik disini) yang telah kembali ke rahmatullah pada usia yang cukup muda.
Tatkala saya sedang menulis email ini, saya mendapat kekuatan daripada Allah Yang Maha Esa. Malah, mata ini tidak mampu untuk menahan air mata mengalir di pipi kerana adakalanya saya masih teringat gurau senda dan senyuman manis sahabat karib saya
Umar (bukan nama sebenar), sahabat dunia akhirat saya yang sukar diganti. Sejak kecil lagi kami banyak membesar bersama-sama kerana ayahnya juga rakan kongsi ayah saya.  Saya dan Umar satu sekolah di Kuala Lumpur. Saya terkilan kerana tidak dapat menyambut hari raya bersama-samanya tahun lalu. Malah Umar juga tidak bersempatan menduduki SPM 2012. 

Terkilan kerana kami  telah berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga salah seorang daripada kami dapat menjadi doktor. Saya cuba memenuhi hajat terakhirnya dengan harapan mendapat keputusan SPM cemerlang yang akan diumumkan pada bulan ini.


Imbas kembali, 

Pada tahun lalu (2012), pertengahan bulan mei, Umar mengalami demam dan batuk yang berpanjangan serta tangannya berbintik-bintik merah (10 Simptom HIV Yang Anda Harus Awasi). Saya mengesyorkan agar beliau membuat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta. Saya temani beliau sepanjang hari ketika pemeriksaan tersebut. Doktor menyarankan agar beliau membuat pemeriksaan ujian darah bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat. Doktor memberi ubat demam dan batuk  serta membuat suntikan antibiotik .   
Selepas 2 minggu berikutnya, keputusan darah menyatakan Umar telah menghidap HIV walaupun masih di peringkat premier. Saya terkejut "beruk" apabila mendengar berita tersebut. Umar merayu kepada saya supaya merahsiakan hal tersebut. 
Setelah didesak beberapa kali oleh saya yang ingin tahu dari mana datangnya HIV tersebut, akhirnya Umar menceritakan yang beliau telah menjalinkan hubungan sejenis dengan seorang guru di sekolah yang sama pada bulan Februari (2012).


Kisah bermula.... 

Hubungan terlarang itu bermula apabila beliau telah  ditangkap oleh guru tersebut yang sedang bertugas pada minggu itu, semasa Umar sedang merokok di belakang bangunan sekolah. Umar menceritakan yang dia dalam keadaan dilema kerana diberi pilihan samada hendak mengikut sebarang denda daripada guru itu atau guru itu akan melaporkan hal tersebut kepada pengetua dan seterusnya boleh digantung sekolah selama berminggu-minggunya. 
Dalam terpaksa Umar memilih untuk menerima sebarang denda daripada guru tersebut kerana tidak mahu nama baiknya di sekolah sebagai "Pelajar Harapan" tercemar. Guru terbabit menyuruhnya datang ke rumah pada malam hari kejadian. Tidak sangka, Umar dipaksa melakukan aksi kepadanya, seandainya ingin melepaskan diri daripada di gantung sekolah.
Selepas kejadian tersebut, Umar menyatakan yang beliau berasa sangat keji terhadap dirinya sendiri. Keesokan harinya semasa hari persekolahan, guru tersebut sekali lagi menyuruh beliau datang ke rumahnya tanpa sebarang sebab. Disangkakan  hal yang berlalu akan pergi begitu sahaja, rupanya tidak. Guru keji itu menayangkan semula pita rakaman aksi kepada Umar ketika bersamanya. Malah Umar menerima ugutan sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan satu sekolah, guru itu telah memaksa lagi Umar untuk melakukan aksi seterusnya dan melakukannya berulang kali, mereka bersama-sama terlanjur dalam bulan tersebut.
Saya juga tidak menyangka betapa rapuhnya iman Umar pada ketika itu atau mungkin beliau sendiri yang merelakan aksi terkutuk itu selepas berulang kali bersama dengan guru keji itu?  

Pada musim cuti sekolah, guru keji itu telah pun berpindah ke sekolah yang lain di negeri utara semenanjung. Betapa kejamnya seorang guru yang memegang jawatan sebagai pendidik sanggup menyebarkan kumannya pada anak muridnya. Pada pandangan saya, guru tersebut mungkin tidak tahu bahawa beliau adalah seorang pembawa HIV selama ini. Saya tidak dapat mengesan kisah silam guru tersebut sehingga menjadikan dirinya pembawa HIV.

Al Fatihah 

Allah itu Maha Kaya, beberapa minggu selepas Umar disahkan HIV, beliau telah pun menghembuskan nafas terakhir apabila beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa hendak menjemput saya di rumah untuk ke kelas tuition. 
Saya yang lebih faham  apa itu HIV, tidak pernah sama sekali saya meminggirkannya sebagai seorang sahabat malah saya berkawan dengannya seperti biasa dan seperti menganggap tiada apa yang berlaku. Umar bertuah kerana tidak mengalami ujian hidup seperti mana ujian yang dialami oleh pesakit HIV yang lain.
Semasa dalam proses mengebumian arwah, saya telah beritahu hal sebenar kepada doktor yang bertugas untuk tidak menyatakan penyakit HIV Umar kepada ahli keluarganya yang lain. Sememangnya ahli keluarga arwah langsung tidak tahu akan hal tersebut. Saya mendoakan agar sahabat saya Umar ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Thanks abang Naj Mi,
Semoga allah memberi hidayah dan kekuatan kepada abang untuk meneruskan kehidupan ini. Doakan saya mendapat keputusan yang cemerlang untuk memenuhi impian sahabat saya.

p/s : bukan niat saya hendak memalukan mana-mana pihak terutama guru. Inilah hakikat dunia sebenar.


Daimi Dainial 




Abang, 

Sedih saya masih lagi terasa kerana saya dan arwah bersahabat dari kecil lagi. Saya dan arwah banyak membesar bersama-sama, memang sukar untuk mencari pengganti sebaik dan sejujur arwah. Abang boleh sharekan benda ini semua untuk kebaikan bersama tetapi lebih baik nama arwah diganti dengan nama yang lain. Abang doakan saya mendapat keputusan SPM dengan cemerlang bagi menguatkan lagi dorongan untuk saya mengecapi impian arwah. 

Terima kasih

Daimi Dainial 




*UPDATE - EMAIL TERBARU DARI DAIMI DAINIAL


Assalamualaikum abang Najmi.

Alhamdulillah keputusan SPM 2012 saya sangat membuatkan saya senyum sampai ke telinga kerana saya dapat mengotakan janji saya pada arwah Umar. Syukur sangat apabila saya dapat 13A+. inshyaallah saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang medik perubatan sebagai doktor pakar. Abg najmi doakan kejayaan saya. 


Terima kasih syukran jazilla


Daimi Dainial

54 comments:

  1. Ya Allah, anak saya sebaya dgn mereka. Sayu betul saya baca tetapi saya sangat kesal dengan sikap guru lelaki tersebut. Semuga anak itu ditempatkan bersama dgn org2 yg soleh dan beriman. Untuk Danial, semuga anda terus berjaya dunia dan akhirat. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. tergamak guru tersebut memperlakukan hukuman yang tidak munasabah sebegitu kepada pelajarnya.al fatihah kepada arwah, semoga ditempatkan dikalangan orang yg beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Nak buat cam na dah nafsu, lain orang lain cara mereka melempiaskan nafsu, ada guru kepada anak murid malah ada bapa atau tok melempiaskan nafsu kepada anak atau cucu.....

      Kisah begini ada berlaku disekeliling kita...dari tak tahu sekarang kita dah tahu pekara seumpama ini ada berlaku kan...

      Al Fatihah buat Umar....

      Delete
  3. Assalamualaikum.... selama ni sekadar membaca je di blog ni.. first time comment...
    Tak sangka cerita mcm ni terjadi pada bangsa kita.. mcm tak percaya pn ada... betulla bila org kata hiv tak mengenal sesiapa... Lagi lagi org yg kita harapkan tak leh diharap lagi... Bagi saya plhiv yg sudah insaf semulia2 manusia kerana mereka rela hidup sendiri dari menyebarkan hiv pd yg tk bersalah.. akupositifhiv dan najmi contoh terbaik... kuat walaupn kekadang down.. all the best for u.. selalu la update blog.. suka baca.. beri keinsafan pada sya yg dulu sngat nakal.. By d way saya non plhiv... Allah maha besar... all the best.. stay kuat tau!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merah summerlisme

      Terima kasih kerana sudi singgah membaca....Terima kasih kerana mendoakan insyaallah saya akan terus kuat...:)

      Delete
  4. Al- fatihah untuk UMAR(nama samaran)..

    by..KK

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah buat adik Umar (nama samaran)
    moga tempatkan beliau di kalangan hambaNya yg diberi balasan syurga..
    buat Dainial yg semoga ia tetap terus tabah jalani hidup tanpa Umar lagi..Man la yar ham..wal yar ham..sesiapa mengasihani akan dikasihi..
    moga Allah sentiasa mengasihani dan merahmati hidup Dainial yg sangat menyayangi Umar...Doa kan buat arwah selalu ye dik...moga
    adik berjaya dalam spm nanti dgn cemerlang...Insyaalah

    adakah Dainial boleh berbuat sesuatu..??
    adakah Dainial kuat menyatakan perkara sebenar??

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Al Fatihah buat Umar....apa-apa biar lah Umar yang menjawab pertanyaan syukran jazillan itu....:)

      Delete
  6. Astagfirullah, cerita ini betul2 buat Muzammil tersentuh.....

    Bagi Muzammil, arwah mungkin dlm keadaan dilemma sama ada memilih hukuman guru atau diberitahu pihak sekolah akn kesalahnnya.. mungkin ibu bapanya mgharapkan arwah utk menjadi pelajar contoh di sekolah, maka si arwah memilih utuk menerima hukuman cikgu yg keji itu.... arwah mungkin takut nama baik ayah dan ibunya tercemar....

    Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org yg beriman...

    teringat masa muzammil kena ngan cikgu ni masa darjah 4...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzammil Adrian

      Saya terfikir Umar kemungkinan berserabut di kepalanya memikirkan seperti yang Muzammil sebutkan itu sehingga berkemungkinan juga menjadi penyebab berlakunya kemalangan sehingga meragut nyawanya.

      Al Fatihah buat Umar....

      Nak tanya cikgu buat apa pada Muzammil pada darjah 4 tu?????

      Delete
    2. huhu, muzamil ada pengalaman macam ni ke? cikgu tu tak patut mengambil kesempatan dgn anak murid walaupun arwah sanggup menerima denda tapi denda yg masuk akal lah seharusnya

      Delete
    3. Anonymous

      Terfikir dikepala saya adakah hanya Umar aje yang menerima nasib seperti itu, tidak mustahil ada mangsa lain lagi kan...rasa saya lah.....

      Delete
  7. ya allah. sedih baca kisah ni. umar bertuah kerana mendapat seorang sahabat sejati seperti dainial. kebanyakkan pelajar sekarang lebih suka berdiam diri daripada memberitahu sebarang masalah di sekolah. ibubapa seharusnya mengamalkan sikap bertanya setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      .......:( Betul kata awak, saya juga berpendapat sama seperti awak....

      Delete
  8. muzammil ada cerita sedikit demi sedikit kt abg njmi...

    masa darjah 4 dalam perkhemahan.. malam itu muzammil demam,

    datang seorang cikgu yg baru posting ke sekolah muzammil... malam tu dia bertugas.. dia tidur sebelah...

    cikgu tu kata, kalau nak baik demam peluk cikgu.. masa tu Muzammil baru darjah 4.. x tahu benda2 sex bagai..

    bila peluk, cikgu cakap, muzammil, yg ni rasa sakit sikit... dia peluk dari belakang... dan londehkan seluar Muzammil dan kemudian underwear.. maka detik hitam Muzammil pun bermula...

    Muzammil rasa takut malam tu... antara cikgu yg muzammil sayang sbg seorang pendidik... sekarng Muzamil dah 23 tahun... detik itu masih menhantui Muzammil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabar lah pd dugaan iTu....Dan jangan lah penah merasa Ingin mencuba di atas keingin sendiri...berdoa lah agar keluar Dan jauh Dari melakukan perkara itu

      Delete
  9. Dilahirkan dalam rupa yg dikurniakan Allah sebagai kacak.. (bkn mengeluh) bukanlah sesuatu yg boleh dibanggakan...

    Lahir dlm keuarga yg besar, ibubapa yg asyik mahu mengejar akademik dan melupakan masa terluang utk bersama anak2 tercinta menyebabkan mereka memilih jalan bahagia masing2.

    Kehidupan yg diberi dgn segala kemewahan bukanlah aspek utama... pernah suatu ketika keputusanku teruk masa di darjah 4, aku dimarahi teruk oleh ibu kerana tidak mengekalkan status no 1 di dalam kelas... Kesedihan yg melampau sehingga mmbuat aku utk melarikan diri dari rumah yg jiwanya kosong...

    Maka seorg guru lelaki yg baru dipostingkan di sebuah sekolah menjadi rakan baik dan sentiasa caring dgn anak muridnya...

    abg Najmi.. nanti saya sambung.. ok...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzammil Adrian

      Terus terang saya ada membaca beberapa kisah berkaitan murid yang diperlakukan seperti yang saudara dan saudara Daimi Dainial alami...melalui kawan ketika berbual, email dan yang pasti kejadian seumpama memang berlaku dikalangan guru2 sekolah yang songsang (BUKAN SEMUA YA HANYA SEGELINTIR). Insyaallah kalau ada cerita dari pembaca saya akan sharekan kisah seperti ini lagi didalam blog ini.

      Delete
  10. al fatihah buat arwah.pendapat saya, kebanyakkan guru displin terlalu-lalu garang dan sanggup buat apa sahaja bg pelajar mendengar arahannya. bukankah seharusnya hukuman yg lebih rasional seperti cuci tandas ke, atleast bg kesedaran.

    by : ahmad kathala

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahmad kathala

      Logiknya begitu lah denda yang perlu seorang guru beri kepada murid yang membuat kesalahan, tapi dlm kes diatas ia berkaitan dengan nafsu dan kesempatan yang cuba diambil oleh guru tersebut untuk melempiaskan nafsu seksnya. Saya percaya jika Umar ditangkap merokok oleh seorang guru "normal" atau seorang guru perempuan misalnya pasti keadaan berubah, yang pasti itu lah takdir hidup yang terpaksa Umar hadapi yang telah ditentukan Allah, semuanya itu adalah penyebab sehingga membawa kepada kematian arwah...

      Semoga arwah bersama dengan orang2 yang beriman....Al Fatihah

      Delete
  11. sedih baca kisah benar ni.al fatihah kepada umar.kemungkinan guru itu gilakan kuasa sehingga sanggup memberikan denda yg tak logik.

    ReplyDelete
  12. Bahaya sungguh jika guru itu berpeluang mengulangi perbuatan jahatnya kepada pelajar lain pula..
    kalau dah nafsu tak boleh dikawal..bukan pada guru yang dikatakan mencurahkan ilmu tapi boleh berlaku juga dikalangan sesama pelajar..di sekolah hubungan seperti ini telah lama berlaku..sesama pelajar ini pun sukar juga nak dikenal pasti..
    moga ianya menjadi ikhtibar kepada golongan tersebut..
    terlepas didunia bukan bererti terlepas diakhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Mudah2an guru ini segera tahu tentang status dirinya supaya ada keinsafan penyesalan muncul dlm dirinya, sekurang2nya dia "maybe" akan menghentikan perbuatan tingkah laku nya itu terhadap murid2 disekolah tempat dia mengajar, atau sekurang2nya melindungi dirinya ketika terjebak melakukan aktiviti itu dengan sesiapa jua......hmmmm entah lah...harap2 kisah ini menjadi pengajaran buat guru2 songsang yang pernah atau ada yang pernah terfikir membayangkan rasa hendak melakukan perbuatan yang sama seperti guru diatas ini terhadap murid2.

      Delete
  13. Mengapa seorang guru sanggup melakukan perkara tersebut kepada seorang anak murid yang sepatutnya beliau didik dan lindungi seperti adik/anak beliau sendiri? Bagaimana guru tersebut hendak menjawab di depan Allah di akhirat kelak? Dosa dengan Allah kita boleh mohon ampun daripadaNya. Teapi dosa dengan manusia tidak cukup sekadar memohon keampunan daripada Allah. Kalau di dunia mungkin guru tersebut terlepas tetapi di akhirat beliau nak lari ke mana? Allah lebih mengasihi Umar dan sama2 lah kita berdoa semoga adik Umar diletakkan ditempat kedudukan yang paling tinggi disisi Allah swt.

    ReplyDelete
  14. Najmi,

    Ujian clinical fasa 2 yang dibuat oleh saintis di sangamo biosciences bagi "ZFN Therapeutic® SB-728-T" sebagai "functional cure" kepada HIV menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Kadar CD4 dalam kalangan penghidap HIV terus meningkat walaupun mereka telah berhenti mengambil ubat selama 2 tahun. Dapatan tersebut telah dibentangkan di "20th Conference on Retroviruses and Opportunistic Infections (CROI), held in Atlanta from March 3 to 6, 2013". Full data set akan dibentangkan pada akhir tahun ini. Sama2lah kita berdoa semoga "functional cure" ini berjaya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Alhamdulillah terima kasih dengan info2 yang diberi, mudah2an perkembangan berterusan mengenai berita ujian ini sentiasa positif dari masa kesemasa.....:)

      Delete
  15. Najmi,firstly nak mtk maaf. Boleh tak najmi remove gamba kartun tu? Sbb buat sy geram dan sedih sgtt bila teringat apa yg cikgu tu buat kat umar,apatah lg lain2 perbuatan homoseks kat luar sana. Sy benar2 terganggu. So sorry najmi. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Geram ya....insyaallah nanti saya remove kan bila "line ternent" disini laju, sebab saya nak buka dashboard pun tak boleh, nak balas komen ni pun terpaksa menunggu lama sebab masaalah line slow....

      Delete
  16. salam semua, terima kasih kerana prihatin akan masalah yang telah berlaku kepada sahabat saya, umar.inilah hakikat dunia sebenar yang kadang kala kita terlepas pandang akan gejala songsang terutamanya yg melibat guru.insyaallah, daimi akan terus tabah dan kuat untuk menghadapi segala cabaran duniawi ini.

    /: daimi dainial

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAIMI DAINIAL

      Abang doakan Daimi kekal tabah kerana kehilanagn seorang kawan karib, dan abang doakan Daimi berjaya dalam SPM yang akan di umumkan tidak lama lagi dan berjaya dalam kehidupan insyaallah menjadi seorang doktor, jangan lupa Daimi doakan kebahagian Umar disana sentiasa sampai bila2 ya....

      Delete
    2. insyaallah abg najmi. hehe, syukur alhamdulilah masih ada lagi rakyat malaysia yg prihatin akan masalah sebegini. sama sama lah kita jaga diri masing2.

      daimi dainial

      Delete
  17. hello,tak sangka kan guru pun sanggup buat perkara macam ini.kasihan betul pada umar,dia tak bersalah cuma keadaan memaksanya. al fatihah buat umar. tertanya2 ada lagi ke ihsan yg bergelar sahabat macam dainial ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Sudah tentu Umar tak bersalah...kerana dia dipaksa dan diugut...kita doakan terbaik buat arwah Umar dan doakan juga kepada Daimi. Beruntung Umar sebab mempunyai sahabat yang sangat perihati seperti Daimi kan...

      Delete
  18. Najmi saya juga seorang bapa yg ada anak seusia dgn Umar..andainya ianya terjadi pada ahli keluarga saya..pastinya sukar utk saya maafkan dgn sikap guru tu yg sama seperti haiwan...
    andainya jika guru tu didakwa pasti ia boleh didakwa atas berbagai kesalahan..menggunakan kedudukan..memeras ugut.meliwat dan menipu..kredibiliti guru ini sangat buruk..ia juga telah membunuh jiwa seorang insan yg lemah..betapa buruknya guru tersebut..
    sayangnya kes seumpama ini disembunyikan begitu saja..kita juga bimbang guru itu mengulangi nafsu haiwan kepada pelajar lain..ia seolah2 seperti bom jangka yg boleh memusnahkan hidup orang lain juga..
    saya juga faham perasaan keluarga Umar..pasti meteka juga sukar menerima kenyataan jika mengetahui jenayah ini terjadi pd anak mereka..jika kita lihat disini pasti Dainial juga tertekan hidupnya juga..
    semoga Allah memberi kekuatan pada anak itu menjalani hidup seterusnya..fan semoga arwah Umar ditempatkan dikalangan org yg beriman..
    Wallahualam

    Bapa kecewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapa kecewa

      Seperti saya katakan bila kes ini berlaku keatas Umar, jalan terbaik ialah ia mengadu kepada mak ayah dan buat lapuran polis TETAPI logik kita yang dewasa ini berfikir mana mungkin Umar nak bercerita tentang hal dia diliwat diugut pada orang lain terutama mak ayah, kalau saya ditempat Umar pun mustahil saya akan beritahu pada mak ayah. Begitu juga kes gadis dirogol dan sebagainya kebanyakannya hanya mampu berdiam sebab takut mendapat malu.

      Kalau kes yang kita dengar dibawa ke mahkamah tu semuanya terdedah disebabkan faktor lain yang menyebabkan sesuatu kejadian itu diketahui oleh mak ayah atau orang terdekat, seperti anak2 mengadu dubur berdarah...bila dibawa ke hospital doktor kata sebab sesuatu benda tumpul masuk, kemudian anak itu dipaksa bercerita maka orang yang meliwat akan didakwa...

      Saya harap cikgu berkenaan akan dapat tahu status HIV beliau agar ia cepat insaf dan melindungi diri dari memindahkan kuman kepada orang lain pula. Pastinya Allah akan membalas perbuatan cikgu ini dg balasan yang setimpal.

      Delete
  19. Jika nafsu telah membesar dalam diri..dah tak nampak dan tak ingat dah dosa pahala...
    Kes guru tu walau pun kes yg terpencil..ia tidak boleh dipandang mudah..selalunya ia akan terus berlaku tanpa disedari masyarakat...akhirnya bila dah jadi peliwat bersiri barulah dapat diadili..itupun setelah berlaku kpd beberapa mangsa...hai geram dengan kelakuan keji guru tu...sepatutnya ia membimbing...tetapi ia telah boleh di katakan membunuh...
    dunia...dunia..apalah nak jadi...

    ReplyDelete
  20. Jika nafsu telah membesar dalam diri..dah tak nampak dan tak ingat dah dosa pahala...
    Kes guru tu walau pun kes yg terpencil..ia tidak boleh dipandang mudah..selalunya ia akan terus berlaku tanpa disedari masyarakat...akhirnya bila dah jadi peliwat bersiri barulah dapat diadili..itupun setelah berlaku kpd beberapa mangsa...hai geram dengan kelakuan keji guru tu...sepatutnya ia membimbing...tetapi ia telah boleh di katakan membunuh...
    dunia...dunia..apalah nak jadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Penting diri kita semua dapat mengawal nafsu, benar bila nafsu menguasai diri terutama berlaku dikalaangan mereka yang teramat cetek iman didada, maka semua mereka mudah dan boleh terjebak, dosa pahala dah tak penting waktu itu huhu, harap kita semua dilindungi Allah

      Delete
  21. tak sangka sekali ada jugak guru macam ni.kemungkinan guru ini tidak berkahwin dan memang cara hidupnya songsang. al fatihah kepada umar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Tak semestinya guru itu tak berkahwin sahaja yang boleh buat kerja seperti ini, yang dah berkahwin pun ada yang bernafsu buas dan songsang, cuma kita tak mendapat membaca kisah tentang kejadian itu sahaja.

      Delete
  22. Guru ke peguam ke jual sayur ke atau yg berkerja kutip sampah ke..malah ustaz pun.kalau dah nafsu diikutkan..tak pandang siapa..tak kira apa kedudukannya..dan mangsa pun tak semestinya wanita..kanak2 malah anak2 muda..malah makcik tua pun boleh....
    itulah hakikat dunia ni dah keakhir zaman..manusia dah takut dgn apa2 pun..

    Najmi sy tak tahu apa nk dikata lagi..suatu masa dulu ada berita si ibu sanggup blender bayi yg baru dilahirkan..semata2 nak tutup kesalahannya sebab dah lahirkan anak luar nikah...
    Apa yg nak.kita katakan lagi dgn hal2 yg tak terjangaka difikiran...
    Kita sebenarnya memang hidup dizaman yg penuh dgn fitnah dan kejahilan semula...

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Sebenarnya macam-macam kisah benar yang adakala tak masuk akal dan tak terlintas difikiran kita boleh berlaku. Terus terang saya ada menerima kisah benar yang saya rasa lebih teruk dan tak terlintas boleh berlaku dikalaangan masyarakat kita, cuma saya tidak dibenarkan untuk dikongsi dalam blog ini buat masa ini.

      Entah lah....:(

      Delete
  23. najmi,tersentuh hati saya apabila baca kisah ni.tak menyangka guru tu lupa tanggungjawab dia untuk mendidik anak bangsa supaya berjaya. al fatihah kepada umar. kepada ibubapa,mohon lebih prihatin akan tingkahlaku ank2 semasa dirumah @ disekolah. biarlah kita garang kerana mendidik ank2.

    ibu comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu comel

      Guru tu hanya ikut nafsu...pastinya ada segelintir mereka yang berperangai seperti itu langsung tak takut siap boleh mengugut anak murid dengan rakaman video lagi...Kalau ia bernafsu songsang saya boleh faham tapi jangan lah ambil kesempatan "main" dengan anak murid, lepaskan lah nafsu tu pada orang lain diluar sekolah lantak lah ia nak ke sauna ker atau ke rumah urut ker pandai2 lah ia, entah saya tak tahu nak kata macam tu lah kalau nafsu menguasai diri, iman nipis aje didada...

      Ya ibu bapa kena faham tingkah laku anak2, kalau tingkah laku anak2 ada lain sikit seperti tiba2 muram tak nak makan ibubapa kena pandai korek rahsia anak-anak tu....

      Delete
  24. Daimi Dainial mengirim email memberitahu tentang keputusan SPM 2012 nya yang lalu....

    Assalamualaikum abg najmi.

    Alhamdulillah keputusan SPM 2012 saya sangat membuatkan saya senyum sampai ke telinga kerana saya dapat mengotakan janji saya pada arwah Umar. Syukur sangat apabila saya dapat 13A+. inshyaallah saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang medik perubatan sebagai doktor pakar. Abg najmi doakan kejayaan saya.

    Terima kasih syukran jazilla

    Daimi Dainial

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik daimi, semoga adik dapat belajar hingga ke menara gading. insyaallah saya doakan adik berjaya dalam kehidupan ini. kdg2 masa belajar ni lah cabaran banyak mendatang. penyakit phd dikalangan rakan U memang perkara biasa

      Delete
  25. saya ada ramai rakan GAY yg kerjaya sebagai guru.. malah GAY yg jadi Ustaz pun ada.. ibubapa yg perasan ada anak lelaki yg 'segak' perlu hati-hati jika ada guru yg nak jadikan anak kita sebagai 'anak angkat' atau 'adik angkat'... melalui pemerhatian saya, guru gay ini cenderung mengambil murid 'segak' sebagai 'anak angkat' dan berpeluang membawa mereka jalan-jalan.. mohon ibubapa lebih berhati-hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips Temuduga

      Kalau seorang gay itu pasti boleh kenal guru mana yang gay atau yang tidak, TAPI kalau ibubapa normal ni pasti mereka tak akan perasankan. Biasaanya anak murid (yang mula nak naik jadi gay ni) akan jadikan guru lelaki yang hensem sebagai idola mereka, kalau anak murid tu mengatal, pasti guru tu lagi mengatal lah hehehe...

      Ya benar saya setuju ibu bapa kena berhati-hati...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST