Friday, 29 March 2013

GAY BERKAHWIN DENGAN LESBIAN DAN KISAH GURU PENCEN SONGSANG

“Ya ilaaaahhhhh.....i terkejut kat ofis I banyak gayyyyy.....,” kata Tim kepada saya semasa berbual dengannya melalui taliphone tempoh hari, Tim memang fasih berbahasa melayu tetapi dalam loghat cina dia lah. 

“Kawan melayu sama ofis I..... bagi tahu i....lesbian pun ramai....., dia bagi tahu i.... siapa lesbian dan siapa gay kat I,” beritahu Tim lagi pada saya.

Kalau nak tahu, kawan melayu Tim di ofis itu juga seorang songsang yang telah bercerai dengan isterinya. Melayu campur darah Siam. Dia kahwin pun sebab dirancang mak ayahnya, senang cakap kena paksalah tu. Bila dah bercerai hidup semakin bebas. Lebih menarik kawan melayunya itu dan Tim juga mengesyaki boss mereka (big boss dalam company), berkemungkinan juga seorang bisekual, seorang yang handsome kata Tim, umur sudah 47 tahun tetapi masih belum berkahwin dalam masa sama ada girl friend.- Saya berbual dengan Tim klik disini


Seorang rakan telah email bercerita kepada saya tentang tabiat naluri songsang seorang bekas guru besar sekolah:


Semalam jiran saya cerita bahawa biras dia yang tinggal di bandar XXXXXX yang juga bekas seorang guru besar sekolah yang berumur 58 tahun dan telah pun pencen masih melakukan hubungan songsang. 

Dia mempunyai isteri dan empat orang anak yang sudah besar panjang. Dua orang anaknya sudah pun bekerja, seorang masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi manakala seorang lagi masih menuntut di sekolah menengah. 

Jiran saya beritahu bahawa bekas guru besar itu masih sibuk dengan aktiviti songsangnya bersama seorang lelaki berusia 30an yang berasal dari negeri Sarawak. Bekas guru besar ini sangat aktif bersama teman lelakinya, malah kegiatannya telah diketahui isteri dan anak, walaupun dia ditegur dan dimarahi isteri dan anak tetapi dia tidak memperdulikanya. 

Pernah anak lelaki bekas guru besar ini memukul “partner” dia tetapi mereka masih tetap kekal bersama menjalinkan hubungan songsang. Mereka berkenalan melalui laman facebook. Dengan pencen RM 2400 dia masih sanggup bersusah payah demi budak lelaki Sarawak tu.


Manakala dibawah ini pula secebis perbualan kisah dalam rumahtangga antara seorang gay yang berkahwin dengan seorang lesbian (tombay). 


Kisah benar dan harap dapat dijadikan peringatan untuk kita semua fikirkan (kata sipengirim email) semua nama dan tempat telah diubah:

Kisah pasangan suami isteri Alias lelaki anak orang kenamaan manakala isterinya Ani juga dikalangan orang yang agak ternama, pasangan suami isteri ini adalah kawan baik rakan saya Badrul. Perbualan pasangan suami isteri ini berlangsung di kediaman Badrul beberapa hari yang lalu semasa saya berada di rumahnya di Kelana Jaya bersama Razak, Adam dan Johnny.

Alias telah berkahwin dengan Ani lebih dari empat tahun dalam satu perkahwinan yang sangat meriah di Kuala Lumpur. Saya jangkakan mereka mestilah pasangan yang paling bahagia kerana nampak mereka sangat loving, penyayang dan memiliki dua orang anak. Isteri Alias Ani wajahnya sweet jugak, berkulit putih tetapi berkelakuan ala-ala tomboy. Tetapi memang bukan tergolong dalam katogeri perempuan ayu, tomboy katakan.

Alias, Ani, Badrul, Razak, Adam dan Johnny berbual tentang kehidupan alam rumahtangga sesama mereka diruang tamu rumah, sangat mengejutkan saya apabila mendengar perbualan mereka,


"Korang macam mana boleh dapat anak hah?,” tanya Adam kepada Alias dan Ani.

"Kalau kahwin mesti nak ada anakkan. My own generation. Regular aku top tetapi bila dengan wife normal day kalau nazak sangat tak dapat (seks dengan lelaki) aku main belakang (isteri) tetapi bila kami plan nak dapat anak, lepas aku main belakang (isteri) baru aku (main) depan,” beritahu Alias kepada Adam dan rakan yang lain.

Mulanya saya tidak faham sangat apa yang mereka bualkan (maksudkan). Saya hanya jadi pemerhati mendengar sahaja perbualan antara Alias, Ani, Badrul, Razak, Adam dan Johnny. 

"Alaaaah, aku memang tak boleh buat kalau macam tu. Tak lalu lahhhh nak main," Razak menyampuk.

"U cubalah tektik ni, lu pejam mata aje. I tetap ada steady girlfriend, tapi apa kata Alias aku dengarlah sebab dia hubby aku tapi kami ada schedule masing-masing,” jawab Ani dengan begitu “open” sekali. 

Saya pura-pura baca magazine Vogue. Adam ketawa bila dengar Ani cakap macam tu, 

"Tak pernah salah schedule ke? Terserempak ke? Kiamat......hahahaha…" tanya Adam sambil ketawa kuat. 

“Aku project bilik bawahlah (dengan lelaki), Ani kat master bedroom,” balas Alias lagi.

Tiba-tiba Ani menjawab panggilan handphone dan berbual dengan seseorang, 

“Love, kunci kat guard, love keep it. I will be back in 30 mins'" 

Kemudian Ani bangun, ambil kunci dari suaminya Alias dan melambai tangan kearah kami hendak pulang.

Alias sempat komen tentang anak-anaknya, dia biarkan ibubapa dia yang menjaga mereka. Dalam kesibukan dengan activity gay, dia masih sayangkan anak dan takut anaknya terjumpa dan tertanya-tanya tentang kehidupan songsang mereka suami isteri. 

Paling sedih Najmi, Alias ada kata anak pertama dia bawak boyfriend balik ke rumah, pada masa yang sama buat projek dengan bini dia. 

Ya Allah, saya tak sanggup nak dengar. Ani conceive baby dia dengan cara macam tu, sepanjang Ani pregnant girlfriend Ani tinggal bersama mereka serumah, sehingga Ani habis pantang. 

Ngerinya saya dengar perbualan mereka. Erti perkahwinan yang sebenar itu sudah tersasar jauh, semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan Allah semula. 

Take care, Najmi. 



Nikah atau perkahwinan adalah sunnah nabi kita. Sabda Rasullulah "Nikah itu adalah sunnahku". Jadi perkahwinan ini adalah ibadah dan ia adalah salah satu ibadat yang perlu kita tunaikan. Tapi kadang kalanya nikah itu menjadi haram atau tidak berapa sesuai dengan sesetengah orang. Oleh kerana itulah Ulama2 kita ada berkata hukum itu ada lima bahagian.

1. WAJIB KAHWIN
Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar” (mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untuk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

2. SUNNAT KAHWIN
Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3. HARUS KAHWIN
Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

4. MAKHRUH KAHWIN
Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan

5. HARAM KAHWIN
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya. Begitulah hukum2 bagi lelaki yang mahu berkahwin. Islam mengalakkan kita berkahwin, tapi perlu lihat atas kemampuan kita juga.


Baca 7 nasihat sebelum songsang ingin berkahwin didalam entry "MFZ - PEMUDA HIV POSITIF MEMBERI PANDANGAN DAN NASIHAT"





15 comments:

  1. Najmi, tqvm for sharing, saya berdoa agar Allah buka pintu hati mereka untuk memahami erti perkahwinan yang sebenarnya...Balik kepada hukum ALlah, yang haram tetap haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Pada saya kalau seorang itu bersifat gay dan membujang kalau melakukan dosa, dosa hanya pada tubuh badan sendiri "lantak lah" dia sendiri yang tanggung( nauzubillah) TETAPI gay yang sudah menzalimi tubuh badan sendiri, kemudian berkahwin maka tanggung jawab sebagai suami yang sepatutnya merupakan "ibadah" yang dia pikul sudah bertukar menjadi beban dosa yang sengaja dikumpul, dia terpaksa menanggung berbagai sumbar dosa seperti dosa apa yang dia sendiri lakukan, tanggung dosa perbuatan isteri yang dinikahinya, tanggung dosa yang dilakukan anak, dosa berterusan menipu ibu bapa dan masyarakat dan sebagainya. Berkahwin cara Alias diatas seolah-olah bertujuan mengumpul dosa buat diri sendiri. Semoga Alias dan isteri diberi taufik dan hidayah oleh Allah swt, begitu juga bekas guru besar tersebut....

      Delete
  2. Astagfirullahalazim..semoga mereka semua diberi hidayah oleh Allah swt untuk bertaubat sebelum ajal mereka sampai..aamiiin ya Rabb, ya Rabb, Ya Rabb

    ReplyDelete
  3. ada juga org cam tu ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAPA RYAN

      ada...macam-macam jenis manusia ada maybe ada yang lebih teruk drp tu yang kita tak tahu...

      Delete
  4. subhanallah. Tak terfikir di akal kita yang perkara begini berlaku dalam masyarakat kita. Semoga berdoa semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt. Jangan kita tertipu dengan keseronokan dan keindahan dunia yang sementara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      .....Mudah-mudahan Allah beri petunjuk pada mereka...

      Delete
  5. Beginilah kesan dari pengaruh hidup yg berlandaskan hawa nafsu dan tarbiah dari fikiran iberal yg dibawa oleh fahaman sekular..perkahwinan yg sepatutnya memberi ibadah dan rahmat Allah ..telah bertukar menjadi dosa..dosa pd ibadah yg murni ini..dosa kerana gagal mendidik isteri..dosa membesarkan zuriat dgn cara begitu dan dosa menghalalkan segala yg haram...
    Mungkin jika da ibubapa yg tahu perkara sebenar ini...mahu pengsan meteka kan..
    Inilah tanda- tanda akhir zaman...
    Moga kita semua diberi hidayah dan selamat dgn binbingan hidup cara Islam yg selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Hmmm susah nak kata...tapi sedikit sebanyak sememangnya tingkah laku perbuatan diatas datangnya dari pengaruh kehidupan bebas barat..gaya hidup yang dipaparkan dlm movie, drama dan sebagainya. Mudah-mudahan dijauhi kita dan anak cucu kita dr terpengaruh melakukan amalan seperti itu. Nauzubillah

      Delete
  6. Perghh, gila betul lifestyle hidup diorang ni. Macam tak percaya je bila baca post ni. Apa nak jadi la, dunia, dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. daniel Faries

      Orang kata....dunia akhir zaman.....

      Delete
  7. Isshhh....perrrghh..gila nya schedule yg diorang buat tuh..bapakkk..
    Main depan memang dah dpt pahala..tapi kut belakang tu hareemm..
    Adiii..masing2 ada couple projek menambah dosa gitu lagi...hissshh...takutt dgn lifestyle diorang ni...hancur agama..!!

    ReplyDelete
  8. Terima kasih dgn pandangan dan perkongsian dr MFZ tu..
    Bertindak dengan bijak..selain mengharapkan pertolongan dan petunjuk.Allah itu lebih baik..moga perkahwinan yg ingin dibentuk menjadi ibadah dan rahmat dari Allah...
    Najmi ada ke golongan gay yg akhirnya boleh berubah dan membina hidup melalui perkahwinan sekiranya golongan ini telah benar kembali kepada fitrah?
    Sekadar ingin tahu pendapat Naj mi . wasallam

    R0binhood

    ReplyDelete
  9. inilah padah ikut mata masyarakat, mata allah lansung tak diendah. perosak institusi keluarga. ingat psikologi anak2 tu akan macamana nanti. kecik2 bolehlah simpan, dah besar....hmm.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST