Friday, 29 March 2013

GAY BERKAHWIN DENGAN LESBIAN DAN KISAH GURU PENCEN SONGSANG

“Ya ilaaaahhhhh.....i terkejut kat ofis I banyak gayyyyy.....,” kata Tim kepada saya semasa berbual dengannya melalui taliphone tempoh hari, Tim memang fasih berbahasa melayu tetapi dalam loghat cina dia lah. 

“Kawan melayu sama ofis I..... bagi tahu i....lesbian pun ramai....., dia bagi tahu i.... siapa lesbian dan siapa gay kat I,” beritahu Tim lagi pada saya.

Kalau nak tahu, kawan melayu Tim di ofis itu juga seorang songsang yang telah bercerai dengan isterinya. Melayu campur darah Siam. Dia kahwin pun sebab dirancang mak ayahnya, senang cakap kena paksalah tu. Bila dah bercerai hidup semakin bebas. Lebih menarik kawan melayunya itu dan Tim juga mengesyaki boss mereka (big boss dalam company), berkemungkinan juga seorang bisekual, seorang yang handsome kata Tim, umur sudah 47 tahun tetapi masih belum berkahwin dalam masa sama ada girl friend.- Saya berbual dengan Tim klik disini


Seorang rakan telah email bercerita kepada saya tentang tabiat naluri songsang seorang bekas guru besar sekolah:


Semalam jiran saya cerita bahawa biras dia yang tinggal di bandar XXXXXX yang juga bekas seorang guru besar sekolah yang berumur 58 tahun dan telah pun pencen masih melakukan hubungan songsang. 

Dia mempunyai isteri dan empat orang anak yang sudah besar panjang. Dua orang anaknya sudah pun bekerja, seorang masih belajar di sebuah pusat pengajian tinggi manakala seorang lagi masih menuntut di sekolah menengah. 

Jiran saya beritahu bahawa bekas guru besar itu masih sibuk dengan aktiviti songsangnya bersama seorang lelaki berusia 30an yang berasal dari negeri Sarawak. Bekas guru besar ini sangat aktif bersama teman lelakinya, malah kegiatannya telah diketahui isteri dan anak, walaupun dia ditegur dan dimarahi isteri dan anak tetapi dia tidak memperdulikanya. 

Pernah anak lelaki bekas guru besar ini memukul “partner” dia tetapi mereka masih tetap kekal bersama menjalinkan hubungan songsang. Mereka berkenalan melalui laman facebook. Dengan pencen RM 2400 dia masih sanggup bersusah payah demi budak lelaki Sarawak tu.


Manakala dibawah ini pula secebis perbualan kisah dalam rumahtangga antara seorang gay yang berkahwin dengan seorang lesbian (tombay). 


Kisah benar dan harap dapat dijadikan peringatan untuk kita semua fikirkan (kata sipengirim email) semua nama dan tempat telah diubah:

Kisah pasangan suami isteri Alias lelaki anak orang kenamaan manakala isterinya Ani juga dikalangan orang yang agak ternama, pasangan suami isteri ini adalah kawan baik rakan saya Badrul. Perbualan pasangan suami isteri ini berlangsung di kediaman Badrul beberapa hari yang lalu semasa saya berada di rumahnya di Kelana Jaya bersama Razak, Adam dan Johnny.

Alias telah berkahwin dengan Ani lebih dari empat tahun dalam satu perkahwinan yang sangat meriah di Kuala Lumpur. Saya jangkakan mereka mestilah pasangan yang paling bahagia kerana nampak mereka sangat loving, penyayang dan memiliki dua orang anak. Isteri Alias Ani wajahnya sweet jugak, berkulit putih tetapi berkelakuan ala-ala tomboy. Tetapi memang bukan tergolong dalam katogeri perempuan ayu, tomboy katakan.

Alias, Ani, Badrul, Razak, Adam dan Johnny berbual tentang kehidupan alam rumahtangga sesama mereka diruang tamu rumah, sangat mengejutkan saya apabila mendengar perbualan mereka,


"Korang macam mana boleh dapat anak hah?,” tanya Adam kepada Alias dan Ani.

"Kalau kahwin mesti nak ada anakkan. My own generation. Regular aku top tetapi bila dengan wife normal day kalau nazak sangat tak dapat (seks dengan lelaki) aku main belakang (isteri) tetapi bila kami plan nak dapat anak, lepas aku main belakang (isteri) baru aku (main) depan,” beritahu Alias kepada Adam dan rakan yang lain.

Mulanya saya tidak faham sangat apa yang mereka bualkan (maksudkan). Saya hanya jadi pemerhati mendengar sahaja perbualan antara Alias, Ani, Badrul, Razak, Adam dan Johnny. 

"Alaaaah, aku memang tak boleh buat kalau macam tu. Tak lalu lahhhh nak main," Razak menyampuk.

"U cubalah tektik ni, lu pejam mata aje. I tetap ada steady girlfriend, tapi apa kata Alias aku dengarlah sebab dia hubby aku tapi kami ada schedule masing-masing,” jawab Ani dengan begitu “open” sekali. 

Saya pura-pura baca magazine Vogue. Adam ketawa bila dengar Ani cakap macam tu, 

"Tak pernah salah schedule ke? Terserempak ke? Kiamat......hahahaha…" tanya Adam sambil ketawa kuat. 

“Aku project bilik bawahlah (dengan lelaki), Ani kat master bedroom,” balas Alias lagi.

Tiba-tiba Ani menjawab panggilan handphone dan berbual dengan seseorang, 

“Love, kunci kat guard, love keep it. I will be back in 30 mins'" 

Kemudian Ani bangun, ambil kunci dari suaminya Alias dan melambai tangan kearah kami hendak pulang.

Alias sempat komen tentang anak-anaknya, dia biarkan ibubapa dia yang menjaga mereka. Dalam kesibukan dengan activity gay, dia masih sayangkan anak dan takut anaknya terjumpa dan tertanya-tanya tentang kehidupan songsang mereka suami isteri. 

Paling sedih Najmi, Alias ada kata anak pertama dia bawak boyfriend balik ke rumah, pada masa yang sama buat projek dengan bini dia. 

Ya Allah, saya tak sanggup nak dengar. Ani conceive baby dia dengan cara macam tu, sepanjang Ani pregnant girlfriend Ani tinggal bersama mereka serumah, sehingga Ani habis pantang. 

Ngerinya saya dengar perbualan mereka. Erti perkahwinan yang sebenar itu sudah tersasar jauh, semoga Allah bukakan pintu hati mereka untuk kembali ke jalan Allah semula. 

Take care, Najmi. 



Nikah atau perkahwinan adalah sunnah nabi kita. Sabda Rasullulah "Nikah itu adalah sunnahku". Jadi perkahwinan ini adalah ibadah dan ia adalah salah satu ibadat yang perlu kita tunaikan. Tapi kadang kalanya nikah itu menjadi haram atau tidak berapa sesuai dengan sesetengah orang. Oleh kerana itulah Ulama2 kita ada berkata hukum itu ada lima bahagian.

1. WAJIB KAHWIN
Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar” (mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untuk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.

2. SUNNAT KAHWIN
Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3. HARUS KAHWIN
Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.

4. MAKHRUH KAHWIN
Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan

5. HARAM KAHWIN
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya. Begitulah hukum2 bagi lelaki yang mahu berkahwin. Islam mengalakkan kita berkahwin, tapi perlu lihat atas kemampuan kita juga.


Baca 7 nasihat sebelum songsang ingin berkahwin didalam entry "MFZ - PEMUDA HIV POSITIF MEMBERI PANDANGAN DAN NASIHAT"





Tuesday, 26 March 2013

SEHARIAN DI PAVILLION KUALA LUMPUR

RM250 sangat besar nilainya buat diri saya

Semasa kerajaan mengumumkan pemberian bantuan untuk orang bujang yang berpendapatan kurang RM3000 (kalau tak silap), terus saya mengucapkan rasa syukur kerana sudah tentu saya tergolong antara yang layak menerima bantuan tersebut dan yakin boleh dapat RM250.

RM250 mungkin hanya "celah gigi" buat anda semua tetapi bagi saya ianya satu jumlah yang agak tinggi dalam keadaan hidup saya ketika ini. RM250 boleh saya gunakan untuk perjalanan menaiki bas menuju hingga ke Chiang Mai diutara Thailand atau boleh sampai hingga ke Siem Reap di Cambodia.

Tetapi sudah namanya rezeki, Allah yang menentukan, walau saya masih bujang dan menganggur masih belum ada "gerenti" untuk mendapat bantuan tersebut. Surat yang diterima 3 minggu yang lalu mengesahkan bahawa permohonan saya di tolak. Sedih. Tapi saya pujuk hati ini berkata bahawa sudah tidak ada rezeki untuk saya merasai bantuan RM250 tersebut. Tetapi saya tetap membuat rayuan permohonan sekali lagi.

Ketika blog HIDUP MESTI DITERUSKAN ini bermasaalah tidak boleh dibuka (kemungkinan dihacked atau virus) saya segera mengeluarkan wang hasil iklan Nufnaang sebanyak RM62, alhamdulilllah itu pun rezeki namanya. Tapi apabila saya hendak masukkan cek Nufnaang kedalam akaun bank, akaun bank saya pula buat hal, akaun bank tersebut sudah dilupuskan kerana jumlah dalam akaun bank kurang RM10 dan akaun tersebut juga sudah hampir 5 tahun tak berfungsi heeeee.

Dugaan...terpaksa cari RM250 untuk membuka akaun bank yang baru.


Ke Kuala Lumpur

Pada hari sabtu lepas 23-3-2013, saya turun ke Kuala Lumpur, setelah hampir 4 tahun tak menjejaki kaki ke kawasan Bukit Bintang di KL. Dalam hidup, saya hanya mempunyai seorang rakan yang boleh diajak berbual bersua muka, iaitu seorang rakan sekolah berbangsa cina yang satu-satunya rakan alam nyata yang tahu segalanya tentang diri saya. Dia jugalah orang pertama yang saya "call" memberitahu tentang status HIV saya dulu (klik disini).

Tim (bukan nama sebenar) apabila dia balik Ipoh kami akan berjumpa berbual-bual, bergossip di kedai mamak atau di kedai kopi cina di Pekan Lama, tetapi sudah lama dia tidak berkesempatan pulang ke Ipoh kerana sibuk bekerja sehinggakan tidak balik ke kampung semasa sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. So dia ajak saya turun ke KL hanya untuk berbual, saya sebenarnya malas nak turun ke KL buat penat badan aje, tetapi dia tetap mengajak saya dan berjanji akan membayar tambang bas saya pergi dan balik Ipoh - KL.Saya setuju.


Pada pagi Sabtu lepas, saya menaiki bas ke KL yang bertolak pada pukul 7 pagi. Dari rumah saya menaiki basikal dan "parking" kan kenderaan saya itu di bas station. Pukul 10 pagi saya tiba di Pudu Raya Sentral. Pertama kali tiba di Pudu Raya sejak bangunan ini diubah suai. 

Saya kemudian berjalan kaki menuju ke Bukit Bintang, merayau di sekitar Sungai Wang, Lot 10 dan KL Plaza (yang kini dipanggil Fahrenheit 88). "Window shopping". Pukul 12 tengah hari seperti yang dijanjikan saya bertemu dengan Tim di Starbucks yang terletak di Pavillion. Kami berbual lama disitu. Macam biasa saya cerita kisah saya, dia cerita kisah ia. Bergossip sambil memerhati gelagat orang disekeliling dan meneka lelaki-lelaki yang lalu lalang sama ada mereka songsang atau tidak.

Kalau dah namanya songsang, masuk sahaja ke dalam kawasan pusat membeli belah ini sudah nampak dan perasan dikiri kanan depan belakang golongan ini berkeliaran. Bergaya, smart dan kebanyakan mereka sememangnya sangat menarik. Songsang memang mudah mengenali antara satu sama lain, itu memang tidak boleh disangkal, malah golongan ini boleh mengesyaki seseorang yang bersifat biseksual walaupun mereka berjalan mengendung anak dan berpimpinan tangan bersama isteri.

Jika anda nampak pasangan lelaki "mat saleh" (biasanya tua) bersama lelaki muda, mesra berjalan bersama.....haaaa..... itu 100% songsang. Pandangan dan mainan mata antara senjata yang sering digunakan golongan ini untuk mengenali antara satu sama lain dikawasan awam. 

Percaya atau tidak, Starbucks di Pavillion juga antara tempat "cruising spots" golongan ini, malah disekitar bersebelahan tempat duduk saya juga, saya perasan kelibat beberapa pasangan golongan ini yang sama-sama berbual menghabiskan masa. Pavillion kalau tidak silap (saya ada terbaca dalam internet) digelar "Gayllion" dikalangan gay, dan sudah pasti kerana kelompok golongan ini banyak berkeliaran di sini dan sekitar pusat membeli belah di kawasan Bukit Bintang ini terutama pada setiap hari sabtu dan ahad.
Starbuck Pavillion

Pukul 3.30 petang kami angkat punggung dari Starbucks berjalan sekitar dalam pusat membeli belah Pavillion, seperti yang dijanji Tim kemudian menghulurkan RM100 kepada saya, belanja tambang bas saya ke KL, alhamdulillah kata saya dalam hati, rezeki tu. Saya sempat ke surau ditingkat 5 dalam bangunan Pavillion ini untuk menunaikan kewajiban. Dan pada sebelah malam saya ke surau di dalam bangunan Fahrenheit 88.

Pukul 4.30 petang kami ke kedai makan di tingkat bawah Pavillion mengalas perut sekali lagi, bersambung berbual lagi disitu. Kisah rakan saya yang telah lama menetap di NY menjadi topik perbualan kami kali ini. Tim beritahu, rakan kami yang telah lama bermastautin di NY dan sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan songsangnya itu akan pulang ke KL bulan April ini. 


Lee (bukan nama sebenar sedikit kisahnya disini) akan bertolak dari kota Paris kerana buat masa ini Lee sedang bekerja di Paris selama 2 tahun manakala suaminya masih menetap di NY. Dan mereka suami isteri yang baru sahaja beberapa tahun disatukan (register) walaupun telah bersekedudukan luar nikah bertahun-tahun dikhabarkan akan menginap di sebuah hotel yang baru dibina berhampiran KLCC yang berharga hampir RM1000 semalam. Lee juga tahu tentang status diri saya.


Demi kebebasan hidup, sanggup berhijrah ke luar negara 

Tim ada beritahu yang dia sangat stress bekerja melayan kerenah pekerja bawahannya dan bercadang berhijrah ke Canberra, Australia, segala persiapan kesana sudah diselesaikan cuma sedang mencari pekerjaan yang paling sesuai. Kemungkinan dia akan berhijrah pada awal tahun depan. Maybe.

"Ohhh bagus lah... nanti i nak pi sana duk lama-lama", kata saya padanya. 

Manakala Lee sememangnya sudah berpuluh tahun tinggal di NY, apa sahaja cerita biasanya Lee akan kongsikan bersama Tim, dan adakala kisah yang diceritakannya kepada Tim, disampaikan Tim pula kepada saya. Sehingga kisah Lee dan pasangannya yang baru membeli sebuah rumah rehat untuk percutian musim panas pun diberitahu kepada saya.

Melalui Lee, Tim memberitahu saya tentang kisah seorang lelaki berbangsa cina rakyat Malaysia, rakan kepada Lee yang berasa sangat sedih setelah dia dijangkiti HIV, kemudian PLHIV cina ini berkenalan dengan seorang "mat saleh" dari barat melalui laman sosial, mat saleh tu menerima keadaan budak cina ini dan mempelawa dia ke negaranya dan sekarang bahagia hidup bersama.

Itu orang-orang cina yang sudah tentu tidak ada pegangan agama, tidak kisah soal halal haram, bagi kita yang beragama Islam nasihat saya janganlah mengambil tindakan seperti itu. Sanggup berhijrah keluar negara dan tinggal atau berkahwin (register) disana bukan satu tindakan yang bijak. Usah menambah dosa, hidup kita bukannya lama pejam celik pejam celik umur kita akan berginjak kepada 60 tahun, umur senja yang menanti jemputan malaikat izrail. 

Sebaiknya kita cuba memperbaiki diri, berusaha mendekati diri kepada Allah. Jika kita berhijrah keluar negara, dugaan hidup disana sangatlah besar. LGBT bukan amalan kita, jika kita tergolong dalam kelompok ini anggaplah ianya sebagai dugaan, jangan sesekali hati kita bersetuju atau memperjuangankan amalan ini. Haram. Disisi Allah ianya tetap haram.

Saya mengungkit soal ini kerana saya tahu ada dikalangan kita terutama songsang yang berkemampuan mempunyai rasa ingin berhijrah keluar negara kerana disana mereka menganggap kehidupan lebih bebas, bebas melakukan apa sahaja kerana tidak ada sesiapa (mak ayah, saudara mara, jabatan agama Islam) yang boleh menghalang segala perbuatan tingkah laku mereka nanti. 


Kemana sahaja kita pergi Allah mengetahui niat kita, kalau baik alhamdulillah, kalau tidak tanggunglah kita sekiranya Allah menurunkan bala keatas diri kita kelak, ketika itu belum tentu kita sempat bertaubat sebelum menemuiNya.

Lorong menuju ke surau di Pavillion ditingkat 5
Boleh ker pak arab ni solat dengan seluar pendek nampak lutut?

Bual punya bual, kemudian Tim minta nombor akaun bank saya, tidak disangka Tim kemudian memberitahu bahawa Lee telah memintanya untuk memberikan RM500 kepada saya untuk dibuat belanja katanya. Dan wang tersebut akan dimasukkan oleh Tim kedalam akaun bank saya nanti. Tim kemudian bertanya kepada saya, "cukup ker", nak sahaja saya katakan pada dia tak cukup hehehehe......

Perlukah saya menolak? Saya hanya mampu mengucapkan alhamdulillah. 

Semenjak saya disahkan positif HIV pada tahun 2005 dulu, mereka berdua antara yang kerap membantu saya dari segi kewangan, kadang kala tiba-tiba sahaja saya menerima SMS dari Tim memberitahu sejumlah wang sudah dimasukkan kedalam akaun bank saya. Walaupun saya tidak memerlukannya sangat kerana pada saya RM50 sebulan yang diberi adik perempuan saya sudah cukup untuk saya, buat perbelanjaan diri. 

Kalau ada duit banyak tetapi selalu sakit pun tak guna juga, yang penting bila badan sihat itu pun rezeki namanya. Tidak kena saman, kereta tidak rosak dan tiada rasa berkeinginan boros berbelanja juga rezeki namanya kan.

Jangan tanya kenapa saya masih tidak bekerja. Malas? terpulang untuk anda fikirkan, tetapi saya ada alasan yang kukuh, walaubagaimana pun saya masih tetap berharap mendapat satu pekerjaan yang sesuai dengan keadaan diri saya.


Berangan miliki gajet 

Sepanjang hampir 7 tahun tidak bekerja, tipu kalau saya kata saya tiada berkeinginan akan sesuatu. Keinginan untuk melancung walaupun sekadar destinasi yang berdekatan dan keinginan memiliki gajet-gajet yang terkini malah saya selalu berangan mendapatkan MacBook Air yang ringan keluaran Apple yang sangat mudah dibawa kemana-mana atau memiliki iPad juga dari jenama yang sama. Setiap kali apabila saya kekedai melihat gajet-gajet ini, hati saya selalu berkata-kata "mati hidup balik pun aku tak akan dapat miliki gajet-gajet ni". 

Tetapi alhamdulillah, insyaallah rasanya peluang untuk saya mendapatkan Samsung Galaxy Tab2 (7.0) agak cerah sekarang ini walaupun pilihan pertama saya ialah Samsung Galaxy Tab 2 (10.1), jenama ini agak murah dan apabila rezeki sudah terkumpul mencukupi nanti insyaallah saya akan dapatkannya walaupun  terpaksa menunggu 3 atau 4 tahun lagi.

Mungkin sudah tiba masa untuk saya tutup akaun saya dinegara jiran, tidak perlu menunggu tamat tempoh matang. Mungkin saya akan menghantar email bertanyakan tentang penyelesaian masaalah ini dengan agent disana, harap segalanya dipermudahkan.

Percaya atau tidak, alhamdulillah saya langsung tidak berkeinginan hendak membeli pakaian mahupun kasut baru dan tidak pernah membeli sejak dari tahun 2005.  Pakaian lama masih bertimbun malah ada baju dan seluar yang masih dalam plastik tidak diguna lagi. Pencuci muka saya pun adakala kawan saya Tim yang beri, adakala dari jenama yang terkenal seperti Shiseido for Men atau Lab Series atau sekadar Gillette Series dan Garnier Men.

Dalam banyak-banyak barang di Bukit Bintang "spek" biru Rayban ini yang menarik perhatian saya -  RM700

Bila ada rakan memberi bantuan wang buat diri saya untuk dibelanjakan, rasa keinginan membeli gajet terbaru muncul kembali, tetapi kemungkinan saya tidak akan guna wang tersebut untuk kepentingan diri membeli gajet idaman walau seidam mana sekali pun, sebab ianya tidak sepenting untuk saya membantu emak melakukan pembedahan matanya (laser) yang semakin kabur. Sebagai anak saya sedih setiap kali melihat emak ketika membaca akhbar jika tidak mengunakan kanta pembesar, dia akan membaca akhbar dengan jarak yang sangat dekat.

Niat nak membantu emak buat pembedahan memang ada, saya kerap berdoa, alhamdulillah saya rasa rezeki yang saya dapat hari ini jika saya kumpulkan insyaaallah dapat meringankan perbelanjaan kewangan untuk pembedahan mata emak nanti. Saya rasa rezeki yang saya perolehi hari ini, Allah berikan kepada saya adalah untuk membantu emak menjalani pembedahan secepat mungkin, rezeki emak dan bukan untuk saya sebenarnya.

Pembedahan itu lebih penting daripada mendapatkan gajet buat diri sendirikan. 


Berbeza corak kehidupan tetapi tujuan masih sama

Manusia semakin kaya semakin tinggi "taste" perbelanjaan harian mereka. Bagi diri saya RM250 adalah sama dengan RM2500 jumlahnya perbelanjaan buat anda. 


Saya mengunakan basikal manakala anda mengunakan Myvii atau lebih dari itu untuk  kemana-mana, hanya berbeza pangangkutan tetapi ianya sama fungsinya dan masih boleh membawa saya dan anda ke hospital untuk jalani rawatan. 

Saya mengamalkan "bawang putih mentah" tapi anda mengunakan suplement yang tinggi harganya, tujuannya sama untuk meningkatkan kekuatan sistem dalaman badan cuma bezanya dari segi harganya sahaja.

Saya mengunakan baju lama, anda mengunakan baju baru yang dibeli, saya baru mengunakan Samsung Corby tetapi anda telah mengunakan Samsung Galaxy Note 11 yang terbaru, tujuan masih sama kita masih boleh berhubung mengunakan phone tersebut, cuma berbeza gaya hidup. 

Saya HIV positif manakala anda HIV negatif yang sihat tubuh badan, tetapi kita sama-sama masih bernyawa dan mempunyai tujuan dalam kehidupan yang juga sama iaitu mencari kebahagian hidup didunia dan diakhirat.

Saya tetap bersyukur.

Permohonan bantuan kewangan RM250 saya mungkin ditolak, bagi saya tentu ada sebabnya yang hanya Allah sahaja yang tahu. Bila fikir positif RM250 itu berkemungkinan boleh memudaratkan kehidupan saya, mungkin Allah mahu menduga saya, tiada rezeki di situ tetapi ada rezeki dari sumber yang lain pula.


Pukul 10.30 malam saya menaiki bas bertolak pulang dari Pudu Raya Sentral. Sepanjang perjalanan pulang semasa didalam bas saya termenung merenung keluar tingkap yang gelap sesekali diterangi cahaya lampu kenderaan lain yang saling berselisih. Banyak idea yang datang singgah dikepala saya ketika itu, yang boleh dicurahkan ke dalam blog ini tetapi mood tiba-tiba hilang apabila saya kenangkan tentang masaalah line internet dirumah yang adakala sangat "slow". Sehingga ada ketika nak dibuka "dashboard" pun akan mengambil masa yang sangat lama, nak buka dan menjawab message dalam facebook pun boleh buat stress, so semua itu menyebabkan "potong stim" untuk saya terus menyediakan cerita.

Saya tiba dirumah Ahad pukul 1.30 pagi, selesai mandi saya buka TV dan tengok "Running Man" rancangan "feveret" saya yang diulang tayang 3 episode (lama) berturut-turut pada setiap malam Sabtu di Astro 393 sambil mulut mengunyak keropok lekur yang digoreng mak
 
Habis satu badan terutama bahagian kaki saya sakit-sakit kerana banyak berjalan disekitar Bukit Bintang Kuala Lumpur, tidak mengapa excersice jugak tu.



Sunday, 24 March 2013

REMAJA 13 TAHUN DILIWAT LELAKI MENYAMAR POLIS

TANGISAN REMAJA BONGKAR RAHSIA DILIWAT 

PETALING JAYA 31/1/2013 : Tangisan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun membongkar kejadian dia diliwat seorang lelaki menyamar polis yang mengumpan mangsa dengan meminta menunjukkan tempat remaja menghidu gam di bangunan belum diduduki berhampiran PJCC, Taman Medan, di sini, Isnin lalu. 

photo hiasan

Kejadian malang menimpa mangsa hanya disedari bapanya kira-kira jam 6 petang ketika lelaki itu yang baru pulang ke rumah di Taman Sri Manja, di sini, dari tempat kerja mendapati anaknya sedang menangis dalam biliknya.

Menurut sumber, bapa mangsa berusia 41 tahun kemudian bertanya apa sebab menangis sebelum kanak-kanak itu menceritakan kejadian diliwat seorang lelaki sebelum ditinggalkan di padang bola berhampiran Flat Desa Sepakat, di sini.

“Mangsa mendakwa ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai, dia diekori seorang lelaki sehingga tingkat lima blok kediamannya.

“Lelaki terbabit menegur mangsa dan bertanyakan mengenai gejala menghidu gam di kalangan remaja di kawasan kediaman berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa mendakwa kawasan kediamannya memang banyak kes remaja menghidu gam sebelum lelaki terbabit memintanya menunjukkan lokasinya.

“Mangsa yang menyangkakan lelaki terbabit adalah anggota polis selepas melihat lencana dengan logo pasukan keselamatan itu bersetuju menunjukkan tempat remaja menghidu gam.

“Dia dibawa lelaki terbabit menaiki motosikal menuju bangunan kosong berhampiran PJCC sebelum dibawa ke kawasan sunyi dalam bangunan itu. Seluar mangsa dilucutkan dan diliwat,” katanya.

Sumber berkata, selepas memuaskan nafsunya lelaki terbabit menghantar mangsa pulang.

“Mangsa kemudian pulang sendiri ke rumah dan masuk ke bilik sebelum menangis sehingga disedari bapanya.

Bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya sebelum membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk rawatan. 

Dipetik daripada Harian Metro


Friday, 22 March 2013

KEPENTINGAN PLHIV MEMAKAN UBAT MENGIKUT JADUAL

Pengenalan

Rawatan HIV adalah satu perkongsian. 

Sebagaimana anda bergantung kepada antiretroviral (ARV) anda terbukti selamat dan berkesan - ubat-ubatan anda tidak boleh bekerja sendirian - anda perlu memakan ubat anda mengikut jadual untuk membolehkannya memastikan anda sihat. Ini dipanggil "ketaatan rawatan".

Secara kasar, ketaatan bermakna, memakan ubat anda setiap kali anda harus mengambilnya, tepat seperti yang ditentukan oleh doktor anda atau diterangkan oleh farmasi (misalnya, dengan perut kosong, sebelum masuk tidur dan lain-lain).

Ketaatan rawatan mungkin pada dasarnya agak senang, tetapi hakikatnya, tidak. Kajian telah menunjukkan bahawa doktor juga mempunyai masalah memakan ubat mengikut jadual pada jangkamasa pendek. 
Disini, akan dibincangkan kepentingan ketaatan rawatan, isu-isu yang boleh mencegah ketaatan dan cara-cara mengatasinya.


Ketaatan adalah amat penting dalam rawatan jangkitan HIV. 


Selepas HIV memasuki badan anda, virus ini mula aktif, mencari sel CD4 untuk dijangkiti supaya ia dapat membiak. Tujuan rawatan HIV adalah untuk menyekat proses ini agar bebanan virus dapat dikawal dalam tahap paling rendah atau tidak dapat di kesan dan sel CD4 tinggi. 

Untuk menyekat pembiakan dan salinan HIV serta mengawal tahap bebanan virus, aras ubat mesti dikekalkan tinggi, 24 jam sehari, tiap hari. Sekiranya aras ubat terlalu rendah HIV boleh membiak dan menyalin.

Sekiranya ini berlaku dan aras ubat dalam darah terlalu rendah, virus ini boleh menukar struktur (bermutasi) dan boleh menahan satu atau kesemua ubat yang diambil. Ini dipanggil "tahanan rawatan" dan bila ia berlaku rawatan ubat-ubat tidak lagi berkesan. Virus yang boleh bertahan ini juga boleh disebarkan kepada orang lain dan orang itu akan menghadapi masalah dalam rawatannya.


Perkara-perkara yang anda harus tahu sebelum memulakan rawatan. 


Selepas fasa dijangkiti di mana anda mungkin sihat tanpa rawatan atau lawatan ke klinik ID. Namun, bagi mereka yang berhubung dengan doktor and menyimpan janji temu dengan doktor, berbagai ujian darah lebih-lebih lagi ujian darah CD4/CD8 dan bebanan virus (viral load) akan diaturkan oleh doktor. Maka akan tiba satu masa dalam kajian laporan ujian darah anda, di mana doktor akan memberitahu anda bahawa anda perlu memulakan rawatan. 

Pada masa ini, doktor akan menjelaskan ubat-ubat yang perlu diambil dan juga keperluan ketaatan kepada jadual waktu untuk memakan ubat. Dadah anti-HIV mesti dimakan pada masa yang spesifik untuk menentukan aras ubat yang tinggi serta sama ada dimakan dengan makanan atau perut kosong. 


Adalah penting untuk memikirkan tentang ketaatan rawatan kerana anda bukan diminta mengambil ubat-ubat ini untuk seminggu dua tetapi seumur hidup. 

Kegagalan mengikut jangka waktu yang ditetapkan boleh mengakibat kekacauan dalam kebolehan ubat-ubatan memberi kesan. 

Sekiranya virus mula bertahan dengan ubat yang anda ambil, anda mungkin di minta tukar ubat-ubatan yang lebih mahal atau sukar diambil. Setengah ubatan diberi secara percuma oleh hospital kerajaan tetapi setengah pula khususnya ubat-ubatan pilihan kedua dan ketiga yang lebih mahal perlu dibeli oleh pesakit.

Oleh itu, sebelum anda merosakkan keberkesanan ubat-ubatan percuma anda, ingatlah tentang kepentingan ketaatan rawatan dan penentangan virus akibat kegagalan anda mengikut jadual yang dinasihatkan oleh doktor. 


Sumber : Disini
 

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST